Anda di halaman 1dari 11

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN


( AMBILAN JUN 2019 SEMESTER 4)

DRAMA DALAM PENDIDIKAN


BMMB3083

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA PELAJAR MIZA MURSYIDAH BINTI ABDUL RAZAK

ANGKA GILIRAN 2019192340007

NO. KAD PENGENALAN 000429-07-0272

KUMPULAN PISMP E1 SEMESTER 4

BMMB3083
KOD DAN NAMA KURSUS
DRAMA DALAM PENDIDIKAN

NAMA PENSYARAH Dr. WAN NORLIDZA BINTI WAN MOHD ZAIN

TARIKH HANTAR 23 FEBRUARI 2021

TARIKH PELAJAR
MENERIMA MAKLUM
BALAS DARIPADA
PENSYARAH
ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

PENGHARGAAN

1.0 PENGENALAN 1

2.0 SEJARAH PERKEMBANGAN DRAMA

2.1 SEBELUM PERANG DUNIA KEDUA 1

2.2 ZAMAN PEMERINTAHAN JEPUN 1&2

2.3 TAHUN-TAHUN MENJELANG KEMERDEKAAN 2

3.0 DRAMA DALAM PENDIDIKAN DI MALAYSIA 3

4.0 JENIS DRAMA 3&4

5.0 PERANAN PUSAT SENI NEGERI DAN ISTANA BUDAYA 4&5

DALAM PERKEMBANGAN DRAMA DI MALAYSIA DALAM

PERKEMBANGAN DRAMA DI MALAYSIA

6.0 SUMBANGAN TOKOH SASTERAWAN NEGARA DALAM 5&6

KEGIATAN DRAMA

7.0 CONTOH AKTIVITI DRAMA YANG BERSESUAIAN UNTUK 6&7

DIAMALKAN DALAM PENGAJARAN BM SR

8.0 KESIMPULAN 7

9.0 RUJUKAN 8
PENGHARGAAN

Pertama sekali, saya amat bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan penulisan ini
dengan jayanya. Dengan keberkatan masa yang diperoleh, saya dapat menyiapkan tugasan
ini dalam masa yang ditetapkan. Keadaan kesihatan yang baik juga membenarkan saya
menyiapkan tugasan ini tanpa sebarang masalah. Saya ingin berterima kasih juga kepada
individu-individu yang banyak membantu dan memberikan kerjasama kepada saya sepanjang
menyiapkan tugasan ini.

Saya ingin berterima kasih kepada pensyarah kursus BBMB3083 iaitu Dr. Wan Norlidza
binti Wan Mohd Zain kerana telah meluangkan masa untuk membimbing serta memberikan
penerangan tentang cara melakukan tugasan ini dengan terperinci. Seterusnya, saya juga
amat berterima kasih kepada kedua ibu dan bapa saya yang telah memberikan kerjasama
seperti memberi bantuan kewangan dan menyediakan peralatan yang diperlukan dalam
menyelesaikan tugasan ini. Rakan-rakan juga telah banyak memberikan motivasi kepada
saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
1.0 PENGENALAN

Drama merujuk kepada gambaran kehidupan manusia yang dicipta oleh pengarang
berdasarkan daya imaginasi, fantasi dan juga pengalaman hidup yang dialami semasa proses
sosiolisasi bersama masyarakat di sekelilingnya (Mana Sikana, 2009). Kegiatan drama telah
menular di Malaysia sejak dahulu lagi dan semakin meluas sehingga hari ini. Drama juga
mengalami zaman kemunduran dan ditambah baik oleh tokoh-tokoh penggiat drama.
Kesannya, drama telah menjadi lazim dan sebati dengan masyarakat hari ini.

2.0 SEJARAH PERKEMBANGAN DRAMA

Sejarah perkembangan drama di Malaysia dapat diceritakan dalam tiga situasi masa iaitu
sebelum zaman perang dunia kedua, zaman pemerintahan Jepun dan tahun-tahun menjelang
kemerdekaan.

2.1 SEBELUM PERANG DUNIA KEDUA

Menurut Mana Sikana (1988), kewujudan drama di dunia ini ada kaitannya dengan agama.
Kenyataan ini turut diguna pakai kepada pembentukan drama tradisional di Tanah Melayu
pada ketika itu. Persembahan drama adalah sama bentuk dan isinya dengan aktiviti
keagamaan yang mempunyai unsur animisme iaitu kepercayaan bahawa setiap yang wujud
mempunyai roh bukan hanya manusia. Antara aktiviti keagamaan yang dipersembahkan
dalam drama adalah seperti pemujaan pantai dan Main Puteri. Drama tradisional Melayu yang
pertama adalah wayang kulit. Wayang kulit wujud sejak abad ke-13 dan 14 dan mula
berkembang pada zaman kesultanan Melayu Melaka. Mencapai abad ke-19 Masihi, drama
Melayu mula menunjukkan ciri kesempurnaannya sebagai sifat sebuah drama dan tidak lagi
bercorak.

Sekitar tahun 1930-an, drama-drama Shakespeare mula mendapat tempat dalam


kalangan masyarakat. Kumpulan bangsawan telah membuat adaptasi isi-isi dasar cerita
drama Shakespeare seperti peristiwa, watak, dan dialog ke dalam drama Melayu. Cerita-
cerita Shakespeare diolah bersesuaian dengan suasana setempat dan dimasukkan unsur-
unsur komedi. Adaptasi ini telah memperkenalkan isitilah ‘opera’. Istilah ini akhirnya lebih
kerap digunakan berbanding istilah ‘drama’. Contoh drama adaptasi ini adalah drama ‘Anak
Setia’ karya Shaharom Husain.

2.2 ZAMAN PEMERINTAHAN JEPUN

Zaman pemerintahan Jepun dianggap zaman penderitaan oleh masyarakat Tanah Melayu
ketika itu. Ekonomi, politik dan sosial pada ketika itu amat kucar-kacir. Walau bagaimanapun,

1
permasalahan yang dianggap kronik ini tidak dijadikan penghalang kepada sesetengah
individu untuk terus berkarya. Keadaan ini malah memberikan idea dalam menghasilkan skrip
drama. Sebagai contoh, Syed Alwy Al-Hadi sempat menulis dan mementaskan drama
bertajuk “Tariq bin Ziad : Pahlawan Islam” dan “Hang Tuah Pahlawan Melayu”. Walaupun
drama-drama ini dihasilkan pada zaman kekejaman Jepun, penulis tidak memasukkan unsur-
unsur anti kepada pihak Jepun dan pihak Jepun juga tidak anti kepada drama. Malahan, pihak
Jepun turut meluangkan masa melihat persembahan drama. Tamsilnya, pementasan Drama
“Lawyer Dahlan” karya Shaharom Husain yang diadakan di Gunung Pulai, Johor dihadiri oleh
ramai masyarakat setempat dan beberapa orang pegawai Jepun. Kegiatan drama masih
berjalan pada zaman ini tetapi tidak begitu meluas. Drama-drama telah ditulis dan dipentaskan
tetapi tidak disimpan untuk diterbitkan.

2.3 TAHUN-TAHUN MENJELANG KEMERDEKAAN

Pada zaman pra 50-an, drama yang dihasilkan mengandungi unsur sejarah dan bersifat lebih
matang. Hal ini timbul apakala gerakan nasionalisme untuk mendapatkan kemerdekaan yang
sedang memuncak. Drama yang dihasilkan bertujuan membina sifat berani dan membakar
semangat rakyat tempatan untuk menentang segala anasir yang cuba menceroboh serta
mengawal pentadbiran negara.

Pada tahun 1950-an pula, Angkatan Sasterawan 1950 yang juga dikenali sebagai
ASAS ’50 telah menjadi penggiat sastera Melayu. Walau bagaimanapun, ASAS ’50 lebih
menumpukan sastera bergenre puisi dan juga cerpen. Hanya Jymy Asmara yang
menghasilkan drama pendek.

Meskipun begitu, dekad tahun 1950-an ini telah menjadi dekad pertama kebangkitan
drama Melayu. Hal ini disebabkan usaha Tan Sri Zainal Abidin bin Ahmad atau lebih dikenali
dengan panggilan Za’ba yang menggesa penglibat teater supaya menulis skrip yang berkualiti
tinggi sejak tahun 1930 sehingga 1940 lagi. Implikasinya, zaman ini menjadi zaman
kegemilangan drama berbentuk sandiwara iaitu drama pentas yang menggunakan skrip dan
khidmat pengarah. Misalnya, Shaharom Husain telah menghasilkan karya bermutu bertajuk
“Si Bongkok Tanjung Puteri”, dipentaskan, dan menjadi popular dalam kalangan masyarakat
ketika itu. Sementelahan, abad ini juga telah mewujudkan drama bercetak pertama di
Malaysia bertajuk “Megat Trawis” karya Dhiresh Ghosh. Drama ini diterbitkan dalam
sinematografi hitam putih tanpa warna.

2
3.0 DRAMA DALAM PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Menurut Adenan Ayob dan Khairuddin Mohamad (2012), seni drama merupakan salah satu
kaedah pembelajaran yang boleh diaplikasikan dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran
(PdP). Pada hemat saya, kaedah ini boleh diterapkan dalam PdP kerana aktiviti drama
mampu menjadi medium penyampaian maklumat pembelajaran. Hal ini demikian kerana,
skrip drama boleh distrukturkan mengikut mata pelajaran tertentu. Sebagai contoh, dalam
Bahasa Melayu, berdasarkan tema perpaduan, guru boleh menyediakan skrip drama untuk
murid lakonkan. Semasa membaca skrip, secara tidak langsung murid akan memahami isi
kandungan skrip yang bersangkut paut dengan pembelajaran Bahasa Melayu seperti
mendapat pengajaran bahawa hubungan yang erat sesama kaum di Malaysia penting untuk
menjamin kesejahteraan negara. Maka, ilmu pengetahuan dapat disampaikan kepada murid
melalui kaedah yang menarik dan tidak membosankan. Tambahan pula, teknik drama yang
tergolong dalam strategi PdP didik hibur ini amat ditekankan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia. Teknik didik hibur telah dinyatakan secara jelas dalam Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) sebagai satu pendekatan yang dapat menimbulkan
cabaran, rasa ingin tahu dan mewujudkan persaingan sihat dalam kalangan murid. Tegasnya,
kaedah pembelajaran melalui drama amat digalakkan dan perlu diluaskan penggunaanya
dalam aktiviti PdP di bilik darjah.

4.0 JENIS DRAMA

Jenis drama dibahagikan mengikut tiga dasar iaitu berdasarkan pembentangan lakonan, cara
pementasan dan penggunaan naskah drama.

Jenis drama berdasarkan pembentangan lakonan dapat dibahagikan kepada tujuh jenis iaitu
tragedi, komedi, tragekomedi, opera, melodrama, farce dan pantomin. Tragedi merujuk
kepada drama yang penuh dengan babak-babak sedih. Komedi pula mengandungi unsur-
unsur kecindan yang melucukan dan mampu membuat penonton ketawa. Tragekomedi
menggabungkan ciri-ciri drama komedi dan komedi. Selain itu, opera adalah drama yang
diiringi muzik dan dialognya dinyanyikan. Dialog dalam melodrama pula diiringi melodi atau
muzik. Farce pula adalah drama komedi yang berlebih-lebihan tanpa disokong asas psikologi.
Akhir sekakli, pantomin adalah drama tanpa suara yang hanya melibatkan pergerakan fizikal.

Sementara itu, jenis drama berdasarkan cara pementasan pula dapat dibahagikan
kepada enam iaitu drama panggung, radio, televisyen, filem, wayang dan boneka. Drama
panggung adalah drama yang dimainkan oleh para pelakon di panggung. Drama radio pula
hanya mampu didengari tanpa dilihat sosok tubuh pelakonnya. Drama radio akan
membolehkan pendengar terbayang-bayang babak yang didramakan di dalam fikiran mereka.
Seterusnya, drama televisyen dikatakan hampir sama dengan drama di pentas. Bezanya

3
adalah drama di pentas ditonton secara hidup terus kepada pelakon manakala drama
televisyen ditonton melalui televisyen sebagai medium. Drama filem pula ditayangkan melalui
skrin lebar sebagai medium. Drama wayang diberikan contoh seperti wayang kulit dan drama
boneka pula menggantikan pelakon manusia dengan pelakon boneka.

Akhir sekali, jenis drama berdasarkan kewujudan naskah drama pula dapat
dibahagikan kepada dua iaitu drama tradisional dan juga drama moden. Drama tradisional
tiada naskah skrip. Pelakon hanya diberitahu jalan cerita dan lakonannya adalah spontan
berikutan perbualan dengan pelakon lain. Jadi, pelakon perlu memeperbaiki dan menambah
baik lakonannya. Sekiranya dia tidak dapat berbuat sedemikian, pertunjukan akan dihentikan.
Contoh drama tradisional adalah drama mak yong bertajuk “Anak Raja Gondang”. Drama
moden pula memerlukan naskah skrip. Jalan cerita drama telah disusun dan dirancang dari
awal sehingga akhir. Pelakon perlu menghafal skrip, dan melakukan Latihan berulang-ulang
sebelum pementasan atau penggambaran diadakan seperti drama “Cat on a Hot Tin Roof”
karya Tennesses Williams (1914).

5.0 PERANAN PUSAT SENI NEGERI DAN ISTANA BUDAYA DALAM PERKEMBANGAN
DRAMA DI MALAYSIA

Pusat seni dalam setiap negeri mempunyai objektif yang berbeza tetapi masih mempunyai
tujuan yang sama iaitu untuk memperkembangkan aktiviti kebudayaan di negara kita
mengikut negeri. Sebagai contoh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Sabah
berperanan membina kerjasama yang berkesan antara pemain industri seni budaya, agensi
Kerajaan, Swasta, Badan Bukan Kerajaan dan penggiat seni budaya dari dalam dan luar
negara. Industri seni budaya turut merangkumi kegiatan drama. Kerjasama baik ini akan
membolehkan aktiviti drama dikenali tidak hanya di Kawasan setempat masing-masing tetapi
di seluruh negara. Maka, bakat-bakat pelakon drama dapat ditunjukkan kepada penonton dari
seluruh negeri di Malaysia. Persembahan terbaik yang ditunjukkan dapat dijadikan contoh
kepada penggerak aktiviti drama yang lain seterusnya meningkatkan kualiti drama di negara
kita.

Istana Budaya pula berperanan menarik lebih ramai individu yang berminat terhadap seni
pementasan drama bagi meneruskan kelangsungan drama di negara kita. Mereka
menyasarkan semua peringkat masyarakat tempatan. Caranya adalah dengan menyediakan
kemudahan tempat untuk dijalankan aktiviti pementasan drama. Sebagai contoh, Panggung
Sari (Lihat Rajah 6.1), iaitu sebuah auditorium besar dibuka untuk disewakan kepada pihak
penganjur sesuatu acara dengan harga yang berpatutan.

4
Rajah 6.1 Panggung Sari

Pihak penganjur akan dapat merancang dan menjalankan acara dengan baik, menarik, lancar
dan juga memastikan keselesaan kepada penonton yang hadir. Hal ini demikian kerana biaya
sewaan Panggung Sari merangkumi peralatan teknikal, tenaga kerja dan perkhidmatan
penyambut tetamu. Faktor persekitaran fizikal seperti tempat duduk yang empuk, auditorium
yang luas, kedudukan kerusi yang menampakkan keseluruhan pentas, pencahayaan yang
baik dan sistem bunyi yang memuaskan akan membolehkan penonton menikmati
persembahan drama dalam keadaan yang menyeronokkan. Kesannya, mereka akan tertarik
untuk datang lagi ke Istana Budaya untuk melihat persembahan lain. Tidak mustahil mereka
juga berkeinginan dan berazam untuk membuat persembahan drama di situ. Tegasnya,
kemudahan yang disediakan oleh pihak Istana Budaya ini meningkatkan jumlah individu yang
berminat terhadap aktiviti drama.

6.0 SUMBANGAN TOKOH SASTERAWAN NEGARA DALAM KEGIATAN DRAMA

Kegiatan drama masih diteruskan sehingga kini kerana ada individu yang menjadi pembawa
kegiatan tersebut di negara kita. Bayangkan sekiranya semua orang tidak mengendahkan dan
memberi perhatian kepada aktiviti drama, berkemungkinan kita, generasi baharu ini tidak akan
dapat mengenali secara terperinci tentang kegiatan drama. Maka, sebagai usaha menghargai
individu tersebut, marilah kita mengenali tokoh sasterawan yang telah berusaha memastikan
drama terus hidup di negara kita. Salah seorang daripada mereka adalah Dato’ Noordin
Hassan.

5
Noordin Hassan dianggap sebagai salah seorang yang telah merubah
teater Malaysia dengan gaya yang cukup asli. Beliau juga telah memperoleh gelaran ‘Datuk
Drama dan Cikgu Drama’. Noordin telah berjaya membina 30 buah drama dan kareografi
tarian semenjak penglibatannya dalam bidang drama pada tahun 1953. Kehebatan beliau
terserlah apabila karya-karya beliau diiktiraf dan diberi anugerah. Sebagai contoh, karyanya
“Hujan Panas di Bumi Melaka” membolehkan beliau menerima anugerah drama terbaik dalam
Pesta Majlis Kesenian Pulau Pinang. Selain itu, pada tahun 1993 beliau memperoleh
'Anugerah Sasterawan Negara’ dan pada tahun 1994 beliau mendapat Pingat Darjat Setia
Pangkuan Negeri (DSPN) daripada kerajaan Pulau Pinang yang membolehkan beliau
bergelar Dato’ Noordin Hassan. Beliau turut dikatakan sebagai pelapor teater moden di
Malaysia kerana berjaya menghasilkan drama-drama penting yang bermutu tinggi seperti
drama “Pintu” (1975). Beliau juga berkesempatan menulis skrip-skrip drama televisyen yang
kemudiannya dipamerkan ke kaca televisyen seperti “Puteri Bongsu” (1986) ketika beliau
bertugas sebagai Pegawai Penerbitan Rancangan di Bahagian Drama, Radio dan Televisyen
Malaysia (RTM). Akhir sekali, menurut Mana Sikana dalam bukunya yang berjudul ‘Pemikiran
Drama 1971-1977’, menganggap Noordin sebagai pelopor drama-drama bentuk baru,
eksperimentalis, yang sama dengan tahap absurditisme. Drama absurditisme yang dihasilakn
oleh Noordin adalah seperti drama “Bukan Lalang Ditiup Angin”. Drama ini agak sukar
difahami, cenderung kepada fantastik, abstrak, berunsur mimpi dan sukar dihayati.

7.0 CONTOH AKTIVITI DRAMA YANG BERSESUAIAN UNTUK DIAMALKAN DALAM


PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

PENGAJARAN BAHASA MELAYU TAHUN 3

Tema : Kekeluargaan

Tajuk : Percutian Berharga Bersama Keluarga

Standard Kandungan :
4.3 Menghasilkan bahan sastera dengan menyerapkan keindahan dan kesantunan bahasa
serta mempersembahkannya secara kreatif

Standard Pembelajaran :
4.3.2 Mengubah suai cerita yang mempunyai unsur pengajaran secara berpandu dan
mempersembahkan cerita secara kreatif.

Objektif :
Pada akhir pembelajaran, murid dapat,
i) Mempersembahkan drama ringkas dengan intonasi yang sesuai selepas aktiviti didik hibur

6
Berdasarkan butiran di atas, aktiviti yang boleh dilakukan oleh guru adalah
mempersembahkan drama yang direka berdasarkan gambar dan perkataan-perkataan
tertentu. Langkah pertama, guru membahagikan murid kepada 4 kumpulan. Kemudian, setiap
kumpulan akan diberikan sekeping gambar yang disertakan dengan beberapa perkataan
menikut watak misalnya gambar ditepi pantai yang disertakan dengan perkataan mandi-baju-
teruja bagi watak adik. Setiap kumpulan akan mendapatkan gambar yang berbeza dan dalam
kalangan ahli kumpulan, mereka akan mendapatkan watak yang berbeza. Murid perlu memilih
watak dan merancang skrip ringkas berdasarkan situasi dan perkataan tersebut. Sebelum
merancang skrip, guru akan membuat latihan vokal dan pengucapan kepada murid. Menurut
Dennis Caltagirone (1997), seorang pelakon yang baik suaranya dapat didengari di seluruh
auditorium tanpa perlu menjerit. Guru boleh melakukan demo kepada murid untuk melatih
vokal mereka. Guru menyebut “aaaaa” dengan kelantangan yang baik dan diikuti oleh murid
secara beramai-ramai. Guru menyuruh murid mengulangi perbuatan tersebut sehingga guru
berpuas hati dengan kelantangan suara murid. Dalam pengucapan pula, guru boleh melatih
pergerakan mulut murid misalnya menyuruh murid menyebut vokal A-E-I-O-U yang
dipaparkan pada skrin LCD dengan ruang gerak yang maksimum secara berulang-ulang.
Selepas selesai Latihan vokal dan pengucapan, murid dibenarkan membuat dialog bersama
ahli kumpulan. Akhir sekali, apabila murid sudah siap membuat skrip dan bersedia, murid
akan membentangkan drama kepada kelas bersama ahli kumpulan.

Aktiviti yang dilakukan ini diyakini mampu meningkatkan kemahiran membaca dan
bertutur seseorang murid kerana menurut Farizah Nazir et al. (2015), aktiviti drama dapat
menggalakkan interaksi dan kemahiran berkomunikasi yang berkesan seperti yang ditetapkan
dalam DSKP Bahasa Malaysia Sekolah Rendah. Contohnya, kemahiran interpersonal murid
akan dapat ditonjolkan semasa berdialog bersama-sama rakan dan ketika menjalankan
perbincangan watak serta dialog sebelum memulakan aktiviti drama. Murid yang pasif akan
cenderung untuk menjadi aktif dalam keadaan yang mendesak ini. Lama-kelamaan, murid
tersebut akan dapat berkomunikasi tanpa rasa malu lagi.

8.0 KESIMPULAN

Akhirulkalam, aktiviti drama perlu diteruskan oleh generasi hari ini. Hal ini demikian kerana
aktiviti drama mampu membawa kepada keseronokan dan memberi pelbagai faedah
terutamanya dalam bidang pendidikan. Aktiviti drama membolehkan murid meneroka isi
pelajaran dengan kaedah yang menarik. Kaedah pembelajaran yang dianggap moden ini
diyakini memapu menyediakan pembelajaran yang berkesan.

7
9.0 RUJUKAN

Adenan Ayob & Khairuddin Mohamad. (2012). Kaedah pengajaran Bahasa Melayu. Shah
Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Dennis Caltagirone. (1997). Theatre Arts : The Dynamics of Acting. USA : National Textbook.

Mana Sikana. (1988). Pendekatan Kritikan Drama: Drama dalam Esei dan Kritikan. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mana Sikana. (2009). Teori Sastera Kontemporari Edisi Kelima. Bangi : Pustaka Karya.

Maria Tahir, Patarai Haji Cholen dan Suhasni Abdullah. (2020). Drama dalam Pendidikan.
Kuala Lumpur : Global Mediastreet Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai