Anda di halaman 1dari 4

‫الع ِربِيَ ِة‬ ِ ‫م َدرسةُ ال َفالَ ِح األبتِ َدائي‬

‫ة‬
َ َ ْ ََ َ
SEKOLAH RENDAH ARAB JAIM AL-FALAH
BT. 28, KUALA SG. BARU, 78200 MELAKA

KERTAS
PROGRAM
EHYA’ RAMADHAN
2019M/
1440H

TARIKH: SEPANJANG RAMADHAN


TEMPAT: SURAU & KANTIN SRAAF
ANJURAN : PANITIA DINIYYAH
1.0 PENDAHULUAN

“Permulaannya rahmat, pertengahannya keampunan dan pengakhirannya di


jauhkan api neraka”.

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang istimewa buat umat Islam. Bahkan, ia
adalah bulan yang dinanti-nantikan oleh orang-orang mukmin, datangnya
dinantikan, perginya ditangisi oleh para sahabat dan mukminin . Bagi yang
mempunyai azam yang tinggi untuk merubah hidup mereka, Ramadhan menjadi
salah satu titik permulaan bagi mereka untuk membina diri dan keluarga yang
lebih dekat dengan Allah S.W.T. Nabi S.A.W. bersabda dalam suatu hadith yang
bermaksud:

“Barangsiapa yang menghidupkan bulan Ramadhan dalam keadaan


keimanan dan penuh mengharapkan ganjaran daripada Allah S.W.T,
maka diampunkan dosa-dosanya yang terdahulu”.

Oleh yang demikian, bagi menyambut seruan daripada Rasulullah S.A.W.


tersebut, seluruh warga Sekolah Rendah Arab JAIM Al-Falah telah menyatakan
kesediaan untuk merebut ganjaran yang berlipat ganda yang telah dijanjikan oleh
Allah S.W.T. dengan menjayakan suatu program “EHYA’ RAMADHAN”
Rahmatmu dicari, AmpunanMu didamba, SyurgaMu dinikmati”.

2.0 MATLAMAT

2.1 Memberi ruang dan peluang kepada warga SRAAF yang ingin beramal jariah
dengan amalan bersedekah.
2.2 Melahirkan perasaan cinta akan Ramadhan dalam diri.
2.3 Mengimarahkan surau dengan aktiviti-aktiviti keagamaan.
2.4 Mengeratkan ukhuwwah dan silaturrahim dikalangan warga SRAAF
3.0 KUMPULAN SASARAN

Program ini melibatkan semua guru SRAAF dan semua staf sokongan SRAAF.

4.0 SUMBER KEWANGAN

Berikut merupakan wang pendapatan yang diperlukan untuk program ini:

1) Sumbangan orang ramai


2) PCG diniyyah
3) PIBG

5.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bajet Majlis Berbuka Puasa Dan Solat Tarawih Berjamaah


BIL PERKARA BUTIRAN JUMLAH
1 Air mineral 5 Kotak x RM 10.00 RM 50.00
2 Kurma 7 Kotak x RM 10.00 RM 70.00
3 Plastik sampah 1 peket RM 4.00
4 Saguhati Imam Hafiz RM 150.00
5 Katering makanan berbuka RM 1500.00
JUMLAH RM 1774.00
*Sumber kewangan :PIBG dan PCG Diniyyah

Hadiah Pertandingan kuiz, Dialog Kreatif, Mewarna dan Khatib Junior


BIL PERKARA BUTIRAN JUMLAH
1 Kuiz Terbuka 48 pemenang x RM 5 RM 240
2 Dialog kreatif 24 pemenang x RM 5 RM 120
3 Mewarna 24 pemenang x RM 5 RM 120
4 Khatib Junior 2 Murid x RM 5 RM 10
Jumlah Keseluruhan RM 490.00
Sumber kewangan :PCG Diniyyah
Khatam Quran
BIL PERKARA BUTIRAN JUMLAH
1 Bunga telur 100 batang RM 100
2 Saguhati murid khatam 30 orang x rm 5 RM 150
Jumlah Keseluruhan RM 250
Sumber kewangan :PCG Diniyyah

Majlis Penutup Bulan Ihya ramadan


BIL PERKARA BUTIRAN JUMLAH
1 Sumbangan anak yatim 18 Orang x RM 60 RM 1080
2 Sumbangan fakir miskin
Jumlah Keseluruhan RM 1080
Sumber kewangan :Sumbangan orang ramai
Majlis Sambutan Hari Raya
BIL PERKARA BUTIRAN JUMLAH
1 Duit raya 311 X RM 2 RM 622

Jumlah Keseluruhan RM 622


Sumber kewangan :Sumbangan orang ramai

6.0 TENTATIF PROGRAM DAN AHLI JAWATANKUASA

6.1 Iftar Jamie’ (Sila rujuk lampiran 1)


6.2 Khatam al-Quran (Sila rujuk lampiran 2)

7.0 PENUTUP

Majlis ini diharap dapat memberi kesan yang mendalam kepada murid-murid
dan warga SRAAF dalam menghayati dan mengamalkan segala amalan yang
wajib dilaksanakan dengan sempurna dan disertai dengan amalan sunat yang
dapat mendekatkan diri kepada Allah seterusnya untuk mencari keredhaanNya
di dunia dan di akhirat. Insyaallah..

Disediakan Oleh: Disahkan Oleh:

................................... ..............................
(ZAMARUL AKMAR BIN MOHD)
GPK Diniyyah
SRAAF

Anda mungkin juga menyukai