Anda di halaman 1dari 1

Dalam kepesatan pembangunan ekonomi, masyarakat kita berhadapan dengan gelombang perubahan sosial yang

mencabar institusi sosial dan keluarga di negara ini. Akibatnya remaja di Malaysia sedang melalui kemelut sosial yang
semakin berleluasa.Remaja lari dari rumah merupakan satu masalah yang baru dalam kalangan masyarakat kita hari ini.
Masalah ini menjadi satu gejala yang begitu sukar untuk dibendung malah semakin berleluasa dalam kalangan anak-
anak mahupun pelajar sekolah. Walaupun pelbagai langkah telah diusahakan oleh pihak-pihak tertentu namun masalah
ini tetap berlaku

Remaja yang lari dari rumah ialah remaja yang meninggalkan rumah tanpa restu daripada ibu bapa menuju ke satu
lempat yang biasaanya tidak diketahui oleh ahli keluarganya. Terdapat pelbagai punca yang membawa kepada
berlakunya masalah ini. Antaranya ialah keruntuhan institusi keluarga atau rumah akibat pertelingkahan antara ibu bapa
. Remaja yang lari dari rumah sering menggunakan alasan tekanan ibu bapa sebagai penyebab utama mereka
melakukan perbuatan ini. Apabila berlaku pertelingkahan dan pergaduhan antara ibu dan bapa menyebabkan anak-anak
mereka akan berasa bosan.Ketiadaan persefahaman dan kurangnya kemahiran mengurus rumah tangga di kalangan
suami isteri sering menyebabkan konflik dan keretakan rumah tangga. Akibatnya, keharmonian dan kestabilan keluarga
terjejas. Apabila keadaan ini berterusan, menyebabkan anak-anak berasa diri mereka tersisih dan menanggung
penderitaan jiwa lalu bertindak memberontak terhadap keadaan ini dengan melarikan diri dari rumah.Golongan ini
sanggup melakukan apa sahaja bagi mencari ketenangan dan kebahagiaan dalam diri maka mereka mengambil tindakan
melarikan diri dari rumah.

Selain itu, remaja lari dari rumah dikatakan berkait rapat dengan desakan dan dorongan rakan sebaya. Malahan, rakan
sebaya mengisi sebahagian besar kehidupan mereka. Dalam keadaan ini, nasihat yang diberikan oeh rakan sebaya tidak
matang dan rasional apabila remaja meluahkan masalah mereka. Remaja yang terabai dan ketagih kasih sayang
bergantung kepada kawan-kawan mereka. Oleh hal yang demikian, mereka lebih mudah meniru, terikut dan
terpengaruh dengan rakan sebaya mereka. Akibatnya, mereka sanggup berbuat apa sahaja demi rakan mereka dan
bertindak meninggalkan keluarga semata-mata memenuhi kehendak rakan-rakan

Di samping itu, tarikan kuat dunia luar dan negara berikutan pengaruh budaya Barat turut menjadi punca utama.
Golongan remaja masa kini sering terpengaruh dengan idea kebebasan dan individualistikyang dipaparkan menerusi
media massa terutama media elektronik.Remaja yang suka meniru akan melakukan perkara yang mereka tonton di
televisyen tanpa sebarang keraguan lagi. Remaja tidak mampu membezakan lakonan dan realiti kehidupan yang jauh
berbeza. Oleh itu, media massa menjadi salah satu faktor yang berupaya menimbulkan keinginan remaja untuk lari dari
rumah mereka.Malahan gaya hidup bebas yang penuh keseronokan menjadi idola ramai remaja. Apabila ibu bapa
mereka cuba menerapkan nilai-nilai baik dan terpuji, anak-anak menganggap ibu bapa cuba mengongkong kebebasan
mereka. Jika keadaan ini berlarutan, anak-anak tidak teragak-agak lagi untuk meninggalkan rumah mereka.

Gejala ini boleh ditangani jika semua pihak mengambil inisiatif dengan bersungguh-sungguh. Antaranya ialah Ibubapa
perlu bertanggungjawab memastikan rumah tangga mereka sentiasa harmoni dan aman damai serta mengelakkan
pergaduhan dan pertengkaran di hadapan anak-anak. Ibubapa juga perlu mengambil tahu pergerakan anak-anak.
Seandainya anak-anak mereka berkawan dengan rakan yang dicurigai, ibu bapa harus bijak menasihati anak-anak
mereka supaya menjauhi rakan sebaya sebegini. Perasaan kasih-sayang perlu diwujudkan dan hormat-menghormati di
antara ibu bapa dengan anak-anak perlu diterapkan. Dengan cara ini, ia dapat merapatkan hubungan antara ibu bapa
dengan anak. Justeru, ibu bapa wajar menjadikan rumah mereka bagai syurga yang boleh mengikat anak-anak untuk
terus tinggal di dalamnya.

Pihak berkuasa, khususnya pihak polis boleh menangkap remaja-remaja yang lari dari rumah. Seandainya terdapat ibu
bapa yang membuat aduan di balai polis, mereka harus menyelesaikan dan mencari maklumat bagi menangani masalah
ini dengan segera. Di samping itu, disiplin sekolah juga perlu ditingkatkan. Hukuman atau denda yang wajar harus
dikenakan ke atas pelajar yang melanggar disiplin. Guru kaunseling juga harus memainkan peranan yang lebih kesan
dengan memberi bimbingan dan nasihat serta motivasi kepada pelajar agar mereka tidak sesat dalam perjalanan hidup
mereka.

Remaja perlu sedar bahawa mereka ialah harapan kepada keluarga, masyarakat dan negara. Mereka perlu menghargai
setiap peluan yang terhidang di depan mata mereka. Jika kita dapat mengubah mentaliti kita untuk sama-sama
mempunyai tanggungjawab dan bekerjasama secara bersepadu, maka masalah sosial dalam kalangan remaja akan dapat
dikurangkan.

Anda mungkin juga menyukai