Anda di halaman 1dari 3

KEROSAKAN – KEROSAKAN YANG BIASA BERLAKU DAN CARA MENYELENGGARANYA

Sistem Karburetor

1) Enjin Tidak Dapat Melahu Dengan Sempurna


>Masalah seperti ini biasanya berlaku oleh jet melahu separuh tersumbat.
>Walaupun enjin beroperasi tetapi kelajuan melahu (ppm) tidak dapat dicapai lalu
Menyebabkan enjin tiba – tiba saja mati atau bergegar.

Jika ini berlaku :

I. Keluarkan karburetor daripada enjin, dan lakukan kerja baik pulih dengan alat
yang sesuai.
II. Masukkan komponen-komponen karburetor ke dalam dulang dan basuh
dengan petrol.
III. Kemudian sembur semua lubang talian bahan api dengan angin yang
bermampat tinggi untuk membuang kotoran.
IV. Cucuk semua lubang talian bahan api dengan dawai halus untu membuang
kotoran.
V. Pasangkan semula karburetor pada enjin dan laraskan kelajuan melahu
dengan bunyi yang halus dan sempurna jika tidak terdapat alat khas.

2) Enjin Kurang Berkuasa


>Pada amnya enjin kurang berkuasa disebabkan oleh beberapa perkara seperti
kerosakan mekanikl ataupun elektrikal.
>Ini disebabkan oleh larasan bahagian petrol yang terlalu rendah daripada yang
Sepatutnya, dan seterusnya ini akan menyebabkan enjin kekurangan kuasa.

Untuk mengatasi masalah ini :

I. Untuk mengatasi masalah ini, pusingkan skru melahu bahan api melawan
pusingan jam.
II. Hidupkan enjin dan laraskan kelajuan melahu, kemudian naikkan kelajuan
pusingan enjin sehingga 2500 – 3000 putaran per minit.
III. Jika tidak kedengaran bunyi letupan daripada ekzos, maknanya ekzos dalam
keadaan baik.
IV. Uji pandu kereta tersebut untuk menguji kelajuan pecutan.
3) Enjin Mati Dengan Tiba – Tiba
>Kejadian sebegini selalu berlaku apabila kenderaran berhenti pada lampu isyarat
Bewarna merah, semasa kesesakkan lalu lintas atau setelah memandu dengan
kelajuan yang tinggi.
>Ini adalah disebabkan oleh pelaras melahu tidak dipusing dengan betul dan
Campuran bahan api dengan angin terlalu kurang.
>Pendikit perlu dibuka dengan lebih luas supaya kelajuan enjin dapat stabil, dan jika
injak dilepaskan enjin akan mati.

Jika ini berlaku :

I. Pusing skru melahu bahan api melawan pusingan jam sedikit demi sedikit.
II. Smbil itu, dengar sekali bunyi enjin sehingga kelajuannya bertambah laju,
antara 700 – 750 ppm tercatat pada papan pemuka.

4) Enjin Mudah Dihidupkan tetapi Bergegar dan Kemudiannya Terhenti

a)Penapis Udara Tersumbat


 Penapis udara tersumbat atau terdapat banyak habuk pada penapis tersebut
yang boleh menyebabkan kemasukan udara ke pancarongga pengambilan
yang tersekat,seterusnya nisbah bahan api yang ideal tidak dapat dicapai
khususnya semasa enjin melahu.

Jika ini berlaku :

I. Keluarkan penapis udara daripada enjin dan periksa keadaan penapis


udara itu samada masih boleh digunakan atau sebaliknya.
II. Jika penapis udara tersebut kelihatan perlu dibersihkan, servis dengan
pemampat yang bertekanan tinggi.
III. Sekiranya kertas katrij untuk membuat penapis koyak atau basah
teruk, ia perlu ditukar baru dengan saiz yang sama.-->

 Penapis udara yang tidak betul saiznya akan menyebabkan kerenggangan


pada penapis tersebut.
 Ini akan menyebabkan sebahagian daripada angin yang masuk dari
pancarongga alur masuk tidak ditapis dan boleh menyebabkan habuk
masuk ke silinder melalui injap kemasukan.
 Ini kemudiannya akan mengakibatkan dinding silinder bercalar hasil
daripada pergerakan turun dan naik omboh dalam silinder yang benguis
habuk pada dinding silinder.
b)Paip Vakum Karburetor tercabut atau bocor

Jika ini berlaku :

I. Buka bonet kereta dan periksa semua paip vakum daripada dan kepada
karburetor.
II. Sekiranya terdapat paip vakum yang tercabut, sambungkan semula
pada sambungan yang betul.
 Kadangkala terdapat kebocoran yang berlaku pada hos vakum yang
boleh menyebabkan operasi enjin tidak lancar.
III. Matikan enjin dan tukar hos berkenaan dengan hos yang baru.
IV. Selepas itu, hidupkan enjin dan pastikan enjin beroperasi dengan
kelajuan yang lancar dan sempurna.

5) Karburetor Dibasahi dengan Bahan Api Selepas Memandu


>Ini selalunya, disebabkan oleh penebat (gasket) bahagian atas atau bahagian tengah
kerburetor yang terkoyak atau bocor, dan membolehkan bahan api terkeluar.

Jika ini berlaku :


I. Rombakkan karburetor tersebut dan servis.
II. Seterusnya pasang penebat atau gasket yang baru.
 Apabila mengikat skru karburetor, jangan ikat terlalu ketat hingga
merosakkan benang skru.
 Benang skru yang rosak boleh menyebabkan karburetor renggang
sebelah, dan bahan api terkeluar.

Anda mungkin juga menyukai