Anda di halaman 1dari 65

NAMA KOLEJ VOKASIONAL

ALAMAT KOLEJ VOKASIONAL

KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)

KOD DAN NAMA PROGRAM BPP - PROGRAM PENGURUSAN PERNIAGAAN


/
PROGRAM’S CODE & NAME BPP3012 – BASIC DATA ENTRY

TAHAP / LEVEL SEMESTER 3

NO. DAN TAJUK UNIT


KOMPETENSI / 1.0 PENGENALAN PENGOPERASIAN FAIL,
COMPETENCY UNIT NO. MEMASUKKAN DAN MEMPROSES DATA
AND TITLE
NO. DAN PENYATAAN K1.1 PENGENALAN KEPADA TETINGKAP MICROSOFT
AKTIVITI KERJA / WORK EXCEL
ACTIVITIES NO. AND K1.2 PENGOPERASIAN FAIL
STATEMENT K1.3 MEMASUKKAN & MEMPROSES DATA
Muka Surat / Page : 1
KSKV-C01/KP(1/3)
NO. KOD / CODE NO. Drp / of : 65

TAJUK:

PENGENALAN PENGOPERASIAN FAIL, MEMASUKKAN DAN MEMPROSES


DATA

TUJUAN:

Kertas Penerangan ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan pengetahuan


tentang pengenalan kepada tetingkap Microsoft Excel, pengoperasian fail,
memasukkan dan juga memproses data.
NO. KOD KSKV-C01/KP(1/3) Muka: 2 Dari: 65

K1.1 PENGENALAN KEPADA TETINGKAP MICROSOFT EXCEL 2010

1.0 Pengenalan
Perisian Microsoft Excel 2010 merupakan aplikasi Windows untuk melaksanakan
pengiraan. Microsoft Excel 2010 merangkumi baris (Rows) dan jalur (Columns) yang
dikenali sebagai Hamparan (Spreadsheets) atau Lembaran Kerja (Worksheets).
Buku Kerja (Workbook) Excel adalah dibentuk oleh Sel (Cell). Setiap Sel mempunyai
satu alamatnya tersendiri yang mana ditentukan oleh kedudukan Lajur dan Baris.
Lajur diwakili oleh abjad yang bermula dari A hingga XFD yang terdapat di bahagian
atas setiap Lembaran Kerja. Manakala Baris diwakili oleh nombor yang bermula dari
1 hingga 1048567 yang berada di bahagian kiri setiap Lembaran Kerja.

Secara khususnya, anda boleh guna perisian Microsoft Excel 2010 untuk menjejak
data, membina model penganalisisan data, menulis formula pengiraan data,
mempivot data dalam pelbagai cara, dan mempersembahkan data dalam pelbagai
bentuk carta. Ia sangat berguna dalam kerja-kerja pengurusan seperti pengurusan
pejabat yang melibatkan penyimpanan maklumat yang berkaitan dengan angka.
Seterusnya dapat menganalisis data dan mewujudkan dokumen perniagaan yang
lebih terarah dan bermaklumat.

1.1 Microsof Excel Dalam Perniagaan


Bidang perniagaan kerap menggunakan aplikasi Microsoft Excel, iaitu aplikasi
hamparan elektronik Microsoft yang dipasang secara lalai dalam suit Pejabat
Microsoft dalam komputer mereka. Buku kerja Microsoft Excel mengandungi
beberapa lembar kerja, yang membolehkan menghasilkan senarai dan hamparan
elektronik. Dengan beberapa fungsi-fungsi pengiraan yang tersedia di dalamnya, ia
lebih berguna sebagai salah satu alat penting dalam perniagaan.

1.1.1 Penjadualan (Scheduling)


Perniagaan dapat menghasilkan jadual pekerja dan sumber asas yang boleh dikod
warnakan dan direka untuk dikemaskini secara automatik apabila ada perubahan
jadual. Lembar kerja mingguan dapat dihasilkan dengan tajuk lajur setiap hari dan
baris nama pekerja berdasarkan pada slot per jam atau shift kerja (work shift).
Setiap slot diisi dengan nama pekerja dan sumber untuk setiap hari yang diberikan.
Ataupun lembaran jadual penggunaan bilik sidang pada hari Isnin dari 9 pagi hingga
NO. KOD KSKV-C01/KP(1/3) Muka: 3 Dari: 65

10 pagi yang ditempah untuk mesyuarat eksekutif sebagai contoh. Manakala hari
Selasa dari 10 pagi hingga 11 pagi ditempah khas untuk panggilan sidang secara
atas talian. Semua jabatan dapat berkongsi lembaran sumber ini supaya semua staf
dan pegawai dapat mengetahui tempoh masa dan seterusnya membuat tempahan
mengikut masa yang sesuai.

1.1.2 Perakaunan Asas (Basic Accounting)


Perniagaan kecil biasanya guna perisian Microsoft Excel sebagai program
perakaunan atau lejar buku cek (checkbook ledger) sebagai contoh. Anda boleh
masukkan deposit dan perbelanjaan (expenditures) dalam setiap baris lembaran
(sheet) bila anda masukkan ke dalam daftar cek (check register). Salah satu
kelebihan penggunaan Microsoft Excel dalam bentuk ini adalah anda boleh
wujudkan carta dan graf sepanjang waktu untuk membuat perbandingan antara
pendapatan dan perbelanjaan perniagaan.

1.1.3 Jualan Produk (Product Sales)


Jejak jualan produk menggunakan Microsoft Excel secara harian, mingguan,
bulanan atau suku tahunan. Pengutipan data jualan melalui lembaran Excel dapat
membantu membuat perbandingan mengikut peredaran waktu, melihat trend naik
atau turun sepanjang tempoh perniagaan.
Apabila melihat sejumlah data jualan yang bermaklumat di dalam Excel, ramalan
jualan dapat dibuat untuk tahun berikutnya. Dengan menggunakan analisis regresi
(regression analysis), carta boleh melangkaui data sebenar untuk meramal nilai
(keuntungan) pada masa akan datang.

1.1.4 Pulangan Pelaburan (Return On Investment)


Penjejakan sejumlah jualan perniagaan dalam ringgit bersama-sama dengan kos
periklanan dan perbelanjaan pemasaran (marketing expenditures) dengan Microsoft
Excel dapat membantu melihat Pulangan Pelaburan anda bagi setiap kempen yang
dijalankan. Contohnya anda tahu kebiasaaannya jualanl 100 unit produk setiap
minggu pada keuntungan RM20.00 setiap produk dan juga kos periklanan sebanyak
RM2,000.00 seminggu, anda perlukan jualan sebanyak 100 produk lagi untuk
mendapat pulangan modal. Jika anda menjejak jualan, anda dapat melihat berapa
lama lagi untuk mencapai pulangan modal atau tahap-tahap keuntungan daripada
kempen iklan.
NO. KOD KSKV-C01/KP(1/3) Muka: 4 Dari: 65

1.1.5 Data Pelanggan (Customer Data)


Walaupun penggunaan senarai ad-hoc dengan Microsoft Excel dapat mewujudkan
pangkalan data pengguna yang bermanfaat. Advanced Excel Business Center
menjelaskan pangkalan data (databases) tidak perlu dirancang sepenuhnya bila
anda guna Microsoft Excel untuk menghimpun dan menjejak data mereka. Ini
menjadikan Microsoft Excel pilihan popular untuk menyimpan maklumat pelanggan
yang akan bertambah serta menjadi semakin terperinci, kerana anda boleh
menambah medan (sel) maklumat pengguna mengikut keperluan anda tanpa
menghadapi masalah dengan data sedia ada.

1.1.6 Lain-lain Kegunaan Umum Hamparan Elektronik (Microsoft Excel) Dalam


Perniagaan
Selain itu secara umumnya kegunaan Microsoft Excel dalam perniagaan adalah
banyak. Senarai dibawah merupakan sebahagian dari kerja-kerja yang boleh
dijalankan menggunakan Microsoft Excel:
 Meramal / simulasi prestasi syarikat,
 Perangkaan bajet,
 Pengiraan cukai,
 Penyediaan gaji pekerja,
 Perancangan kewangan (Finance Planning),
 Penjanaan Invois,
 Analisis Break even,
 Analisis statistik,
 Penjanaan graf berkenaan perniagaan seperti carta palang dan carta
pai,
 Pengumpulan data berkenaan perniagaan seperti pelanggan, produk,
harga dan lain-lain,
 Pentafsiran data untuk mendapatkan penyelesaian atau keputusan untuk
perniagaan.
NO. KOD KSKV-C01/KP(1/3) Muka: 5 Dari: 65

1.2 Kelebihan Hamparan Elektronik (Microsoft Excel) Dalam Perniagaan


Hamparan elektronik lebih dibaik digunakan berbanding pengiraan manual dan
perekodan data. Sebab yang sangat jelas adalah keupayaannya menyimpan ruang
(data) tanpa had. Di antara kelebihan hamparan elektronik termasuklah:
 Pengiraan adalah betul,
 Pengiraan dilakukan sepenuhnya automatik,
 Maklumat dapat disusun dan dicapai dengan mudah,
 Maklumat mudah disunting jika berlaku kesilapan boleh ditaip semula
dengan perintah buat asal atau ‘undo’,
 Data dapat diisih dan ditapis dengan mudah,
 Data dapat dianalisis dengan pantas,
 Laporan perniagaan dapat lebih bervisual menggunakan fungsi terbina
dalam carta dan graf.
NO. KOD KSKV-C01/KP(1/3) Muka: 6 Dari: 65

2.0 Elemen Antaramuka Microsoft Excel 2010


Lingkungan kerja seperti antaramuka di bawah merupakan tempat anda
mengendalikan Excel dengan segala fitur-fiturnya. Sebuah worksheet terdiri
daripada banyak sel. Setiap sel boleh diisi dengan nilai, formula dan teks.
Worksheet juga mempunyai draw layer yang tersembunyi di mana ia dapat
mengatur carta, gambar dan juga rajah. Rajah di bawah menunjukkan antara muka
dan elemen-elemen yang terkandung di dalamnya.

14
A

16

12
A 13 15
A

1. Butang manipulasi tetingkap - minimize, maximize, tutup tetingkap.


2. Palang Tajuk (Title Bar) - mengandungi nama dokumen, sambungannya
(extension) (.xlsx) dan nama program.
3. Tab Reben (Ribbon Tab) yang terdiri dari tab menu File, Home, Insert,
Page layout, Formulas, Data, Review dan View.
4. Palang alat (Toolbar).
Sesetengah alat disembunyikan. Ia dapat dipaparkan dengan mengklik anak
panah kecil dibucu bawah kanan, bila mana diklik akan paparkan pilihan
(option) tambahan.
 Alatan (Tools) yang tidak dapat diguna pada objek yang dipilih ikonnya
akan menjadi warna kelabu.
NO. KOD KSKV-C01/KP(1/3) Muka: 7 Dari: 65

 Alatan yang mempunyai simbol segitiga kecil arah bawah, akan paparkan
lagi beberapa perintah tambahan (contohnya pada rajah: Styles).
Palang alat yang mengandungi tab inilah yang disebut sebagai Ribbon.
5. Sel yang dipilih - sebelum dapat memasukkan teks,
nombor,  Sparkline  (carta yang terkandung dalam satu sel)  atau lain-lain data,
perlu terlebih dahulu memilih/klik sel ataupun beberapa sel.
6. Tajuk lajur (Column Titles) dilabel dengan abjad.
7. Tajuk baris (Row Titles) dilabel dengan nombor.
8. Lembar (Sheets) - boleh diwujudkan lebih dari satu lembar.
9. Palang tatal navigasi menegak dan mengufuk (Sliders) - memungkinkan
anda lunsur lembar kerja secara menegak dan mengufuk.
10. Palang status (Status Bar) - papar maklumat mengenai beberapa fungsi
khas Microsoft Excel 2010.
11. Palang formula - tempat memasukkan formula aritmatik. Ketika anda
mengisi maklumat atau formula di dalam sel, ia akan dipaparkan dalam
palang ini.
12. Tab lembar (Sheet tab) - menunjukkan nama-nama worksheet, dengan cara
menekan salah satu tab bernama yang ada. Boleh dinamakan semula
(Rename).
13. Butang paparan muka (Page View Button) - mengubah tiga jenis paparan
dengan hanya menekan butang yang disediakan iaitu Normal, Page Layout
dan Page Break Preview.
 Biasa (Normal) - paparan sel tanpa sempadan.
 Bentangan Halaman (Page Layout) - paparan sel tetapi dibatasi saiz
kertas.
 Pratonton Sebahagian Halaman (Page Break Preview) - hanya tonjolkan
sel yang mengandungi maklumat.
14. Kotak Nama (Name Box) - menampilkan lokasi sel yang aktif atau dipilih.
Nama sel dipapar mengikut koordinat lajur+baris.
15. Kawalan Zum (Zoom Control) - kawalan yang digunakan untuk
memperbesar atau mengecilkan worksheet.
16. Menu Timbul (Popup Menu) - Menu perintah yang timbul jika mengklik
kanan pada antaramuka Microsoft Excel 2010.
NO. KOD KSKV-C01/KP(1/3) Muka: 8 Dari: 65

Spreadsheet (Hamparan Elektronik):


Fail di dalam Microsoft Excel 2010 yang mengandungi lembar kerja atau
worksheets (ada 3 worksheet tersedia secara lalai).

Worksheet (Lembar Kerja)


Mengandungi sejumlah besar baris dan lajur yang dapat membentuk jadual.

Cell (Sel)
Elemen asas dalam Microsoft Excel 2010, masukan data atau data entry (teks, 
nombor dan formula).

Alamat sel (cell address)


Koordinat abjad lajur dan nombor baris, contohnya  A1, C7, F25.
NO. KOD KSKV-C01/KP(1/3) Muka: 9 Dari: 65

2.1 Fungsi Tab Menu Microsoft Excel 2010

2.1.1 Tab Menu Rumah (Home)


Tab Menu Rumah – Tab paling kerap diguna; ia menggabungkan semua fitur
pemformatan teks dan sel seperti menukar fon dan perenggan. Tab Rumah juga
menyertakan beberapa elemen pemformatan hamparan elektronik asas seperti lilit
teks (text wrap), gabung sel (merging cells) dan gaya sel (cell style).

Ikon Huraian
FON (FONT): Menu tarik-turun (drop-down menu) yang
membolehkan anda pilih jenis fon seperti Times New Roman,
Verdana, Ariel, Calibri dan lain-lain.

SAIZ FON (FONT SIZE)


Menu tarik-turun (drop-down menu)
PEMFORMATAN TEKS (TEXT FORMATTING)

Bold Italic Underline


Ctrl + Ctrl WARNA
+ U  Pintasan
Ctrl +(FONT
FON COLOR)papan
B I Menu tarikkekunci
turun (drop-down menu) pilih warna fon.

JAJARAN TEKS (TEXT ALIGNMENT)


Menentukan jajaran menegak iaitu atas (top), tengah (middle)
atau bawah (bottom) sel.
Menentukan jajaran menegak iaitu jajar kiri (left), tengah
(center), kanan (right), wajar (justify).

GABUNG DAN TENGAHKAN (MERGE AND CENTER) – alat


untuk menggabungkan beberapa sel terpilih dan tengahkan
kandungan di dalamnya.

ORIENTASI (ORIENTATION) – alat untuk tetapkan arah


kedudukan kandungan di dalam sel.
NO. KOD KSKV-C01/KP(1/3) Muka: 10 Dari: 65

Ikon Huraian
LILIT TEKS (WRAP TEXT) – lilit teks di dalam sel supaya teks
dapat dilihat.

FORMAT NOMBOR (NUMBER FORMAT) – tetapkan format


nombor yang akan dipaparkan.
TAMBAH / KURANGKAN bilangan tempat perpuluhan.

PEMFORMATAN BERSYARAT (CONDITIONAL


FORMATTING) – alat untuk tetapkan syarat, dan tetapkan
format jika sel memenuhi syarat yang ditentukan.
SISIP (INSERT) – alat untuk menyisip sel, lajur, baris, lembar
kerja (worksheets).
PADAM (DELETE) – alat untuk memadam kandungan sel
dan/atau memformat sel; memadam lajur, baris, lembar kerja.
FORMAT – alat untuk memformat sel, lajur, baris atau
lembaran kerja terpilih.
• Lindungi lembar (Protect sheet) - masukkan kata laluan dan
lindungi keseluruhan atau sebahagian lembar iaitu julat sel
(cell range).
• Nama semula lembar (Rename sheet) - masukkan nama dan
tekan kekunci Enter.
• Kunci sel (Lock cell) - hanya berfungsi jika lembar kerja
dilindungi terlebih dahulu.
Fungsi paling kerap digunakan:
=SUM(cell range)  tambah nombor dalam sel terpilih
=AVERAGE(cell range)  cari nilai purata
=MIN(cell range)  cari nilai terkecil
=MAX(cell range)  cari nilai terbesar

PILIHAN MEMADAM:
• Padam Semua (Clear All)
• Padam Kandungan (Clear Contents)
• Padam Format (Clear Formats)
ISIH A-Z (SORT A TO Z) – isih data dalam jadual dari nilai minimum
NO. KOD KSKV-C01/KP(1/3) Muka: 11 Dari: 65

Ikon Huraian
ke nilai maksimum, atau
ISIH Z-A (SORT Z TO A) – isih data dalam jadual dari nilai
maksimum ke nilai minimum.
CARI (FIND)
Masukkan perkataan atau frasa kemudian tekan butang Find
GANTI (REPLACE)
- Cari Apa (Find What) – medan untuk masukkan perkataan yang
kita mahu cari;
- Ganti Dengan (Replace With) – medan untuk masukkan perkataan
yang hendak digantikan.

PENYALIN FORMAT (FORMAT PAINTER)


- Salin pemformatan dari satu bahagian teks ke bahagian lain.

Bantuan dalam Microsoft Excel atau tekan kekunci F1 pada papan


kekunci
NO. KOD KSKV-C01/KP(1/3) Muka: 12 Dari: 65

2.1.2 Tab Menu Sisip (Insert)


Tab menu ini membolehkan anda sisip pelbagai jenis item ke dalam dokumen seperti
gambar, seni klip (clip art) dan pengepala (headers) & pengaki (footers).

Ikon Huraian
BENTUK (SHAPES)
Selepas memilih bentuk, ia boleh disisip ke dalam lembar
menggunakan kaedah seret dan lepas (drag and drop) yang akan
ditentukan saiz dan kedudukannya secara automatik.
SUSUN (ARRANGE)
Tentukan elemen sama ada dihadapan (Bring forward) atau
dibelakang (Send to back) elemen lain
 Buka palet warna
 Buka palet warna dan pilihan memilih jenis & ketebalan garisan
 Kesan (effects): 3D, bayang (shadow), pantulan (reflection),
 Putaran (rotation) dan lain-lain.
GAMBAR (PICTURES)
• Untuk memilih gambar: klik pada gambar, dan gambar tersebut
akan mempunyai garisan petak sempadan yang dikenali titik
kawalan (control points).
• Tetapkan saiz objek (set object size):
- Secara manual: pilih objek, gerak beberapa titik kawalan
dengan cara seret dan lepas.
- Masukkan nilai: klik kanan dan pilih Format Gambar (Format
Picture); pada tab Saiz (Size), masukkan nilai tinggi dan lebar.
Ketika objek dipilih, tab Format juga mengandungi beberapa pilihan
pemformatan.
- Pembetulan (Corrections) – alat pembetulan beza-jelas
(contrast), kecerahan (brightness), kejelasan (sharpness)
NO. KOD KSKV-C01/KP(1/3) Muka: 13 Dari: 65

Ikon Huraian
- Warna (Color) – ubah warna imej supaya dapat diserasikan
dengan kandungan.
- Kesan artistik (Artistic effects) – alat yang dapat menjadikan
imej
kelihatan seperti lukisan atau lakaran.
KOTAK TEKS (TEKS BOX)
- Alat untuk menyisip kotak teks; seterusnya, tetapkan kedudukan
dan saiz kotak teks di dalam lembar kerja melalui cara seret dan
lepas.
PENGEPALA DAN PENGAKI (HEADER AND FOOTER)
- Sunting: klik dua kali pada medan pengepala dan pengaki, atau:
klik kanan dan pilih Sunting Teks (Edit Text).
- Sisip tarikh dan masa.
- Sisip nombor muka surat (page number).
SIMBOL (SYMBOL)
- € £ © ∞ ≠ dan lain-lain.
CARTA (CHART)
Paparan bergrafik data berjadual dalam pelbagai bentuk, seperti
graf palang. Data berjadual dan graf adalah berhubungan, maka
perubahan dalam jadual menyebabkan perubahan pada carta
• Bila carta disisip, jadual data dibuka dalam Microsoft Excel untuk
memasukkan data. Jika julat sel dipilih dalam data, carta akan
diisi
secara automatik berpandukan data tersebut.
• Menukar saiz carta: pilih carta dan alih (seret-dan-lepas) titik
kawalan ke tempat yang dikehendaki.
• Perubahan dalam carta boleh dibuat melalui palang alat Alatan
Carta (Chart Tools toolbar), yang muncul bila carta dipilih; melalui
menu Pantas atau klik dua kali pada carta tersebut
- Format Kawasan Carta (Format Chart Area) – kesan seperti
isian warna(color fill), 3D, putaran (rotation), bayang (shadow)
dan lain-lain boleh dilakukan.
- Ubah Jenis Carta (Change Chart Type) – pilih jenis carta.
• Alih carta: dalam palang alat Alatan Carta, pilih Rekabentuk
(Design) kemudian pilih alat Alih carta (Move chart) ke:
NO. KOD KSKV-C01/KP(1/3) Muka: 14 Dari: 65

Ikon Huraian
- Lembar baharu (New sheet) iatu perlu masukkan nama
lembar
kerja, atau
- Object in dalam menu tarik-turun, pilih lembar kerja yang
mahu
diletakkan carta tersebut.
SENI PINTAR (SMARTART)
• Medan boleh dialih untuk menyunting strukturnya: klik pada
sempadan medan, melalui cara seret-dan-lepas, alih ia ke lokasi
yang dikehendaki.
• Tambah medan baharu: klik kanan pada medan, pilih Tambah
Bentuk (Add Shape) dalam menu pantas, kemudian pilih
kedudukannya sama ada dibawah (below) atau di atas (above)
• Memadam: pilih medan dan tekan kekunci Delete.
SPARKLINES
• Iaitu carta di dalam satu sel;
• Perlu tentukan kedudukannya (alamat sel yang mengandunginya)
dan julat sel data (data yang dipaparkan).

2.1.3 Tab Menu Bentangan Halaman (Page Layout)


Tab ini mempunyai perintah melaras halaman seperti margin, orientasi (orientation)
dan tema (themes).
NO. KOD KSKV-C01/KP(1/3) Muka: 15 Dari: 65

Ikon Huraian
JIDAR (MARGINS)
- Normal (Jidar standard)

- Wide (Jidar lebih kecil, lebih banyak ruang)

- Narrow (Jidar paling kecil, untuk ruang yang maksimum)

ORIENTASI (ORIENTATION)
- Potret (Portrait) kedudukan menegak.
- Lanskap (Landscape) kedudukan mengufuk.

SKALA (SCALE)
- Alat untuk memuatkan data dalam kertas cetak.

HENTIAN (BREAKS)
- Sangat disarankan hentian ditetapkan secara manual:
- Sisip Hentian Halaman (Insert Page Break).
- Buang Hentian Halaman (Remove Page Break).

ALAT PENGURUSAN KANDUNGAN


- Bawa Hadapan (Bring Forward).
- Hantar Belakang (Send Backward).
NO. KOD KSKV-C01/KP(1/3) Muka: 16 Dari: 65

2.1.4 Tab Menu Formula


Tab ini mengandungi perintah yang digunakan untuk mencipta Formula. Tab ini juga
mengandungi banyak pustaka fungsi yang dapat membantu penciptaan apa jua
formula atau fungsi dalam hamparan elektronik.

Penerangan lebih lanjut akan diterangkan dalam sub-modul K3 MENGGUNAKAN


FORMULA & FUNGSI.

2.1.5 Tab Menu Data


Tab ini membolehkan pengubahsuaian lembar kerja yang mengandungi sejumlah
data yang banyak dengan cara pengisihan dan penapisan serta penganalisisan &
pengelompokan data. Tab ini terdiri dari seksyen Get External Data, Connection,
Sort&Filter, Data Tools dan Outline.

2.1.6 Tab Menu Tinjau Semula (Review)


Tab ini membolehkan anda membuat pembetulan ejaan dan tatabahasa serta
memasang pelindungan keselamatan. Ia juga menyediakan penjejakan perubahan
dan nota berkenaannya.
NO. KOD KSKV-C01/KP(1/3) Muka: 17 Dari: 65

Ikon Huraian
EJAAN (SPELLING)
Buka satu kotak dialog dengan pilihan berikut:
- Abai sekali (Ignore once)
- Abai semua (Ignore all)
- Ubah (Change)
- Ubah semua (Change all)
• Perkataan yang tiada dalam kamus boleh ditambah: klik
kanan pada perkataan tersebut dan pilih Tambah ke dalam
kamus (Add to dictionary).

2.1.7 Tab Menu Lihat (View)


Tab ini membolehkan anda menukar paparan dokumen anda termasuklah pembekuan
(freezing) atau pemisahan (splitting) anak tetingkap (panes), papar garisan grid
(gridlines) dan sembunyikan sel.

Ikon Huraian
Biasa (Normal)
Paparan biasa lembar kerja.
Bentangan Halaman (Page Layout) – untuk paparan
cetakan data, pengepala & pengaki.
ZUM (ZOOM)
Pilih yang disediakan atau masukkan nilai.

BEKU DAN NYAHBEKU BARIS DAN LAJUR


Supaya kekal kelihatan:
• bekukan lajur dan baris: pilih satu sel di dalam lembar
kemudian pilih butang Beku Anak Tetingkap (Freeze
Panes). Lajur disebelah kiri dan baris atas akan kekal
beku
iaitu tidak berganjak.
• beku baris atas (freezing top row).
• beku lajur pertama (freezing first column).
NO. KOD KSKV-C01/KP(1/3) Muka: 18 Dari: 65

2.1.8 Tab Menu Fail (File)


Merupakan paparan sebalik tabir (Back Stage View) untuk Microsoft Excel 2010. Ia
mengandungi beberapa alatan yang biasa digunakan iaitu Simpan (Save), Buka
(Open), Tutup (Close), Baharu (New), Cetak (Print) dan lain-lain.

Ikon Huraian
ALAT SIMPAN (SAVE)
Pintasan kekunci Ctrl + S
• Simpan (Save in) – pilih lokasi fail disimpan.
• Nama fail (File name) - taip nama fail..
• Simpan sebagai (Save as type) – pilih jenis fail, format yang
hendak disimpan.
CIPTA BUKU KERJA BAHARU
tekan tab File dan klik New, kemudian
pilih Blank workbook dan tekan butang Create (atau guna
Ctrl + N).
- Cipta hamparan baharu menggunakan template ( template):
selepas memilih New, pilih Sample Templates.
BUKA FAIL SEDIA ADA
- Untuk membuka beberapa fail serentak, guna kekunci Ctrl atau
Shift untuk memilih fail, kemudian tekan Enter.
CETAK (PRINT)
Mengandungi perintah seperti Pencetak (Printer), Salinan
(Copies), Julat (Range), Orientasi, Margin, Skala,
Collated/Uncollated, Page Setup dan lain-lain berkenaan
percetakan.
Pilihan (Options)
• Pada tab Am (General), tentukan nama pengguna Microsoft
NO. KOD KSKV-C01/KP(1/3) Muka: 19 Dari: 65

Excel.
• Pada tab Simpan (Save), ada medan untuk masukkan lokasi fail
AutoRecover dan Default file.

1.2 PENGOPERASIAN FAIL

K1.2.1 Mencipta, Menyimpan Dan Menyalin Fail

3.0 Memulakan Perisian Microsoft Excel 2010


Pada bab pertama kita telah melihat dan mengetahui sedikit sebanyak elemen-
elemen yang ada di dalam antaramuka perisian Microsoft Excel 2010 dan juga
beberapa fungsi/ikon secara umum. Langkah berikutnya adalah kerja-kerja
berkenaan pengoperasian dokumen Excel.

3.1 Membuka Perisian Microsoft Excel 2010


Terdapat pelbagai cara membuka perisian Microsoft Excel, jika ada pintasan
Microsoft Excel di atas desktop, hanya dwi-klik pada ikon tersebut untuk
membukanya. Kebiasaannya untuk membuka perisian Microsoft Excel 2010 adalah
seperti berikut:
a. Klik butang Mula (Start button)
b. Klik All Programs
c. Klik Microsoft Office
d. Klik ikon Microsoft Excel 2010 dan antaramuka Microsoft Excel dipapar
NO. KOD KSKV-C01/KP(1/3) Muka: 20 Dari: 65

Atau dengan cara berikut:


a. Klik butang Mula.
b. Klik Kotak Carian.
c. Taip perkataan ”Microsoft Excel” atau ”Excel”.
d. Klik pada hasil carian yang dikehendaki dan antaramuka Microsoft Excel
dipapar.

3.2 Membuka Buku Kerja (Worksheet) baharu


Terdapat dua cara membuka buku kerja baharu iaitu cara pertama adalah buka
perisian Microsoft Excel 2010 dahulu. Kebiasaannya dokumen baharu akan
dipaparkan.
Atau cara kedua jika perisian Microsoft Excel 2010 telah dibuka:
a. Klik pada tab menu File dan kemudian klik submenu New.
b. Di bawah Templat Sedia Ada (Available Template), dwi klik Buku Kerja
Kosong (Blank Workbook) atau klik butang Create.
NO. KOD KSKV-C01/KP(1/3) Muka: 21 Dari: 65

3.3 Mencari & Mengguna Templat


Microsoft Excel 2010 membolehkan anda guna templat terbina-dalam (built-in
template) dan juga yang sedia ada dalam Office.com. Untuk mendapatkan templat
yang dikehendaki, buat langkah berikut:
a. Pada tab menu File, klik submenu New.
b. Di bawah Available Template, buat salah satu yang berikut:
 Untuk guna semula templat yang anda guna sebelum ini, klik
Recent Template, pilih templat yang anda mahu, kemudian klik
butang Create.
 Untuk guna templat yang telah dipasang, klik My Template, pilih
templat yang anda kehendaki, kemudian klik butang Create.

 Untuk mencari templat di dalam Office.com, di bawah Office.com


Templates, pilih templat yang anda mahu, kemudian klik
Download untuk memuat turun templat dari Office.com ke dalam
komputer anda.
NO. KOD KSKV-C01/KP(1/3) Muka: 22 Dari: 65

Bila selesai mengklik templat yang dikehendaki, ia akan dibuka pada skrin sebagai
dokumen baharu.
NO. KOD KSKV-C01/KP(1/3) Muka: 23 Dari: 65

3.4 Menyimpan fail Microsoft Excel 2010


Selepas kerja-kerja penyuntingan hamparan elektronik selesai, fail tersebut perlu
disimpan untuk memastikan hasil kerja tidak hilang. Untuk menyimpan fail hamparan
elektronik, buat perkara berikut:
a. Klik tab menu File.
b. Klik submenu Simpan (Save) atau (Simpan Sebagai) Save As.

c. Kotak dialog Save akan kelihatan seperti di bawah.

d. Pilih lokasi folder seperti My Document atau mana-mana folder yang


dikehendaki.
e. Taip nama fail pada ”File Name” contohnya Numbers.
f.

g. Pilih jenis format fail pada ”Save as Type” dan tekan butang Save.
NO. KOD KSKV-C01/KP(1/3) Muka: 24 Dari: 65

Perhatian : format standard fail Microsoft Excel 2010 ialah XLSX berbanding format
lama XLS. Walau bagaimanapun format XLS boleh dibuka oleh Microsoft Excel
2007, 2010 dan 2013. Tetapi Microsoft Excel 2003 dan Microsoft Excel 2000 tidak
dapat buka format baharu XLSX.

3.5 Menyalin fail Microsoft Excel 2010


Proses menyalin fail dan memindahkannya ke lokasi lain adalah serupa dengan
proses menyalin dan memindah lain-lain fail. Lakukan perkara seperti berikut:
a. Buka folder yang mengandung fail Microsoft Excel 2010 yang
dikehendaki. Format fail ialah .XLSX dan mempunyai ikon seperti
berikut.

b. Klik kanan pada fail tersebut dan satu menu timbul dipaparkan.
c. Klik pada submenu Copy.

d. Pergi ke lokasi baharu sama ada folder dalaman (My Document) atau
folder luar (Pemacu Pena, CD, DVD, Pemacu Awan).
e. Klik menu Edit dan pilih Paste.

f. Fail tersebut akan dialih ke dalam lokasi baharu yang dikehendaki.


NO. KOD KSKV-C01/KP(1/3) Muka: 25 Dari: 65

K1.2.2 Memasuk Dan Memindahkan Data Dari Sumber Media Lain

4.0 Mengenalpasti Sel Aktif


Rajah dibawah menunjukkan Sel aktif adalah B2. B2 adalah dibentuk oleh Lajur B
dan Baris 2. Bahagian yang memaparkan Sel aktif dipanggil Kotak Nama (Name
Box).

4.1 Memindah Data Dari Sumber Media Lain


Data dari sumber luar selain dari Microsoft Excel boleh dilakukan seperti mengimport
atau memindah data dari fail Teks, fail Microsoft Word, fail Data (.DAT, .MDB,
.ODBC dll). Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:
a. Klik tab menu Data.

b. Pada Seksyen Get External Data, klik pada mana-mana jenis format data
yang anda mahu. Contohnya From Text.
NO. KOD KSKV-C01/KP(1/3) Muka: 26 Dari: 65

c. Satu kotak dialog Import Data akan dipaparkan dan cari fail data tersebut,
contoh diatas adalah .TXT

d. Pilih fail data yang dikehendaki dan klik butang Import.

e. Fail data tersebut akan dipaparkan

Jika fail data dalam format .XLSX maka hanya lakukan seperti biasa iaitu dwi klik
pada ikon fail tersebut atau langkah seperti berikut:
a. Klik tab menu File
b. Klik sub menu Open
NO. KOD KSKV-C01/KP(1/3) Muka: 27 Dari: 65

c. Kotak dialog Open akan kelihatan seperti di bawah.

d. Pilih fail data yang dikehendaki dari sumber media lain seperti Pemacu
Pena, kemudian tekan butang Open.

e. Fail tersebut akan dibuka dan dipapar seperti berikut:


NO. KOD KSKV-C01/KP(1/3) Muka: 28 Dari: 65

K1.2.3 Memadam Dokumen

5.0 Memadam Dokumen Microsoft Excel 2010


Proses memadam fail Microsoft Excel adalah serupa dengan proses memadam lain-
lain fail. Lakukan perkara seperti berikut:
a. Buka folder yang mengandung fail Microsoft Excel 2010 yang dikehendaki.
Format fail ialah .XLSX dan mempunyai ikon seperti berikut:

b. Klik kanan pada fail tersebut dan satu menu timbul dipaparkan

c. Klik pada submenu Delete, atau hanya tekan kekunci Delete


d. Fail tersebut akan dipadamkan atau dialih ke dalam Tong Sampah

K1.2.4 Mengurus Buku Kerja Atau Workbook (Insert, Rename, Add New Sheet,
Move Or Copy Dan Lain-Lain)
Untuk menghasilkan dokumen yang mudah difahami dan kelihatan profesional, anda
perlu membuat beberapa perubahan pada sel, baris, lajur dan teks. Guna proses
berikut untuk membantu anda menghasilkan hamparan yang dikehendaki.

6.0 Memilih / Mengaktifkan Sel Atau Julat Sel


Untuk membuat kerja-kerja di dalam Excel anda perlu mengaktifkan atau memilih
sel, baris dan lajur. Terdapat pelbagai cara melakukannya. Sila rujuk jadual dibawah
untuk memahami pilihan-pilihan yang ada.

Untuk Memilih Lakukan Tindakan Ini


Satu Sel Klik atau tekan kekunci anak panah untuk
pergi ke sel tersebut
NO. KOD KSKV-C01/KP(1/3) Muka: 29 Dari: 65

Untuk Memilih Lakukan Tindakan Ini

Satu Julat Sel (Beberapa Sel Klik sel pertama dalam julat, kemudian
Secara Berturutan) seret ke sel terakhir, atau tahan kekunci
SHIFT ketika menekan kekunci anak panah
untuk tambah pemilihan.

Sejumlah Besar Julat Sel Klik sel pertama dalam julat, kemudian
tahan kekunci SHIFT ketika mengklik sel
terakhir dalam julat. Anda boleh tatal untuk
menjadikan sel terakhir kelihatan.

Semua Sel dalam Lembaran Kerja Klik butang Select All atau tekan kekunci
CTRL+A.

Sel Atau Julat Sel Tidak Pilih sel pertama atau julat sel, kemudian
Bersebelahan (Non-Adjacent) tahan kekunci CTRL ketika anda memilih
sel atau julat sel lain.

PERHATIAN: Anda tidak boleh batal


pemilihan (selection) sel atau julat sel
NO. KOD KSKV-C01/KP(1/3) Muka: 30 Dari: 65

Untuk Memilih Lakukan Tindakan Ini


dalam pemilihan tidak bersebelahan tanpa
membatalkan keseluruhan pemilihan.

Keseluruhan Baris Atau Lajur Klik pada pengepala baris atau lajur

Pengepala baris (Row heading)


Pengepala lajur (Column heading)

Baris Atau Lajur Bersebelahan Seret merentasi pengepala lajur atau baris.
(Adjacent) Atau pilih baris atau lajur pertama;
kemudian tahan kekunci SHIFT ketika
memilih baris atau lajur terakhir.

Baris Atau Lajur Tidak Klik pengepala lajur atau baris bagi baris
Bersebelahan atau lajur pertama dalam pemilihan;
kemudian tahan kekunci CTRL ketika
mengklik pengepala lajur atau baris lain
yang mahu di tambah dalam pemilihan.

Sel Ke Sel Terakhir Yang Pilih sel pertama, kemudian tekan kekunci
Digunakan Dalam Lembaran Kerja CTRL+SHIFT+END untuk lanjutkan
(Bucu Kanan Bawah) pemilihan sel ke sel terakhir yang telah
NO. KOD KSKV-C01/KP(1/3) Muka: 31 Dari: 65

Untuk Memilih Lakukan Tindakan Ini


diguna dalam lembaran kerja (bucu kanan
bawah).

Sel Ke Permulaan Lembaran Kerja Pilih sel pertama, kemudian tekan kekunci
CTRL+SHIFT+HOME untuk lanjutkan
pemilihan sel ke permulaan lembaran kerja.
PERHATIAN: Untuk membatalkan
pemilihan sel, klik pada mana-mana sel
dalam lembaran kerja. Tindakan ini tidak
boleh dilakukan pada sel yang
mengandungi formula di dalamnya.

6.1 Potong, Salin dan Tampal Data


Anda boleh guna perintah Potong (Cut), Salin (Copy), dan Tampal (Paste) dalam
Microsoft Office Excel 2010 untuk alih (Move) atau salin keseluruhan sel atau hanya
kandungan di dalamnya.

PERHATIAN: Microsoft Excel paparkan animasi sempadan bergerak disekeliling sel


yang telah dipotong atau disalin. Untuk membatalkan animasi tersebut, tekan
kekunci ESC.

6.1 Menyisip Lembaran Baharu (Insert New Sheet)


a. Klik-kanan pada tab lembaran kerja yang anda mahu sisip contohnya pada
sheet1.
b. Klik pada submenu Insert.
NO. KOD KSKV-C01/KP(1/3) Muka: 32 Dari: 65

c. Pada kotak dialog Insert, dalam tab General pilih New Worksheet dan klik
butang Ok.

ATAU

Klik pada ikon disebelah kanan Sheet 3

d. Lembaran baharu akan disisip ke sebelah kiri sheet1 dengan nama sheet4
atau disebelah kanan Sheet3 jika guna ikon.

atau

6.2 Menamakan Semula Lembar (Rename Sheet)


a. Klik-kanan tab lembaran kerja yang anda mahu namakan semula. Menu
timbul akan muncul.
b. Klik Nama Semula (Rename)
NO. KOD KSKV-C01/KP(1/3) Muka: 33 Dari: 65

c. Sekarang teks disorot (highlighted) dengan warna hitam. Taip nama


lembaran kerja anda.

d. Klik dimana sahaja selain dari tab. Lembaran kerja akan dinamakan
semula.

6.3 Menyalin Lembar (Copy Sheet)

a. Klik-kanan pada tab lembaran kerja yang mahu disalin. Menu timbul
akan muncul menu appears.
b. Klik submenu Alih atau Salin (Move or Copy)
NO. KOD KSKV-C01/KP(1/3) Muka: 34 Dari: 65

c. Satu kotak dialog Move or Copy akan muncul. Kemudian tandakan pada
kotak tanda Create a copy.

d. Klik OK. Lembaran kerja anda telah disalin. Ia akan mempunyai tajuk
yang sama dengan lembaran kerja asal tetapi dengan penambahan
seperti contoh di bawah, January (2).

6.4 Mengalih Lembar (Move Sheet)


a. Klik lembaran kerja yang mahu dialih. Kursor akan berubah kepada ikon
lembaran kerja kecil (small worksheet icon).
b. Seret ikon lembaran kerja sehingga ke lokasi baharunya.
NO. KOD KSKV-C01/KP(1/3) Muka: 35 Dari: 65

c. Lepaskan tetikus, dan lembaran kerja telah dialihkan.


NO. KOD KSKV-C01/KP(1/3) Muka: 36 Dari: 65

6.5 Mewarnakan Tab Lembar Kerja


Anda boleh warnakan tab lembaran kerja untuk memudahkan pengurusan lembaran
kerja dan menjadikan ia lebih mudah dikenalpasti. Lakukan langkah-langkah seperti
berikut:
Klik-kanan tab lembaran kerja yang mahu diwarnakan. Menu timbul lembaran kerja
akan muncul.
a. Pilih Warna Tab (Tab Color). Menu warna akan muncul.
b. Pilih warna tab lembaran kerja yang anda mahu.

c. Warna tab akan berubah. Jika tab masih kelihatan putih, ia disebabkan
lembaran kerja sedang dipilih. Pilih mana-mana tab lembaran kerja untuk
melihat warna tab tersebut.

6.6 Mengelompok dan Nyahkelompok Lembar Kerja (Group / Ungroup)


Anda boleh mengendali setiap lembaran kerja dalam satu buku kerja secara
individu, atau anda boleh mengendali berbilang lembaran kerja pada masa yang
sama. Lembaran kerja boleh digabungkan menjadi satu kumpulan. Mana-mana
perubahan yang berlaku dalam salah satu lembaran kerja tersebut akan berlaku
pada lembaran kerja lain dalam kumpulan yang sama.
NO. KOD KSKV-C01/KP(1/3) Muka: 37 Dari: 65

6.6.1 Untuk mengelompok lembaran kerja:


a. Pilih lembaran kerja yang mahu dikelompokkan. Contohnya, lembar
(sheet) September, October, November dan December seperti di
bawah.

b. Klik dan tahan kekunci CTRL pada papan kekunci anda.


c. Pilih lembaran kerja berikutnya yang mahu dikelompokkan. Teruskan
sehingga semua lembaran kerja yang mahu dikelompok telah dipilih.

d. Lepas kekunci CTRL. Lembaran kerja kini berjaya dikelompokkan. Tab


lembaran kerja berwarna putih bagi lembaran kerja yang
dikelompokkan.
PERHATIAN: Ketika lembaran kerja dikelompokkan, anda boleh navigasi pada
mana-mana lembaran kerja dalam kumpulan dan perubahan yang berlaku akan
muncul dalam setiap kumpulan lembaran kerja tersebut. Jika anda mengklik selain
dari tab lembaran kerja kelompok, semua lembaran kerja tersebut akan
dinyahkelompokkan. Anda perlu membuatnya sekali lagi.

6.6.2 Untuk menyahkelompok semua lembaran kerja:


a. Klik-kanan pada salah satu lembaran kerja berkelompok. Menu lembaran
kerja akan muncul.
NO. KOD KSKV-C01/KP(1/3) Muka: 38 Dari: 65

b. Pilih Nyahkelompok (Ungroup). Lembaran kerja akan dinyahkelompokkan.

6.7 Memadam Lembar (Sheet) dalam Lembar Kerja


1. Klik pada lembar (sheet) yang dikehendaki contohnya Sheet1

2. Klik kanan pada sheet1 dan satu menu akan timbul, kemudian pilih
Delete

3. Satu kotak dialog pengesahan akan muncul, tekan butang Delete

4. Lembar Sheet1 akan dipadamkan


NO. KOD KSKV-C01/KP(1/3) Muka: 39 Dari: 65

6.8 Membesar dan Mengecilkan Paparan Lembaran Kerja (Zum Masuk / Zum
Keluar)
Di bucu kanan-bawah tetingkap Microsoft Excel 2010, terdapat pelungsur zum
(zoom slider) yang dapat mengezum dalam julat 400% hingga 10% pada kadar
pantas. Anda hanya seret pelungsur ke arah kanan (lebih besar) atau ke arah kiri
(lebih kecil).

Jika anda mengklik butang yang berada dihujung pelungsur.


Kedua-dua butang ini membolehkan anda laras zum dalam julat 10% pembesaran
atau pengecilan.
Mengklik penunjuk % disebelah kiri pelungsur akan membuka dialog Zum
seperti di bawah.

ATAU
Gunakan ikon zum pada seksyen Zoom dalam tab menu View
NO. KOD KSKV-C01/KP(1/3) Muka: 40 Dari: 65

6.9 Melihat / Membandingkan Lembaran Kerja Secara Sebelah Menyebelah


Anda boleh bandingkan dua lembaran kerja dalam buku kerja yang sama atau buku
kerja berbeza dengan menlihatnya sebelah menyebelah (side by side). Anda juga
dapat menyusun lebih dari dua lembaran kerja pada masa yang sama. Dengan cara
anda dapat membuat perbandingan dan melihat set data yang berbeza dalam satu
antaramuka Microsoft Excel.

6.9.1 Lihat / Banding Lembaran Kerja Dalam Buku Kerja yang Sama
a. Pada tab menu View, dalam seksyen Window, klik ikon New Window.

b. Kemudian, klik ikon View Side by Side  .


c. Dalam tetingkap buku kerja, klik lembaran kerja yang mahu
dibandingkan.
d. Untuk menatal kedua-dua lembaran kerja pada masa yang sama,

klik Synchronous Scrolling   dalam seksyen Window pada tab


menu View.

PERHATIAN: Pilihan ini hanya tersedia bila View Side by Side dihidupkan.


NO. KOD KSKV-C01/KP(1/3) Muka: 41 Dari: 65

6.9.2 Lihat / Banding Lembaran Kerja Dalam Buku Kerja yang Berlainan  
a. Buka kedua-dua buku kerja yang mengandungi lembaran kerja yang
mahu dibandingkan.
b. Pada tab menu View, dalam seksyen Window, klik View Side by

Side  .

c. Pada setiap tetingkap buku kerja, klik lembaran yang mahu


dibandingkan.
d. Untuk menatal kedua-dua lembaran kerja secara serentak, klik

ikon Synchronous Scrolling   dalam seksyen Window dalam tab


menu View.
NO. KOD KSKV-C01/KP(1/3) Muka: 42 Dari: 65

6.9.3 Lihat Beberapa Lembaran Kerja Pada Masa Yang Sama


a. Buka buku kerja atau beberapa buku kerja yang mengandungi lembaran
kerja yang mahu dilihat serentak.
b. Jika lembaran kerja tersebut berada dalam buku kerja yang sama, buat
langkah berikut:
i. Klik lembaran kerja yang mahu dilihat.
ii. Pada tab menu View, dalam seksyen Window, klik ikon New
Window.

iii. Ulang langkah 1 dan 2 bagi setiap lembaran yang mahu


dibandingkan.
c. Jika lembaran kerja yang mahu dilihat berada pada buku kerja yang
berlainan, buat langkah berikut:.
i. Pada tab menu View, dalam seksyen Window, klik
ikon Arrange All.
ii. Dalam kotak dialog Arrange, klik cara susunan yang anda
mahu.

iii. Untuk melihat lembaran dalam buku kerja aktif, tanda pada
kotak tanda Windows of active workbook.
NO. KOD KSKV-C01/KP(1/3) Muka: 43 Dari: 65
NO. KOD KSKV-C01/KP(1/3) Muka: 44 Dari: 65

K1.2.5 MEMASUK DAN MEMINDAHKAN DATA DARI PERISIAN LAIN


Hamparan elektronik Excel memudahkan anda menjelajah banyak maklumat dalam
bentuk senarai panjang lajur data. Anda boleh kelompokkan set data yang
bersambung bersama-sama ke dalam buku kerja supaya mudah mencari maklumat
berkaitan dan mengisih (sort) atau menapis (filter) data anda. Contohnya,
kebanyakan syarikat mempunyai senarai pelanggan dalam bentuk “Mail Merge”
yang digunakan untuk surat-menyurat di dalam dokumen Microsoft Word. Jika
maklumat tersebut dapat diimport ke dalam Microsoft Excel 2010, ia boleh diisih apa
jua maklumat seterusnya dapat membina senarai pelanggan lama dan pelanggan
baru, ataupun dapat mengira jumlah pesanan yang telah diterima.

7.0 Mengimport Data ke dalam Microsoft Excel 2010 (Microsoft Word)

Contohnya data di bawah merupakan maklumat pelanggan yang terdiri daripada


nama pengguna, alamat, nombor telefon dan tarikh pesanan. Apabila jadual diimport
ke dalam Microsoft Excel 2010, setiap medan dalam jadual Microsoft Word akan
ditukar menjadi sel-sel dalam Microsoft Excel 2010. Langkah kerja adalah seperti
berikut:
a. Sorot (highlight) jadual yang mahu diimport ke dalam Microsoft Excel
2010, kemudian klik-kanan dan pilih submenu Salin (Copy) dari menu.

b. Buka Microsoft Excel 2010 dan klik pada sel pertama (Contohnya sel A1)
yang mahu disalinkan, kemudian klik kanan tetikus dan pilih submenu
Tampal (Paste).
NO. KOD KSKV-C01/KP(1/3) Muka: 45 Dari: 65

Perhatikan tarikh First Order dan Last Order kelihatan diganti dengan simbol
‘#######’. Ini kerana, Microsoft Excel 2010 memberitahu bahawa maklumat di
dalam sel tersebut terlalu lebar untuk dimuatkan ke dalam lajur sedia ada. Lajur
tersebut perlu dilebarkan sehingga maklumat dapat dipaparkan.

PETUA: Salah satu kaedah menampal data dari program lain ke dalam Microsoft
2010 dengan menggunakan perintah Salin (Copy), Tampal (Paste), dan kemudian
Tampal Khas (Paste Special). Selepas Paste Special diklik, satu kotak dialog muncul
menawarkan beberapa pilihan untuk mengendalikan data anda.
NO. KOD KSKV-C01/KP(1/3) Muka: 46 Dari: 65

7.1 Mengimport Data Ke Dalam Microsoft Excel (Web)


Anda boleh mengimport data dari laman sesawang (Web). Terdapat pelbagai cara
yang mudah untuk mengimport data tersebut ke dalam Microsoft Excel 2010. Salah
satu kaedah pengimportan membolehkan pengemaskinian automatik (automatic
updating), iaitu lembar kerja yang dapat bertukar datanya. Dengan ini perniagaan
anda dapat pengkalan data yang senantiasa dikemaskini dari sumber Internet.
Walaubagaimanapun hanya tiga cara dijelaskan dalam modul ini tanpa perlu menaip
semula data tersebut.

7.1.1 Kaedah Seret & Lepas Data Sesawang ke dalam Microsoft Excel 2010
a. Sorot (Highlight) data yang dikehendaki di dalam pelayar sesawang.
Contohnya http://www.sabah.gov.my/solat/,

b. Klik dan tahan data tersebut dan seret ke dalam program Microsoft
Excel 2010 (Pastikan Program Microsoft Excel 2010 dibuka terlebih
dahulu dan kedua-dua tetingkap berada sebelah menyebelah).
NO. KOD KSKV-C01/KP(1/3) Muka: 47 Dari: 65

c. Hala ke sel (Contohnya A1) program Microsoft Excel 2010 dan lepas
data tersorot ke dalamnya.

7.1.2 Kaedah Salin & Tampal Data Sesawang ke dalam Microsoft Excel 2010
(Melalui Menu)

a. Sorot data yang dikehendaki di dalam pelayar sesawang. Contohnya


http://www.sabah.gov.my/solat/,
NO. KOD KSKV-C01/KP(1/3) Muka: 48 Dari: 65

b. Klik kanan dan pilih submenu Salin (Copy)

c. Buka program Microsoft Excel 2010 dan klik sel pertama (Contohnya
A1)

d. Klik kanan dan pilih submenu Tampal (Paste)


NO. KOD KSKV-C01/KP(1/3) Muka: 49 Dari: 65

7.1.3 Kaedah Salin & Tampal Data Sesawang ke dalam Microsoft Excel 2010
(Melalui Kekunci)
a. Pada pelayar sesawang, tekan kekunci "Ctrl-A" untuk memilih segala
maklumat di dalam laman sesawang atau sorot maklumat yang
dikehendaki.
b. Tekan kekunci "Ctrl-C" untuk menyalin pemilihan (selection) ke dalam
papan keratan (clipboard) anda.
c. Pada tetingkap Microsoft Excel 2010, klik pada sel (Contohnya A1).
d. Tekan kekunci "Ctrl-V" untuk tampal kandungan tersebut.
Kadangkala, pemilihan data lebih sedikit dari data sebenar (iaitu di atas dan di
bawah data) dapat memindah data lebih baik berbanding menyalih data yang
dikehendaki sahaja. Walau bagaimanapun kaedah ini hanya berjaya pada laman
sesawang tertentu sahaja. Jika ada lebih maklumat yang tidak dikehendaki, hanya
padam sel yang tidak dikehendaki tersebut.
Kelebihan menyalin dan menampal data yang dipindah adalah sama dengan data di
dalam sumber asal. Sebaliknya, anda perlu membuat pemformatan supaya data
tersebut mudah dibaca dan digunakan.
NO. KOD KSKV-C01/KP(1/3) Muka: 50 Dari: 65

K1.3.1 MENGINPUT VALUE TERMASUKLAH ANGKA, FORMULA DAN FUNGSI


YANG DIGUNAKAN UNTUK PENGIRAAN
Sebelum menggunakan lembaran kerja, anda harus mengetahui terlebih dahulu
apakah jenis data yang diinput dalam sesebuah sel. Sebuah sel dapat menampung
tiga jenis data iaitu angka, teks dan formula. Dalam bahagian modul ini kita akan
melihat dahulu penggunaan angka, formula dan fungsi di dalam lembaran kerja
Penyataan berikut merupakan beberapa perkara berkenaan angka di dalam
Microsoft Excel 2010
a. Terdiri dari aksara-aksara berikut: 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 + - ( ) , / $ % E
e
b. Letakkan simbol - atau ( ) untuk nilai negatif
c. Secara lalai, nombor akan dijajar ke sebelah kanan sel
d. Microsoft Excel 2010 dapat menerima 15 digit nombor sahaja
e. Letakkan tanda ‘ di hadapan nombor untuk menjadikan nombor
sebagai teks atau formatkan sel tersebut sebagai teks. Pergi ke tab
menu Home, Seksyen Cells  Format  Format Cells…  Tab
Number  Text.
NO. KOD KSKV-C01/KP(1/3) Muka: 51 Dari: 65

8.0 Menginput Angka ke dalam Lembaran Kerja


Menginput data ke dalam lembar kerja Microsoft Excel 2010 adalah mudah, lakukan
langkah seperti berikut:
a. Klik pada sel yang anda mahu masukkan data.

b. Taip angka tersebut tersebut di dalam sel pilihan. Contohnya seperti rajah di
bawah
NO. KOD KSKV-C01/KP(1/3) Muka: 52 Dari: 65

c. Tekan kekunci enter atau kekunci tab untuk pergi ke sel berikutnya.

TAB

ENTER

Perhatian: Shift+Enter akan mengaktifkan sel di atas (sebelumnya) dan Shift+Tab


akan mengaktifkan sel kiri. Untuk membatalkan kemasukan angka tekan Esc atau
butang Cancel.

8.1 Menginput Tarikh ke dalam Lembaran Kerja

Untuk menginput tarikh ke dalam sel, caranya sangat mudah iaitu masukkan sebuah
tarikh dan sesuaikan format tarikh yang diinginkan.
a. Sebagai contoh jika anda menginput tarikh 1 April 2015, caranya taip 1
April 2015 pada sebuah sel seperti berikut:

b. Kemudian tekan kekunci Enter. Tarikh yang dipapar adalah 01-Apr-15.

8.2 Menginput Waktu ke dalam Lembaran Kerja


Langkah menginput waktu juga sangat mudah, langkah-langkahnya adalah seperti
berikut:
a. Contohnya jam 10:15, masukkan angka 10 kemudian diikuti dengan titik
bertindih (:) dan seterusnya dengan angka 15
NO. KOD KSKV-C01/KP(1/3) Muka: 53 Dari: 65

b. Kemudian tekan kekunci Enter. Waktu dipapar seperti di bawah.

8.3 Menginput Formula ke dalam Lembaran Kerja


Formula adalah persamaan yang melakukan pengiraan terhadap angka di dalam
lembaran kerja anda. Formula mesti bermula dengan tanda sama dengan atau
equal (=). Operator formula digunakan untuk membuat kerja-kerja pengiraan.
Kesalahan penggunaan operator menyebabkan hasil pengiraan yang tidak sesuai.
Terdapat empat kategori operator formula iaitu operator aritmatik, operator
perbandingan, operator teks dan operator rujukan.

8.3.1 Operator Aritmatik


Operator aritmatik digunakan untuk melakukan pengiraan operasi matematik
seperti tambah, tolak, darab, bahagi, gandaan dan peratus. Jadual dibawah
menunjukkan contoh penggunaan operator artimatik ini.
Operator
Simbol Contoh Hasil
Aritmatik
Tambah + 10+5 15
Tolak - 10-5 5
Darab * 10*5 50
Bahagi / 10/5 2
Gandaan ^ 10^5 100000
Peratus % 10% 0.10
Dalam pengiraan formula, susunan keutamaan pengiraan adalah seperti berikut:
BODMAS iaitu Bracket (Kurungan),
Order (Ganda),
Divide (Bahagi),
Multiplication (Darab),
Addition (Tambah),
dan Subtract (Tolak).
a. Pengiraan diapit tanda kurungan ( ) dilakukan terlebih dahulu
b. Pada aras yang sama, susuan pengiraan dilakukan menurut jenis operator.
Penggandaan dahulu diikuti bahagi, darab, tambah dan tolak.
NO. KOD KSKV-C01/KP(1/3) Muka: 54 Dari: 65

c. Pengiran pada aras yang sama dilakukan dari sebelah kiri dahulu
Contohnya, formula =5+2*3 iaitu darab dua nombor (2*3) kemudian ditambah satu
nombor dengan hasil darab sebelum ini (5+6).
8.3.2 Operator Perbandingan
Operator perbandingan digunakan untuk membandingkan dua nilai. Ketika dua nilai
tersebut dibandingkan, menghasilkan nilai benar (True) atau salah (False).

Operator Perbandingan Simbol Contoh Hasil


Sama dengan = 10=5 FALSE
Lebih besar > 10>5 TRUE
Lebih kecil < 10<5 FALSE
Lebih besar sama dengan >= 10>=5 TRUE
Lebih kecil sama dengan <= 10<=5 FALSE
Tidak sama dengan <> 10<>5 TURE

8.3.3 Operator Teks


Operator teks digunakan untuk menghubungkan atau menggabungkan dua nilai teks
atau lebih sehingga menghasilkan satu gabungan nilai teks.

Operator Teks Simbol Contoh Hasil


Menggabungkan teks & “Saya”&” “suka”&” Saya suka

8.3.4 Operator Rujukan


Operator rujukan digunakan untuk menggabungkan beberapa lajur (operator hujah)
atau sebagai pemisah argument.

Operator Teks Simbol Contoh


Operator range : B1:B15
Operator pemisah , atau ; COUNTIF
argumen (B1;B2;”Lelaki”)

8.3.5 Menginput Formula Mudah


Untuk menghasilkan formula mudah lakukan langkah-langkah seperti berikut:
a. Klik sel yang mahu dimasukkan formula.
b. Taip simbol sama dengan iaitu =
c. Masukkan formula dengan menaip pemalar dan operator yang mahu
digunakan dalam pengiraan.
d. Tekan kekunci Enter.
NO. KOD KSKV-C01/KP(1/3) Muka: 55 Dari: 65

Contohnya formula seperti di dalam jadual dibawah

Contoh Formula Apa yang dilakukan


=5+2 Tambah 5 dengan 2
=5-2 Tolak 5 dengan 2
=5*2 Darab 5 dengan 2
=5^2 5 dikuasa duakan dengan 2

8.3.6 Menginput Formula dengan Rujukan Sel


Ketika menggunakan formula, disarankan menggunakan nilai rujukan sel.
Penggunaan rujukan sel mempunyai kelebihan berbanding nilai yang dimasukkan
terus ke dalam formula. Apabila terdapat perubahan nilai dalam rujukan sel,
formula akan melakukan pengiraan semula sehingga diperoleh pengiraan baharu.
Langkah-langkah menginput di bawah menggunakan rujukan sel.

1) Rujukan sel pertama ialah B3, berwarna biru dan sempadan sel berwarna
biru dengan bucu biru.
2) Rujukan sel kedua ialah C3, berwarna hijau dan sempadan berwarna
hijau dengan bucu hijau.
Untuk menginput formula di dalam sel C1
a. Klik pada sel yang mahu diinput formula contohnya C1

b. Pada palang formula, taip simbol =


c. Klik pada sel pertama yang mahu diinput, contohnya B3
d. Masukkan Operator contohnya *
e. Klik pada sel berikutnya yang mahu dimasukkan ke dalam formula.
Teruskan langkah c hingga e sampai selesai, contohnya C3
f. Tekan kekunci Enter untuk selesaikan formula.

Jadual di bawah merupakan beberapa contoh pengiraan menggunakan rujukan sel;


NO. KOD KSKV-C01/KP(1/3) Muka: 56 Dari: 65

Contoh Formula Apa yang dilakukan


=A1+A2 Tambah nilai dalam sel A1 dengan A2
=A1-A2 Tolak nilai dalam A1 dengan A2
=A1/A2 Bahagi nilai dalam sel A1 dengan A2
=A1*A2 Darab nilai dalam sel A1 dengan A2
Gandakan nilai dalam sel A1 dengan
=A1^A2
kuasa nilai dalam sel A2

Seterusnya langkah di bawah merupakan contoh penggunaan formula dengan


penggunaan rujukan sel.
a. Masukkan maklumat seperti berikut
b. Pada sel B3, taip simbol = dan klik sel B1, kemudian taip simbol * dan
akhir sekali klik sel B2 seperti rajah di bawah.
c. Tekan kekunci Enter. Hasil pengiraan akan dipapar pada lajur B3, bentuk
formula dipapar pada palang formula.
d. Ubah data sel B2 menjadi 20. Hasil pengiraan pada B3 bertukar dengan
nilai baharu.

8.4 Menginput Fungsi ke dalam Lembar Kerja


Anda juga boleh menghasilkan formula menggunakan fungsi sedia ada. Fungsi
merupakan formula pra tulis (prewritten) yang hanya dimasukkan nilai, melakukan
operasi pengiraan dan memberikan hasil pengiraan.
Sebagai contoh, formula =SUM(A1:A2) dan SUM(A1,A2) kedua-duanya
menggunakan fungsi SUM untuk menambah nilai-nilai dalam sel A1 dan A2.
Bergantung pada jenis formula yang diinput mana-mana atau semua bahagian
berikut:

1) Fungsi (Function) - Merupakan fungsi seperti PI() atau SUM(),


dimulakan dengan tanda sign (=).
2) Rujukan sel (Cell references) – Anda boleh masukkan data dalam sel
lembaran kerja dengan menyertakan rujukan sel di dalam formula.
Contohnya, rujukan sel A2 memberikan nilai sel atau guna nilai sel
tersebut di dalam pengiraan.
NO. KOD KSKV-C01/KP(1/3) Muka: 57 Dari: 65

3) Pemalar (Constants) – Anda boleh masukkan pemalar seperti nombor


atau nilai teks, terus ke dalam formula.
4) Operator – Operator adalah simbol yang digunakan untuk menentukan
jenis pengiraan yang dikehendaki dalam formula tersebut .

8.4.1 Menginput Formula dengan Fungsi


a. Klik pada sel yang mahu diinput formula.

b. Klik Insert Function pada palang formula .


Microsoft Excel 2010 akan menyisip tanda sama dengan (=) untuk anda.
c. Pilih fungsi yang mahu digunakan seperti rajah di bawah:

d. Masukkan argument.
e. Tekan kekunci Enter untuk selesaikan pengiraan.

8.4.2 Menginput Fungsi Auto Sum


Untuk mengira hasil tambah secara pantas, penggunaan AutoSum digalakkan.
a. Pilih sel yang mahu diinput formula tersebut, contohnya A5

b. Pergi ke tab menu Home, dalam seksyen Editing, klik AutoSum untuk
menjumlahkan data anda.
NO. KOD KSKV-C01/KP(1/3) Muka: 58 Dari: 65

c. Tekan kekunci Enter untuk menyelesaikan pengiraan.

8.5 Memadam Formula


Apabila anda memadam sesebuah formula, hasil pengiraan formula tersebut juga
terpadam. Sebaliknya formula di dalam sel boleh dibuang dan biarkan hasil
pengiraan kekal dalam sel.
8.5.1 Memadam Formula dan Hasil Pengiraannya
Lakukan langkah-langkah seperti berikut:
a. Pilih sel atau julat sel yang mengandungi formula.

b. Tekan kekunci Delete.

8.5.2 Memadam Formula tanpa Membuang Hasil Pengiraannya


Lakukan langkah-langkah seperti berikut:
a. Pilih sel atau julat sel yang mengandungi formula

b. Pada tab menu Home, pada seksyen Clipboard, klik Copy


NO. KOD KSKV-C01/KP(1/3) Muka: 59 Dari: 65

c. Pada tab menu Home, pada seksyen Clipboard, klik anak

panah di bawah ikon Paste kemudian klik Paste Value.

8.6 Hindari Ralat Ketika Menginput Formula


Jadual berikut merupakan beberapa kod ralat yang berlaku jika tersilap menginput
formula dan penjelasannya.

Kod Ralat Apa yang dilakukan


#DIV/0! Formula yang anda masukkan menyebabkan Excel
membahagi dengan angka nol (0) atau membahagi pada
rujukan lajur kosong
#N/A Ada argument yang tidak tertulis dalam formula yang anda
masukkan
#NAME? Dalam formula yang anda masukkan, ada argument atay
fungsi yang tidak difahami Excel
#NUM! Penggunaan yang salah dari sebuah bilangan ataupun
formula menghasilkan jawapan terlalu kecil atau terlalu besar
Formula yang anda masukkan telah menentukan pemisah
#NULL!
antara dua julat yang tidak terpisah
Penulisan argument tidak menepati syarat fungsi atau jumlah
#VALUE
karakter melebihi karakter maksimum yang dibenarkan
Salah satu rujukan atau argument yang digunakan dalam
#REF
formula telah terpadam
NO. KOD KSKV-C01/KP(1/3) Muka: 60 Dari: 65

K1.3.2 MENGINPUT LABEL (ABJAD & SIMBOL)

9.0 Apa Yang Dimaksudkan Label


Dalam Microsoft Excel apa jua yang melibatkan masukan teks dikategorikan sebagai
label iaitu:
a. Semua masukan data yang bermula dengan abjad atau tanda baca
dianggap sebagai teks.
b. Semua masukan data yang bercampur dengan abjad dan angka juga
dianggap sebagai teks walaupun ia bermula dengan angka.
c. Masukan data berangka yang mengandungi tanda baca selain dari tanda
koma (,), titik (.), dan forward slashes (/) dianggap sebagai teks
walaupun bermula dengan angka.
Contoh masukan teks adalah seperti berikut Pendapatan Suku Pertama dan
Mohamad Ali, masukan data bukan-piawai (nonstandard data entries), termasuklah
C123, 666-45-0034 dan 123C, juga dianggap sebagai masukan teks.

9.1 Menginput Teks Mudah


Untuk menginput label seperti abjad atau simbol ke dalam sel adalah semudah
menginput nilai angka. Langkah-langkah menginput label adalah seperti berikut:
a. Taip teks ke dalam sel contohnya B1 taip ”Sukahati”

b. Tekan kekunci ENTER

Sebuah sel dapat menampung teks sehingga 32000 aksara.


NO. KOD KSKV-C01/KP(1/3) Muka: 61 Dari: 65

9.1 Menginput Aksara Operator atau Angka Sebagai Teks


Jika anda mahu masukkan angka, operator sebagai teks di dalam sel, anda perlu
inputkan dahulu tanda apostrophe (’). Contohnya 12-30-09, dan tidak mahu
Microsoft Excel menukarnya menjadi December 30, 2009, apa perlu dilakukan ialah
menginput seperti di bawah:

Tanda apostrophe tidak dipapar dalam sel tetapi ia dipapar dalam palang formula
(formula bar). Selain itu terdapat segitiga hijau berada dibucu kiri atas sel yang
menunjukkan angka tersebut dalam format teks. Kaedah yang sama boleh dilakukan
pada aksara operator seperti contoh di bawah.

9.2 Menginput Simbol


Menginput simbol ke dalam Microsoft Excel 2010 adalah mudah. Simbol seperti
tanda matawang £, aksara khas ½, tanda dagangan™ dan hakcipta ©. Simbol-
simbol ini boleh di dapati pada tab menu Insert  Seksyen Simbol. Untuk
menambah simbol atau aksara khas ikuti langkah berikut:
a. Klik tab menu Insert dan kemudian klik butang ikon Symbol dalam
seksyen Symbols. Kotak dialog simbol dipaparkan.
NO. KOD KSKV-C01/KP(1/3) Muka: 62 Dari: 65

b. Pilih simbol yang dikehendaki dalam tab Symbols; atau klik tab Special
Characters dan pilih aksara yang dikehendaki. Simbol yang kerap diguna
akan tersenarai di bahagian bawah tab Symbols.

c. Klik butang insert dan tutup kotak dialog Symbol jika selesai.
d. Simbol akan berada di dalam sel dan tekan ENTER untuk lengkapkan
proses penyisipan simbol.
NO. KOD KSKV-C01/KP(1/3) Muka: 63 Dari: 65

SOALAN
1. Apakah penyataan paling tepat berkenaan kegunaan Microsoft Excel ?

A. Pengiraan keuntungan
B. Membuat analisis untung rugi dan risiko perniagaan
C. Memasukkan data mentah dan memanipulasi data bagi kegunaan organisasi
D. Menjejak data, membina model penganalisisan data, menulis formula pengiraan
data, mempivot data dalam pelbagai cara, dan mempersembahkan data dalam
pelbagai bentuk carta

Tab ini mengandungi perintah yang digunakan untuk mencipta Formula. Tab ini
juga mengandungi banyak pustaka fungsi yang dapat membantu penciptaan apa
jua formula atau fungsi dalam hamparan elektronik.

2. Namakan tab yang dimaksudkan dalam pernyataan di atas.

A. Home
B. Insert
C. Formula
D. Page Layout

3. Apakah kegunaan Microsoft Excel di dalam bidang perniagaan?

I. Penjanaan Invois
II. Perangkaan bajet.
III. Penyediaan gaji pekerja.
IV. Perancangan kewangan.

A. l, ll dan lll
B. l, ll dan lV
C. l, lll dan lV
D. I, ll, lll dan lV

4. Arahan: Tandakan ( √ ) pada jawapan yang BETUL dan ( X ) pada jawapan yang
SALAH dalam ruangan yang disediakan.

a. Butang manipulasi tetingkap – terdiri daripada minimize,


maximize, tutup tetingkap.
b. Palang Tajuk (Title Bar) mengandungi nama dokumen,
sambungannya (extension) (.xlsx) dan nama program.
c. Tab Reben (Ribbon Tab) yang terdiri dari tab menu File,
Home, Insert, Page layout, Formulas, Data, Review dan View.
d. Lembar (Sheets) tidak boleh diwujudkan melebihi dari satu lembar.
NO. KOD KSKV-C01/KP(1/3) Muka: 64 Dari: 65

RUJUKAN
1. Amandros (2012) How To Import Data Into Excel 2010 pada 12 Julai 2015 di
http://www.itproportal.com/2012/06/26/importing-data-other-programs-excel-
2010/
2. Buana Suhurdin (2014) Teknik Terkini Excel Untuk Pengurusan, Synergy
Media, Kuala Lumpur
3. Bunafit Nogroho (2011) Panduan Praktis Mengoptimumkan Pivot Table
Microsoft Excel Untuk Membuat Laporan & Analisis Data, Synergy Media,
Kuala Lumpur
4. Centre College Technology (2015) Comparing Excel Sheets Side-by-Side
pada 10 Julai 2015 di
http://wiki.centre.edu/its/index.php/Comparing_Excel_Sheets_Side-by-Side
5. Elizabeth Mott (2012) How To Copy From The Internet And Paste Into Excel
pada 10 Julai 2015 di http://smallbusiness.chron.com/copy-internet-paste-
excel-40505.html
6. GCF LearnFree.org (2014) Excel 2013-Modifying Columns, Rows, And Cells
pada 14 Julai 2015 di http://www.gcflearnfree.org/excel2013/8
7. Hellen Bradly (2012) How To Enter Web Data Into Microsoft Excel pada 12
Julai 2015 di http://www.smallbusinesscomputing.com/biztools/how-to-enter-
web-data-into-microsoft-excel.html
8. Kementerian Pendidikan Malaysia (2005) MPAV Aplikasi Komputer Dalam
Perniagaan Tingkatan 4 & 5, DBP, Kuala Lumpur.
9. Kementerian Pendidikan Malaysia (2012) DPSK BPP402: Hamparan
Elektronik – Pengurusan Perniagaan Kolej Vokasional, Bahagian Pendidikan
Teknik & Vokasional, Putra Jaya.
10. Lori Kaufman (2013) How To View Spreadsheet Side-by-Side In Separate
Windows In Excel 2013 pada 6 Julai 2015 di
http://www.howtogeek.com/162157/how-to-view-spreadsheets-side-by-side-
in-separate-windows-in-excel-2013/
11. Maria Azbel (2014) How To Use AutoFill In Excel 2010 pada 7 Julai 2015 di
https://www.ablebits.com/office-addins-blog/2014/05/30/howto-use-autofill-
excel/
12. Microsoft Office (2011) Fill Data Automatically In Worksheet Cells pada 7
Julai 2015 di https://support.office.com/en-za/article/Fill-data-automatically-in-
worksheet-cells-74e31bdd-d993-45da-aa82-35a236c5b5db
NO. KOD KSKV-C01/KP(1/3) Muka: 65 Dari: 65

13. Microsoft Office (2013) View Two Or More Worksheets At The Same Time
pada 6 Julai 2015 di https://support.office.com/en-NZ/article/View-two-or-
more-worksheets-at-the-same-time-2892a172-8d6f-48e6-92fb-351b91a4dd3a
14. Muhammad Farid (2014) Mahir Excel Dalam Sehari, Synergy Media, Kuala
Lumpur
15. Superuser Forum (2014) Need Two Excel Windows Side By Side, On
Different Monitors pada 6 Julai 2015 di
http://superuser.com/questions/841699/need-two-excel-windows-side-by-side-
on-different-monitors
16. Wan Zaini (2014) Panduan Pemula Microsoft Office, Synergy Media, Kuala
Lumpur
17. Yudhy Wicaksono (2014) Panduan Terunggul Excel, Synergy Media, Kuala
Lumpur

Anda mungkin juga menyukai