Anda di halaman 1dari 2

‫س ِم هللاِ ال َّر ْح َم ِن ال َّر ِح ْي ِم‬

ْ ‫ِب‬
‫س ْولِنَا األ ِميْنَ َو َعلَى‬
ُ ‫سالَ ُم َعلَى َر‬َّ ‫صالَة َُوال‬ َّ ‫ َوال‬، ُ‫ـحات‬ َ ِ‫صال‬ َّ ‫ي بِنِ ْع َمتِ ِه تَتِ ّم ُال‬ َ ‫ا ْل‬
ْ ‫ـح ْم ُد هللِ ال ِذ‬
. َ‫أجـ َم ِعيْن‬ ْ ‫أص َحاب ِه‬ ْ ‫َءألِ ِه َو‬
Ya Allah Engkaulah Pengurnia Kenikmatan dan Kesejahteraan,

Kami rafakkan kesyukuran di atas izin dan inayah-Mu, dengan nikmat kesihatan dan

kesejahteraan-Mu, dengan nikmat ketenangan dan ketenteraman-Mu, sehingga kami dapat

menghadiri Majlis Sekalung Budi Selaut Kasih, sempena meraikan persaraan Pn. Hajah Noraidah

Binti Mohamed, GPK HEM SK Seri Aman pada hari ini.

Allahumma Ya Badi’assamaawatiWal’ard

Jadikanlah pertemuan kami bersama insan yang diraikan sebagai pertemuan yang dipenuhi

dengan keberkatan dan kasih sayang, jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan

yang penuh dengan kesejahteraan dan kenangan manis.

Allahumma Ya Syaafi Ya Kaafi,

Kurniakanlah kepada insan yang kami sedang raikan, keinginan dan kecenderungan untuk terus

menabur jasa dengan penuh iltizam dan dedikasi demi mencapai tahap kerja yang cemerlang,

gemilang dan terbilang.

Ya Allah Ya Tuhan Kami

Jangan engkau siakan segala sumbangan budi dan bakti yang telah dicurahkan, tunjuk ajar dan

bimbingan berharga oleh insan yang diraikan selama beliau berkhidmat, dalam usaha memenuhi

tanggungjawab di SK Seri Aman, jadikanlah segala kerja buat beliau sebagai ibadah yang ikhlas

dan mendapat perkenan redha-Mu, sehingga layak mendapat ganjaran pahala-Mu yang tidak

terbatas. Sampaikanlah segala hajat hati beliau demi kesejahteraan dunia dan akhirat.

Doa Majlis Persaraan GPK HEM SKSA 1


‫ص ْو ًما ‪َ ،‬والَ ت َْج َع ِل‬ ‫اج َع ْل َج ْم َعنَا َه َذا َج ْم ًعا َم ْر ُح ْو ًما ‪َ ،‬وتَفَ ُّرقَـَنَا ِمنْ بَ ْع ِد ِه تَفَ ُّرقا ً َم ْع ُ‬‫اَللَّ ُه َّم ْ‬
‫شقِيًّا َوالَ َم ْط ُر ْودًا َوالَ َم ْح ُر ْو ًما ‪.‬‬ ‫اللَّ ُه َّم فِ ْينَا َوالَ َم َعنَا َوالَ َمنْ يَ ْتبَ ُعنَا َ‬
‫اب النَّار ِ‬‫سنَة ًَوقِنَا َع َذ َ‬ ‫سنَة ً َوفِي ِ‬
‫األخ َر ِة َح َ‬ ‫َربَّنَا َءاتِنَا فِي ال ُّد ْنيَا َح َ‬
‫سلَّ َم ‪َ ،‬وا ْل َح ْم ُدهَّلِل ِ َر ِّب ال َعالَ ِم ْين‬
‫ص ْحبِ ِـه َو َ‬‫صلَّى هللاُ َعلَى ُم َح َّم ٍد َو َعلَى َءالِ ِه َو َ‬ ‫َو َ‬

‫‪Doa Majlis Persaraan GPK HEM SKSA‬‬ ‫‪2‬‬