Anda di halaman 1dari 13

SK TAMAN DESAMINIUM, LESTARI PERDANA,

43300, SERI KEMBANGAN, SELANGOR

PAT (OKTOBER 2019)


BAHASA MELAYU (KERTAS 1)
TAHUN 4

Nama : _______________________________ Kelas : ____________

BAHAGIAN A
(20 MARKAH)

Soalan 1 hingga 16
Pilih jawapan yang paling sesuai bagi soalan-soalan berikut.

1. Para petani sibuk membanting ___________________ yang telah


dituai.

A. lalang C. daun
B. sayur D. padi

2. “Bilakah ____________ hendak pulang ke kampung?” tanya Azmin kepada

Zainal.

A. anda C. kami
B. aku D. kamu

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

3. Hutan _________________ untuk tujuan pembangunan, pertanian, dan


juga pembalakan.

A. ditebang C. diredah
B. dipotong D. dikerat

1
4. Peserta lelaki itu menyampaikan ceritanya dengan __________ dan gaya
yang menarik.

A. cerdik C. cekap
B. petah D. pintar

5. Bakul yang berisi tuala kotor itu ibu letak ____________ atas mesin
basuh.

A. di C. daripada
B. dari D. kepada

6. “______________, cantik sungguh hari ini! Awak hendak pergi ke mana?”

A. Cis C. Ah
B. Amboi D. Wahai

Soalan 7 berdasarkan gambar di bawah

7. Adli menjual kacang bagi mendapatkan wang saku ____________ kanak-

kanak lain seusianya masih leka bermain.

A. maka C. tatkala
B. kemudian D. agar

8. Pokok rambutan di hadapan rumah Tok wan itu semakin _____________.

A. membesar C. dibesar
B. pembesar D. terbesar

2
9. Sempena Hari Kemerdekaan, _____________ orang menyertai Larian

Kemerdekaan yang diadakan pada hujung minggu lepas.

A. beratus C. peratus
B. beratus -ratus D. keseratus

10. Penduduk kampung itu membangkang cadangan pemaju untuk

menggantikan rumah mereka dengan rumah yang lain.

Pilih perkataan antonim bagi perkataan membangkang.

A. menyokong C. membantah
B. memberontak D. menyalahi

11. Ibu berasa gusar apabila melihat anaknya sakit.

Pilih perkataan sinonim bagi perkataan gusar.

A. berang C. daripada
B. teruja D. kepada

12. Pilih ayat yang betul.

A. Ali makan dua buku roti canai pagi tadi.


B. Saya baru menerima sepucuk surat dari ibu.
C. Kakak memiliki koleksi setem-setem luar negara.
D. Peserta Rumah Kuning lebih pantas daripada peserta Rumah Hijau.

13. Pilih simpulan bahasa yang sesuai bagi mengisi tempat kosong.

Aminah datang dari keluarga kaya. Sikap __________ dan angkuh Aminah
menyebabkan ramai orang tidak mahu berkawan dengannya.

A. buruk siku C. hidung tinggi


B. pisau cukur D. adu domba

3
. 14. “Kamu semua perlu _______________ kerja sekolah yang saya beri
tadi.” Cikgu Ridzuan mengingatkan anak muridnya.

. A. fahamkan C. siapkan
. B. tuliskan D. buatkan
.

Soalan 15 dan 16
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.

15. Murid-murid sekolah perlu mematuhi peraturan lalu lintas untuk menjamin
keselamatan diri.

A. Untuk memastikan keselamatan diri terjamin, peraturan lalu lintas


mesti dipatuhi oleh murid-murid sekolah.
B. Murid-murid boleh menjamin keselamatan lalu lintas dengan mematuhi
peraturan sekolah.
C. Keselamatan murid-murid sekolah bergantung kepada peraturan lalu
lintas.
D. Peraturan lalu lintas boleh menjamin keselamatan murid-murid sekolah.

15. Pokok kelapa yang tinggi itu telah ditebang oleh ayah saya dengan sebilah
kapak yang tajam semalam .

A. Ayah telah menebang pokok kelapa saya yang tinggi itu dengan sebilah
kapak yang tajam semalam.
B. Ayah telah menebang pokok kelapa yang tinggi dengan sebilah kapak
saya yang tajam semalam.
C. Semalam ayah saya telah menebang pokok kelapa yang tinggi itu
dengan sebilah kapak yang tajam.
D. Semalam saya dan ayah saya telah menebangs ebtang pokok kelapa
yang tinggi dengan sebilah kapak yang tajam.

4
Soalan 17 hingga 20
Baca petikan di bawah kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Lot 112, Taman Permai,


Batu 15, Jalan Kuching Serian,
93250 Kuching,
Sarawak.

21 Oktober 2017

Menemui saudara Royston yang berada di Taman Selasih, Jalan Kidurong,Sri


Aman. Semoga sihat sejahtera hendaknya.

Saudara,

Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk mengucapkan terima kasih atas kesudian
saudara dan ayah saudara membantu saya tempoh hari. Saya amat terhutang budi
kepada saudara. Kalau tidak, mungkin saya sudah ketinggalan bas untuk pulang ke
Kuching.

Saya ke Sri Aman tempoh hari untuk melawat nenek saya. Saya menghabiskan
masa di sana selama seminggu. Oleh sebab beberapa hal yang tidak dapat dielakkan,
saya telah terlepas bas awam untuk ke stesen bas Sri Aman. Saya mencuba
mendapatkan teksi tetapi sebuah teksi pun tidak kelihatan. Saya risau betul pada waktu
itu. Saya sama sekali tidak menyedari bahawa saudara sedang memerhatikan saya. Pada
mulanya saya terkejut apabila saudara menegur saya. Namun demikian, keramahan
saudara melegakan hati saya. Rupa-rupanya , saudara tinggal di sekitar kawasan itu juga.

Saudara,

Saya mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf juga. Oleh sebab saudara dan
ayah saudara menghantar saya ke stesen bas, saudara pula terlewat ke sekolah untuk
latihan renang. Saya berharap agar suatu hari nanti saya akan dapat membalas budi baik
saudara itu. Saya gembira kerana mendapat kenalan baru yang baik hati seperti saudara.

Sekian dulu buat kali ini, semoga kita berjumpa lagi. Sambutlah salam mesra
daripada saya untuk saudara dan keluarga.

Yang benar,
Hakimi Ilyas

5
17. Kata menegur dalam petikan bermaksud……..

A. menasihati C. mengusik
B. menyapa D. memandang

18. Apakah tujuan Hakimi menulis surat kepada Royston?

A. Mengucapkan terima kasih


B. Menjemput Royston datang ke rumahnya.
C. Menceritakan pengalamannya semasa berada di rumah nenek
D. Memberitahu Royston tentang keadaan dirinya

19. Bagaimanakah sikap Royston pada pandangan Hakimi?

A. Peramah dan baik hati


B. Pemalu tetapi aktif di sekolah
C. Periang dan bijak dalam pelajaran
D. Sombong dan angkuh

20. Pilih pernyataan yang BENAR berdasarkan petikan

A. Surat ini ditulis kepada Royston seminggu selepas Hakimi pulang ke


Kuching
B. Royston dan Hakimi tinggal di kawasan yang sama
C. Hakimi memohon maaf kerana tidak dapat membantu Royston.
D. Royston dan Hakimi meyertai latihan renang bersama-sama di sekolah
mereka.

6
BAHAGIAN B
(30MARKAH)

Soalan 21

Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan
yang diberi.

Beberapa seluruh pelbagai sedikit

Sekalian banyak tiap-tiap juta

Taman Negara kaya dengan khazanah hutan hujan tropika yang

tidak ternilai harganya. Tujuan Taman Negara diwujudkan adalah untuk memberi

perlindungan kepada ______________________________ spesies tumbuh-

tumbuhan semula jadi dan hidupan lain daripada diancam kepupusan. Taman

Negara telah dimajukan sebagai destinasi ekopelancongan yang menarik. Hutan

Hujan Tropika yang berusia lebih 130_____________________ tahun ini masih

belum tercemar dan menjadi habitat semula jadi bagi tumbuh-tumbuhan liar,

burung, dan serangga. _______________________ aktiviti menarik dapat

dilakukan oleh pengunjung di Taman Negara seperti meniti titian kanopi, aktiviti

berjalan malam, dang mengunjungi bumbun, iaitu tempat untuk mengintai

_________________ jenis haiwan liar. Antaranya ialah harimau, rusa, dan

pelanduk datang ke jenut untuk mendapatkan bekalan garam.

( / 4)

7
Soalan 22

a) Tandakan (/) bagi penjodoh bilangan yang betul berdasarkan ayat di bawah

i) Adik makan beberapa _______________ roti yang disapu dengan jem


starwberi.

buku ( ) keping ( ) helai ( )

ii) Ibu memasukkan ________________ garam kasar ke dalam masakannya.

secubit ( ) segenggam ( ) seketul ( )

( /2)

b) Padankan kata kerja yang sesuai berdasarkan ayat yang diberi. Satu
daripadanya telah ditunjukkan sebagai contoh.

(i) Adik sedang ________daging


membasuh
yang liat itu.
(ii) Lembu __________rumput
mengarahkan
di padang.
(iii) Ayah ____________kereta
Mengunyah
di halaman rumah
(iv) Cikgu Alia _________agar
murid beratur mengikut meragut
ketinggian

( /2)

c) Bulatkan jawapan yag paling sesuai bagi jawapan di bawah

(a) __________ dan keluarga pernah melancong ke Pulau Tioman,” kata Vijay.

Kita Saya Dia

(b) “Cis,berani __________ mengkhianati aku!”

kami engkau kamu

( /2)

8
Soalan 23

Gariskan kata sendi yang terdapat dalam ayat di bawah.

a) Beberapa kaki cendawan yang aneh ditemukan di Taman Cendawan, Bukit Seri
Lukut.

b) Penyajak terkenal itu mendeklamasikan dua rangkap sajak dengan penuh


syahdu.

c) Penyambut tetamu itu mengenakan serawan kerongsang pada baju kebayanya.

d) Semasa menyambut Hari Raya Aidilfitri yang lalu, Cikgu Hasma menerima
beberapa keping kad ucapan daripada anak muridnya.

( /2)

Soalan 24

a) Tulis ayat majmuk daripada ayat-ayat tunggal di bawah ini.

Ayat tunggal:

. Lori yang membawa anak-anak ayam itu terbabas.

. Lori yang membawa anak-anak ayam itu terbalik.

Ayat Majmuk:

( 2 markah)

9
b) Nyatakan peribahasa yang bersesuaian dengan gambar di atas

(2 markah)

c) Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah ini.

(2 markah)

10
b) Tulis kata ganti nama tunjuk yang betul bagi setiap ayat di bawah

ini sini situ sana itu

(a)  “Semua kuih __________ dibuat oleh ibu saya sendiri,” kata Halimah dengan
bangganya sambil menunjukkan ke arah kuih-muih yang berhampiran dengannya.

(b)  Persekitaran rumah __________ bersih dan nyaman kerana tuan rumah
rajin membersihkannya.

(c)  Kamu tidak perlu datang ke __________ , saya akan ke tempat kamu nanti.

(d)  “Mari kita duduk di __________ ,” kata Ayu kepada Mira sambil menunjuk
kerusi di bawah pokok itu.

(e)  Tapak sawah Pak Ali sangat luas tetapi tanah di __________ tidak sesuai
untuk penanaman getah.

(5 markah)
Soalan 25

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang


berikutnya.

11
Melaka, 28 Januari - Seorang murid lelaki di salah sebuah sekolah rendah di sini

terpaksa melupakan hasrat untuk mengambil peperiksaan Ujian Pencapaian

Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini setelah dia terbabit dalam kemalangan yang

menyebabkan kaki kanannya terpaksa dipotong.

Kejadian berlaku pada 7 Ogos aabila mangsa dalam perjalanan pulang ke

rumah selepas selesai menghadir kelas tambahan. Basikal mangsa bergesel dengan

sebuah motosikal sehingga menyebabkan mangsa tercampak di atas jalan raya.

Mangsa yang tidak sempat bangun sekali lagi dilanggar oleh sebuah lori. Mangsa

diseret sejauh 50 meter sehingga menyebabkan kaki mangsa mengalami

kecederaan parah dan terpaksa dipotong.

a) Mengapakah murid tersebut tidak dapat mengambil Ujian Pencapaian Sekolah


Rendah?

____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________

(2 markah)

12
b) Tandakan (√) bagi pernyataan yang betul dan (X) bagi pernyataan yang salah.

. Kejadian berlaku semasa murid itu dalam perjalananpulang ke rumah dari kelas

tambahan. ( )

. Kaki murid itu terputus apabila diseret sejauh 50 meter oleh lori yang

melanggarnya. ( )

(2 markah)

c) Pada pendapat kamu, nyatakan langkah-langkah yang boleh diambil untuk


mengelakkan kemalangan jalan raya dalam kalangan murid.

____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________

(3 markah]

13

Anda mungkin juga menyukai