Anda di halaman 1dari 8

TEKS PENGACARA MAJLIS

“HARI ANUGERAH KOKURIKULUM SMK TELOK MAS TAHUN 2019”

Tarikh : 22 Ogos 2019


Hari : Khamis
Masa : 8.00 Pagi
Tempat : Dataran Ilmu, SMK Telok Mas

INA

Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat


Yang Berbahagia Tuan Haji Jamsari bin Mariman
Ketua Penolong Pengarah Kanan Hal Ehwal Murid Sektor Pembangunan Murid
Jabatan Pendidikan Negeri Melaka
.Diiringi para pentadbir SMK Telok Mas
________________________________________________________________

Memulakan atur langkah majlis, marilah sama-sama kita mengumandangkan suara


untuk menyanyikan lagu-lagu patriotik bersama dengan iringan muzik
.Semua hadirin diminta bersedia

)Lagu diputarkan(

PARA HADIRIN DIPERSILAKAN DUDUK

_________________________________________________________________

Majlis dengan penuh takzim menjemput dan mempersilakan tetamu kehormat kita
Yang Berbahagia Tuan Haji Jamsari bin Mariman dengan diiringi oleh Tuan
Pengetua dan Penolong Kanan Kokurikulum untuk menerima tabik hormat dan
.memeriksa baris Kadet Koreksional SMK Telok Mas

……Dipersilakan

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Tuan Haji Jamsari bin Mariman,
Tuan Pengetua Puan Kamariah bt. Othman dan En. Azmadi Bin Ibrahim atas
.kesudian memeriksa baris Kadet Koreksional SMK Telok Mas sebentar tadi
_________________________________________________________________

1
SARIMAH

Sirih berlipat bersama pinang,


Pinang berasal Pulau Mutiara;
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.

Yang Berbahagia Tuan Haji Jamsari bin Mariman


Ketua Penolong Pengarah Kanan Hal Ehwal Murid,Sektor Pembangunan Murid
Jabatan Pendidikan Negeri Melaka

Yang Berusaha Puan Hjh Kamariah Bt Othman


Pengetua SMK Telok Mas

Yang Dihormati En Zulkifli Bin Baharom


Ketua Penolong Pengarah Kanan Kokurikulum
Jabatan Pendidikan Negeri Melaka

Yang Dihormati Tuan Munsyi Muhammad Bin Musip


Naib Yang Dipertua PIBG SMK Telok Mas,

Yang Setia Tuan Inspektor Mohd Saliman Bin Mat Salleh


Pegawai Perhubungan Sekolah
Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah

Yang Dihormati Sarjan Mejar Halim bin Alias


Daripada Bahagian Ketenteraman Awam/Trafik Daerah
Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah

Para jurulatih Kadet Bomba,Kadet Koreksional,Silat dan Bola Tampar

Yang Dihormati
Puan Darma Taksiah Bt Kamarudin
Penolong Kanan Pentadbiran
Puan Siti Salwah Bt Abdul Aziz
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
En. Azmadi Bin Ibrahim
Penolong Kanan Kokurikulum

2
Barisan Guru Penolong Kanan Mata Pelajaran
Rakan-rakan guru dan para pelajar sekalian…

Assalamualaikum w.b.t, Salam sejahtera, Salam Melaka Berwibawa, Pintar, Hijau,


Bersih.

Alhamdulillah, marilah sama-sama kita merafa’kan kesyukuran yang tidak


terhingga kehadrat Allah S.W.T, kerana dengan izin dan limpah kurnia Nya dapat
kita berhimpun untuk menjayakan “Majlis Hari Anugerah Kokurikulum SMK
Telok Mas Tahun 2019”

Majlis Hari Anugerah Kokurikulum ini bertujuan untuk menghargai dan


mengiktiraf kejayaan para pelajar SMK Telok Mas didalam pelbagai bidang
kokurikulum yang diceburi.

Untuk makluman para hadirin sekalian, “Majlis Hari Anugerah


Kokurikulum” pada hari ini juga merupakan acara kemuncak bagi aktiviti-aktiviti
kokurikulum yang telah diadakan sepanjang tahun ini.

Mudah-mudahan majlis yang telah dirancang rapi ini akan mendapat


keberkatan dan keredhaan daripada Allah S.W.T.
________________________________________________

INA
Petik Kenanga indah disemat,
Gubahan di olah bawa berangkat,
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan saudara Ahmad Afiq Daniel bin Affendi untuk memimpin bacaan
doa. Dipersilakan....

*****************************Bacaan Doa****************************

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara Ahmad Afiq Daniel di
atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

Majlis mengumumkan kawalan keluar padang

3
SARIMAH

Bagi meneruskan acara pada pagi ini, majlis dengan sukacitanya mempersilakan
Pn Hjh Kamariah Bt Othman, Pengetua SMK Telok Mas, untuk menyampaikan
ucapan alu-aluan.

Dengan segala hormatnya dipersilakan......

**************************Ucapan Pengetua**************************

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Puan Hjh Kamariah di atas
ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.
_______________________________________________________________

INA
Sirih Junjung penuh bererti,
Indahnya adat tidak terperi,
Tibalah saat masa dinanti,
Mendengar amanat ucapan perasmi.

Tanpa melengahkan masa lagi majlis dengan segala hormatnya mempersilakan


Yang Berbahagia Tuan Haji Jamsari bin Mariman, Ketua Penolong Pengarah
Kanan Hal Ehwal Murid Sektor Pembangunan Murid Jabatan Pendidikan Negeri
Melaka untuk menyampaikan ucapan beliau dan seterusnya merasmikan “Majlis
”Hari Anugerah Kokurikulum SMK Telok Mas Tahun 2019
.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

******************************Ucapan Tn Hj***********************

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan Haji
Jamsari bin Mariman atas perasmian dan ucapan yang telah disampaikan sebentar
tadi
__________________________________________________________________

SARIMAH

4
Para hadirin sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan persembahan silat dari pasukan silat Lingkaran Karet
SMK Telok Mas dan diikuti persembahan shuffle pelajar.

**********************Persembahan Silat & Shuffle*********************

Terima kasih diucapkan kepada pasukan silat dibawah pimpinan En. Nur Hanif bin
Abd. Rahman serta Noorfadhilah Bt Sapuan dan persembahan Shuffle di bawah
pimpinan Pn Amira Badri, Pn Norfadhilah dan Pn Faiza Tubari yang telah
membuat persembahan yang amat menarik untuk tontonan para hadirin sekalian.

Untuk makluman semua, pasukan Silat Lingkaran Karet SMK Telok Mas ini telah
berjaya mendapat tempat di dalam beberapa pertandingan peringkat negeri.
Antaranya ialah naib Johan kategori tempur putera,naib johan silat seni puteri serta
johan silat olahraga peringkat negeri Melaka.
_________________________________________________________________

INA/SARIMAH

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil AJK Kelab & Persatuan, Unit
Beruniform serta Kelab Sukan & Permainan . Oleh itu, majlis menjemput Yang
Berusaha Puan Hjh Kamariah Bt Othman, Pengetua SMK Telok Mas dengan
diiringi oleh En. Azmadi Bin Ibrahim, Penolong Kanan KoKurikulum Untuk
menyempurnakan majlis.

***********************Penyampaian Sijil AJK*************************

Terima kasih diucapkan kepada Puan hjh Kamariah Bt Othman dan En. Azmadi
Bin Ibrahim diatas penyampaian sijil itu tadi.

_________________________________________________________________

INA

Majlis diteruskan lagi dengan persembahan sentap dari Kadet Koreksional dan
persembahan Poem Recitation oleh Saudari Ainur Balqis dan ______________
Dipersilakan….

5
*************Persembahan SENTAP & Poem Recitation ****************

Terima kasih diucapkan kepada pasukan Kadet Koreksional diatas persembahan


yang penuh bertenaga sebentar tadi dan persembahan poem recitation yang telah
disampaikan oleh saudari Ainur Balqis dan _______________ yang dibimbing
oleh Pn Forzaima binti Ab Rashid. Pasukan Kadet Koreksional SMK Telok Mas
pula telah dipimpin oleh Encik Hasbullah bin Md Sukur dan dilatih oleh Jurulatih
yang merupakan pegawai penjara dari Sekolah Henry Gurney, Jabatan Penjara
Malaysia iaitu En. Noorazrin bin Parman dan Cik Nurul Naziha Bt Nordin.

Untuk makluman semua, Pasukan Kadet Koreksional SMK Telok Mas merupakan
Johan Keseluruhan Pertandingan Kadet Koreksional Peringkat Negeri.

_________________________________________________________________

SARIMAH/INA

Para hadirin sekalian, aturcara majlis pada pagi ini diteruskan lagi dengan
penyampaian sijil penghargaan kepada jurulatih dan penyampaian insentif khas
kepada pelajar yang telah mengharumkan nama sekolah di peringkat negeri dan
juga kebangsaan. Oleh itu, majlis menjemput Yang Berbahagia Tuan Munsyi
Muhammad Bin Musip, NYDP PIBG SMK Telok Mas, diiringi En. Azmadi Bin
Ibrahim, Penolong Kanan Ko-Kurikulum bagi penyampaian sijil dan insentif
tersebut..

Mendahului senarai adalah…

*********************Penyampaian Sijil dan Insentif*********************

Terima kasih diucapkan kepada Tn Hj Azman Bin Mohd Noor, YDP PIBG SMK
Telok Mas dan En. Azmadi Bin Ibrahim, diatas penyampaian sijil dan insentif itu
tadi.

_______________________________________________________________

SARIMAH

6
Majlis diteruskan lagi dengan persembahan Tarian Zapin . Dipersilakan….

*********************Persembahan Tarian Zapin************************

Terima kasih diucapkan kepada penari-penari cilik di atas Persembahan Tarian


zapin ting-ting yang telah disampaikan oleh pelajar-pelajar Tingkatan 1 yang
dibimbing oleh Pn Dzairin Hazida Mohd Dawang, Pn Norkhairani bt Mohd
Khalip dan Pn Forzaima binti Abd Rashid.

________________________________________________________________

INA / SARIMAH

Aturcara majlis kini sudah sampai kemuncaknya iaitu penyampaian Anugerah


Kokurikulum Tahun 2019. Oleh itu, majlis menjemput Yang Berbahagia Tuan
Haji Jamsari bin Mariman, Ketua Penolong Pengarah Kanan Hal Ehwal Murid
Sektor Pembangunan Murid Jabatan Pendidikan Negeri Melaka dengan diiringi
oleh Tuan Pengetua dan Penolong Kanan Kokurikulum SMK Telok Mas bagi
menyempurnakan penyampaian anugerah tersebut.

Majlis penyampaian anugerah dimulakan dengan penyampaian ….

************************Penyampaian Anugerah***********************

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Tuan Haji Jamsari bin Mariman,
Puan Hjh. Kamariah bt. Othman dan En. Azmadi Bin Ibrahim diatas penyampaian
anugerah itu tadi. Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah.

__________________________________________________________________

Majlis diteruskan lagi dengan Nyanyian Lagu Duet yang bertajuk Pulang oleh
saudari Nor Hazirah binti Mohd Hussin dan saudara Mohd Zikry Syahmi bin
Mohd Zaki dan lagu Sumpah yang akan disampaikan oleh saudari Noradriana
Syazwin dan Saudara Adam Rafiq B. M.Razi..

7
****************Nyanyian Lagu Pulang dan Sumpah*********************

Terima kasih diucapkan kepada 2 pasangan duet di atas nyanyian lagu itu tadi.

__________________________________________________________________

INA

Kuning emas masaknya padi,


Mawar merah dalam jambangan,
Terima kasih daun keladi,
Budi tuan dalam kenangan,

Adat orang bertandang, kehadiran dialu-alukan, kepulangan diraikan . Sebagai


tanda kasih dan tanda penghargaan, majlis dengan ini mempersilakan Yang
Berusaha Pn. Hjh. Kamariah Bt Othman, Pengetua SMK Telok Mas untuk
menyampaikan cenderahati kenang-kenangan kepada tetamu jemputan kita pada
pagi ini iaitu Yang Berbahagia Tuan Haji Jamsari bin Mariman yang telah
menyempurnakan majlis perasmian dan penyampaian anugerah sebentar tadi,.
Dipersilakan…………………

Terima kasih kepada Tuan Pengetua Pn Hjh Kamariah bt. Othman atas
penyampaian cendarahati itu tadi.

Dengan berakhirnya penyampaian cenderahati itu tadi, maka majlis kita bakal
melabuhkan tirainya. Kami mewakili pihak Jawatan kuasa majlis merakamkan
ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan Haji Jamsari
bin Mariman, Ketua Penolong Pengarah Kanan Hal Ehwal Murid Sektor
Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka , Naib Yang Dipertua
PIBG SMK Telok Mas, Tuan Munsyi Muhammad Bin Musip , Tuan Pengetua
Puan Hjh. Kamariah bt Othman dan semua ahli jawatankuasa dibawah naungan
En. Azmadi Bin Ibrahim selaku Penolong Kanan Kokurikulum yang telah
bertungkus lumus dari mula hingga ke akhirnya bagi menjayakan majlis ini.

Tidak lupa juga ucapan setinggi-tingi terima kasih kepada semua warga SMK
Telok Mas yang telah meluangkan masa dan memberikan sumbangan tenaga
secara langsung atau tidak langsung untuk menjayakan majlis ini.

Sekian, Wabillahitaufik walhidayah Wassalamualaikum W.b.t

*Tetamu jemputan dan para pentadbir dijemput untuk menikmati jamuan di


Anjung Mas PIBG. Sekian . Terima Kasih.

Anda mungkin juga menyukai