Anda di halaman 1dari 1

DOA PROGRAM SARANA

َّ ‫العاقِبَة لِل ُْمت َِّق ْي َن َو‬ ِ ‫الر ِح ْي ِم اَلْحم ُد‬ ِ ‫بِس ِم‬
‫السالَ ُم‬
َّ ‫الصالَة َُو‬ َ ‫ َو‬, ‫العالَ ِم ْي َن‬
َ ‫ب‬ ِّ ‫هلل َر‬ َْ َّ ‫الر ْح َم ِن‬
َّ ‫اهلل‬ ْ
‫َج َم ِع ْي َن‬ ِ ِِ ٍ ِ
ْ ‫َص َحابِه أ‬
ْ ‫َعلَى َسيِّدنَا ُم َح َّمد َو َعلَى آله َوأ‬
Ya Allah ya tuhan kami Penguasa Langit dan bumi

Sesungguhnya pada pagi ini, kami merafa’kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, atas
segala kurniaan Mu yang tidak ternilai.

Allahumma Ya Hakim Ya Azim,

Sesungguhnya kami berhimpun di sini bagi menyatakan kesungguhan, kommitmen dan


iltizam kami dengan roh dan semangat untuk membangun serta mendidik anak bangsa
agar berbudi dan berjasa kepada agama, bangsa dan negara.

Ya Allah…

berkatilah pertemuan kami ini, berkatilah jua usaha-usaha kami, ilhamkanlah


dalam fikiran dan minda kami, idea-idea, pandangan-pandangan dan keputusan-
keputusan yang bernas.

Kurniakanlah kepada kami limpahan ilmu yang berguna dan kefahaman yang luas.
Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silatur rahim dikalangan kami. Padukanlah tenaga
dan usaha kami untuk memartabatkan pendidikan secara bersama, demi
mencapai kecemerlangan di dunia dan di akhirat.

Ya Allah , Tuhan Yang Maha Mengetahui ,

Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan dengan usaha-usaha kami ini, anak-anak


kami, anak-anak didik kami akan menjadi pelajar yang cemerlang dari segi sahsiah,
jasmani dan akademik mereka.

Allahumma Antal ‘Azizul Jalil,

Ya Allah ,Sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami rahsiakan dan yang kami
nyatakan, Semoga Engkau terima keuzuran kami, Engkau mengetahui hajat kami,
Semoga Engkau kabulkan permohonan kami, Engkau mengetahui dosa yang ada dalam
diri kami, Semoga engkau menenemria penyesalan dan taubat kami.