Anda di halaman 1dari 9

Latar Belakang Wau

Perkataan “wau” dikatakan berasal dari perkataan


Thailand memandangkan negeri seperti Kelantan,
Terengganu, Perlis dan Kedah menggunakan perkataan
tersebut.
Perkataan layang-layang pula digunakan di
kebanyakan negeri-negeri seperti di Pantai Barat dan
Selatan Semenanjung Malaysia seperti Selangor,
Melaka dan Johor. Ini dapat dibuktikan menerusi
catatan Tun Seri Lanang yang menyatakan bahawa
Raja Ahmad bermain layang-layang bersama pemuda-
pemuda serta kerabat DiRaja, dan tidak pula disebut
bermain wau.
Selain itu kemunculan nama wau juga dikaitkan bunyi
yang terhasil daripada busur yang diikat pada wau.
Apabila dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang
pada busur tersebut akan menghasilkan bunyi “wau’,
“wau’, “wau’ secara berirama.
Permainan layang-layang atau wau amat digemari oleh
penduduk-penduduk kampung. Permainan ini
dimainkan semenjak lebih 500 tahun yang lalu. Wau
masih digemari dan dimainkan di kawasan-kawasan
seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Musim
bermain wau adalah buluh yang diraut halus yang
ditampalkan dengan kertas berwarna mengikut bentuk
rangka. Wau bukan sahaja dimainkan tetapi
dipertandingkan yang dititikberatkan ialah kecantikan
rupa, kemerduan bunyi dan tinggi serta keindahan
naiknya.
Permainan wau atau pun lebih dikenali layang-layang
suatu ketika dahulu lebih popular di kawasan
pedalaman seperti di kawasan pantai dan kawasan
lapang seperti di padang, sawah padi dan sebagainya.
Kini permainan tersebut telah mulai popular dan
diminati oleh pelbagai kaum termasuklah mereka yang
menetap di kawasan bandar. Bukan itu sahaja, ia telah
diperkenalkan hingga ke peringkat antarabangsa
seperti di Pasir Gudang Kite Festivals International
Guests yang diadakan pada setiap tahun. Sambutan
festival ini juga sangat memberangsangkan
terutamanya peserta dari luar negara.

Sejarah Wau Malaysia


Kedatangan permainan wau di Malaysia tidak dapat
dipastikan kesahihan tarikh serta asal-usulnya. Walau
bagaimanapun menurut sejarahwan Clive Hart, layang-
layang di Malaysia berasal dari negara China. Ini
kerana rekabentuk serta karektor mempunyai
persamaan dengan layang-layang tradisional dari
negara China.

Layang-layang pada masa dahulu menggunakan daun


kayu yang lebar. Kemungkinan evolusi layang-layang
di Malaysia juga turut menyerap unsur-unsur
kebudayaan dari negara China.
Mitos Permainan Wau
Permainan wau dikaitkan dengan mitos ‘Semangat
Padi’ yang berasal dari utara Semenanjung Malaysia
iaitu di negeri Kedah.
Diceritakan bahawa ada sepasang suami isteri di
negeri tersebut yang bekerja sebagai petani di sebuah
kaki bukit dengan menanam padi huma. Ketika mereka
sedang menanam padi, mereka terjumpa seorang bayi
perempuan lalu dipeliharanya bayi tersebut
sehinggalah dewasa. Oleh kerana suaminya ingin
mengucapkan syukur dan terlalu menyayangi anak
gadisnya itu maka beliau selalu membawakan
makanan ke tempat anak gadisnya bermain iaitu di
baluh padi.
Perbuatan suaminya itu telah menyebabkan sang isteri
merasa sangat cemburu. Disebabkan perasaan
cemburunya itu dia telah menyiksa anak gadisnya
sehingga melarikan diri mengikut arah mata angin
barat. Akibatnya, pada tahun itu juga padi yang telah
dikerjakan tidak menjadi. Menurut Tok Nujum yang
ditemui menyatakan bahawa anak gadis mereka
sebenarnya adalah ‘Semangat Padi’ dan menasihatkan
petani tersebut sebagai tanda meminta maaf mereka
dikehendaki membuat sebuah lembaga yang
menyerupai Wau Bulan dan diterbangkan
menggunakan tali jerami.

Bahagian Perincian Wau


Terdapat lima komponen asas bagi sebuah wau
tradisional iaitu terdiri daripada kepala wau, busur
atau dengung, sayap wau, torek atau bahagian
pinggang dan ekor wau.

Teknik Pembuatan Wau Tradisional


Antara bahan-bahan mentah yang diperlukan untuk
membuat wau ialah buluh, kulit rotan, gam daripada
pokok kayu dan lain-lain keperluan yang bersesuaian
untuk menghasilkan sebuah wau. Selain daripada itu,
kepakaran dan kemahiran juga merupakan aspek
utama untuk menghasilkan sebuah wau yang bermutu
seperti kepakaran dalam pemilihan bahan mentah,
kemahiran kraftangan serta pengetahuan di dalam
bidang aerodinamik. Bagi memastikan wau yang akan
dihasilkan mempunyai kualiti, bahan mentah seperti
buluh terutamanya perlu dipilih dengan lebih teliti.
Oleh itu terdapat beberapa petua serta pantang-larang
yang terlibat semasa ingin menebang dan menyimpan
buluh tersebut.

Jenis-jenis Wau.
Wau Bulan Wau kucing
Wau daun

Wau helang Wau Jalabudi


Wau kenyalang

Wau merak Wau puyuh


Layang-layang