Anda di halaman 1dari 11

ISI KANDUNGAN

BIL. KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 Pengenalan 1

2.0 Hukum Pemindahan Anggota Menurut Pandangan Islam 1-6

2.1 Harus 2-4


2.2 Haram 4-6
3.0 Keharusan Pemindahan Anggota Mengikut Qawaid 6
Fiqhiyyah
َ‫ي‬
3.1 Kemudharatan perlu dihilangkan(‫ُزال‬ ‫)الض ََّر ُر‬ 6-7

3.2 Segala urusan itu mengikut tujuannya (‫ها‬ َ ‫)األُم ُْو ُر ِب َم َقاصِ ِد‬ 7

3.3. Kesukaran membawa kepada kemudahan ( ُ‫ش َّق ُة َتجْ لِب‬ َ ‫ال َم‬ 7-8

‫)ال َّت ْيسِ يْر‬


3.4 Asal pada kebanyakan perkara adalah harus sehingga ada 8
dalil yang menunjukkan ianya haram (‫االباحة‬ ‫األصل فى االشياء‬
‫)حتى يدل الدليل على ال ّتحريم‬
4.0 Penutup 8

Rujukan 9
1.0 PENGENALAN
Kemajuan ilmu pengetahuan dan teknologi telah mempengaruhi dunia kesihatan.Ilmu
kedoktoran modern telah menemukan kaedah baru dalam perubatan yang kadangkala
bertentangan dengan nilai syara’ dan memerlukan penjelasan tentang kedudukannya.Di
antara penemuan tersebut adalah transplantasi organ tubuh atau pemindahan anggota
yang terbukti keberkesannya mampu merawat pesakit lain yang memerlukan contohnya
masalah kegagalan organ.Hal ini menyebabkan masyarakat tidak lagi menganggapnya
sebagai taboo, dan semakin ramai berpeluang menjalani hidup yang lebih panjang.Bahkan
usaha merawat penyakit ini disokong oleh hadis rasulullah daripada Usamah bin Syarik
katanya;

'Seorang Arab Badawi bertanya Rasuluilah s.a.w. (apabila beliau dihinggapi penyakit),
wahai Rasulullah s.a.w. adakah perlu kami berubat, kata Rasulullah, 'Ya', ; Wahai hamba
Allah hendaklah kamu berubat; maka sesungguhnya Allah tidak menjadikan sesuatu
penyakit melainkan ada penawarnya'
(Hadis Riwayat At-Tirmizi (H. Hassan, Sahih)

Organ atau anggota badan tertentu boleh dipindahkan daripada seorang manusia kepada
seorang manusia untuk menggantikan organ penerima yang gagal berfungsi (KKM,2011)
Organ-organ yang biasa dipindahkan seperti ginjal,injap jantung,hati,kornea mata,tulang
atau kulit.Dalam Al-Qur’an dan Hadis tidak dinyatakan keterangan hukum yang secara jelas
membicarakan tentang isu ini. Disebabkan itu secara ijtihadiyah hal itu akan menimbulkan
banyak perbedaan pendapat di kalangan ulama.

2.0 HUKUM PEMINDAHAN ANGGOTA MENURUT PANDANGAN ISLAM


Dalam konteks islam,hukum mengenai pemindahan dan pendermaan organ tidak
dibincangkan secara khusus dalam nas-nas Al-Quran dan As-sunnah kerana isu ini
merupakan rentetan perkembangan perubatan yang bermula pada abad ke-20.Oleh
itu,perkara ini tidak pernah dibincangkan oleh para ulama-ulama terdahulu (Zuraini Ramli
et.al.,2012) sehingga lah bermula tahun 1950-an ia mula dibahaskan kembali oleh
ulama.Justeru terdapat pandangan-pandangan yang dikeluarkan ulama islam berkaitan
pemindahan organ dan ia bersifat ijtihadi atau ijtihad yang dikeluarkan berdasarkan
pendekatan-pendekatan fikah.Ulama daripada pelbagai mazhab berselisih pendapat
berkenaan isu pemindahan anggota.Umumnya,hukum pemindahan anggota ini terbahagi
kepada dua iaitu:

1
2.1 Harus
Umumnya,majoriti pengkaji-pengkaji dan institusi-institusi fatwa seluruh dunia berpendapat
hukumnya harus kerana pemindahan organ memenuhi tuntutan dalam memelihara nyawa
manusia yang merupakan salah satu daripada maqasid syariah.Antara ulama’ yang
berpandangan harus adalah Syeikh Jad al-Haq ‘Ali Jad al-Haq, Syeikh ‘Abd al-Rahman al-
Sa’di, Syeikh Ibrahim al-Ya’qubi,Dr. Mahmud ‘Ali al-Sartawi, Dr. Hashim Jamil Abdullah,Dr.
Ahmad Sharafuddin.Para ulama’ ini berpendapat bahawa pemindahan organ adalah harus
berpegang kepada beberapa dalil sebagai hujah antaranya berdasarkan firman Allah:

‫الت ْق َوى َواَل َت َع َاونُوا َعلَى اإْلِ مْثِ َوالْعُ ْد َو ِان‬


َّ ‫َوَت َع َاونُوا َعلَى الْرِب ِّ َو‬

Maksudnya: “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan


bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan
pencerobohan.”

      (Surah al-Ma’idah:2)

operasi menderma dengan memotong, memindah dan menanam organ manusia turut
diharuskan berdasarkan pandangan oleh jumhur ulama kontemporeri seperti Syeikh Dr
Ramadan al Buti,Syeikh Dr.Yusof al Qaradawi dan Syeikh Makhluf.Pengharusan ini
bersandarkan kepada pemindahan anggota dianggap satu bentuk rawatan dan jalan untuk
memelihara diri seperti mana yang diperintahkan Allah serta bertujuan menyelamatkan
pesakit dari kematian.Mereka berpandangan memelihara maslahat umum adalah lebih
utama berbanding memelihara maslahat khusus.

Firman Allah:

ِ ِ
ۚ ‫يع ا‬
ً ‫اس مَج‬ ْ ‫اه ا فَ َك أَ مَّنَ ا أ‬
َ َّ‫َح يَ ا الن‬ َ َ‫َح ي‬
ْ ‫يع ا َو َم ْن أ‬
ً ‫اس مَج‬ ‫مَّن‬
َ َّ‫فَ َك أَ َ ا َق تَ َل الن‬

Maksud: Dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-
.olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya

)Surah al-Ma’idah:32(

Ayat ini menunjukkan bahawa tindakan kemanusiaan yang dapat menyelamatkan jiwa
manusia sangat dihargai (Sudasyana D,2012) .

2
Menurut Yusuf Al-Qaradhawi (2015) meskipun tubuh manusia hanya amanah daripada
Allah,namun Dia memberi autoriti kepada seseorang itu bagi memanfaatkannya serta
melakukan apa yang dikehendakinya sama seperti harta dan hakikatnya ia adalah harta
Allah seperti dinyatakan dalam surah An-nur ayat 33:

ُ َ‫ال اللَّ ِه الَّ ِذ ي آت‬


ۚ ‫اك ْم‬ ِ ‫و آتُوه م ِم ن م‬
َ ْ ُْ َ

Maksud:  dan berikanlah kepada mereka sebahagian dari harta Allah yang dikaruniakan-
Nya kepadamu

Pengambilan organ daripada badan manusia yang hidup dan meletakkannya kebadan
manusia lain yang sangat berhajat kepadanya demi menyelamatkan nyawa atau untuk
membolehkan mana-mana organnya berfungsi semula adalah perbuatan yang harus dan
bertepatan dengan suruhan menghormati manusia malahan ia menjadi bantuan yang
sangat besar dan memberi kebaikan bagi yang menerimanya. Ia juga dilakukan untuk
melapangkan kesempitan,saling membantu,bersimpati sesama individu dalam masyarakat
serta berbuat ihsan kepada golongan yang berhajat dan terdesak.Antara hadis yang
berkaitan termasuklah:

“Sesiapa yang menghilangkan atau melapangkan suatu kesusahan seorang mukmin di


antara kesusahan-kesusahannya di dunia, maka Allah akan menghilangkan atau
melapangkan suatu kesusahan di antara kesusahan-kesusahannya pada Hari Kiamat.
Sesiapa yang memberikan kemudahan atas orang yang dalam kesulitan, maka Allah akan
memberinya kemudahan di dunia dan akhirat.”

)Hadis riwayat Mustaim, Abu Dawud dan Tirmidzi(

:Dalam satu hadith dari Abu Musa bahawa Rasulullah bersabda

”‫ضا‬
ً ‫ضهُ َب ْع‬ ِ ‫“الْم ْؤ ِمن لِْلم ْؤ ِم ِن َكالْبْني‬
ُ ‫ان يَ ُش ُّد َب ْع‬َُ ُ ُ ُ

.‫َصابِعِ ِه‬
َ ‫ك َبنْي َ أ‬
َ َّ‫َو َشب‬

Maksud:”Seorang Mukmin terhadap mukmin yang lain adalah seperti satu bangunan yang
mana bahagian yang satu menguatkan bahagian yang lain”.

3
Baginda terus menyusupkan antara jari-jarinya.

(HR al-Bukhari)

Selain itu Dr. Rauf al-Shalabi menyatakan ia adalah harus dengan syarat organ atau
anggota tubuh tersebut daripada penderma yang masih hidup.Walaubagaimanapun, Dr. Abd
al-Jalil Shalabi turut mengharuskannya bahkan beliau berpandangan ianya
wajib.Namun,berkenaan pemindahan organ manusia yang sudah mati kepada orang hidup
yang memerlukan,sebahagian kecil ulama mazhab Syafie seperti Imam Nawawi dan ulama
mazhab Hambali seperti Ibn Qudamah menegaskan,jika bertujuan membantu penerima
untuk terus hidup ianya dibenarkan dengan beberapa syarat seperti hendaklah mendapat
persetujuan penderma sebelum matinya dan dia seorang yang waras,sudah baligh dan tidak
ada paksaan atau telah diizinkan oleh walinya sebelum kematiannya.Yang kedua
pemindahan tersebut mestilah meyakinkan bahawa ianya akan berjaya.Jika ia
memudaratkan penerima maka dijatuhkan hukum haram kerana maslahat orang hidup lebih
diutamakan berbanding orang telah meninggal dunia.Syarat seterusnya hanya untuk tujuan
perubatan semata-mata dan bukan maksud untuk tujuan lain.Ia juga dibolehkan dengan
syarat tiada unsur kontrak jual beli dalam pemindahan organ tersebut.

2.2 Haram

Ulama yang berpandangan haram memindahkan anggota adalah Syeikh Mutawalli al-
Sya’rawi, Syeikh Ahmad bin Ahmad al-Khalili, Syeikh ‘Abd al-Salam Rahim al-Sukkari,
Sayyid Muhammad Qutbuddin dan Syeikh Sharif Muhammad ‘Abd al-Qadir. Apabila
transplantasi organ tubuh diambil dari orang yang masih dalam keadaan hidup sehat, maka
hukumnya Haram (Sudasyana D,2017).Pengharaman ini berdasarkan firman Allah:

‫َّهلُ َك ِة‬ ِ
ْ ‫َواَل تُ ْل ُقوا بِأَيْدي ُك ْم إِىَل الت‬

Maksud:  “…dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya
kebinasaan.”

                                                                                   (Surah al-Baqarah:195)

Ayat ini mengingatkan manusia,agar jangan terburu-buru dalam melakukan sesuatu


sekaligus mengambilkira akibat yang mungkin boleh membahayakan penderma, walaupun
perbuatan itu mempunyai tujuan kemanusiaan yang baik dan luhur.

4
Ini kerana keseluruhan anggota badan pada hakikatnya adalah milik Allah SWT. Maka,
ianya diharamkan pengambilannya kerana tidak ada izin daripada Allah.Ia juga berdasarkan

Kaedah “‫ميتَتِه‬ ِ ِ‫ ”ما أُب‬bermaksud “Semua yang terpisah/terpotong dari yang hidup


ْ ‫ني م ْن َح ٍّي؛ َف ُه َو َك‬
َ َ
maka hukumnya sebagaimana bangkainya.”Maka, segala organ dan tubuh badan yang
terpotong dari yang hidup, dikira sebagai najis.Adapun di sisi mazhab Syafie,pendermaan
najis tidak dibenarkan.

Hal ini diqiyaskan pula dengan pandangan Imam al-Nawawi berkenaan hukum haram
mendermakan anggota tubuh badannya untuk dimakan bagi yang terpaksa selain
dirinya.Seterusnya mazhab Hanafi dan sebahagian besar ulama mazhab Syafie
mengharamkan perbuatan memindahkan organ manusia yang meninggal dunia kepada
anggota manusia yang hidup tapi mempunyai masalah kesihatan.Mereka berhujah tentang
kemuliaan manusia yang Allah jelaskan melalui firman-Nya:

‫َو َل َق ْد َك َّر ْم َنا َب ِني آ َد َم‬

Maksud: Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam

(Al-Isra’:70)

Justeru,memuliakan anak Adam bermaksud anggota tubuh mereka tidak boleh dipisahkan
atau diambil sewenang-wenangnya kerana ia adalah pinjaman Allah maka ia wajib
dipelihara sebaik mungkin.Ibn Majah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda:

‫كسر عظم امليت ككسره حيا‬

Maksud:”mematahkan tulang mayat adalah sama halnya dengan mematahkannya dalam


keadaan hidup

(Riwayat Abu Dawud dengan sanad menurut syarat riwayat muslim).

Dalil ini menjadi asas pandangan kebanyakan ulama yang mengharamkan proses
pemindahan organ manusia kerana ia bercanggah dengan prinsip kemuliaan yang
dianugerahkan Allah.Oleh itu, setiap jenazah umat Islam wajib dikebumikan sepenuhnya
tanpa memisahkan sebahagian daripada anggotanya sama ada yang dalam ataupun luar.

5
Dalam konteks penderma yang menderma pada waktu masih hidup sihat kepada orang
lain,mereka mungkin akan mengalami risiko yang tidak diingini kerana mustahil Allah
menciptakan mata atau ginjal secara berpasangan jika tiada hikmah dan manfaatnya bagi
seorang manusia.Contohnya jika seseorang itu menderma satu ginjal,kemungkinan dengan
satu ginjal itu akan menimbulkan komplikasi baginya, maka ia akan menimbulkan masalah
baru. Maka sama halnya dengan menghilangkan penyakit dari penerima dengan cara
membuat penyakit baru bagi penderma. Hal ini tidak dibolehkan kerana dalam kaedah fiqh
disebutkan:

‫الضرر ال يزال بالضرر‬

Maksud: “Bahaya (kemudharatan) tidak boleh dihilangkan dengan bahaya (kemudharatan)


lainnya”.

3.0 KEHARUSAN PEMINDAHAN ANGGOTA MENGIKUT QAWAID FIQHIYYAH

Terdapat beberapa kaedah fiqh yang boleh diguna pakai dalam menentukan keharusan
hukum mengenai  isu pemindahan dan pendermaan organ kepada pesakit yang mengalami
kegagalan fungsi organ peringkat akhir ini.Tujuan utamanya untuk memenuhi salah satu
tuntutan maqasid syar’iyyah iaitu menjaga nyawa manusia disamping mempertingkatkan
kualiti hidup penerimanya.Antara kaedah fiqh yang dikenal pasti dalam mengharuskan
pemindahan dan pendermaan organ adalah:

3.1 Kemudharatan perlu dihilangkan  (‫)الض ََّر ُر ُي َزال‬

Syarak menuntut untuk menghilangkan kemudharatan.Dalam konteks pemindahan organ,


rawatan ini memenuhi matlamat pemeliharaan nyawa manusia bahkan ganjarannya
dijanjikan oleh Allah menerusi firman Allah SWT:

‫َّاس مَجِ ًيعا‬ ْ ‫اها فَ َكأَمَّنَا أ‬


َ ‫َحيَا الن‬ َ َ‫َحي‬
ْ ‫َو َم ْن أ‬

Maksudnya: “Dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka


seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya”

Surah al-Maidah (32)

6
Rawatan pemindahan organ atau anggota adalah pilihan kepada mudharat yang paling
kurang berbanding kemudharatan yang besar. Apabila bertembung dua mudharat,kaedah
membenarkan kepada pemilihan kemudharatan yang lebih kecil (Zulkifli Al-Bakri,2019).
Dalam aspek pemindahan organ,membiarkan pesakit yang memerlukan organ itu meninggal
dunia akan menimbulkan kemudharatan besar.Kaedah ini meletakkan agar keutamaan
diberikan kepada menghindar kerosakan malahan organ atau anggota yang disumbangkan
boleh memberi manfaat kepada mereka yang masih hidup tambahan pula kesan sampingan
pada penderma dipastikan pada tahap minimal.

3.2 Segala urusan itu mengikut tujuannya ( ‫اص ِد َها‬


ِ ‫)األُمور بِم َق‬
َ ُ ُْ
Berdasarkan kaedah fiqh ini,setiap perbuatan dinilai berdasarkan niat dan tujuan ia
dilakukan.Memandangkan tujuan pemindahan anggota bagi menyelamatkan nyawa pesakit
dan ia terbukti mampu mengelakkan kemudharatan yang lebih besar dengan melakukan
kemudharatan yang lebih ringan.Ia juga tidak dilakukan dengan niat jahat seperti menghina
dan menyiksa mayat kerana proses pelaksanaannya dilakukan dengan teliti sepertimana
dilakukan kepada orang hidup.Pelaksanaannya juga bukan untuk tujuan jual beli melainkan
hanya untuk menyelamatkan nyawa semata-mata.

‫ب الت َّْي ِس ْير‬ ِ


3.3 Kesukaran membawa kepada kemudahan (
ُ ‫ش َّقةُ تَ ْجل‬
َ ‫الم‬
َ )

Pemindahan anggota atau organ menjadi satu-satunya jalan bagi mengatasi kesukaran
yang dihadapi oleh pesakit-pesakit kegagalan organ terutamanya pada peringkat akhir.Hal
Ini bertepatan dengan ayat al-Quran:

‫يد بِ ُك ُم الْ عُ ْس َر‬


ُ ‫يد اللَّ هُ بِ ُك ُم الْ يُ ْس َر َو اَل يُ ِر‬
ُ ‫يُ ِر‬ 

Maksud:“Allah mengkehendaki kamu beroleh kemudahan, dan Dia tidak mengkehendaki


kamu menanggung kesukaran.”

(Surah al-Baqarah, ayat 185)

Syarak memberikan kelonggaran kepada orang yang berada dalam kemudharatan dengan
membenarkan perkara yang haram bagi menghilangkan kemudharatan yang
menimpa,dengan syarat jika tiada pilihan yang halal baginya.Contohnya situasi seseorang
itu tiada makanan untuk dimakan ketika sesat di dalam hutan melainkan dengan memakan

7
daging babi.Justeru untuk terus hidup,dia dibolehkan untuk memakan daging tersebut
sekadar untuk menghilangkan kelaparan.Dalam konteks perubatan ini,ikhtiar terakhir bagi
menyelamatkan pesakit adalah melalui rawatan pemindahan organ.Situasi ini dijelaskan
melalui firman Allah:

ِ ِ ٍ
ٌ ‫اغ َو اَل َع اد فَ اَل إِ مْثَ َع لَ ْي ه ۚ إِ َّن اللَّ هَ َغ ُف‬
ٌ‫ور َر ح يم‬ ْ ‫فَ َم ِن‬
ٍ َ‫اض طُ َّر َغ ْي َر ب‬

Maksud: Tetapi barangsiapa dalam keadaan terpaksa (memakannya) sedang dia tidak
menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya.
Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

(Surah Al-Baqarah:173)

3.4 Asal pada kebanyakan perkara adalah harus sehingga ada dalil yang menunjukkan

ianya haram ( ‫)األصل فى االشياء االباحة حتى يدل الدليل على التّحريم‬

Pemindahan organ adalah satu kaedah rawatan yang tidak disebut secara spesifik di dalam
al-Quran mahupun Sunnah kerana kaedah ini adalah perkembangan baru dalam dunia
perubatan.Para ulama bersepakat bahawa pemindahan organ adalah diharuskan. Di
samping itu tiada persepakatan sama ada isu ini diterima atau ditolak berdasarkan daripada
sumber nas yang qat’ie (Zuraini Ramli et.al.,2012).Namun begitu keharusan pemindahan
organ ini berlaku apabila tiada alternatif lain yang boleh menyelamatkan nyawa pesakit.
Ianya juga diharuskan  sekiranya tidak mendatangkan mudharat yang lebih besar kepada
penerima organ atau penderma organ (yang masih hidup).

4.0 PENUTUP

Memandangkan hukum pemindahan dan pendermaan organ difatwakan sebagai harus,


maka sepatutnya ia tidak perlu dijadikan isu kerana ia boleh dibuat atau ditinggalkan tanpa
mengakibatkan dosa dan pahala.Walau bagaimanapun disebabkan pelaksanaannya
melibatkan nyawa manusia dan mayat  orang Islam yang perlu dipelihara kehormatannya,
maka hukum-hukum yang ditentukan perlu lebih terperinci serta mengambil kira masalah-
masalah yang mungkin akan timbul berkaitan dengan perkara ini. Oleh itu para ulama bukan
sahaja bertanggungjawab membuat fatwa, bahkan perlu memperincikan dengan jelas setiap
hukum masalah yang mungkin akan timbul berkaitan dengan isu sebegini.

8
RUJUKAN

Al-Qurān Al-Karīm.

Abū Daud, Sulaiman. Sunan Abī Daud, vol. 2. tt: Dar al-Fikr, tt.

Sunan Ibn Mājah, vol. 1 (Beirut: Dar al-Fikr, tt), 516

Kementerian Kesihatan Malaysia,Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). (2011).


Pemindahan Organ dari Perspektif Islam. Putrajaya: Kementerian Kesihatan
Malaysia.
marsah4u. (31 Disember, 2013). marsah4u. Retrieved from Pemindahan Organ ( ‫نقل وغرس‬
‫)األعضاء‬: https://marsah4u.wordpress.com/category/fiqh-muasarah/
Muhamad Rafiqi Hehsan. (2015). Q&A Fiqh Perubatan. Selangor: PTS Publishing House
Sdn.Bhd.
Sudasyana D. (2017). HUKUM TRANSPLANTASI ANGGOTA BADAN MENURUT FIQIH
ISLAM. JURUSAN SYARIAH SEKOLAH TINGGI ILMU ISLAM DAN BAHASA ARAB
(STIBA) MAKASSAR, 58.
Yusof A-Qaradhawi. (2015). JILID 2:Fatwa Kontemporari Siri 4 Perubatan & Politik.
Selangor: PTS ISLAMIKA Sdn.Bhd.
Zulkifli Al-Bakri. (11 Ogos, 2015). Official Website:Mufti of Federal Territory. Retrieved from
BAYAN LINNAS SIRI KE-35: PENDERMAAN ORGAN:
https://muftiwp.gov.my/en/artikel/bayan-linnas/1816-pendermaan-organ
Zulkifli Al-Bakri. (16 April, 2019). LAMAN WEB RASMI:Mufti Wilayah Persekutuan. Retrieved
from BAYAN LINNAS SIRI KE-176: PEMBAHARUAN PANDANGAN HUKUM
BERKENAAN PENDERMAAN ORGAN DAN TISU:
https://muftiwp.gov.my/artikel/bayan-linnas/3314-bayan-linnas-siri-ke-176-fatwa-
berkenaan-organ-dan-tisu
Zuraini Ramli,Jamilah Hassan,Kamariah Ibrahim. (November, 2012). at-Tolibat. Retrieved
from Qawaid Fiqhiyyah:Isu Pemindahan Organ Manusia dan Kaitanyya dengan
Kaedah-Kaedah Fiqh: http://zuraini73.blogspot.com/p/qawaiffiqhiyyah.html

9
10