Anda di halaman 1dari 9

TOPIK 7

MORAL DAN ETIKA KERJA

7.1 Pendahuluan
Etika adalah himpunan nilai dan moral yang menjadi piawai bagi tingkah laku individu,
organisasi dan profesyen.

1. Etika Individu
Etika individu ialah himpunan nilai pada diri individu yang membimbingnya dalam
membezakan antara yang benar dan yang salah, yang baik dan yang buruk, yang patut dan boleh
dilakukan, serta yang tidak patut dan tidak boleh dilakukan. Pemilihan antara perkara-perkara ini
sentiasa berlaku semasa menjalankan tugas, dalam kehidupan sehari-hari, ataupun apabila
berinteraksi dengan pihak lain.
2. Etika Organisasi
Bagi yang bekerja dalam sesebuah organisasi, etika organisasi menjadi garis panduan
baginya menjalankan tugas, seperti perlu berpegang pada nilai bersih, cekap, amanah, jujur,
benar, telus, bertanggungjawab dan adil. Oleh sebab organisasi berurusan dengan orang ramai,
maka etika organisasi juga menuntut penjawat itu mematuhi Piagam Pelanggan.
3. Etika Profesyen
Etika profesyen ialah kod yang menggariskan apa yang harus dibuat dan tidak harus
dibuat oleh pengamal profesyen berkenaan. Di antara profesyen yang mempunyai kod etikanya
termasuk kedoktoran, kehakiman, undang-undang, perakaunan, kewartawanan dan perguruan.
Misalnya, seorang doktor atau hakim terikat dengan etika profesyen yang dipraktikkannya.
Seorang editor, pengarang atau wartawan pula perlu berpegang pada etika kewartawanan dalam
penyebaran maklumat melalui media. Begitu juga seorang guru mesti mematuhi etika perguruan.

7.2 Beberapa Nilai-Nilai Kualiti Kerja Yang Unggul

1. Integriti
Integriti juga bermaksud nilai-nilai murni.

Nilai-nilai murni ialah dalam pekerjaan:-


a) Amanah
b) Jujur
c) Kebolehpercayaan
d) Memelihara kepentingan awam tanpa mengambil kesempatan atau untuk
kepentingan peribadi
e) Dilakukan penuh ketulusan hati
f) Adil dan saksama

2. Profesionalisme
Nilai ini penting dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan supaya
segala kerja yang diserahkan dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan.
Perkhidmatan secara profesionalisme bermakna setiap anggota organisasi harus
mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dan kemahiran yang mencukupi bagi
menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka.

3. Kejujuran Intelektual
Anggota-angota organisasi yang diberi tanggungjawab dapat melaksanakannya dengan
penuh integriti akan sentiasa berpegang kepada kejujuran intelek (intellectual honesty).
Ini juga bermakna kita perlu jujur dalam mentadbir segala dasar; melaksanakan segala
kerja-kerja dan disamping itu ikhlas semasa memberi pendapat dan nasihat tanpa
menyembunyikan maklumat-maklumat penting.

4. Akaunbiliti
Tanggungjawab seseorang terhadap tugas-tugas yang perlu dilaksanakan (tanggungjawab
pegawai dan staf dalam melaksanakan tugas-tugas yang diserahkan dan juga memastikan
pencapaian matlamat serta objektif)
Pelaksanaan tugas-tugas mengikut peraturan yang telah ditetapkan, undang-undang yang
berkuat kuasa, prosedur dan arahan disamping perlu cekap, hati-hati dan cermat
(contohnya; urusan kewangan agar tidak berlaku penyelewengan, salahguna kuasa,
rasuah, penipuan dan seumpamanya).

7.3 Etika Kerja


 
Etika Pertama : Bekerja dengan ikhlas dan amanah
Bekerja dengan ikhlas bererti bekerja dengan sepenuh kerelaan dan dengan suci hati .
Setiap pekerja harus menyedari bahawa jawatan yang di pegangnya adalah hasil
permohonannya sendiri dan bukanlah ia dipaksa memenuhi jawatan tersebut. Maka
dengan sendirinya wajarlah seseorang pekerja itu menjalankan tugasnya dengan sepenuh
kerelaan.

Etika Kedua: Bekerja dengan tekun dan cekap


Ketekunan adalah suatu sifat yang amat diperlukan oleh seseorang pekerja. Setiap pekerja
akan dapat meningkatkan kecekapan masing-masing menjalankan tugas sekiranya
mereka tekun.

Etika Ketiga:  Bekerja dengan semangat gotong-royong dan berpadu fikiran 


Dalam suatu perkhidmatan, seseorang pekerja bertugas dengan suatu kumpulan pekerja
yang tertentu. Dengan sendirinya untuk menghasilkan perkhidmatan yang cemerlang
sesuatu kumpulan pekerja itu mestilah bekerjasama, bergotong-royong melaksanakan
tugas masing-masing. Sikap bantu membantu di antara satu sama lain  di antara pekerja,
akan menimbulkan suasana bekerja yang aman dan gembira. Suasana yang demikian pula
akan meningkatkan hasil dan mutu perkhidmatan setiap pekerja.

Etika Keempat: Bekerja dengan matlamat kebahagiaan manusia sejagat


Etika kerja kelima ini adalah wajar, kerana maju mundurnya pembangunan negara akan
memberi kesan jua kepada negara lain di dunia.

7.4 Etika professional

Etika profesional bermaksud standard moral yang bersesuaian dengan sesuatu kerjaya
tertentu. lanya berkait rapat dengan tindakan, perbuatan dan amalan seseorang di dalam
melaksanakan tugas dan tanggungjawab kerjayanya.

Isu-isu yang ditimbulkan di dalam etika profesional ialah yang berkaitan dengan
pengetahuan khusus bagi kerjaya tertentu seperti etika perubatan, etika perguruan, etika
kejuruteraan, etika saintis dan sebagainya ketika mereka menyediakan perkhidmatan kepada
masyarakat.

Hubungan etika kerja profesional dengan kehidupan manusia digunakan untuk mengawal
tingkahlaku ahli profesional dalam bentuk menyuruh melakukannya dan meninggalkan perkara
yang mendatangkan kesalahan sama ada di sisi undang-undang negara mahupun statusnya
sebagai profesional. Oleh itu, etika kerja profesional merupakan satu landasan kepada
masyarakat yang membolehkan teknokrat mengawal tingkahlakunya sendiri serta membolehkan
masyarakat sosial mengawasi dan menilai setiap tindak tanduk mereka dari semasa ke semasa.

Seorang profesional membawa tanggungjawab moral yang lebih tinggi berbanding warga
negara biasa. Ini adalah kerana para profesional mampu membuat keputusan penting atau
mempengaruhi sesuatu keputusan atau perubahan di dalam masyarakat dan negara pada semua
peringkat. Selain daripada itu para ahli profesional juga dianggap telah menerima latihan dan
menguasai ilmu pengetahuan yang tinggi berbanding dengan warga negara biasa. Contohnya,
seorang ahli masyarakat biasa (contoh: pembantu kedai makan) tidak dipertanggungjawabkan
untuk menyelamatkan nyawa mangsa kemalangan jalanraya kerana dia tidak mendapat latihan
berkaitan serta tidak mempunyai ilmu berkaitan perubatan. Sebaliknya, adalah menjadi satu
tanggungjawab seorang doktor perubatan terlatih (dengan bantuan peralatan yang sesuai) untuk
melakukan tugas ini. Kita tidak dipertanggungjawabkan terhadap apa yang tidak mampu kita
lakukan dengan ilmu dan kemahiran yang telah kita perolehi. Oleh itu ilmu dan kemahiran yang
diperolehi oleh seseorang profesional datang bersama dengan tanggungjawab yang perlu dipikul.
7.4.1 Peranan Kod Etika Profesional

1. Fungsi pertama Kod Etika Profesional akan mengenalpasti pelbagai tingkahlaku


yang patut dan tidak patut diamalkan oleh seseorang profesional di dalam kerjayanya
sama ada di dalam organisasi atau diluar organisasi.

2. Fungsi kedua Kod Etika Profesional adalah sebagai satu protokol pencegahan salah
laku dan alat mendisplinkan para profesional yang tersasar daripada amalan beretika.

3. Fungsi ketiga Kod Etika Profesional adalah untuk memberikan gambaran kepada
semua pihak tentang imej positif setiap profesyen kerana setiap ahli profesional berkenaan
terikat dengan satu standard etika yang tinggi untuk dipatuhi.

4. Fungsi keempat Kod Etika Profesional adalah untuk memelihara keharmonian


dalam persekitaran kerja para profesional serta hubungan mereka dengan ahli
masyarakat lain khususnya ahli masyarakat yang mendapat perkhidmatan mereka sama ada
secara langsung atau tidak langsung.

5. Fungsi kelima Kod Etika Profesional adalah untuk membantu para ahli profesional
mempertahankan dirinya sekiranya menerima tuduhan atau tohmahan

7.5 Amalan Tidak Beretika Dalam Kalangan Profesional


.

7.5.1 Salah Guna Kuasa

Golongan profesional kebiasaannya mempunyai kedudukan yang lebih tinggi berbanding


dengan pekerja biasa sama ada di sektor swasta atau kerajaan. Sebahagian besar daripada
mereka berada di dalam kumpulan teratas di dalam pengurusan sesebuah organisasi serta
berkuasa untuk membuat keputusan serta menentukan hala tuju sesebuah organisasi. Ruang dan
peluang inilah yang sering disalahgunakan oleh sebahagian ahli profesional yang tidak beretika
untuk membuat tindakan yang bertentangan dengan tugas dan tanggungjawabnya. Ada yang
menyalahguna kuasa untuk mendapat kedudukan yang lebih tinggi, ada yang melakukannya
untuk mendapat keuntungan peribadi seperti kewangan atau untuk menganiayai pekerja
bawahan atau rakan sejawat. Ada ketikanya ahli profesional ini cuba mencari jalan pintas
melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang sepatutnya seperti untuk meningkatkan kredebiliti
organisasi atau bersaing dengan organisasi atau syarikat lain tetapi melalui kaedah atau
pendekatan yang salah (the end justifies the will). Ahli profesional yang terlibat dalam
penyalahgunaan kuasa dianggap sebagai mementingkan diri sendiri dan mengetepikan norma-
norma masyarakat serta Kod Etika Profesional yang dipegangnya.
7.5.2 Rasuah
Rasuah merupakan suatu jenayah atau kesalahan undang-undang di mana seseorang
mendapat kebebasan, kontrak atau keistimewaan (favours) dari pihak berkuasa atau sesebuah
syarikat selepas memberi wang, hadiah, keraian kepada pihak-pihak tersebut. Menurut
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terdapat empat kesalahan rasuah yang
utama: meminta atau menerima rasuah, menawar atau memberi rasuah, membuat tuntutan palsu
dan menyalahguna jawatan atau kedudukan. Ringkasnya rasuah adalah "ganjaran atau imbuhan
yang diperoleh hasil daripada melakukan sesuatu kerja yang tidak sepatutnya dilakukan" dan
ianya bukan sahaja boleh diberi atau diterima dalam bentuk wang ringgit atau kebendaan
malahan juga dalam bentuk layanan istimewa atau keistimewaan lain yang tidak terhad
bentuknya. Rasuah adalah di antara jenayah kolar putih paling tinggi kadarnya di Malaysia dan
berlaku bukan sahaja dalam kalangan masyarakat biasa malahan lebih serius dalam kalangan
orang yang mempunyai kuasa dan kedudukan khususnya dalam kalangan ahli profesional.

Perbuatan rasuah yang dilakukan oleh ahli profesional lebih besar kesannya terhadap
masyarakat dan negara kerana kebanyakan mereka adalah terdiri daripada kalangan pembuat
keputusan yang melibatkan masa hadapan sesebuah organisasi, industri mahupun negara.
Sejarah di Malaysia membuktikan bahawa bangunan tinggi yang dibina dan tidak selamat
diduduki kemudiannya disahkan selamat melalui perbuatan rasuah telah runtuh menyebabkan
puluhan orang yang tidak berdosa mati. Jambatan yang dibina dengan kos yang tinggi tetapi
tidak bermutu bahan binaannya juga boleh runtuh jika seorang jurutera yang ditugaskan
membuat pengesahan menerima rasuah dan membenarkan jambatan yang tidak selamat
digunakan. Seorang pegawai perhutanan boleh menyebabkan hutan di Malaysia menjadi gondol
sekiranya beliau membenarkan pembalakan haram berleluasa setelah diberikan rasuah.
Begitulah kesannya apabila ahli profesional terlibat dengan perbuatan rasuah.

7.5.3 Penipuan
Amalan menipu boleh dilakukan oleh mana-mana manusia. Bagaimanapun apabila melibatkan
ahli profesional dan perkara yang ditipu adalah merupakan satu kepentingan awam dan negara
maka perbuatan menipu menjadi satu kesalahan yang amat besar kesannya kepada manusia.
Perbuatan menipu boleh dilakukan secara senyap dan amat sukar dikesan sekiranya dilakukan
oleh golongan profesional kerana mereka dianggap mempunyai kecerdikan bukan sahaja untuk
melakukan kebaikan malahan juga untuk melakukan kejahatan seperti menipu. Kebiasaannya
penipuan dilakukan oleh golongan profesional untuk mendapatkan sesuatu keuntungan untuk
diri sendiri ataupun untuk menyembunyikan kesalahan yang telah mereka lakukan. Ada ahli
profesional yang melakukan penipuan melalui dokumen atau kenyataan lisan. Perbuatan
salahgunakuasa dan rasuah juga oleh menjadi satu punca kenapa perbuatan
Performance Index. Ahli profesional akan sentiasa menjadikan KPI sebagai satu asas
dalam menilai keberkesanan dan kecemerlangan hasil kerjanya.

(Indeks Prestasi Kerja yang perlu dilaksanakannya akan dilakukannya dengan bersungguh-
sungguh, tidak sekadar "melepaskan batuk di tangga". Prestasi kerjanya akan sentiasa tinggi.
Jika dia menemui kesulitan semasa melaksanakan tugasnya, dia akan terus berusaha mencari
jalan mengatasi atau menyelesaikan masalah itu. Dia tidak mudah patah hati atau mengaku
kalah. Untuk mencapai tahap kecemerlangan, seorang pekerja itu mesti ada disiplin diri. Mereka
yang mempunyai displin diri boleh bekerja dengan baik dalam semua keadaan.
7.6 Pekerja yang Beretika

7.6.1 Inisiatif Yang Tinggi (Pro Aktif)


Ahli profesional yang mempunyai inisiatif tinggi adalah mereka yang melaksanakan
tugas dan tanggungjawab sebelum dipaksa oleh keadaan atau diarah melakukannya. Sesuatu
kerja akan dirancang dengan teliti dan dilaksanakan dengan tekun dan teliti untuk mengelakkan
berlakunya kesilapan yang berulang. Mereka akan sentiasa melihat jauh ke hadapan terhadap
keperluan diri, organisasi dan rakan sekerja mereka. Jangkaan hasil juga akan dibuat bagi
mempastikan segala gerak kerja yang dilakukan mempunyai arah tuju yang jelas. Pada masa ini
agensi kerajaan dan swasta telah sedia mempunyai satu kaedah untuk menentukan supaya
inisiatif melaksanakan tugas dan tanggungjawab sentiasa ada pada setiak kakitangan mereka
maka diperkenalkan Sasaran Kerja Tahunan atau SKT. Melalui panduan SKT ini para ahli
profesional akan dapat meletakkan jangkaan terhadap hasil kerja mereka dan akan sentiasa
melakukan sesuatu sebelum perkara tersebut menjadi satu keutamaan yang mendesak. Pihak
organisasi juga sentiasa menekankan beberapa kaedah berfikir yang maju seperti berfikir diluar
daripada kotak (thinking outside of the box), pemikiran lateral (lateral thinking), Strategi Lautan
Biru (Blue Ocean Strategy) dan sebagainya. Semua kaedah dan strategi ini akan dapat
membantu para ahli profesional meningkatkan daya inisiatif yang tinggi di samping mereka
sendiri merasakan perlu untuk mengubah diri menjadi lebih baik dari hari ke hari.

7.6.2 Keikhlasan Niat


Tidak ramai orang yang mengambil berat tentang kepentingan niat dalam melaksanakan
tugas dan tanggungjawab. Kebanyakan para ahli profesional amat mengambil berat tentang
jumlah gaji dan elaun yang bakal mereka terima sekiranya dapat mengisi jawatan tinggi dalam
sesebuah organisasi. Namun begitu hanya berapa kerat sahaja yang cuba melihat jauh di sebalik
ganjaran kewangan dan kebendaan yang akan mereka perolehi itu. Kira ambil analogi kisah tiga
orang jurutera ini ketika mereka melihat sebuah jambatan tersergam indah yang
menghubungkan antara bandar A dengan bandar B siap dibina oleh syarikat mereka. Jurutera A
yang berfikiran singkat akan menyatakan kebanggaannya tentang jumlah gaji besar yang
diterimanya ketika menyiapkan kerja pembinaan jambatan tersebut. Jurutera B, yang berfikiran
agak jauh akan menyatakan kebanggaan akan tugasnya yang dapat menyiapkan sebuah jambatan
kukuh dan selamat. Manakala jurutera C dengan rasa rendah diri menyatakan kesyukurannya
kerana dapat mengambil bahagian dalam usaha membina satu kemudahan yang dapat membantu
puluhan ribu manusia di Bandar A dan B menghubungkan silaturahim dan persaudaraan antara
mereka. Siapakah di antara mereka mempunyai niat yang paling baik?

7.6.3 Menyumbang Kepada Masyarakat


Setiap kali sesuatu keputusan atau tindakan dibuat oleh ahli profesional sama di dalam
organisasinya atau dalam kapasitinya sebagai ahli masyarakat sudah pasti akan memberikan
kesan yang besar kepada ahli masyarakat seluruhnya. Sekiranya keputusan tersebut di buat di
dalam organisasinya maka ia akan melibatkan isu sejauh mana sesebuah organisasi mendapat
keuntungan dan masyarakat dapat berkongsi keuntungan tersebut sama ada dalam bentuk
khidmat komuniti atau cukai-cukai tertentu yang dapat dipindahkan faedahnya untuk
kepentingan masyarakat. Sekiranya keputusan tersebut dibuat dalam konteks organisasi
menjalankan perkhidmatan kepada masyarakat maka sudah pasti ahli masyarakat akan
menerima kesannya secara langsung. Oleh itu setiap ahli profesional perlu mengambil perhatian
terhadap perkara ini kerana adalah menjadi satu tanggungjawab utama kepada mereka untuk
mempastikan masyarakat emdapat faedah daripada tindakan mereka. Sebaliknya pula mereka
mestilah mempastikan bahawa masyarakat tidak akan mendapat bencana akibat daripada
keputusan mereka seperti kesan alam sekitar, keruntuhan ekonomi dan ketidaktentuan sosial dan
politik. Ahli profesional harus sedar bahawa mereka juga adalah entiti yang membentuk
sesebuah masyarakat di dalam dan di luar persekitaran tempat kerja mereka. Oleh itu mereka
haruslah menjadi penyumbang yang positif, proaktif dan produktif.

7.6.4 Amanah Dalam Kerja


Sifat amanah adalah teras kepada kejayaan tugas dan tanggungjawab seseorang ahli
profesional di dalam sesebuah organisasi pekerjaan atau institusi masyarakat. Sifat amanah akan
mempastikan segala tugas yang diberikan dilaksanakan dengan cara yang terbaik dan terhindar
daripada perbuatan dan perkara buruk seperti salahguna kuasa, rasuah dan penipuan. Nilai
amanah hanya akan dapat dihayati sekiranya setiap ahli profesional menyedari bahawa setiap
amalan mereka baik yang kecil atau besar akan diadili dan diperhatikan oleh Yang Maha Kuasa.
Keyakinan ini akan dapat menyemai rasa tanggungjawab untuk menjaga amanah kerana ahli
profesional tersebut yakin bahawa amanah yang dilaksanakan akan mendapat ganjaran yang
lebih besar pada masa hadapan sama ada dalam kehidupan ini ataupun selepas ia mati.
Sekurang-kurangnya ia yakin bahawa perbuatan amanahnya itu akan memberikan kesan yang
baik kepada orang lain. Nilai amanah juga akan dapat disemai sekiranya setiap ahli profesional
meletakkan keyakinan bahawa segala pangkat dan kedudukan yang mereka perolehi akan
dipersoalkan pada masa hadapan, sejauh mana mereka telah melaksanakan amanah yang
tertanggung di atas jawatan dan pangkat tersebut.

7.6.5 Kesungguhan (Komited) Terhadap Kerjaya


Kunci kejayaan seseorang ahli profesional dalam kerjayanya ialah komited terhadap
tugas dan tanggungjawab yang diberikan kepadanya. Dia sentiasa memberi tumpuan sepenuhnya
terhadap apa yang dilakukannya demi untuk mencapai matlamat organisasi. Sifat bersungguh-
sungguh dan fokus ini dapat menyumbang ke arah terhasilnya mutu kerja atau perkhidmatan
yang cemerlang. Ahli profesional yang komited juga akan sentiasa bersikap pro-aktif iaitu
melihat beberapa tapak ke hadapan dan melaksanakan tugas dengan sempurna. Jika sekiranya
tugas dan tanggungjawab menghendaki dirinya mengerahkan 50% usaha maka ahli profesional
ini akan mempastikan bahawa dia akan mengerahkan lebih daripada itu. Segala peluang yang
ada akan digunakan sepenuhnya untuk menghasilkan kerja yang cemerlang. Manakala jika
mempunyai ruang dia akan mencari peluang tambahan bagi mempastikan setiap hari akan ada
penambahbaikan berbanding hari sebelumnya.

7.6.6 Integriti Dalaman dan Luaran


Integriti adalah standard nilai yang penting bagi menggambarkan sejauh mana seseorang
ahli profesional itu berpegang kepada Kod Etika Profesionalnya. Nilai integriti bukan hanya
dilihat daripada sudut luaran malahan juga dalaman. Seorang ahli profesional semestinya
menunjukkan nilai integriti ketika bersama orang lain mahupun semasa berseorangan diri.
Pegangan yang kuat kepada nilai akhlak keagamaan akan dapat melahirkan nilai integriti luaran
dan dalaman ini secara bersepadu. Ada ahli profesional yang hanya mempunyai nilai integriti
luaran iaitu hanya dilihat baik dan berakhlak mulia di luarnya sahaja. Contohnya, beliau
mungkin dianggap seorang pegawai yang cemerlang di tempat kerja namun ketika di rumahnya
terbukti seorang yang tidak boleh dipercayai atau berlaku curang kepada ahli keluarganya sama
sebagai seorang suami atau isteri. Begitu juga jika ahli profesional tersebut hanya menunjukkan
hasil kerja yang baik melalui data statistik tetapi tidak menunjukkan hasil kerja yang baik dari
segi kemanusiaan. Contohnya, beliau mungkin seorang pegawai pemasaran yang cemerlang
yang dapat memasarkan barangan jualan syarikat dengan banyaknya. Namun begitu beliau
menggunakan kaedah pemasaran yang bertentangan dengan nilai kemanusiaan mahupun nilai
akhlak. Beliau mungkin menggunakan kaedah penipuan halus seperti memberi janji palsu
tentang jaminan produk yang dijual atau memberikan maklumat yang tidak lengkap tentang
kualiti sebenar barangannya.

7.6.7 Refleksi - Muhasabah Diri Sendiri


Refleksi adalah satu daripada langkah penting bagi meningkatkan kualiti profesionalisme dalam
pekerjaan. Amalan biasa di dalam sesebuah organisasi ialah membuat penilaian kendiri setiap
akhir tahun bagi tujuan penilaian prestasi tahunan. Penilaian kendiri ini kemudiannya dinilai
kembali oleh pegawai atasan untuk diberikan markah prestasi dan pancapaian keseluruhan
seseorang kakitangan. Markah yang rendah memungkin seseorang kakitangan itu diberikan
amaran atau dibuang kerja. Amalan ini bagaimanapun agak terlalu formal bagi setiap orang
untuk digunakan sebagai asas meningkatkan kualiti profesionalisme secara keseluruhannya
kerana kebiasaannya kriteria penilaian telah sedia diberikan mengikut soalan-soalan yang agak
terhad sifatnya. Penilaian yang dibuat terhadap amalan ini juga lebih bersifat luaran dan tidak
mengambilkira aspek dalaman seperti penguasaan nilai, integriti dalaman mahupun hubungan
dengan Maha Pencipta. Refleksi atau muhasabah yang lebih luas dan terbuka sifatnya diperlukan
oleh setiap ahli profesional dalam kerjaya mereka untuk mempastikan mereka dapat
memperbaiki secara keseluruhan prestasi kerja mereka serta kualiti dalaman diri mereka
khususnya yang berhubungan dengan kepercayaan agama dan hubungan mereka dengan Maha
Pencipta. Ahli profesional yang dapat melakukan refleksi menyeluruh ini akan dapat mengetahui
secara mendalam akan kedudukan dirinya di dalam organisasi, di dalam masyarakat dan di
hadapan Maha Penciptanya. Akhir sekali akan menghasilkan seorang ahli profesional yang amat
menyeluruh penguasaan etika kerja dan amalan profesionalnya.

7.7.8 Rumusan
Etika kerja profesional diwujudkan adalah untuk memandu arah dan mengawal
tingkahlaku para profesional supaya mereka dapat menggunakan segala pengetahuan, kepakaran
dan kemahiran yang ada untuk mencapai matlamat organisasi dan memmberikan kebaikan
semua pihak. Setiap ahli profesional perlu menyedari akan kepentingan etika dalam profesyen
masing-masing. Sebaik sahaja mereka diterima masuk dalam alam kerjaya maka mereka bukan
sahaja perlu memahami dengan mendalam etika profesional mereka, bahkan juga perlu
mengadaptasikan diri mereka bagi melaksanakan segala kehendak dalam etika profesional
mereka. Seorang guru seharusnya bertindak mengikut etika profesyennya agar para murid dan
pelajar mendapat faedah serta menguasai ilmu, kemahiran dan nilai seperti yang dituntut oleh
kehendak Falsafah Pengajian Kebangsaan. Seorang jurutera tertakluk dengan Kod Etika
Profesional badan-badan profesional kejuruteraan seperti Board of Engineers Malaysia. Seorang
doktor tertakluk dengan Kod Etika Profesional yang ditetapkan oleh badan proefsional yang
menaungi mereka. Begitulah seterusnya berlaku kepada semua ahli profesional seperti peguam,
hakim, akauntan, juruukur, ahli perbankan, arkitek dan sebagainya. Jika semua ahli profesional
mematuhi Kod Etika Profesional masing-masing maka ahli masyarakat akan mendapat manfaat
yang sepatutnya dan mereka tidak akan terdedah kepada kesan salah laku para ahli profesional.
Sesebuah negara juga akan dapat maju ke hadapan dan dapat menjadi sebuah negara maju yang
terpelihara akhlak dan etika dalam kehidupan.

Aktiviti
Bincangkan ciri-ciri unik etika kerja profesional bagi profesyen berikut yang membezakannya
dengan ciri etika kerja profesional yang lain:
(1) Pendidikan
(2) Kejuruteraan dan teknikal
(3) Pengurusan
(4) Perniagaan dan perdagangan
(5) Teknologi maklumat
(6) Kerjaya profesional yang lain.

Anda mungkin juga menyukai