Anda di halaman 1dari 235

Hanni Ramsul

bab 1
A
KU cuma mampu tunduk,
menyembunyikan wajah seboleh
mungkin. Memang salah aku.
Takkan nak menjawab pula. Dia bos... aku ni?
“Awak ni kenapa? Ada masalah ke?”
Laju aku menggeleng sambil mempamerkan sedikit
senyum yang tidak begitu manis. Apa lagi yang aku mampu
lakukan? Cuma senyum itulah buat menutup kecuaian
sendiri.
“This is not the first time, you know? Hari ni dah
tiga kali awak buat silap. Itu dengan saya, dengan orang lain,
tak tahulah! Cuba terus terang dengan saya, apa masalah
awak sebenarnya?”
“Saya yang tak buat betul-betul. Memang salah
saya. Maafkan saya Encik Firdaus. Lepas ni saya akan lebih
hati-hati…”
Encik Firdaus menatapku dengan renungannya
yang mengancam. Membuat aku hampir terduduk, di kerusi
di hadapannya. Sekali lagi aku tersenyum. Kali ini aku pasti

1
Biarlah YM Berbicara

akan rupa senyumanku. Senyuman gabra. Siapa yang tahan


direnung jejaka sekacak Encik Firdaus?
“Saya keluar dulu ya, encik. Saya ambil file debtor
yang encik minta tu.” Aku bersuara lemah. Hairan dengan
kecuaian sendiri. Kenapa perkara sebegini remeh pun, aku
boleh silap?
Encik Firdaus diam. Dia memandangku dengan
pandangan tidak mengerti. Perlahan aku menggaru kepala
yang tidak gatal. Cuba buang jauh-jauh perasaan yang mula
bertenggek di ranting jiwa. Janganlah pandang saya macam
tu, encik. Perasan saya nanti! detik hatiku.
“Encik…” panggilku perlahan. Manalah tahu kalau-
kalau Encik Firdaus sedang berangan. Tidak sedar sambil
berangan, matanya tertancap padaku. Aku tersenyum dalam
diam.
“Hmmm… tak payah dulu. I nak keluar lunch.
After lunch pass it to me. Okay!”
“Kalau macam tu, saya keluar dulu ya?”
Encik Firdaus mengangguk.
Aku pula berundur perlahan. Tidak sabar untuk
keluar dari bilik berhawa dingin yang tidak mendinginkan
langsung itu! Cuma wajahku yang terasa pijar bila bertentang
mata dengan bos yang tampan itu.
“Diya…”
Langkahku terhenti. Terasa mahu gugur jantung
tatkala mendengar Encik Firdaus memanggil namaku. Tidak
pernah dia memanggil singkatan namaku. Aku berpaling.
“Fail ni? This is not what I want. Isn’t? So, keep it
back.”
Aku tersengih malu sambil mengangguk laju. Cepat

2
Hanni Ramsul

aku mencapai fail yang dihulur oleh Encik Firdaus. Dan cepat
juga aku bergerak keluar dari bilik itu. Tidak sanggup untuk
melihat senyum lucu Encik Firdaus.
Fail di tangan kuletak seketika di atas meja. Kejap
lagilah aku simpan. Mataku tajam memandang skrin
komputer. Mencari-cari Window yang aku rindu. Tidak ada.
Aku mengeluh hampa. Mana dia pergi? Sudah hampir
seminggu dia menghilang. Tidak mahu menjawab semua
pesanan yang aku titipkan. Marahkah dia padaku? Marahkah
dia apabila terlalu sering aku menolak ajakannya untuk
bertemu? Terdetik rasa hiba di hati. Terasa aku kehilangan
sesuatu apabila tidak dapat membaca patah bicaranya di skrin
komputer.
“Hei, Diya! Apa hal?”
Aku tersentak. Mengerling sekilas pada teman di
sebelah. Kemudian mataku terpaku kembali pada skrin
komputer.
“Bismillahirrahmanirrahim...” Perlahan aku klik
pada ikon Yahoo Messenger di sudut skrin komputerku.
Melihat kalau-kalau dia online saat ini. Ada! Dia ada, tapi…
kenapa pesanan dan sapaanku yang berbakul-bakul itu tidak
dibalasnya? Sampai hati…. Sebak rasanya dadaku saat ini.
“Diya…”
Aku berpaling. Mengangkat kening tanda bertanya.
Mulut terasa berat untuk kubuka.
Sharifah tersengih.
“Apa hal?” soalnya sekali lagi.
“Apa hal apa?” Soalannya kujawab dengan soalan
juga. Tidak faham akan maksud pertanyaan teman sekerjaku
itu.

3
Biarlah YM Berbicara

“Kenapa Encik Firdaus panggil kau?”


“Minta fail laaa.”
“Hari ni, dah empat kali dia panggil kau. Kenapa
ek? Semenjak dua menjak ni… selalu sangat aku tengok dia
panggil kau.”
Aku tersengih. Mana tak selalu… aku asyik buat
silap aja. Semuanya pasal mamat poyo yang tengah buat aku
sedih ni.
“Kenapa ek?” Sharifah bertanya lagi.
Aku tidak terus menjawab. Masih menatap skrin
komputer di hadapanku. Mengharapkan ada keajaiban yang
akan berlaku. Tak ada pun!
Aku sedikit terperanjat tatkala jemari Sharifah
menolak perlahan bahuku. Aku menoleh. Sharifah
mengharapkan jawapan daripadaku rupa-rupanya.
“Entah… dia minat kat aku kut!” balasku selamba.
Sebenarnya tiada mood untuk melayan celoteh Sharifah yang
memang tiada noktah itu.
“Ek hmmm…”
Suara itu membuatkan wajahku membahang. Aku
tunduk memandang meja. Malunya! Kenapalah dia muncul
pada saat-saat ini? Kenapalah mulut aku cabul sangat? Ish,
malunya aku!
Sharifah tersengih sambil mengetuk-ngetuk meja.
Sengih yang mencabar kewibawaanku.
“Siapa yang minat kat awak?”
Aku mendongak perlahan. Dalam terpaksa, aku
cuba untuk bertentang mata redup milik Encik Firdaus. Tak
guna punya mulut! Sanggup malukan tuannya sendiri. Lepas
ni… kena hantar pergi sekolah ni. Ajar hormat tuan sikit.

4
Hanni Ramsul

“Errr… Mat Bangla kat production encik. Dia selalu


kacau saya. Ha… betul tu… betulkan, Sherry,” ujarku
tergagap-gagap sambil memandang wajah Sharifah yang
mengulum senyum.
Sharifah mengangguk laju menyokong kata-kataku.
Sekali pandang, reaksi Sharifah nampak berlebih-lebih pula.
Encik Firdaus tersenyum manis. Aduh… dia tak
tahu ke, senyumannya tu boleh buat orang tergoda?
“Tak keluar lunch ke? Jomlah, saya belanja,”
pelawanya sambil tersengih.
“Errr... tak apalah! Dah kenyang encik…”
“Sharifah?”
“Encik belanja?”
“Yes. All on me. Jom la, ajak staf lain sama. And
you… Diya, jom la!”
“Saya betul-betul kenyang. Terima kasih.”
“Sure?”
“Yes!”
“Kalau macam tu, nak buat macam mana, ya tak?
Agaknya, tunggu Mat Bangla awak belanja ya?” gurau Encik
Firdaus.
“Eh, mana ada… tak adalah!” jawabku malu-malu.
Sejak bila pula Encik Firdaus pandai bergurau dengan staf ni?
Ish… musykil betullah! Agaknya hati tengah senang kut?
“Sharifah… shall we?”
Sharifah mengangguk sambil mengangkat
punggung.
Encik Firdaus bergerak ke ruangan penyambut
tetamu.

5
Biarlah YM Berbicara

Sharifah pula berlari-lari kecil sambil tersengih


memandangku. Aku mengeluh perlahan sambil menongkat
dagu. Mataku kembali kaku memandang Yahoo ID yang
kurindu. Manalah dia pergi? Kenapalah dia buat aku macam
ni? Tidak tahukah dia betapa beratnya beban rindu yang
kutanggung saat ini? I miss you sayang!!! jerit hatiku tiba-
tiba. Sayang? Siapalah sayang tu? Hesy! Memang aku dilanda
perasaan tahap kronik ni. Kalau dibiarkan boleh melarat jadi
sakit jiwa ni. Tak nak!!!

6
Hanni Ramsul

bab 2
C
HARMING: Hai sweet!

Hampir meloncat aku dari kerusi. Setelah hampir


dua minggu, akhirnya aku dapat juga melihat Window ini.
Window yang sangat-sangat aku rindu. Terasa senyumku saat
ini mekar bak jambangan mawar merah segar di atas meja
penyambut tetamu. Sukanya hati aku. Bahagianya aku.
Ugly Betty: Hi…
Ugly Betty: Mana hilang? Lama x dengar citer. I
tegur pun x nak jawab.
Charming: Ada. Cuma…
Ugly Betty: Cuma apa?
Charming: Saja nak bagi u rindu. Ajak jumpa tak
nak!
Aku tersenyum. Indahnya hari ini. Nasib baik aku
batalkan niat untuk mengambil cuti sakit. Kalau tidak,
kempunanlah hendak bersembang dengan Charmingku ini.

7
Biarlah YM Berbicara

Ugly Betty: Ingat dah lupa kita…


Charming: Mana boleh lupa. Kalau orang tu… tak
taulah pulak. Kan?
Aku tersenyum lagi. Bahagianya.
Deringan telefon sedikit mengganggu. Dengan agak
malas aku mencapai gagang. Kenapalah perlu ada gangguan
pada saat- saat indah seperti ini?
“Diya… masuk bilik saya kejap!”
Ha? Aku termangu. Ini betul-betul gangguan. Tak
nak! Aku tidak mahu ke mana-mana pun. Aku ingin berada di
sini. Bersama Charmingku. Aku tak nak!
“Kenapa encik?” soalku agak lemah. Harap-harap
dia mendengar suaraku yang lemah bagai orang sakit ini.
Encik Firdaus membatalkan niatnya untuk berurusan
denganku. Bukan malas hendak bekerja, tetapi kerja yang
Encik Firdaus hendak bagi ini, tidak kena pada masanya.
Tunggulah aku selesai bersembang dengan Charmingku
dulu.
“Masuk!” Cukup tegas arahan daripada Encik
Firdaus.
“Yalah…” jawabku lemah.
Mengacau betul! Orang baru nak berjiwang. Encik
Firdaus ni… memang dengki tau!
Ugly Betty: Kejap ya... bos panggil la!
Aku diam seketika. Menunggu balasan. Tiada.
Merajuk ke dia? Sudahnya aku cuma mengeluh kecil. Encik
Firdaus ni… Perlahan-lahan, aku mengetuk pintu biliknya.
Harap-harap Encik Firdaus tidak dengar. Bolehlah aku
berlalu dengan senang hati. Terdengar suara menyuruh aku
masuk. Dengar juga… rungutku sendiri. “Ada apa encik?”

8
Hanni Ramsul

Encik Firdaus mengangkat mukanya. Kemudian


tersenyum lawa. “Can you do me a favour?”
Aku merenung wajah Encik Firdaus. Menunggu
arahan sebenarnya.
“Boleh?”
Aku mengangguk. Ada ke tanya macam tu. Dah
namanya aku ni pekerja, memanglah kena buat kerja. Lainlah
kalau minta keluar dating ke… makan malam ke... barulah
tanya boleh ke tak? Aku tersenyum kecil. Mimpilah aku
hendak keluar dating dengan bos yang handsome ni.
“Okey. Awak tolong buat filing untuk semua
dokumen tu!” arah Encik Firdaus sambil memuncungkan
mulut ke arah meja bulat di satu sudut biliknya.
Aku akur sambil melangkah perlahan ke meja yang
dimaksudkan. Mataku tertumpu pada beberapa dokumen di
atas meja. Kebanyakannya bil dan penyata bank yang
kelihatan seperti milik peribadi. Keningku sedikit berkerut.
“Betul ke encik nak saya buat filing ni?”
“Yalah. Kenapa?”
“Tapi… ni semua macam dokumen peribadi aja.”
“Memanglah. Saya nak awak failkan semua.
Arrangelah macam mana pun. Janji, I can access it. Fast and
easy. Boleh?”
Aku diam. Ini bukan kerja aku! Kenapa dengan
Encik Firdaus ni? Dia nak mengurat aku ke? Biar betul… Aku
menguntum senyum. Perasannya!
“Saya tahu. Sepatutnya secretary saya yang buat.
Tapi hari ni, Lisa cuti. So, can you do it for me?”
Aku sengih. Malu. Encik Firdaus seolah-olah dapat
membaca apa yang ada di dalam fikiranku. Bahaya ni! Aku

9
Biarlah YM Berbicara

duduk sambil membelek dokumen. Berfikir cara filing yang


paling efisyen. Kononnya macam aku ni expert la. Puas aku
berfikir, tetapi buntu. Fikiranku lebih pada Charmingku yang
kutinggalkan di luar.
“Errr… encik…”
“Yes. Any problem?”
Cepat-cepat Encik Firdaus bertanya sambil
mengangkat muka menatapku tajam. Aiseh! Ni yang buat aku
kelu ni.
“Errr… boleh saya buat kat luar? At my desk?”
Encik Firdaus tidak menjawab. Cuma renungannya
yang memberitahu aku, bahawa cadangan aku ditolak sama
sekali.
“Kenapa? Ada masalah ke kalau buat kat sini?”
“Tak. Bukan macam tu… cuma…”
Encik Firdaus terus memandang menanti jawapan.
Aku tunduk. Buat-buat sibuk menyusun kertas-
kertas di hadapanku.
“Diya… I’m waiting. Cuma apa?”
“Tak ada apa-apa encik. Saya buat sekarang!”
Encik Firdaus mengangguk perlahan. Kemudian
kembali tunduk meneliti fail di tangannya.
Aku mengeluh lemah. Selamat jalan Charming!
Mesti selepas ini, dia akan menyepi lagi. Dan aku akan
kembali merindunya. Ini semua Encik Firdaus punya pasal!
Kenapa perlu dia minta aku buat semua ini pada saat-saat
yang sebegini penting. Menyampah! Agaknya aku memang
tiada jodoh dengan Charming. Tetapi, aku betul-betul
sukakannya. Aku betul-betul diburu resah apabila tidak dapat

10
Hanni Ramsul

berbicara dengannya. Biarpun hanya jemari yang menjadi


medium bicara, namun itulah yang membahagiakan aku
sekian lama. Aku bahagia melayan patah bicaranya.
Nampaknya selepas ini, aku perlu kuat untuk belajar
melupakan seorang insan bergelar Charming. Sedihnya…
Aku mengangkat muka. Dalam diam aku merenung
tajam pada Encik Firdaus yang leka dengan kerja-kerjanya.
Bagai tersimpan rasa geram yang tidak berpenghujung di hati
ini walaupun aku tahu ini semua bukan salah Encik Firdaus.
Lelaki itu yang sebenarnya tidak serius denganku. Itulah
kenyataannya. Tetapi, entah kenapa perasaan yang berbunga
ini menafikan kenyataan itu. Perasaan yang berbunga ini
sanggup menanggung peritnya sebuah kerinduan yang tidak
berbalas. Bodohnya aku!
Aku kembali tunduk, membuat kerja yang disuruh
dengan tidak sepenuh hati. Selepas ini, kalau Encik Firdaus
marah-marah lagi, gara-gara aku buat salah, aku tak kisah.
Saat ini aku hanya ingin melayan perasaanku sahaja. Melayan
rasa kecewaku pada Si Charming. Melayan rasa geramku pada
Encik Firdaus. Melayan rasa sedihku, pada kebodohanku
sendiri.

11
Biarlah YM Berbicara

bab 3
A
KU termangu sambil menongkat
dagu. Leka melayan perasaan
yang tidak menentu. Dua
minggu selepas kali terakhir Si Charming muncul di skrin
komputerku, lelaki itu menghilang lagi. Hancur luluh hati
ini setiap kali melihat bicaraku tidak berbalas. Hancur luluh
hatiku menanti munculnya Window yang aku rindui itu.
Sampai hati dia. Sudahnya lebih seminggu YMku terbiar sepi.
Malas aku nak buka. Buat sakit hati aku aja!
“Diya…”
“Hmmm...”
“Diya…”
“Apa?”
Sharifah mendengus perlahan. Bahuku ditepuk
lembut. Aku mengeluh. Sharifah ni memanglah,
mengganggu betul!
“Diya, pandanglah aku. Aku nak cakap ni.”
Aku menoleh. Memandang wajah Sharifah yang

12
Hanni Ramsul

tersengih senang. Kalaulah aku boleh seceria dia saat ini.


Tapi, apakan daya…
“Apa? Cakaplah…” sahutku malas.
Sharifah tidak bersuara. Cuma jarinya menunjuk ke
arah skrin komputer.
Aku kerutkan kening. Tidak faham maksud bahasa
isyarat yang Sharifah gunakan. Lantak kaulah Sherry. Malas
aku nak layan. Aku kembali merenung kosong ke skrin
komputerku. Renungan kosong yang tiada apa-apa makna.
“Diya… tengoklah sini!”
Aku sedikit tersentak. Terkejut dengan suara
Sharifah yang cukup dekat di telingaku. Aku tarik muka.
Geram disergah begitu. “Apa? Terkejut aku tau!”
Sharifah sengih. “Sorry. Kau pun satu, aku panggil
buat blur aja. Kenapa?”
Aku pandang wajah Sharifah dengan tidak
berkelip.
Sharifah tersengih lagi. “Janganlah pandang aku
macam tu. Kau bukan tak tahu aku gabra kau pandang aku
macam tu.”
Aku menjeling. Tahu pun takut.
“Apa dia?” soalku akhirnya.
“Ni haaa… cuba kau tengok ni.”
Aku memandang komputer Sharifah. Tak ada apa-
apa pun.
“Apa?” soalku hairan.
Sharifah mendengus perlahan. “Kau on YM tak?”
Aku mencebik sambil menggeleng perlahan.
“Patut laaa. Ni ha, Prince Charming kau tanya

13
Biarlah YM Berbicara

kenapa dah lama kau tak online?” ujar Sharifah membaca YM


di skrin komputernya.
Aku memandang Window di skrin komputer
Sharifah. Window milik Charming. Patutlah dari tadi duk
tunjuk komputernya. Rupa-rupanya ini yang dia nak beritahu
aku. Aku bangkit dari kerusi. Melangkah mendekati Sharifah.
“Apa dia cakap?” soalku dengan nada yang tidak
begitu mesra. Ada rasa cemburu berputik di hati. Cemburu
pada Sharifah kerana mendapat pesanan dari Charmingku.
Tak adil. Aku yang sapa dia berbakul-bakul, dia buat tak layan
aja. Sekarang dia boleh berkongsi cerita dengan kawan aku
pulak.
“Dia tanya pasal kaulah!”
“Tanya apa? Apa yang dia nak tahu? Tak boleh tanya
aku sendiri ke?”
“Ek eleh minah ni... jealous la pulak. Dia nak tanya
macam mana, kau tak on pun.”
Ya tak ya juga. Aku buat-buat selamba. “Mana ada
aku jealous? Aku tanya aja, dia nak apa?”
“Bacalah sendiri.”
“Tak naklah. Nanti kut ada apa-apa rahsia, aku
terbaca pulak!”
“Diya… kau ni memanglah. Rahsia apanya? Baca
ajalah! Kau ingat aku ada affair dengan Charming tu ke?
Kalau kau tak nak baca, biar aku yang baca!”
Aku senyum kecil. Sharifah ni, kadang-kadang
terlebih emosional pula. Aku tarik kerusi lalu duduk di
sebelah Sharifah.
“Mana?” soalku sambil meneliti Window di skrin
komputernya.

14
Hanni Ramsul

“Ni haaa. Yang kau tengok Window pakwe aku tu


apasal!”
Aku tersengih. Sharifah ni, kelakar juga. Ada ke
dengan kekasih hati pun boleh sembang dalam Yahoo
Messenger.
“Dengan pakwe pun, kau layan YM ke?” tukasku.
“Yalah… kan jauh,” jawab Sharifah juga dengan
sengih yang panjang.
Aku menggeleng perlahan.
Charming: Mana pergi kawan awak yer?
Charming: Lama tak nampak.
Charming: Sibuk ke dia?
Aku termangu. Tidak tahu apa yang dirasakan saat
ini. Tersentuh juga hati ini apabila membaca kata-kata itu.
Dia cari aku ke? Dia masih ingatkan aku ke? Tidak. Aku tak
boleh lembut hati. Nanti yang makan hati bukan dia, tapi
aku. Aku mesti kuat. Aku harus belajar lupakan dia. Aku tidak
boleh terus layan perasaan.
“Apa lagi? Pergilah on YM kau. Dia mesti tengah
tunggu kau tu.”
“Tak adanya. Kalau aku kumpul pesanan aku kat dia,
aku rasa dah penuh tiga-tiga tong recycle bin kat depan tu tau.
Yang plastik, yang kaca, yang kertas, semuanya penuh. Tahu
tak? Tapi, satu pun dia tak balas. Sedih hati aku ni, Tuhan aja
yang tahu. Malas aku nak layan lagi. Buat sakit jiwa aja!”
“Aik! Macam marah aja,” sakat Sharifah sambil
tersengih.
Aku mengeluh perlahan. Perlahan juga aku bangkit
dari sisi Sharifah. Bergerak malas ke mejaku semula. “Bukan
marah, tapi geram!”

15
Biarlah YM Berbicara

“Kau tak boleh nak salahkan dia, Diya.”


Aku merenung tepat ke wajah Sharifah. Dia
membela Si Charming tu? Ini tak boleh jadi. “Kau ni, kawan
dia ke kawan aku?”
“Kawan kaulah. Tapi, dalam kes kau ni, aku tak
boleh nak sokong kau. Sebab aku rasa ni semua silap kau
juga.”
Aku kerutkan kening. Apa pulak salah aku? “Apa
salah aku?”
“Yalah. Dah berapa puluh kali dia ajak kau keluar,
ajak jumpa? Kau jual mahal. Memang padanlah dengan muka
kau!”
“Kau ni Sherry… mulut dah ada insurans belum?
Kalau tak ada, better keep it shut. Okey?”
“Amboiii marah nampak!” ujar Sharifah bersama
gelak kecil.
Aku menjeling sekilas. Memang betul juga kata-
kata Sharifah. Aku mengeluh lagi. “Entahlah Sherry... malas
aku nak fikir.”
“Haaa… ni tengok, dia hantar lagi. Aku rasa dia
memang betul-betul nak cakap dengan kau la. Onlah…
kesian dia…” ujar Sharifah sambil jari telunjuknya menujah
ke skrin komputer.
Aku menggeleng perlahan. “Tak ada mood la. Aku
tahu dia bukan serius pun nak kawan dengan aku. Nanti aku
pulak yang makan hati sorang-sorang…”
“Mana kau tahu? Entah-entah ni jodoh kau. Siapa
tahu, kan?”
Aku sengih. Yalah tu… banyaklah Sharifah punya
jodoh.

16
Hanni Ramsul

“Dia suruh kau on YM la Diya!” gesa Sharifah.


“Kau tanyalah dia apa dia nak?”
“Aku pulak?”
“Tanya ajalah!”
“Okey!” balas Sharifah sepatah. Jari-jemarinya laju
menaip sesuatu. Kemudian dahinya berkerut merenung skrin
komputernya.
Aku sekadar memandang kosong gelagat Sharifah
itu.
Sharifah berpaling sambil tersenyum panjang.
“Nak tahu apa dia cakap?” soalnya dengan
senyuman meleret.
“Apa dia cakap?”
“Aku baca ya. Beritahu kawan awak tu, on la YM tu.
I miss her so much. Betulll. Tak tipu… and, dia juga suruh
kau buka e-mel. There is something for her. Special for her!”
Aku termangu. Degup jantung tiba-tiba terasa
kencang. Tiba-tiba juga wajahku terasa membahang.
Berderau darahku mendengar kata-kata yang dibaca oleh
Sharifah. Kalau macam ni, boleh cair balik hatiku. Janganlah
buat aku macam ni, wahai Charming. Aku memandang wajah
Sharifah.
Sharifah mengangkat kening bersama senyuman
nakal.
Aku resah sendiri. Nak mengalah atau nak teruskan
perjuanganku untuk lupakan dia?
“So?”
“Kau cakap kat dia, aku tak boleh nak online. PC
aku problem.” Akhirnya aku memberi alasan.

17
Biarlah YM Berbicara

Sharifah tersenyum.
“Lantak kaulah! Satu hal, jangan lupa buka e-mel
kau. Aku nak juga tengok apa yang special sangat tu!”
Aku mencebik. Malas melayan kata-kata Sharifah.
Padahal saat itu, hatiku memberontak ingin bersembang
dengan Charmingku. Tidak! Aku mesti kuat!

18
Hanni Ramsul

bab 4
A
KU termenung di balkoni sambil
mata tertancap pada gelagat
Sharifah yang tersengih sendiri
di hadapan komputer. Leka melayan teman-teman mayanya.
Aku berpaling. Menghadap pada kegelapan malam. Sesekali
melihat panorama malam di Bandar Raya Shah Alam ni,
mendamaikan juga. Bolehlah mendamaikan hati aku yang
tengah bergelora ini. Entah gelora apa yang melanda, aku
pun tak tahu. Gelora rindu ke? Gelora asmara ke? Entahlah…
yang pasti bait-bait puitis lagu yang ditujukan padaku,
melalui e-mel dua hari lalu, betul-betul buat aku jadi angau.
Yang sedihnya aku angau sorang-sorang.
Kad ucapan berisi bahasa puitis lagu Dealova, yang
aku cetak dua hari lalu, kubiarkan sepi di atas meja. Sudah
berpuluh kali kubaca dan sudahnya aku terbuai di dalam
dunia indah yang sementara. Bila terjaga, aku sedar, aku
sedang menyeksa perasaan sendiri. Kejam sungguh perasaan
ini!

19
Biarlah YM Berbicara

Aku ingin menjadi mimpi indah dalam


tidurmu
Aku ingin menjadi sesuatu yang mungkin bisa
kau rindu
Karena langkah merapuh… tanpa dirimu
Karena hati telah letih
Aku ingin menjadi sesuatu
Yang selalu bisa kau sentuh
Aku ingin kau tahu, bahawa aku selalu
memujamu
Tanpamu... sepinya waktu
Merantai hati
Bayangmu seakan-akan
Kau seperti nyanyian dalam hatiku yang
memanggil
Rinduku padamu
Seperti udara yang kuhela… kau selalu ada
Hanya dirimu yang bisa membuatku tenang
Tanpa dirimu aku merasa hilang
Dan sepi.

Aku tersenyum. Sedap juga suara Sharifah ini.


Dalam keasyikan membuai perasaan mendengar lagu yang
kononnya ditujukan khas untukku itu, hatiku berdetik tiba-
tiba. Aneh mendengar suara riang Sharifah menyanyi lagu
Dealova. Lebih aneh apabila Sharifah seakan ingat
keseluruhan lagu itu. Hebat juga budak ni. Tak sangka dia
hafal lagu tu. Selalunya bukan main susah dia nak hafal lirik

20
Hanni Ramsul

lagu. Aku berpaling, melihat Sharifah menyanyi-nyanyi


sambil memegang kertas yang aku cetak tempoh hari. Tidak!
Aku menjerit sambil berlari ke arah Sharifah.
Sharifah tergelak sambil mengangkat tangan, cuba
menyelamatkan kertas yang berada di tangannya.
“Bagi akulah!”
Sharifah tergelak lagi. Untuk beberapa ketika kami
berebutkan sehelai kertas sebelum akhirnya Sharifah
mengalah. Kertas itu diletakkan di tapak tangan aku. Aku
menarik muncung, sambil bergerak ke sofa dan merebahkan
badan ke situ. Kertas yang sedikit keronyok itu aku pandang.
“Itulah yang rahsia sangat tu ya?” Sharifah bersuara
sambil melabuhkan punggung ke sofa, berhadapan
denganku.
Aku menjeling sekilas.
“Romantiknya dia! Kau tak rasa apa-apa ke masa
baca kata-kata indah tu? Ditujukan khas pada kau pulak tu?
Kalaulah Azman layan aku macam ni… bahagianya aku!”
Aku cuma memandang tingkah Sharifah yang
tergedik-gedik itu. Budak ni, memanglah suka sangat
berangan.
“Diya… aku tanya ni!” Sekali lagi Sharifah
bersuara.
Aku mengeluh perlahan. Kalau aku tak rasa apa-
apa, takkanlah aku dah jadi angau macam ni, Sharifah oiii.
Kata-kata itu cuma melantun di dalam hatiku. Tidak
kuluahkan pada Sharifah. Sudahnya, aku mencapai kusyen
lalu menutup wajah. Pura-pura tidur. Penat mahu melayan
bicara Sharifah seterusnya. Semuanya nanti pasti berkisar
tentang Si Charming. Kalau boleh aku tidak mahu fikir pun

21
Biarlah YM Berbicara

tentang lelaki itu saat ini. Satu-satunya lelaki maya yang


berjaya mengetuk hati perempuanku. Ingatkan perasaan itu
indah. Rupa-rupanya cukup menyakitkan. Di sebalik rasa
bahagia yang aku rasa sekarang, bagai ada selumbar yang
menyucuk hati. Entah kenapa, tidak pula aku tahu.
“Diya… aku tanya ni, jawablah!” Sharifah bersuara
sambil menarik kusyen yang menutup wajahku.
Aku mengeluh lagi sambil bangkit daripada
berbaring. Wajah Sharifah kutatap untuk seketika.
“Entahlah… aku tak tahulah!” Akhirnya aku
bersuara lemah.
“Laaa… kenapa pulak? Aku cadangkan kau jumpa
aja dengan Charming tu. Nampaknya dia macam serius aja.
Kau cubalah dulu... bukan rugi apa-apa pun. Yang kau takut
sangat dengan lelaki ni, kenapa?”
“Siapa cakap aku takut? Aku tak takutlah. Kau ni,
pandai-pandai aja!”
“Aku yakin Si Charming ni serius dengan kau.
Banyak kali dia YM aku tanyakan kau tau. Tunjuk perasaan
konon! Kau tunjuk perasaan… tapi aku tengok macam
makan hati aja.”
“Kalau aku layan dia, aku lagi makan hati, tahu
tak?”
“Kenapa pulak? Senang aja. Dia nak jumpa, kau
pergi ajalah. Bukan buat apa-apa pun. Kalau kau tak berani
pergi sorang, aku boleh temankan. Aku pun nak juga kenal
dengan jejaka yang seromantik ni. Mesti dia tu macam Prince
Charming kan?”
Aku merenung tajam wajah Sharifah. Tinggi pula
imaginasi minah ni.

22
Hanni Ramsul

“And… banyak kali dia call aku tau!” Suara Sharifah


kembali serius.
“Call kau? Apa dia nak?”
“Dia minta nombor telefon kau.”
“Kau bagi tak?”
“Mestilah tak! Pada hal mulut aku ni gatal nak bagi.
Kesian dia Diya… banyak kali dia mintak.”
“Padan muka! Sekarang baru nak menggelabah!
Masa aku terhegeh-hegeh, dia jual mahal. Buat aku ni,
macam hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. Aku duk
teringat dia siang malam, tahu tak? Seminggu aku tak lalu
makan. Ada dia kisah? Tak ada pun. Sekarang bila aku belajar
nak lupakan dia, dia buat macam ni pulak. Betul-betul buat
aku rasa terseksa, tahu tak? Sakit hati aku ni, tahu tak?
Pedih…”
“Tahu… tahu… tak payahlah asyik tanya tahu tak…
tahu tak!” Sharifah bersuara separuh bergurau. Barangkali
dia lucu mendengar bicaraku yang berulang-ulang itu.
“Tapi, kan aku dah cakap. Salah kau juga. Jumpa
tak nak. Nombor telefon pun kedekut. Cuba open sikit. Kau
ni, tertutup sangat. Get what I mean?” sambung Sharifah
sedikit serius.
Aku buat muka bodoh sambil menatap skrin
televisyen yang bercerita sendirian.
“Kau nikan... aku tak tahulah nak cakap apa. Nak
kata choosy sangat, masalahnya, senarai boyfriend langsung
tak ada. Nak kata kau tak cantik… cantik. Nak kata tak ada
orang nak… bersepah lelaki yang duk tunggu kau. Tu, Johan
supervisor kat assembly tu, dah setahun tunggu kau.
Sekarang ni pulak, aku tengok Encik Firdaus pun macam ada

23
Biarlah YM Berbicara

apa-apa aja dengan kau. Tu belum masuk budak Bangla


dengan Nepal tu lagi. So, apa lagi yang kau tunggu ha?”
“Entahlah Sherry. Aku takutlah…” jawabku
perlahan. Sudah lama Sharifah tidak menyentuh hal lelaki
denganku.
Sharifah mengeluh. Perlahan dia bergerak
mendekatiku. Memeluk bahuku sambil berdeham.
“Apa yang kau takutkan? Ini lumrah hiduplah.
Kecil, besar, bercinta, berkahwin. Then ada anak. Lepas tu
cucu. Lepas tu, tua. Kau mesti lalui tu semua.”
“Aku takut kalau semuanya sama macam Abang
Kamal.”
Sharifah mengeluh lagi.
“Kau tak boleh samakan semua lelaki dalam dunia
ni, dengan Abang Kamal tu. Tak semua lelaki macam tu la.
Berapa ramai lagi lelaki baik dalam dunia ni. Kenapa kau
asyik duk ingat dia? Buang masa kau aja. Cuba alihkan
perhatian kau pada lelaki lain. Johan ke… Encik Firdaus ke…
Charming ni ke… mesti kau sedar, masih ramai lagi lelaki
baik dalam dunia ni. Percayalah cakap aku!”
“Senanglah kau cakap. Bukan kau lalui semua tu.
Aku tak boleh lupa apa yang dia buat kat aku. Sampai bila-
bila pun aku takkan lupa!”
“Dah tu, sampai bila-bila pun kau tak nak bercinta?
Tak nak kahwin? Kau ni,” bicara Sharifah terhenti di situ.
Telefon bimbitnya yang menjerit memaksa dia mematikan
bicara.
Sharifah bangkit. Menuju ke meja komputer.
Telefon bimbit di sebelah keyboard dicapai. Senyum mekar di
bibirnya.

24
Hanni Ramsul

Aku turut tersenyum. Buah hati telefonlah tu!


Sharifah berlari ke arahku dengan lagak riang yang agak luar
biasa. Membuat aku dijentik rasa resah. Resah melihat
keriangan teman karibku itu. Janganlah keriangan itu
membawa berita ngeri buatku.
“Charming call. Dia nak cakap dengan kaulah!”
Hampir terloncat aku di sofa. Mampus! Kan betul
telahanku. Memang berita ngeri! Mana aku nak menyorok ni?
Tak nak! Aku tak nak cakap dengan dia!
Sharifah menghulurkan telefonnya.
Aku menggeleng laju. Gila!
“Jawablah! He’s on the line ni.”
“Cakap ajalah aku dah tidur,” ujarku perlahan
sambil bangkit dari sofa. Aku mesti masuk ke bilik. Menyorok
daripada Sharifah, juga Charming. Walaupun aku tahu
Charming memang tidak akan nampak aku di situ.
“Dah! Menggelabah pulak! Jawab ajalah.”
Aku jegilkan mata pada Sharifah. Kurang asam
punya budak. Ada ke cakap macam tu. Kalau Charming
dengar, malulah aku.
Sharifah menghulurkan telefonnya sekali lagi.
Dan sekali lagi jugalah aku menggeleng laju. Apa
aku nak cakap dengan dia? Mesti nanti macam orang bodoh.
Sharifah mengeluh geram. Sudahnya dia mencapai
tanganku. Telefon diletakkan di atas tapak tanganku.
“Jawab!” arahnya bagai mak orang.
Aku ternganga. Habislah aku kali ni.
Sharifah berlalu semula ke komputer, meninggalkan
aku bersama telefonnya dan Charming di hujung talian.

25
Biarlah YM Berbicara

Bagai tidak percaya, insan yang sedang menunggu aku


menjawab panggilan saat ini adalah Charming. Dalam gugup,
telefon aku lekapkan ke telinga. Debar di dada hanya Tuhan
sahaja yang tahu. Silap-silap boleh bisu aku malam ni.
“Helo…”
Aku terduduk. Bagai mahu luruh jantung
mendengar suara itu. Buat kali pertama aku mendengar
suara lelaki yang aku puja. Dalam terpaksa aku harus akui,
indahnya perasaan ini. Walaupun aku berusaha untuk
membuang nama lelaki itu, namun perasaan ini terlalu indah
untuk aku singkirkan begitu sahaja. Kelu. Sungguh aku kelu
mendengar suara itu. Bergetar perasaanku.
“Helo. Ada orang ke tak ni?”
Bibirku bergetar. Haruskah aku menjawab?
“You? Ada ke tu?”
“Ada!” Cepat bibirku menjawab. Cepat juga
tanganku menutup mulut. Kantoi! Maknanya, kenalah aku
teruskan perbualan ini. Apa yang hendak dibualkan?
“Apa yang menggelabah sangat?” soalnya dengan
suara yang cukup merdu di telingaku. Argh! Malunya... kan
dah cakap, dia dengar.
“Errr… tak ada apalah. Tak ada apa-apa…”
Terdengar gelak halus yang membuat jantungku
makin kencang berdegup. Tiba-tiba wajahku terasa
membahang. Entah kenapa suasana yang dingin tadi, tiba-
tiba bertukar hangat. Panas. Mungkinkah disebabkan
degupan jantungku yang terlalu kencang ini?
“You dapat e-mel I tu?”
“Dapat. Terima kasih,” jawabku malu-malu.
“Terima kasih aja?”

26
Hanni Ramsul

Aku terpaku lagi. Itu sajalah. Aku nak cakap apa


lagi? Cakap lebih-lebih karang, buat aku malu sendiri aja.
Entah-entah lirik lagu tu, cuma untuk menyindir aku. Tak
mungkin perasaannya begitu terhadapku. Kalau aku…
betullah. Aku rasa aku ni, dah tahap jatuh cinta!
“About that words, I serius. I tak main-main.”
Gulp! Biar betul! Macam mana dia tahu apa yang
sedang bermain di kepalaku ini? Dan, betul ke dia serius?
Sudahnya aku tergelak. Gelak sumbang.
“Kenapa lama offline? You tahu I cari youkan? Balas
dendam ya? Atau merajuk?”
“Tak adalah. Busy sikit sekarang ni. Tak ada masa,”
bohongku dengan nada tenang. Harap-harap memang
kedengaran tenanglah.
“Macam bohong aja…”
“Betul. Tak bohong. Sibuk sikit.”
“I call you? Give me your number!”
“Phone I tengah chargelah. Dalam bilik,” bohongku
laju.
“Macam-macam alasan you ya? Nak jumpa, tak nak.
Nak call, tak boleh. Nak YM pulak, busy…” kedengaran suara
di sana mengeluh.
Aku tersengih. Mendapat sedikit keselesaan untuk
menyambung bicara dengan Charming. Dia yang bertanya.
Jadi, kerjaku cuma jawab soalan. Tak payah nak pecah kepala
fikir idea nak berborak. Dengan santai aku bersandar ke sofa.
“Just give me the number. I’ll call. Tak seronoklah
pakai phone kawan you. Entah-entah dia pun tengah tunggu
panggilan.”
“Errr… I tak hafal nombor I. Tak apalah. Dia tak
kisah. Lagipun dia tengah layan YM dengan boyfriend dia.”

27
Biarlah YM Berbicara

“Alasan. Tapi, sebenarnya you tak nak bagikan? Tak


apa… I akan cuba sampai berjaya. Sebab I rasa, you ni, is the
one for me. So, I’ll try sampai berjaya.”
Aku tergelak lagi. Yalah tu! Janganlah kau
permainkan perasaan ini wahai lelaki.
“Miss call I. Lepas tu I call you. Please… jangan ada
alasan lagi.”
“Okey!” Bagai dipukau aku menjawab.
“Now!”
“Errr... kejap!” Aku mula menggelabah. Kesilapan
besar. Bagaimana aku boleh tersilap cakap?
“I tunggu ni. Okey?”
“Okey…”
Talian terputus. Dan aku termangu sendiri.
Perlukah aku memberi nombor telefonku? Kalau dia cuma
ingin mempermainkan perasaanku, bagaimana? Telefon
Sharifah kuletakkan di atas meja. Dan, deringan telefon
bimbitku menarik perhatian. Segera kucapai. Mak! Sukanya
hati. Dan aku menjawab panggilan itu sehingga kulupa
janjiku pada seseorang….

28
Hanni Ramsul

bab 5
D
I mejaku, aku buat-buat sibuk.
Renungan tajam Sharifah,
kucuba buat tidak tahu. Aku
tahu Sharifah masih tidak berpuas hati denganku. Sejak dua
hari lalu. Sejak kuceritakan tentang keterlupaan janjiku pada
Charming. Padahal aku memang tidak sengaja. Memang
betul-betul lupa. Takkan dia tak boleh terima langsung
alasanku itu? Alamak, dia datanglah. Aku cepat-cepat
membuka fail Purchasing. Buat-buat sibuk meneliti senarai
creditors. Sharifah memeluk tubuh di hadapanku. Tercegat
bagai bos nak marah staf bawahan. Perlahan aku mengangkat
muka.
“Dah call belum?” soalnya tanpa memberi salam.
Aku bersandar ke kerusi. “Kan aku dah call hari tu.
Dia off handphone dia. Nak buat macam mana? Dia tak
seriuslah tu.”
“Itu hari Sabtu lepas, sekarang dah Isnin. Call la
dia.”
Aku termenung. Mencari-cari akal untuk mengelak

29
Biarlah YM Berbicara

daripada terpaksa akur pada arahan Sharifah. Tatkala itu juga


pandanganku berlaga dengan wajah Encik Firdaus yang
serius.
Aku melihat jam di dinding. Hampir sebelas pagi.
Lambat pula Encik Firdaus masuk ke pejabat hari ini. Muka
pun serius semacam. Takut pula aku tengok. Sudahnya,
pandanganku segera kualihkan, menghadap wajah Sharifah
yang tidak begitu ceria hari ini. Pun serius juga. Agaknya hari
ni, hari muka serius sedunia kut. Aku tersengih. Kelakar
dengan lawakku sendiri.
“Diya! I’m talking to you. Kau dah call dia belum?”
soal Sharifah dengan suara sedikit tinggi.
Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Apalah yang
hendak kukatakan pada gadis ini?
“Aku rasalah, dia ni mesti dah kahwin. Yalah… cuba
kau fikir, kenapa dia off telefon? Pasal tukan weekend. Dia
mesti spend time dengan famili dia. Tak nak terkantoilah tu.
Betul tak apa aku cakap? Dia tu cuma nak permainkan aku
aja!” Akhirnya aku mendapat idea paling logik untuk
diberikan pada Sharifah. Untuk mengelak daripada arahan
Sharifah.
“Banyaklah kau punya kahwin. Berapa kali kau call
dia?”
Perlahan aku mengangkat jari telunjuk.
Menunjukkan isyarat satu bersama senyuman kecut. Sharifah
ni, kalau dah marah, takut pula aku tengok.
“Sekali? Hari Sabtu tu ajalah kau call dia? Lepas tu?”
“Aku call dia off. Jadi takkan aku nak call lagi. Dia
tak nak diganggulah tu. Mesti dia dengan anak isteri dia tu.
Dia berbahagia di sana, kau marah-marah aku kat sini. Tak
adil tahu tak?”

30
Hanni Ramsul

“Yalah. Kau sepatutnya call dia. Minta maaf.


Masalahnya kau dah janji dengan dia. Jadi, kau tak patutlah
buat dia macam tu.”
“Aku dah call kan? Lagipun aku bukan sengaja.
Memang aku terlupalah. Aku sembang dengan mak aku dekat
dua jam tau. Mana aku tak lupa. Bukan salah aku. Dia pun
tak ada telefon kau, tanyakan pasal aku. Itu menunjukkan
yang dia memang tak serius dengan aku. Yang kau pula,
janganlah marah aku sampai macam ni sekali. Kaukan kawan
aku. Bukan kawan Si Charming tu.”
Sharifah mengeluh perlahan. Mungkin amarahnya
sudah sedikit kendur.
“Ego juga kau ni ya? Tak nak beralah. Kalau macam
ni, aku pun tak tahu nak cakap apalah. Suka hati kaulah Diya.
Janji kau bahagia!” katanya macam orang merajuk.
Aku tersengih. Mungkin betul kata-kata Sharifah
itu. Berat hatiku untuk membuka langkah pertama.
Sebenarnya bukan aku ego. Tapi, aku malu.
“Rancak nampak. Tak ada kerja ke?”
Teguran itu membuatkan aku dan Sharifah sama-
sama terkejut. Encik Firdaus tercegat di belakang kami. Sejak
bila pula dia di situ? Tadi aku tengok sedang berbual dengan
Mira. Aku tersengih. Sharifah pun sama. Alamak! Kantoi
dengan bos la…
“Ada Encik Firdaus. Tapi, semua dah siap,” jawab
Sharifah sambil tersenyum panjang.
Encik Firdaus turut tersenyum.
Aik! Tadi bukan main serius lagi mukanya. Bercakap
dengan Mira, sikit pun tak senyum. Sekarang, bukan main
manis pula senyumannya. Pelik betullah bos aku ni. Tapi,

31
Biarlah YM Berbicara

kalau dia senyum macam ni selalukan, bagus. Ceria sikit


pejabat ni. Aku tersenyum dalam diam.
“Yes, Diya? Anything to share?” soal Encik Firdaus
sambil menikam mataku dengan renungannya yang redup.
Aduhai, lupa sekejap aku pada Charming. Aku tersenyum
sambil menggeleng. Apalah hati ni. Cepat sangat tergugat. Hi
hi hi.
“Tak ada apa-apalah encik,” sangkalku.
“Orang… kalau senyum sorang-sorang, there’s
must be something. Adalah yang buat hati senang tu ya?”
Aku cuma tersengih.
Encik Firdaus pula menyambung senyum sebelum
berlalu.
“Berborak boleh. Tapi, kerja kena jalan tau.” Dalam
lembut, sempat dia bahasakan aku dan Sharifah.
Hampeh betul! Aku mencebik.
Sharifah pula tersengih.
“Ini semua kau punya pasal. Kau ajak aku sembang
pasal Charming time kerja macam ni, kenapa?” ujarku setelah
bayang Encik Firdaus menghilang.
Sharifah tergelak kecil sambil berlalu ke mejanya.
“Tapi, aku peliklah. Semenjak dua menjak ni, dia
selalu muncul tiba-tiba kat belakang kau. Kenapa ya?” soal
Sharifah sambil memandangku hairan.
“Kau nak aku jawab ke soalan tu?”
Sharifah mengangguk.
Baru mahu membuka mulut, tiba-tiba Window
kesayanganku muncul di skrin komputer. Mana satu nak buat
dulu ni? Jawab soalan Sharifah atau baca pesanan Charming?

32
Hanni Ramsul

“Kenapa?” soal Sharifah sekali lagi.


Aku berpaling padanya.
“Kau tahu tak suara kau tu, sampai pak guard kat
guard house tu pun boleh dengar tahu tak? Mahu dia tak
datang senyap-senyap macam tu. Nasib baik dia sound dalam
lembut. Kalau tak, buat malu aja tau.”
“Ya ke? Aku rasa suara aku tak ada la kuat
sangat…”
“Kau yang perasan suara kau tak kuat. Padahal satu
office ni boleh dengar suara kau yang merdu tu.”
Sharifah termangu seketika. Aku tersenyum
melihat gelagat Sharifah yang sedikit blur. Suka aku lihat
wajah dia macam tu. Cute. Kemudian mataku teralih ke
Window Charming.
Charming: Hai sayang… I dapat message U. Sorry I
memang offline kalau weekend.
Aku termangu sambil menongkat dagu.
Mungkinkah betul telahanku tadi? Entah-entah dia dah
kahwin. Sebab tu dia matikan telefon dan sebab itu jugalah
dia tidak melayari YM. Hatiku tiba-tiba jadi tidak enak. Apa
akan jadi kalau aku jatuh cinta pada suami orang. Tidak
mungkin! Aku tidak mahu bercinta dengan suami orang.
Charming: I spend masa untuk mummy I. Tak
boleh buat benda lain. Weekend is just for her.
Yelah tu! Untuk mummy ke untuk isteri? hatiku
berdetik tiba-tiba.
Charming: I belum kahwin la. Tahu apa ada dalam
kepala U tu. Sebab belum kahwin la, masa weekend cuma
untuk dia.
Wajahku terasa membahang. Dia tahu apa yang aku
fikir? Dia ni, orang ke hantu? Ini yang buat aku seriau ni.

33
Biarlah YM Berbicara

Charming: U? Ada ke tak tu?


Ugly Betty: Ada.
Charming: Naper diam?
Ugly Betty: Tak ada apa-apalah!
Charming: Kata nak miss call. Tak ada pun...
Ugly Betty: Kan I dah minta maaf. Tak sengaja. I
betul-betul lupa.
Charming: Lupa? Bergayut dengan pakwe ke?
Ugly Betty: Mak I la. Lepas I cakap dengan U, mak I
call. Sembang dengan dia sampai dua jam lebih. Lepas tu,
terus lupa. So sorry!
Charming: Tak apa. But U know something?
Ugly Betty: ?
Charming: Lepas I cakap ngan U mlm tu, I got one
miss call. I thought it was U.
Aku senyum. Siapalah yang miss call tu? Rasa
kurang senang tiba-tiba menyelinap di hati. Ada rasa marah
pada orang yang buat miss call tu. Cemburu ke ni? Ish!
Takkanlah.
Ugly Betty: Then?
Charming: I returned the call. And, it was a
disaster, U know…
Keningku berkerut. Disaster? Macam teruk saja
bunyinya. Apa yang disaster tu? Jemariku pantas menaip.
Ugly Betty: Disaster?
Charming: Ya. Rupa-rupanya pompuan Indon.
Salah nombor. Satu malam dia ganggu I. Lastly, I switched
off my phone.

34
Hanni Ramsul

Oh… Patutlah aku telefon tidak dapat. Takutkan


perempuan Indon rupanya. Aku tergelak kecil. Penakut juga
orangnya.
Charming: Apa gelak2?
Jemari segera melekap di bibirku. Misteri betullah
dia ni. Macam tahu semua yang aku rasa. Macam tahu semua
yang aku buat. Menakutkan betul!
Ugly Betty: Patutlah saya call tak dapat.
Charming: Berapa kali U call? Bila?
Ugly Betty: Ada la. Tapi, U off.
Charming: I off malam tu jer. Lepas tu I on my
handphone.
Ugly Betty: Hi hi hi...
Charming: Sekali cuba saja ye? Lepas tu, terus
diam. Tak tunjuk efforts yang baik pun nak kawan ngan I.
Tapi, tak apa... I x kisah. Sebab I akan tunggu U sampai U sudi
nak keluar ngan I... & sampai U sudi terima I sebagai teman
hidup U.
Ugly Betty: Yelah tu. Entah2 U ni dah ada gf. Saja
nak main2kan I.
Charming: Terserah pada U. Tapi, I’m very sure
about my feeling.
Aku tersenyum sendiri. Yalah tu. Susah pula hendak
percaya. Tapi, dalam tak percaya itu jugalah hatiku tergoda.
Dalam tak percaya itu jugalah, aku asyik membuai perasaan.
Charming: So, bila kita nak jumpa?
Aku kecut. Keasyikan tadi hilang tiba-tiba.
Kenapalah soalan ini yang diulang-ulang? Kalau tidak jumpa
tidak boleh ke? Aku senang berkawan dengan cara ini. Aku

35
Biarlah YM Berbicara

lebih senang kalau tidak perlu bertemu dengannya. Aku lebih


selesa berhubung tanpa mengenalinya. Itu lebih membuat
aku berasa selamat. Bimbang untuk rapat dengan lelaki.
Bimbang nanti berulang peristiwa hitam yang hampir
menggelapkan hidupku. Yang membuat aku serik untuk
mengenali insan bergelar lelaki. Tapi, kenapa dengan
Charming, hatiku boleh lembut. Mungkinkah kerana aku
cuma mengenalinya di dunia maya? Mungkinkah itu
sebabnya?
Charming: Setiap kali tanya soalan ni, mesti xde
reply.
Ugly Betty: Hmmm... Tengoklah dulu.
Charming: I x kisah. U ambiklah sebanyak mana
masa yang U nak. I boleh tunggu.
Aku tersenyum kecil. Betul ke dia sanggup tunggu?
Mana ada lelaki macam tu di dalam dunia ini? Sanggup
tunggu perempuan yang dia sendiri tidak pernah jumpa dan
tidak pernah kenal.
Charming: K la. I ada meeting pas ni. Gtg. Next
time kita sambung. Tapi, jangan lupa call malam ni. I tunggu.
And, make sure U x lupa lagi.
Ugly Betty: Insya-Allah.
Charming: I tunggu. Bye.
Ugly Betty: K.
Aku termenung. Nampaknya malam ni, aku tidak
boleh lagi mungkir janji. Window milik Charming aku tutup
perlahan. Perlahan juga aku mula menongkat dagu. Mula
melayan perasaan.
Hish! Tak boleh berangan di sini. Banyak lagi kerja
lain yang harus diselesaikan. Nak layan perasaan, tunggu

36
Hanni Ramsul

sampai rumah. Di sini, tempat kerja. Aku menghela nafas.


Mencari semangat baru untuk meneruskan kerja. Terputus
bicara dengan Charming pasti buat aku hilang semangat.
Kalau boleh aku ingin berbicara dengannya sehingga ke
akhirnya. Tapi tukan mustahil.
“Aik, lain macam aja? Tiba-tiba hilang semangat.
Monyok aja aku tengok. Kenapa?” Sharifah bertanya tiba-tiba.
Aku sengih. Ketara sangatkah perubahan wajahku?
“Tadi Charming online.”
“Okey la tu. Dia cakap apa?”
“Dia tak marah pun. Malam ni dia suruh aku call
dia,” ceritaku bersama senyuman yang meleret.
“Amboi! Bukan main panjang senyum. Suka hatilah
tu. Kali pertama aku tengok kau senyum bila cakap pasal
lelaki. Bertuah betul Charming tu ya. Macam manalah
agaknya orang yang dah berjaya mencuri hati Adiya Fatiha
ni?”
Aku tersenyum lagi. Tiba-tiba rasa senang diusik
begitu. Ish! Kenapa tiba-tiba jadi macam ni ya? Telefon
bimbitku menjerit tiba-tiba. Mengalih perhatianku seketika.
Segera tanganku mencapai telefon di atas meja. Melihat siapa
gerangan pemanggilnya. Nombor baru yang tidak aku kenali.
Siapa pula ni?
“Helo?”
“Assalamualaikum, Tiha.”
Aku tergamam. Tidak mungkin. Hanya sorang
sahaja manusia yang panggil aku dengan panggilan itu. Tidak
mungkin dia. Mana dia dapat nombor aku? Tidak!
“Tiha?”
“Waalaikumussalam,”

37
Biarlah YM Berbicara

“Ingat abang?”
“Mana abang dapat nombor ni?” soalku dengan
suara sedikit bergetar.
“Mak Tiha bagi.”
Habislah aku kali ni. Kenapalah dia muncul lagi?
Ingatkan aku tak akan jumpa lagi dengan lelaki ini.
“Kenapa tak balik masa kenduri kesyukuran abang
hari tu?”
“Sibuk. Tak dapat cuti,” jawabku dengan nada
dingin. Terdengar tawa di hujung talian. Tawa yang buat aku
menyampah.
“Macam manalah rupa girl abang sekarang?
Rindulah. Abang datang jumpa nanti. Okey?”
“Tak payah. Lately, saya sibuk la.”
“Abang datang nanti. Rindu sangat kat Tiha. Enam
tahun tak tengok muka comel ni.”
Aku kaku. Diam mendengar kata-kata itu. Rasa
menyampah pada kata-kata itu tetap sama dengan rasa
menyampahku enam tahun dahulu.
“Okey la… saya banyak kerja ni.”
“Okey, kita jumpa nanti. Abang sekarang pun, kat
Shah Alam.”
Talian segera kumatikan. Telefon bimbit kucampak
ke meja secara spontan. Dia kat Shah Alam? Tidak! Aku tidak
mahu dengar berita seburuk ini. Lebih-lebih lagi pada aku
menikmati kebahagiaan bersama Charming. Tidak mungkin.
Kenapa dia tidak bermastautin saja di Australia? Mengapa dia
perlu pulang ke sini dan mengganggu hidup aku lagi?
“Kenapa Diya? Macam ada yang tak kena aja.”

38
Hanni Ramsul

Aku pandang wajah Sharifah. Mesti dia perasan


perubahan wajahku.
“Abang Kamal,” jawabku sepatah.
Riak wajah Sharifah nampak terkejut.
“Abang Kamal call ke?” soalnya dengan nada terkejut.
Aku mengangguk lemah.
“Abang Kamal? Bila dia balik? And mana dia dapat
nombor telefon kau?”
Aku mengeluh bersama dengan muka yang cukup
gelisah. “Mak aku bagi.”
Sharifah turut mengeluh panjang.
“Apa aku nak buat Sherry? Dia cakap dia ada kat
Shah Alam sekarang. Aku tak sukalah macam ni…”
“Relakslah. Janganlah menggelabah.”
“Aku takut… aku tak nak jumpa dia. Kalau macam
ni, aku nak resignlah. Aku nak balik kampung. Tinggal
dengan mak aku. Aku tak nak jumpa dia… aku tak nak
tengok muka dia.”
“Kau ni… cakap macam budak-budak pulak.
Janganlah gabra sangat. Kau bukan macam dulu lagikan?
Aku yakin kau boleh berdepan dengan dia.”
“Aku tak nak tengok muka dia. Aku menyampah!!!”
“Sudahlah tu… cuba bertenang.”
Aku pandang wajah Sharifah. Dia boleh suruh aku
bertenang? Bagaimana aku hendak bertenang kalau dibuatnya
tiba-tiba dia tercegat di hadapanku? Aku mengeluh berat.
Gusar memikirkan hati esok yang belum pasti kesudahannya.

39
Biarlah YM Berbicara

bab 6
“A
RE you okay?”

Soalan Sharifah secara tiba-tiba itu membuatkan


aku tersentak. Pen di tangan terpelanting ke lantai. Rupa-
rupanya cukup lama aku mengelamun. Fail yang kuambil,
rupa-rupanya masih terletak elok di atas meja. Tak berusik.
Sharifah tersengih sumbang melihat aku
terperanjat besar menanggapi sapaannya. Mungkin sudah
bersedia untuk dimarahi. Perkara wajib yang akan aku
lakukan setiap kali dia membuat aku terperanjat. Namun,
tiada kata-kata marah yang keluar dari mulutku. Tiada
keinginan untuk memarahi sesiapa. Apa yang bersarang di
hati lebih membuat aku susah hati. Membuat aku gundah
gulana.
Sharifah menongkat dagu di mejanya sambil
matanya bulat memandangku.
“Any problem?” soalnya dengan wajah cukup
bersimpati.

40
Hanni Ramsul

Aku menjeling. Sudah tahu lagi mahu tanya ke?


Padahal tiap-tiap malam sejak kebelakangan ini, dia melihat
muncung aku yang sikit punya panjang setiap kali telefonku
berdering.
“Abang Kamal?” tekanya bersama senyuman kecil
yang menguntum di bibir.
Aku mengeluh perlahan sambil bersandar di kerusi.
“Siapa lagi?” ujarku pendek. Jeritan telefon
bimbitku, memendekkan lagi bicara. Aku menjengah. Abang
Kamal. Aku mengeluh berat. Kenapalah lelaki ini tidak
pernah mahu mengerti yang aku tidak sukakan dia lagi?
Telefon kubiarkan menjerit sendirian.
Sharifah sekadar memandang. Tidak lagi bertanya.
Pasti dia juga sudah tahu siapa gerangan pemanggil yang
berjaya membuat mukaku berkerut seribu. Yang berjaya
membuat mukaku menjadi cuak semacam. Setelah lama
menjerit, akhirnya telefonku diam. Tetapi, cuma seketika.
Jeritan yang lain pula menyentap kalbu. Sistem pesanan
ringkasku menerima pesanan. Dengan malas aku mencapai
juga telefon yang minta dipegang itu. Membuka pesanan yang
dihantar.

Abang kat luar. Keluar cepat. Kita lunch sama.


Abang tunggu ni.

Aku ternganga. Gila! Betul-betul gila.


“Kenapa Diya? Macam nampak hantu aja aku
tengok,” tegur Sharifah pelik.
Aku pandang wajah Sharifah tanpa berkelip.
Telefonku kuhulurkan padanya.

41
Biarlah YM Berbicara

Sharifah mencapai, kemudian membaca pesanan


daripada Abang Kamal. Sekarang matanya pula membulat
memandangku. Sekarang baru kau tahu kenapa muka aku
macam nampak hantu. Sebab memang hantu pun yang
sedang menungguku di luar.
“So, macam mana?”
Aku cuma menjongket bahu. Mana aku tahu!
“Takkan kau nak biarkan dia tunggu kau kat luar
tu?
Aku jegilkan mata pada Sharifah.
“Takkan kau nak aku keluar dengan dia? Gila apa
kau ni?" soalku geram. Kalau dengan Si Charming pun aku
tak nak jumpa, apatah lagi dengan makhluk Tuhan yang
paling aku benci ini.
“Bukanlah keluar dengan dia. Tapi, pergilah jumpa
dia kejap. Cakaplah kau dah makan ke, tak boleh keluar ke…
sekurang-kurangnya tak adalah dia duduk aja kat luar tu.”
“Tak naklah aku!”
“Tak bolehlah macam ni. Pergi ajalah kejap.”
Telefonku berdering sekali lagi.
Sharifah menatap skrin telefon yang masih berada
di tangannya.
“Abang Kamal lagi. Better kau pergi jumpa dia
kejap. Suruh dia pergi.”
“Masalahnya, aku takut. Aku takut nak jumpa dia!”
“Kalau kau takut, dia akan ambil kesempatan atas
kau. Percayalah cakap aku. Kau mesti berani. Berani
melindungi diri kau sendiri. Cubalah… aku tahu kau boleh
buat!”

42
Hanni Ramsul

Aku menjeling marah. Senanglah kau cakap,


Sharifah oiii. Kau tak lalui apa yang aku lalui, bentak hatiku.
Syarifah tersenyum. Tetapi, kali ini senyumannya
seperti membakar semangatku. Senyuman pendorong untuk
aku jadi lebih berani.
Aku terdiam sejenak. Mungkin Sharifah betul.
Sudah sampai masanya untuk aku menjadi lebih berani. Aku
mesti lawan ketakutan yang membaluti jiwaku sekian lama.
Ketakutan yang menjarakkan aku dengan kaum Adam. Aku
mesti kuat. Tapi, cukup kuatkah aku untuk melakukan
perubahan itu?
“Apa lagi? Pergilah! Dah tiga kali dia call kau ni.”
“Kalau dia paksa aku macam mana? Dia suka paksa
orang.” Aku bersuara lemah. Tiba-tiba sahaja semangatku
yang berkobar-kobar tadi hilang entah ke mana. Yang tinggal
cuma rasa gerun untuk berhadapan dengan Abang Kamal.
Sharifah mengeluh panjang. Tajam matanya
merenung wajahku. “Kau bukan budak kecik lagi. Kau dah
cukup dewasa untuk melawan dia. Kau berhak membuat
keputusan kau sendiri. Lagipun, dia tu siapa nak paksa-paksa
kau?”
Aku mengangguk perlahan. Dalam situasi tertentu,
pendapat Sharifah boleh juga dipakai. Perlahan-lahan aku
mengangkat punggung. “Aku pergi ni. Kau doakan aku jadi
orang berani ya?”
Sharifah tergelak. “Selama ni, orang yang takut nak
jumpa kau. Hari ni, terbalik pula ya?”
Aku mencebik sambil mula mengatur langkah
dengan perasaan yang bercampur-baur. Ada rasa takut. Ada
rasa marah. Ada rasa geram. Ada rasa benci. Yang banyaknya,
rasa takut. Aku cukup gerun mahu berhadapaan dengan

43
Biarlah YM Berbicara

Abang Kamal. Tapi, kalau dibiarkan, mungkin telefonku akan


terus menjerit hari ini.
“Kuatkan semangat. Aku yakin, Malaysia boleh.
Kau… aku tak tahulah,” ujar Sharifah bersama gelak kecil.
Loyar buruk pulak minah ni! Aku cuma tersenyum
kelat. Dengan langkah yang berbelah bahagi, aku pergi juga.
Melihat dari jauh, seorang lelaki segak berdiri di
sebelah motosikal berkuasa tinggi. Semakin hampir, terasa
degupan jantungku semakin kencang.
Sebuah senyuman yang cukup lebar menghias
seulas bibir merah jambu yang ditemani sedikit kumis nipis.
Entah kenapa, senyuman itu tidak nampak manis di
mataku. Abang Kamal sudah agak berbeza penampilannya.
Sudah sedikit kemas berbanding enam tahun dahulu. Juga
sudah agak berisi berbanding dengan tubuhnya yang kurus
melidi suatu masa dahulu.
“Lama abang tunggu. Sibuk ke?”
Itulah ayat pertama yang menyentuh gegendang
telingaku. Aku cuma memandang wajah itu tanpa perasaan.
Abang Kamal nampak begitu gembira. Dia menghulurkan
helmet padaku. Aku tidak bereaksi.
“Abang buat apa kat sini?” soalku dingin.
“Kan abang dah cakap. Abang nak ajak Tiha keluar
lunch.”
“Saya tak nak.”
Wajah Abang Kamal sedikit berubah. “Tiha…
kenapa ni?”
“Saya sibuk. Banyak kerja nak buat. Lagipun saya
dah makan dengan kawan saya tadi.”

44
Hanni Ramsul

“Lain macam aja bunyinya. Macam tak suka aja


abang datang.”
Aku pandang wajah Abang Kamal yang kelihatan
sedikit tegang. Memang itulah Abang Kamal. Suka membuat
keputusan sendiri dan tidak suka dilawan. “Memang saya tak
suka abang datang sini. Saya tak suka abang ganggu hidup
saya.”
Bulat mata Abang Kamal menikam mataku. Dan
aku? Aku rasa macam tidak percaya dengan diriku sendiri.
Akukah yang baru menuturkan kata-kata itu? Tiba-tiba aku
berasa bangga pada diriku sendiri. Tak sangka aku punya
keberanian untuk melawan Abang Kamal. Betul kata
Sharifah, aku sepatutnya mencuba sebelum menyerah kalah.
“Tiha dah jadi kurang ajar sekarang ya?”
Aku menentang renungannya. Aku kurang ajar?
Bukankah dia lebih kurang ajar daripadaku? Berani dia
bercakap tentang kurang ajar. Aku menarik muka masam.
Abang Kamal pula, tersandar pada motosikal besarnya.
“Kenapa Tiha jadi macam ni?” soalnya dengan suara
yang sangat serius. Juga dengan pendangan yang sangat
serius.
Aku membuang pandang. Dia ingat dia seorang saja
yang boleh buat serius? Aku pun boleh!
“Abang yang buat saya jadi macam ni. Dan jangan
sesekali nak cakap saya kurang ajar. Kalau pun ada yang
kurang ajar, orangnya ialah abang, bukan saya!” ujarku tajam.
Beraninya aku! Dalam diam hatiku melonjak riang.
Wajah Abang Kamal yang serius, perlahan-lahan
mengendur. Mungkin dia tahu apa yang aku maksudkan. Dia
mengeluh perlahan sambil melurut rambutnya yang disikat
rapi.

45
Biarlah YM Berbicara

“Tiha masih tak dapat lupakan apa yang pernah


berlaku dulu ya?” soalnya lembut.
“Abang ingat, saya ni apa? Boleh lupakan semua tu
macam tu saja? Tak mungkin bang. Saya tak akan lupakan
perbuatan abang tu. Kesannya pada saya terlalu pahit, bang!”
“Abang minta maaf. Abang tahu abang salah. Abang
tak pernah berniat nak buat semua tu. Lagipun itu semua
dah lama berlalu. Masa tu, abang terlalu muda Tiha.”
“Itu bukan alasan. Saya pun tak ada masa nak
dengar alasan abang. Saya ada kerja. Baik abang pergi
sekarang. Dan jangan datang lagi ke sini. Jangan jumpa saya
lagi. Saya tak nak jumpa abang!”
“Tiha… please. Jangan buat abang macam ni. Dari
dulu Tiha tahu sayang abang kat Tiha macam manakan?”
Abang Kamal bersuara sambil mencapai jari-jemariku.
Dengan pantas aku merentap tanganku.
Sentuhannya mengingatkan aku pada perbuatannya suatu
masa dahulu. Dan aku tidak mahu mengingati itu semua.
“Dari dulu juga abang tahu perasaan saya pada
abang macam mana. Tapi, abang tetap memaksa hingga
abang sanggup nak menodai saya. Saya tak akan lupakan
semua tu. Kerana perbuatan abang, sampai sekarang perasaan
takut tu menyeksa hidup saya!”
“Abang tak sengaja... abang menyesal. Abang
lakukan semua tu, sebab abang tak nak kehilangan Tiha.
Abang terlalu sayangkan Tiha...”
Aku membuang pandang. Alasan! Tidak kuasa aku
mendengar sebarang penjelasan daripada lelaki itu.
“Okeylah. Saya banyak kerja ni. Baik abang pergi
sekarang!” putusku.

46
Hanni Ramsul

Abang Kamal tidak berkata apa-apa. Cuma


renungannya menikam mataku.
“Saya pergi dulu,” ujarku sambil mengatur langkah
memasuki kawasan kilang tempat aku bekerja.
“Abang pergi. Tapi, tu tak bermakna abang
mengalah. Abang tahu abang pernah melakukan kesalahan
pada Tiha. Abang akan cuba tebus kesalahan tu!”
Kata-kata itu aku biarkan hilang bersama debu yang
ditiup angin tengah hari itu. Aku terus berlalu meninggalkan
Abang Kamal.
“Ayoyo adik Diya… dating ke?”
Suara sumbang itu menarik perhatianku. Aku
berpaling. Seorang mamat Nepal tersengih memandangku
sambil memegang plastik hitam berisi sampah. Mamat ni
memang nak kena. Aku tengah angin, nak buat ramah pulak.
“Banyak hensem aaa tu abang,” katanya sambil
tersengih.
Aku kerutkan kening. Geram pula melihat mukanya
yang tersengih-sengih itu.
“You datang sini mahu bikin apa ha?” soalku
dengan wajah mencuka.
Mamat Nepal tersengih sambil mengangkat plastik
sampahnya. “Buang sampah juga… adik manis.”
“You buang sampah pakai tangan ke pakai mulut?”
ujarku geram.
Mamat Nepal gelak lagi.
“Pakai tangan la adik Diya. Mulut untuk makan
juga,” balasnya masih bersama senyuman meleret.
Hai, mamat ni… memang menyakitkan hati

47
Biarlah YM Berbicara

betullah! Aku berpaling. Meneruskan langkah menuju ke


arah pejabat. Malas hendak melayan mamat Nepal yang tidak
faham bahasa itu.
“Itu aaa… lain tada. Mesti gaduh punya. Jangan
risau adik manis, sikit jam lagi mesti dia pujuk punya…”
Hai! Mamat ni, dah lebih. Memang nak kena basuh
mamat Nepal ni. Aku berhenti mengejut dan berpaling. Buk!
“Adoi!” jeritku sambil tunduk menekan dahi.
Sakitnyaaa….
“Sedap ke?”
Satu suara bertanya. Dan pertanyaannya itu betul-
betul menambahkan rasa geram di hati. Ada ke tanya sedap
ke?
“Sakit siot!” ujarku geram sambil menggosok dahi.
Aku mendongak sambil menggosok dahi. Betul-
betul sakit. Dan melihat siapa gerangan berada betul-betul di
hadapanku, membuat aku ternganga. Sakitku hilang serta-
merta. Yang tinggal kini, hanya rasa takut kerana mulut
celuparku dengan mudahnya memaki bos sendiri. Tidak!
Encik Firdaus… maafkan saya Encik Firdaus. Jangan marah
saya yang kerdil ini. Habislah aku kali ni!
Encik Firdaus tersenyum.
“Marah nampak,” ujarnya bersama senyum manis
yang menguntum. Rupa-rupanya aku terlanggar Encik
Firdaus. Macam mana dalam sekelip mata, dia boleh berada
di belakangku? Sebaik sahaja aku berpaling, dahiku selamat
bertembung dengan dagunya. Sakitnya Tuhan saja yang tahu.
Tapi, itu semua salah aku juga.
“Maaf encik… saya tak sengaja. Sakit ke?” Dalam
kelam-kabut dan malu yang amat sangat, aku bertanya sambil

48
Hanni Ramsul

secara spontan jari-jemariku menggosok dagunya. Tindakan


refleks yang amat bodoh. Dan aku cuma menyedari tindakan
bodoh itu tatkala aku terasa jari-jemariku berada di dalam
genggaman Encik Firdaus. Membuat aku kaku seketika.
Bulat mataku memandang wajah Encik Firdaus.
Lelaki itu turut sama merenungku. Membuat wajahku
membahang tiba-tiba. Membuat jantungku berdegup kencang
juga secara tiba-tiba. Baru aku sedar betapa dekatnya jarak
antara kami. Begitu hampir sehingga haruman minyak wangi
yang dia pakai melekat di hidungku. Aku terpanar. Kenapa
perasaanku cukup berbeza? Sentuhan Encik Firdaus
membuatkan aku rasa bahagia. Kenapa perasaannya tidak
sama dengan sentuhan Abang Kamal?
“Ek hem… Encik Firdaus memang suka kalau
accident macam ni, Adiya!”
Suara itu tiba-tiba mencelah, mengganggu detik-
detik indah luar biasa yang baru aku alami. Juga menyedarkan
aku, bahawa bukan hanya aku dan Encik Firdaus sahaja
berada di situ.
Bagaimana aku boleh tidak perasan dengan Kak
Lisa yang tercegat di sebelah Encik Firdaus. Malunya!
Encik Firdaus turut berdeham, sambil cuba
mengukir senyum. Kali ini aku dapati, amat payah untuk
Encik Firdaus mengukir senyum padaku.
“Are you okay?” soal Encik Firdaus sambil
menyentuh dahiku yang masih terasa sakit.
Aku tersengih sambil bergerak ke belakang.
Jemariku di dalam genggamannya kutarik perlahan. Segan
pada Lisa, setiausaha Encik Firdaus yang dari tadi tersenyum
meleret melihat drama aku dan Encik Firdaus. Juga malu
apabila mendengar gelak kuat mamat Nepal yang menjadi
punca amarahku. Menjadi punca kemalangan ini.

49
Biarlah YM Berbicara

Encik Firdaus berpaling ke arah tawa sumbang itu.


Namun, pegangan tangannya tidak dilepaskan.
“Yes? Anything funny, Damodar?” soalnya serius.
“Nothing, sir. Sorry!” balas lelaki itu sambil terus
berlalu.
Padan muka! Namun, aku perasan masih ada sisa
tawa yang dibawa bersama. Dan, Encik Firdaus… bila nak
lepaskan tangan saya ni? Aku bertanya sendiri.
“Merah dahi awak. Ni, kena tuam ni.”
Encik Firdaus bersuara sambil mengelus perlahan
dahiku. Alahaiii… janganlah macam ni Encik Firdaus. Ini
dah macam drama romantik rupanya ni.
Encik Firdaus mengelus perlahan dahiku sambil
menggenggam erat jemariku. Aku tak tahu apa yang dia rasa
saat ini. Tapi, yang aku pasti, perbuatannya itu membuat
jantungku seperti mahu meledak. Janganlah buat saya jadi
perasan, Encik Firdaus.
“It’s okay, Encik Firdaus. Salah saya. Saya minta
maaf. Saya tak hati-hati,” ujarku sambil menarik tanganku
dari genggamannya.
Dengan perlahan dia leraikan pegangannya, sambil
matanya masih menikam mataku.
Macam tak nak lepas aja, hatiku berbisik sendiri.
Menyedari renungan mata Encik Firdaus masih juga jatuh ke
wajahku, aku tunduk. Kenapa lain benar pandangan Encik
Firdaus kali ni? Silap hari bulan boleh pengsan aku di situ.
“Jangan lupa tuam dahi tu. Nanti benjol, nak
bersanding tak cantik.”
Aku tersengih. Aduhai Encik Firdaus. Sempat kau
buat lawak denganku? Tidakkah kau tahu perasanku saat ini?
Bergelora bagai taufan menyapa lautan.

50
Hanni Ramsul

“Saya pergi dulu. Kak Lisa, saya pergi dulu,”


pamitku.
Kak Lisa tersenyum panjang dan Encik Firdaus
pula merenung panjang. Merenung siapa? Merenung akulah!
Itu yang buat aku nak cabut cepat-cepat. Sebelum aku
perasan lebih-lebih, baik aku pergi dari situ. Dalam pada
melayan debar dek layanan Encik Firdaus, tiba-tiba aku
teringatkan Charming.
Maafkan saya Charming. Saya cuma suka sikit saja
kat bos saya ni. Itupun sebab semua orang suka kat dia, saya
pun rasa macam nak suka juga la. Tapi, hati saya tetap kat
awak. Walaupun saya tak kenal awak… teringatkan Charming
aku jadi lupa pada Abang Kamal. Jadi lupa pada Encik
Firdaus. Senyum manis tiba-tiba terukir di bibir.

51
Biarlah YM Berbicara

bab 7
D
UA hari berlalu sejak insiden
drama romantik antara aku
dan Encik Firdaus. Dua hari itu
jugalah mulut murai sebelahku ini tidak berhenti bertanya
itu dan ini. Betul-betul buat aku rimas. Hilang tumpuan aku
gara-gara mulut kecil ini. Tumpuan apa? Tumpuan bercinta
dengan Charminglah.
Di rumah, tumpuan bicaraku dengan Charming
terbantut di hujung jari. Di pejabat pun sama. Gangguan
yang sama daripada mulut yang sama. Itu belum masuk lagi
pesanan ringkas dan deringan tidak berangkat daripada
Abang Kamal. Banyak sungguh halangan untuk kita bersama,
Charming. Aku mengeluh sendiri. Menunggu untuk beberapa
ketika lagi di hadapan komputer sebelum aku beredar ke
bahagian production.
“Diya!”
Aku tersentak. Dengan malas aku pandang wajah
Sharifah yang sudah menyinga.
“Apa dia Sherry? Mulut kau ni, tak reti penat ke?”

52
Hanni Ramsul

Sharifah mencebik. Dari mejanya, dia menghayun


langkah ke arahku. “Aku tak akan penat selagi kau tak cerita
habis pasal tu!”
“Nak cerita apanya? Tak ada apa-apalah. Kan aku
dah beritahu hari tu. Kita orang terlanggarlah. ‘Ter’… kau
tahu tak makna ‘ter’? Kalau kau tak faham, orang putih cakap
accident. Faham tak?”
Sharifah mencebik. “Itu aku tahulah. Tapi, takkan
setakat tu aja? Aku tengok Encik Firdaus tu pun dah lain
macam aja tengok kau. Kuch kuch ho ta hai kut. Apa kata
orang tu… dari mata terus turun menusuk hati. Aduh!”
“Ek? Kau memang. Semua orang lain macam di
mata kau. Malas aku nak layan kau. Charming ni pun satu...
mana dia pergi ni. Tak muncul-muncul lagi. Ini semua kau
punya pasallah! Asyik tanya pasal Encik Firdaus aja…” Aku
merungut sambil mengangkat punggung.
“Apa pulak kena-mengena antara aku dengan Encik
Firdaus dan Charming kau tu? Kalau kau, lainlah. Kau
rebutan antara dua jejaka tu,” Sharifah menjawab dengan
gaya seorang sasterawan.
Geram aku hilang melihat gelagatnya. Timbul pula
rasa lucu yang menggeletek jiwa.
“Yalah. Pasal kau asyik tanya aku pasal bos kita tu,
dua kali aku tertaip nama Encik Firdaus dan terhantar kat dia
tau. Dua kali jugak dia tanya aku siapa Encik Firdaus tu.
Tengok… dua hari dia tak online langsung. Tentu dia marah
kat aku. Tak pun dia ingat aku ni, cuma nak main-mainkan
dia. Geram betul aku!”
Sharifah tersengih.
“Kau geram kat siapa? Kat Charming ke?” soalnya.

53
Biarlah YM Berbicara

“Kat kaulah!”
Sengih Sharifah makin lebar sambil menggigit jari
dengan muka takutnya.
“Sorrylah. Tapi, salah kau juga. Aku tanya sekali
kau tak nak cakap. Tu yang terpaksa juga kacau kau dating
tu,” Sharifah bersuara bersama gelak besar.
Aku menjeling. Aku sembang online, dikatanya
dating? Betullah budak Sharifah ni.
Aku baru hendak melangkah apabila tiba-tiba satu
Window kecil muncul di skrin komputer. Senyumku
memekar tiba-tiba. Langkah terhenti, dan aku duduk semula.
Tiba-tiba alam kurasa dipenuhi bunga-bunga yang berwarna-
warni. Sama seperti perasaanku saat ini. Berbunga-bunga.
Charming: BUZZ!!!
Charming: Hai sweet!
Senyumku makin lebar. Siapalah yang dapat
kugambarkan perasaanku saat ini. Seronok dan bahagia
bercampur menjadi satu. Tidak dapat aku nafikan lagi. Aku
memang sudah terpikat pada Charming. Benar-benar
terpikat!
“Amboi, muka… terus berseri-seri!” sakat Sharifah
bersama senyuman yang tidak kurang lebarnya.
Aku menjeling. “Jangan kacau aku. Kalau dia offline
lagi, siap kau!”
“Aik! Charming kau yang buat perangai, aku pulak
yang kena marah!”
Aku senyum sambil membuat isyarat menyuruh
Sharifah berlalu dari mejaku. Dari pagi sampai tengah hari
sibuk dengan kerja. Walaupun aku cuma bekerja dengan
separuh hati sahaja. Kerana separuh lagi, aku guna untuk

54
Hanni Ramsul

memikirkan tentang Charming. Jadi, saat ini tidak akan aku


sia-siakan.
Sharifah jelirkan lidah sebelum berlalu.
Dan aku tergelak kecil.
Charming: BUZZ!!!
Charming: Ada ke tak ni?
Ugly Betty: Ada. Mana U pergi? Lama tak online…
Charming: Lama ke? Mana ada? Baru semalam I x
ada. Ni, I dah datang balik.Kenapa? U rindu kat I ke?
Aku tersengih. Memanglah aku rindu. Rindu sangat
nak baca bait-bait bicaranya. Suka mengulit perasaan sendiri
dengan bicaranya yang romantik dan bersahaja.
Charming: Diam pulak dia.
Ugly Betty: Kalau I rindu pun, rindu sorang2 jer...
Takkan U nak rindu kat halimunan macam I ni.
Charming: Halimunan?
Ugly Betty: U yang cakap hari tukan? I ni macam
halimunan. Ada dalam tiada.
Charming: Halimunan pun halimunan la. Nak buat
macam mana? Dah nasib I jatuh cinta dengan halimunan.
Terimalah seadanya...
Aku tersenyum. Jatuh cinta konon. Meskipun di
dalam hati ada getar halus yang mengusik jiwa. Tetapi, aku
kena realistik sikit. Mana ada lelaki senang-senang nak jatuh
cinta pada seorang gadis yang tidak dia kenali. Kalau aku,
lainlah. Aku ni perempuan. Perempuankan jiwanya halus.
Aku tergelak kecil.
Ugly Betty: Jatuh cinta? Senangnya U jatuh cinta.
Kenal tak… tiba-tiba cakap jatuh cinta kat I.

55
Biarlah YM Berbicara

Charming: Kenapa? U x percaya ke? Kalau sekarang


U bagi alamat rumah keluarga U, sekarang juga I pergi
meminang. Serius ni!
Aku cuma tersenyum panjang.
Charming: Senyum pulak. Senyum buat apa?
Bagilah alamat family U. Nanti I hantar rombongan
meminang. I tak main-main. Serius ni!
Senyum di bibir mati tiba-tiba. Macam biasa,
Charming dengan misterinya. Dan, betul ke Charming serius?
Aku jadi buntu. Tidak tahu bagaimana hendak membalas
bicara jejaka ini. Sudahnya aku cuma menggaru dagu
perlahan-lahan. Mencari ilham.
Charming: Cakaplah…
Ugly Betty: Cakap apa?
Charming: Alamat U la, sayang.
Ugly Betty: Hmmm... ingatkan apa la tadi. Dah
cakaplah... tp, U x dengar kut
Aku senyum.
Charming: Kalau macam tu, type…
Ugly Betty: Hehehe
“Lebar senyum, nampak?”
Fokus aku terganggu lagi. Geramnya! Kenapalah
selalu macam ni. Aku berpaling.
Senyum Johan melebar, bersama sengih Damodar
di belakangnya.
Aku turut tersenyum panjang. Lupa. Sepatutnya
sekarang aku ke production department berjumpa dengan
Johan. Cuma itu yang mampu aku hadiahkan pada lelaki ini.
Minta maaf la banyak-banyak. Saya lupa!

56
Hanni Ramsul

“Kita tunggu dia kat sana, sampai berasap


punggung. Kata pukul sebelas, sekarang dah nak masuk
lunch dah ni,” Johan bersuara sambil bersidai di mejaku.
Cepat-cepat aku minimize Window Charming. Maaf
Charming, gangguan lagi! “Sorrylah. Saya betul-betul sibuk
tadi. Baru nak pergi ni haaa.”
Johan senyum. “Tak apa. Diya punya pasal, saya tak
boleh marah.”
“Joe… kasi duduk jauh-jauh. Nanti ada orang
marah U tau.”
Aku pandang Damodar yang tersengih. Tak sayang
mulut betul Nepal ni. Geram pula aku melihat senyumannya.
Lebih geram lagi apabila kata-katanya itu disambut derai tawa
Sharifah.
Johan cuma tersenyum kecil. Matanya jatuh ke
wajahku. Memandang dengan pandangan yang selalu dia
hadiahkan untuk aku.
“Patutlah tak pernah nak layan kita,” Johan
bersuara bersama senyuman kecil. Antara nampak dan tidak
nampak.
Aku diam. Ini semua pasti mulut Damodar yang
buat kerja. Cepat betul berita tersebar.
“Mana ada? U ni Damodar... pandai aja reka cerita
ya?” marahku pada Damodar.
Damodar tersengih panjang.
Johan turut tersenyum walaupun senyumannya
tidak seceria mana.
“Nah!” Dia bersuara sepatah sambil menghulurkan
sekeping disket bersama beberapa keping kertas laporan
bulanan untuk production department.

57
Biarlah YM Berbicara

Aku tersenyum kecil. “Menyusahkan awak aja. Tak


payah hantar pun tak apa… saya boleh pergi after lunch.”
Johan cuma tersenyum kecil sambil menjongket
bahu. “Small matter la. Lagipun, memang nak keluar lunch
pun. So, bawa sekali. Nanti, kalau ada kerja tak payah nak ke
sana ke sini. Ya tak?”
Aku cuma mampu senyum. Dia ni, perli aku ke?
“Ke… nak tengok muka, Joe?” duga Sharifah.
Aku berpaling. Merenung tajam ke arah Sharifah
yang tersengih.
“Tu pun satu sebab jugak, Sherry. Walaupun orang
tu tak sudi kat kita, tapi kalau hati kita dah berkenan…
teringin jugak nak tengok muka tu,” balas Johan sambil
mengangkat kening padaku dengan muka yang sedikit serius
dan sedikit bergurau.
Membuat aku sendiri keliru. Mamat ni, serius ke
bergurau? Tapi, lupakanlah. Bukan benda penting pun. Apa
yang lebih penting, saat ini aku menunggu dua lelaki ini
berlalu, supaya aku boleh berbicara dengan Charmingku
secara tenang dan aman. Tanpa sebarang gangguan.
“Jom, Diya. Kita keluar lunch.”
Aku termangu. Dengan cukup bersahaja Johan
mempelawa aku. Aku menggeleng perlahan. “Tak apalah.
Terima kasih. Saya kenyang…”
“Kenyang ke tak sudi nak keluar dengan kita?”
Aku senyum kecil. “Betul. Saya kenyang. Terima
kasih ajalah ya?”
“Tu la kau. Aku ni yang lapar, kau tak nak ajak.
Pergi ajak orang yang dah kenyang tu, buat apa?” Sharifah
menyampuk lagi.

58
Hanni Ramsul

“Ajak kau buat apa? Perabih duit aku aja. Ajak Diya,
tak apa... boleh tenangkan jiwa aku yang gundah gulana ni.”
Sharifah mencebik.
Johan tersengih.
Aku pula termangu. Bengang dengan situasi yang
asyik memisahkan aku dengan Charming.
“Joe, cepatlah! Itu hero sudah datang. Nanti kalau
kena marah, aku tak tahu!” Damodar bersuara tiba-tiba,
dengan gaya Bahasa Melayu aras tingginya.
Aku tergelak mendengar kata-katanya. Dalam gelak,
aku pandang ke arah Damodar. Tidak faham dengan kata-kata
lelaki itu.
Johan pula buat-buat tidak dengar.
“Ek hem… sibuk nampaknya. Ada mesyuarat ke?”
“Tak adalah bos. Mahu pergi makan jugaaa!” Cepat-
cepat Damodar menjawab pertanyaan Encik Firdaus.
Johan yang membelakangi Encik Firdaus segera
mengangkat punggung dari meja.
Aku pula, segera tunduk tatkala Encik Firdaus
sudah tercegat di hadapanku.
“Bila kantin kita tukar ke sini? Tak tahu pula saya.”
Johan tersenyum kecil sambil menggaru kepalanya
yang tidak gatal. Rambut dah ala-ala rambut Mawi, mana
datang gatalnya.
Encik Firdaus turut tersenyum walaupun tidak
cukup lebar untuk melegakan hati pekerja-pekerjanya ini.
Encik Firdaus ni, dalam senyum pun sempat nak menyindir.
“Hantar report kat Adiya, Encik Firdaus,” Johan
memberi keterangan secara terperinci.

59
Biarlah YM Berbicara

Mendengar namaku disebut, aku mengangkat


muka. Aku tersenyum kecil pada Encik Firdaus. Hakikatnya,
baru hari ini aku bertentang mata semula dengan Encik
Firdaus. Dua hari aku mengelak daripada bertemu
dengannnya. Sebabnya, malu belum surut di hati ini.
“Oh… so, you dah lunch ke Joe?”
“Nak pergi la ni. Jom, Dam!” Johan bersuara sambil
mengajak Damodar.
“Diya? Dah lunch?”
“Dah,” bohongku sepatah. Laju pula tu meluncur
dari bibir.
Encik Firdaus memandang dengan pandangan tidak
percaya.
Aku tersengih. Bagaimana dia mahu percaya?
Lunch time baru bermula, aku boleh cakap sudah makan
tengah hari. Kalau cakap ‘belum kenyang lagi’ bolehlah
diterima. Lantaklah! Dah terlajak kata, mana boleh diundur-
undur. Buat muka sardin sudahlah depan bos handsome ni.
“Dahi awak tu… merahnya tak hilang lagi ya?”
Encik Firdaus bertanya sambil sedikit menunduk. Memerhati
dahiku dengan lebih dekat.
Jari-jemariku cepat-cepat menutup dahi. Ish! Encik
Firdaus ni, boleh perasan pula dia. Malunya aku. Dalam
berdebar dan malu, aku tidak tahu wajahku bertukar ke
warna apa. Entah-entah warna hijau tak? Lebih-lebih lagi saat
itu juga mata Johan dan Damodar turut melekat di dahiku.
Melihat tingkah kalutku, barangkali, Encik Firdaus
tersenyum lebar. Hmmm… bergayanya senyuman dia. Dan
aku… aku pandang ke bawah meja.
“Balik tuam dahi tu.”

60
Hanni Ramsul

Aku cuma pamerkan sebaris gigi yang tersusun rapi


buat Encik Firdaus.
Lelaki itu pula mengangkat kening sebagai balasan.
Membuat jantungku tiba-tiba berdegup kencang.
Dan saat itu juga, aku terpandang wajah Johan yang sedikit
berubah. Perlahan-lahan dia mengatur langkah.
“Joe, awak makan kat mana?”
“Kat luar Encik Firdaus. Dengan Dam ni.”
“Jomlah. Pergi dengan saya sekali. Saya pun nak
keluar lunch ni.”
“Eh, tak apalah…”
“Ikut ajalah. You pun Damodar. Girls? How about
you?”
Aku cukup laju mengeleng dan Sharifah pula, turut
menggeleng perlahan apabila melihat gelenganku.
Encik Firdaus tersenyum kecil.
“Nak buat macam mana, orang tak sudi. Jomlah
kita pergi,” ujarnya sambil mengatur langkah.
Johan dan Damodar menyusul di belakang.
“Jangan lupa tu…” Encik Firdaus sempat berhenti
di pintu utama pejabat sambil berpaling menunjukkan
dahinya. “Tuam selalu!”
Aku tersengih lagi.
Encik Firdaus tersenyum sambil berlalu.
“Kau ni, kalau tak… boleh makan free. Mesti
tempat best-best tu dia orang pergi makan,” Sharifah
menyuarakan ketidakpuasan hatinya sebaik sahaja ketiga-tiga
lelaki itu hilang di mata.
Aku kerutkan kening. Ada ke marah aku pulak!

61
Biarlah YM Berbicara

“Kau nak ikut, ikut aja la. Aku tak larang pun!”
tukasku bersahaja.
“Yalah. Aku sorang perempuan, seganlah…”
Aku tersenyum sambil mengangkat punggung.
Window Charming sudah lama menyepi. Pasti lelaki itu
sudah tiada. Perlahan aku menutup Window itu.
“Jomlah!”
“Pergi mana?”
“Makanlah. Aku belanja. Tapi, kat kantin ajalah.”
Sharifah tersengih.
“Okey... no hal! Ini yang aku tunggu-tunggu ni.”
“Memanglah aku belanja… tapi kau yang bayar,”
ujarku bersama gelak jahat.
Sharifah mendengus marah.
Dan aku menyambung gelakku sambil berlalu.
“You girls… nak ke mana tu?”
Langkahku terhenti serta-merta. Buk!
“Adoi!!!” Sharifah menjerit sakit.
Aku tergelak. Walau ada rasa sakit di belakangku,
dek dilanggar oleh Sharifah, namun rasa lucu lebih ketara di
hatiku.
“Kau nikan… nak berhenti tak reti-reti nak bagi
signal ke?” marahnya sambil menggosok hidungnya.
“Kau ikut dekat sangat,” ujarku masih lagi bersama
gelak lucu.
“You ni, Adiya… suka berhenti mengejut macam ni
ya? Patutlah hari tu boleh accident dengan bos.”
“Betullah... sakit hidung aku tau!”

62
Hanni Ramsul

Aku mengulum senyum. Cuba membuang rasa geli


hati.
Sharifah masih menggosok hidungnya.
Kak Lisa tersenyum kecil.
“You all nak ke mana ni?” tanya Kak Lisa.
“Lunch,” jawabku sepatah.
“Ikut... I belanja. There’s something I nak discuss
dengan you, Adiya.”
Ha? Kak Lisa nak bincang sesuatu denganku? Apa
dia? Macam serius saja nadanya. Ini yang buat aku jadi seram
sejuk ni. Darah gemuruhlah katakan.
“Hal apa kak? Encik Firdaus nak meminang Diya?”
“Hey!” Aku terjerit tiba-tiba tatkala mendengar
soalan Sharifah. Terkejut dengan soalan berani mati gadis itu.
Budak ni, memang nak kena cili mulut ni.
Kak Lisa tergelak mendengar soalan itu. Atau… dia
tergelak melihat aku yang terkejut tahap cimpanzi itu?
Entahlah… aku tak tahu. Yang penting, tiba-tiba aku dilanda
rasa ingin tahu.
“Lebih kurang macam tu la,” balas Kak Lisa
bersahaja.
Aku ternganga. Memang suspen ni. Sharifah? Tak
usah ceritalah... Dia yang terlebih suspen!
“Jom!” ajak Kak Lisa sekali lagi.
“Okey…okey… jom Diya!” sampuk Sharifah sambil
menarik tanganku.
Aku cuma menurut dengan perasaan yang serba
tidak kena. Pandai betul Kak Lisa buat aku nervous. Nervous
tahap cipan ni.

63
Biarlah YM Berbicara

bab 8
T
ELEFON bimbit, aku alihkan
ke telinga kiri. Terasa tangan
kananku sedikit lenguh. Telinga
pun sudah sedikit panas.
“Kenapa diam?”
“Ada ni… tukar telinga jap.”
“Ha? Tukar telinga? Berapa pasang telinga yang you
ada?”
Aku tergelak. Tersilap cakap. Malunya…
“Tukar phone ke telinga kiri. Penatlah… sakit
tangan,” aduku.
“Alaa… so pity, my girl. Dah lama sangat ya kita
berborak? I pun tak perasan masa berlalu.”
Aku tergelak kecil. Sambil itu aku perasan Sharifah
yang tegak di sofa memandangku. Aku tersengih sambil
berpaling menghadap skrin komputer yang gelap.
“Tak apa… I tak kisah. Bukan selalu pun I boleh
berborak dengan you macam ni,” aku bersuara ceria. Tidak

64
Hanni Ramsul

mahu Charming mematikan talian sebenarnya. Walaupun


pada hakikatnya, sudah hampir dua jam aku bersembang
dengannya. Jangan ditanya apa yang kami bualkan, kerana
aku sendiri pun tidak tahu apa yang menjadi topik perbualan
kami. Segala-galanya berlalu begitu sahaja. Tiada perkara
penting yang dibualkan. Tetapi, kami seolah-olah tidak
kekeringan tajuk untuk dibualkan. Ada sahaja cerita dari
mulutnya dan ada sahaja jawapan daripadaku. Begitu juga
sebaliknya. Dan, yang penting… aku betul-betul menikmati
kegembiraan ini.
“So, apa yang I minta siang tadi, macam mana?”
Aku kerutkan kening. Apa yang dia minta siang
tadi? Aku tidak ingat. Maklumlah siang tadi banyak sangat
gangguan yang datang.
“Apa?”
“Tak ingat ke?”
“Maaf. I betul-betul tak ingatlah. Apa dia ya?”
“Alamat rumah youlah. Kita bertunang, nak?”
Hah? Alamak! Dia dah masuk topik yang tidak
menariklah. Topik serius. Ini yang buat aku seriau. Macam
mana nak jawab ni? Aku mula gelisah. Tiba-tiba rasa macam
hendak letak telefon saja.
“Okey… kita bertunang?”
“You biar betul! Nama I pun you tak tahu, nak
bertunang pulak.”
“Itu senang aja. You beritahu nama you, then I
tahulah. Tak nak beritahu pun tak apa. I panggil you Betty
aja. Lagipun, kita nak bertunang aja dulu. Tak payah pakai
nama penuh pun tak apa. Tapi, kalau nak nikah esok, terpaksa
jugalah you bocorkan rahsia nama you tu. Nanti kelam-kabut
I depan tuk kadi. Takkan masa tu pun you nak berahsia juga.”

65
Biarlah YM Berbicara

Aku tergelak. Suaranya yang selamba di hujung


talian membuat resahku semakin menjadi-jadi.
“Setuju tak? Jangan tanya sama ada I serius atau
tak? Sebab, from the beginning, I dah cakap I serius. So,
now... just say yes or no?”
“Errr… ni bukan…”
“Yes or no…” Charming menyampuk sebelum aku
sempat menghabiskan kata-kata yang memang aku mampu
canai separuh sahaja itu.
“No!” jawabku laju.
“No?” Terdengar suara Charming sedikit terkejut.
“No, I mean bukan ‘no’. Tapi, bukan juga yes. No…
I don’t know….”
Charming tergelak panjang. Romantisnya gelak
lelaki ini.
“Kenapa sayang? Tiba-tiba nervous pulak. Bukan
ajak kahwin pun. Ajak bertunang aja dulu. Just say yes.”
“Ini bukan perkara main-main. Melibatkan dua
keluarga. I rasa belum sampai masanya untuk fikir sampai ke
tahap ni.”
“Mungkin masanya belum sampai pada you. Tapi,
pada I… I dah bersedia. Dah sampai masanya untuk I maju
setapak lagi dalam hubungan kita.”
Aku kaku seketika. Betulkah lelaki ini tidak main-
main? Tapi, memang selama aku mengenalinya, dia sangat
serius apabila berbicara tentang hala tuju perhubungan kami.
Rasanya, aku yang banyak main tarik tali dengannya. Itupun,
dia seolah-olah tidak jemu melayan sikap aku yang kadang-
kadang nampak macam mengada-ada itu.
Ish! Mengada-ada ke aku ni? Tak adalah mengada-

66
Hanni Ramsul

ada sangat. Cuma, bimbang dengan keputusan yang bakal


diambil. Itulah sebabnya sampai sekarang pun, langsung
tidak ada keputusan yang aku buat. Tidak berusaha untuk
teruskan hubungan ini ke satu tahap yang lebih serius. Bukan
tidak mahu. Tetapi tidak berani.
“Sayang?”
Aku berdeham perlahan mendengar panggilannya.
Hampir luruh hati ini mendengar panggilan romantis itu.
Aku akui aku amat bahagia dengan layanan ini.
“Ada ni…” balasku dengan suara sedikit bergetar.
“Sayang… you tak yakin dengan cinta I? Kalau you
tak yakin, you ambillah sebanyak mana pun masa untuk
belajar yakin pada I. I akan tunggu you.”
Ah, sudah! Macam mana nak jawab ni? Memang aku
tidak begitu yakin. Tapi, kalau aku jawab macam tu, mesti dia
kecil hati. Aku mula menggaru kepala yang tidak gatal.
“Hai… baru kejap tadi syampu kepala tu, masih
gatal lagi ke?”
Aku menjeling. Ada saja nyamuk yang mengganggu.
Sharifah tersengih sambil menongkat dagu di meja
komputer, berhadapan denganku. Bila masa pulak nyamuk
gergasi ni, terpacak kat sini?
“Kepala siapa yang gatal?” soal Charming. Pasti dia
dengar suara nyaring Sharifah.
“Tak adalah. Kawan I ni. Kepala banyak kutu. Orang
suruh pakai racun tikus, tak nak. Pakai syampu buat apa?
Bukan hilang gatal tu,” jawabku bersahaja. Geram sebenarnya
dengan Sharifah. Kerjanya mengacau sahaja. Mendengar
kata-kataku Charming tergelak.
Sharifah pula terjerit kecil.

67
Biarlah YM Berbicara

“Aku mana ada kutu!” jeritnya sambil melempar


kusyen ke arahku.
Aku mengelak, membuat badanku tidak seimbang.
Kini, giliran aku pula terjerit kecil sebelum aku terjelepok ke
atas karpet. Sakitnya! Dan yang lebih penting, malunya!
Sharifah tergelak besar.
Aku terasa seperti mahu menangis. Nasib baik karpet
tebal.
“Apahal tu?”
Aku diam. Takkan aku nak cakap aku bergayut
dengannya sampai jatuh dari kerusi. Malulah!
“Buah nangka jatuhlah!” jerit Sharifah dekat
dengan dengan telefonku sebelum dia cepat-cepat lari masuk
ke biliknya. Hantu punya Sharifah! Dan… Charming tergelak
besar. Aku menarik muka masam. Biar pun tiada sesiapa yang
nampak mukaku saat ini, tetapi, rasa malu ini tidak
membenarkan aku sama-sama gelakkan diriku sendiri.
“Macam mana boleh jatuh ni?” soal Charming
masih bersama tawanya yang panjang.
Hampeh betul! Janganlah gelak.
Aku diam. Tiba-tiba terasa sedih apabila diri
menjadi bahan gelak orang. Lebih-lebih lagi yang gelak itu
adalah pengarang hati sendiri.
“Sayang?” panggilnya, setelah agak lama aku
berdiam diri.
“Macam mana boleh jatuh?” Sekali lagi dia bertanya
soalan yang sama.
“Janganlah gelak. Sakit tau…” Aku bersuara
separuh merengek. Bukan hendak mengada-ada, tetapi saat
itu, rasa mahu menangis pun ada. Bukan sebab sakit. Tetapi,

68
Hanni Ramsul

sebab malu dengan Charming. Hati ini tiba-tiba terasa sangat


sayu apabila Charming menggelakkan aku.
“Okey... sorry, I tak gelak. But, it’s funnylah sayang.
Sakit ya? Itulah... cuba duduk elok-elok. Jangan aktif
sangat…”
Aku menarik muka masam. Aktif apanya? Ingat aku
ni budak hyperactive ke? Mahu saja aku matikan talian
telefon saat itu juga. Kenapa aku ni? Merajuk ke? Hati
tertanya-tanya sendiri. Aku nak merajuk kat siapa? Kat
Charming ke?
“Tak apa la. Nak gelak, gelak ajalah. I letak phone.
Assalamualaikum….” Talian terus aku matikan. Amboiii
macam tak percaya. Buat kali pertamanya aku boleh merajuk
dengan Charming. Pecah rekod betul aku hari ni! Macamlah
Charming akan pujuk aku.
Telefon aku campak ke atas karpet yang tebal.
Sekarang aku perlu pergi cari Sharifah. Ada
perhitungan yang perlu dibuat dengan gadis itu. Perlahan
aku mengangkat punggung yang terasa sedikit sengal.
Dengan langkah agak laju, aku menuju ke bilik Sharifah.
Perlahan aku menolak daun pintu. Tidak berkunci. Bagus!
“Hawau kau Sherry… malu aku tau! Dia gelakkan
aku!” Aku menjerit geram sambil meluru ke arah Sharifah
yang sedang meniarap di atas katil.
Sharifah terperanjat. Tetapi, sudah terlambat. Aku
sudah pun melompat ke katil sambil memukulnya dengan
kusyen yang dia baling padaku.
Sharifah ketawa sambil mengelak pukulanku.
“Padan muka! Siapa suruh kau kutuk aku depan
dia,” balas Sharifah bersama gelak besar. Bergolek-golek dia
cuba mengelak.

69
Biarlah YM Berbicara

“Malu aku tau!” ujarku sekali lagi.


Sharifah tersenyum sambil menutup mukanya
dengan kedua-dua belah tangan.
Aku pula terus memukul.
“Woit! Cup! Cup! Ada call. Aku nak jawab dulu,”
“Ahhh… aku tak kira... aku marah gila kat kau
ni!!!”
Terkial-kial Sharifah cuba mencapai telefon
bimbitnya.
Aku pula terus memukulnya. Dalam bergelut itu,
aku tidak sedar kami sudah berada di hujung katil. Dan,
sekali lagi. Bedebuk! Kami sama-sama jatuh ke lantai.
“Adoiii!!!” Kami sama-sama mengaduh.
Aku tersengih. Walaupun sakit, tetapi aku puas
hati.
“Adoiii… helo… siapa ni?” Sharifah mengaduh
sambil menjawab telefonnya.
Aku bangkit sambil tersenyum panjang.
“Ada. Kejap.”
Aku pandang wajah Sharifah yang tersenyum kecil.
“Charming. Dia nak cakap. Phone kau mana?”
Aku diam. Ceriaku hilang serta-merta. Rajuk tadi
menjelma lagi. “Cakaplah aku dah tidur.”
“Dia dengar kita sama-sama tergolek tadi, kau nak
aku cakap kau dah tidur? Dah, jangan nak mengada. Jawab!”
Aku mendengus. Sharifah ni. Kut ya pun, cubalah
belajar cakap perlahan sikit. Telefon di tangannya kucapai.
Kulekapkan di telinga. Tapi, masih tidak bersuara.

70
Hanni Ramsul

“Helo…”
Aku diam.
“Helo… sayang merajuk ya? I minta maaf okey? I
tak buat lagi. Tak sangka, rupa-rupanya Betty I ni, sensitif
orangnya.”
Aku diam lagi.
“Cukuplah tu... I dah minta maafkan? Cakaplah
sesuatu. I’m sorry. So… so sorry….”
Bibirku terukir sedikit senyum. Rupa-rupanya
indah perasaan apabila dipujuk. Kalau macam ni, rasa seperti
nak merajuk selalu.
“Sayang?”
“Ada ni…” jawabku perlahan.
“Tadi bunyi bising. Jatuh lagi ke? You lawan
wrestling ke?”
Aku tergelak kecil. “Tak adalah… mana ada.”
Charming turut tergelak di hujung talian. “Okeylah
sayang. Dah lama sangat kita sembang ni. Esok, nak
kerjakan? So, good night. Sweet dream. Okey?”
“Okey.”
“Assalamualaikum….”
“Waalaikumussalam…” balasku perlahan. Dan, tak
lama selepas itu, talian terputus.
Aku mengeluh panjang. Rasa tidak puas hati apabila
bicara terpaksa ditamatkan. Sudahnya aku berbaring di katil
Sharifah. Telefonnya kuletak di sebelah. Melihat aku
berbaring santai di katilnya, Sharifah turut menghempaskan
badan di sebelahku.
“Lama kau borak dengan dia. Apa yang dibualkan?”

71
Biarlah YM Berbicara

“Entah… aku pun tak tau.”


Sharifah mencebik. Dia menongkat kepala sambil
merenung ke arahku.
Aku pula terus sahaja memandang siling.
Membiarkan fikiranku kosong seketika.
“Kau serius ke dengan dia?”
“Entah... aku pun tak tahu.”
Sharifah mendengus perlahan. “Semuanya entah…
boringlah cakap dengan kau ni!”
Aku berpaling ke arah Sharifah. “Sherry...”
“Hmmm… ada apa?” soal Sharifah malas.
Barangkali mood untuk jadi penyibuk sudah hilang apabila
dia mendengar jawapan demi jawapan yang membosankan
daripadaku. Dia leka menekan telefon bimbitnya. Cukup laju.
Pasti sedang menghantar pesanan ringkas buat Azman.
Aku tersenyum. Bahagianya Sharifah bersama buah
hatinya.
“Dia ajak aku bertunang…” aku bersuara perlahan.
Sharifak tersedak tiba-tiba. Sambil terbatuk-batuk,
dia bangkit lalu terus bersila di sebelahku.
Aku cuma memandang. Sharifah ni, kalau bab bagi
respons, memang tidak pernah tidak over.
“Apa?” soalnya separuh menjerit.
“Dia ajak aku bertunang.”
“Serius? Dia serius ke?”
“Dia cakap dia serius. Tapi, manalah aku tahu dia
betul-betul serius ke, dia main-main ke…”
“Kau jawab apa?”

72
Hanni Ramsul

Aku menjongket bahu.


“Kau setuju?”
“Gila ke aku nak setuju? Aku mana kenal dia?
Entahlah... aku pun tak tahulah Sherry. Apa aku nak buat
ha?”
“Kau dengan dia, macam mana? Kau betul-betul
sukakan dia tak?”
Aku mengeluh panjang. Pandangan kuhalakan
semula ke siling.
“Memang aku sukakan dia. Aku selesa dengan dia.
Aku suka cara dia layan aku. Cara dia layan kerenah aku.
Yang penting, aku tak payah nak jumpa dia.”
“Kau ni, peliklah. Takkan kau nak bercinta macam
ni sampai tua? Kalau kau betul-betul sukakan dia, pergilah
jumpa dia. Takkan dia sanggup nak layan kau macam ni aja.
Dia mesti harapkan satu hari nanti, kau akan jumpa dia.
Nanti, bila dia dah bosan… baru padan muka kau!”
“Aku bukan tak nak jumpa dia… tapi, aku tak
beranilah. Aku rasa masanya belum tiba.”
“Bilalah masanya tu? Bila dia dah bosan dan
tinggalkan kau ke?”
“Hish! Kau ni… janganlah cakap macam tu!”
“Pada pendapat akulah…”
“Amboiii kau cakap macam nak jawab soalan Bahasa
Melayulah,” sampuk aku tersengih.
Sharifah jelirkan lidah tanda marah.
“Okeylah... apa pendapat kau?” soalku bersama
senyuman meleret.
Sharifah senyum semula.
“Aku rasalah, dah sampai masanya kau jumpa

73
Biarlah YM Berbicara

Charming kau tu. Lagipun kau betul-betul sukakan diakan?


Aku tak fikir dia nak permainkan kau. Dari mula lagi, nampak
sangat dia serius dengan kau. Kau saja yang macam nak tak
nak dengan dia.”
“Aku naklah… tapi…”
“Tapi tulah yang malas aku nak dengar tu!”
Aku tersenyum pendek.
“Stop pasal Charming. Pasal Encik Firdaus tu,
macam mana?”
“Pasal apa?” soalku pura-pura tidak tahu.
“Pasal pinangan dia tu la!”
Aku tergelak kecil. Teringat semula kata-kata Kak
Lisa tengah hari tadi. Kelakar betul Encik Firdaus ni.
“Gelak pulak. Apa jawapan kau?”
Aku menguap perlahan.
“Mengantuklah. Okeylah Sherry… aku nak masuk
tidur. Charming suruh aku mimpi indah-indah malam ni.”
Aku bersuara sambil berlalu ke pintu.
“Hei!”
Aku terus berlalu tanpa mengendahkan panggilan
Sharifah.
“Cakap pasal Charming, sampai pagi pun tak apa.
Cakap pasal orang lain... terus aja kau mengantuk ya. Esok
aku tanya lagi. Kau ingat aku nak mengalah macam tu aja?”
Aku tergelak kecil mendengar ugutan Sharifah.
Lantak kaulah Sharifah. Aku layan mimpi dengan Charming
lagi bagus.

74
Hanni Ramsul

bab 9
“A
DIYA… datang jumpa saya
sekejap!” Suara Kak Lisa
memanggilku di interkom.
Aku mengerutkan kening.
“Okey!” jawabku sepatah. Fail di hadapanku, aku
tutup perlahan. Ada apa hal Kak Lisa nak berjumpa
denganku? Hati digaru sedikit rasa pelik.
“Sherry, aku pergi jumpa Kak Lisa kejap. Kalau
Johan datang bagi P.O, kau tolong filing terus dalam fail ya.
Nanti, misplace pulak!”
“Yalah!” Sharifah menjawab sepatah sambil
matanya melekat ke skrin komputer. Tekun key in invoices
yang berlambak-lambak di tangannya.
Aku terus melangkah ke arah meja Kak Lisa.
Melihat aku, dari jauh lagi senyuman manis sudah terukir di
bibir wanita itu. Melihat riak wajahnya yang serius, pasti
semua orang akan menyangka Kak Lisa seorang yang
sombong. Barangkali karisma sebagai seorang setiausaha
yang begitu elegan, membuatkan Kak Lisa kelihatan sedikit

75
Biarlah YM Berbicara

angkuh. Tetapi, sebenarnya wanita ini seorang yang baik hati.


“Kenapa akak nak jumpa saya?” soalku sebaik sahaja
tiba di mejanya.
Kak Lisa tersenyum.
“Come… masuk bilik Encik Firdaus kejap. Tak
selesa bercakap kat sini, kan?”
Pulak! Apa perkara yang hendak dibincangkan ni?
Kak Lisa mengangkat punggung, melangkah
bergaya ke bilik Encik Firdaus.
Aku cuma mengekori dari belakang. Pintu bilik
dibuka perlahan. Kak Lisa memberi isyarat supaya aku
masuk. Aku akur. Tiada sesiapa di dalam.
“Encik Firdaus dengan ayahnya,” beritahu Kak Lisa
sambil menutup daun pintu.
Aku tersenyum. Dengan Tuan Pengurus Besar rupa-
rupanya…
“Duduklah,” pelawa Kak Lisa sambil melabuhkan
punggung ke sofa yang empuk.
Aku turut melabuhkan punggung di hadapan Kak
Lisa.
“So, macam mana?” soal Kak Lisa sambil
memandang wajahku.
“Macam mana? Macam mana apa?” soalku sedikit
hairan.
Kak Lisa mengeluh perlahan. Wajahku ditatapnya
lama. “Lupa ke… buat-buat lupa ni? Apa yang saya cakap hari
tu la…”
Aku termenung seketika. Cuba mengingati semula
apa yang pernah Kak Lisa cakapkan padaku. Rasa-rasanya

76
Hanni Ramsul

tidak ada apa yang penting. Cuma pasal cadangan Encik


Firdaus. Tetapi, aku rasa cadangan itu hanya cadangan main-
main saja. Mustahil Encik Firdaus serius.
“Apa ya? Rasanya macam tak ada kut. Atau… saya
lupa kut kak?”
“Memang you lupa. Pasal permintaan Encik Firdaus
tu la. You tak fikirkan keputusannya ke?”
“Serius ke kak?”
“Laaa… kalau tak serius, buat apa saya beritahu
you? Dia ada bagi I a few names. No! Actually dia cuma
cadangkan nama you aja.”
“Tak naklah saya kak. Saya mana tahu semua tu.”
“Dia yakin you boleh, Diya. Sebab tu dia cadangkan
you. You tak payah risaulah. I yakin you boleh buatlah. Bukan
susah pun!”
“Dah tu… kerja saya sekarang ni, macam mana?”
“Sharifah will take over your position. So, what do
you think?”
Aku resah. Macam mana ni? Wajah Kak Lisa
kupandang tanpa berkelip. “Tapi… saya tak yakinlah. Carilah
orang lain. Tak naklah saya!”
Kak Lisa mengeluh perlahan.
“Cuba jangan pandang rendah pada diri sendiri.
Nothing is imposible as long as the passion is here,” Kak Lisa
bersuara sambil tangannya menyentuh dada.
“And… confident is here…” sambungnya sambil
meletakkan pula jemarinya di kepala.
Aku tersengih. Sengih yang kurang menjadi. Ada
rasa resah dan risau yang mengganggu ketenteraman jiwaku

77
Biarlah YM Berbicara

saat ini. Bicara Kak Lisa yang tidak ubah seperti pakar
motivasi, gagal memberi perangsang padaku. Sudahnya aku
hanya mampu menggaru kepala yang tidak gatal.
“Kenapa saya? Carilah staf baru… yang lebih elok
qualificationnya. Lagipun ni bukan bidang saya.”
“Itu you kena tanya Encik Firdaus. Saya tak tahu
kenapa you yang jadi pilihannya.”
Aku tersenyum kelat. Bunyi daun pintu ditolak,
menarik perhatianku. Aku menoleh.
Encik Firdaus melangkah masuk bersama
senyuman menawan yang menguntum di bibir.
Aku kembali menghadap muka Kak Lisa. Senyum
Encik Firdaus yang menjadi igauan setiap staf wanita bujang
di kilang ini, langsung tidak kubalas. Isyarat untuk membalas
senyum itu tidak sampai ke otakku. Saat ini, otakku hanya
buntu mendengar bicara Kak Lisa. Juga buntu dengan
keputusan Encik Firdaus.
“Mengganggu ke?” soalnya sambil melangkah ke
mejanya.
Kak Lisa tersenyum manis.
Aku tidak bereaksi apa-apa. Mengganggu apanya...
inikan bilik dia. Sempat pula aku mengomel di dalam hati.
“I dah tak tahu macam mana nak pujuk your girl
ni,” ujar Kak Lisa selamba.
Aku ternganga. Your girl? Tidak silap dengarkah
aku? Apa maksud kata-kata Kak Lisa tu? Aku? Encik Firdaus’
girl? Ishhh, jangan perasan Adiya Fatiha. Aku cuma tunduk
memandang meja kaca di hadapanku tatkala Encik Firdaus
tergelak mendengar aduan Kak Lisa. Semakin hari, terasa
gelagat Encik Firdaus semakin menggerunkan. Mengelirukan.

78
Hanni Ramsul

Bak kata cewek Indonesia, bisa-bisa gue jatuh cintak nih.


Hishhh! Misterinya bos aku ni…
“Kenapa Diya? Apa yang awak fikirkan?” Encik
Firdaus bertanya sambil menyusun beberapa fail di mejanya.
Setelah mejanya agak kemas, dia melangkah mendekati aku
dan Kak Lisa.
Aku masih dengan kebuntuanku. Manalah aku ada
jawapan untuk soalan Encik Firdaus itu.
“Tell me. What is the problem?” soal Encik Firdaus
sambil melabuhkan punggung di hadapanku.
Aku tunduk. Agak rimas dengan situasi ini.
Sekarang aku tidak ubah seperti pesalah di hadapan Kak Lisa
dan Encik Firdaus.
“Lisa akan ikut suaminya ke Sarawak. So, I need
somebody untuk isi jawatan dia. Saya cadangkan nama awak.
Setuju?” Encik Firdaus kembali mengulangi kata-kata Kak
Lisa beberapa hari lalu.
Aku mengangkat muka. Mata Encik Firdaus tepat
menikam mataku. Membuat aku kelu seketika. “Saya… saya
tak tahu kerja ni.”
“Lisa will supervise you. Until the end of the
month.”
“Tapi… saya bukan dari bidang ni, Encik Firdaus.”
“Business. But you did very well in account. So
saya yakin awak boleh ambil tugas Lisa juga.”
“Tempat Sharifah macam mana pulak?”
“Sharifah memang account degree holder. So, I
think there should be no problem. Tempat Sharifah sekarang,
kita akan buka vacancy for account assistant. Settled.”
Senangnya keputusan yang Encik Firdaus ambil.

79
Biarlah YM Berbicara

Kak Lisa senyum sambil menjongket bahu padaku.


Ini bukan tawaran, ni dah seperti keputusan muktamad.
“Tak boleh cari calon yang lebih layak ke, Encik
Firdaus?” Aku mencuba untuk kali terakhir. Mencuba untuk
menolak tawaran Encik Firdaus itu.
“I’m afraid not. So, this is final decision. Okay?”
Aku tunduk. Mana aci! Ini dah kes paksa ni. Hish!
boleh ke orang macam aku ni, nak jadi setiausaha? Aku
buntu. Rasa macam nak pecah kepala fikir alasan untuk
menolak tawaran ini. Setiap alasan yang diberi, ada sahaja
hujah untuk Encik Firdaus sangkal. Hendak bagi lebih-lebih
karang takut Encik Firdaus melenting pula.
“Diam… tandanya setujulah tu ya?”
Aduh! Encik Firdaus ni bergurau pula dia. Aku
tersenyum kelat.
“Kalau dah yang empunya diri setuju, senanglah
cerita.” Kak Lisa pula menyampuk ala-ala mak cik-mak cik
pergi meminang.
Betul-betul sejiwa bos dengan setiausaha ni! Geram
pula aku melihatnya.
Kak Lisa tersenyum panjang.
Encik Firdaus turut tidak kering dengan senyuman.
“So, esok Lisa akan terangkan tugas-tugas awak.
Okey?” Encik Firdaus bersuara lagi sambil bersandar ke sofa.
Santainya dia… aku juga yang resah dan tidak puas hati.
“Adiya Fatiha?”
Aku mengangkat muka. Kemudian mengangguk
perlahan bersama sekuntum senyuman paksa.
“Good! So, Lisa… boleh?”

80
Hanni Ramsul

Kak Lisa tersenyum sambil mengangkat bahu. “I,


no problem. Anytime!”
“So, let end up the discussion. You may go now.
And, tolong panggil Sharifah. Saya nak jumpa dia,” ujar Encik
Firdaus sambil mengangkat punggung.
Aku dan Kak Lisa turut bangun dari sofa.
“Terima kasih Encik Firdaus, saya keluar dulu,”
ujarku berbasa-basi. Masih geram dengan keputusan Encik
Firdaus yang sedikit memaksa.
Encik Firdaus tersenyum sambil mengangguk
perlahan.
Aku mengatur langkah keluar. Meninggalkan Kak
Lisa yang masih berbicara sesuatu dengan Encik Firdaus.
Laju kaki kuhayun ke mejaku. Duduk seketika untuk mencari
ketenangan. Nafas kutarik perlahan-lahan.
“Kenapa ni?”
Aku berpaling sebaik sahaja mendengar soalan
Sharifah. Dia memandangku dengan pandangan hairan. Aku
menggeleng sambil membetulkan duduk.
“Encik Firdaus nak jumpa kau,” ujarku acuh tidak
acuh.
“Apa? Buat apa dia nak jumpa aku?”
“Laaa… manalah aku tahu. Kalau nak tahu,
pergilah jumpa dia.”
“Hangin pulak dia. Jealous ke sebab Encik Firdaus
nak jumpa aku?” Sharifah bertanya dengan suara mengada-
ada yang dibuat-buat.
Aku mencebik. “Tak kuasa aku nak jealous.
Cepatlah... dia tunggu kau tu!”

81
Biarlah YM Berbicara

Sharifah tersengih sambil bangun dari kerusi. “Aku


pergi ni. Ada nak pesan sesuatu ke? Nak kirim salam ke…
kirim rindu ke…”
Aku jelirkan lidah sambil menjeling.
Sharifah tergelak riuh.
“Pergilah cepat!” ujarku tatkala melihat Sharifah
masih malas-malas bergerak.
“Yalah. Nak pergi la ni!”
Aku tersenyum kecil melihat Sharifah yang
terkedek-kedek berlalu ke bilik Encik Firdaus. Tingkah
Sharifah menghilangkan sedikit rasa tidak puas hati yang
menghimpit jiwa saat ini. Sharifah hilang darpada pandangan.
Dan aku kembali bersandar ke kerusi.
Hmmm… mulai esok aku akan belajar bagaimana
untuk menjadi seorang setiausaha. Jawatan sebagai account
executive akan aku serahkan pada Sharifah. Memang aku
tahu Sharifah layak, sebab dia memang lebih berpengetahuan
di dalam bidang ini. Dia menjadi pembantu aku pun, sebab
aku yang rekomenkan dia ke sini. Jadi, takkan dia nak ambil
alih kerja aku kut. Terpaksalah dia terima juga jawatan
account assistant tu.
Aku mengeluh lagi sambil memandang skrin
komputer. Charming pun tiada untuk aku sejukkan hati ini.
Aku nak telefon dia? Ish! Tak adanya… biar dia yang telefon
aku. Aku tidak boleh telefon dia. Telefon bimbit, kucapai.
Walau mindaku tidak mahu, tetapi hati ini terasa ingin
mendengar suaranya. Rindu padanya.
Oh… Charming. Tiba-tiba hilang marahku pada
Encik Firdaus. Timbul rasa rindu pada buah hati mayaku itu.
Telefon… tidak… telefon… tidak? Telefon di genggaman
kuletak semula atas meja. Rindu tapi malu.

82
Hanni Ramsul

Sudahnya aku cuma menongkat dagu di meja.


Mengharapkan Charming yang menghubungiku. Tapi, aku
tahu itu mustahil. Charming tidak akan menghubungiku kala
waktu siang begini. Siang untuk YM. Malam kita bersembang
di telefon. Itulah yang Charming suarakan satu ketika dulu.
Aku iakan sahaja. Itu lebih baik daripada dia mengajak aku
berjumpa dengannya.
Deringan telefon bagaikan mengetahui aku sedang
menunggunya. Segera kucapai. Senyum yang baru ingin aku
ukir, padam tiba-tiba. Bukan insan yang aku nanti-nanti.
Abang Kamal! Apa lagi yang dia mahu?
Aku berkira-kira… haruskah aku jawab
panggilannya itu? Sudah beratus kali dia menghubungiku.
Sudah berpuluh rasanya pesanan ringkas yang aku terima.
Semuanya tidak aku layan. Tetapi, lelaki ini seolah-olah tidak
tahu jemu. Terus sahaja berusaha untuk mendapatkan aku.
Betul-betul membuat aku rimas!
Aku diam seketika, menanti telefonku penat
menjerit. Namun, nampaknya ia tidak tahu penat. Perlahan
aku menjawab panggilan itu. Telefon kudekatkan ke telinga.
“Helo…”
“Helo Tiha. Kenapa buat abang macam ni?”
Terdengar suara Abang Kamal sedikit sayu. Namun,
hatiku bagaikan batu saat itu. Tiada langsung rasa simpati
mendengar suaranya yang sedih itu.
“Abang nak apa lagi? Kan saya dah jelaskan sejelas-
jelasnya pada abang. Abang, tolonglah faham. Saya tak suka
abang terus kacau saya macam ni!”
“Abang tak boleh lupakan Tiha. Sedetik pun abang
tak pernah lupakan Tiha. Sejak sembilan tahun dulu,
sehinggalah hari ini. Berilah abang peluang, Tiha. Abang

83
Biarlah YM Berbicara

akan buktikan abang boleh menjadi pelindung Tiha,” ujarnya


lirih.
“Pelindung tidak akan sesekali cuba memusnahkan,
bang!” Sinis sindiran yang aku tiup ke telinga Abang Kamal.
Terdengar Abang Kamal mengeluh lemah.
“Tiha berdendam dengan abang. Tolonglah. Berilah
abang satu peluang untuk abang tebus segala kesilapan abang
dulu. Peluang pertama dan terakhir. Sebab Tiha tidak pernah
beri satu peluang pun pada abang.”
“Abang… berapa kali saya nak cakap benda yang
sama ni? Abang tak bosan ke dengar saya cakap benda yang
sama saja pada abang? Saya tak ada apa-apa perasaan pada
abang. Kalau dulu, ya. Saya sayangkan abang sebagai abang
saya. Tapi, selepas apa yang berlaku, rasa sayang tu dah
hilang. Cuma ada rasa sebal dalam hati ni. Jangan sampai
rasa sebal tu bertukar jadi benci pula!”
“Tolong jangan cakap macam tu Tiha. Abang betul-
betul sayangkan Tiha. Tak ada perempuan lain kat dalam hati
abang. Kucar-kacir hidup abang kalau Tiha terus buat abang
macam ni. Dan abang tidak mahu rasa sayang sebagai abang.
Abang mahu cinta Tiha…”
Aku mengeluh panjang. Kenapalah aku ditakdirkan
mempunyai seorang sepupu yang tidak reti bahasa seperti
Abang Kamal?
“Saya nak letak phone ni. Saya ada banyak kerjalah
bang. Minta maaf banyak-banyak. Abang tak boleh paksa
semua orang untuk ikut kata-kata abang. Setiap orang ada
jalan hidup masing-masing. Assalamualaikum!”
Belum sempat Abang Kamal menjawab, talian
sudah aku matikan. Sesekali terfikir juga, tegarnya aku
membuat Abang Kamal begini. Namun, peristiwa itu

84
Hanni Ramsul

membuat rasa marah membasuh segala simpati yang ada.


Tiada simpati untuk insan bernama Mohd Kamal Hafri.
Telefon terus aku matikan sebelum ada lagi
panggilan daripada lelaki itu. Bersama wajah yang sedikit
masam, aku pandang Sharifah yang berjalan sambil tersengih
panjang. Suka hati dengan perkhabaran daripada Encik
Firdauslah agaknya.
“Hei, kenapa masam macam susu basi ni?
Senyumlah sikit,” ceria suara Sharifah sambil melabuhkan
punggung ke kerusinya.
Aku senyum sedikit.
“Kau tahu apa yang Encik Firdaus beritahu aku?”
soalnya bersama senyuman yang cukup lebar.
“Tahu. Congratulations!”
Sharifah tersenyum.
“Terima kasih. And congratulations to you too.
Selamat bersama-sama dengan Encik Firdaus.”
Aku mencebik.
“Aik? Tak suka ke?”
“Memanglah aku tak suka. Ada ke aku nak jadi
secretary? Tak match langsung! Lainlah kalau aku ni, macam
Kak Lisa tu. Cantik… tinggi... seksi… bergaya… elegan…
semuanyalah! Perfect macam tu, bolehlah jadi secretary. Ini,
macam aku ni nak jadi secretary? Jalan pun kengkang… nak
jadi secretary. Benci betul aku dengan Encik Firdaus ni!”
Sharifah tergelak besar mendengar bicaraku. Entah
apa yang menggeletek jiwanya, aku pun tak tahu.
“Kau? Jalan kengkang? Ha ha ha… Kau ni memang
lawak la Diya. Kut ya pun janganlah over sangat condemn
diri sendiri,” ujar Sharifah sambil menyambung gelaknya.

85
Biarlah YM Berbicara

Amboiii, kelakar sangatlah tu. Sampai siap tekan-


tekan perut pula minah ni ketawa. Melihat gelaknya aku
sendiri tidak mampu untuk sembunyikan senyumku.
Memanglah kau ni penawar rawanku wahai Sharifah. Sahabat
aku dari alam kanak-kanak sehinggalah sekarang. Satu-
satunya sahabat yang paling akrab denganku. Yang
menyimpan semua rahsiaku. Dan aku simpan semua
rahsianya.
“Betullah apa aku cakap. Aku tak sesuai dengan
jawatan tu,” tukasku.
“Kalau tak sesuai, kenapa terima?” balas Sharifah.
“Aku tak terima pun. Tapi, Encik Firdaus yang baik
hati tolong buat keputusan untuk aku. Sepatah alasan aku…
sederet hujah dia. Tak larat aku nak dengar. Last-last
terpaksalah aku cakap aku setuju.”
“Hmmm… nampak sangat Encik Firdaus tu dah
tangkap lentok dengan kau. Dia nak selalu bersama kaulah
tu…”
Aku menjeling tajam. Sharifah ni, pandai-pandai
buat cerita. Karang, tak pasal-pasal jadi gosip pula.
“Kau ni... ke situ pulak. Kak Lisa nak resignlah.
Sebab tu dia perlukan pengganti,” marahku.
“Hmmm… lantak kaulah nak cakap apa. Bagi aku,
itu sajalah sebabnya. And one more thing… kau kena positif
sikit dengan kerja baru kau ni. Jangan buat muka susu basi
macam ni!”
“Macam mana aku nak positif? Aku… Nurul Adiya
Fatiha kena jadi secretary. Macam serba tak kena aja.”
“Apa pulak? Semua kerja sama ajalah. Kau nak jadi
secretary, bukan nak jadi Kak Lisa. Kau tak payahlah

86
Hanni Ramsul

bayangkan kalau kau terima jawatan tu, kau kena jadi macam
Kak Lisa tu. Yang penting kau dapatkan ilmu daripada Kak
Lisa. Then, be yourself.”
Aku mengeluh perlahan. Apa-apa sajalah Sharifah.
“And… tak sabarnya aku nak duduk kat kerusi tu,”
sambung Sharifah sambil panjang muncungnya menghala ke
kerusi yang sedang aku duduki kini.
Aku jegilkan mata. Kemudian jelirkan lidah
padanya. Satu kebiasaan dari kecil yang tidak boleh aku
buang sehingga ke hari ini.
Sharifah tersengih sambil mengangkat kedua-dua
belah keningnya.
“Bukan main lagi kau ya? Mentang-mentanglah
boleh naik pangkat.”
Sharifah masih dengan sengihnya.
Aku tersenyum nipis sambil mengambil getah
pengikat rambut. Rambut ikalku yang melepasi bahu, aku
ikat kemas.
“Abang Kamal telefon tadi.” Aku bersuara perlahan.
Memang aku tidak boleh kalau tidak bercerita pada Sharifah.
“Oh… kau jawab tak?”
Aku mengangguk perlahan.
“Apa dia cakap?”
“Biasalah… rimas aku dibuatnya. Kenapa dia tu tak
faham-faham apa aku cakap ha?”
Sharifah memandang wajahku. Diam seketika.
Barangkali dia tercari-cari perkataan yang sesuai untuk
dilontarkan.
“Perasaan Diya. Bukan senang kita nak lupakan

87
Biarlah YM Berbicara

orang yang kita sayang. Aku yakin Abang Kamal tu terlalu


cintakan kau. Dari kita form five lagi, dah jelas dia cakap dia
cintakan kau. Cuma dia bertepuk sebelah tangan. Tak boleh
nak salahkan dia, kalau dia tak boleh lupakan kau,” ujar
Sharifah tenang.
Aku tunduk mendengar kata-kata Sharifah itu.
Memang kata-kata sahabatku itu ada benarnya. Tetapi, sampai
bila aku harus berhadapan dengan tingkah Abang Kamal yang
tidak pernah tahu jemu memburuku. Sudahnya, aku
termangu sendirian. Susahnya kalau macam ni!

88
Hanni Ramsul

bab 10
“A
TUK macam mana, mak?”

“Itu yang kamu tanya? Okey ajalah. Banyak-banyak


benda, itu yang dia sibukkan dulu.”
Aku tersengih. Terlentok ke sofa sambil melekapkan
telefon bimbit ke telinga.
“Ada bawa Atuk jumpa doktor tak?”
“Hish… tak kuasalah mak. Kamu telefon mak ni,
cuma nak tanya pasal Atuk kamu tu ke?”
“Alaaa mak ni. Janganlah marah... nanti tak cun.
Tiya rindu sangat kat Atuk. Tapi, lagi rindu kat mak. Hari tu,
mak juga yang cakap kaki Atuk sakit. Dah elok ke?” Aku
bersuara bersama gelak kecil. Beli jiwa mak aku.
“Hmmm, dah elok dah. Bila Tiya nak balik ni?
Baliklah… boleh jumpa dengan Atuk kesayangan kamu tu.
Bawa sekali dia pergi jumpa doktor.”
Aku senyum. Mak cemburu sebab aku lebihkan

89
Biarlah YM Berbicara

Atuk. Silap aku juga. Ada ke pasal Atuk yang aku tanyakan
dulu pada mak. Sepatutnya tanyalah khabar dia dulu. Tapi,
aku tahu cemburu mak, cemburu manja-manja.
“Entahlah mak. Tiya banyak kerja sekarang ni. Mak
nak tahu tak, Tiya ada berita best ni,” kataku bersungguh.
“Apa dia?”
“Tiya dah jadi secretary, mak.”
Aku mematung seketika. Gelak ibuku riuh di
hujung talian. Mak gelakkan aku? Tak baiknya… Sekurang-
kurangnya ucaplah tahniah kat anak kesayangan dia ni. Ini
tidak, baru saja aku buka bicara pasal kerja baruku, dia terus
gelak.
“Kenapa mak gelak pulak? Tiya seriuslah mak. Bos
Tiya lantik Tiya jadi secretary dia!”
“Anak mak jadi setiausaha? Ish… macam manalah
agaknya tu ya?” soal ibuku bersama gelaknya yang tersekat-
sekat.
“Ni… dah pergi ambil kursus make-up belum ni?
Setiausaha kena pandai make-up, kan? Pakai baju lawa-lawa.
Pandai ke anak mak buat semua tu?” Ibuku mula menyakat.
“Alaaa.. mak ni. Bukan nak ucap tahniah kat Tiya,
gelakkan pulak!” Aku bersuara separuh merajuk.
Sharifah yang sejak tadi memerhatikan aku, turut
tergelak mendengar bicaraku.
“Yalah… yalah… tahniah! Dah tu, kerja lama Tiya
dulu macam mana? Kenapa pulak Tiya yang bos pilih. Tiya
kan bukan belajar jadi setiausaha.”
“Entah… mana Tiya tahu. Kerja lama Tiya sekarang
ni, Sherry yang ambil alih.”
“Pasal bos tu dah berkenan kat Tiya ni, mak cik!”

90
Hanni Ramsul

Tiba-tiba sahaja Sharifah berada di sebelahku,


sambil bercakap dengan nada kuat. Sengaja mahu ibuku
dengar kata-katanya. Tubuhnya aku tolak sambil jegilkan
mata.
Sharifah tersengih sambil terlentok di sebelahku.
“Betul ke apa yang Sherry cakap tu, Tiya?”
“Mana ada mak. Mulut Sherry ni, tak boleh pakailah
mak. Saja nak reka cerita. Mulut tempayan sumbing…”
Ibuku tergelak kecil.
Sementara Sharifah menarik muncung.
“Hmmm, ni… mak nak tanya sikit ni.”
“Apa dia? Ada orang masuk meminang mak ke?
Hmmm… kalau handsome, Tiya setuju aja mak. Dah lama
teringin nak dapat ayah tiri handsome. Tapi, kalau tak
handsome, tak payahlah mak,” sakatku sambil tersengih
panjang.
“Apa pulak nak meminang mak. Nak meminang
kamulah!”
Senyumku mati tiba-tiba. Terdiam. Betul ke?
Janganlah mak! Katakan berita ini cuma gurauan semata-
mata. Tapi, suara mak macam serius aja. Bahaya ni!
“Kenapa diam?”
Aku kelu. Gemuruh pun ada. Macam mimpi ngeri
pun ada rasanya ni.
“Pandai pun kamu berhenti menyakat mak ya?”
kata ibuku.
Aku termangu seketika. Ibuku bergurau ke?
“Mak main-mainkan? Tak betul tukan?” soalku
separuh meneka.

91
Biarlah YM Berbicara

“Dah tu, kamu ingat kamu sorang saja pandai loyar


buruk? Mak tak pandai? Mak lagi pandai, kan?”
Fuh! Lega… ingatkan serius ada orang nak
meminang aku. Memang mak lagi pandai! Pandai membuat
jantungku hampir luruh.
“Mak, lawak mak tak menjadi tau. Takut Tiya tadi!”
Aku terjerit marah. Rasa lega dan geram bercampur menjadi
satu. Kini, terdengar gelak kecil daripada ibuku. Perlahan aku
mengurut dada.
“Mak jangan buat macam tu lagi tau. Buat suspen
aja…”
“Kalau ada pun apa salahnya? Umur kamu dah
sesuai kahwin pun.”
“Yalah. Tapi, biarlah Tiya yang beritahu mak, ada
orang nak meminang. Bukannya mak yang kena bagitau Tiya
pulak.”
“Kenapa pulak?”
“Kalau Tiya yang beritahu mak, maknanya orang tu
mestilah pilihan Tiya. Tapi, kalau mak yang beritahu Tiya,
maknanya Tiya tak tahu siapa yang mengada-ada nak
meminang Tiya tu. Sah-sah bukan pilihan Tiya tu. Mana
boleh kahwin dengan orang yang Tiya tak kenal.”
“Ada-ada ajalah kamu ni, Tiya. Ni mak nak tanya
sikit ni…”
“Apa dia?”
“Kamal cakap dekat mak, susahnya nak jumpa
kamu. Kenapa?”
“Apa dia cakap kat mak?”
“Tak ada apa-apa. Cuma dia kata, susahnya nak
jumpa dengan anak dara mak ni. Lama dia kat negeri orang.

92
Hanni Ramsul

Dia balik aja, terus datang ke rumah tanyakan kamu. Masa


kenduri kesyukuran menyambut dia balik hari tu pun, Tiya
tak ada balik. Kenapa susah sangat Kamal nak jumpa kamu?
Sibuk sangat ke kamu ni?”
“Sibuklah juga. Lagipun, Abang Kamal nak jumpa
Tiya buat apa? Tiya bukannya ada apa-apa urusan dengan
dia…” Aku bersuara perlahan.
“Kenapa pula Tiya cakap macam tu? Dia tukan
sepupu Tiya. Adalah halnya dia nak jumpa dengan Tiya. Kalau
susah sangat nak jumpa kat sana, balik ajalah ke kampung ni.
Akhir bulan ni kan ada cuti. Baliklah… Kamal pun balik.
Boleh jumpa dia kat sini.”
“Tak bolehlah mak. Kalau hujung bulan ni, memang
tak boleh. Waktu tu, tempat kerja Tiya buat Hari Mesra
Pekerja. Tiya kena pergi ke Pulau Redang. Tiga hari kat sana.
Tapi, Tiya janji lepas tu, Tiya akan cuba ambil cuti dan balik
jumpa mak. Janji!”
“Hai, sibuk sungguh anak mak ni… mengalahkan
PM!”
Aku tergelak kecil.
“Biasalah mak. Anak siapa ni… anak mak jugakan?”
Aku bersuara separuh riak.
Sharifah di sebelah cuma mencebik.
“Okeylah mak. Nanti Tiya telefon lagi ya. Tolong
cium Atuk untuk Tiya ya. Peluk sekali!”
“Hish! Tak kuasa mak. Jangan nak mengada!”
Aku tergelak. Aku tahu, mak tak suka sangat kat
Atuk aku. Cuma aku saja yang suka kat Atuk sepertimana
Atuk suka kat aku.
“Bagi Atuk makan makanan yang berkhasiat tau.

93
Biarlah YM Berbicara

Okeylah mak... nanti sambung lagi. Nak sembang dengan


bakal menantu mak ni. Dah janji dengan dia ni.”
“Betul ke? Lega mak dengar anak mak dah ada
calon menantu. Ni, boleh buat kenduri kesyukuran ni. Tak
pernah-pernah dengar kawan dengan lelaki, tup-tup dah ada
calon suami ya? Patutlah gabra semacam bila dengar ada
orang nak masuk meminang. Rupa-rupanya dah ada pilihan
hati. Bila nak bawa jumpa mak?”
Aku senyum. Nak bawa jumpa mak? Tiya pun belum
kenal dia lagi mak! “Tak adalah… Tiya main-main ajalah.
Mana ada. Okey mak… miss you. Sayang mak! Nanti Tiya call
lagi ya. Muah… muah!”
“Yalah… assalamualaikum. Jangan lupa…”
“Solat. Tiya ingat tu,” sampukku laju.
“Hmmm… jangan ingat aja, tapi buat-buat lupa
pulak.”
“Ingat. Waalaikumussalam mak. Jangan lupa cium
Atuk untuk Tiya. Okey. Bye… bye…” Talian aku matikan.
Sukanya hati dapat bercakap dengan ibu tersayang.
Hmmm… sekarang masa untuk Charming pula.
Dia sudah berjanji mahu online pukul sembilan. Sekarang
sudah pukul lapan empat puluh lima minit pagi. Lagi lima
belas minit lagi. Tak sabarnya…
“Aku kelakar dengar kau cakap dengan mak kau.
Dari kecil sampai sekarang, asyik Tiya... Tiya…Tiya. Cute pun
ada kau bahasakan diri kau macam tu. Aku panggil kau
macam tu, boleh?” Sharifah bersuara sambil tersengih.
Aku diam. Aku sendiri pun tidak tahu kenapa ganti
nama itu, begitu melekat pada lidahku. Tapi, cuma dengan
ibuku nama itu wujud.

94
Hanni Ramsul

Mataku tajam memandang jam di dinding.


Menunggu detik untuk aku on komputer. Jam di dinding
lebih menarik minatku berbanding bicara Sharifah.
“Lagi lima belas minitlah. Kalau tak sabar sangat,
call ajalah. Bukan susah pun,” Sharifah bersuara.
Mungkin dia perasan kegelisahanku. Aku pandang
wajahnya.
“Suruh jumpa, tak nak. Kan dah susah? Dah angau
semacam. Haiii sampai bila kau nak macam ni, tak tahulah
aku. Kalau dah jumpa, kan senang? Asal rindu aja boleh
jumpa. Boleh tatap muka dia puas-puas. Ini… setakat baca
ayat kat komputer aja, buat apa? Tak pun, setakat dengar
suara aja. Tak realistiklah Diya oiii!”
Aku buat tidak dengar. Sharifah sudah mulakan
syarahannya lagi. Entah kenapa sejak kebelakangan ini,
Sharifah cukup suka memberi motivasi tentang topik itu
padaku. Kadang-kadang naik jelak telinga aku mendengarnya.
“Jumpalah dia Diya. Please…” Syarifah bersuara
lagi.
Aku memandang pelik wajah Sharifah yang seperti
mengharap. Kenapa pula dengan Sharifah ni? Tadi bercakap
ala-ala Datuk Dr. Fadzilah Kamsah. Sekarang dah jadi macam
orang nak pergi uji bakat berlakon pula. Sekelip mata saja
berubah.
“Kau ni kenapa? Ada twist personaliti ek? Tadi
bukan main serius macam pakar motivasi. Sekarang tiba-tiba
tukar jadi primadona pulak?”
Sharifah tersengih.
“Tak adalah. Aku teringin sangat nak tengok muka
Charming tu. Teringin sangat-sangat. Nak kenal sangat

95
Biarlah YM Berbicara

dengan lelaki penyabar macam tu. Mana ada lelaki yang


sanggup tunggu perempuan macam kau ni. Jual mahal.
Eksyen… suka main tarik tali. Pendek kata kalau lelaki
normal, tak adanya dia nak layan kau. Tapi, Charming ni…
tetap setia tunggu sampai hati kau terbuka nak jumpa dia.
Hai… pelik betul perangai lelaki ni. Jumpalah dia... lepas tu,
kenalkan kat aku. Please… Diya. Please… demi aku,
jumpalah dia…”
“Amboi! Baik punya kutuk nampak. Apa dia, jual
mahal? Eksyen? Apa lagi? Suka main tarik tali? Mulut tu dah
buat insurans belum? Kang bersepai kang, tak boleh nak
claim nanti.”
Sharifah tersenyum sambil menutup mulut.
Aku menjeling. Buat-buat marah.
“Janganlah marah. Memang betul pun macam
tukan? Sesungguhnya kebenaran itu memang menyakitkan.
Kan… kan… kan?” Sharifah cuba berlucu.
Aku mencebik.
“Menyakitkan ya? Kalau kena ni, menyakitkan tak?”
soalku sambil mencubit lengan Sharifah.
Sharifah menjerit kuat sambil menarik lengannya.
“Sakitlah!” jeritnya sambil menggosok lengan.
Aku tersenyum puas. Padan muka!
“Habislah Charming nanti,” sempat pula Sharifah
merungut sambil menggosok lengannya.
“Habis kenapa?” soalku pelik.
“Love bite satu lenganlah jawabnya, kalau dia rela
jadi boyfriend kau nanti.”
Aku bulatkan mata mendengar kata-kata Sharifah.

96
Hanni Ramsul

Sharifah tersengih.
“Betullah aku cakap. Kau punya cubit ni, boleh
lebam tahu tak? Macam love bite la tu,” sambung Sharifah
sambil ketawa.
“Kau nak lagi ke love bite aku ni?” soalku sambil
rapat padanya. Bersedia untuk melayangkan satu lagi cubitan
di lengan Sharifah.
Sharifah mengangkat kedua-dua tangannya sambil
menggeleng. “Tak nak! Tak nak! Sakit tau... ni seminggu pun
belum tentu hilang tandanya ni.”
“Dah tu, jangan nak loyar buruk!”
Sharifah tidak menjawab. Dia leka membelek
lengannya yang putih melepak.
Aku turut melihat. Ada kesan merah bekas
cubitanku. Aku menggosok perlahan lengan Sharifah yang
merah. Kasihan pula aku tengok. Memang esok lengan itu
akan lebam.
“Sakit tau,” Sharifah bersuara lagi.
Aku tersengih sambil merapatkan kedua-dua belah
telapak tanganku. Memberi isyarat meminta maaf. Kemudian,
aku berbaring di sofa sambil menonton televisyen yang
terpasang.
“Diya, kau tahu tak?”
“Tak,” jawabku sepatah.
“Memanglah kau tak tahu, sebab aku belum
beritahu.”
“Tahu pun. Dah tu buat apa tanya? Nak cakap, cakap
ajalah.”
Sharifah mendengus perlahan. Dia bersila di sofa

97
Biarlah YM Berbicara

sambil menghadap mukaku. Menghadap telingaku


sebenarnya, sebab mukaku menghadap kaca televisyen.
“Johan cuti…”
Aku kerutkan kening. Johan cuti… Sharifah sibuk
nak ceritakan padaku? Apa kena-mengena dengan aku kalau
pun lelaki itu cuti?
“Kenapa? Selama dia kerja kat situ, dia tak pernah
cuti ke?” soalku buat-buat dungu.
“Kau ni… nak loyar buruk pulak. Tak adalah…”
“Kalau macam tu, apa peliknya kalau dia cuti?
Biarlah dia cuti.”
“Kau nak tahu sebab apa dia cuti?”
“Kenapa?”
“Dia bertunang.”
“Oh… dia tak cakap dengan aku pun!”
“Takkan dia nak cakap dengan kau. Kau pun
bukannya nak layan sangat dia tukan? Lagipun, dia bertunang
sebab frust dengan kau. Takkanlah dia nak cerita kat kau.”
“Mana ada aku tak layan dia? Tak baik kau cakap
aku macam tu tau!” Aku bersuara perlahan. Agak terasa
dengan kata-kata Sharifah itu. Aku layan Johan sama dengan
teman-temanku yang lain. Cuma kurang mesra sebagaimana
hubungan aku dengan teman-teman perempuan. Tapi, itu
tidak bermakna aku sombong.
“Bukan itu maksud aku. Memanglah kau layan dia.
Tapi, bila dia sentuh bab perasaan, bab sayang, bab cinta, kau
terus larikan? Terus tukar topik.”
Aku diam. Kalau itu maksud Sharifah, memang
tidak dapat aku sangkal. Betullah tu. Tapi, apa lagi yang boleh

98
Hanni Ramsul

aku lakukan. Takkan aku nak beri harapan palsu pada lelaki
itu. Kan ke kejam namanya tu.
“Cakap suka, cinta… tapi tup-tup bertunang dengan
perempuan lain. Hmmm lelaki… cakap bagai nak rak,
hakikatnya apa yang dia cakap tu, tak serius pun!”
“Tak baik kau cakap macam tu. Dia bertunang
dengan pilihan keluarga dialah. Dia ada bercerita kat aku. Dia
setuju, sebab dia dah give up dengan kau. Dua tahun dia
tunggu kau. Tapi, tak ada balasan. Lebih-lebih lagi dia tengok
Encik Firdaus pun macam nak rapat dengan kau. Tu yang dia
frust gila tu. Terus tarik diri. Yalah, takkan nak bersaing
dengan bos sendiri pulak. Hmmm… kesian Johan.”
Aku diam. Wajah Sharifah aku pandang lama.
“Kenapa semua orang dah mula gosipkan aku
dengan Encik Firdaus ni? Rimaslah. Aku mana ada apa-apa
dengan dia? Takkan pasal accident hari tu, semua orang nak
lagakan aku dengan dia?” Aku bersuara separuh merungut.
“Bukan nak lagakan. Nak satukan aja. Mana ada
gosip. Ketara sangatlah Encik Firdaus tu macam nak attract
your attention tau. Cuma kau saja. Sama ada tak perasan
atau buat-buat tak perasan. Bertuahlah badan. Kiri, kanan,
depan, belakang… dikelilingi jejaka-jejaka yang merayu cinta
daripada kau.”
“Sherry, jangan nak mengarutlah! Ingat aku ni apa?
Playgirl ke?”
“Aku tak cakap pun macam tu. Aku tahu kau bukan
macam tu. Tapi, hakikatnya memang ramai lelaki yang
menagih cinta kau, kan? Johan, Abang Kamal, Encik Firdaus,
Charming… lepas ni, entah siapalah pulak. Pelik betul aku.
Ilmu apa kau pakai ya? Sampai ramai macam tu peminat
kau.”

99
Biarlah YM Berbicara

Aku mencebik. Tidak rasa gembira mendengar kata-


kata Sharifah itu. Bukan satu perkara yang boleh dibanggakan
pun apabila hidup sering dihimpit rasa serba salah. Serba
salah dengan Johan. Serba salah dengan Abang Kamal.
Namun, aku bersyukur mendengar berita pertunangan Johan.
Sekurang-kurangnya aku tidak perlu lagi rasa serba salah
setiap kali lelaki itu mengajakku berbicara soal hati dan
perasaan. Tidak perlu lagi aku tinggalkan lelaki itu termangu
sendirian tiap kali dia meluahkan rasa cinta dan sayangnya.
Bukan tidak kasihan pada Johan. Tapi, soal cinta, bukanlah
boleh dipaksa-paksa. Sepertimana aku tidak cintakan Abang
Kamal, begitu jugalah aku tidak cintakan Johan. Maafkan aku
Johan!
“Mana ada ramai… Johan ajalah. Abang Kamal tu,
tak boleh pakai punya. Tak makan saman tu. Pandai-pandai
kau reka cerita ya?”
Sharifah mencebik.
Aku tersengih.
“Kau ni, memang susah sangat nak jatuh cinta,
kan?”
Aku sambung sengihku yang belum habis tadi,
sambil kenyitkan mata pada Sharifah.
“Tapi, aku tumpang gembira Johan nak bertunang.
Harap-harap dia bahagia dengan pilihan keluarga dia.” Aku
bersuara lagi. Doa itu ikhlas dari sudut hatiku.
Sharifah cuma tersenyum.
Deringan telefon membatalkan niatku untuk
menyambung bicara. Telefon segera kucapai. Nama Charming
tertera di skrin. Ya Allah…! Aku pandang jam di dinding.
Pukul sembilan suku. Aku lupa temu janjiku! Ini semua
Sharifah punya pasal la!!!

100
Hanni Ramsul

“Apasal gelabah semacam ni?” soal Sharifah hairan.


“Charming... aku lupa nak online la…”
“Laaa… ingatkan apalah tadi.”
Aku tersengih sambil menjawab panggilan
Charming.
“Helo... sorry you. Terlupa… I on PC sekarang!”
Aku bersuara separuh menggelabah.
“Assalamualaikum,” tenang sahaja suara Charming
memberi salam.
Terasa wajahku membahang. Aku tersengih, malu
mendengar Charming memberi salam. Macam sindir aku
saja.
“Waalaikumussalam,” jawabku perlahan.
“Haaa… macam tu la. Ni, main redah aja.”
Aku tergelak kecil.
“Lupa…” jawabku sepatah. Terdengar gelak romantis
Charming. “I on PC sekarang ya?”
“Hmmm… tak payahlah,”
“Kenapa? You marah ke? I betul-betul terlupa ni.”
“No. I tak marahlah. Cuma, bila dah dengar suara
you ni, sayang pula nak letak phone. Tak payah onlinelah.
Kita sembang kat sini aja.”
Aku tersenyum malu. Itu ke sebabnya? Lagilah aku
suka. Bak kata pepatah, pucuk dicita, ulam mendatang.
“Okey…” jawabku bersama senyuman yang cukup
lebar.
Perlahan-lahan aku mengangkat punggung dari
sofa.

101
Biarlah YM Berbicara

Sharifah tesenyum kecil.


“Ooo dengan mak, boleh cakap depan aku ya?
Dengan buah hati, nak nyorok-nyorok pulak,” sakat Sharifah.
Aku tersengih sambil melangkah menuju ke bilik.
Mencari suasana yang lebih tenang untuk berbicara.
“Kenapa kawan you bising-bising tu?”
“Tak ada apa-apalah. Dia cemburu la tu….” Aku
menjawab sambil menolak pintu bilik.

102
Hanni Ramsul

bab 11
A
KU bersidai di meja penyambut
tetamu. Tidak ada apa yang
hendak dibuat. Memandang
ke arah Mira yang asyik menulis sesuatu di kertas.
Pasti mencatat pesanan panggilan untuk staf. Sesekali aku
tebarkan pandangan ke arah Sharifah. Sharifah pula
santai bersandar di kerusiku yang kini menjadi miliknya.
Menerangkan sesuatu kepada pekerja baru yang mengganti
tempatnya. Aku pula? Bosannya… Kak Lisa ada hal yang
hendak diselesaikan di mejanya.
Meja sementaraku di dalam bilik Encik Firdaus,
kubiarkan kosong tidak berpenghuni. Tidak selesa berada di
bilik Encik Firdaus. Berdua-duaan pula tu. Takut kena
tangkap basah. Ha ha ha. Kalau macam ni sampai akhir
bulan, mahu aku mati kebosanan. Hendak layan YM dengan
Charming, tak ada peluang la pulak. Hendak berYM di bilik
Encik Firdaus, seganlah pulak. Walaupun memang tersedia
komputer di mejaku.
“Kau ni, kenapa Diya? Macam kucing hilang anak
aja aku tengok,” tegur Mira tiba-tiba.

103
Biarlah YM Berbicara

“Bosanlah…”
“Dah naik pangkat pun, bosan juga ke?”
“Mana ada aku naik pangkat? Aku cuma tukar kerja
aja. Mana ada naik pangkat? Pandai aja kau buat cerita.”
Mira tersengih. “Apa-apa sajalah. Tapi, bunyinya
lebih kurang jugalah. Kenapa kau duduk kat sini? Pergilah
duduk kat meja kau.”
“Hai, menghalau nampak. Kenapa? Tak suka aku
duduk kat sini ke?”
“Tak adalah… nanti kesian pulak bos tu. Tercari-
cari secretarynya. Pecah rekod pula nanti. Bos kena cari
secretary, pasal secretary suka main sorok-sorok.”
Aku membuang pandang. Carilah kalau dia nak
cari. Aku tak kisah. Lagipun bukan jauh pun aku menghilang.
Kat sini aja.
“Tak sabarlah aku nak pergi Pulau Redang.
Bestnya... Kak Lisa cakap ada banyak program tau. Semuanya
best-best.” Mira mengubah topik perbualan.
Bagus! Menarik juga topik yang Mira buka ni. Tak
adalah asyik cakap pasal aku dengan Encik Firdaus aja.
“Program apa?” soalku ingin tahu.
Mira merenung tajam wajahku.
Aku tersengih.
“Aku tahulah sejak jadi secretary ni, aku bertambah
lawa. Tapi, janganlah pandang aku macam tu. Seriau you!”
Aku berlawak menanggapi renungan tajam Mira.
Mira tergelak. “Uwek! Perasannya anak dara ni.”
Aku pula tergelak riuh. Memang sengaja mahu
menyakat Mira.

104
Hanni Ramsul

“Kau berkongsi meja dengan Kak Lisa, tapi kau


boleh tanya aku program kat sana? Kan Kak Lisa yang
aturkan semua rancangan, semua program. Takkan kau tak
tahu apa-apa?
“Entah… mana aku tahu. Lagipun, aku tak tanya
pun!”
“Patutlah. Tak prihatin langsunglah kau ni. Macam
mana nak jadi pembantu bos ni?”
“Laaa… apa pula rasional hubung kait antara
program hari mesra staf dengan kerja aku ni? Tak ada kena-
mengena langsung! Lagipun, malas aku nak tanya. Asal aku
tanya aja, Kak Lisa tu senyum. Tak pernah nak cerita pun!”
Mira tersenyum.
“Kau ni ada kerja ke tak sebenarnya?” soal Mira
sekali lagi.
Aku pandang wajah Mira. Nampaknya gadis ni,
benar-benar nak halau aku ni. “Kalau kau tak suka aku duduk
sini, aku blahlah!”
“Eh… eh… bukanlah. Aku sakit perut ni. Kalau kau
tak ada kerja, ganti kejap. Emergency ni!”
Laaa… minah ni. Buat gimmick betul.
“Boleh. No hal punya! Pergilah. Lagipun, aku
memang tak ada kerja ni. Tunggu Kak Lisa habiskan kerja dia
dulu. Lepas tu, mungkin ada kerja sikitlah kut. So, cepat
sikit.”
“Okey... thank you.”
Aku tersenyum memerhati Mira yang cepat-cepat
berlalu. Aku menggeleng perlahan. Melangkah malas ke
kerusi Mira. Termenung di situ. Bosannya.
“Excuse me!”

105
Biarlah YM Berbicara

Aku mendongak. Senyum lebar kuukir.


“Yes. What can I do for you sir?” soalku sopan.
Agaknya inilah penyambut tetamu paling sopan di Malaysia.
Aku senyum lagi. Perasan. Lelaki di hadapanku turut
tersenyum lebar.
“Yes. Please…”
Aku mengangkat kening. “Apa dia? Kalau saya boleh
tolong, saya tolong…”
Lelaki itu masih tersenyum sambil bersandar pada
kaunter. “Boleh tolong beritahu saya, apa nama awak?”
Senyumku pudar perlahan-lahan. Nak mengayat
pula mamat ni!
“Itu tak ada dalam service kamilah encik.” Aku
bersuara tapi, masih bersama senyuman yang ala-ala sedikit
kelat. Tidak kena dengan jiwa betul kalau terpaksa
berhadapan dengan manusia seperti ini.
“Saya Farid. Nice to meet you. Boleh berkenalan?”
“Nice to meet you too. Boleh, tak ada masalah. But,
so sorrylah encik. Salesman is not allowed to be here.”
“Salesman? You cakap I ni, salesman? Muka
handsome macam I ni, ada rupa salesman ke?”
“Salesman sekarang handsome-handsome encik.
So, kalau encik nak jual apa-apa barang kat sini, tak bolehlah.
Kalau nak jual minyak urut… lagilah tak boleh. Diharamkan,
encik.”
Lelaki itu tersenyum. “Tak boleh ya?”
Aku tersenyum sambil mengangguk.
“Saya ni, salesman ya?”
Aku mengangguk lagi.

106
Hanni Ramsul

“Jual minyak urut ya?”


Aku senyum sambil menjongket bahu.
“I like you. First time in my life, I dapat penghinaan
sebesar ini. But, still I like it. Sesekali kena reject, best juga
rasanya. Lagipun bukan senang nak jumpa perempuan kutuk
saya macam awak buat ni. Nampaknya langkah kananlah saya
hari ni,” sambung lelaki itu bersama senyuman panjang.
Aku turut tersenyum. Sesekali kena reject? Oh…
tak pernah kena reject rupa-rupanya. Patutlah gaya cool
semacam. Perasan handsome rupa-rupanya. Tapi, memang
lelaki ni, handsome. Dan, kena kutuk pun dikira langkah
kanan ke? Pelik betul orang lelaki zaman sekarang ni. Aku
menyambung sengih. Terasa lucu mendengar kata-kata lelaki
di hadapanku ini.
“Bos awak mana?”
“Bos mana satu yang encik nak jumpa? Big boss
ke?”
“Big boss? No. I tak ada chemistry dengan big boss
you. I tak nak jumpa dia.”
“So, encik nak jumpa Encik Firdaus ke?”
“Boleh juga. Tapi, buat masa ni… rasanya I nak
jumpa you dulu. Miss...?”
Aku senyum. Belum berputus asa rupa-rupanya
lelaki ini. “Saya interkom Encik Firdaus ya?”
“Alaaa… nantilah dulu. I bukan nak cepat pun.
Banyak lagi masa I. Kita sembang-sembanglah dulu.”
Aku pandang wajahnya agak lama. Kesopanan dan
kesabaran rasa makin berkurangan. Etika penyambut tetamu
pun semakin menipis ni.
“Well, I know I ni handsome. Tapi, jangan la renung

107
Biarlah YM Berbicara

I lama-lama macam ni. I takut… malam ni, you tak lena


tidur.”
Uwek! Tadi, Mira yang buat kat aku macam tu.
Sekarang, aku pula yang berbulu tekak mendengar kata-kata
lelaki ini. Perasannya! Lelaki itu tergelak macho. Aku pula
terus memandangnya dengan pandangan yang tidak begitu
mesra pelanggan.
“Angah! What are you doing here?”
Angah? Aku menoleh. Encik Firdaus tercegat di
belakangku. Memandangku seketika sebelum matanya jatuh
ke wajah lelaki di hadapanku itu. Lelaki itu tersenyum.
Bergerak mendapatkan Encik Firdaus.
“Apa khabar, along?” sapanya sambil mencapai
tangan Encik Firdaus. Bersalam dan mencium tangan lelaki
itu.
Angah? Along? Tidak! Mengapa aku sering
melakukan kesilapan bodoh macam ni? Mana aku nak
sembunyi sekarang ni? Baik punya bahasa aku berikan pada
jejaka handsome ni. Rupa-rupanya adik Encik Firdaus ke
lelaki ni? Aku tersenyum kecut apabila Encik Firdaus dan
Farid sama-sama memandangku.
“And, you… what are you doing here, Diya?”
Aku sedikit gementar melihat wajah Encik Firdaus
yang serius. Mana pergi senyum manisnya selama ini?
“Mira pergi toilet kejap. So, saya ganti dia kejap.”
“Saya rasa tadi Lisa cari awak. Awak tak payah
duduk kat sini. Panggil Sherry, suruh Sherry ajar that new
girl. Next time biar dia yang tolong cover Mira.”
Aku terkedu. Tidak pernah pula lelaki ini bising
setiap kali aku tolong gantikan Mira. Kenapa hari ni, lain

108
Hanni Ramsul

macam saja anginnya? Datang bulan ke Encik Firdaus ni?


Aku tersenyum lucu dengan lawakku sendiri.
“Now, Diya!”
“Errr… ya… ya… Baik Encik Firdaus.” Segera
jemariku menekan nombor sambungan ke meja Sharifah.
“Sherry, datang kat receptionist kejap. Bawa Rina
sekali!” Tanpa menunggu jawapan daripada Sherry, gagang
terus aku letak.
“Oh… Diya. What a nice name. Cantik nama
macam orangnya,” Farid bersuara sambil tersenyum nakal.
Aku cuma tersenyum kecil. Dengan kata-kataku
tadi, tiba-tiba aku malu hendak berhadapan dengan lelaki itu.
Cabul betul mulut ini!
“Diya… ni adik saya, Farid. Jangan layan sangat Si
Bujang Senang sorang ni,” katanya memberi amaran.
“Bujang Senang?” Serentak soalan itu keluar dari
mulut aku dan juga Farid.
“Yes, species buaya paling ganas di Malaysia.”
“Along!” Farid bersuara sedikit geram. Riak geram
itu jelas kelihatan di wajahnya.
Aku pula, tergelak kecil. Betul. Betul. Aku setuju!
Encik Firdaus tersenyum kecil.
Leganya aku melihat senyuman di bibir Encik
Firdaus. Aku tidak suka melihat muka serius Encik Firdaus.
Kenapa perlu Encik Firdaus sembunyikan senyumannya yang
menawan itu? Betul tak?
“Mari ke bilik along.”
Farid membuat muka selamba. “So, Diya. Nanti kita
sambung cerita kita ya?”

109
Biarlah YM Berbicara

Aku tersengih separuh hati.


Encik Firdaus merenung wajah adiknya tanpa
senyum. “Jangan nak kacau secretary along!”
“Ala… apa salahnya. Secretary aja, kan? Bukan wife
kan?”
Mataku bulat memandang Farid. Cabulnya mulut
dia ni!
Encik Firdaus pula diam. Cuma matanya yang
melekat di wajah adiknya.
Farid tersengih sambil mengangkat tangan
menunjukkan isyarat ‘peace’. Sudahnya tubuh Farid ditolak
agar bergerak meninggalkan ruang penyambut tetamu.
Aku menarik nafas lega sebaik sahaja dua lelaki itu
hilang daripada pandangan.
“Amboi!!! Tarik nafas panjang nampak. Kenapa?
Apahal panggil aku? Apa pula Encik Firdaus cakap dengan
kau tadi?”
Aku memandang Sharifah yang tiba-tiba terpacak di
hadapanku. Perlahan aku mengangkat pungung.
“Entah… tak tahu. Tiba-tiba angin semacam. Ni,
dia suruh kau train Rina buat receptionist’s task. Lepas ni,
dia cakap, Rina yang akan cover Mira.”
“Kenapa?”
“Mana aku tahu. Kau tanyalah dia. Okeylah! Aku
pergi dulu. Kak Lisa cari aku ni.”
Sharifah mengangguk sambil memberi isyarat
kepada Rina supaya duduk di kerusi Mira.
Aku pula cepat-cepat berlalu mencari Kak Lisa.
Wanita itu kelihatan sedang tekun menaip sesuatu di hadapan

110
Hanni Ramsul

komputer. Dengan tergesa-gesa aku menghampirinya. “Sorry


kak!”
“Sorry? What for?” Kak Lisa bertanya dengan muka
hairan. Aik! Boleh buat muka blur pula? Kan ke dia cari aku?
“Akak cari saya, kan?” soalku.
Kak Lisa tersenyum nipis. Wajahnya masih jelas
kelihatan sedikit kehairanan. “Akak cari? Siapa cakap?”
“Encik Firdaus cakap akak cari saya.”
Senyum Kak Lisa makin melebar.
“Kenapa akak senyum pulak?”
Kak Lisa menggeleng perlahan. Senyuman masih
mekar di bibirnya. “Awak dengan Farid ke tadi?”
Aku mengangguk perlahan.
“No wonderlah….”
Aku terlopong tidak faham. Terasa seperti ada satu
rahsia di antara Encik Firdaus dengan Kak Lisa. Apa dia?
“Akak ada rahsiakan sesuatu daripada saya ke?”
soalku cuba mencungkil apa yang aku rasakan misteri di
antara Encik Firdaus dengan secretarynya itu.
Kak Lisa menggeleng perlahan. “Mana ada? Tak ada
rahsia apa-apalah!”
Aku diam sambil memandang wajah Kak Lisa.
Langsung aku tidak percaya. Aku melabuhkan punggung di
kerusi di hadapan Kak Lisa. “Encik Farid tu, adik Encik
Firdaus ke, akak?”
“Haah!”
“Saya tak pernah nampak pun. Rasanya sejak saya
kerja kat sini, tak pernah pun saya jumpa dia.”
“Memang pun awak tak pernah tengok dia. Dia kat

111
Biarlah YM Berbicara

Singapore. Dah tiga tahun lebih dia kat sana, merajuk dengan
Tuan Rashid.”
Aku cuma mendengar. Patutlah dia cakap dia tak
ada chemistry dengan big boss. Ada perselisihan rupa-
rupanya. Dan, patutlah aku tidak kenal dia. Bila aku mula
bekerja di sini, dia sudah tiada. “So, kenapa akak cari saya
tadi?”
“Oh, itu…! Akak pun dah lupa. Just forget it,” balas
Kak Lisa sambil tersenyum.
Macam menipu aja mukanya ni. Ishhh…
musykilnya! hati aku berbisik.
Suara orang bercakap membuat aku berpaling.
Encik Firdaus baru keluar dari biliknya bersama Farid. Aku
segera memalingkan muka. Tidak mahu bertentang mata
dengan Farid.
“Hai… Diya. Tunggu saya ke?”
Aku mengangkat muka. Cepat mesra sungguh adik
Encik Firdaus ni. Aku cuma tersenyum.
Lisa turut tersenyum.
“Kata nak cepat, kan? Pergilah balik. Kang lama
pula Nasha tunggu kat kereta tu,” Encik Firdaus bersuara.
“Along ni, macam menghalau aja. Okeylah, saya
pergi dulu. Lisa, I pergi dulu. Nice to see you again. Make
sure ajar sweet girl ni pasal PR sikit. Jangan bantai semua
yang datang tu nak jual minyak ubat.”
Aku tunduk malu. Hai… terkena paku buah
keraslah!
“Jual minyak ubat? Diya? Kenapa? Siapa yang jual
minyak ubat?” soal Kak Lisa hairan.
Perlahan aku mengangkat muka. Bersama

112
Hanni Ramsul

senyuman yang tak berapa manis, perlahan juga aku


mengangkat punggung.
Farid tersenyum penuh makna.
Encik Firdaus pula, menatap wajahku tidak
berkelip. Menunggu jawapan untuk soalan Kak Lisa
barangkali. Takkan aku nak beritahu dia, aku baru lepas
kutuk adik dia ni. Mahu masam balik senyumnya yang manis
ni.
“Nothing. Hmmm… saya rasa saya kena pergi dulu.
Ada kerja sikit.” Aku bersuara sambil cepat-cepat melangkah
menuju ke bilik Encik Firdaus. Meninggalkan tiga manusia
itu. Menuju ke arah meja sementaraku. Cuma di sinilah
tempat untuk aku bersembunyi sekarang.
Dengan malas aku melabuhkan punggung ke
kerusi. Sekarang apa aku nak buat di sini. Mungkin aku patut
berbicara dengan Charming. Lagipun sudah hampir dua
minggu aku tidak bersembang dengan Charming di dalam
Yahoo Messenger.
Yahoo Messenger aku aktifkan. Melihat kalau-kalau
Charming online. Yes! Dia online. Aku tersenyum lebar.
Namun, senyum itu perlahan menghilang apabila pintu bilik
dibuka. Encik Firdaus melangkah masuk. Kacau betul! Aku
memerhati Encik Firdaus yang bergerak ke mejanya. Duduk
di kerusi sambil membelek-belek kertas di hadapannya.
Hmmm… lantaklah! Dah tak ada tempat aku nak
pergi ni. Terpaksa jugalah aku duduk di sini. Dan, dah
terlanjur duduk di sini, mungkin ada baiknya aku mencari
Charming. Jemariku mula melekat pada keyboard.
Ugly Betty: BUZZ!!!
Charming: Hai... salam

113
Biarlah YM Berbicara

Aku senyum. Berbalas rupa-rupanya.


Ugly Betty: Salam
Charming: Tengah buat apa tu?
Ugly Betty: Tengah menyorok. He he he...
Charming: Menyorok? Menyorok daripada siapa?
Ugly Betty: Lupakanlah! Tak penting pun…
Charming: Laaa cakap jelah. U nyorok daripada
siapa? Ada peminat rush ke?
Ugly Betty: Haah
Aku senyum. Saja bagi Charming tidak senang
duduk.

Charming: Aik!!! Ini yang tak sedap dengar ni.


Ramai ke peminat U?
Ugly Betty: Tak adalah. Main2 je. I ni mana ada
peminat. Lari daripada adik bos tadi.
Charming: Adik bos? Kenapa? Dia nak tackle U ke?
Ugly Betty: Lebih kuranglah. Mana tahu dia adik
bos. Dia ayat I macam-macam. Nasib baik tak kena marah.
Charming: Apa U cakap?
Ugly Betty: I ckp dia salesman. He he he. Nak jual
minyak urut. I cakap jual minyak urut diharamkan kat ofis I.
Jemariku yang asyik menaip terhenti. Ada
gangguan. Gelak Encik Firdaus menarik perhatianku. Apahal
pula bos aku ni? Tiba-tiba gelak sorang-sorang. Aku
memandang pelik. Kebetulan Encik Firdaus pun memandang
ke arahku. Melihat wajah hairanku barangkali, dia
tersenyum.

114
Hanni Ramsul

“Sorry,” ujarnya sepatah.


Aku turut tersenyum. Kemudian mata kualihkan
semula ke skrin komputer. Lantaklah! Agaknya Encik
Firdaus pun tengah chatting kut. Aku tersengih. Terfikir
dengan siapalah agaknya lelaki itu sedang bersembang. Tiba-
tiba terdetik di hati, apalah agaknya yang akan dibualkan oleh
orang yang serius seperti Encik Firdaus tu. Mesti skema
agaknya. Aku tergelak kecil.
Charming: Dia cakap apa, bila U cakap kat dia
macam tu?
Aku tersenyum.
Ugly Betty: Dia gelak. N… U know, dia ckp dia suka.
Pasal tak pernah kena reject katanya. Jadi, bila sesekali kena
kutuk n kena reject, dia ckp best. Psiko betul lelaki camtu.
Charming: Hmmm... hensem ke adik bos U tu?
Sampai tak pernah kena reject?
Ugly Betty: Hensemlah jugak. Tapi, bos I lagi
hensem. He he he...
Charming: Tak terpikat ke?
Ugly Betty: Kat sape? Bos I ke adik bos I?
Charming: Bos U lah…
Ugly Betty: Hmmm… entah. Tak ada kut.
Charming: Kenapa?
Ugly Betty: I ni jenis realistik. Nak mimpi siang hari
buat apa? Sah-sah tak sepadan dengan I. Buat apa nak
berangan, kan? Ukur baju kat badan sendirilah. Tul tak?
Charming: Kalau dia suka kat U macam mana?
Ugly Betty: Ish, tak adalah. Mustahillah tu!
Charming: I cakap kalau… kalau dia suka kat U, U
akan terima dia?

115
Biarlah YM Berbicara

Ugly Betty: No
Charming: Kenapa?
Aku termangu seketika. Charming ni, buat-buat
tidak faham pula. Pasal aku dah suka kat kaulah. Mana boleh
aku suka kat orang lain lagi? Hatiku menjerit sendiri.
Charming: Helooo… kenapa diam? Cakaplah
kenapa U tak terima dia?
Aku teragak-agak. Hendak berterus terang tetapi
ada rasa malu yang membelenggu diri ini.
Charming: Sayang... tell me. Why?
Ugly Betty: Sebab…
Ugly Betty: Sebab I suka kat U
Mak! Malunya. Rasa macam nak sorok muka bawah
meja. Walaupun aku tahu Charming tak akan nampak aku.
Charming: U mean, U love me?
Mak oiii. Janganlah tanya soalan macam tu
Charming. Malu saya nak jawab.
Charming: Seriously. Answer me. Jangan diam
macam ni.
Alahai. Serius pula perbualan hari ni. Tak pasal-
pasal pecah rahsia aku cintakan dia. Selalunya dia saja yang
meluahkan perasaan. Pasal perasaan aku pula, faham-faham
sendirilah, Charming. Tak payahlah tanya-tanya macam ni.
Apa aku nak cakap ni?
Charming: Please. I perlukan jawapan.
Ugly Betty: If I say yes?
Charming: I’m the luckiest man in the world! Ini
yang I tunggu dari U sekian lama. At last, U mengaku juga U
sukakan I. Thanks!

116
Hanni Ramsul

Aku tersenyum malu. Saat itu juga pandanganku


berlaga dengan pandangan Encik Firdaus. Cukup romantis
renungan lembut itu. Terasa menusuk kalbu. Segera aku
alihkan pandangan. Ada orang main mata dengan sayalah
Charming. Aku tersenyum kecil.
Charming: Kalau boleh I tanya. Kenapa U suka kat
I? Padahal U x kenal I pun.
Ugly Betty: I can’t answer that question. No answer
actually. Cuma, I rasa selesa n bahagia bila dapat bercakap
dengan U. N u? Soalan yang sama I tanya kat U. Kenapa U
suka kat I? Padahal U tak kenal I.
Charming: I kenal U.
Ugly Betty: ?!
Charming: I rasa I kenal diri U melalui kata-kata U.
I’m falling in love with all that things.
Ugly Betty: Let say, kalau U jumpa I , n I x memenuhi
ciri2 wanita idaman U, macam mana?
Charming: Now, I tanya soalan yang sama pada U.
What will U do, kalau itu terjadi pada U?
Ugly Betty: Tak pernah terfikir pun. He he he.
Charming: Me too.
Aku senyum. Hampeh betul jawapannya! Tapi, bila
difikir-fikir, sama hampeh dengan jawapanku.
Charming: I pasti itu tak akan terjadi. Sebab I pasti
sangat-sangat I akan suka pada U. Kalau U… itu I tak tahulah.
Harap-harap U pun akan suka pada I. Berharap sangat U akan
terima I. Because I really love you. Really… really love U. So
much!!!
Aku terdiam seketika. Serius pula bicara Charming
hari ni. Terharu pun ada dengan kata-katanya. Benar-benar

117
Biarlah YM Berbicara

ikhlaskah lelaki ini ingin mendampingiku secara serius? Tiba-


tiba terdetik soalan itu di hati. Dan aku pula, benar-benarkah
aku bersedia menerima Charming sebagai teman hidup,
walhal aku langsung tidak mengenalinya.
Dalam rasa bahagia, tiba-tiba terselit rasa waswas.
Waswas pada Charming atau pada diriku sendiri? Aku sendiri
tidak tahu. Sudahnya aku termangu sambil membaca ayat-
ayat romantis dari Charming. Tiba-tiba juga perasaan ini
berbelah bahagi. Alamak! Kenapa rasa macam ni pula?
Sekejap rasa macam cinta sangat kat Charming ni. Tapi,
sekejap ada pula rasa kurang yakin pada lelaki ini. Tiba-tiba
teringat kata-kata Sharifah. Mana ada lelaki yang akan jatuh
cinta pada perempuan yang langsung dia tidak kenal. Hati
mula berbisik. Charming cuma mempermainkan aku ke?

118
Hanni Ramsul

bab 12
“H
EY!”

Aku tersentak.
Sharifah tergelak kecil.
Aku menjeling marah. Ada ke buat aku terkejut kat
sini. Kalau tersungkur aku kat meja ni, tak ke malu?
Sharifah meletakkan dulang berisi KFC di atas
meja.
Aku cuma memandang.
“Kau ni, kenapa? Dah dua hari aku tengok
termenung aja. Ada masalah ke? Gaduh dengan Charming
ya?”
“Mana wedges aku? Kau lupa ya?” soalku pula tanpa
menjawab soalan Sharifah.
Sharifah mendengus. Perlahan dia melabuhkan
punggung ke kerusi.
“Adalah. Kejap lagi dia hantar. Lain orang tanya,

119
Biarlah YM Berbicara

lain yang dia cakap. Tell me… kenapa ni? Monyok semacam
aja aku tengok.”
“Tak ada apa-apalah! Ni… Azman mana? Kata nak
tunggu kita kat sini. Sekarang kita pula yang kena tunggu
dia?”
“Alaaa… tak ke mananya buah hati aku tu. Kejap
lagi sampailah tu. Bukan tak biasa tunggu dia pun, kan? Dari
sekolah lagi, memang dia kaki mungkir janji. Macam tak
biasa pula. Sekarang… kau tu, cepat cerita kat aku. Kenapa
ni?”
“Tak ada apa-apalah!” Aku cuba mengelak daripada
menjawab soalan Sharifah.
Sharifah merenungku tajam.
“Hai… sejak bila pandai berahsia dengan aku ni?
Cepat cakap! Aku tahu ada sesuatu sedang mengganggu kau
ni. Kalau tak penunggu, mesti orang bunian ni,” usiknya
separuh mendesak.
Aku tergelak kecil. Kata-kata Sharifah ternyata
mampu menggeletek hatiku. Melihat aku ketawa, Sharifah
tersenyum kecil.
“Pandai pun senyum. So, sekarang, dah boleh cerita
dah?”
“Kau ni, memang pandai buat lawaklah.”
Sharifah cuma menyambung senyumnya yang
masih bersisa.
“Excuse me. Two large wedges?”
“Yes!” Laju aku menjawab.
Pelayan restoran yang membawa pesanan cuma
tersenyum sambil meletakkan dua kotak wedges di atas meja.

120
Hanni Ramsul

“Thanks,” ujarku sebelum pelayan itu berlalu


bersama senyuman yang manis.
Aku menarik kotak wedges. Mula menyuap wedges
ke mulut.
“Amboiii... dalam termenung, sempat lagi makan
ya? Sampai dua large size pula tu. Dah tu, makan sampai tak
ingat nak pelawa orang.”
Aku tersenyum. Terlupa. Lapar membuat aku lupa
rupa-rupanya ada manusia di hadapanku.
“Sorry. Lupa. Aku laparlah. Dah dua hari aku tak
makan. Kau tahu tak?” ujarku sambil menikmati keenakan
kentang yang bersalut mayonis. Memang sudah dua hari aku
tidak makan. Asyik memikirkan tentang Charming, aku jadi
lupa segala-galanya. Hari ini baru terasa yang perut ini benar-
benar minta diisi.
“Aku tahu. Itu sebabnya aku tanya ni. Apa masalah
kau?”
Aku mengeluh perlahan. Suapan pun mula
perlahan. Aku bersandar ke kerusi. Memandang wajah
Sharifah yang menunggu ceritaku. “Charming...”
“Haaa… kan aku dah kata! Memang aku dah agak
dah! Memang gaduh dengan Charming ni. Kenapa? Dia
marah kat kau, sebab kau tak nak jumpa dia? Itulah… aku
dah cakap, jumpa… jumpa. Kau degil! Sekarang, tengok.
Betul tak aku cakap? Mesti dia marah kat kau punya. Kalau
aku pun, aku marah. Macam nak main-main aja. Silap-silap
kena tinggal terus!” kata Sharifah selamba.
Aku pandang wajah Sharifah tajam. Geram. Belum
pun sempat aku buka cerita, dia sudah pun siapkan satu
karangan untuk aku. Kalau betul tak apa. Ini semuanya salah
fakta.

121
Biarlah YM Berbicara

“Kau… kau… boleh tolong diam tak? Nak dengar


cerita aku ke nak dengar cerita kau ni?”
Sharifah tersengih sambil menutup mulut dengan
jemarinya. “Okey... okey... aku diam. Hah, kau ceritalah!”
“Macam mana aku nak cakap ya?”
“Kau gaduh ke?”
“Taklah! Mana ada gaduh. Cuma, aku terfikirkan
kata-kata kau…”
“Wait. Kau termenung sana, termenung sini, pasal
Charming ke pasal aku?”
“Sherry. Please... kau nak dengar tak nak ni?”
“Okey... sambung.”
“Pasal Charminglah. Aku terfikir kau cakap, mana
ada lelaki yang boleh serius dengan perempuan yang dia tak
kenal. Aku jadi waswaslah dengan perasaan dia kat aku.
Entah-entah dia cuma nak main-mainkan aku tak?”
“Kenapa kau cakap macam tu?”
“Dua hari lepas, dia luahkan perasaan kat aku. Dia
cakap dia betul-betul serius dengan aku. Tiba-tiba, aku jadi
sangsi pula bila dia cakap macam tu. Dia cakap, dia yakin
sangat-sangat yang dia boleh terima aku, walau macam
manapun keadaan aku.”
“Laaa… pulak. Dulu bila dia jarang chat dengan
kau… kau kata dia tak serius. Sekarang ni, bila dia selalu call
kau, chat dengan kau… and, siap luah perasaan lagi, tiba-tiba
kau cakap, dia nak main-main pulak? Tak fahamlah aku
dengan perangai kau ni. Entah-entah kau yang nak main-
main kut?”
“Mana ada! Aku betul-betul sukakan dia. Itu yang
buat aku jadi takut ni. Takut kalau dia tak serius dengan aku.

122
Hanni Ramsul

Takut kalau-kalau semua yang dia cakap tu, saja nak


permainkan aku. Aku takut nanti aku kecewa sorang-sorang.
Sebab dia cakap macam real sangat. Bila dah real sangat tu,
rasa macam tipulah pulak!”
“Itu sebabnya kau kena juga jumpa dia. Kalau kau
dah betul-betul suka kat dia, aku rasa dia pun tak ada nak
main-mainkan kau kut. Kalau dia nak main-main, mesti dia
dah lama give up sebab kau bukannya nak jumpa dia pun.
Cubalah jumpa dulu. Baru boleh kenal hati budi dia. Lama-
lama bercinta macam ni pun, tak elok. Kau tak tahu perangai
dia macam mana. Baik ke dia? Serasi ke dengan kau? Itu
semua kau tak tahu. Tapi, makin lama kau makin sayang kat
dia. Nanti, bila dah makin sayang, keadaan akan jadi lebih
complicated. Kau tahu tak?”
Aku mengeluh panjang. Betul tu. Itu yang buat aku
resah gelisah kini. “Aku tau. Tapi… aku takutlah, Sherry. Aku
malu.. nanti apa dia fikir pasal aku?”
“Laaa… species apalah kau ni. Nak heran apanya
apa kata dia? Dah kau berdua memang fall in love, kan? Dua-
dua dah sama-sama jatuh cinta. Takkan nak kutuk girlfriend
sendiri kut. Nak kata apa lagi? Jumpa dan kenal hati budi
masing-masing. Mana boleh bercinta macam ni selama-
lamanya? Nak kahwin nanti macam mana? Takkan nak nikah
kat YM kut. Bersanding dengan PC? Macam tu?”
Aku tergelak. Bersanding dengan PC? Terbayang
pula kat mata aku, aku ayu berbaju pengantin, kemudian
duduk di sebelah komputer. Ha ha ha… kelakarnya!
Memanglah Sharifah ni pandai membuat aku kembali ceria.
“Kau ni… ada ke situ pula perginya,” ujarku
bersama-sama sisa-sisa gelak.
“Aku cakap, kau gelak. Tapi, cuba kau fikir, kalau

123
Biarlah YM Berbicara

kau terus macam ni. Percayalah, hubungan kamu berdua tak


akan ke mana-mana. Tak akan berkembang!”
“Aku tahu. Tapi, aku memang tak berani nak jumpa
dialah. Aku takut... aku malu…”
“Teruskanlah takut dan malu kau tu. Nanti melepas
baru padan muka!”
“Kalau dia memang saja nak permainkan aku,
macam mana?”
“Sekurang-kurangnya kau tahu. Mana kau nak?
Kau nak tahu dia permainkan kau sekarang, atau kau nak tau
bila kau dah betul-betul tak boleh nak lupakan dia. Then,
masa tu baru kau tahu yang dia cuma permainkan kau? Mana
satu pilihan kau? Mana satu yang lebih menyakitkan?”
Aku termangu. Terfikir kata-kata Sharifah.
Semuanya benar belaka.
“Memang aku dah betul-betul sukakan dia pun. Dah
betul-betul jatuh cinta kat dia. Tak pernah aku rasa macam ni
kat lelaki. Aku rasa, aku memang tak boleh nak lupakan dia.
Itu yang buat aku takut. Takut kalau dia cuma nak tipu aku.
Tak sanggup aku nak berdepan dengan keadaan tu.”
“Kau kena berani Diya. Ini bukan soal main-main.
Melibatkan perasaan. Jangan sampai kau makan hati nanti.
Cubalah dulu. Bukan tak ada orang yang serius bila bercinta
online ni. Think positiflah. Jangan asyik fikir yang tak elok
aja. Lagipun, kalau kau nak fikir semua benda yang tak elok
ni, kau kena fikir sebelum kau terlajak jatuh cinta pada
Charming tu. Semasa kau mula-mula berchatting dengan dia
dulu. Kalau sekarang baru kau nak fikir semua ni, aku rasa
dah terlambat. Kau kena teruskan juga. Macam mana
endingnya, itu kau kena tawakallah. Harap-harap ending atas
pelaminlah!”

124
Hanni Ramsul

“Kau cakap ni… makin menakutkan akulah. Bukan


buat aku rasa lega. Buat aku makin susah hati pulak!”
“Dah tu kau nak aku cakap apa? Situasi kau
sekarang ni, memang macam ni. Berbahaya. Tak
berpenghujung. Kalau kau masih juga dengan malu dan
takut kau tu, memang tak akan selesai masalah kau dengan
Charming. Hubungan kamu berdua juga, akan terus
tergantung macam nilah!”
Aku diam. Betul kata-kata Sharifah itu. Tapi, apa
yang mampu aku lakukan? Memang aku tiada kekuatan
langsung untuk berjumpa dengan Charming, walaupun
hatiku sudah penuh rasa sayang untuknya. Aku tidak berani.
Aku malu dan aku takut dipermainkan. Susahnya kalau tidak
pernah jatuh cinta ni. Sekali dah jatuh cinta, pada halimunan
pula. Betul-betul dugaan ni.
“Dah… terlopong pulak. Kenapa?” soal Sharifah.
Cepat-cepat aku buat muka ayu. Teremosi pula aku
mengelamun. “Mana ada terlopong?”
Sharifah tergelak sambil mencapai wedges di
hadapanku. Lengan baju kurungnya diselak. Melihat jam di
pergelangan tangan.
“Mana Si Azman ni? Ni yang buat aku rasa macam
nak marah ni,” gumamnya perlahan.
“Alaaa... tak ke mananya Azman tu. Kejap lagi
sampailah tu. Bukan tak biasa tunggu dia pun, kan? Dari
sekolah lagi, memang dia kaki mungkir janji. Macam tak
biasa pula.” Aku mengulangi kata-kata Sharifah padaku,
membuatkan gadis itu memandangku dengan pandangan
geram. Giliran aku pula tersenyum.
“So, macam mana? Apa kau nak buat?”

125
Biarlah YM Berbicara

“Biar takdir yang menentukannya. Tak larat aku


nak fikir. Dan biarlah YM itu yang berbicara. Selama mana
dia nak berbicara…” Aku bersuara separuh bermadah.
Sharifah mencebik.
“Alaaa... senang-senang, kau tutup buku aja dengan
Charming ni. Ambil aja orang kat depan mata.”
“Siapa?”
“Encik Firdauslah!”
“Kau ni. Sempat juga nak menyelitkan Encik
Firdaus tu ya? Tak ada maknanya. Kau tolong jangan buat
aku perasan, boleh tak? Malu sebab jatuh cinta dengan
Charming ni, aku rasa aku boleh terima lagi. Tapi, kalau
dengan Encik Firdaus tu… errr, tak naklah. Malu besar tu.
Terjatuh cinta kat bos sendiri. Dahlah tu, jatuh cinta sorang-
sorang pulak tu. Oh, tidak! What a nightmare! So, please…
jangan buat aku jadi perasan sorang-sorang.”
“Mana tahu kau bertepuk sebelah tangan? Kau tak
cuba pun?”
“Dahlah… tak nak cakap pasal nilah. Tukar topik.
Ada ke nak cuba bercinta dengan bos pula. Kalau dia cuba
bagi surat warning kat aku, macam mana? Tak ke
menggelupur aku nak cari kerja lain?”
Sharifah menjongket bahu tanpa berkata apa-apa.
Cuma sedikit senyuman yang terukir di bibirnya.
Aku turut diam.
“Haaa… tu pun dia. Baru sampai!” Aku bersuara
sebaik sahaja melihat Azman yang tergesa-gesa melangkah ke
arah kami. Buat-buat kelam-kabutlah tu. Lelaki ni… memang
tak pernah berubah.
“Sorry… aku lambat. Sorry sayang. Saya ada hal

126
Hanni Ramsul

kejap tadi,” Azman bersuara sambil memandang ke arahku,


kemudian dialihkan pula ke wajah buah hatinya.
Sharifah menarik muka sambil menjeling.
Aku yang memandang cuma tersenyum. Merajuklah
tu!
“Alaaa… janganlah marah. Betul… tak sengaja,”
katanya sambil tersengih.
“Dahlah Man. Duduk ajalah. Kau punya tak sengaja
tu, aku dengar daripada form two lagi. Dah… dah! Duduk dan
makan aja ayam yang dah tak berapa panas ni.” Aku bersuara
sambil memberi isyarat supaya dia duduk.
Azman tersengih. Perlahan dia melabuhkan
punggung ke kerusi di sebelah Sharifah.
“Sherry, janganlah marah ya? Saya minta maaf.
Betul. Ada hal tadi.” Kali ini bicaranya nampak bersungguh.
“Hal apa?” soal Sharifah sambil menatap wajah
Azman tanpa berkelip.
“Jangan pandang saya macam tu, awak. Tergoda
ni…”
Spontan jemari Sharifah melekat ke belakang
Azman.
Pang! Ha! Kan dah kena lempang?
Aku tergelak.
Azman menyeringai menahan sakit.
“Mengada-ada,” Sharifah bersuara sambil
menggosok telapak tangannya. Pedihlah tu. Lempang Azman
kuat sangat.
“Sakitlah. Tak baik buat kat bakal suami macam ni,
tau!”

127
Biarlah YM Berbicara

“Ala… baru bakal suami. Belum jadi suami lagi. So,


belum dikira derhaka pada suami lagi!”
Azman menjeling. Muka yang tadi manis sudah
menjadi sedikit kelat. Aik! Sekarang siapa yang merajuk,
siapa yang nak memujuk ni? Macam dua-dua dah merajuk
saja.
Aku leka menjadi pemerhati. Kalut betul pasangan
ni. Tersenyum melihat wajah Sharifah pula berubah menjadi
cuak.
“Awak… sorry ya. Sakit ke?”
“Takkk… tak sakit. Best. Tak tahu kena lempang
macam ni, best rasanya?” Azman menjawab soalan bodoh
Sharifah dengan nada sedikit geram.
Aku tergelak.
“Sorrylah… tak sengaja. Awak pun satu. Kenapa
cakap macam tu? Tak malu ke?”
“Laaa... nak malu apanya? Tergoda kat bakal isteri
pun nak malu ke?”
Sharifah diam. Cuma aku perasan wajahnya sedikit
memerah. Malulah tu.
Mood Azman pula, sudah mula baik semula. Sekejap
saja rajuknya.
“Malu pulak…” Azman mula menyakat.
Sharifah menjeling. Tanpa menjawab, dia menarik
kotak wedgesku. Tanpa menghiraukan senyum nakal Azman,
dia terus menyuap kentang wedges ke mulut.
Melihat reaksi Sharifah itu, Azman tergelak.
“Nak kena lempang lagi ke?” soal Sharifah, garang.
“Nak. Tapi, pelan sikit ya. Jangan kuat sangat.
Sakit…”

128
Hanni Ramsul

Sharifah mendengus marah.


Aku tersenyum. Sesungguhnya aku cukup suka
melihat gelagat Azman dan Sharifah. Sejak dari sekolah
sehingga ke hari ini, tingkah mereka tidak pernah membuat
aku jemu.
“Oh, ya Diya! Abang Kamal kirim salam.”
Senyum lebar yang menghiasi bibirku mati tiba-
tiba. Di mana pula Abang Kamal berjumpa dengan Azman ni?
Waalaikumussalam. Aku menjawab di dalam hati.
“Mana kau jumpa dia?”
“Kat luar tadi. Kat parking.”
“Ha? Dia ada kat sini ke?” soalku terkejut. Tiba-tiba
punggung terasa panas. Nak saja aku lari dari situ.
“Ya. Yang kau terkejut sangat ni, kenapa?”
“Tak ada apa-apa. Dia buat apa kat sini?”
“Entah... mana aku tahu. Tak sempat tanya pun.
Lagipun dia nak cepat. Dia oncall katanya.”
Jawapan Azman membuat aku sedikit lega. “Dia dah
pergilah?”
“Ya. Kau ni, gabra semacam pulak. Kenapa?”
“Tak ada apa-apalah!” Aku menjawab sambil kembali
tersenyum. Selamat! Perlahan aku mengurut dada.
Azman mencebik. Pandangannya dialihkan pula
pada Sharifah. “Awak dah cakap kat Diya ke?”
“Belum. Tunggu awaklah,” kata Sharifah malu-
malu.
Azman tersenyum.
“Cakap apa?” soalku hairan.

129
Biarlah YM Berbicara

Azman menjongketkan bahunya sambil mencapai


seketul ayam goreng. Dia tidak berkata sepatah perkataan
pun.
Sharifah memandang wajahku.
“Awak nak cakap ke, saya yang nak cakap ni?”
“Saya nak makan. Awak cakaplah!”
Sharifah menepuk perlahan bahu Azman, membuat
Azman tergelak kecil.
“Apa dia? Cakaplah…”
“Bulan depan kami nak bertunang.”
“Oh… tahniah! Tahniah Man. Tak sabar nak tunggu
ni…”
Sharifah tersenyum bahagia.
Azman turut tersenyum sambil menatap wajah
Sharifah.
Nampaknya tidak lama lagi teman baikku ini akan
menamatkan zaman solonya. Tinggallah aku seorang diri
nanti.
“Lama ke korang nak bertunang?”
“Entah. Belum bincang dengan mak aku lagi pasal
tempoh tu. Tapi, mesti dia orang tak bagi lama-lama,”
Sharifah membuka cerita.
“Saya pun tak nak lama-lama. Kalau boleh tak nak
bertunang pun. Terus kahwin, kan senang,” Azman
menyampuk sambil meratah ketul ayam yang kedua.
Aku tergelak.
“Apa pulak tak payah bertunang? Ingat kahwin
koboi ke apa?” soal Sharifah marah.
Azman tersenyum panjang.

130
Hanni Ramsul

“Baguslah tu. Tunang lama pun buat apa? Baik


kahwin cepat-cepat,” sampukku.
“Itulah. Aku setuju cakap kau, Diya. Kau bila pulak?
Takkan nak tunggu dapat title andartu baru terhegeh-hegeh
nak cari calon. Jangan jual mahal sangat,” Azman bersuara
lagi.
Mak oiii Azman ni, kalau bercakap tak reti nak
bertapis. Sama saja dengan Sharifah.
“Nantilah. Kalau ada jodoh, adalah. Kalau nak cari
sana sini, tapi, memang dah tertulis aku ni akan jadi anak
dara tua, tak guna juga.”
“Hish!!! Macam marah aja bunyinya.”
“Yalah. Suka-suka aja kau nak kutuk-kutuk aku!”
“Bukan kutuk. Ingatkan…”
Aku mencebik. Deringan telefon bimbitku
menghentikan bicara. Aku buka beg. Melihat siapa yang
menelefon. Charming. Nak jawab ke tidak?
“Siapa?” soal Sharifah.
Telefon aku matikan. Nantilah aku telefon semula.
“Tak ada siapalah. Kat mana kita tadi?” jawabku
sambil menyimpan semula telefon bimbit.
Sharifah cuma mengangkat kening. Tanda tidak
percaya dengan kata-kataku.
Aku tersenyum. Nantilah Sharifah. Takkan nak
cakap kat depan Azman ni. Malulah aku!

131
Biarlah YM Berbicara

bab 13
“F
UH! Penatnya,” Sharifah
bersuara sambil terus
terbaring di atas katil.
Aku turut tersandar ke kerusi. Beg pakaian yang
sederhana besar kubiarkan saja di tepi dinding. Memang
penat. Berjam-jam di dalam bas, memang membuat badanku
hilang tenaga. Yang kunampak cuma katil dan bantal. Tapi,
tak boleh dulu. Aku kena telefon mak dulu. Beritahu dia aku
dah sampai. Nanti risau pula orang tua tu.
“Kau tak penat ke, Diya?”
“Mahunya tak. Penatlah. Tapi, aku nak buat call
kejap.”
“Call siapa? Buat laporan kat Charming ke? Ini dah
serius ni, sampai kena buat report ni. Berapa kali sehari kau
kena report kat dia pasal aktiviti kau?” soal Sharifah sambil
tersengih.
“Tak adalah. Bukan call dia. Call mak akulah.
Beritahu aku dah sampai. Sebelum dia telefon and berleter
panjang, baik aku dulu yang telefon.”

132
Hanni Ramsul

Sharifah mengangguk perlahan.


“Aku pun nak call mak akulah. Nak beritahu aku
dah sampai.” Dia bersuara sambil mencapai telefon bimbit
yang tidak pernah berenggang dari tangannya sejak dari mula
menaiki bas hinggalah bas selamat berhenti di terminal
untuk mengambil bot ke Pulau Redang.
Aku tersenyum. Perlahan bangkit dari kerusi
mencapai beg tangan di atas beg pakaianku. Menyelongkar
mencari telefon bimbit. Telefon bimbit kukeluarkan sambil
beg tangan kucampak ke katil.
“Aku keluar kejap,” ujarku sambil melangkah
keluar dari calet. Mengambil angin di beranda. Nyamannya.
Perlahan tangan mendail nombor telefon rumahku. Deringan
yang bertalu, membuat aku tersandar di beranda. Mana mak
ni? Lambatnya angkat telefon.
“Assalamualaikum…” Aku bersuara sebaik sahaja
telefon berangkat.
“Waalaikumussalam.”
Aik! Macam kenal je suara ni. Mana mak? Kenapa
lelaki pula yang angkat ni? Aku mula diburu seribu
pertanyaan.
“Tiha ya?”
Alamak! Abang Kamal. Apa Abang Kamal buat kat
rumah mak aku ni? Kacau betullah!
“Tiha?”
“Mak ada?”
“Ada. Kat dapur. Nak cakap dengan dia ke?”
Ek eleh. Memanglah nak cakap dengan mak aku.
Sebab tu la aku telefon rumah aku. Apalah Abang Kamal ni.
Takkan nak cakap dengan dia pulak!

133
Biarlah YM Berbicara

“Panggil mak kejap,” ujarku dingin. Aku terdengar


Abang Kamal mengeluh perlahan.
“Mak su, Tiha telefon ni. Cepat sikit! Nanti merajuk
pula anak dara mak su ni.”
Terdengar suara Abang Kamal memanggil ibuku.
Saja nak bagi aku dengar suara dialah tu.
“Mak su kata tunggu kejap.”
“Tak apalah… nanti saya telefon mak balik.”
“Eh, tunggulah dulu. Cakap dengan abang dulu.
Ingat Tiha balik kampung.”
“Tak ada,” jawabku pendek.
“Mak su kata Tiha pergi Pulau Redang. Buat apa kat
sana?”
“Ada hari mesra staf. Tiga hari kat sini.”
“Hmmm… ingat abang balik, boleh jumpa Tiha.
Susahnya nak jumpa Tiha. Sunguh-sungguh Tiha nak
mengelak daripada abang ya?”
“Mana tahu abang balik kampung. Lagipun, kita tak
berjanji, kan?” Bohongku dengan cukup lancar sekali.
Padahal hari tu, ibuku sudah beritahu Abang Kamal akan
balik kampung.
“Memanglah tak berjanji. Tapi, ingat ada rezeki
abang nak jumpa Tiha. Kalau berjanji memang tahu, Tiha
tak akan sudi. So, terpaksalah buat-buat macam kebetulan.
Rupa-rupanya buat macam tu pun, tak boleh jumpa juga,”
Abang Kamal bersuara dengan nada selamba.
Aku tersenyum sendiri. Kelakar pula rasanya
mendengar kata-kata Abang Kamal. Sampai macam tu sekali
ke, usaha dia nak berjumpa dengan aku?

134
Hanni Ramsul

“Berapa hari Tiha kat sana?”


“Tiga hari.”
“Banyak buat aktiviti kat sana?”
“Entah!”
“Semua staf pergi ke?”
“Haah,” jawabku separuh hati.
“Tiha baru sampai ke tu?”
“Haah.”
“Pergi dengan bas ke?”
“Haah.”
“Tiha sayang abang ke?”
“Haah.”
Ops!
Abang Kamal tergelak.
Kurang asam punya Abang Kamal. Boleh bagi
soalan psikologi pula kat aku. Dah tersasul!
“Tu la. Haah… haah lagi,” ujarnya masih bersama
gelak.
Aku diam. Tidak ada keinginan untuk gelak
bersamanya. Geram lagi, adalah.
“Cakaplah. Janganlah asyik haah… entah… ya.
Kalau pun tak suka kat abang, janganlah tunjuk sangat. Sedih
abang rasa bila Tiha buat abang macam ni,” katanya dengan
nada sedih.
“Tak ada benda nak cakaplah bang. Mak mana…
takkan tak sudah lagi buat air kat dapur?”
“Belum. Kejap lagi kut. So, bila kita boleh jumpa
ni?”

135
Biarlah YM Berbicara

“Abang… janganlah cakap pasal ni lagi. Lupakanlah


semua tu. Abang cari ajalah perempuan lain, yang lebih baik
daripada saya. Takkan ke mananya kalau abang teruskan juga.
Saya memang tak boleh nak terima abang. Tak payahlah kita
buat masing-masing rasa serba salah, bang.”
“Abang akan terus mencuba. Terlalu lama abang
harapkan Tiha. Takkan abang nak give up macam tu aja.”
Aku diam. Geram dengan sikap Abang Kamal yang
tidak tahu mengalah. Sampai bila dia hendak terus begini?
Bukankah apa yang sedang dia lakukan ini akan membuat dia
terluka? Akan membuat aku terseksa?
“Panggil mak kejap, bang.”
“Hmmm.. yalah. Mak su dah datang ni.”
Aku menarik nafas lega. Sebenarnya aku sudah
kehilangan kata-kata untuk terus menyambung bicara
dengan orang yang degil seperti Abang Kamal.
“Helo! Assalamualaikum…”
Aku senyum. Pasti gagang sudah bertukar tangan.
“Walaikumussalam, mak. Mak sihat?”
“Sihat. Kamu dah sampai ke?”
“Haah. Tiya baru sampai ni mak. Sampai aja terus
telefon mak ni. Baik tak anak mak ni?” soalku sambil
tersengih di beranda.
“Hmmm… baik apa? Takut nak dengar mak
berleter, kan? Tu yang cepat-cepat telefon tukan?”
Aku sengih lagi. Mak ni, macam tahu-tahu aja. Tak
boleh nak berlakon. Semua yang ada kat dalam hati aku,
semuanya dia tahu.
“Abang Kamal buat apa kat rumah tu?”

136
Hanni Ramsul

“Dia datang cari kamulah. Mana tahu kamu tak


balik.”
“Buat apa nak cari Tiya?”
“Manalah mak tahu. Kalau ada yang tahu pun,
kamu berdua ajalah. Betul tak?”
Hai… dalam maknanya kata-kata ibuku ini. Pasti
dia sudah mengesyaki sesuatu. Kenapalah Abang Kamal
tunjuk sangat pada ibuku, ada sesuatu yang berlaku di antara
kami? Aku bocorkan rahsia dia, baru tahu. Mahu ibuku halau
dia dengan parang. Tak ada nak hidang-hidang kopi lagi. Baru
padan muka!
“Mak. Tak boleh lama ni. Lagipun, mak ada tetamu,
kan? Nanti apa kata Abang Kamal, kalau tak ada orang yang
layan dia.”
“Mengelak. Mengelaklah selagi kamu boleh
mengelak!”
Aku tersenyum. Tapi, sudah tidak semanis tadi.
Kata-kata ibuku membuat aku sedikit gelisah.
“Mana ada Tiya mengelak? Mak ni, pandai-pandai
aja serkap jarang.”
“Serkap jarang mak selalu mengena.”
“Okeylah mak. Sherry panggillah. Malam nanti Tiya
telefon mak balik. Okey?”
“Yalah….”
“Okey... bye…”
“Amboiii, sejak bila jadi orang putih ni?
Assalamualaikum….”
Aku tersenyum. Terbayang wajah ibuku dengan
perkataan itu. Mesti siap dengan gaya tu.

137
Biarlah YM Berbicara

“Waalaikumussalam.”
Talian terputus. Dan aku termangu di situ sambil
menongkat dagu. Terasa diri dihimpit rasa serba salah dengan
sikap degil Abang Kamal. Serba salah kerana dia adalah
sepupuku. Bimbang kalau berterusan kedinginan ini, nanti
hubungan keluarga pula yang menjadi taruhan. Risau ada
cerita yang tidak enak didengar akan muncul.
“Hai… jauh termenung?”
Sapaan itu mengganggu lamunanku.
Johan tersenyum memandangku.
Aku turut tersenyum kecil.
“Teringatkan siapa?” soalnya lagi.
“Tak ada teringatkan sesiapa pun. Saja ambil angin
pantai ni. Best pula. Awak dari mana ni?” soalku sedikit
kekok. Sejak Sharifah beritahu Johan bertunang sebab
kecewa denganku, aku belum lagi bercakap dengannya. Dia
pun seperti mengelak daripada bertembung denganku. Lebih-
lebih lagi apabila aku bertukar kerja, peluang untuk
bertembung menjadi semakin kurang.
“Jalan-jalan. Ambil angin petang. Awak tak nak
jalan-jalan ke?”
Aku tersenyum sambil menggeleng perlahan.
“Yalah... saya ni siapa ya? Mana layak nak jalan-jalan
dengan awak.”
Senyumku mati tiba-tiba. Tidak suka dengan bicara
Johan.
“Kalau awak cakap macam nak sindir saya, baik saya
masuk. Saya tak suka!” Aku berterus terang. Memang aku
geram bila ada orang yang bercakap begitu. Macamlah aku ni,
sombong sangat. Nak kata aku sombong, kan? Baik aku buat

138
Hanni Ramsul

sombong betul-betul. Perlahan-lahan aku mengangkat


punggung.
“Tunggu! Saya minta maaf. Saya tak berniat nak
sindir awak pun. Duduklah dulu.”
Mendengar kata-kata Johan, aku kembali duduk.
Johan tersenyum sedikit.
“Thanks,” ujarnya sepatah.
Aku cuma tersenyum kecil. Johan ni, buat aku rasa
segan pula. Siap nak berterima kasih pula.
“Boleh saya duduk?”
Aku beralih sedikit. Memberi ruang untuk Johan
melabuhkan punggung di sebelahku.
Johan senyum sambil mengambil tempat di
sebelahku.
“Awak apa khabar? Lama kita tak bersembang ya?”
Johan memulakan bicara.
Ternyata lelaki itu sedikit kekok untuk
berkomunikasi denganku. Tiba-tiba aku terasa aku pula lebih
yakin untuk berhadapan dengannya. Tidak seperti selalu,
apabila dia yang mendominasi perbualan.
Aku pandang wajahnya.
Dia diam. Cuma mengira-ngira jarinya yang
memang hanya sepuluh itu.
Aku tersenyum kecil. Lucu apabila Johan tiba-tiba
menjadi pendiam.
“Kenapa senyum?” soalnya tiba-tiba.
Aku mengulum senyum. Supaya tidak terlalu ketara
aku sedang mentertawakannya.
“Awak gelak kat saya, ya? Kenapa?”

139
Biarlah YM Berbicara

“Rasa macam lain bila awak diam macam ni.


Selalunya saya yang diam. Sekarang ni, terbalik pula. Dan,
jari awak tu memang sepuluh. Awak kira sampai seratus kali
pun, jawapannya tetap sepuluh!” Aku berterus terang. Tidak
mahu dia salah faham.
Johan tergelak kecil. Cepat-cepat jemarinya terlerai.
Tangannya kini memeluk lutut. “Saya pun tak tahu. Tak tahu
kenapa tiba-tiba saya rasa segan nak berdepan dengan awak.”
“Tapi, awak masih nak berdepan dengan saya juga?”
balasku pendek. Senyum kuukir sambil menatap wajahnya
yang cuma memandang jauh ke hadapan.
“Hati saya… hati saya yang nak berdepan dengan
awak.”
Aku pandang wajahnya dengan riak wajah yang
sedikit terkejut. Dah bertunang pun masih nak bercakap
pasal perasaan ke dengan aku?
“Jangan salah faham. Saya tahu status saya,” Johan
bersuara seakan-akan dapat membaca apa yang sedang
bermain di fikiranku.
Aku tersenyum. Lega.
“Tahniah. Maaf, sebab lambat ucap tahniah. Tak ada
peluang nak jumpa dengan awak.”
Johan tersenyum. Senyuman yang sukar untuk aku
tafsirkan akan maknanya. Bukan senyuman gembira. Bukan
juga senyuman sedih. Terlalu sukar untuk menebak perasaan
sebenar lelaki itu.
“Tahniah!” Sekali lagi aku bersuara.
“Terima kasih,” jawabnya ringkas.
Situasi yang tiba-tiba menjadi serba canggung
membuat aku berasa serba tidak kena.

140
Hanni Ramsul

“Saya doakan awak bahagia.”


“Saya pun harap begitu,” Johan bersuara dengan
nada yang tidak pasti.
Aku pandang wajahnya tanpa berkelip.
Johan tergelak kecil.
“Jangan pandang saya macam tu. Walaupun saya
dah bertunang, hati saya masih ada pada awak. Renungan
awak boleh buat saya lupa pada status saya sekarang.”
Cepat-cepat aku alihkan pandangan.
“Maaf,” ujarku sepatah.
“Untuk apa?” soal Johan perlahan.
“Untuk segala-galanya. Saya tak bermaksud nak
kecewakan awak. Saya… saya…”
“Saya faham. Cinta tak boleh dipaksa. Saya hormat
pendirian awak.”
“Sherry cakap, awak bertunang sebab... sebab…
saya. Saya harap Sherry salah.”
“Saya tak boleh ubah kenyataan tu. Memang itu
hakikatnya. Saya tahu saya tak berhak paksa awak. Tapi, saya
tak boleh tipu diri saya sendiri. Memang saya betul-betul
cintakan awak.”
Aku mula tidak senang duduk. Betul-betul tidak
senang duduk. “Janganlah cakap macam tu…”
“Don’t worry. Saya tak akan paksa awak. Saya pun
sudah nekad dengan keputusan saya. Saya tak akan ubah
fikiran.”
“Awak jangan buat keputusan semata-mata sebab
awak kecewa dengan saya.”
“Hidup mesti diteruskan.”

141
Biarlah YM Berbicara

“Ya. Tapi, jangan sampai awak kecewakan tunang


awak nanti. Kalau awak bertunang dengan dia tanpa apa-apa
perasaan, nanti apa akan jadi padanya?”
Johan tunduk. Cuma untuk seketika, sebelum dia
mengangkat muka memandang wajahku. Agak lama,
membuat aku pula yang tertunduk.
“Sejujurnya, saya ingin awak yang bertunang
dengan saya.”
Ah, sudah! Johan ni, biar betul! Jangan buat kalut
Johan oiii. Awak tu dah jadi tunang orang.
“Tapi, saya tahu, mustahil. Bukan senang nak pikat
hati Adiya Fatiha ni. Tak tahulah lelaki macam mana yang dia
tunggu. Agaknya tunggu putera kayangan kut,” Johan cuba
berlawak. Mungkin dia menyedari perubahan riak wajahku.
Namun, aku rasa dia pun tidak berasa lucu dengan
lawaknya itu. Sebab, tiada segarit senyum pun di bibirnya.
Kalau dia tidak berasa lucu, aku, apatah lagi.
“Bukan masalah senang atau susah. Benda ni,
bukan boleh dipaksa. Macam awak cakap tadi, kan?” Aku
bersuara perlahan.
“Itu lainnya awak daripada gadis-gadis lain. Itu
jugalah yang menjadi tarikan kuat untuk lelaki mendekati
awak. Susah nak pikat. Dua tahun saya cuba, tapi failed. Saya
nak tengok nasib Encik Firdaus pula. Sama macam saya atau
tak.”
Aku pandang wajahnya sekali lagi.
“Apa pula Encik Firdaus perginya? Tak ada kena-
mengena langsung!” Aku menjawab dengan wajah yang
sedikit masam.
Johan tergelak.

142
Hanni Ramsul

“Semua tahu Diya. Cuma, awak saja yang buat-buat


tak tahu. Macam mana awak buat kat saya dulu. Betul tak?”
Aku mengangkat punggung. Topik perbualan kami
sudah tidak menarik lagi.
“Nak ke mana?” soal Johan sambil mendongak
menatap wajahku.
“Tak nak cakap pasal nilah!”
“Harap Encik Firdaus tak kecewa macam saya.
Merpati Mara Jaya Industries.”
Aku mengerutkan kening. Dia pula tersenyum
panjang. Walaupun jelas senyumnya itu tiada keceriaan
langsung. Tidak faham dengan kata-katanya membuat aku
kembali duduk.
“Apa yang merpatinya ni?”
Tiba-tiba soalan yang datang dari belakang itu
membuat aku tersentak. Bukan aku sahaja, Johan pun turut
tersentak. Soalan yang ingin aku tanya sudah pun ditanya
oleh Sharifah.
“Kau ni… terkejut aku!”
Sharifah tersengih. Menolak bahu aku dan Johan.
Nak menyelit kat tengah-tengah. Tanpa disuruh, dia
melabuhkan punggung di antara aku dengan Johan.
“Ni... buat apa ni? Berdating ya? Jangan nak date
dengan tunang orang ya, Diya. Dan, kau pulak, jangan nak
curang dengan tunang kau.”
“Mana ada. Ambil angin ajalah,” sangkalku dengan
muka yang sedikit kelat.
“Apa kau cakap tadi? Merpati? Mana merpatinya?
Ada merpati ke kat sini?”

143
Biarlah YM Berbicara

“Ada.”
“Kat mana?”
“Tu… kat sebelah kau tu,” Johan menjawab
selamba.
Sharifah menoleh. Memandang wajahku.
Aku pula, memandang wajah Johan dengan
pandangan hairan. Aku ke yang dia panggil merpati?
Hmmm… kalau panggil Angelina Jolie ke… Jennifer Aniston
ke… baguslah juga. Ini, merpati?
Sharifah tergelak.
“Diya ni, merpati?” soalnya sebelum menyambung
gelak.
Aku menjeling sambil menampar bahunya.
“Yalah. Tak betul aku cakap? Nampak jinak, bila nak
dekat, bukan main tinggi terbangnya. Langsung tak ada
peluang nak tangkap.”
“Oh... kalau itu, aku setuju. Dia ni, memang susah
nak dapat. Aku teringin sangat nak tengok dengan siapalah
nanti dia bersanding. Susah sangat nak jumpa Mr. Right
budak sorang ni. Jangan duk asyik mencari, tiba-tiba dapat
yang hampeh, sudahlah!” Sharifah membalas kata-kata Johan
dengan nada ala-ala mak orang.
“Kut ya pun nak mengata aku, mengatalah kat
belakang. Janganlah mengata aku kat depan-depan macam
ni. Terasa hati aku tau. Dahlah! Malas aku nak layan kau.”
Aku bersuara sambil mengangkat punggung.
Sedikit terasa dengan kritikan Sharifah. Aku melangkah
meninggalkan Johan dan Sharifah.
“Alaaa.. merajuk la pulak. Aku gurau ajalah!”

144
Hanni Ramsul

Terdengar suara Sharifah separuh menjerit. Suara


itu tidak aku endahkan. Terus berjalan tanpa tujuan yang
nyata.
“Hey… tunggulah!”
Tepukan di bahu membuat langkahku sedikit
terganggu.
Sharifah tersengih.
“Sorrylah. Aku tak sengaja nak sakitkan hati kau.
Aku gurau ajalah.”
Aku diam.
“Alaaa cayang. Janganlah majuk. Cenyum cikit.
Cikit lagi. Cenyum. Cenyum…”
Aku tergelak.
Sharifah turut tergelak.
“Kau ni, aku nak merajuk pun tak boleh.” Aku
bersuara sambil menampar belakang Sharifah perlahan.
“Kau? Nak merajuk dengan aku? Malam sikitlah!”
ujar Sharifah masih bersama gelaknya.
Aku tersenyum sambil memeluk bahu Sharifah.
Melangkah beriringan di sekitar calet yang nyaman dan
redup. Bukannya boleh lama aku merajuk dengan perempuan
ni.
“Joe masih pandang kau kat belakang tu,” Sharifah
bersuara.
Spontan aku menoleh. Berlaga pandang dengan
renungan Johan yang tercegat memandangku dari jarak yang
agak jauh. Aku ukirkan sekuntum senyuman.
Dia turut tersenyum sebelum mengangkat tangan
dan berlalu dari situ.

145
Biarlah YM Berbicara

“Nampaknya dia masih tak boleh lupakan kau.”


“Minta-minta kata-kata kau tu, tak benar. Mana
boleh dia suka kat orang lain, padahal dia dah bertunang
dengan orang lain.” Aku bersuara dengan rasa yang sedikit
bersalah.
Kasihan tunang Johan, kalau dia tidak berusaha
bersungguh-sungguh untuk lupakan aku. Aku benar-benar
berharap agar satu hari, pintu hati Johan tertutup buatku.

146
Hanni Ramsul

bab 14
A
NGIN petang yang nyaman mem-
buai perasaan. Asyiknya… Lagi
lama aku kat sini, rasa-rasanya
boleh lena. Rakan sekerja yang lain sudah hilang mencari
haluan masing-masing, seusai sesi taklimat oleh Kak Lisa
sebentar tadi.
Sampul di tangan, aku letak di atas meja. Taklimat
ringkas daripada Kak Lisa. Acara kemuncak untuk Hari
Mesra Pekerja. Aku pandang sampul surat dengan tidak
bersemangat.

TRESURE HUNT: PERFECT PARTNER WILL WIN IT

Aku mengeluh perlahan. Ada sahaja idea Kak Lisa


ni. Penat bermain bola tampar pantai tadi pun belum hilang
lagi. Sudahlah penat, kalah pula tu. Ini, nak kena kejar ke
sana, kejar ke sini pula. Berpasangan pula tu. Pasangan aku?
Entah. Aku pun tak tahu. Sampul yang Kak Lisa berikan pun,
aku masih belum buka. Tapi, tak kisahlah siapa dia pasangan
aku. Bukan penting pun.

147
Biarlah YM Berbicara

“Hai… mengantuk nampak?”


Aku tersenyum.
Kak Lisa turut tersenyum. Perlahan dia melabuhkan
punggung di hadapanku.
“Penatlah kak.”
“Alah! Orang muda macam awak pun, penat ke?”
“Mahu tak penat? Dah dua hari, program packed.
Akak ni, nak dera kita orang ya?”
Kak Lisa tergelak. “Mana ada? I tengok orang lain
semuanya enjoy. Sesekali macam ni, apa salahnya. Bukan
selalu pun.”
“Yalah… saya ni kurang stamina, kak.” Aku
menjawab sambil tersenyum.
“Tak buka lagi ke, tengok siapa partner awak?”
“Belum. Nanti-nantilah. Nak rehat kejap. Berangin
macam ni, kalau berangan, best juga ni.”
Kak Lisa tersenyum lagi sambil mencapai sampul
surat di hadapanku.
“Encik Firdaus tak masuk aktiviti ni ya, kak? Dia
tak ada pun masa akak bagi partner tadi,” soalku tiba-tiba.
Agak pelik kerana sebelum ini, dia turun padang bersama
anak-anak buahnya. Berlari ke sana sini menyiapkan
pertandingan membina istana pasir. Melompat-lompat tengah
panas bermain bola tampar pantai. Pertandingan bermain
sepak raga pun dia ikut serta sekali. Walaupun dia banyak
sepak angin daripada sepak bola. Nampak sangat tidak pernah
bermain bola sepak raga.
Aku tersenyum tiba-tiba. Terasa kelakar teringatkan
gelagat Encik Firdaus. Tapi, aku memang menghormati dia
sebagai majikan yang baik. Bukan senang hendak jumpa

148
Hanni Ramsul

majikan yang begitu mesra dengan semua orang bawahannya.


Langsung tidak meninggi diri.
“Kenapa ni? Senyum sorang-sorang?”
“Tak ada. Tiba-tiba teringat Encik Firdaus main bola
sepak angin!”
“Ha? Bola sepak angin?”
“Yalah... asal dia sepak aja, tak pernah kena bola.
Asyik kena angin aja. Nampak sangat tak reti main,” ujarku
tergelak.
Mendengar jawapanku, Kak Lisa turut tergelak.
“Oh… you mean sepak raga? Awak ni, kalau dia
dengar, dia potong gaji, baru tahu. Manalah dia pandai
permainan macam tu? Bola sepak ke, futsal ke, terrorlah dia.”
Aku tersengih. Rasa lucu masih mencuit hati.
“Bukalah,” Kak Lisa menghulurkan kepadaku
sampul yang tadinya terletak di atas meja.
Aku akur. Sampul aku buka perlahan. Melihat nama
yang tertulis di situ, mataku membulat memandang Kak
Lisa.
“Akak? Kenapa pula saya dengan Encik Firdaus ni?”
soalku tidak berpuas hati. Takkan aku nak berpasangan
dengan bos pula.
“Awakkan secretary dia, so, memang patutlah awak
partner dengan dia.”
“Akak pun secretary diakan? Sepatutnya, akaklah
yang partner dengan dia. Yalah, sebelum akak pergi Sarawak.
Akak tukar ajalah. Akak ganti saya ya?” Aku memberi
pendapat yang kurasakan amat bernas.
Kak Lisa menggeleng perlahan.
“Kenapa pula?” soalku hairan.

149
Biarlah YM Berbicara

“I cuma boleh jadi pangatur acara saja. Semua


aktiviti tu, tak sesuai untuk I?”
“Aik? Akak yang arrange semua aktiviti, tapi,
semuanya tak sesuai dengan akak? Pelik ni…”
“Yalah. Semuanya memang sesuai untuk semua
orang. Tapi, I tak boleh ikut semua aktiviti lasak ni.”
“Why?”
Kak Lisa tersenyum.
“I’m pregnant,” jawabnya lambat-lambat.
“What?” soalku terkejut. Memang berita yang
mengejutkan.
Kak Lisa mengangguk.
“Tahniah… seronoknya! Dah berapa bulan?”
“Baru lagi. So, sekarang dah tahu kenapa I tak
boleh jadi partner Encik Firdaus?”
Aku diam.
“I nak tanya awak sesuatu, Diya.”
“Apa dia?”
Kak Lisa diam seketika. Matanya memandang
wajahku. Mengamati wajahku agak lama.
Aku tersengih. Lain macam pula renungan Kak
Lisa.
“Awak tahu kan?”
“Tahu? Tahu apa?”
“Semua orang boleh perasan, takkan awak tak
perasan kut?”
“Errr... saya tak fahamlah.”
“Encik Firdaus.”
“Ya? Kenapa dengan Encik Firdaus?”

150
Hanni Ramsul

“Dia memang sukakan awak.”


Mak oiii!!! Ini betul-betul berita panas ni. Betul ke?
“Tak adalah. Akak pun sama dengan Sherry ke? Saja
nak buat saya perasan? Syok sendiri? Tak baiklah kak, buat
saya macam ni…”
“Buat apa I nak bohong? I rasa awak sendiri boleh
sedar layanan dia pada awak. The way he treats you... talks to
you... pandang you. Takkan awak tak rasa apa-apa?”
Aku diam. Kalau betul kata-kata Kak Lisa ni,
bermakna betullah kata-kata Sharifah itu. Betul juga
jangkaan Johan. Aku termangu menongkat dagu.
“Awak tak suka Encik Firdaus ke?”
“Tak adalah. Tapi, tak pernah saya terfikir sampai ke
tahap tu. Tak layak saya nak fikir sampai ke tahap tu, kak.”
“Awak dah ada sesiapa ke?”
Soalan Kak Lisa kedengaran seperti merisik cerita.
Aku diam sekali lagi.
“That guy hari tu ke? Yang datang dengan motor
besar tu?”
Aku pandang wajah Kak Lisa. Dia ada ke semasa
Abang Kamal datang dulu?
“I nampak... Encik Firdaus pun nampak. Itu ke
orangnya?”
Aku terlopong. Rupa-rupanya ada yang memerhati
gelagat aku dan Abang Kamal.
“Itu sepupu sayalah,” beritahu aku akhirnya.
“Sepupu? Macam bergaduh aja I tengok.”
“Saya dengan dia memang tak serasi.”
“Kenapa dia datang cari awak?”

151
Biarlah YM Berbicara

“Tak naklah cakap pasal dia.” Aku bersuara acuh


tidak acuh. Tidak mahu bercakap tentang Abang Kamal.
“Encik Firdaus cemburu hari tu…” beritahu Kak
Lisa lambat-lambat.
Aku cuma mampu pamer deretan gigiku pada Kak
Lisa. Topik yang Kak Lisa kemukakan cukup membuat aku
serba salah. Rasa janggal apabila dia bercerita tentang hati
dan perasaan Encik Firdaus. Perasaan padaku pula tu. Kalau
boleh aku tak nak dengar semua itu.
“Awak langsung tak ada perasaan pada Encik
Firdaus ke?”
“Kenapa akak tanya semua ni?” soalku akhirnya.
Jangan ini pun termasuk di dalam salah satu program dia,
sudah. Mahu aku isytihar perang dingin dengan Kak Lisa,
kalau ini semua cuma satu permainan. Sumpah!
“Sebab I kasihan tengok Encik Firdaus. Dia ada
beritahu I, dia sukakan awak. Tapi, awak macam tak sedar
semua tu. Kenapa?”
“Tak ada apa-apa. Mungkin sebab saya dah sukakan
orang lain kut.”
“Selain Encik Firdaus?”
Aku tersenyum tanda mengiakan.
“I’m wondering, macam manalah lelaki yang boleh
mengalahkan Encik Firdaus tu ya? I ingat semua gadis kat
sini memang mengimpikan Encik Firdaus jadi kekasih
mereka. Tak tahu pula awak tak termasuk dalam senarai tu.”
“No comment,” jawabku sambil tersenyum.
Kak Lisa tersenyum kecil.
“Kenapa Encik Firdaus tak ada tadi?” soalku lagi.

152
Hanni Ramsul

“Entah… katanya ada hal. Don’t worry. Dia dah


tahu awak partner dia.”
“Ha?”
“Yalah. Kan I yang arrange semuanya?”
Aku menjeling sambil tersenyum kecil. Macam-
macamlah Kak Lisa ni. Senyumku mati perlahan-lahan
melihat kelibat insan yang aku kenali. Insan, yang baru
sahaja kami bicarakan tentangnya. Wajah Kak Lisa kutatap
agak lama.
“Encik Firdaus dah ada kekasih, kan?” soalku tiba-
tiba.
“Kekasih? Maksud awak?”
“Cik Mia?”
“Oh… mereka dah lama clashlah. Kenapa?”
“Tu… bukan Cik Mia ke tu?”
Kak Lisa menoleh. Memandang ke arah yang sedang
aku pandang sekarang.
Encik Firdaus sedang berjalan-jalan dengan Mia di
tepi pantai. Siap bertepuk tampar dan bergelak ketawa lagi.
Kak Lisa cuba mempermainkan perasaan aku ke?
“Mungkin mak dan ayah dia yang jemput Mia ke
sini. Hubungan keluarga mereka berdua memang rapat.”
“Eloklah tu. Memang sepadan mereka berdua tu.”
Aku bersuara sambil terus memerhati. Melihat senyum dan
tawa Encik Firdaus pada Mia, hatiku dijentik sedikit resah.
Apatah lagi melihat mereka begitu mesra. Walaupun
kemesraan itu bukan milik aku, namun senyum dan tawa itu,
selama ini hanya untuk aku.
Tiba-tiba aku rasa terpinggir, rasa jauh hati. Rasa
macam merajuk. Merajuk apabila Encik Firdaus pamerkan

153
Biarlah YM Berbicara

senyum dan hadiahkan renungan redupnya untuk Mia.


Sepatutnya itu semua hanya untuk aku. Aik! Peliknya
perasaanku ini.
“Setahu I, mereka dah lama berpisahlah.”
“Alah kak, berpisah kejap. Biasalah tu. Kalau dah
sama-sama masih ada rasa sayang, boleh berbaik semula. So,
akak salah fahamlah pasal perasaan Encik Firdaus tu.
Takkanlah orang macam Encik Firdaus tu, nakkan orang
macam saya ni. Nasib baik tak sempat perasan tadi!” Aku
bersuara sambil melawak. Menutup rajukku yang tiba-tiba
semakin menjadi-jadi. Kenapa pula aku rasa macam ni?
Hatiku semakin gelisah apabila langkah pasangan dua sejoli
itu, menghala ke arah kami. Rasanya, wajahku sudah
kehilangan keceriaan.
“Hai… boleh join?” sapa Encik Firdaus mesra.
Mia tersenyum di sebelahnya.
Kak Lisa mendongak.
Aku pula, menjadi patung tiba-tiba.
“Of course. Duduklah,” balas Kak Lisa bersama
senyum yang cukup lebar.
Encik Firdaus dan Mia sama-sama mengambil
tempat di hadapanku.
“Mia, ini secretary baru I, Adiya.”
Mia tersenyum.
“I kenallah. Dulu your accountant, kan? Hai Adiya…
nice to meet you again,” Mia bersuara sambil menghulurkan
tangan.
Aku menyambut tangan yang dihulur. Senyum
manis Mia aku balas dengan rasa yang kurang ikhlas. Kenapa
ni? Kenapa aku rasa macam ni?

154
Hanni Ramsul

“So, tengah sembang pasal apa?” Encik Firdaus


bertanya sambil memandang wajahku.
Aku tersenyum kecil. Buat apa pandang aku?
Pandanglah Cik Mia yang cantik tu!
“Nothing. Borak kosong sambil ambil angin petang,”
Kak Lisa menjawab soalan Encik Firdaus.
Aku menggosok-gosok leher. Mencari alasan untuk
berlalu dari situ. Tidak selesa berada di antara Encik Firdaus
dan Mia. Mataku tertancap pada Sharifah yang sedang
mengatur langkah ke arah kami. Aku tersenyum. Ada alasan.
“Maaf… saya pergi dulu ya. Sherry panggillah,”
ujarku sambil mengangkat punggung. Belum sempat mereka
bertiga bersuara, aku sudah pun bergerak laju meninggalkan
Kak Lisa, Encik Firdaus dan Mia. Separuh berlari aku
mendapatkan Sharifah.
“Kenapa ni? Aku baru nak ke sana, join korang,”
Sharifah bertanya dengan nada hairan.
“Ah! Tak payahlah. Tak best pun. Buat sakit hati aja.”
“Sakit hati kenapa pula?”
Alamak! Terluah perasaan geram kat Sharifah pula.
“Tak ada apa-apalah. Jom kita pergi minum.
Dahagalah…”
“Tu… siapa dengan Encik Firdaus tu?”
Aku menoleh. Encik Firdaus memandang ke
arahku. Cepat-cepat aku berpaling semula, menghadap muka
Sharifah.
“Kau tak nampak ke? Bukan main mesra lagi tu?
Mestilah makwe dia. Dahlah. Jom pergi minum. Kau
belanja.”
“Aik! Lain macam aja bunyi jawapannya.”

155
Biarlah YM Berbicara

“Lain macam apa pula? Betullah!”


Sharifah tersengih.
“Okey… oh… kamu ketahuan… kamu cemburu
dengan dirinya,” Sharifah menyanyi mengikut irama lagu
Ketahuan dari kumpulan Matta, membuat aku menjerit
marah. Mana ada aku cemburu?
Sharifah terus menyanyi sambil berlari apabila aku
cuba memukulnya.
Aku berhenti mengejarnya apabila rasa penat sudah
singgah di kaki. Perlahan aku duduk di atas pasir pantai yang
agak suam-suam kuku dek pancaran mentari petang. Melihat
aku sudah berhenti mengejarnya, Sharifah berpatah balik.
Turut duduk di sebelahku. Dia masih tergelak sambil
tercungap-cungap mengambil nafas. Aku menjeling.
Kemudian pandangan aku tebarkan ke tengah lautan yang
maha luas. Damainya... lebih-lebih lagi apabila bayu pantai
membelai wajah.
“Kau cemburu ya?” soal Sharifah setelah lelahnya
sedikit hilang.
Aku mencebik.
“Mana ada? Buat apa aku nak cemburu? Akukan dah
ada Charming,” jawabku sambil lewa.
“Yalah... Charming kau tak nampak. Encik Firdaus
ni, hari-hari depan kau. Kau cemburu, kan?”
“Tolong sikit! Tak ada masa la nak cemburu-
cemburu ni. Dahlah... cakap pasal lainlah!”
Sharifah terus tersenyum.
Tidak percayalah tu. Lantak kaulah, Sharifah!
“Siapa partner kau esok?” soalku cuba mengubah
topik perbualan.

156
Hanni Ramsul

“Johan. Kau?”
“Encik Firdaus...” jawabku lambat-lambat.
“Hah? Baguslah tu. Perfect partner tu. Tahniah!”
Aku jelirkan lidah. Rimas dengan gurauan Sharifah.
“Kita tengok siapa yang jadi perfect partner, ya. Aku
yakin, aku dengan Johan akan menang esok!” Sharifah
bersuara dengan semangat ala-ala peserta kem motivasi.
Aku tersenyum lucu.
“Tapikan, aku pelik sikitlah. Kenapa bukan Kak Lisa
yang jadi partner Encik Firdaus?” soal Sharifah tiba-tiba.
Sebab Kak Lisa nak padankan aku dengan Encik
Firdaus. Aku tersengih. Jawapan itu cuma melantun di hati
sahaja. Tidak mahu aku kongsikan cerita yang baru Kak Lisa
sampaikan tadi dengan Sharifah. Sudah dapat aku bayangkan
macam mana kecohnya Sharifah kalau dia tahu cerita Kak
Lisa. Tidak! Tidak!
“Kenapa ya?” soalnya sekali lagi.
“Kak Lisa tak boleh join aktiviti lasak macam ni.
Dia pregnantlah!”
“Hah?”
Seperti mana riak wajahku tatkala Kak Lisa
memberitahu aku sebentar tadi, begitulah juga riak wajah
Sharifah. Terkejut sakan dia. Aku tersenyum sambil
mengangguk.
“Wah! Seronoknya. Dah nak dapat baby. Patutlah
dia nak resign dan tinggal dengan husband dia. Hmmm…
berahsia pula dia dengan kita ya?”
Aku terus tersenyum mendengar Sharifah
mengomel.

157
Biarlah YM Berbicara

bab 15
“K
ENAPA ni? Diam aja?”
Encik Firdaus bertanya
sambil berpaling.
Aku yang melangkah longlai agak jauh di
belakangnya, terhenti. Encik Firdaus memandang wajahku.
Menunggu jawapan.
“Penatlah encik,” jawabku lemah. Memang penat
setelah hampir dua jam berjalan ke sana ke sini. Tetapi,
bukan itu punca aku berdiam diri. Masih ada rasa jauh hati
yang mengganggu perasaan. Merajuk sendiri. Entah kenapa,
kemesraan di antara Encik Firdaus dengan Mia benar-benar
menggangguku saat ini.
“Laaa.. last task dah ni.”
Aku mengukir senyum yang tidak begitu
bersemangat. Muka pun, aku buat-buat tidak bermaya. Biar
Encik Firdaus menyangka aku benar-benar penat.
“Awak nak quit ke? Give up dan kita balik?”
“Tak adalah macam tu. Takkan dah last task nak
give up kut. Buang masa ajalah kita terkejar sana sini tadi.

158
Hanni Ramsul

Tapi, kalau Encik Firdaus nak berhenti setakat ini, pun, boleh
juga. Saya tak kisah langsung!”
Encik Firdaus ketawa mendengar jawapanku.
Kelakar ke? Entahlah. Encik Firdaus menghampiriku.
“Let’s go. Kita habiskan. Lepas tu, kita rehat puas-
puas.”
Aku tersengih. Yalah… cakap memang senang. Tak
tahu lutut aku rasa macam dah longgar sangat dah ni. Mahu
pengsan aku kat sini.
“Come!” Dia bersuara sambil mencapai jemariku.
Gulp! Jantungku berdegup tiba-tiba. Sentuhannya
membuat aku berdebar-debar lagi. Debaran yang sama seperti
saat aku terlanggar dia dahulu. Saat dia menyentuh dahiku
dahulu. Saat dia menggenggam jemariku dahulu.
“Come,” ulangnya sekali lagi apabila melihat aku
masih kaku di situ.
Aku sedikit tersentak. Wajah terasa membahang.
Malu apabila dia menyedari aku sedang melayan perasaan.
Aku menarik tanganku sambil tersenyum.
“Okey. Jom!” ujarku sambil melangkah laju
meninggalkan dia di belakang.
“Amboi lajunya... tunggu saya dulu!” Encik Firdaus
bersuara sambil mengejarku. Dia tersengih apabila sudah
berada di sebelahku. Berjalan beriringan mencari petunjuk
seterusnya.
“What are we looking for, actually ha?” soal Encik
Firdaus selamba.
Laaa… dia tak tahu ke? Aku buka petunjuk terakhir
yang ada di tanganku.
“Mencari nota untuk sampai ke port terakhir kat

159
Biarlah YM Berbicara

information board. So, kita kena cari information boardlah,”


ujarku.
“Information board ya?” Encik Firdaus melilau
mencari-cari information board barangkali.
“Encik rasa kita boleh menang ke? Saya rasa macam
nak kalah aja ni. Dah berjam-jam dah ni. Entah-entah dah
ada pasukan lain yang sampai kat garisan penamat.”
“Menang atau kalah, tu tak penting. Yang penting
kita jangan give up. Semangat tu yang paling penting.”
Wah! Bersemangat betul Encik Firdaus ni. Malu
pula aku mendengarnya.
“Okey!” jawabku sepatah.
“Tu… I rasa tu yang kita cari.”
Aku pandang ke arah tempat yang Encik Firdaus
tunjuk. Information board. Mungkin juga. Lagipun, dari tadi
cuma ini saja yang kami temui. Betullah tu!
Aku mengatur langkah, mengekori Encik Firdaus
yang berlari kecil ke arah information board yang
dimaksudkan. Mencari-cari di sekitar kawasan itu, sesuatu
yang mungkin merupakan nota yang diletakkan untuk kami.
Dalam kepenatan, aku turut sama meninjau sekeliling,
mencari-cari dengan malas. Kalau lambat jumpa pun tak apa.
Boleh aku lepak-lepak kat sini lama sikit. Bolehlah hilangkan
penat. Aku tersenyum. Semangat macam ni, memang sah
kami akan kalah.
“Yes! I got it. Lastly, saya yang jumpa note ni!”
Cukup girang suara Encik Firdaus sambil menayangkan
sampul surat berwarna ungu.
Aku tersenyum lucu. Sukanya dia! Memang patut
pun dia gembira. Sejak dari mula tadi, asyik aku saja yang

160
Hanni Ramsul

terjumpa nota dulu. Inilah baru kali pertama dia yang jumpa.
Aku mendekatinya. Menunggu dia membuka
sampul surat yang akan memberitahu destinasi terakhir
kami. Dia melayangkan sampul itu di hadapanku sambil
tersengih. Hai, tak habis lagi ke gembiranya? Cepat-cepatlah
buka Encik Firdaus. Kata nak cepat balik… hatiku sedikit
merungut.
“Bukalah, encik.”
“Buka apa?” Encik Firdaus mengajukan soalan
bodoh bersama sekuntum senyuman nakal.
Senyuman yang membuat aku kembali berasa
istimewa di sisi Encik Firdaus. Aku tersengih macam kerang
busuk. Loyar buruk pula dia! Perlahan Encuk Firdaus
membuka sampul di tangannya.
“Alamak!”
“Kenapa, encik?” soalku sedikit hairan melihat riak
wajah Encik Firdaus yang terkejut. Kali ini giliran dia pula
yang tersengih macam kerang busuk.
“Nothing!”
“Apa the next instruction?”
“Anda dikehendaki berjalan lebih kurang lima ratus
meter dari sini, ke arah utara. Anda akan menemui sebatang
pokok akasia. Ada sesuatu untuk anda di atas pokok itu.
Dapatkannya,” bacanya dengan pelbagai nada dan pelbagai
mimik muka.
Aku tergelak kecil. Sukanya melihat gelagat Encik
Firdaus.
“So, shall we? Kita kena cari pokok akasia ni.”
“Okey... saya ikut aja.”

161
Biarlah YM Berbicara

“Mana satu arah utara ni?” soalnya sambil


memandang wajahku.
Aku buat muka blur. Mana aku tahu… ada ke tanya
aku.
“Mana saya tahu, encik. Encik pun tak tahu ke?”
soalku lurus bendul. Ini baru betul. Kalau dah dua-dua tak
tahu, perfect partner betul kami ni. Perfect partner paling
tidak boleh dipakai.
Encik Firdaus mengukir senyum. Dia berdiri sambil
mengangkat tangan kanan, kemudian tangan kiri. Berlagak
mencari-cari arah.
“My instinct said, that way,” ujarnya sambil mula
mengatur langkah.
“Encik biar betul. Ada main instinct pula. Seriuslah
Encik Firdaus. Kang, tak pasal-pasal penat free kalau salah
arah. Lutut saya dah nak berderai dah ni!”
Encik Firdaus ketawa. “Betullah. That way…”
Lega. Ingatkan Encik Firdaus betul-betul tidak tahu
tadi. Aku mengekori langkah Encik Firdaus. Berjalan dan
berjalan sehingga hilang minat untuk bersuara. Penatnya!
jerit hatiku sekuat-kuatnya.
“Saya rasa pokok tu kut,” Encik Firdaus tiba-tiba
berhenti sambil menunjukkan ke arah sepohon pokok.
“Bukanlah... tu pokok palma. Kita cari pokok
akasia,” bantahku sambil mengesat peluh di dahi. Encik
Firdaus ni, jenis pokok pun tak kenal ke?
“Bukan ya? Dah tu mana pokok akasia? Dah dekat
lima ratus meter kita jalan ni.”
“Kejap saya cari.” Aku bersuara sambil meninjau
kawasan sekeliling.

162
Hanni Ramsul

“Tu ha!” Aku menuding jari ke arah sebatang pokok


akasia yang agak rendang.
“Mak oiii… tingginya. Nak kena panjat ke ni?”
“Tak payah. Kan ada lif tu!” Aku menjawab selamba.
Encik Firdaus tergelak malu.
Aku berlari kecil ke arah pokok akasia yang
dimaksudkan. Meninjau-ninjau cara untuk memanjat.
“So, saya kena panjatlah ni, ya?” Encik Firdaus
bersuara dari belakangku.
Aku berpaling kemudian mengangguk perlahan.
Sambil menggaru-garu kepala, Encik Firdaus
menghampiri pokok tersebut.
Aku memandang cara Encik Firdaus memanjat.
Macam tak pandai aja…
“Boleh ke encik? Encik pandai ke tak ni?”
“Boleh. Saya pandailah…”
Okey. Aku diam dan terus memerhati Encik Firdaus
yang terkial-kial memanjat. Memegang dahan demi dahan
dengan gaya yang amat susah. Aku tersenyum lucu.
“Encik!!!” Aku terjerit kecil melihat Encik Firdaus
mahu memegang satu dahan yang kelihatan sedikit reput.
Belum sempat aku bersuara memberi amaran, tangannya
telah mencapai dahan itu. Dan, buk! Alamak! Encik Firdaus
jatuh laaa.
“Aduh!” Dia menjerit sakit.
Aku berlari ke arahnya yang terbaring di atas tanah.
Apa aku nak buat ni?
“Encik okey? Kat mana sakitnya,” soalku cemas.
Encik Firdaus cuba bergerak.

163
Biarlah YM Berbicara

“Saya rasa okey kut.”


“Encik sebenarnya pandai memanjat ke tak?”
Encik Firdaus tersenyum.
“Sebenarnya saya tak pandai…” jawabnya malu-
malu.
“Laaa.. kenapa tak cakap?” soalku sambil mengeluh
panjang. Nak tunjuk macho depan aku rupa-rupanya tadi.
Patutlah muka bukan main terkejut lagi bila dia membuka
sampul tadi. Tidak pandai memanjat rupa-rupanya…
“Dah tu, takkan awak pula nak panjat.” Dia bersuara
sambil cuba bangkit. Dia menyeringai kesakitan. Ah, sudah!
Kenapa pula ni?
“Kenapa, Encik Firdaus?”
“My leg…”
“Terseliuh ya?”
Encik Firdaus mengangguk.
Aku termangu di hadapan Encik Firdaus.
“Sekarang macam mana? Lupakan petunjuk
terakhir ni?” soal Encik Firdaus sambil menatap wajahku.
Aku bergerak menjauh dari Encik Firdaus, sambil
berfikir-fikir.
“Biar saya panjat. Dah alang-alang kat sini, kita cari
ajalah. Biar berbaloi dengan sakit kaki Encik Firdaus ni.”
“Awak nak panjat?” soal Encik Firdaus terkejut.
Aku mengangguk sambil berdiri.
“Boleh ke?”
“Saya dulu, juara panjat pokok kat kampung, Encik
Firdaus. Cuma sekarang ni, dipencenkan sebab mak saya tak

164
Hanni Ramsul

bagi. Risau tak ada siapa nak masuk meminang saya katanya,”
ujarku sambil tergelak.
Encik Firdaus turut tergelak. “Tak sangka awak ni,
lasak juga ya?”
Aku tersengih sambil bergerak ke pokok akasia yang
merendang.
“Careful,” Encik Firdaus berpesan.
Aku tersenyum sambil mula memanjat. Pokok yang
sederhana tinggi dan agak rendang, memudahkan aku
memanjat, sambil mata melilau mencari sampul surat
terakhir.
“Jumpa?”
Aku pandang Encik Firdaus yang tersandar sambil
menjulurkan kakinya yang sakit. Aku menggeleng sambil
mata terus melilau. Dan, mungkin… memang rezeki kami,
mataku tertangkap satu lagi sampul berwarna ungu diselit di
celah-celah dahan.
“Saya dah jumpa!” teriakku sambil menghulurkan
tangan untuk mencapai sampul tersebut.
“Good!” Terdengar suara Encik Firdaus dari bawah.
Sampul aku capai. Bersandar sambil bersedia untuk
membuka sampul di tangan.
“Helo… kut ya pun, turunlah dulu. Takkan nak
baca kat atas tu.”
Aku tersengih. Lupa pula. Perlahan aku bergerak.
Aku sudah hampir sampai ke bawah apabila tiba-tiba
tanganku terpegang sesuatu yang lembik. Yang membuat aku
geli-geleman tiba-tiba. Yang membuat aku menjerit kuat.
Terlepas peganganku dan aku selamat mendarat di atas Encik
Firdaus, membuat lelaki itu menjerit seiring dengan

165
Biarlah YM Berbicara

jeritanku. Mata aku pejamkan sambil terus menjerit. Geli-


geleman masih terasa.
“Cool down. Kenapa ni?” soal Encik Firdaus dengan
nada sedikit risau.
“Ulat. Tolong buang. Tolong… tolong…!!!” Aku
menjerit sambil menghulurkan tangan. Ke arah mana aku
hulurkan aku pun tak tahu. Sebab mata masih aku pejamkan.
Takut untuk melihat kemungkinan yang bakal berada di
depanku. Aku memang fobia dengan ulat beluncas. Aku tahu,
aku terpegang ulat belucas tadi. Rasanya seperti masih
melekat di tanganku.
“Mana ada? Open your eyes…” Encik Firdaus
bersuara sambil memegang tanganku.
Perlahan-lahan aku membuka mata. Membiarkan
air mata ketakutan membasahi pipi. Benda pertama yang aku
pandang ialah wajah Encik Firdaus yang kesakitan. Dan aku?
Aku berada di atas ribanya. Alamak!
“My leg…” Encik Firdaus bersuara tertahan.
Aku melompat dari riba Encik Firdaus. Kesiannya…
sudahlah kakinya sakit, aku pula boleh terjatuh di atas
kakinya yang sakit itu.
“Sorry, Encik Firdaus. Sorry sangat-sangat…” kalut
aku meminta maaf sambil mengesat air mata yang
membasahi pipi.
Encik Firdaus tersenyum sambil memandang
wajahku. “Juara panjat pokok pun, takut ulat beluncas ke?
Sampai menangis takutnya ya?”
Mendengar perkataan ulat beluncas, membuat aku
terjerit sekali. Menggigil badanku menahan rasa geli pada
makhluk tidak bertulang itu. Makhluk yang paling aku benci.

166
Hanni Ramsul

Encik Firdaus tergelak. “Hai, dengar nama pun


takut?”
“Dahlah Encik Firdaus. Tak naklah cakap pasal
benda alah tu. Tak suka!” Aku bersuara sambil menggosok
punggungku. Baru terasa sakit.
“Okey. So sekarang, baca apa yang ada dalam
sampul terkhir kita ni.”
“Haah.” Aku menjawab dengan nada yang kurang
ceria. Rasa terkejut belum betul-betul hilang lagi. Hajat hati
hendak tunjuk hebat pada Encik Firdaus tetapi, seperti Encik
Firdaus, aku pun gagal juga. Ini semua gara-gara ulat
beluncas tu! Menyampah betul! Aku bergerak ke sebelah
Encik Firdaus. Agak jauh dari pokok akasia yang baru aku
panjat. Bimbang kalau-kalau mataku tertangkap pula
makhluk yang aku benci tadi. Perlahan aku membuka sampul
surat.
“Bacalah,” gesa Encik Firdaus.
“Tahniah! Anda berjaya melakukan semua tugasan
yang telah diberikan. Mungkin anda adalah ‘Perfect Partner’
yang kami cari. Jadi, apa yang perlu anda lakukan ialah, bawa
semua sampul surat yang anda miliki ke meja penamat
secepat mungkin. Kalau anda adalah perserta pertama yang
sampai, tahniah. Anda adalah ‘Perfect Partner’ yang dicari-
cari.”
Aku menarik nafas sedalam mungkin, selepas
menghabiskan bacaan di dalam satu nafas. Duduk bersila di
sebelah Encik Firdaus sambil menongkat dagu. Bagaimana
kami hendak pulang ke garisan penamat, dengan keadaan
Encik Firdaus macam tu?
“Macam mana ni, encik? Encik boleh berjalan ke
tak ni?”

167
Biarlah YM Berbicara

Encik Firdaus diam seketika sambil cuba


menggerakkan kakinya. “Kalau awak tolong papah, rasanya
boleh.”
Bulat mataku memandang wajah Encik Firdaus.
Secara spontan, jari telunjuk aku halakan ke muka sendiri.
“Saya?” soalku tidak percaya. Aku hendak papah
Encik Firdaus yang saiz badannya besar berganda-ganda
daripada saiz badan aku tu? Penatlah aku!
“Yalah!”
“Encik Firdaus telefonlah sesiapa. Suruh datang
sini. Saya tak laratlah Encik Firdaus…” Aku bersuara sambil
buat muka kasihan.
“Hmmm… telefon orang? Kalau bukan sebab awak
jatuh atas saya, saya masih boleh jalan tadi. Tapi, awak dah
kronikkan injury saya ni, bila awak jatuh atas riba saya. So,
awak kenalah bertanggungjawab!”
Macam tu ke? Aku pandang muka Encik Firdaus
lama. Buat muka kasihan lagi. Minta-minta lembutlah hati
bos aku ni. Mana larat aku nak papah dia sejauh ini.
Encik Firdaus tersenyum. “Buat muka kesian ya?”
Aku tersengih sambil mengalihkan pandangan dari
wajah Encik Firdaus.
“Hmmm… mana ada phone nak call mereka. Awak
dah lupa ke? Kan tak boleh bawa handphone!”
Oh ya! Aku lupa. Syarat pertandingan tidak boleh
membawa bersama telefon bimbit. Apa nak buat sekarang ni?
Betul-betul buntu ni.
“Dah tu, macam mana ni, encik? Dah petang ni.
Takkan nak bermalam kat sini. Tak naklah saya. Nanti datang
hantu kang...”

168
Hanni Ramsul

“Ada dua pilihan. Duduk sini, tunggu mereka


datang. Kalau dah pukul tujuh kita tak sampai lagi, mesti
mereka akan cari kita. Pilihan kedua, kita bergerak perlahan-
lahan. Tapi, awak kena tolong sayalah.”
Aku termangu. Tolong papahlah tu. Dahlah
badannya besar, mesti berat tu. Malaslah aku nak papah.
“Kita tunggu ajalah!” Akhirnya aku membuat
keputusan yang paling menguntungkan aku. Mana tahu
kalau ada kelibat manusia, bolehlah minta tolong daripada
mereka.
Encik Firdaus menjongket bahu sambil tersenyum.
Buat seketika kami saling membisu.
“Nampaknya memang sah kita kalahlah,” Encik
Firdaus membuka bicara.
Aku tersenyum hambar.
“Dah bukan rezeki kita, nak buat macam mana?”
balasku sambil mencapai ranting kayu. Melorek-lorek sesuatu
di atas tanah berpasir.
“So, tak sedih ke?”
“Nak sedih buat apa? Nikan cuma satu permainan?
Lagipun, saya dah agak, kita memang tak akan menang.” Aku
bersuara sambil tergelak kecil.
“Oh... awak memang mempertikaikan kebolehan
saya ya?” soal Encik Firdaus sambil memandang wajahku.
Aku tersengih. Alamak! Tersasul pula.
Encik Firdaus pula tersenyum sambil menggeleng
perlahan.
“Boleh saya tanya sikit?” Encik Firdaus bertanya
sambil merenung wajahku dengan muka yang serius.

169
Biarlah YM Berbicara

Aku terpaku seketika sebelum mengangguk


perlahan.
“Apa dia?” soalku melihat Encik Firdaus masih
berdiam diri. Kata nak tanya sesuatu.
“Awak dah ada steady guy?” soalnya lambat-lambat,
sambil terus menatap wajahku.
Wajahku tiba-tiba terasa pijar. Membahang. Kenapa
Encik Firdaus bertanya soalan yang di dalam kategori sulit
dan persendirian itu? Aku termangu.
“Hmmm… rasanya baik kita berjalan pelan-pelan la
Encik Firdaus. Duduk macam ni, rasa macam buang masa
aja.” Aku mengubah topik perbualan.
Encik Firdaus tersenyum kecil.
Aku pula, cepat-cepat mengangkat punggung.
Menghulurkan tanganku ke arah Encik Firdaus.
“Okey... kalau tu keputusan awak,” Encik Firdaus
bersuara sambil mencapai jemariku.
Aku menarik tubuh Encik Firdaus yang berat. Mak
oiii! Macam menyesal pula buat keputusan tadi. Dengan
susah payah aku memapah Encik Firdaus. Tidak apalah, asal
saja aku tidak perlu melayan soalan yang bukan-bukan
daripada lelaki itu.
“Penat ke?” soal Encik Firdaus setelah berjam-jam
kami berjalan. Sudah hampir sampai pun. Dari jauh kelihatan
rombongan dari syarikat kami, memenuhi kawasan yang agak
lapang yang djadikan garisan penamat. Memang sah, semua
orang sudah sampai agaknya.
“Penatlah… macam nak pengsan ni,” keluhku
dalam mengah. Tiba-tiba telingaku menangkap satu bunyi
dari poket seluar Encik Firdaus.

170
Hanni Ramsul

“Encik Firdaus... tukan bunyi…”


Aku pandang wajah Encik Firdaus yang tersengih.
Sengih orang bersalah.
“Ops... sorry. Lupa. Saya cuma bagi satu aja
handphone kat Lisa tadi. Lagi satu dalam poket saya.”
“Ha? Apa? Jadi, ada handphonelah?” soalku marah.
Spontan aku lepaskan peganganku pada Encik
Firdaus. Geram betul.
“Adiya!! Don’t let me…” Encik Firdaus separuh
menjerit.
Aku mula sedar kesilapanku. Aku tidak sepatutnya
melepaskan Encik Firdaus macam tu saja.
Encik Firdaus yang gagal mengawal badannya,
terus terjatuh ke atasku, dan aku pula turut terjatuh ke
dalam lopak bersama-sama Encik Firdaus. Aduh!!!
“... go!” Encik Firdaus sempat menghabiskan
ayatnya yang tergantung sambil menatap wajahku.
Aku terlentang di dalam lopak. Terkejut. Habis
badanku. Mesti sudah seperti anak kerbau berkubang ni.
Nasib baik berpasir, kalau tidak, mandi selut aku hari ni. Dan
Encik Firdaus pula bergerak ke tepi, turut terduduk di dalam
lopak. Aku cuba bangkit, tetapi, rasa sakit di kakiku, membuat
aku berhenti bergerak. Rasa pedih dan berdenyut. Mata terasa
berpinar melihat darah meleleh di betisku. Banyaknya! Rasa
macam nak pitam. Sekali lagi air mata meleleh di pipi.
Kenapa malang sangat hari ini?
“Kenapa pula ni?”
“Darah...” ujarku teresak-esak. Dari jauh aku
melihat beberapa orang berlari ke arah kami.
“Help me!” ujar Encik Firdaus sambil cuba bangun.

171
Biarlah YM Berbicara

Johan bersama beberapa yang lain bergerak ke arah


Encik Firdaus dan tinggalkan aku seorang diri di sini.
“No! Help her first.”
Johan bergerak mendekatiku. “Awak okey?”
“Takkk… banyak darah….” Aku bersuara separuh
merengek. Sudah betul-betul pening melihat darah yang
memerah di betis.
Johan tunduk, sambil cuba membantu aku berdiri.
Lutut terasa betul-betul lemah, dan pandanganku menjadi
kabur.
“Adiya pengsan!!!”
Cuma itu saja yang sayup-sayup kedengaran di
telingaku. Setelah itu, aku tidak sedar apa lagi yang berlaku.

172
Hanni Ramsul

bab 16
P
ERLAHAN aku membuka mata.
Di mana aku? Aku memandang
sekeliling. Di dalam sebuah bilik.
Yang pasti, bukan bilik aku.
“Diya, kau okey ke?”
Aku cuba bergerak. Kepala masih terasa sedikit
berat. Aku kerutkan kening, cuba mengingati apa yang
berlaku.
“Kenapa ni? Apa dah jadi?” soalku perlahan, sambil
bersandar pada kepala katil.
“Kau pengsan,” Sharifah bersuara sambil
melabuhkan punggung di sebelahku.
Aku pegang kepala. Tubuhku terasa cukup lemah.
Aku pandang kakiku. Sudah berbalut.
“Mana semua orang?” soalku perlahan.
“Ada kat luar. Encik Firdaus suruh aku jaga kau.
Ramai-ramai kat sini, nanti sesak pula. Kau tak apa-apa?”
Aku menggeleng perlahan.

173
Biarlah YM Berbicara

“Sakitlah kaki aku….” Aku mengadu pada Sharifah.


“Kaki kau terkena kayu tajam. Mia dah rawat luka
kau.”
“Mia?” soalku sedikit sebal. Kenapa dia pula yang
menyibuk? Ish... tak baik betul aku ni. Sepatutnya aku
berterima kasih pada gadis cantik itu.
“Kau nak minum?”
Aku mengangguk.
Sharifah mencapai sebotol 100 PLUS lalu dihulurkan
padaku.
Aku sambut dengan lemah.
“Tolonglah buka,” ujarku sambil menghulurkan
semula botol 100 PLUS tersebut kepada Sharifah.
“Amboiii… nak manja-manja pula,” Sharifah
bersuara sambil membuka penutup botol itu.
Aku tersengih.
“Nah.”
“Terima kasih, cayang bucuk!”
Sharifah membuat muka mendengar kata-kataku.
Aku tersenyum lucu.
“Kejap ya.”
“Kau nak ke mana?”
“Kejaplah….” Sharifah melangkah keluar.
Aku membetulkan duduk. Rimas sebenarnya
dengan bajuku yang basah dan berpasir. Saat ini, apa yang
aku inginkan ialah berada di dalam bilik air. Membersihkan
badanku. Aku memandang ke arah pintu apabila pintu
diketuk bertalu-talu.

174
Hanni Ramsul

Encik Firdaus menjenguk. Menghadiahkan aku


sekuntum senyuman.
Aku membalas senyuman itu.
“Boleh saya masuk?”
“Masuklah.”
Encik Firdaus berjalan terjengket-jengket sambil
memegang sebatang kayu yang dijadikan tongkat. Sama
seperti aku, baju Encik Firdaus turut lencun dan berpasir.
Masih belum berganti.
Sampai di hadapanku, dengan sedikit payah dia
melabuhkan punggung ke katil, di sebelahku. Entah kenapa,
situasi itu sekali lagi menjentik rasa debar di hati. Segan
apabila aku terbaring di hadapannya.
“Awak tak apa-apa?”
Aku menggeleng sambil cuba mengukir senyum.
Sekali lagi, entah kenapa situasi ini membuatkan aku benar-
benar kekok. Aku betulkan duduk. Mencari keselesaan untuk
berada bersama Encik Firdaus.
“Sherry cakap awak mabuk darah ya?”
Aku tersenyum. Malu mengakui kelemahan diri.
“Saya minta maaf. Semua silap saya,” Encik Firdaus
bersuara perlahan.
“Kenapa encik cakap macam tu? Bukan salah encik.
Salah saya sebenarnya. Saya tak sepatutnya lepaskan encik
macam tu. Kaki encik macam mana?”
“Hmmm… dah tak apa-apa kut. Mia dah urutkan
tadi. Terseliuh katanya.”
Mia lagi! Geramnya aku mendengar nama tu. Aku
diam. Meneguk 100 PLUS dengan rasa marah.

175
Biarlah YM Berbicara

“Hati-hati… nanti tersedak,” tegur Encik Firdaus.


Betul-betul aku tersedak. Macam mana aku boleh
lupa hendak menjaga ayu di hadapan Encik Firdaus?
Malunya. Dek kerana tidak puas hati dengan Mia, sekali lagi
aku malu dengan Encik Firdaus. Hari ini memang aku benar-
benar malang. Terbatuk-batuk aku sambil menahan malu.
“Haaa… kan dah kata. Masin mulut saya,” Encik
Firdaus menepuk belakangku sambil membebel.
Aku mengangkat tangan menunjukkan isyarat aku
sudah tidak apa-apa. Rasa seperti berlebihan pula perhatian
daripada Encik Firdaus. Tiba-tiba aku teringat pada
Charming. Dan tiba-tiba juga timbul rasa bersalah pada
Charming apabila aku berperasaan pelik sebegitu pada Encik
Firdaus. Aku sepatutnya cuma ada perasaan pelik dan indah
ini, pada Charming. Kenapa tiba-tiba perasaan ini boleh
terpecah dua? Dan kenapa orang itu adalah Encik Firdaus?
Tidak mungkin!
“Lain kali guna straw. Kan ada straw ni,” bebel
Encik Firdaus lagi sambil menghulurkan penyedut minuman
padaku.
Aku tersenyum malu sambil menggeleng. Tekak
yang pedih, membuat keinginanku untuk menghabiskan
minuman itu tiada.
Encik Firdaus meletakkan semula penyedut minuman
di atas meja kecil.
“Encik Firdaus, sekali lagi saya minta maaf sebab
lepaskan encik macam tu aja. Tak tahulah kenapa saya boleh
buat tindakan bodoh macam tu,” kataku sambil menunduk.
Encik Firdaus tergelak. “Small matter. Kalau awak
tak lepaskan saya, mana kita nak merasa mandi air lopak
macam ni. Ya tak?”

176
Hanni Ramsul

Aku tergelak. Sempat pula dia buat lawak. Macam


seronok sangat mandi air lopak.
“Saya pun nak minta maaf sebab menyusahkan
awak. Jauh awak terpaksa papah saya. I’m so sorry. Saya
betul-betul lupa ada handphone dalam poket. Kalau ingat,
tak payah awak bersusah macam ni.”
“Tak apa… perkara kecil. Lagipun, kan saya yang
kronikkan injury encik. Jadi, saya patut bertanggungjawab,
kan?” Aku bersuara sambil mengulangi semula kata-katanya.
Encik Firdaus tersenyum lucu. “I think we won this
competition.”
“Kita? Menang? Dalam mimpilah kut, Encik
Firdaus!” Aku bersuara lucu. Seorang kena papah. Seorang
sampai pengsan. Sampai macam tu, masih boleh dikira
menang ke?
“Perfect Partner paling malang.”
“Ya betul. Kalau untuk gelaran tu, saya setuju,”
sokongku serta-merta sambil tergelak mendengar kata-kata
Encik Firdaus.
“Kaki tu, macam mana?” soal Encik Firdaus lagi.
Aku memandang betisku yang berbalut.
“Sakit sikit... tapi, dah okey kut. Cik Mia yang
rawat, kan?”
Encik Firdaus mengangguk sambil tersenyum.
Amboiii, sampai ke telinga senyum bila sebut nama kekasih
hati dia.
“Malam ni, boleh attend kita punya dinner, kan?”
“Boleh. Bukan teruk sangat pun.” Aku bersuara
dengan suara yang pura-pura ceria.

177
Biarlah YM Berbicara

“Tak teruk pun, banyak juga air mata yang keluar


hari ni ya?” usik Encik Firdaus sambil tergelak kecil menahan
rasa lucunya.
Aku tertunduk. Malu bila mengingatkan aku
menangis di hadapan Encik Firdaus. Macam orang bodoh
pun ada.
“Hai! Mengganggu ke?”
Satu suara mencelah perbualan kami. Kami sama-
sama pandang ke pintu.
Mia tercegat di pintu bersama senyuman yang
cukup manis.
Aku tiba-tiba menarik muka masam. Kacau betul.
“Nolah... masuklah,” Encik Firdaus bersuara ceria.
Mia melangkah masuk.
“Hai, Adiya. Macam mana? Dah lega sikit?” soalnya
sambil melabuhkan punggung ke kerusi di sebelah katilku.
Aku mengukir sekuntum senyuman hipokrit.
“Dah okey dah. Terima kasih Cik Mia sebab tolong
rawat luka saya.”
Mia tergelak kecil.
“Alaaa.. small matterlah. Bukan susah pun.
Lagipun, kan dah tanggungjawab saya. Luka you tu, dalam
juga. Tapi tak besar.”
“Ya ke? Patutlah banyak darah keluar,” ujarku
sambil tunduk membelek balutan di betis.
“Sampai pengsan ya? Agaknya you pengsan sebab
mabuk darah, atau sebab penat sangat papah cik abang kita
ni?” soal Mia bersama gelak halus sambil menampar perlahan
bahu Encik Firdaus. Nampak mesra dan ramah.

178
Hanni Ramsul

Aku tersenyum.
Encik Firdaus turut tergelak mendengar kata-kata
Mia.
“You ni, janganlah cakap macam tu. Bertambah-
tambah rasa bersalah I nanti,” jawab Encik Firdaus sambil
merenung wajahku.
Aku tersengih. Menjawab kata-kata Mia, tapi,
matanya melekat di wajahku. Pelik betul Encik Firdaus. Dan
yang lebih pelik, mestilah perasaan aku. Rasa marah tiba-tiba
menyelinap di sudut hati apabila sekali lagi melihat Mia
begitu mesra dengan Encik Firdaus. Nasib baik, apabila aku
cepat-cepat fikirkan tentang Charming, marah itu semakin
berkurangan.
“Hah?” soal Mia sambil menatap wajahku.
Aku termangu. Tidak faham dengan pertanyaan
gadis itu secara tiba-tiba. Namun, apabila terlintas di kepala
soalannya sebentar tadi, baru aku sedar, Mia menunggu
jawapan daripadaku rupa-rupanya.
“Rasanya sebab dua-dua kut,” jawabku selamba.
“Kejam you Fir. Tak baik buat kat staf you macam
tu tau.”
“I tak sengaja okey. Tak sengaja…” Encik Firdaus
bersuara sambil merenung wajah Mia dengan mimik muka
marah yang dibuat-buat.
Mia tergelak lagi.
Bahagianya mereka. Aku mengangkat kaki perlahan.
Rasa berdenyut masih terasa. Tetapi, mana boleh aku jadi
penonton drama romantis ni, lama-lama. Makan hati pula
rasanya.
“Eh, nak ke mana tu?” soal Mia melihat aku
bergerak menurunkan kaki dari katil.

179
Biarlah YM Berbicara

“Balik ke bilik. Nak mandi. Rimaslah!”


“Boleh jalan ke? Nak I tolong?” Mia bersuara ingin
menghulurkan bantuan.
Aku menggeleng laju.
“Tak apa… saya rasa boleh jalan.” Aku menolak
bantuan yang ingin Mia hulurkan. Mana boleh aku terima
kebaikan dia, padahal hati aku ada rasa kurang senang
padanya. Nanti rasa macam berdosa pula.
“Are you sure?”
“Ya,” jawabku sambil berdiri. Rasa sedikit ngilu
apabila aku berpijak ke lantai. Sebenarnya perasaan takut,
lebih menghantui rasa sakit itu sendiri. Membuat aku
teragak-agak untuk mencuba langkah pertama.
“Sure you okay?” Encik Firdaus pula bertanya
sambil mengangkat punggung. Memegang lenganku sambil
sebelah lagi tangannya memegang tongkat. Dia berjalan pun
kena minta bantuan tongkat, ada hati nak tolong aku. Aku
tersenyum kecil.
“Okey... saya okey. Saya boleh jalan sendiri.” Aku
bersuara sambil mengalihkan tangan Encik Firdaus dari
lenganku. Bimbang juga kalau-kalau Mia cemburu. Aku tidak
mahu jadi pengganggu hubungan cinta orang.
Perlahan aku melangkah sambil diperhatikan oleh
Mia dan Encik Firdaus. Seperti mengawasi budak baru
hendak belajar berjalan pula perhatian yang diberikan oleh
pasangan kekasih ini.
“Auw!!” Aku mengerutkan kening apabila terasa
pedih dan ngilu sebaik sahaja aku mula melangkah.
“Tu laaa… degil! Orang nak tolong, tak nak,” Encik
Firdaus bersuara dengan nada membebel.

180
Hanni Ramsul

Aku tersengih.
“Saya tak apa-apa… betul. Mula-mula memang rasa
sakit sikit. Kan Cik Mia, kan?”
“Haah. You ni, risau sangat,” jawab Mia sambil
mengangkat punggung, memerhatikan aku melangkah
perlahan-lahan.
Kan betul aku cakap. Tak adalah sakit sangat. Mula-
mula pijak saja terasa sakit. Aku pandang wajah Encik
Firdaus yang kelihatan risau sambil mengangkat ibu jari.
“Okey... saya okey. Boleh jalan. No problem!”
Encik Firdaus tersenyum.
Aku melangkah perlahan-lahan keluar dari bilik.
Mencari-cari bayang Sharifah. Mana dia ni? Encik Firdaus
sudah aku tinggalkan berdua-duaan dengan Mia.
“Diya…”
Aku berpaling ke arah Johan yang melangkah
perlahan mendekatiku. Aku bergerak sedikit ke belakang.
Bersandar pada meja, agar kakiku tidak terlalu terbeban.
“Macam mana kaki tu?”
“Tak ada apa-apa kut. Luka aja.”
“Risau saya tadi.”
“Maaflah… saya tak bermaksud nak buat semua
orang risau.”
Johan tersenyum. “Memang semua orang risau.”
Aku tersengih malu. “Ada nampak Sherry tak?”
“Ada. Tadi. Sekarang, hmmm... ha… tu pun dia.”
Sharifah sedang melambai ke arah aku dan Johan.
“Sherry!” panggilku sambil turut melambai.

181
Biarlah YM Berbicara

Melihat lambaianku, Sharifah berlari-lari mendapatkan


aku dan Johan. “Kenapa?”
“Jom. Kita balik bilik. Aku nak mandi. Dah rasa
macam anak kerbau ni!”
Serentak Johan dan Sharifah tergelak mendengar
kata-kataku.
“Yang pergi terjun dalam lopak tu, buat apa? Lain
kali, kalau nak romantik, terjunlah kat tepi pantai sana,”
Sharifah berseloroh sambil tergelak.
Johan cuma tersenyum nipis.
“Kau ni. Aku cili mulut tu, baru tahu!”
Sharifah tersengih.
“Oh ya… siapa menang tadi?”
Mendengar soalanku, Sharifah memandang ke arah
Johan sambil membuat muka bangga.
Aku mencebik.
“Tentulah kami. Kan aku dah cakap, aku dan Joe
akan menang. Kan, Joe?”
Johan sekadar tersenyum.
“Wah! Kalau macam tu, tahniah!”
Sharifah menyambut ucapan tahniahku dengan
sengih bangganya. Membuat aku menyampah. Sekali lagi aku
mencebik, dan Sharifah tergelak kecil.
“Jomlah Sherry. Aku nak mandi ni.”
“Hmmm... yalah,” Sharifah bersuara sambil memegang
bahuku. Ini yang buat aku sayang pada Sharifah ni. Belum
pun aku suruh, dia sudah bersedia hendak membantuku.
Aku melangkah perlahan-lahan bagi mengurangkan
rasa sakit.

182
Hanni Ramsul

“Boleh jalan ke?” Johan bertanya juga dengan riak


wajah yang sama dengan Encik Firdaus. Riak yang sangat
bimbang.
“Boleh. Don’t worry. Lagipun, kan ke Sherry ada.”
Aku menjawab dengan nada sedikit berseloroh. Dalam hati,
tiba-tiba terasa gembira kerana begitu ramai orang
mengambil berat tentang aku. Bahagianya!
“Kenapa Joe? Kau nak dukung Diya lagi ke?”
“Ha?” soalku terkejut mendengar soalan Sharifah.
Johan tersengih.
“Yalah... masa kau pengsan, Joe yang jadi hero,”
terang Sharifah bersama sekuntum senyuman yang tidak
begitu aku gemari.
Betul ke? Aku pandang wajah Johan. Johan sekadar
memberi aku sekuntum senyuman nipis yang membuat aku
malu sendiri. Seumur hidup aku, tidak pernah ada lelaki yang
menyentuh aku kecuali Abang Kamal yang sentuhannya tidak
pernah aku maafkan sampai ke saat ini. Eh, ada lagi… juga
Encik Firdaus yang sentuhannya tidak dapat aku lupakan
sehingga ke saat ini. Hari ini, aku didukung oleh Johan pula.
Tidak! Balik dari pulau ini, aku mesti mandi bunga.
Malangnya nasib aku di sini.
“Maaf… saya menyusahkan awak…” Aku bersuara
sambil tertunduk. Segan.
“Tak ada masalahlah. Lagipun, bukan kita yang
minta, kan? Kecemasan!”
“Yalah tu. Ingat sikit kat tunang ya…” sakat
Sharifah sambil tersengih nakal.
“Aku ingatlah!” balas Johan dengan nada sedikit
geram.

183
Biarlah YM Berbicara

Sharifah tergelak kecil sambil menepuk perlahan


bahu Johan.
“Jangan marah. Kita kan perfect couple. Aku gurau
aja,” kata Sharifah sambil tersenyum.
“Hmmm… pasal kau dah buat aku tersinggung,
hadiah kau malam ni, bagi kat aku.”
“Eh, mana boleh! Banyak cantik. Penat-penat aku
berlari ke sana ke sini, hadiah kau nak sapu semua? Tak
boleh! Tak boleh!”
“Nasiblah. Diya, malam ni boleh join dinner ke?”
Aku mengangkat muka mendengar soalan Johan.
Rasa malu sudah sedikit hilang. Nasib baik Johan seperti tahu
aku segan, jadi dia tidak layan usikan Sharifah itu.
“Mestilah pergi. Acara kemuncak, rugilah kalau tak
pergi. Lagipun, makan pakai mulut, bukan pakai kaki!” Aku
berseloroh sambil disambut gelak oleh Sharifah dan Johan.
“Okeylah. Kami pergi dululah, Joe. Ingat! Jangan
mengada-ada nak ambil hadiah aku!” Sharifah bersuara
sambil memimpin aku melangkah.
Johan mencebik.
Dan aku tergelak.

184
Hanni Ramsul

bab 17
A
KU mencuba sekali lagi. Tetap
juga gagal. Di mana dia? Tiga
hari aku di sini, menunggu
panggilannya, tetapi dia langsung tidak menghubungiku.
Sudahnya aku memberanikan diri serta membuang rasa
malu di hati. Cuba mendail nombor telefonnya. Tetapi tidak
berangkat pula. Kecewanya aku. Sudah lupakah dia padaku?
Janganlah begitu Charming. Atau, dia dapat rasakan yang hati
aku mula terusik pada lelaki lain? Ish… tidak mungkin!
“Diya! Buat apa tu? Sempat termenung ke?
Cepatlah bersiap!” Sharifah bersuara.
Aku bersandar ke kerusi yang empuk. Tuala yang
aku balut di kepala, aku tanggalkan perlahan. Mengesat
rambut yang basah dengan lemah.
“Kenapa dia tak jawab call aku ya?” soalku pada
Sharifah yang sedang menghadap cermin.
“Siapa?” Dia pula mengajukan soalan padaku tanpa
menoleh. Khusyuk sangat menampal eye shadow dan blusher
di wajahnya.

185
Biarlah YM Berbicara

Aku bergerak perlahan ke katil. Berbaring sambil


menatap siling.
“Dah jadi cicak pulak. Terkebil-kebil kat situ buat
apa? Cepatlah Diya!” gesa Sharifah.
“Aku rindu kat Charminglah. Rindu sangat ni. Dah
lama tak dengar suara dia. Sherry tolonglah aku. Kenapa aku
rasa macam ni? Tak sukalah…” Aku meluahkan rasa resah
yang menyeksa jiwa pada Sharifah.
Sharifah tergelak halus.
“Ala… biasalah tu. Itu namanya tengah mabuk
cinta. Tidur tak lena. Mandi tak basah. Makan tak kenyang.
Asyik teringatkan si dia aja.”
“Aku seriuslah Sherry. Tak ada mood nak buat apa-
apa pun ni. Aku nak dengar suara dia aja. Kenapa dia buat
macam ni? Dia dah lupakan aku ke? Atau... dia memang nak
permainkan aku aja tak?”
Sharifah berpaling. Mascara di tangannya diletakkan
di atas meja solek. Memandang wajahku yang keresahan.
“Kau tanya soalan yang jawapannya tidak ada pada
aku. Manalah aku tahu. Dia sibuk kut.”
“Sherry! Sekarang ni, holiday tahu tak? Nak sibuk
apanya?”
“Haahlah… ya tak ya juga. Entahlah… aku pun tak
tahulah!”
Aku berfikir-fikir seketika sebelum imbasan negatif
melekat di kepala tiba-tiba.
“Kalau sibuk pun, mesti dia sibuk dengan anak
isteri dia. Entah-entah dia tipu aku. Cakap belum kahwin.
Lelaki sekarangkan suka tipu status mereka. Sherry... aku
takutlah.”

186
Hanni Ramsul

“Ish... tak adalah. Aku tak fikir Charming tu dah


kahwin. Dia ada hal kut. Yalah... tak semua orang tak sibuk
bila cuti. Kau ni, fikir yang bukan-bukan sangat. Janganlah
pesimis sangat. Hidup mesti optimis. Faham?”
“Nak optimis macam mana? Dah gundah-gulana
hati aku ni. Tak naklah aku pergi dinner tu. Aku nak cuba call
Charming lagi dan nak tunggu kalau-kalau dia call aku
nanti.” Aku membuat satu keputusan nekad. Kalau aku pergi
pun, pasti tidak seronok.
“Jangan nak mengada! Kau kena pergi. Janganlah
macam ni… malam nikan malam last kita. Tadi kau cakap
dengan Joe kau nak pergi. Pergilah… cepat bersiap!”
Aku mengeluh lemah.
“Tak ada moodlah Sherry. Aku nak duduk dalam
bilik aja, layan perasaan.”
“Jangan nak mengada!”
Aku diam sambil menatap siling. Deringan
telefonku, menarik perhatian. Sepantas kilat aku mencapai
telefon yang memang aku letak di sebelah. Melihat nama
yang tertera pada skrin, senyum melebar di bibir.
“Charming!” jeritku girang. Lega. Hilang segala
prasangka.
Sharifah tersenyum sambil menggeleng perlahan.
Dia berpaling menghadap cermin semula.
“Helo,” sapaku dengan perasaan yang bercampur
baur. Debar, suka, marah dan merajuk semuanya bercampur
menjadi satu. Dan yang paling ketara ialah rindu. Rindu yang
cukup menyeksa jiwa.
“Helo... dan assalamualaikum.”
Aku tersenyum. Mengiringkan badan membelakangi
Sharifah.

187
Biarlah YM Berbicara

“Waalaikumussalam. Awak sihat?” soalku dengan


nada yang penuh dengan kerinduan. Bukan dibuat-buat.
Tetapi, aku memang rindukan Charming. Tersangat rindu!
“Awak? Sweet. I suka you panggil I macam tu.
Awak…” Charming mengajuk percakapanku sebentar tadi.
Aku tersipu seorang diri. Tersasul pula. Biasanya
aku cuma ber‘I’ dan ‘you’ sahaja dengan Charming. Terikut-
ikut cara perbualan kami di Yahoo Messenger.
“Tercakap. Sorrylah,” kataku sekali lagi.
“Tak apa. Saya suka awak panggil saya macam tu.”
Kata-kata Charming membuat aku terasa kekok
pula. Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal.
“Sorry... bukan tak nak jawab call awak. Saya dalam
bilik air tadi,” Charming bersuara dengan nada sedikit serius.
Aku tersenyum.
“Tak apa… saya tak kisah pun,” ujarku riang. Tidak
kisah? Yalah tu tidak kisah. Padahal tadi, hampir-hampir
meletup hati ini.
“Yalah tu tak kisah. Orang kat sini dah nak
menangis rindu kat awak Charming oiii.”
Seperti biasa, Sharifah menyampuk sambil
meninggikan suaranya. Memalukan aku, dan menaikkan
amarah aku.
Aku mencapai kusyen kecil lalu baling ke arahnya.
Tepat terkena tangannya yang sedang mengenakan gincu di
bibir. Hah! Ambil kau. Habis sampai ke pipi gincunya.
“Oiii… Diya!” jerit Sharifah marah.
Aku tergelak besar. Padan muka!
“Habis make-up aku…” Sharifah merengek marah.

188
Hanni Ramsul

“Diya? Nama awak ya?” suara Charming melekat di


telinga. Membuat aku terdiam.
“Kawan,” bohongku spontan. Kenapa aku
berbohong? Entahlah… aku sendiri pun tidak tahu.
“Oh… nama awak? Masih rahsia lagi ke?”
Aku tergelak halus.
“Kalau dah gelak macam tu, dah tahu maksudnya.
Saya pun tak akan paksa. Let time tells everything. Cuma,
betul ke awak rindukan saya?”
Soalan itu sekali lagi membuat lidahku menjadi
keras. Tidak boleh menjawab. Cuma wajahku terasa
membahang tiba-tiba. Nasib baik Charming tiada di depanku
saat ini. Kalau tidak, mahu berasap muka ini.
“Helo…”
Aku diam.
“Saya pun rindu sangat kat awak. Nak dengar suara
awak. Nak jumpa sangat-sangat. Itu pun kalau bolehlah. Tapi,
saya tahu, mesti tak boleh, kan?” Charming menyambung
bicaranya.
Aku batuk kecil. Periksa suara yang aku rasakan
hilang tiba-tiba. Ada lagi. Tetapi, kenapa aku tidak boleh
bersuara? Terasa suara tersekat di kerongkong.
“I miss you, sayang. Really miss you…”
Aduh! Kata-katanya memang membuat aku jadi
bertambah kelu. Macam mana aku tidak rindu padanya?
Bagaimana aku tidak terpikat padanya? Bicaranya itu yang
telah membuat aku jatuh hati. Menjadi tali yang mengikat
hubungan kami.
“Kenapa diam?”

189
Biarlah YM Berbicara

Aku cuma mampu tergelak malu.


“Tak tahu nak cakap apa,” jawabku perlahan.
“Kelu ya? Kalaulah saya boleh berada depan awak
sekarang. Tengok wajah awak…”
Kini, aku tergelak kaku. Sekaku wajahku
menanggapi bicaranya.
“Hmmm… tak tahu nak cakap ya… baiklah, awak
dengar aja saya cakap.”
“Awak… can I ask you something?” Aku bersuara
tiba-tiba.
“All my pleasure. Apa dia sayang?” soal Charming
bersama gelak romantisnya yang memang sentiasa aku
rindui.
“Awak tak rasa macam bosan ke berkawan dengan
saya setakat macam ni aja?”
“Kenapa? Awak dah bosan ke? Baguslah tu. Kalau
dah bosan macam ni, kita jumpa ajalah.”
“Tak adalah… maksud saya, orang lelaki ni, mana
suka berkawan macam ni.”
“Saya tak kisah. Kan saya dah cakap, saya sanggup
tunggu sampai bila-bila,” serius suara Charming di telingaku.
Aku diam.
“Cepatlah bersiap… nanti terlambat,” Sharifah
bersuara tiba-tiba. Cukup dekat di telingaku.
Aku sedikit tersentak.
“Awak ada hal ke?” soal Charming. Mesti dia
terdengar kata-kata Sharifah tadi.
“Ada dinner… tapi, macam malas nak pergi. Dinner
dengan rakan-rakan tempat kerja.”

190
Hanni Ramsul

“Hmmm... pergilah. Kenapa malas pula? Enjoy


yourself. I’ll call you back. Promise!”
Aku sedikit keberatan untuk mengakhiri perbualan
ini.
“Pergi ya,” Charming bersuara lagi.
“Okey. Betul awak nak call balik?”
“Ya, sayang. Nanti saya call balik. Rindu ya?”
Aku tersenyum.
“Okey. Bye…” ujarku sambil jariku cepat-cepat
mematikan talian. Tidak mahu menjawab soalan Charming.
Telefon aku letak ke katil sambil tersenyum senang.
Hilang sedikit rindu yang menghimpit jiwa.
“Cukuplah senyum tu. Dah puas hati sekarang?”
Sharifah bersuara sambil menyikat rambutnya. Perlahan dia
melabuhkan punggung di sebelahku.
Aku tersenyum lagi.
“Agak-agak bila aku boleh jumpa dia ya?” soalku
sambil memandang wajah Sharifah.
Sharifah tersenyum.
“Ayat apa yang Charming tu guna, sampai hati kau
dah nak cair ni?”
“Entah… aku rasa dia jujurlah.”
“Tadi kata penipu. Sekarang jujur pulak? Ni, esok
lusa kalau dia tak call, jadi penipu balik ya?”
Aku tersengih. Mungkin kut.
“Baguslah kalau kau nak jumpa dia. Memang dah
lama aku cadangkan pun. Sekarang, cepat bersiap. Kau tu,
satu apa pun tak siap lagi.”

191
Biarlah YM Berbicara

“Okey,” ujarku girang.


“Tapi, aku nak pakai apa ni?” sambungku sambil
memikirkan baju apa yang hendak dipakai.
“Pakailah apa-apa pun. Jom, aku solekkan kau.
Nak?”
“Boleh. No problem!”
Dengan sepantas kilat Sharifah bergerak ke meja
solek. Mengambil beg yang penuh dengan alatan untuk
membaiki wajah. Laju saja tangannya menyapu entah apa
krim ke wajahku.
Aku pula tegak mematung. Seronok bila ada orang
membelai wajah. Buatlah apa saja, Sharifah. Aku tahu
Sharifah pandai mengandam orang.
“Aku nak kau nampak cantik sangat malam ni. Biar
terkeluar biji mata Encik Firdaus nanti.”
“Eh, kau ni… tiba-tiba cakap pasal Encik Firdaus
ni, kenapa? Tak ada masanya dia nak tengok akulah. Kekasih
dia sepuluh kali lagi cantik daripada aku. Apa yang dia nak
hairan?”
Sharifah tersenyum.
“Aku nak tanya sikit ni.” Mulut Sharifah berbunyi
lagi.
“Apa dia?”
“Pejam mata. Aku nak sapu eye shadow ni.”
Aku akur.
“Ni, kenapa kau tiba-tiba lepaskan Encik Firdaus
tadi? Kita orang tengok kau berdua dari jauh. Dah elok-elok
kau papah dia, kemudian tiba-tiba lepas, kenapa? Siap cekak
pinggang pula tu.”

192
Hanni Ramsul

“Tak ada soalan lain ke?”


“Jawab ajalah.”
“Aku marah. Hangin satu badan tahu tak?”
“Kenapa?”
“Penat aku papah dia sikit punya jauh. Dia cakap
tak ada telefon nak call minta bantuan. Tup… tup… dah
dekat nak sampai, handphone dia berbunyi. Mahu aku tak
marah.”
“Marah sampai dua-dua tergolek masuk dalam
lopak? Romantik betul,” sakat Sharifah.
“Mengadalah kau, jangan cakap banyaklah. Make-
up aku elok-elok dan tutup mulut kau tu.”
“Aku sukalah tengok Encik Firdaus tu. Sporting
juga ya. Kalau kat office tu, serius saja mukanya. Tak sangka
pula rupa-rupanya kat luar, dia tu kelakar juga.” Mulut
Sharifah terus menceceh.
“Kalau aku pakai skirt labuh tu, okey tak?” soalku,
melencong jauh daripada perbualan Sharifah.
“Dia pakai kasual macam tu, lagilah. Nampak
handsome betul. Hmmm… boleh jadi Mr. Perfectlah Encik
Firdaus tu. Handsome... kaya... baik... caring... tegas...
kelakar... romantik pun ada juga sikit aku tengok. Kau tak
nak ke?”
“Tapi, aku nak pakai dengan baju apa ya?”
“Aku boleh bayangkan kalau kau berdua jadi couple,
macam serasi pun ada. Nampak cute.”
“Sherry… aku tanya pasal bajulah. Aku nak pakai
baju mana?” soalku geram. Aku sibuk bercakap tentang baju
yang hendak dipakai, dia pula sibuk bercakap tentang Encik
Firdaus.

193
Biarlah YM Berbicara

Sharifah tergelak.
“Kau pakai saja gaun aku yang warna hitam tu.
Labuh juga gaun tu. Bolehlah tutup kaki kau yang berbalut
tu. Designnya pun simple aja. Aku rasa sesuai dengan kau.”
“Kalau aku pakai baju tu… kau nak pakai baju apa
pulak?”
“Aku dah ada baju lain. Aku kan suka melaram.
Banyak koleksi. Tak macam kau tu… kedekut.”
“Mana ada aku kedekut?” gumamku sedikit marah.
Suka hati aja panggil aku kedekut.
Sharifah tersengih. “Dongak sikit. Aku nak pakaikan
mascara ni.”
“Jangan make-up tebal sangat tau. Nanti aku tak
selesa.”
“Alaaa... tahulah aku. Kau cuma tadah muka aja.
Yang lain, biar aku yang uruskan. Malam ni, aku akan
pastikan kau akan jadi different Adiya Fatiha.”
“Jangan sampai jadi badut, sudah!”
“Shut up!” Sharifah bersuara sambil menepuk
perlahan bibirku.
“Okey,” jawabku sepatah. Dan selepas itu aku terus
diam. Tidak mahu kena lempang lagi. Membiarkah Sharifah
menjalankan tugasnya. Tugas kegemarannya. Menjadi mak
andam.

194
Hanni Ramsul

bab 18
J
OHAN menarik kerusi, sambil
memberi laluan untuk aku
melabuhkan punggung di situ. Aku
tersenyum.
“Terima kasih.”
Johan turut tersenyum seraya duduk semula ke
kerusinya.
“Helo, kat Diya aja ke tunjuk gentleman? Ni, kerusi
aku ni, siapa nak tarik?” Sharifah mengomel sambil
menuding jari ke arah kerusi di sebelahku.
“Kaki kau sakit ke? Tariklah sendiri. Aku tolong
Diya sebab dia sakit,” selamba Johan menjawab.
Sharifah mencebik sambil menarik kerusi.
“Diya cantik sangat ini malam…” Damodar
menyampuk sambil tersengih di sebelah Johan.
Aku menjeling ke arah Damodar. Mamat Nepal ni,
boleh tahan juga miangnya. Kemudian aku pandang ruang
dewan yang penuh dengan kakitangan Mara Jaya Industries.

195
Biarlah YM Berbicara

Meriah betul suasana apabila dapat melihat pelbagai fesyen


yang diperagakan. Seperti malam anugerah bintang terkenal
pula aku tengok. Memang lain sekali program yang Kak Lisa
aturkan tahun ini. Pasti lebih melekat di ingatan selepas ini.
Selang satu meja dari kami, aku berlaga pandangan
dengan Encik Firdaus. Seperti biasa, lelaki itu pasti kelihatan
segak. Dengan kemeja batik sutera warna ungu gelap,
segaknya itu lebih terserlah. Menyerlahkan kulitnya yang
kuning langsat. Sungguh tampan lelaki itu malam ini.
Aku mengukir senyum apabila menyedari
pandangan Encik Firdaus terus melekat di wajahku. Dan
sudah pastilah senyumku berbalas. Bukan setakat Encik
Firdaus sahaja yang membalasnya, juga Mia yang tiba-tiba
menoleh ke arahku. Barangkali dia ingin pastikan apa yang
sedang dipandang oleh buah hatinya. Cuma berdua sahaja ke
mereka? Ke mana ibu dan ayah Encik Firdaus? Bukankah
petang tadi mereka berada di sini?
Aku berpaling. Barangkali susun atur tempat duduk
sengaja disusun begitu, tidak mahu mengganggu pasangan
dua sejoli itu. Meja yang sepatutnya dikhaskan untuk empat
tetamu, kini cuma dihuni oleh mereka berdua sahaja.
“Kenapa lambat?” soal Johan sambil menatap
wajahku, kemudian mengalihkan pandangan ke wajah
Sharifah pula.
“Kau tanyalah mak cik ni. Orang sibuk bersiap, dia
boleh bergayut pulak. Dah habis bergayut, boleh sambung
SMS. Makan hati betul!” bebel Sharifah melepaskan geramnya
padaku.
Aku tersengih. “Janganlah marah. Kau dah lawa
macam ni, mana boleh marah. Nanti tak cun.”
“Nasib baik Kak Lisa belum panggil pemenang

196
Hanni Ramsul

treasure hunt. Kalau tak, memang aku dapat semualah


hadiah misteri tu,” sambung Johan bersama senyum yang
meleret.
Aku tersenyum, sementara Sharifah mencebik. Aku
pandang meja bulat yang penuh dengan hidangan makan
malam. Hidangan makan laut. Banyaknya lauk… boleh habis
ke ni?
Aku tersentak apabila muka Sharifah tiba-tiba
melekat di telingaku.
“Encik Firdaus asyik pandang kau aja. Kan aku dah
cakap…” bisiknya perlahan di telingaku.
Aku kerutkan kening. Sharifah ni... main bisik-bisik
pula.
“Oi! Mengumpat ke?” Johan bersuara.
Sharifah tersengih.
“Sibuklah kau! Ini hal orang perempuanlah,” ujar
Sharifah sambil memandang sekeliling.
“Wah. Siap ada pentas. Ada show ke?” sambung
Sharifah sedikit hairan.
“Nak bagi hadiah kita nanti, mestilah kena buat
pentas,” Johan menyampuk.
“Siapa MCnya? Betul-betul di luar jangkaanlah
program kita tahun ni,” Sharifah bersuara lagi.
“Kak Lisa. Semua pertandingan dia dah announce
pemenang tadi. Tinggal treasure hunt aja lagi yang belum.”
Nampaknya perbualan cuma menjadi milik Johan
dan Sharifah. Aku lebih senang menjadi pendengar dan
pemerhati. Damodar pula, aku tidak tahu, dia tidak mahu
menyampuk atau tidak sempat hendak menyusun ayat Bahasa
Melayu untuk dilontarkan. Sebab dari tadi, aku tengok

197
Biarlah YM Berbicara

mulutnya asyik terkumat-kamit. Dan setiap kali itu jugalah,


Sharifah terlebih dahulu membuka mulutnya. Mulut
Damodar yang terkumat-kamit pasti terus terhenti setiap kali
Sharifah bersuara.
“Ye ke? Nasib baik aku sempat sampai. Kalau tak,
tak dapatlah nak tunjuk baju lawa aku ni kat semua orang.”
“Sherry, diam kejap boleh tak? Aku kesianlah
tengok Damodar ni. Dari tadi terkumat-kamit. Aku rasa dia
nak cakap sesuatulah. Tapi, tak sempat sebab mulut kau
macam bertih jagung kena bakar.” Aku bersuara sambil
memandang Damodar.
Pecah gelak besar Johan secara tiba-tiba. Disambut
pula gelak Sharifah. Kelakar ke kata-kataku tadi?
“Kenapa gelak?”
Johan menekan perut sambil menggeleng kepala.
Aku menarik muka. Lantak kamulah! Layanlah
gelak tu sepuas-puasnya.
Damodar pula, terkebil-kebil sambil tersenyum.
Senyum tidak pasti dengan apa yang sedang berlaku agaknya.
“Attention please…”
Suara itu menarik perhatianku.
Tawa Johan dan Sharifah sedikit terkawal.
Aku berpaling ke arah Kak Lisa yang sudah berada
di atas pentas. Cukup anggun Kak Lisa dengan gaun satin
berwarna pastel.
“Cantiknya Kak Lisa,” pujiku sambil menongkat
dagu memandang setiausaha Encik Firdaus itu.
“Setiausaha kedua Encik Firdaus pun apa
kurangnya malam ni. Macam bidadari. Dari tadi, bos awak
asyik curi pandang aja,” Johan bersuara.

198
Hanni Ramsul

Aku tersenyum malu. Johan ni, buat aku malu


sendiri pula.
“Perhatian semua. Maaf di atas gangguan sebentar
tadi. Jadi, sekarang kita akan teruskan acara kita. Acara
kemuncak sebelum satu persembahan istimewa untuk kita
semua pada malam ini. Hadiah utama untuk Hari Mesra
Pekerja. Tresure Hunt: Looking for the Pecfect Partner. So,
malam ini kita sudah dapat perfect partner yang kita cari-
cari. Pemenang akan membawa pulang sebuah kamera digital
setiap seorang dan wang tunai sebanyak RM2,000.00 setiap
seorang.”
Tepukan gemuruh dan sorakan menyambut kata-
kata Kak Lisa.
“Wah! Hebatnya hadiah misteri tu. Kaya aku. Yes!
boleh beli baju baru,” Sharifah bersuara girang.
“Terkejut mendengar hadiahnya?” Kak Lisa bertanya
dari atas pentas. Dijawab dengan sorakan yang riuh sekali
lagi.
Aku tersenyum, sambil mata aku halakan sekali lagi
ke meja Encik Firdaus. Terjentik rasa hairan. Cuma Mia di
situ. Mana Encik Firdaus? Bergaduh ke mereka? Ish,
takkanlah mereka bergaduh.
“Bertenang semua. Ada lagi hadiahnya…”
“Hah? Ada lagi? Wah! Seronoknya,” Sharifah
bertanya dengan muka terkejutnya.
Aku tergelak.
“Apa dia?” terdengar soalan bertanya. Entah dari
mana datangnya suara itu, aku pun tak tahu.
“Baucar hidangan makan tengah hari di kantin kita
selama sebulan.”

199
Biarlah YM Berbicara

Pengumuman itu disambut gelak ketawa.


Aku pun turut ketawa. Apalah yang hebat sangat
kalau setakat hidangan makan tengah hari di kantin itu.
Bukan sedap pun.
Sharifah tersenyum kelat dan Johan tersengih
mendengar pengumuman hadiah terakhir itu.
“Dengar dulu. Hidangan makan tengah hari untuk
pemenang ni, istimewa. Tidak sama dengan hidangan biasa.
Khas untuk pemenang selama sebulan.”
“Ohhh….” bergema jawapan itu memenuhi ruang
dewan.
Kak Lisa tersenyum.
“Kita tak perlu membuang masa lagi. Dipersilakan
Encik Firdaus ke pentas untuk menyampaikan hadiah kepada
pemenang.”
Aku memandang Encik Firdaus yang berjalan
perlahan-lahan bersama tongkatnya. Kasihan Encik Firdaus.
Aku tersenyum kecil. Tiba-tiba teringat bagaimana Encik
Firdaus boleh terjatuh dari pokok dan bagaimana aku pula
menambahkan lagi sakit di kaki Encik Firdaus.
“Pemenangnya ialah pasangan Johan dan Sharifah.
Dijemput Perfect Partner kita ke pentas.”
Aku memberi satu tepukan semangat sambil
tersenyum lebar.
Sharifah dan Johan bangun, melangkah ke pentas
sambil mengangkat tangan kepada teman-teman yang
memberi tepukan gemuruh padanya.
Aku tergelak sambil menggeleng perlahan. Kelakar
melihat gelagat mereka berdua yang tidak ubah sepeti
pelakon popular hendak naik ke pentas. Leka pula melihat

200
Hanni Ramsul

gelagat Sharifah dan Johan daripada di atas pentas


sehinggalah mereka kembali semula ke meja bersama
senyuman lebar. Juga hadiah yang penuh di tangan.
“Baucar tu, aku tak nak. Tapi, cash and camera tu,
bagi kat aku ya?” ujarku sebaik sahaja Sharifah tiba di meja.
Sharifah cuma menjelirkan lidahnya sambil
menyorokkan hadiah ke belakang badannya.
Aku mencebik.
Sharifah melabuhkan punggung ke kerusi. Beg
kertas yang berisi hadiah diletakkan dilantai. Dekat dengan
kakinya.
“Kalau Sherry tak nak bagi, ambillah saya punya,”
Johan menawarkan diri. Separuh bergurau.
Aku tergelak kecil.
“Mana boleh. Tu, kena bagi kat tunang. Ni, mesti
rezeki bertunang ni. Kan, Sherry?” balasku sambil menatap
wajah Sharifah,
“Hmmm… betul tu.”
“Please… attention,” suara Kak Lisa bergema sekali
lagi.
Sekali lagi, semua mata terarah ke pentas.
“Malam ni, kita ada karaoke. Sesiapa yang rasa diri
berbakat, boleh menyanyi sambil menghiburkan rakan-rakan
menjamu selera. But… sebelum itu, ingat tak saya ada cakap
kita ada persembahan istimewa tadi? Bos kita ada sesuatu
yang istimewa untuk kita semua. Beliau akan merasmikan
karaoke kita pada malam ni. Beliau akan menyampaikan
sebuah lagu buat hiburan kita semua.”
“Wooo,” sorakan gemuruh memenuhi dewan sekali
lagi.

201
Biarlah YM Berbicara

Aku turut tersenyum memandang Encik Firdaus


yang tersenyum lebar di kerusi, berhadapan dengan skrin
karaoke. Tidak pula aku tahu, Encik Firdaus ada bakat
menyanyi.
“Calm down. Menurut Encik Firdaus, lagu ini
special for somebody. Siapa? Katanya biar dia sendiri yang
simpan nama somebody yang special tu,” Kak Lisa bersuara
sambil memandang ke arah Encik Firdaus yang sudah siap
duduk di kerusi.
Kelihatan Encik Firdaus menuding ke arah Kak
Lisa bersama sekuntum senyuman mesra.
Kak Lisa turut tersenyum.
“Adiya!” jerit beberapa suara sumbang yang
membuat wajahku hampir tersungkur ke meja. Dalam asyik
aku duduk menongkat dagu melihat gelagat Kak Lisa dan
Encik Firdaus, suara sumbang itu kedengan cukup bingit di
telingaku.
Lahabau! Itu sahaja yang mampu hatiku jeritkan.
Sharifah tergelak.
Johan tersenyum.
Dan Damodar tersengih.
Manusia-manusia di meja lain? Aku tidak tahu.
Tidak berani untuk menoleh ke kiri dan kanan. Sudahnya aku
cuma tunduk mendengar tepukan dan sorakan yang
gemuruh. Yang paling aku gerun ialah untuk menatap wajah
Mia. Dan, kalaulah aku tahu siapa pemilik suara sumbang itu,
siaplah! Tujuh keturunan aku berdendam dengan suara itu.
“Dipersilakan. Encik Firdaus dengan sebuah lagu
Inggeris bertajuk Everlasting Love. Dan kepada semua, enjoy
your dinner.”

202
Hanni Ramsul

Aku mengangkat muka.


Kak Lisa sudah bergerak turun dari pentas.
Meninggalkan Encik Firdaus bersama satu irama sentimental
yang membuai perasaan.
Aku pandang wajah Encik Firdaus yang santai di
kerusi sambil memegang mikrofon.
“Terimalah. Everlasting Love,” Encik Firdaus bersuara
sambil matanya kurasakan menikam wajahku di kejauhan.
Ish! Perasan… hatiku berbisik sendiri.

It looks like heaven to see you walk


To see the way you’re moving on
Sounds like an angel when you talk
The words come out like in a song
Never thought what love could do inside
You’re the place where I can hide

It feels like heaven to be with you


When you treat me like you do
Every minute of the day
Just with you I wanna stay
There will be no end....

We’ve got an everlasting love


So pure divine
We’ve got an everlasting love
Our love will last for all time

203
Biarlah YM Berbicara

Could draw a picture just by heart


Know every line on your face
You stopped me doing from the start
Ask the things I used to chase

Every minute of the day


Just with you I wanna stay
There will be no end

We’ve got an everlasting love


So pure divine
We’ve got an everlasting love”
Our love will last for all time

Should you ever


Have any doubt bout you and me
Please don’t ever
No love never
Don’t hesitate to tell me how it should be

We’ve got an everlasting love


So pure divine
We’ve got an everlasting love
Our love will last for all time

Aku terbuai di dalam alunan suara Encik Firdaus


yang romantik mengalunkan lagu itu. Bukan aku sahaja,

204
Hanni Ramsul

tetapi aku rasa satu dewan khusyuk mendengar setiap bait-


bait indah sang pencinta di dalam lagu itu.
Sunyi sepi dewan itu mendengar nyanyian Encik
Firdaus. Seakan berpakat, semua mengangkat tangan sambil
melambai lembut seiring dengan irama yang cukup
sentimental. Kalaulah memang lagu itu untuk aku, akulah
wanita yang paling bahagia di dunia ini. Tidak tersedar lagu
sudah pun habis. Tepukan gemuruh mengakhiri persembahan
Encik Firdaus yang memang memukau.
“Cayalah bos! Kalau buat album, gerenti Mawi
gulung tikar wooo!”
Aku tersenyum mendengar suara itu. Betul. Suara
Encik Firdaus memang bagus. Encik Firdaus kulihat
tersenyum sambil mengangkat tangan.
“Kawan-kawan! Apa kata sekarang kita dengar Adiya
pula menyanyi untuk Encik Firdaus!”
Satu suara yang datang dari belakang membuat aku
hampir terloncat dari kerusi. Dan sudah pasti suara itu
disambut oleh tepukan gemuruh sekali lagi. Aku menarik
muka masam apabila Sharifah antara manusia yang paling
bersemangat bertepuk tangan.
“Setuju!!!”
Satu dewan memberi jawapan yang paling
menakutkan aku. Aku pasti, mukaku saat ini, langsung tidak
berdarah. Pucat. Ya Allah… selamatkanlah hamba-Mu ini.
“Adiya! Adiya! Adiya!”
Aku hampir hendak menangis. Menyesal aku
datang!
“Pergilah Diya,” suruh Sharifah sambil turut
melaungkan namaku. Aku pandang wajah Sharifah dengan
perasaan geram. Sampai hati kau Sharifah!

205
Biarlah YM Berbicara

“Tak nak! Aku mana pandai menyanyi. Tak naklah!”


“Pergilah, Diya. Jangan hampakan harapan kawan-
kawan. Bukan selalu pun,” Johan pula menyokong kata-kata
Sharifah.
“Tak nak! Menyesal aku datang.”
“Pergilah!”
“Tak nak!”
“Cepatlah Adiya… nyanyi. Tapi, lagu apa ya?”
Ada lagi suara sumbang yang hendak merasa
penampar aku.
Aku sudah menggelabah di kerusi. Terasa muka
sekejap sejuk, sekejap panas.
“Dealova!” jerit Sharifah sambil bertepuk tangan.
Tidak guna punya kawan! Langsung tak nak bela aku.
Semakin jadi batu api pula dia.
“Ya! Dealova! Cepat Adiya!!!” Sorakan bergema lagi.
Aku kaku. Takut. Marah. Geram. Malu. Semuanya
ada.
“Come Adiya. Jangan hampakan kawan-kawan.”
Kedengaran suara Encik Firdaus bergema dari
mikrofon.
Aku kalut di kerusi. Apa aku nak buat ni? Mak!
Tolong Tiya! Tiya tak suka macam ni… Atuk! Tolong!!!
“Come.”
Apabila sekali lagi suara itu memanggil, aku
menjadi lebih serba salah. Hendak menolak, nanti apa kata
Encik Firdaus. Hendak naik ke pentas dan menyanyi, aku
tidak sanggup. Suara aku bukannya sedap!
“Pergilah Diya. Saja-saja hiburkan kawan-kawan,”
pujuk Johan pula.

206
Hanni Ramsul

Sharifah mengangguk tanda setuju sambil menatap


wajahku yang kelat.
Akhirnya aku mengangguk perlahan. Dengan lemah
aku berdiri. Sebaik sahaja aku berdiri, sorakan yang cukup
kuat memenuhi dewan untuk kesekian kalinya. Membuat aku
terduduk semula. Gerun melihat sambutan yang begitu
hangat. Seperti menyambut Datuk Siti Nurhaliza membuat
persembahan pula mereka semua ni.
“Laaa… cepatlah Diya!!!”
Beberapa suara kedengaran tidak sabar dan separuh
hampa.
Aku bangun semula. Dengan langkah yang
terhenjut-henjut aku bergerak ke pentas. Berada di sebelah
Encik Firdaus. Memandang begitu ramai mata yang terarah
padaku, gemuruhku semakin menjadi-jadi. Jangan pengsan
sekali lagi di sini, sudah.
Encik Firdaus menghulurkan mikrofon padaku.
Aku menyambut dengan berat hati. Kalau tiba-tiba bekalan
elektrik terputus, kan bagus.
“Saya nak nyanyi lagu apa?” soalku lurus pada
Encik Firdaus.
“Dealova?”
“Lagu tu tinggi, mana saya boleh nyanyi.”
“Cubalah dulu. Bukan masuk pertandingan pun.”
“Tak boleh encik. Nanti buat malu aja,” sempat pula
aku bertelagah dengan Encik Firdaus di atas pentas.
Encik Firdaus tersenyum. “Cuba dulu. Saya akan
cover awak.”
Aku tersenyum kelat. Dan, apabila irama lagu
Dealova berkumandang, aku dapatkan rasakan selepas ini,

207
Biarlah YM Berbicara

pasti dadaku bersepai di lantai pentas ini. Gemuruhnya hanya


Tuhan sahaja yang tahu.
“Aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu.”
Nyanyian Encik Firdaus menyedarkan aku daripada
terus melayan gemuruh. Tengok! Sudah terlepas note. Nasib
baik Encik Firdaus pandai cover. Encik Firdaus memberi
isyarat supaya aku menyambung nyanyian. Aku mengangguk
perlahan sambil mengangkat mikrofon ke mulut. Berdiri di
hadapan skrin mengamati bait-bait lirik.

Aku ingin menjadi sesuatu yang mungkin bisa


kau rindu
Karena langkah merapuh… tanpa dirimu
Ohhh... karena hati telah letih
Aku ingin menjadi sesuatu
Yang selalu bisa kau sentuh
Aku ingin kau tahu, bahawa aku
Selalu memujamu
Tanpamu… sepinya waktu
Merantai hati
Bayangmu seakan-akan….

Aku tersenyum. Mendapat sedikit keyakinan untuk


terus menyanyi. Seronok pula rasanya. Bersedia untuk
menyambung nyanyianku. Dan, isyarat yang kuterima dari
Encik Firdaus memberitahu yang kami akan berduet selepas
ini. Encik Firdaus berdiri sambil melangkah ke sisiku.
Memandang wajahku. Dan…

208
Hanni Ramsul

Kau seperti nyanyian dalam hatiku yang


memanggil
Rinduku padamu
Seperti udara yang kuhela… kau selalu ada
Ohhh... oh… hmmm….
Hanya dirimumu yang bisa membuatku
tenang
Tanpa dirimu aku merasa hilang
Dan sepi… dan sepi…
Kau seperti nyanyian dalam hatiku yang
memanggil
Rinduku padamu
Seperti udara yang kuhela… kau selalu ada
Selalu ada.

Tepukan gemuruh mengakhiri duet kami. Aku


tersenyum lega sambil memandang Encik Firdaus. Lelaki itu
turut tersenyum sambil mengangkat kening. Seluruh dewan
bergema dengan tepukan yang seakan tidak mahu berhenti.
“Terima kasih,” ujarku dan Encik Firdaus serentak.
Mikrofon aku letak di atas meja kecil yang memang
tersedia di situ.
Encik Firdaus turut meletakkan mikrofon miliknya.
Aku melangkah perlahan menahan sakit yang
sedikit mengganggu kakiku dek kerana lama berdiri di atas
pentas.
Encik Firdaus memegang lenganku lalu kami
berjalan seiring.

209
Biarlah YM Berbicara

“Tak apa encik… saya boleh jalan sendiri.”


Encik Firdaus tersenyum tanpa mengendahkan
kata-kataku. “Diya, awak cantik malam ni.”
Gulp! Wajahku terasa panas serta-merta. Encik
Firdaus puji aku? Aku tersenyum kecil sambil terus
melangkah. Tidak tahu bagaimana hendak menjawab pujian
Encik Firdaus itu.
Sudahnya kami cuma berdiam diri sambil
melangkah dengan langkah yang tidak sempurna akibat
kecederaan masing-masing.

210
Hanni Ramsul

bab 19
“S
HERRY!” Aku panggil
Sharifah sambil menjenguk
dari kaunter penyambut
tetamu. Malas hendak bergerak ke mejanya.
Sharifah buat-buat tidak dengar. Terus leka
menghadap komputernya.
Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Sudah
masuk empat kali aku panggil, masih juga tidak bergerak
perempuan ini.
“Kau ni, kenapa?” Mira bertanya dengan wajah
hairan.
“Tak ada apa-apalah,” balasku lemah. Dan untuk
kesekian kalinya telingaku mendengar suara-suara sumbang
budak production menyanyi lagu Dealova dan juga lagu
Inggeris yang Encik Firdaus nyanyikan tempoh hari. Adunan
dua lagu tersebut bersama dendangan secara berkumpulan
oleh para penyanyi yang tidak bertauliah itu, mampu
membuat telinga menjadi bingit semacam. Bising betul!
Itulah dua lagu yang amat popular di sini, saat ini.

211
Biarlah YM Berbicara

Mira tergelak mendengar nyanyian sumbang yang


membingitkan kawasan kilang itu. Betul-betul menjadi
pencemaran bunyi.
“Kau tak nak balik lagi ke?” soal Mira sambil
mengemas mejanya.
“Nantilah. Biarlah dia orang pergi dulu.”
“Takut kena sakat dengan budak production ya?”
teka Mira bersama senyuman nakal.
Aku diam. Memang betul pun. Kadang-kadang
gurauan mereka membuat aku malu dan segan. Marah pun
ada. Sudah melampau-lampau. Semakin dilayan, semakin
menyakitkan hati. Sudahnya aku cuma memandang seorang
demi seorang pekerja yang bekerja di bahagian production
mencari haluan masing-masing. Memandang dari jauh.
“Okeylah… aku pun nak balik ni. Diya, bila buah
hati kau masuk ofis?”
Aku pandang wajah Mira agak lama.
Mira tersengih. “Janganlah marah. Bila bos masuk
ofis?”
Aku cuma mengangkat bahu. Mira ni pun nak kena
dengan aku ni.
“Kau kan secretary dia. Takkan kau tak tahu?”
“Sepatutnya hari ni. Tapi, tak ada pun. So, manalah
aku tahu. Kak Lisa tahu kut. Sebab tengah hari tadi aku
dengar Kak Lisa telefon dia. Kau pergilah tanya Kak Lisa,”
jawabku acuh tidak acuh. Geram apabila semua orang asyik
hendak mengusik aku saja. Sikit-sikit, rasanya bolehlah
diterima. Tetapi, kalau dah setiap hari, rasa terbakar juga jiwa
ini.
“Berapa hari dia MC sebenarnya?”

212
Hanni Ramsul

“Tiga hari. Tapi, agaknya kaki dia belum baik


betullah tu.”
Mira mengangguk perlahan. “Kaki kau macam
mana?”
“Aku? Kaki aku dah okey. Cuma luka sikit aja hari
tu. Sekarang dah baik. Cuma ada parutlah. Menyampah betul!
Habis kaki aku yang cantik ni,” aku bersuara separuh
melawak. Geram pada Mira sudah hilang.
Mira tersengih.
“Tak apa. Itu parut kenangan manis. Nanti boleh
cerita kat anak-anak, mama dapat parut ni, masa tolong papa
kamu. Masa tu, dua-dua mandi air lopak tau, sayang.” Tiba-
tiba suara Sharifah menyampuk dari belakang.
Aku menoleh. Jemariku mengetuk-ngetuk kaunter
menahan geram.
“Kamu berdua pernah rasa tumit kasut tak?” soalku
geram.
Sharifah tersengih.
“Ops… ada orang hanginlah. Tumpang lalu ya?”
Sharifah bersuara sambil berjalan.
“Kau tak nak balik ke?” soalnya lembut.
Aku mencapai beg tanganku. “Naklah…”
“Hei! Beg akulah… ni, beg kau!” jeritan Mira
membuat aku menoleh.
Mira menayangkan beg Gucciku. Aku pandang beg
di tanganku. Memang aku tersilap ambil beg Mira. Tengok!
Marah punya pasal, beg sendiri pun tak kenal.
Sharifah tergelak dengan bersungguh-sungguh.
Kalau masuk pertandingan gelak mesti menang tempat
pertama.

213
Biarlah YM Berbicara

Aku mencapai beg aku dan mengembalikan beg


Mira.
“Kau ni… kalut sangatlah. Cuba jangan marah
sampai buat benda-benda yang tak masuk akal,” Sharifah
bersuara sambil melangkah santai.
“Benda tak masuk akal apanya?”
“Yalah. Kau marah Encik Firdaus, sampai jatuh
lopak, kau marah Abang Kamal, sampai benjol kepala
terhantuk dengan bos. Kau marah kita orang, sampai beg
sendiri pun, kau tak kenal.”
Aku diam. Memikirkan semula kata-kata Sharifah.
Betullah. Setiap kali aku marah, pasti kesannya cukup buruk
padaku. Aku tersengih. Tidak mahu marah-marah lagi.
“Aku panggil kau tadi, kenapa tak menyahut?”
soalku pada Sharifah.
“Ha? Kau panggil aku? Bila?”
“Laaa... tadilah. Ek eleh perempuan ni!”
“Hmmm... aku tak perasan kut. Aku tengah layan
YM dengan Azman.”
“Patutlah…” Aku menjawab panjang.
Sharifah tersengih. “Kau tak melawat Encik Firdaus
ke?”
“Apahal pula aku nak pergi melawat dia? Bukan dia
sakit teruk pun. Kau ni… tolonglah diam. Kalau nak cakap
juga, cakap pasal benda lain. Cakap pasal Azman ke... pasal
Charming ke…”
“Pasal Charming? Tak ada. Pasal Azman? Ada...
ada… ada cerita pasal Azman.”
“Apa dia?” soalku berminat.

214
Hanni Ramsul

“Dia dah beli semua barang untuk hantaran aku.


Can you believe that?”
“Can… can...” Panjang aku menjawab dengan gaya
Bahasa Inggeris yang berterabur.
Sharifah mencebik sambil mengeluarkan kunci
kereta dari dalam beg tangannya.
“Kan dia dah cakap, dia memang dah tak sabar-
sabar nak bertunang. Silap-silap dia boleh terus lafaz akad
nikah masa kau bertunang nanti. Percayalah cakap aku.”
“Kau ni… ke situ pula.”
Aku tersengih sambil bersandar pada Gen 2 milik
Sharifah.
“Kau pula macam mana? Dah beli semua?”
“Beli apanya. Belum. Satu apa pun aku tak beli lagi.
Tunggulah… lambat lagi.”
“Lambat apanya, bulan depan. Baik kau tiru macam
Azman. Prepare awal-awal. Nanti tak kelam-kabut. Ni, semua
cari last minute, adalah benda tu missing. Benda ni lupa.
Percayalah cakap aku.”
“Kau ni... asyik percayalah cakap aku… percayalah
cakap aku ni, apahal?”
Aku tersengih. Ayat baru yang aku perolehi daripada
Charming sebenarnya. Seharian aku bersembang dengannya
di bilik Encik Firdaus. Percayalah cakap saya itu. Percayalah
cakap saya ini. Percayalah… percayalah… itulah kosa kata
yang kami belajar hari ini. Bahagianya aku bergayut dengan
Charming. Lama pula tu.
“Tersengih pulak. Kenapa ni… angau?”
“Haah,” jawabku masih bersama senyuman yang
mekar di bibir.

215
Biarlah YM Berbicara

“Angau kat siapa? Encik Firdaus?”


Senyumku mati serta-merta.
“Kat Encik Firdaus buat apa? Dia dah ada Cik Mia
yang cantik jelita tu. Kat Charminglah. Sehari aku bergayut
dengan dia hari ni. Lepas segala rindu dendam.”
“Sehari? Patutlah langsung tak nampak muka. Masa
lunch pun tak keluar. Amboi-amboiii mentang-mentanglah
Encik Firdaus tak ada.”
Aku tersengih. Bukan selalu pun dapat peluang
sebegini.
“I love him so much,” ujarku tanpa sedar.
“What? Say it again? Nurul Adiya Fatiha falling in
love? At last… thank God. Rupa-rupanya normal kawan aku
ni.”
Aku menampar bahu Sharifah. “What do you mean
by that word? Kenapa? Kau ingat aku tak normal ke?”
Sharifah tersengih.
“Yalah. Selama hari ni, kau tengok lelaki macam
tengok tunggul mati. Tak ada perasaan. Risau jugalah aku.
Even Encik Firdaus yang terang-terang sedang tackle kau tu
pun, kau boleh buat muka poyo aja. Sekarang, kau cakap kau
dah jatuh cinta pada Charming. Syukurlah... kawan aku ni
normal rupa-rupanya. Alhamdulillah!”
“Kau ni... tak baik cakap aku macam tu. Of course
aku normal. Cuma pintu hati ni, belum diketuk. Itu saja.”
“Melepaslah Encik Firdaus ya? Kenapa kau tak
terima dia?”
“Encik Firdaus tukan dah ada kekasih. Janganlah
cakap macam tu lagi. Kau cakap macam tu, buat aku rasa
terganggulah.”

216
Hanni Ramsul

“Terganggu kenapa pulak?”


“Yalah… risau aku, kut-kut nanti aku betul-betul
terjatuh hati kat Encik Firdaus tu. Kan jadi kes naya tu!”
Sharifah tergelak besar mendengar kata-kataku.
“Kenapa pula? Best woman wins. Itulah cabaran
namanya. Lagipun kalau kau bagi lampu hijau, aku yakin
Encik Firdaus akan jadi milik kau. Dia dah tak ada nak
sembunyi-sembunyi lagi perasaan dia pada kau. Dia show off
betul-betul. Langsung tak cover.”
“Amboi, sedapnya bercakap. Kau nak suruh aku
rampas kekasih orang? Tak baik. Berdosa tahu tak? Cuba kau
bayangkan, ada perempuan lain yang rampas Azman daripada
kau. Macam mana?”
“Errr… tak bolehlah!”
“Haaa… tahu pun kau.”
Sharifah tersenyum kecut. Tahu takut kekasih
dirampas orang!
Aku menarik perlahan pintu kereta. Sebuah kereta
BMW hitam bergerak masuk dan berhenti di sebelah kereta
milik Sharifah.
Sharifah tersenyum panjang sambil mengangkat
kening.
“Panjang umur dia,” ujar Sharifah sambil
memandang kereta milik Encik Firdaus.
Aku turut memandang ke arah yang sama. Apa
Encik Firdaus buat kat sini? Semua orang sudah balik, dia
baru datang?
Pintu kereta terbuka perlahan. Encik Firdaus
menghadiahkan sekuntum senyumannya yang mahal itu buat
kami berdua.

217
Biarlah YM Berbicara

“Hai, girls. Belum balik lagi ke?”


“Dah nak baliklah ni,” Sharifah menjawab.
Encik Firdaus keluar dari kereta. Segak berseluar
jean dan bert-shirt hitam. Lebih segak dengan cap yang
dikenakan dan kaca mata hitam yang tergantung di baju. Mak
oiii! Boleh tergugat cinta aku pada Charming ni. Sungguh
macho Encik Firdaus di dalam gaya kasualnya. Ya Allah,
kuatkanlah iman hamba-Mu ini.
“Apa Encik Firdaus buat kat sini?” soalku hairan.
“Jumpa awaklah.”
Aku tersengih. Yalah tu… loyar buruk pula dia.
“Kaki encik dah okey?”
“Dah. Kenapa? Awak nak jatuh atas riba saya sekali
lagi ke? Boleh…”
Aku terdiam. Dan aku perasan mata Sharifah yang
membulat memandangku. Habislah aku selepas ni.
“Apa Encik Firdaus?” Tidak menyempat-nyempat,
Sharifah terus mempamerkan sifat penyibuknya.
Encik Firdaus tersenyum. “Nothing. Is Lisa still
inside?”
Aku mengangguk.
“I have something to settle with her. Dah makan?
You berdua tunggu sini kejap. In ten minutes I’ll be back. I
belanja you girls dinner. Okey?”
“Kami dah janji nak makan malam dengan bakal
tunang Sherry, Encik Firdaus. Lagipun, menyusahkan aja.”
“Ha?” Sharifah memandangku dengan wajah
terpinga-pinga.
“Too bad. Nak buat macam mana. You nak

218
Hanni Ramsul

bertunang, Sherry?” soal Encik Firdaus sambil membetulkan


capnya.
Kacaknya dia... aku terpaku.
Sharifah tersenyum lebar. “Insya-Allah. Next
month. Encik Firdaus datanglah.”
“Insya-Allah. Kalau tak sibuk, saya akan pergi. Okay
girls. Saya nak jumpa Lisa.”
Aku mengangguk perlahan. Encik Firdaus berlalu
dan aku cepat-cepat membuka pintu kereta sebelum Sharifah
sempat membuka mulutnya. Sekejap sahaja Sharifah sudah
pun berada di sebelahku, di dalam kereta.
“Kau tak cerita habis kat aku ya? Kau kata Encik
Firdaus jatuh pokok.”
“Memang dia jatuh pokok,” jawabku sambil buat-
buat sibuk memasang tali pinggang keledar.
“Dah tu, apa maknanya dia cakap kau jatuh atas
riba dia?”
“Lepas tu aku jatuh atas riba dia.” Akhirnya bocor
juga rahsiaku.
Sharifah tergelak. “How come?”
“Aku nak turun. Terpegang ulat beluncas. Aku pun
lepaslah tangan. Apa lagi… terus jatuh atas riba dia.”
Gelak Sharifah semakin menjadi-jadi.
“Inilah sebabnya aku malas nak bercerita dengan
kau ni…” Aku merungut perlahan. Sudah aku agak, mesti
aku kena gelak.
“Romantik betul rupa-rupanya pasangan Perfect
Partner ni. So sweet…”
“Sudahlah tu! Janganlah gelakkan aku. Jom jalan.”

219
Biarlah YM Berbicara

“Lagi satu, bila pula Azman dari Johor nak ke sini


semata-mata nak dinner dengan kita? Kenapa tak nak pergi
dinner dengan Encik Firdaus tadi? Kau ni, selalu tolak rezeki.
Tak baik, tahu tak?”
“Kau nak jawapan ikhlas daripada aku?” soalku
sambil memandang wajah Sharifah.
Sharifah mengangguk.
“Aku takut kalau-kalau aku terpikat kat Encik
Firdaus. Dia handsome sangat tadi,” akuiku jujur.
Menyampah aku! Tengoklah tu, Sharifah sekali lagi
ketawakan aku, sebaik sahaja mendengar jawapan ikhlas
daripadaku. Tak suka! Tak suka!!!
“Cepatlah jalan,” ujarku sedikit geram.
“Okey... okey… cinta sudah berputik ya? Habislah
kau. Di sana menanti, di sini menunggu ya? Mana satu nak
pilih ni?”
“Kau ni… janganlah cakap macam tu. Minta
dijauhkan.”
“Nak jauhkan macam mana? Memang dah terkena
pun. Susah sangat nak jatuh cinta, sekarang dah terpikat kat
dua orang sekali gus. Habislah kau Diya!”
Aku diam. Janganlah sampai kata-kata Sharifah
menjadi kenyataan. Aku tidak mahu jatuh cinta pada dua
orang lelaki pada satu masa. Aku bukannya jenis yang pandai
membuat pilihan. Kang, tak pasal-pasal Encik Firdaus kena
bermadu dengan Charming. Tidak! Minta dijauhkan. Dan
yang paling penting, aku mesti setia dengan Charming. Mesti
setia dengan Charming.
“Mesti!”
“Hah? Apa kau cakap?”

220
Hanni Ramsul

Aku pandang wajah Sharifah sambil menggeleng.


Bercakap sorang rupa-rupanya aku.
“Parah betul. Dah bercakap sorang-sorang ni,
memang dah tahap kritikal ni.
“Aku nekad, aku nak jumpa Charming.”
“Pulak? Tiba-tiba aja?”
“Aku takut aku jatuh cinta dengan Encik Firdaus.
Apa pun, aku mesti jumpa Charming. Hati aku dah macam
nak berbelah bahagi ni.”
Sharifah tergelak kecil.
“Jumpalah. Mungkin bila kau dah jumpa dia, cinta
kau jadi kuat sikit. Tak adalah mudah sangat kau jatuh cinta
dengan bos tu. Tapi, boleh ke kau tahan? Hari-hari kau kena
menghadap muka Encik Firdaus tu. Kalau dah hari-hari,
mesti semakin hari semakin sayang. Macam mana tu? Apa
kau nak buat?”
“Sherry! Janganlah api-apikan aku. Tak baiklah kau
ni….”
Sharifah terus tergelak sambil menghidupkan enjin
kereta.

221
Biarlah YM Berbicara

bab 20
“S
EBENARNYA apa yang kita
buat kat sini ni?” soalku
sambil memandang wajah
Sharifah.
Sharifah membentangkan tikar di atas rumput.
Entah apa mimpi perempuan ni, tiba-tiba hendak berkelah
tepi tasik.
“Tunggu ajalah. Aku cuma ikut arahan Azman aja.
Aku pun tak tahu apa sebabnya. Kau sabar ajalah.”
Aku bersandar pada pokok. Melihat Sharifah
menyusun bakul dan pinggan.
“Hai... senang nampak. Tak rasa ke nak tolong
makwe aku tu? Kesian dia buat kerja sorang-sorang,” suara
Azman menegur dari belakang.
Aku menoleh.
Azman datang bersama dua beg plastik berisi KFC
dan Pizza Hut.
“Aku saja nak tolong kaulah. Bagi Sherry ni

222
Hanni Ramsul

practice buat kerja rumah. Nanti dah kahwin, kau juga yang
senang,” balasku sambil bersila di atas tikar.
Sharifah mencebik mendengar kata-kataku,
sementara Azman pula tersenyum sambil menunjukkan ibu
jarinya sebagai isyarat bagus.
“Bukan main banyak lagi. Boleh habis ke ni?”
soalku sambil membelek plastik yang berisi pelbagai jenis
makanan.
“Boleh… kan kau kuat makan,” sampuk Azman
sambil tersengih.
Aku jegilkan mata. Suka-suka aja mengutuk aku!
“Cakaplah. Apa mimpi kau berdua ni? Tiba-tiba pula
nak berkelah kat sini?”
Sharifah turut bersila di sebelahku.
“Entah… tanyalah Azman. Kan aku dah cakap tadi,
aku cuma ikut aja. Ini semua rancangan dia.”
Aku pandang wajah Azman. Pelik benar bunyinya
kata-kata Sharifah ni.
Azman tersengih lagi.
“Janganlah pandang macam tu. Relakslah.
Sebenarnya ini semua pun bukan rancangan aku. Aku cuma
mengikut arahan saja. Arahan rahsia…” kata Azman separuh
berbisik.
“Dah nak buat suspen pulak. Cakap ajalah. Tak suka
betul aku orang buat suspen kat aku.” Aku bersuara dengan
nada kurang sabar.
“Arahan siapa?” soalku sekali lagi, apabila Azman
leka menolong Sharifah.
“Tuuu…” panjang muncung Azman menunjuk ke
satu arah.

223
Biarlah YM Berbicara

Aku berpaling. Abang Kamal? Apa semua ini?


“Apa ni Sherry? Aku nak baliklah!” Aku bersuara
dengan nada geram.
“Aku tak tahu. Aku betul-betul tak tahu apa-apa…”
“Kenapa pula?” soal Azman hairan
“Aku tak sukalah! Apa benda yang dia cuba nak buat
ni?” soalku geram sambil mataku tajam memandang ke arah
Abang Kamal yang sedang merapikan rambutnya melalui
cermin motor besarnya itu. Tidak sangka Abang Kamal boleh
menggunakan Azman untuk bertemu denganku.
“Aku nak baliklah!” Sekali lagi aku bersuara sambil
mengangkat punggung. Tangan Sharifah yang memegangku,
membuat aku terduduk semula.
“Kau ni… tak baiklah. Tunggulah dulu. Dengar apa
sebenarnya yang dia nak. Kenapa dia buat semua ni? Ada ke
nak balik macam tu aja.”
Aku menarik muncung. Marah betul dengan
Azman. Tapi, bukan salah Azman sebenarnya. Azman tidak
tahu cerita pun. Yang dia tahu, Abang Kamal adalah
sepupuku.
“Assalamualaikum. Sorry, lambat. Ada hal sikit
tadi,” suara Abang Kamal menyapa dari belakang.
“Waalaikumussalam,” ramah Sharifah dan Azman
menjawab.
Aku cuma menjawab di dalam hati.
“Hai, doktor… apa khabar?” sapa Sharifah sambil
tersengih.
Abang Kamal tersenyum. “Baik.”
“Kenapa abang ajak kami semua ke sini?” soal
Sharifah lagi.

224
Hanni Ramsul

Abang Kamal memandang wajahku. Aku buat-buat


sibuk membelek majalah di tangan. Malas hendak berbalas
pandang dengan lelaki itu.
“Man? Mana keknya?”
“Oh… lupa. Kejap ya…” Azman berlari menuju ke
keretanya.
Kek? Kek apa pula? Akhirnya aku pandang juga
wajah Abang Kamal. Kek apa yang Abang Kamal maksudkan?
“Kek apa?” soalku hairan.
Abang Kamal tersenyum.
Sharifah turut tersenyum.
Untuk apa senyumannya itu, aku pun tak tahu.
“Happy birthday to you… happy birthday to you…
happy birthday to Adiya. Happy birthday to you,” Azman
menyanyi lagu selamat hari lahir sambil membawa kek
bersamanya.
Aku tergamam. Abang Kamal menyambut hari
lahirku? Tidak tersentuh langsung! Dia ni dah nyanyuk ke?
Hari lahir aku belum pun tiba lagi.
“Hai, betul ke abang ingat birthday saya ni? Kalau
lupa, nak sambut buat apa? Apa hal nak sambut birthday saya
hari ni pula? Birthday saya bukan hari ni,” ujarku sambil
melirik pada kek yang Azman letak di atas meja kecil. Cantik.
Dan, yang lebih penting, sedapnya. Kek coklat kegemaran
aku tu. Tergugat jual mahal aku ni. Memang Abang Kamal
tahu aku suka kek coklat. Pandai dia mencari kelemahan aku.
“Abang tahu, birthday Tiha lagi tiga hari. Tapi,
mungkin hari tu, abang sibuk. Tak ada masa nak sambut. So,
Tiha tak kisahkan kalau kita celebrate in advance.”
Abang Kamal ingat rupa-rupanya. Mestilah Abang

225
Biarlah YM Berbicara

Kamal ingat. Mana pernah lelaki itu lupa hari lahir aku.
Selama dia berada di luar negara pun, saban tahun aku pasti
akan mendapat bungkusan hadiah daripada Abang Kamal.
Cuma, bungkusan itu tidak pernah aku buka. Ada enam
bungkusan yang elok tersimpan di bilikku. Tidak pernahku
buka.
“Wah! Seronoknya. Surprise party rupa-rupanya.
Cepatlah Diya… tiup lilin tu,” Sharifah bersuara girang.
Aku pandang wajah Abang Kamal yang tenang.
Benar-benar tidak faham dengan sikap Abang Kamal.
Semakin keras aku menolak, semakin kuat pula usaha Abang
Kamal untuk mendekatiku. Sangkaku dia sudah mengalah.
Ternyata aku silap. Aku memandang pula ke arah Azman yang
sedang menyalakan lilin kecil di atas kek.
“Come, Tiha. Tiup lilin.”
Perlahan aku bergerak mendekati meja kecil.
Menghadap kek coklat yang hampir cair krimnya itu. Tiba-
tiba terselit rasa terharu di hati. Tidak! Aku tidak akan lembut
hati dengan Abang Kamal. Walaupun tidak dapat aku nafikan
aku tersentuh dengan usaha Abang Kamal itu.
“Okey... mula ya. Kita nyanyi sama-sama.”
Aku tersenyum kecil. Mendengar tiga suara itu
berpadu menyanyikan lagu selamat hari lahir. Sebaik sahaja
selesai mereka menyanyi, perlahan aku meniup lilin,
disambut tepukan kecil.
“Selamat menyambut hari lahir in advance Diya,”
ucap Sharifah sambil mencium pipiku.
Aku tersenyum. Ucapan yang sama aku terima
daripada Azman.
“Selamat menyambut hari lahir yang kedua puluh

226
Hanni Ramsul

enam, Tiha,” Abang Kamal pula bersuara sambil


menghulurkan satu kotak kecil.
Aku terkaku seketika. Haruskah aku menerima
pemberian ini?
Sharifah menyentuh bahuku perlahan. Memberi
isyarat agar aku menerima hadiah yang Abang Kamal
hulurkan. Aku menyambut kotak yang diberi.
Dan sekuntum senyuman kegembiraan menghiasi
bibir Abang Kamal. Cukup berseri senyuman yang Abang
Kamal berikan.
Aku membalas senyuman itu dengan sekuntum
senyuman yang tidak begitu sempurna.
“Terima kasih,” ucapku pendek. Kotak itu aku
letakkan ke tepi.
“It’s okay. Perkara kecil. Terima kasih sebab sudi
raikan birthday dengan abang. Walaupun terpaksa buat
secara senyap-senyap.”
Aku tersenyum kelat.
“Hai.. melamun ke?”
Aku tersentak. Peristiwa petang tadi, hilang tiba-
tiba. Sharifah tersengih di hadapanku. Aku menarik kusyen
kecil ke pelukan. Mata aku alihkan ke kaca televisyen.
“Dari petang tadi, aku tengok kau diam aja. Kau tak
apa-apa? Kau fikir pasal Abang Kamal?” soal Sharifah sambil
meneguk Milo panas yang dibawanya.
“Aku okey. Kau buat satu aja ke?”
“Apa? Milo? Haah. Satu aja. Kau tak cakap nak.”
Aku mengeluh perlahan sambil mencapai mug di
tangan Sharifah. Meneguk perlahan Milo panas. Hmmm..
leganya.

227
Biarlah YM Berbicara

Sharifah terkebil-kebil memandangku. “Amboi


senangnya kerja ya?”
Aku tersengih. Mug di tangan kuserahkan semula
kepada Sharifah.
Sharifah menyambut dan meletakkan mug tersebut
di atas meja. “Kau dah buka hadiah Abang Kamal?”
Aku menggeleng. Masih elok aku simpan di dalam
almari bersama enam bungkusan yang lain.
“Kau tak nak buka ke?”
“Buat apa?” soalku acuh tidak acuh. Memang aku
tidak pernah mengharapkan sebarang hadiah daripada Abang
Kamal. Juga tidak ada keinginan untuk mengetahui apa yang
Abang Kamal berikan padaku.
“Kau ni… tak baik buat macam tu. Orang dah bagi,
kita kena terima dengan ikhlas. Takkan kau nak simpan
koleksi hadiah Abang Kamal sampai kau tua. Pergilah buka,
aku nak tengok,” gesa Sharifah.
“Kau nak tengok, kau pergilah buka.”
“Kau ni… takkan aku pula yang nak buka. Kalau
dia bagi bom, aku yang bersepai dulu. Tak naklah aku. Kau
ajalah yang buka,” gesanya lagi.
Aku tergelak mendengar imaginasi Sharifah. Tidak
masuk dek akal langsung. Tetapi, apabila difikirkan, betul
juga kata-kata Sharifah. Sampai bila aku hendak simpan
hadiah yang masih elok berbungkus itu. Tiba-tiba timbul
perasaan ingin tahu kandungan di dalam setiap bungkusan
daripada Abang Kamal. Sharifah ni, memang pandai
menghasut.
“Kau nak tengok ke?” soalku memandang wajah
Sharifah.

228
Hanni Ramsul

“Memanglah aku nak tengok. Tapi, kalau kau nak


suruh aku buka, tak naklah aku. Tukan hadiah kau.”
“Okey... jom. Kita buka semua hadiah yang Abang
Kamal bagi kat aku.”
“Hah? Serius? Nak! Nak! Seronok ni…”
“Jom,” ajakku sambil menarik tangan Sharifah
menuju ke bilikku. Aku bergerak ke almari. Membuka laci
bawah. Satu kotak yang agak besar, aku keluarkan.
“Mak oiii… sampai satu kotak,” tegur Sharifah
dengan riak wajah yang seronok.
Aku meletakkan kotak di atas katil, kemudian
mengeluarkan satu demi satu hadiah daripada Abang Kamal.
“Nak mulakan dari yang mana ya?”
“Yang first kau terima sampailah yang last.”
“Okey,” ujarku sambil menyusun kotak mengikut
tahun yang aku tulis sendiri. Dalam tidak mahu buka, aku
masih sempat mencatat tahun kiriman hadiah-hadiah
tersebut.
“Ada lagi satulah. Yang first. Kejap!” Aku berlalu ke
almari sekali lagi. Mencari satu kotak yang agak besar.
“Ni, yang pertama.” Aku bersuara sambil
mengoyakkan kertas pembalut. Cantiknya! Teddy bear putih
hadiah untuk hari ulang tahun kelahiranku yang kedua
puluh.
“Cantiknya…” Cepat tangan Sharifah mencapai dan
memeluk teddy bear yang cukup lembut itu.
Aku senyum.
“Bukalah lagi,” gesa Sharifah tidak sabar.
Aku akur. Satu per satu aku buka. Dan aku terpaku

229
Biarlah YM Berbicara

dengan setiap isinya. Semuanya benda yang aku suka. Jam


tangan Mickey Mouse yang comel untuk ulang tahun
kelahiran kedua puluh satu. Patung Garfield yang memang
aku cukup suka untuk hari jadi yang seterusnya. Skarf sutera
berwarna jingga, kotak muzik kristal yang amat cantik dan
sepasang anting-anting berlian.
“Wah! Diya... semuanya best-best!”
Aku terduduk di katil. Abang Kamal tahu setiap apa
yang aku suka.
“Dia tahu apa yang aku suka,” bisikku hampir tidak
percaya.
“He’s your cousin. Lagipun sebelum dia buat kau
macam tu, diakan rapat dengan kau.”
“Kenapa dia buat semua ni?”
Sharifah senyum. Tidak menjawab soalanku itu.
“Yang dia bagi tadi? Bukalah.”
Aku mengangguk sambil tanganku membuka
perlahan balutan kecil yang Abang Kamal berikan tadi.
Mataku bulat memandang kotak berwarna merah yang baru
aku buka.
“Cantiknya!” jerit Sharifah sambil menempel
padaku. Memandang set platinium yang tersusun elok di
dalam kotak.
“Rantai… subang... gelang… Diya! Bertuahnya kau.
Cantiknya… mesti mahal ni.”
Kotak merah itu aku letak di atas katil. “Aku tak
boleh terimalah ni semua.”
Sharifah ternganga. “Apa kau nak buat? Takkan kau
nak bagi balik pada Abang Kamal.”
“Aku kena bagi balik pada dia. Aku tak layak dapat
hadiah mahal macam ni.”

230
Hanni Ramsul

“Nanti dia mesti tersinggung, Diya.”


“Tapi, kalau aku terima… tak bolehlah Sherry! Aku
tak suka Abang Kamal. Aku tak boleh terima benda ni semua.
Nanti cerita lain pulak yang timbul.”
“Aku yakin Abang Kamal ikhlas. Lagipun aku
tengok dia dah banyak berubah. Dah banyak bersabar dengan
kerenah kau. Tadi pun, apa yang kau cakap, dia cool aja. Kau
asyik sindir dia pun, dia tak melenting. Kalau dulu, mesti dia
dah angin satu badan.”
“Yalah. Dia tahu dia salah. Itu sebabnya cool.”
“Dia betul-betul cintakan kau Diya. Manusia yang
sanggup berubah demi orang yang dia sayang, maknanya
cinta dia pada orang tu memang mendalam.”
“Tolong sikit. Aku sikit pun tak ada perasaan kat
dia. Dulu memang aku sayang dia. Aku anggap dia macam
abang aku. Sebab aku anak tunggal. Tak ada abang. Tak ada
kakak. Tak ada adik. Tapi, bila dia dah buat aku macam tu,
aku tak akan maafkan dia sampai bila-bila.”
“Tak baik berdendam. Dia pun ada cakap dia dah
menyesal, kan?”
“Menyesal? Mungkin dia dah menyesal. Mungkin
dia dah berubah sebab aku. Sebab cintanya pada aku.
Kononnya. Tapi, satu hari nanti bila cinta tu dah pudar, dia
akan jadi Abang Kamal yang dulu semula. Dahlah! Aku tak
nak cakap pasal Abang Kamal lagi. Hadiah ni, nanti aku akan
pulangkan pada dia.”
“Janganlah macam tu. Kalau nak pulangkan pun,
bagilah aku pinjam sekali. Cantik ni….”
Aku pandang wajah Sharifah. Sempat pula dia
berlawak.

231
Biarlah YM Berbicara

Sharifah tersengih sambil membelek rantai


platinum yang bertatahkan berlian itu. Memang cantik. Dan
aku tahu, harganya pasti mahal. Benda semahal dan
seistimewa itu hanya untuk insan yang istimewa. Dan aku
bukanlah orang itu. Aku tidak mahu dianggap mengambil
kesempatan pula. Terasa kejam apabila menerima sesuatu
yang begitu berharga daripada orang yang tidak pernah ada
di hatiku. Sedangkan Abang Kamal begitu mengharapkan ada
tempat untuknya di hati ini. Maafkan Tiha Abang Kamal.
Tidak mungkin ada cinta di hati ini untuk Abang Kamal. Dan
hadiah semahal ini mungkin milik gadis lain. Bukan milik
Tiha.

232
No. ISBN:- 978-967-5067-21-1
Jumlah muka surat: 596
Harga Runcit:-
Semenanjung M’sia: RM20, Sabah/Sarawak: RM23
Harga Ahli KKN:-
Semenanjung M’sia: RM16, Sabah/Sarawak: RM19

Sinopsis:-
Biarlah YM Berbicara membawa kisah cinta di
antara Adiya Fatiha yang menggunakan nama Ugly Betty
ketika berchatting di alam siber dengan Charming.
Pada masa yang sama, Encik Firdaus (bos Adiya
Fatiha) cuba menarik perhatiannya. Adiya Fatiha pula blur
dengan hint yang diberikan oleh Encik Firdaus. Tambahan
pula, dengan sikapnya yang merendah diri, dia cuba
menangkis perasaan sukanya kepada Encik Firdaus atas
alasan dia tidak sesuai digandingkan dengan bosnya yang
hensem lagi bergaya itu.
Hidupnya yang aman mula menjadi haru-biru
apabila Abang Kamal muncul semua, menagih cintanya.
Adiya Fatiha yang masih terluka dengan insiden hitam yang
pernah dilakukan oleh Abang Kamal tidak dapat memaafkan
Abang Kamal, walaupun berjuta kemaafan diungkapkan.
Adiya Fatiha tersepit di antara Abang Kamal, Encik
Firdaus dan Charming yang tidak ketahuan rupa parasnya.

“Andai ada ingkar di hati, menepis wujud di sisi.


Andai bibir kelu untuk hujani bicara indah pada kemarau
hati... aku rela jemari menjadi pengganti, menarikan irama
indah cinta kita. Biarkan saja YM yang terus berbicara….”

Untuk mengetahui siapakah identiti sebenar


Charming, dapatkan BIARLAH YM BERBICARA.... di
rangkaian kedai buku MPH, Popular dan kedai-kedai
berdekatan anda.
Anda juga boleh terus melanggan dengan Kaki
Novel Enterprise melalui online atau pun pos. Untuk
melanggan melalui online, sila layari laman web kami di:-
www.kakinovel.com. Untuk melanggan melalui pos, anda
hanya perlu tuliskan nama, alamat lengkap, no. telefon, tajuk
novel yang ingin dilanggan dan jumlah naskhah berserta
wang pos/kiriman wang atas nama:- KAKI NOVEL
ENTERPRISE dan poskan ke alamat berikut:-
Kaki Novel Enterprise
No. 33-2, Jalan Wangsa Delima 12,
D’Wangsa, Wangsa Maju,
53000 Kuala Lumpur.
No. Telefon:- 03-4149 0096
No. Faks:- 03-4149 1196