Anda di halaman 1dari 4

PERISTIWA YANG MENIMBULKAN SIMPATI PEMBACA

1. Peristiwa Haiqal yang hampir-hampir melanggar seorang budak kecil yang tiba-
tiba berlari melintas jalan kerana memikirkan manuskrip ayahnya yang dibaca pada
setiap hari.
Alasan : Saya berpendapat sedemikian kerana Haiqal yang seolah-olah berada
dalam dunia Abdullah Kayan setelah membaca manuskrip tersebut. Haiqal telah
terpisah dengan ayahnya sejak kecil dan tidak mengetahui tentang ayahnya
walaupun daripada mulut uminya sendiri.

2. Peristiwa Ratna yang menangis kerana gagal mendapat keputusan yang baik dalam
SPM.
Alasan : Saya berpendapat sedemikian kerana Ratna pasti sangat kecewa dan
merasakan masa depannya akan gelap.

3. Peristiwa Haiqal menangis kerana sangat sedih apabila mendalami perasaan ayahnya
melalui manuskrip ayahnya Abdullah Kayan yang hidup terseksa dan sunyi.
Alasan : Saya berpendapat walaupun ayahnya telah meninggalkan Haiqal dan
ibunya namun, jauh di sudut hati, ayahnya tetap merindui anaknya dan dibuktikan
dengan penulisan manuskrip tersebut.

4. Peristiwa Haiqal tidak dapat mengikut keluarganya semasa kematian ayahnya di Johor
kerana menduduki UPSR
Alasan : Saya berpendapat sedemikian kerana pembaca turut bersimpati kerana
Haiqal tidak dapat menghadiri upacara pengebumian ayahnya.

5. Peristiwa Haiqal berjaya menjejaki sejarah hidup ayahnya di Kampung Seri


Purnama.
Alasan : Saya berpendapat sedemikian kerana peristiwa ini memberi kesan
simpati kepada pembaca yang sudah pasti membayangkan kesejahteraan hidup
Haiqal bersama ayahnya semasa Haiqal masih kecil iaitu ketika Haiqal berusia
enam tahun.

6. Peristiwa Haiqal menghantar mesej pesanan ringkas kepada Ong See Hwa.
Alasan : Saya berpendapat sedemikian kerana Haiqal amat merindui Ong See Hwa
ketika di perantauan. Kisahnya membaca manuskrip yang diterima daripada Ong
See Hwa yang memaparkan sejarah hidup Abdullah bin Kayan sukar dilupakan
oleh Haiqal. Pembaca pasti bersimpati dengan Haiqal yang amat merindui Ong
See Hwa.
PERMULAAN YANG MENARIK MINAT PEMBACA DALAM NOVEL SILIR DAKSINA.
1) Menyelitkan unsur tanda tanya tentang kewujudan manuskrip lama.
- Permulaan novel ini menceritakan penerimaan sebuah manuskrip oleh Haiqal daripada
seorang gadis berbangsa Cina yang tidak dikenalinya. Manuskrip itu yang telah
diterima oleh Haiqal seolah-olah mempunyai tarikan untuk dibaca. Kandungan
manuskrip itu berkaitan dengan seorang lelaki yang bernama Abdullah Bin Kayan.
Semasa dia kecil, Haiqal teringat ibunya pernah memberitahu bahawa orang yang
dipanggilnya walid iaitu Abdul Fatah merupakan bapa tirinya dan bapanya yang
sebenar ialah Abdullah Bin Kayan. Sejak hari itu, Haiqal bertekad untuk menjejaki
ayahnya apabila dia dewasa.

2) Memaparkan masalah yang dihadapi oleh watak utama yang merupakan masalah realiti
kehidupan yang dihadapi oleh sesetengah anak.
- Pembaca dapat menghayati dilema yang dihadapi oleh anak yang menjadi mangsa
pada konflik rumah tangga menerusi watak Haiqal. Ayah kandung Haiqal telah
berpisah dengan ibunya dan sejak kejadian tersebut, Haiqal tinggal bersama ibunya.

3) Mengandungi unsur saspens dalam permulaan novel yang akan menimbulkan


perasaan ingin tahu dalam diri pembaca.
- Pembaca pasti ingin tahu sama ada Haiqal akan berjaya mengesan ayah kandungnya
serta misteri kehidupan sebenar yang menyelubungi ayahnya itu. Apatah lagi maklumat
yang ada pada Haiqal hanya berupa sebuah manuskrip lama dan kata-kata yang pernah
diluahkan oleh ibunya.

4) Menimbulkan perasaan ingin tahu terhadap punca penceraian antara ibu Haiqal dan ayah
kandungnya.
- Para pembaca tertanya-tanya identiti sebenar ayah kandung Haiqal. Satu persoalan
wujud dalam minda para pembaca iaitu adakah cerita dalam manuskrip yang
diterima oleh Haiqal berkaitan dengan kisah hidup ayah kandungnya yang terpisah
sekian lama?

5) Pengajaran dan iktibar telah diterapkan dalam permulaan novel.


- Permulaan novel Silir Daksina dianggap menarik kerana pengarang telah
memperkenalkan watak utama yang sopan santun dan lembut tutur kata. Watak utama,
iaitu Haiqal Haqimi, merupakan seorang lelaki yang bersopan santun dan menyayangi
ibu. Dia sayang akan umi, walid, ayah kandungnya dan adik tirinya. Haiqal yang
menggunakan nada sopan ketika bertutur dengan uminya .

6) Teknik saspens telah dipraktikkan dalam permulaan novel.


- Pembacaan manuskrip yang diterima daripada Ong See Hwa menimbulkan tanda
tanya dalam benak pembaca. Pembaca tertanya-tanya akan kuasa tarikan yang ada
pada manuskrip karya Abdullah bin Kayan sehingga Haiqal tidak bertangguh untuk
mengetahui susur galur latar belakangnya dan ingin menjejaki ayah kandungnya.
CABARAN WATAK HAIQAL DALAM NOVEL SILIR DAKSINA

1) Cabaran menghidupkan seni tarian zapin yang kian tidak digemari.


- Haji Salim memberitahu Haiqal di gerai Wak Min bahawa kebudayaan tradisional semakin
dipinggirkan oleh pemuda zaman moden yang lebih suka hiburan daripada kesenian
tradisional.

2) Cabaran menghadapi tentangan Uminya untuk pergi ke Johor.


- Haiqal bergaduh dengan Uminya setelah bertekad untuk pergi ke Johor. Apabila Haiqal
tetap dengan pendiriannya, Umi tidak memberikan perbelanjaan kepada Haiqal dan tidak
menghubunginya semasa Haiqal berada di Kampung Seri Purnama.

3) Cabaran mencari susur galur diri dan ayahnya.


- Haiqal yang mengetahui identitinya yang sebenar telah berusaha untuk
mendapatkan maklumat tentang ayah kandungnya tetapi dilarang oleh Uminya.
- Haiqal berusaha mendapatkan maklumat perpisahan ibu bapanya dan apa-apa sahaja yang
berkaitan dengan ayahnya.
- Haiqal menghadapi dilema dan runsing tentang hasratnya untuk menjejaki perjalanan
hidup ayahnya.

4) Cabaran untuk menjejaki warisan arwah ayahnya.


- Umi Haiqal tidak menyokong tindakan Haiqal untuk pulang ke Johor kerana di Johor,
Haiqal tidak mengenali sesiapa dan tiada tempat untuk bermalam. Uminya juga telah
mengugut tidak akan memberikan wang belanja kepada Haiqal jika Haiqal ke Johor.

5) Cabaran Haiqal dalam bidang kesusasteraan dan kesenian.


- Hasrat Haiqal untuk bergiat dalam bidang kesusasteraan dan kesenian tidak
mendapat sokongan daripada uminya walaupun Haiqal sentiasa menjadi johan dalam
pelbagai pertandingan menulis tetapi kejayaannya itu tidak pernah mendapat pujian
daripada umi.
- Haiqal mempertahankan hasratnya dan berselisih pendapat dengan uminya untuk belajar
dalam bidang kesusasteraan di tingkatan enam sedangkan uminya mahu Haiqal
meneruskan pelajaran dalam bidang ekonomi.
PERISTIWA YANG MENIMBULKAN KESEDARAN DALAM NOVEL SILIR
DAKSINA
1. Peristiwa Tauke Ong menyerahkan semua wang simpanan, hasil jualan kelapa
sawit dan kebun kelapa sawit kepada Haiqal ketika Haiqal pulang ke kampung Seri
Purnama.
Peristiwa ini menimbulkan kesedaran kepada pembaca supaya kita hendaklah
menunaikan amanah yang telah dipertanggungjawabkan dengan jujur dalam
menjaga harta seseorang.

2. Peristiwa Abdullah bin Kayan (Cikgu Amirulnizam) tidak memberitahu sesiapa


pun tentang penyakitnya. Walaupun sakit, dia tetap meneruskan tugasnya
memperkembangkan seni budaya di kampungnya.
Peristiwa ini menimbulkan kesedaran kepada pembaca supaya kita hendaklah
tabah menghadapi setiap dugaan Tuhan terhadap hambaNya.

3. Peristiwa pemuda-pemuda kampung yang bersalaman dengan semua pelanggan


di Warung Wak Min sebelum duduk di meja masing-masing.
Peristiwa ini menimbulkan kesedaran kepada pembaca supaya kita hendaklah
mengamalkan budi bahasa dalam kehidupan seharian.

4. Peristiwa Haiqal menghormati pendirian uminya yang tidak mahu


menceritakan sejarah hidup keluarga.
Peristiwa ini memberi teladan kepada pembaca agar menghormati pendirian
orang lain terutama ahli keluarga bagi mengelakkan perselisihan faham yang
boleh merenggangkan hubungan kekeluargaan.

5. Peristiwa guru pengawas peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)


menenteramkan Haiqal kerana tidak dapat pulang ke kampung arwah ayahnya untuk
memberi penghormatan terakhir kepada ayahnya pada hari kematian ayahnya.
Peristiwa ini memberi teladan kepada pembaca agar prihatin dan bersimpati
kepada orang yang menghadapi masalah.

6. Peristiwa Haiqal sangat gigih berusaha untuk mengetahui sejarah kehidupan


ayah kandungnya yang terpisah sejak kecil setelah mendapat manuskrip yang
dikirimkan oleh Ong See Hwa.
Peristiwa ini memberi teladan kepada pembaca agar kita gigih dalam kehidupan
untuk mencapai sesuatu yang dihajati.

Anda mungkin juga menyukai