Anda di halaman 1dari 2

KARANGAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Dasarwasa ini, sama ada kita sedar ataupun tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan
pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia. Namun di sebalik itu, kita
acapkali tersentak oleh permasalahan pencemaran alam sekitar yang beronal yang
dicetuskan oleh rakyat kita sendiri. Dikatakan negara kita mempunyai kadar pencemaran
alam yang tinggi. Oleh itu, kebaikan dan keburukan yang mewarnai fokus perbincangan
yang akan dihuraikan dengan terperinci demi kebaikan bersama.
Dalam konteks ini, kadar pencemaran alam dikatakan begitu tinggi walaupun pihak
berkuasa cuba menafikannya berkali-kali. Impak-impak negatif seperti pencemaran sungai,
penggondolan bukit dan pembakaran secara terbuka menceritakan betapa buruknya
pencemaran alam itu selain kejadian tanah runtuh yang kerap kali berlaku kebelakangan
ini. Media massa turut membuat laporan yang memberikan gambaran bahawa pencemaran
alam di negara ini begitu kritikal. Oleh itu, pemahaman tentang punca-punca pencemaran
alam amat penting bagi menangani kemelut ini.
Dalam zaman yang serba canggih ini, salah satu penyumbang utama dalam pencemaran
alam di negara ini adalah sektor pembalakan yang begitu meluas dan intensif di Sabah,
Sarawak dan Pahang. Aktiviti pembalakan sama ada yang dibenarkan atau haram telah
menyebabkan banyak kawasan hutan dalam negara ini hilang dalam sekelip mata sahaja.
Kita semua sedia maklum bahawa hutan menjadi salah satu alat penapis pencemaran
semulajadi tetapi jika hutan sudah tiada bermakna kita sudah kehilangan sistem yang
mampu menapis pencemaran ini. Sesungguhnya pencemaran alam di negara ini berlaku
kerana sektor pembalakan hutan.
Kita sering membaca di dada-dada akhbar, salah satu punca pencemaran adalah aktiviti
pembuangan sisa toksik ke dalam sungai, lautan, dan sistem takungan air negara.
Kebanyakan kilang atau syarikat perindustrian lebih gemar membuang sisa toksik ke
kawasan semulajadi ini kerana mereka tidak mahu mengeluarkan belanja yang banyak
untuk membersihkannya terlebih dahulu. Tindakan yang tidak bertanggungjawab ini
menyebabkan hampir kesemua saliran di negara ini mengalami pencemaran yang tinggi.
Maka bayangkanlah betapa dahsyatnya kesan daripada pencemaran air di mana air juga
menjadi habitat semulajadi kepada hidupan akuatik dan keperluan asas bagi manusia.
Natijahnya, pencemaran alam ini telah berlaku dan akan terus berlaku tanpa ada langkah-
langkah pencegahan yang konkrit, sistematik dan pragmatik. Usah kita menunding jari
menyalah satu sama lain kerana itu bukanlah caara yang matang untuk menyelesaikannya.
Demi merialisasikan visi kudsi wawasan 2020, marilah kita sama-sama memepuk sikap
tidak kira dari golongan tua mahupun muda. Hanya kita yang mampu mengatasinya kerana
tiada sakit yang tiada penawarnya. Mahukah kita kiranya anak-anak kita di generasi akan
datang menanggung parahnya. Tepuk dada tanya Iman! 

Anda mungkin juga menyukai