Anda di halaman 1dari 11

1.

0 PENGENALAN
Sistem politik bermula hasil daripada perjuangan para Nabi dan Rasul dalam mendaulatkan
dan mengakkan hukum Allah SWT di muka bumi.Bahkan ia bertindak bagi menegakkan
sebuah negara Islam ataupun Daulah Islamiah(Razaleight Muhamat,n.d.).Sistem politik
sendiri adalah sebahagian daripada Islam yang syumul (Abd Jalil Borham,n.d.).Syariat Islam
terbukti dapat memenuhi setiap aspek keperluan hidup manusia sama ada dari sudut
keperluan jasmani atau rohani.Demi memenuhi keperluan dan tuntutan kehidupan manusia
juga,Islam telah menggariskan undang-undang dan peraturan yang perlu dipatuhi bagi
menjamin setiap tindakan yang dilakukan mencapai keperluan dihajati dan tidak bercanggah
dengan hukum-hukum syarak dan fitrah manusia sendiri.sistem politik Islam berbeza
dengan sistem politik masa kini yang berasaskan fahaman sekular.Dengan adanya Sistem
politik Islam yang berlandaskan hukum Allah,maka pemerintahan itu akan berjalan lancar
dan rakyat didalamnya hidup harmoni kerana Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk
manusia.Jika umat Islam tidak menurut hukum Allah,hidup pasti menjadi huru-hara dan
kucar kacir dan seterusnya mendorong kepada berlakunya bibit-bibit perpecahan yang
mampu menggugat keamanan sesuatu pemerintahan.

2.0 DEFINISI POLITIK ISLAM ATAU SIASAH SYAR’IYYAH MENURUT PERSPEKTIF


ISLAM

Siyasah dalam Islam terbina demi menjaga kemaslahatan hidup manusia berasaskan
syariat. Ada pemerintahan yang diatur secara tabi‟i dan ada yang berpandukan manhaj ilmu.
Manakala yang berpandukan syarak dinamakan siyasah syar‟iyyah (Abd Jalil
Borham,n.d.).Prinsip dan kaedah pelaksanaannya perlu dihadam terutamanya demi memberi
kesedaran sama ada beberapa tindakan dan dasar pihak pemerintah kerajaan menepati
kehendak syariat Islam yang mengutamakan kebaikan dan kemaslahatan umat Islam masa
kini [ CITATION Yaz19 \l 17417 ]definisi siasah Syar’iyyat menurut perspektif Islam daripada
pendapat Tokoh-tokoh seperti Ibn Aqil berpendapat bahawa “siyasah syar’iyyah ialah apa-
apa tindakan yang membawa manusia kepada kebaikan dan menjauhkan mereka daripada
keburukan,sekalipun ia tidak ditetapkan oleh Rasulullah dan tidak terdapat dalam wahyu
yang diturunkan”

Ibn Najim pula mentakrifkannya sebagai “sesuatu tindakan yang diambil oleh pemerintah
yang pada pandangannya boleh menjaga kepentingan umum,sekalipun tidak terdapat dalil
khusus berkenaannya”.Seterusnya Syeikh Abdul Rahman Taj (1953) dalam bukunya As
Siyasah as-Syar’iyyah merumuskan pengertian siyasah syar’iyyah sebagai “peraturan-
peraturan yang bertujuan menyusun agensi-agensi negara dan mentadbirkan hal ehwal
umat dengan mengambil kira ia tidak bertentangan dengan roh syariat serta mencapai
matlamat,menjaga kepentingan rakyat meskipun peraturan tersebut tidak terdapat dalil
berkenaannya secara terperinci dalam Al-Quran dan as-sunnah”.Menurut Ibnu Khaldun,ia
adalah satu mekanisme untuk menjalankan pentadbiran negara dan pelaksanaan hukum-hukum,
merancang dan meminda peraturan dan undang-undangnya (Ibn Khaldun: tt, hal. 302-311).Beliau
berhujah kerajaan yang berasaskan kepada ketentuan syariat akan menzahirkan tuntutan sosial
masyarakat yang harmonis, sejahtera dan berkeadilan sebagaimana yang menjadi tujuan syariat itu
diturunkan

Yusof al-Qardawi mendefinisikannya sebagai sistem politik yang menjadikan syariat sebagai
teras, kembali dan bersandar kepadanya, mengaplikasikannya di muka bumi, melaksanakan
ajaran-ajaran dan prinsipnya di tengah masyarakat, sekaligus sebagai matlamat dan
sasaran sistem dan tatacaranya. Tujuannya berdasarkan syariat dan sistem yang dianut
berdasarkan syariat (Yusuf al-Qardawi: 1999, hal. 33). Pandangan ini merupakan reaksi dan
perbezaan pandangan terhadap pemikiran sekular dan liberal yang banyak dilaksanakan di
dunia Islam masa kini. Beliau menolak sama sekali sistem negara yang memisahkan syariat
dalam menjalankan pentadbirannya.

Kewujudan politik dalam Islam ini terbukti apabila Islam sendiri mementingkan keperluan kepada
kepimpinan.Hal ini dilihat menerusi sabda Rasulullah:

ِ ِ ِ ِ
َ َ‫وس ُه ُم األَنْبِيَاءُ ُكلَّ َما َهل‬
ُ‫ َوإنَّهُ اَل نَيِب َ َب ْعدي َو َستَ ُكو ُن ُخلَ َفاء‬,ُّ ‫ك نَيِب ٌّ َخلَ َفهُ نَيِب‬ ُ ‫يل تَ ُس‬
َ ‫ت َبنُو إ ْسَرائ‬
ْ َ‫َكان‬
‫تَكْثُر‬

Maksudnya: “Adalah bagi Bani Israil, mereka diuruskan urusannya oleh para nabi
(tasusuhumul anbiya). Ketika seorang nabi wafat, nabi yang lain datang menggantinya.
Tidak ada nabi setelahku, namun akan ada ramai para khilafah.”

Riwayat Bukhari (3455) dan Muslim (1842)

Dalam Al-Quran pula,terdapat istilah yang mengisyaratkan kepada makna politik.Antara


istilah tersebut seperti khilafa

‫َو ِإ ْذ َقا َل َر ُّب َك ِل ْل َم َلا ِئ َك ِة ِإ ِّن ي َجا ِع ٌل ِف ي ا ْل َأ ْر ِض َخ ِلي َف ًة‬

Maksudnya: Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya


Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi" 
(Al-Baqarah:30)

Selain itu,menerusi istilah hizb seperti dalam surah As-Syura ayat 38:

‫َوا َّل ِذي َن ا ْس َت َجا ُبوا ِل َر ِّب ِه ْم َو َأ َقا ُموا ال َّص َلا َة َو َأ ْم ُر ُه ْم ُشو َر ٰى َب ْي َن ُه ْم‬

Maksudnya: Dan (bagi) orang-orang yang menerima (mematuhi) seruan Tuhannya dan
mendirikan shalat, sedang urusan mereka (diputuskan) dengan musyawarat antara mereka;

Dalam surah Yusuf ayat 101,Allah Swt menyebut istilah almulk yang menunjukkan maksud
kerajaan

ۚ ‫َر ِّب َق ْد آ َت ْي َت ِني ِم َن ا ْل ُم ْل ِك َو َع َّل ْم َت ِني ِم ْن َت ْأ ِوي ِل ا ْل َأ َحا ِدي ِث‬

Maksud: Ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau telah menganugerahkan kepadaku


.sebahagian kerajaan dan telah mengajarkan kepadaku sebahagian ta'bir mimpi

Istilah-istilah inilah yang


menunjukkan kepada manusia
mengenai prinsip kuasa,
pemerintahan atau urusan
pentadbiran.
Istilah-istilah inilah yang
menunjukkan kepada manusia
mengenai prinsip kuasa,
pemerintahan atau urusan
pentadbiran.
Istilah-istilah inilah yang
menunjukkan kepada manusia
mengenai prinsip kuasa,
pemerintahan atau urusan
pentadbiran
Istilah-istilah ini menunjukkan kepada manusia mengenai prinsip kuasa,urusan pentadbiran
atau pemerintahan.Hadis Nabi yang menunjukkan kepada konsep politik ialah antarana
:sabda Rasulullah yang bermaksud

”setiap kamu adalah pemimpin dan kamu dipertanggungjawab terhadapnya”

Hadis ini menunjukkan seseorang yang menjadi pemimpin mesti bertanggungjawab ke atas
kepimpinannya sekaligus menunjukkan kepentingan mencari seorang pemimpin yang
berkelayakkan dalam urusan kepimpinan terutamanya yang melibatkan kemaslahatan umat
Islam.Contohnya, sebahagian besar hukum hakam berkaitan sistem pengurusan
kewangan,pengurusan tawanan dan gerakan ketenteraan. Jika tiada pemerintah yang
berkemampuan dan berwibawa untuk mengetuai tampuk kepimpinan, sudah tentu segala
hukum-hakam ini akan terus tergantung tanpa mampu dilaksanakan.Tambahan pula
sebahagian besar pelaksanaan hukum-hakam dalam syariat Islam tertakluk kepada kuasa
pemerintah (Zulkifli Al-Bakri,2019).Hukum-hakam ini tidak mungkin dapat dilaksanakan
kecuali melalui kuasa dan arahan pemerintah, seperti menghakimi kes-kes mahkamah,
mengisytiharkan halangan (al-hajr,)melantik para penjaga, mengisytiharkan halangan (al-
hajr) perang, memeterai perdamaian dan sebagainya.Justeru menurut Islam,seorang
pemimpin perlu dilantik seperti sabda baginda yang menunjukkan kewajipan melantik
:pemimpin
ِ ِ ‫حَيِ ُّل لِثَاَل ثٍَة ي ُكونُو َن بَِفاَل ٍة ِمن اأْل َْر‬
َ ‫ض إاَّل أ ََّم ُروا أ‬
 ‫َح َد ُه ْم‬ َ ْ ْ َ
Maksudnya: “Tidak harus bagi tiga orang yang berada di tengah-tengah bumi yang lapang
(bermusafir), melainkan mereka mesti melantik salah seorang mereka sebagai pemimpin.”

Riwayat Ahmad (2/177) dan Abu Daud (2608, 2609)

Perkataan al-imam (ketua) juga ada disebut dalam Al-Quran sebanyak tujuh kali dan
ditujukan kepada Nabi Ibrahim a.s,Nabi Musa dan kepada manusia yang berperanan
sebagai pemimpin.Imam bermaksud pemimpin yang diikuti oleh manusia.Pengikut akan
mengikuti imamnya dalam semua aspek kehidupan.Oleh itu imam sewajarnya menunjukkan
.teladan yang baik kepada para pengikutnya

SYARAT-SYARAT PELANTIKAN AHLUL HALLI WAL AQDI YANG DITETAPKAN OLEH 3.0
SARJANA ISLAM

Ahlu al- Halli Wa al- ‘Aqdi merupakan satu istilah yang digunakan pada pemerintahan islam dahulu
atau dalam konteks masa kini ia dikenali sebagai lembaga legislatif atau parlimen.Istilah ini
menunjukkan keberadaan parlimen menurut sistem politik Islam.Para ulama’ bersepakat golongan
ini terdiri daripada sekelompok anggota masyarakat yang mewakili umat (rakyat) dalam menentukan
hala tuju pemerintahan demi mencapai kemaslahatan bersama.Muhammad Abduh pula menyatakan
golongan ini adalah para amir, para hakim, para ulama, para militer, dan semua penguasa dan
pemimpin yang dijadikan rujukan oleh umat (Muhammad Rasyid Ridha, Tafsir Al-Manar, hal.
181.).Tugasnya dalam negara Islam agak sama dengan tugas parlimen dalam negara sekular. Namun
pemilihan Ahlul halli wal aqdi tidak boleh dilakukan sesuka hati melainkan terdapat beberapa
syarat .Oleh itu para fuqaha berpendapat terdapat syarat syarat yang perlu dipatuhi bagi melayakkan
:seseorang itu menjadi Ahlul Halli Wal Aqdi antaranya

Islam 3.1

menjadi syarat utama di antara syarat lain kerana umat islam tidak boleh memeberi perwalian kepada
:orang kafir.Allah berfirman

‫ا َأ ُّي َها ا َّل ِذي َن آ َم ُنوا َلا َت َّت ِخ ُذ وا ا ْل َكا ِف ِري َن َأ ْو ِل َيا َء ِم ْن ُدو ِن ا ْل ُم ْؤ ِم ِني َن ۚ َأ ُت ِري ُدو َن َأ ْن َت ْج َع ُلوا‬

‫ِل َّل ِه َع َل ْي ُك ْم ُس ْل َطا ًنا ُم ِبي ًنا‬


maksud: Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir

menjadi wali dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Inginkah kamu mengadakan alasan
yang nyata bagi Allah (untuk menyiksamu)?

)annisa’:144(

orang Kafir pula menurut Ibnu Mundhir tidak memiliki kekuasaan terhadap orang muslim kerana
seorang Muslim tidak boleh taat selain kepada orang Muslim.Jelaslah disini bahawa islam melarang
.keras perlantikan orang kafir sebagai pemimpin atau wakil

Al-‘Adalah 3.2

Adil ialah akhlak paling utama yang perlu ada pada Ahlul Halli Wal Aqdi.Jika sikap adil ini tiada dlam

diri,maka kekuasaannya tidak sah dan tidak boleh diterima kerana segala keputusan yang dilakukan
mungkin menjadi berat sebelah. Pemimpin yang adil menjadi faktor perpaduan rakyat
berbilang kaum terus kukuh sepanjang masa (Nor Afzan,beritaharian2019).Contohnya
seperti Malaysia yang mempunyai rakyat berbilang kaum.Jika pemimpin yang dipilih itu
bersifat adil,maka semua kaum mendapat hak yang sama rata tanpa adanya deskriminasi.
Adil juga bermaksud menyalahi apa yang diyakini haram dalam agama, atau dengan kata lain:
seseorang itu selalu meninggalkan segala dosa besar dan tidak melakukan dosa-dosa kecil dan
kebenarannya lebih banyak dari kesalahannya.Menurut Ar-Ridha lagi,” sifat adil adalah istiqamah
(teguh pendirian), dan kesempurnaannya tiada akhir”.sifat adil dan integritas moral secara universal
yang mencakupi semua persyaratan adil dalam memberi kesaksian

Mempunyai ilmu pengetahuan 3.3

Anggota Ahlul Halli Wal Aqdi mestilah dikalangan orang-orang yang memiliki pengetahuan tentang
perundangan dan cukup mengenal kemaslahatan umat.Syarat ini menjadi asas kerana untuk menjadi
pemimpin,mereka perlu menggunakan pertimbangan akalnya, atau budi bicaranya secara adil dan
saksama bagi kepentingan orang ramai dan bukan untuk kepentingan dirinya sendiri. Tambahan
pula, mereka juga berupaya menggabungkan dan mentafsirkan maklumat-maklumat yang banyak
(Retibasa,2010).Syarat ini perlu untuk membantunya dalam memilih khalifah dalam menyelesaikan
berbagai permasalahan umat (Abdul Manan,2016)

Berakal 3.4

Kekuasaanya tidak boleh diberikan kepada orang yang tidak sempurna akalnya kerana tidak mungkin
mereka boleh mengatur sesebuah negara jika mereka tidak mampu menguruskan dirinya
Lelaki 3.5

ahlul halli wal aqdi mestilah daripada golongan lelaki buktinya dalam sebuah hadis rasulullah
:bersabda

Sekali-kali suatu kamu tidak akan beruntung jika yang menjadi pemegang urusan merka adalah ”
seorang wanita.”(HR.bukhari)

Mempunyai pandangan dan hikmah 3.6

Selain memiliki ilmu din yang mantap,mereka juga mesti memiliki banyak pandangan serta pandai
dalam memilih siapa yang paling layak memegang jawatan khalifah dan berkeupayaaan mentadbir
kepentingan ummah.Keputusan yang dibuat pula telah melalui banyak pertimbangan

KONSEP SYURA 4.0

Syura adalah satu konsep yang diguna dalam menentukan sesuatu keputusan dalam
pemerintahan islam.Sistem ini menjadi faktor utama kejayaan politik islam dan atas asas
ianya sebagai penentuan atau penjamin tidak akan berlaku kecacatan dalam
pelaksanaannya tidak kira zaman.Perkataan syura sendiri berasal daripada arab yang
bermaksud mesyuarat dan dari segi istilah ialah permesyuaratan yang diadakan oleh
sekumpulan ulama dan umat islam dalam segala hal yang berkaitan dengan kepentingan
dan kebajikan mereka berdasarkan kepada keimanan dan ketaqwaan.Konsep ini
menjadikan pemerintah akan bersama-sama rakyat dalam mencari penyelesaian dalam
mencapai keputusan-keputusan politik sekaligus menjadi prinsip dasar negara dan
masyarakat muslim khususnya. Ruang lingkup masalah yang dimusyawarahkan di dalam syura
adalah terbatas. Maksud terbatas di sini membawa makna tidak dibenarkan bermusyawarahkan
di dalam masalah yang telah ditetapkan hukumnya oleh syari'. Ini kerana manusia tidak boleh
didahulukan di atas wahyu (mahir al-hujjah,2009).Pelaksanaannya menjanjikan sebuah
pentadbiran yang berjaya.Sejarah membuktikan musyawarah atau syura dalam islam sebagai
.suatu yang penting dalam membangun peradaban suatu bangsa dan negara

CONTOH PELAKSANAAN PADA ZAMAN RASULULLAH 4.1

Ketika perang uhud di mana waktu itu rasulullah bermusyawarah dengan para sahabat
untuk menyusun strategi perang.Rasulullah berpendapat untuk terus bertahan di madinah
namun seorang sahabat yang masih muda berpendapat sebaliknya dan pendapat ini
dipersetujui oleh sebahagian besar sahabat lain.maka rasulullah menyetujui pendapat
itu.Namun hasilnya tidak menggembirakan bahkan umat islam menderita kehilangan 70
sahabat terbaik seperti hamzah,Mush’ab dan sa’ad bin ar-rabi’.Namun Allah tetap
memerintahkan rasulullah bermusyawarah dengan para sahabat bahkan tidak
:melarangnya.Buktinya setelah kekalahan itu,allah menurunkan ayat 159 surah ali imran

ۖ ‫ِب َما َر ْح َم ٍة ِم َن ال َّل ِه ِل ْن َت َل ُه ْم ۖ َو َل ْو ُك ْن َت َف ًّظ ا َغ ِلي َظ ا ْل َق ْل ِب َلا ْن َف ُّض وا ِم ْن َح ْو ِل َك‬

ۖ ‫َفا ْع ُف َع ْن ُه ْم َوا ْس َت ْغ ِف ْر َل ُه ْم َو َشا ِو ْر ُه ْم ِف ي ا ْل َأ ْم ِر‬

maksud: Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap
mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari
sekelilingmu. Karena itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan
bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu

Hal ini menunjukkan bahawa tindakan rasulullah menerima usulan sebahagian besar sahabat
untuk keluar dari kota madinah dalam menghadapi kaum musyrikin bukanlah satu kesalahan
meskipun hasilnya tidak menguntungkan.Kenyataan ini turut membuktikan bahawa islam
mengakui kepentingan bermusyawarah.Contoh lain pada perang Khandaq. Ketika Rasulullah
s.a.w hendak memberikan satu pertiga kurma Madinah kepada Bani Ghathfan agar mereka tidak
berkomplot dengan quraisy.Rasulullah telah menemui Saad bin Muaz dan Sa’ad bin Ubadah
untuk meminta pendapat mereka.Mereka berdua memberi pandangan lain yang tidak
.sependapat dengan Rasulullah s.a.w, lalu baginda menerima pendapat mereka

Berkenaan isu tawanan perang Badar, Rasulullah telah meminta pandangan Abu Bakar dan Umar Al-
Khattab serta para sahabat sama ada perlu membunuh tawanan perang Badar atau mengambil
pampasan sahaja ke atasnya.Di Hudaibiyyah juga baginda bermusyawarah dengan ummu
salamah ketika para sahabat tidak mahu bertahallul.Justeru musyawarah menjadi satu ciri khas
dalam masyarakat muslim

CONTOH PELAKSANAAN PADA ZAMAN SAHABAT 4.2

Sistem syura dilihat dalam pelbagai bidang kehidupan seperti bidang politik iaitu perlantikan
Saidina Abu Bakar al Siddiq sebagai khalifah pertama yang dipilih hasil permesyuaratan di saqifah
Bani Sarah dan diteruskan ketika pemilihan saidina umar yang dicadangkan oleh saidina abu
bakar.Saidina ali juga dilantik oleh para penyokongnya namun kemudiannya diperakui orang ramai
kecuali penduduk Syam.Namun demikian Sistem musyawarah dalam urusan kenegaraan pada
pemerintahan umar al-khattab lebih dikembangkan dimana pertama kalinya dalam islam
terbentuknya majlis syura.Anggotanya terdiri daripada kaum muhajirin dan ansar dan jika
dikaitkan dengan konteks kini ia boleh disebut sebagai parti.ahli majlis syura lainnya
termasuklah ulama’ panglima tentera dan khalifah.Majlis syura pada zaman ini melibatkan
kerajaan dan pentadbiran contohnya dalam urusan perlantikan ketua keluarga,kabinet atau
menteri.Lawan kepada sistem syura adalah autokrasi yang memberi kuasa mutlak kepada
pemerintah sahaja tanpa diadakan mesyuarat

tugas ahli syura pada zaman ini termasuklah memilih,melantik atau melucutkan jawatan
khalifah ataupun berijtihad dalam sesuatu permasalahan.Mereka turut bertindak sebagai
penasihat kerjaaan dan penafsir al quran..

5.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya , Umat Islam perlu berada dalam pendirian politiknya demi memastikan kondisi
politik berada pada tahap yang terpelihara sehingga mampu mempertahankan kepentingan Islam
dan umat Islam seperti yang tercatat dalam perlembagaan. Umat Islam harus berusaha untuk
mengharungi cabaran dalam berpolitik sehingga mencipta kondisi politik baru yang membolehkan
mereka melaksanakan siyasah syar`iyyah secara sempurna.namun Perubahan politik memerlukan
perubahan terhadap aqidah dan kefahaman umat terlebih dahulu.Jelaslah bahawa sistem yang
dibentuk oleh allah untuk seluruh hambanya dengan sebuah sistem daripada manusia tidak
boleh disamakan.Sistem manusia walaupun datang untuk menutup kekurangan namun
masih mengandungi kekurangan.untuk konsep syura contohnya meskipun ada persamaan
dengan demokrasi namun terdapat perbezaan ketara antara keduanya memandangkan
ianya adalah metode berasal daripada Rabb al-basyar sedangkan demokrasi daripada buah
pemikiran manusia yang lemah. usaha berterusan perlu dilakukan bagi mendidik dan
membangunkan umat Islam supaya memiliki kemampuan untuk mengisi keperluan sesebuah negara
yang berasaskan siyasah syar`iyyah yang perlu dilaksanakan.
RUJUKAN

Al Quran Al Karim

Abd Jalil Borham. (n.d.). KONSEP SIYASAH SYAR`IYYAH DAN PELAKSANAANNYA.


Siyasah Syariah KUIM, 1.
Abdul Manan. (2016). Perbandingan politik Hukum Islam dan Barat. Indonesia:
Prenadamedia Group.
Ibn Khaldun. (t.t), Al Muqaddimah, Beirut.

mahir al-hujjah. (21 Disember, 2009). Retrieved from Syura Dan Kaitannya Dengan Amalan
Demokrasi Di Malaysia: http://mahir-al-hujjah.blogspot.com/2009/12/pendahuluan-
syura-merupakan-elemen-yang.html
Muhammad Rasyid Ridha, Tafsir Al-Manar, hal. 181

Razaleigh Muhamat@Kawangit. (n.d.). KEDUDUKAN POLITIK DALAM ISLAM. 6.


Syeikh Abdul Rahman Taj. (1953). al-siyasyah al-syariah wa al-fiqh al-islami. Mesir:
Mathba'ah Dar al-Ta'lif.
Yusof Al Qardawi. (1999). Pedoman Bernegara dalam Perspektif Islam:diterjemah dari al-
siyasah al-syariyyah,penterjemah Kathur Suhardi. Jakarta: Al Kautsar.
Yazid Haji Maarof,Mohamad Kamil Ab Majid. (2019). Politik Perspektif Islam: (Siyasah
Syar’iyyah). Kuala Lumpur: INSTITUT TERJEMAHAN & BUKU MALAYSIA
BERHAD.
Zulkifli Al Bakri. (8 Ogos, 2019). LAMAN WEB RASMI PEJABAT MUFTI WILAYAH.
Retrieved from BAYAN LINNAS SIRI KE-209: POLITIK DALAM ISLAM:
https://muftiwp.gov.my/artikel/bayan-linnas/3630-bayan-linnas-siri-ke-209-politik-
dalam-islam