Anda di halaman 1dari 8

LAPORAN MINGGU ASPIRASI 2016

LAPORAN
MINGGU ASPIRASI PPKI/BP 2016
SEKOLAH KEBANGSAAN DATO’ DEMANG HUSSIN
MBA 2012

PENDAHULUAN

Program Pendidikan Khas Integrasi ( PPKI ) Sekolah Kebangsaan Dato' Demang


Hussin (SKDDH) ditubuhkan pada tahun 2009. Pada tahun 2016 pula seramai 28 orang
murid yang telah mendaftar dalam program PPKI SKDDH dengan pelbagai jenis masalah
pembelajaran. PPKI SKDDH mempunyai 10 orang guru dan 3 orang pembantu pengurusan
murid. Pelbagai aktiviti luar dalam dalam bilik darjah telah dirancang bagi memberi
pendedahan kepada murid-murid berkeperluan khas pada tahun ini.

Justera, satu aktiviti telah dijalankan iaitu Minggu Aspirasi Pendidikan Khas bermula
dari 19hb hingga 23hb September 2016. Ianya merupakan program tahunan pendidikan khas
SKDDH dan merupakan kali ke-4 pada tahun ini.

OBJEKTIF

Antara objektif program ini diadakan untuk membina keyakinan dan keberanian diri
untuk berkomunikasi dalam menjalankan aktiviti. Selain itu, program ini juga dapat
memupuk semangat bekerjasama dan bersosial antara rakan dan ibu bapa para murid-murid.

Seterusnya, program ini juga dapat membentuk tingkah laku yang positif dikalangan
murid dan secara tidak langsung dapat membina komunikasi yang berkesan di antara mereka.
Murid juga meningkatkan keupayaan motor kasar dan motor halus serta berkeupayaan untuk
berfikir secara kreatif dan kritis semasa melaksanakan aktiviti.

Pada tahun ini Minggu Aspirasi Pendidikan Khas 2016 mengadakan aktiviti
keusahawanan ianya bertujuan untuk memupuk keyakinan murid-murid berkeperluan khas
berinteraksi dengan murid-murid aliran perdana serta mengalakkan mereka untuk
mempelajari kemahiran hidup seperti memasak dan menghasilkan bahan-bahan yang boleh
mendatangkan hasil dari segi pendapatan kewangan.

1
LAPORAN MINGGU ASPIRASI 2016

HARI : ISNIN
TARIKH : 19HB SEPT 2016
AKTIVITI : PERASMIAN MINGGU ASPIRASI 2016, KUIZ DAN “GO
GREEN”

Isnin 19hb September 2016 telah berlangsung Majlis Pelancaran Minggu Aspirasi
Pendidikan Khas 2016. Majlis pelancaran telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan.
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Dato’ Demang Hussin iaitu Tn. Hj Adam Bin Md Dali
bertempat di Balai Tun Ali, SKDDH. Perasmian ini berlangsung dengan penuh gemilang
dengan ucapan Perasmian Pelancaran yang disampaikan oleh Tn. Guru Besar dan diikuti
dengan gimik pelancaran serta menandatangani banting Minggu Aspirasi Pendidikan Khas
Tahun 2016. Acara ini bermula dari pukul 7.45 pagi sehingga 8.15 pagi.

Pada pukul 8.15 pagi hingga 10.05 pagi bermulalah pertandingan Kuiz. Pertandingan
Kuiz ini diadakan bagi mengalak murid supaya mempunyai keyakinan diri serta mengalak
mereka untuk berfikir. Kebanyakkan soalan kuiz ini lebih kepada bentuk Matematik, Bahasa
Melayu, Bahasa Inggeris dan Pengetahuan Am

Murid diagihkan kepada tiga kumpulan iaitu harimau, serigala dan singa. Bagi setiap
kumpulan mestilah mempunyai 9 atau 8 orang ahli. Setiap soalan yang berjaya dijawab oleh
setiap kumpulan akan diberi 2 markah, sekiranya jawapan diberikan salah markah akan di
tolak 1 markah.

Bagi acara Kuiz ini Pasukan Singa telah berjaya mengumpul markah yang tinggi iaitu
pasukan singa sebanyak 40 markah, dikuti pasukan serigala 32 markah manakala harimau 28
markah.

Aktiviti terakhir pada hari pertama Minggu Aspirasi PPKI SKDDH 2016 dijalankan
iaitu Aktiviti GO GREEN. Aktiviti ini dijalankan di kelas PPKI dan melibatkan semua
murid,guru dan pembantu pengurusan murid. Aktiviti ini bermula jam 10.30 pagi dan tamat
pada jam 12.30 tengahari.

Dalam aktiviti GO GREEN ini murid dibahagikan kepada 3 kumpulan yang sama
seperti permain kuiz. Walau bagaimanapun aktiviti ini banyak menggunakan bahan-bahan
buang iaitu papan telur.

Aktiviti pertama yang dijalankan adalah aktiviti membuat replika serangga iaitu
labah-labah daripada papan bekas telur. Guru menerangkan dan menunjukkan demonstrasi
kepada murid cara membuat labah-labah bagi murid tahap satu secara berkumpulan.
Penilaian di kira dari aspek kerjasama,kekemasan dan kreatif menghasilkan labah-labah.

Aktiviti kedua bagi tahap dua ialah menghasilkan bingkai buang daripada papan
bekas telur. Guru menerangkan dan menunjukkan demontrasi kepada murid untuk membuat
bingkai tersebut dengan menggunakan bahan-bahan yang diberi. Penilaian di kira dari aspek
kerjasama,kekemasan dan kreatif menghasilkan bingkai bunga yang cantik.

2
LAPORAN MINGGU ASPIRASI 2016

Kesemua aktiviti berjalan dengan lancar. Keputusan penilaian, kumpulan singa


memenangi tempat pertama,diikuti kumpulan harimau ditempat kedua dan tempat ketiga
kumpulan serigala. Aktiviti ini tamat pada jam 12.30 tengahari. Sebelum bersurai, murid
menjalankan kerja pembersihan di persekitaran kumpulan masing-masing.

HARI : SELASA
TARIKH : 20HB SEPT 2016
AKTIVITI : SAMBUTAN HARI JADI MURID-MURID PPKI

Tanggal 20 September 2016 bersamaan hari Selasa menjadi suatu ingatan yang indah
buat seluruh warga PPKI SKDDH kerana Majlis Sambutan Hari Lahir Murid dapat
dijalankan seperti yang dirancang. Majlis ini merupakan acara tahunan dan merupakan
aktiviti pembelajaran selaras dengan elemen merentas kurikulum dalam Kurikulum
Pendidikan Khas. Bertempat di Windmill Station, Bukit Beruang, Melaka, sambutan yang
dirancang berjalan dengan baik, meriah dan sempurna dengan kerjasama daripada semua
guru dan pembantu pengurusan murid. Alhamdulillah, rasa syukur yang tidak terhingga
kerana semua murid dapat berkumpul dan meraikan hari kelahiran bersama-sama rakan dan
guru.

Antara objektif program ini dijalankan ialah untuk mengingatkan murid tentang hari
kelahiran mereka, mendedahkan murid dengan situasi sambutan hari lahir yang sebenar dan
dapat membina keyakinan dan hubungan sosial di antara murid dengan masyarakat luar.
Majlis yang bermula pada pukul 10.00 pagi ini telah dimulai dengan bacaan doa oleh Cikgu
Zhariff. Setelah itu, murid dihidangkan dengan menu makanan Barat iaitu “Chicken Burger”
dan air jus oren. Semua murid kelihatan agak teruja dan tidak sabar untuk menikmati
hidangan yang disediakan. Setelah selesai menjamu selera, kini tibanya masanya acara
kemuncak iaitu acara memotong kek hari lahir dan penyampaian hadiah hari lahir kepada
semua murid. Kek hari lahir pada kali ini telah ditaja oleh salah seorang ibu bapa murid iaitu
Pn Faridah, ibu kepada Harith Arsyad.

Walaupun majlis tersebut dibuat secara ringkas, tetapi kesannya amat bermakna
kepada murid-murid. Perasaan disayangi dan dihargai serta rasa kesyukuran dapat dipupuk
melalui program ini. Tidak dinafikan ada dalam kalangan murid-murid ini tidak pernah
diraikan hari lahir mereka oleh ibu bapa. Oleh itu, melalui program ini pengalaman ini amat
bermakna buat mereka. Majlis berakhir pada pukul 12.00 tengahari.

3
LAPORAN MINGGU ASPIRASI 2016

HARI : RABU
TARIKH : 21HB SEPT 2016
AKTIVITI : MINI PERKHEMAHAN PENGAKAP PPKI SKDDH

Mini Perkhemahan Pengakap PPKI SKDDH dijalankan pada hari rabu 21.9.2016
sempena dengan Minggu Aspirasi Pendidikan Khas 2016. Aktiviti perkhemahan ini di adakan
di padang SKDDH. Aktiviti ini disertai oleh semua murid, guru dan pembantu. Aktiviti ini
bermula jam 8.00 pagi dan tamat pada jam 12.30 tengahari.

Dalam perkhemahan ini murid-murid dibahagikan kepada 3 sekawan yang terdiri


daripada sekawan harimau, sekawan singan dan sekawan serigala.

Aktiviti pertama yang dilaksanakan adalah aktiviti memasang dan membuka khemah.
Guru menerangkan dan menunjukkan demonstrasi kepada murid cara memasang dan
membuka khemah dengan betul dan cermat. Selepas itu setiap sekawan pengakap akan
mendirikan khemah secara berkumpulan sambil dinilai oleh guru. Penilaian di kira dari aspek
kerjasama dan cara mereka memasang dan membuka khemah.

Aktiviti ke 2 yang dijalankan adalah aktiviti nyanyian lagu-lagu pengakap dan


tepukan pengakap. Murid-murid telah mempelajari 3 jenis tepukan seperti tepukan pengakap,
tepukan semangat dan beberapa tepukan asas pengakap yang lain. Murid juga dapat
mempelajari dan menyanyikan lagu seperti Lagu Di Sini Kita Berkumpul, Lagu Rumput
Hijau, Lagu Di Sini Senang Dan Lagu Enggapo. Pertandingan nyanyian juga turut dijalankan
antara kumpulan untuk menilai kumpulan yang dapat menyanyi dengan baik dan
bersemangat.

Aktiviti ke 3 yang dilakukan adalah aktiviti kawad statik. Murid dikehendaki


menjalankan aktiviti berkawad di bawah pimpinan Cikgu Shahrizan. Dalam aktiviti kawad
murid dikehendaki mematuhi dan melakukan pergerakan kawad statik mudah. Pada akhir
aktiviti ini juga murid telah dinilai dalam kawad statik mengikut kumpulan.

Murid juga berpeluang memainkan beberapa permainan seperti permainan tongkat.


Permainan ini dimainkan oleh beberapa orang dari setiap kumpulan. Permainan ini
mengkehendaki murid bergerak ke kiri atau ke kanan tanpa menjatuhkan tongkat yang
dipegang. Peserta terakhir yang bertahan akan dikira sebagai pemenang dalam permainan ini.

Aktiviti ini tamat pada jam 12.30 tengahari. Sebelum meninggalkan tapak perkhemahan,
murid menjalankan kerja pembersihan bagi memastikan kawasan perkhemahan bersih dan
kemas.

4
LAPORAN MINGGU ASPIRASI 2016

HARI : KHAMIS
TARIKH : 22HB SEPT 2016
AKTIVITI : PROGRAM KEUSAHAWANAN PERMATA

Pada hari ini telah diadakan Program Keusahawana sempena Minggu Aspirasi
Pendidikan Khas. Program Keusahawana telah diadakan di Anjung Kasih Pendidikan Khas
dimana sepanjang jualan terdapat pelbagai jenis makan yang dijual iaitu Kentang Goreng,
,Aiskrim Malaysia, Aiskrim Cup, dan Popia Sosej. Program ini telah mendapat sambutan
yang baik dari semua murid aliran perdana dan berjalan dengan lancar.

Semua bahan yang dijual pada hari ini kebanyakkan telah dihasilkan oleh murid
pendidikan khas yang terdiri daripada murid tahun 4 dan tahun 5 iaitu bagi aiskrim Malaysia,
guru-guru, PPM dan juga ibu bapa yang ingin membantu menambah dana untuk PPKI/BP
SKDDH bagi tujuan lawatan sambil belajar ke Sarawak. Bagi modal untuk melakukan
aktiviti keusahawanan ini sebanyak RM 548.20 digunakan untuk membeli bahan-bahan
membuat popia sosej, kentang goreng, aiskrim, dan lain-lain lagi.Hasil keuntungan program
keusahawanan telah berjaya mengumpul keuntungan sebanyak RM1521.50

Sepanjang aktiviti ini berjalan ianya dibahagikan kepada dua sessi iaitu pada pukul
9.35pagi hingga 10.05pagi bagi murid tahap 1 manakala bagi murid tahap 2 bermula
10.35pagi hingga 11.05pagi

5
LAPORAN MINGGU ASPIRASI 2016

HARI : JUMAAT
TARIKH : 23HB SEPT 2016
AKTIVITI : SUKANEKA ( TEMA TRADISIONAL )

Jumaat, hari terakhir minggu Aspirasi Pendidikan Khas telah berlangsung acara
sukaneka. Acara sukaneka adalah merupakan salah satu slot yang ada setiap kali Minggu
Aspirasi PPKI di SKDDH ini. Penyertaan sukaneka kali ini adalah melibat murid-murid
PPKI SKDDH sahaja. Sukaneka pada tahun ini bertemakan permainan Tradisional.

Peserta dibahagikan kepda 3 kumpulan dan 2 orang guru bersama mereka sebagai
penasihat. Antara acara yang dipertandingakan adalah :-

a. Tari Upih Pinang


b. Membawa Bola Ping Pong Dalam Sudu
c. Tarik Tali
d. Anak Naga Berjoget
e. Bowling Kelapa

Program dijalankan bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara satu sama lain
di samping memupuk sikap kerjasama di antara ahli kumpulan. Selain itu, acara ini juga
dapat membina keyakinan diri serta melahirkan sikap berani di kalangan murid-murid
berkeperluan khas. Secara tidak langsung ianya dapat mengujudkan pergaulan sosial yang
sihat dikalangan murid.

Pada pukul 11.00 pagi telah diadakan program penyampai hadiah dan majlis penutup
Minggu Aspirasi PPKI SKKDH yang telah dirasmikan oleh Guru Penolong Kanan 1 SKKDH
iaitu Cikgu Hussin Bin Abu Noh bertempat di Balai Tun Ali.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

____________________ ___________________ ___________________


KHAIRUL ZHARIF BIN ZAINAL SURIANI BINTI ATAN HJ. ADAM BIN MD. DALI
Guru Pendidikan Khas GPK Pendidikan Khas Guru Besar
SK Dato' Demang Hussin SK Dato' Demang Hussin SK Dato' Demang Hussin
KM 9, Bukit Katil 75450 Melaka KM 9, Bukit Katil 75450 Melaka KM 9, Bukit Katil 75450 Melaka

6
LAPORAN MINGGU ASPIRASI 2016

Program dijalankan dapat mengeratkan silaturrahim di antara satu sama lain di


samping memupuk sikap kerjasama di antara ahli kumpulan. Selain itu, acara ini dapat
membina keyakinan serta melahirkan sikap berani di kalangan murid-murid bekerperluan
khas. Secara tidak langsung ia mewujudkan pergaulan sosial yang positif di kalangan peserta
yang lain.
Kelebihan:
1. Membina jati diri murid bekeperluan khas.
2. Meningkatkan kemahiran sosial di kalangan murid dengan murid dan murid dengan guru.
3. Melahirkan daya saing yang sihat di kalangan murid.
4. Memperingati permainan tradisional yang semakin ditinggalkan oleh generasi baru.
5. Melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial selaras
dengan falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Kelemahan:
1. Tidak mempunyai peralatan yang cukup.
Secara keseluruhan, dapat dirumuskan program ini berjalan dengan lancar dan teratur
serta mencapai objektif. Semoga program akan datang lebih baik dan memberi manfaat
kepada peserta.

7
LAPORAN MINGGU ASPIRASI 2016

Anda mungkin juga menyukai