Anda di halaman 1dari 4

PROGRAM EHYA’ RAMADHAN SEK.

ARAB JAIM AL-FALAH 2021

KERTAS KERJA
PROGRAM IHYA’ RAMADHAN 2021
SEK. REN. ARAB JAIM AL-FALAH, MELAKA.

1.0 PENGENALAN

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang istimewa buat umat Islam. Bahkan, ia adalah bulan
yang dinanti-nantikan oleh orang-orang mukmin, datangnya dinantikan, perginya ditangisi oleh
para sahabat dan mukminin. Maka, rugilah mereka yang tidak menggunakan kesempatan yang
diberikan oleh Allah untuk berada dalam bulan yang mulia ini dengan sebaik mungkin. Oleh itu
pelbagai aktiviti agama seharusnya dilaksanakan di dalam bulan Ramadhan ini khususnya, sebagai
penjana untuk memantapkan lagi program pengukuhan sahsiah murid dan warga sekolah.
Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan
ganjaran pahala nescaya diampunkan baginya segala dosa yang terdahulu” (Riwayat Bukhari).

Oleh yang demikian, bagi menyambut seruan daripada Rasulullah S.A.W. tersebut, Panitia
Diniyyah dan Pendidikan Islam telah menyatakan kesediaan untuk merebut ganjaran yang berlipat
ganda yang telah dijanjikan oleh Allah S.W.T. dengan menjayakan suatu program pembentukan
rohani dalam kalangan guru, kakitangan serta murid yang dinamakan sebagai “PROGRAM EHYA’
RAMADHAN 2021”.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Melahirkan warga sekolah yang memiliki sahsiah diri yang mulia, berbudi pekerti, berhemah
dan cintakan ajaran Islam khususnya di dalam Ramadhan al-Mubarak.
2.2 Mewujudkan suasana keakraban, kemesraan dan seronok beramal ibadat dalam bulan
Ramadhan demi menyemarakkan amalan secara jamaie serta seimbang dalam
mengendalikan urusan duniawi dan ukhurawi.

1
PROGRAM EHYA’ RAMADHAN SEK. ARAB JAIM AL-FALAH 2021

2.3 Melahirkan rasa bersyukur dengan nikmat keselesaan hidup dan kesihatan di kalangan warga
sekolah serta turut sama bersimpati memberi sumbangan untuk mereka yang kurang
bernasib baik.
2.4 Sebagai satu wadah menjelas dan berkongsi ilmu serta pengalaman dalam menghayati
keberkatan, kepentingan, tuntutan dan cabaran beramal sepanjang Ramadhan.
2.5 Memantap dan menyemarakkan lagi ukhuwah Islamiah antara warga sekolah dengan murid.

3.0 RASIONAL

Kedatangan bulan Ramadhan yang penuh berkat ini hendaklah disambut dan dihayati
dengan amalan yang berfaedah. Semoga Program Ehya’ Ramadhan tahun 2021 yang akan
dijalankan ini mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah SWT. Semoga Ramadhan kali ini
menjadi tarbiyyah ruhiyyah dalam mendidik murid-murid menjadi muslimin dan muslimat
yang bertaqwa.

4.0 MATLAMAT

Menjana dan menyelaras program pembangunan modal insan di sekolah agar penghayatan
Ramadhan dapat meningkatkan keutuhan sahsiah peribadi dan kredibiliti warga sekolah
supaya cita-cita melahirkan generasi khaira ummah tercapai.

5.0 SASARAN

5.1 Guru dan kakitangan sokongan


5.2 Murid-murid;

6.0 JUMLAH MURID ISLAM

a. Peserta tadarus : 350 orang


(Tahap 1 = 189 orang dan tahap 2 = 161 orang)

7.0 TARIKH PELAKSANAAN

9 April 2021 (Jumaat) sehingga 7 Mei 2021 (Jumaat)

8.0 TEMPAT PELAKSANAAN

Sekolah Rendah Arab JAIM Al-Falah, Kuala Sg. Baru, Melaka.

2
PROGRAM EHYA’ RAMADHAN SEK. ARAB JAIM AL-FALAH 2021

9.0 TEMA

Ramadhan Bulan Berkat, Takwa Kita Pertingkat

10.0 ANJURAN

Panitia Diniyyah & Pendidikan Islam

11.0 CADANGAN AKTIVITI

 Program Diambang Ramadhan


 Pelancaran Program Ehya’ Ramadhan
 Kuiz
 Buletin Ramadhan & Video
 Kutipan Derma/Sumbangan
 Pemantapan Solat (KBS)
 Tadarus Al-Quran
 Majlis Penutup Ehya’ Ramadan Dan Khatam Al-Quran
 Penyampaian Sumbangan Hari Raya

Cara perlaksanaanya sila rujuk lampiran 1.

12.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

 Rujuk Lampiran 2

13.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

 Rujuk Lampiran3

14.0 SUMBER KOS

- Peruntukan Panitia Diniyyah dan Pendidikan Islam

3
PROGRAM EHYA’ RAMADHAN SEK. ARAB JAIM AL-FALAH 2021

15.0 PENUTUP

Diharap program ini akan dapat melahirkan umat yang cemerlang di dunia dan akhirat
serta menjadi insan yang bertakwa disamping menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup
untuk kejayaan di dunia dan di akhirat. Dengan berpuasa dan berzakat serta bersedekah
akan dapat melatih pelajar membantu rakan mereka yang kurang bernasib baik.

Disediakan oleh , Disemak oleh ,

……………………………………………. ……………………………………
(NORFAIZAH BINTI OTHMAN ) (ZAMARUL AKMA BIN MOHD)
Penyelaras Program, Guru Penolong Kanan Diniyyah,
Program Fhya’ Ramadhan 2021 SRAAF.
SRAAF

Disahkan oleh ,

……………………………………………..
( KAMARUDZAMAN BIN MOHD ISA )
Guru Besar ,
SRAAF.

Anda mungkin juga menyukai