Anda di halaman 1dari 1

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Sesungguhnya engkau Maha Mengetahui bahawa kami di sini ingin


menimba ilmuMu yang sangat luas bagi mengembangkan potensi kami
sebagai hambaMu yang engkau redhai.

Justeru… berkati dan rahmatilah program kami ini. Kurniakanlah kepada


kami apa kiranya ilmuMu. Sinarilah hati-hati kami dengan cahaya dan
hidayahMu. Semoga dengannya kami mudah menerima dan menghayati
serta mengamalkannya.

Ya Zal Jalali Wal Ikram,

Kurniakanlah apa kiranya kepada kami kesihatan anggota, kecergasan


minda, ketenangan jiwa, kekuatan semangat. Semoga dengannya kami
mampu mendepani cabaran, berdaya saing dan mampu mengangkat
martabat diri, keluarga, masyarakat dan negara.