Anda di halaman 1dari 6

1.

0 PENGENALAN

Pendidikan amatlah penting di era moden kini. Tanpa Pendidikan negara tidak akan
pernah maju dan membangun. Umum mengetahui bahawa bidang mendidik ini telah
diserahkan kepada insan yang bergelar guru. Guru bagaikan satu permata yang
menentukan kemajuan sesebuah negara dan bangsa. Seorang guru perlu mempunyai
kekreatifan dan seni dalam pengajaran mereka. Sebagai tambahan seni menurut Kamus
Dewan Edisi Keempat bermaksud seseorang yang mempunyai kebolehan untuk mencipta
sesuatu yang luar biasa. Oleh itu, sebagai seorang guru kita mestilah menerapkan seni
dalam Pendidikan dalam pengajaran. Apa itu seni dalam Pendidikan ini? Seni dalam
Pendidikan adalah satu konsep yang memainkan peranan penting untuk perkembangan
kanak-kanak dari segi daya persepsi, estetika dan kreativiti manakala Pendidikan pula
menurut Kamus Dewan (2007) berasal dari didik iaitu memelihara dan memberikan Latihan
tentang akhlak kecerdasan fizikal.

Selain itu, seni dalam Pendidikan ini dapat ditakrifkan sebagai satu aktiviti
pengajaran dan pembelajaran seni yang melibatkan tiga komponen seni iaitu visual, muzik
dan pergerakkan. Tujuan utama seni dalam Pendidikan ini adalah untuk membangunkan
individu yang bertamadun serta mengamalkan kesenian dalam kehidupan seharian. Bukan
itu sahaja, seni dalam Pendidikan ini juga mampu membuatkan proses pembelajaran di
sekolah lebih menyeronokkan kerana banyak mengaitkan aspek hiburan dalam proses
pengajaran.

2.0 REFLEKSI

Kit pembelajaran yang saya sediakan adalah Kotak Rojak. Dimana pada kit ini saya
mengintegrasikan seni visual dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Tajuk
pembelajaran yang saya pilih didalam kit tersebut adalah Kata Nama dan Simpulan Bahasa.
Proses penyediaan kit ini memakan masa dua hari satu malam. Bahan utama dalam
penyediaan kit ini adalah kotak. Tujuan saya memilih kotak ini adalah untuk menjimatkan
kos dalam penyediaan bahan. Selain itu, terdapat banyak kekangan dan halangan ketika
proses penyediaan ini.

Antara halangannya ialah kekurangan bahan seperti kertas, kotak dan sebagainya.
Namun, hal ini berjaya di tanggani dengan segera oleh saya dan rakan-rakan. Seterusnya,
dalam penyediaan kit ini, ia agak memakan kos sedikit kerana saya perlu membeli beberapa
bahan dan peralatan penting seperti gunting, gam, pisau dan sebagainya. Tetapi saya amat

1
bersyukur kerana pihak IPGM telah membekalkan kepada kami siswa guru sedikit elaun dan
hal ini membuatkan kami mampu membeli peralatan yang diinginkan.

Seterusnya, objektif kit pembelajaran yang saya sediakan ini adalah untuk menarik
minat murid terhadap sesuatu tajuk yang dipelajari. Bukan itu sahaja, di dalam kit ini juga
telah saya sediakan sedikit permainan ataupun aktiviti kecil supaya ia mampu menimbulkan
sedikit suasana keceriaan Ketika pengajaran dan pembelajaran dilangsungkan. Seperti
mana yang umum mengetahui bahawa jika suasana di kelas berada dalam keadaan ceria
maka hasil dapatan dalam pembelajaran akan lebih banyak diperolehi.

Di samping itu, dengan penggunaan kit pembelajaran yang saya sediakan ini, ia
mampu mencetuskan saya kaedah pembelajaran yang baru kepada murid-murid. Hal ini
kerana, kita sebagai guru hendaklah bertindak kreatif dalam pengajaran kita supaya tidak
selalu berada di takuk yang sama.

Kemudian saya akan menerangkan cara perlaksanaan kit yang saya sediakan ini.
Pertama kit pembelajaran saya ini berbentuk trapezium dan di sisi utamanya mempunyai
sebuah pintu. Selain itu, di sisi kit ini mempunyai bahan nota dan ditengahnya terdapat
sedikit bahan aktiviti ringkas. Dalam penggunaan kit ini, murid perlu membaca nota di sisi
kotak dahulu sebelum menjalankan aktiviti yang di sediakan. Setelah murid menyelesaikan
aktiviti di pintu utama kit, murid dibenarkan membuka kit tersebut.

Setelah itu, di dalam kotak kit pembelajaran, tersebut terdapat bahan pembelajaran
kedua yang mempunyai konsep yang sama seperti bahagian luarannya namun aktiviti yang
disediakan berbeza. Aktiviti yang berada di luar kit saya namakan sebagai “Tolong Asingkan
Saya”, dimana murid perlu mengasingkan perkataan-perkataan yang telah disediakan ke
tempat yang betul. Manakala aktiviti di dalam kit pula adalah “Siapa Saya”, dalam aktiviti ini
murid perlu menempat dan Menyusun gambar-gambar yang disediakan mejadi simpulan
bahasa seperti yang diinginkan didalam kotak tersebut. Sebelum menjalankan aktiviti-aktiviti
guru perlu memahami semua nota dan bahan di sisi kit itu terlebih dahulu.

Akhir sekali, apa yang saya pelajari dalam penyediaan kit pembelajaraan ini adalah
ilmu keseniaan amatlah perlu diterapkan oleh semua guru. Hal ini kerana, dengan
penerapan sumber seni dalam pengajaran dan pembelajaran ia mampu membuatkan
seorang guru itu lebih kreatif berbanding guru yang lain dan juga ia mampu memberikan
banyak impak positif kepada murid. Hal ini kerana, ia akan membuatkan murid itu
merasakan seperti mempelajari sesuatu yang baru dalam kelas. Selain itu, saya juga dapat
mempelajari jiwa muda murid-murid yang meninginkan sedikit hiburan Ketika belajar. Hal ini
mampu membuatkan saya lebih rapat dengan murid-murid saya sekali gus memudahkan
proses pembelajaran berlaku.

2
3.0 PENUTUP

Kesimpulannya, seni dalam pendidikan ini banyak memberikan impak dalam


Pendidikan masa kini kerana ia banyak menerapkan seni dan kreativiti ketika pembelajaran
dan pengajaran. Selain itu, dalam seni dalam Pendidikan ini terdapat juga satu teori yang
amatlah baik untuk diterapkan oleh semua guru. Dengan penerapan penggunaan kit
pembelajaran ini ia mampu melahirkan impak yang positif serta baik untuk masa depan
negara. Namun dalam penerapan ini ia memerlukan banyak sokongan dan dorongan oleh
semua pihak kerana dengan sokongan yang diberikan ia mampu menaikkan semangat serta
mempermudahkan urusan guru dalam penyampaian ilmu. Oleh itu, semua pihak mestilah
berganding bahu bagai aur dan tebing dan memupuk nilai seperti enau dalam belukar
melepaskan pucuk masing-masing supaya Pendidikan negara kita ini mampu berdiri sama
tinggi dengan negara maju lain seperti Singapura, Jepun dan lain-lain lagi serta mampu
menjadi contoh kepada negara lain.

3
LAMPIRAN

GAMBAR KIT PEMBELAJARAN

4
5
6

Anda mungkin juga menyukai

  • .
    .
    Dokumen4 halaman
    .
    BM1-0619 Muhammad Hazrul Imran Bin Abd Rashib
    Belum ada peringkat
  • .
    .
    Dokumen6 halaman
    .
    BM1-0619 Muhammad Hazrul Imran Bin Abd Rashib
    Belum ada peringkat
  • .
    .
    Dokumen4 halaman
    .
    BM1-0619 Muhammad Hazrul Imran Bin Abd Rashib
    Belum ada peringkat
  • MENGHADAPI_PERBEDAAN
    MENGHADAPI_PERBEDAAN
    Dokumen2 halaman
    MENGHADAPI_PERBEDAAN
    BM1-0619 Muhammad Hazrul Imran Bin Abd Rashib
    Belum ada peringkat