Anda di halaman 1dari 3

SCIENTIFIC MANAGEMENT THEORY (FREDERICK TAYLOR)

SITI FAEZAH HANI BINTI M TAMIZI

MPP201136

1. TERANGKAN TENTANG IDEA TEORI PENGURUSAN SAINTIFIK

Teori Pengurusan Santifik mula diketengahkan pada abad ke-20. Teori ini dikaji oleh ramai pengkaji
dan salah satu daripadanya adalah Frederick Winslow Taylor, teori yang ditulis oleh beliau juga
digelar “Taylorism”. Teori ini adalah teori pengurursan yang menganalisis dan memahami aliran
kerja dan menambahbaik produktiviti pekerja di dalam sesebuah organisasi.

F. W. Taylor merupakan seorang jurutera mekanikal, pada tahun 1998 beliau dilantik sebagai
penasihat jurutera kepada pengurusan syarikat Bethlehem Steel, disitulah beliau mencuba ideanya
dan selepas mempraktikan ideanya terdapat penambahbaikan didalam produktiviti pekerja dan
pengeluran produk di syarikat tersebut.

Semasa menjalankan pemerhatian dan kajian, Taylor medapati beberapa permasalahan yang
dilakukan oleh pihak pengurusan dan juga pekerja, antara adalah:

I. Tiada perancangan khusus oleh pihak pengurusan kepada pekerja


II. Tiada “Standard of Operation” atau garis panduan kerja yang dikeluarkan oleh pihak
pengurusan kepada pekerja.
III. Pembahagian tugas yang tidak rasional kepada pekerja. Pekerja sendiri yang akan
menentukan apa yang akan mereka kerjakan dan cara melaksanakan kerja tersebut juga
ditentukan oleh mereka sendiri.
IV. Pihak pengurusan dan juga pentadbiran juga tidak jelas dengan tugas mereka dan tidak
cekap untuk membuat keputusan.
V. Oleh kerana terdapat banyak masalah, akhirnya berlaku banyak pembaziran bahan.

Berdasarkan permasalahan yang wujud, Taylor kemudiannya menemui “one best way” iaitu satu
cara untuk melakukan apa sahaja tugasan dan dapat mempertingkatkan produktiviti pekerja dan
pengeluaran. Beliau fokus untuk mencari kaedah yang sesuai untuk mentadbir organisasi dan
menambahnbaikkan produktiviti pekerja, oleh itu Taylor mengunakan pendekatan ini untuk pihak
pengurusan mentadbir sesebuah organisasi:

I. Pembentukan pengurusan saintifik yang sistematik. Dimana pihak pentadbiran perlu


mencari kaedah yang sesuai untuk melakukan sesuatu pekerjaan. Dan pihak pengurusan
perlu menetapkan garis panduan perlaksanaan kerja untuk perkerja melaksanakan tugasan
mereka. Taylor telah memperknalkan “time and motion”, dimana pihak pengurusan perlu
mengkaji tentang masa yang di perlukan oleh pekerja untuk menyelesaikan tugasan dan juga
kaedah dan perlatan apa yang sesuai untuk melaksanakan tugasan tersebut agar diakhirnya
pihak pengurusan dapat menetapkan garis panduan kerja yang boleh diguna pakai oleh
pekerja.
II. Pengurusan saintifik pemilihan pekerja. Pihak pengurusan perlu memberikan tugas yang
spesifik kepada pekerja, seseorang pekerja hanya melakukan satu pekerjaan sahaja pada
sesuatu masa, penetapan kerja ini berdasarkan kemahiran pekerja tersebut, dengan
melaksanakan cara ini, pekerja dapat menggunakan kekuatan mereka untuk melaksanakan
tugas mereka dengan baik.
III. Pihak pengurusan juga perlu memberikan latihan dan kursus kepada pekerja agar pekerja
dapat meningkatkan ilmu mereka untuk melaksanakan tugasan mereka dan seterusnya
mempertingkatkan produktiviti mereka.
IV. Pembahagian tugas yang seimbang diantara pihak pengurusan dan pekerja. Dengan cara ini,
ianya dapat mendekatkan jurang diantara pihak atasan dan pekerja bawahan, seterusnya
pihak pengursan dan pentadbiran juga dapat mentadbir pekerja mereka dengan baik.

Ini adalah penerangan asas kepada teori pengurusan saintifik yag ditulis oleh Frederick Winslow
Taylor. Dengan peredaran zaman dan masa, kita dapat lihat sesebuah organisasi telahpun
mempunyai garis panduan pekerjaan yang jelas dan system pengurusan yang sistematik,
walaubagaimanapun, teori ini masih harus dipelajari untuk mengukuhkan system pentadbiran dan
pengurusan sesebuah organisasi

2. CONTOH IDEA YANG DI TERAPKAN OLEH ORGANISASI DARIPADA TEORI PENGURUSAN


SAINTIFIK

Di Malaysia, sesebuah organisasi telahpun mempunyai “Standard of Operation” yang baik dan kita
dapat lihat dengan jelas perkembangan sesebuah organisasi di dalam cara pihak pengurusan
mentadbir dan mengagihkan tugas agar mereka dapat mengoptimiskan pengeluaran produk dan
produktiviti pekerja mereka.

Saya amat tertarik dengan konsep yang diguna pakai oleh The Duck Group, syarikat ini khusus
menjual fashion wanita seperti tudung, telekung, beg tangan, alat solek dan lain lain yang berkaitan
wanita. Di syarikat ini yang diasaskan pada 2010 oleh Datin Vivy Sofinas Binti Yusof.

Di The Duck group kita boleh lihat dengan jelas pembahagian tugas yang sesuai dengan pekerja.
Pekerja mengoptimiskan kekuatan mereka untuk melaksanakan tugas yang diberi, pembahagian
tugas yang sesuai dengan kemahiran dan kelayakan akademik pekerja contohnya mereka
mempunyai kumpulan khas untuk mereka cipta sesebuah reka bentuk tudung, kemudian mereka
mempunyai sebuah kumpulan untuk pemasaran, mereka juga mempunyai kumpulan untuk khidmat
pelanggan, kumpulan untuk pembikinan, kumpulan untuk pembungkusan dan lain lain kumpulan
yang amat. Hal ini amat jelas bahawa setiap pekerja melakukan kerja mereka sendiri dan mereka
melakukannya dengan baik kerana itu adalah kepakaran mereka.
Selain daripada itu, pihak The Duck Group juga selalu menghantar kakitangannya untuk
mendapatkan latihan dan kursus baik di dalam atau di luar negara agar mereka dapat
mempertingkatkan kemihan dan ilmu mereka kemudian boleh digunapakai di dalam kerja mereka.

Jurang diantara pihak atasan dan kakitangan juga amat ramat, mereka mempunyai pembahagian
tugas yang seimbang diantara pihak pengurusan dan pekerja. Kita dapat lihat di media social Datin
Vivy Yusof selalu memuat naik video beliau mempromosikan produk baru mereka, ini adalah contoh
ketua yang baik dan amat disegani dan dihormati oleh pekerja beliau, walaupun beliau seorang
pengasas syarikat, tetapi beliau turun padang sama sama melaksanakan tugas tersebut.

Melihat kejayaan The Duck Group saya terinspirasi untuk menulis contoh mengenai beliau. Pada
pendapat saya, organisasi dalaman yang baik dapat memberikan kepuasan bekerja yang baik dan
dapat mempertingkatkan poduktiviti pekerja dan produk dan akhir sekali dapat memuaskan hati
pengguna dan penggunakan akan sentiasa membeli dan akhirnya menguntungkan syarikat dan
pekerja. Ini adalah bulatan yang sentiasa berputar, jadinya untuk sesebuah organisasi itu berjaya
perlulah mempunyai satu system yang sistematik.

Anda mungkin juga menyukai