Anda di halaman 1dari 3

To be completed by student – Please Print Clearly

Name(s):
1. Nurul Hazwani Bt Mohd Jasman

ID Number(s):
1. AM2007007043

Lecturer Name: Section No.:


Pn. Zuriani Binti Ibhrim 1

Course Name and Course Code: Submission Date:


MPU3113-Hubungan Etnik 25 Februari 2021

Assignment Title : Extension & Late Submission:


Pembangunan Sosial Malaysia: Pendidikan * Allowed / Disallowed

Assignment Type: % of Assignment Mark: Returning Date:


*Individual / Group

Penalties:
1. 10% of the original mark will be deduted for every one week period after the submission date
2. No work will be accepted after two week of the deadline
3. If you were unable to submit the coursework on time due to extenuating circumstances you
may be eligible for an extension
4. Extension will not exceed one week
5.
Declaration: I/We the undersigned confirm that I/we have read and agree to abide by these regulations
on plagiarism and cheating. I/we confirm that this of work is my/our own. I/we consent to appropriate
storage of our work for checking ton ensure that there is no plagiarism/academic cheating.

Signature(s): ………………… ………………… ………………… …………………

Name: ( Nurul Hazwani )

This section may be used for feedback or other information


No 6 Tajuk: Pembangunan Sosial Malaysia: Pendidikan

Nama: Nurul Hazwani Binti Mohd Jasman

Pembangunan sosial merupakan konsep pembangunan yang menggabungkan aspek sosial dan
ekonomi. Pembangunan sosial merupakan satu proses perubahan sosial yang dirancang untuk
meningkatkan taraf hidup masyarakat. Oleh itu, pembangunan sosial ini boleh dianggap sebagai
satu usaha bagi memenuhi beberapa fungsi seperti menyediakan perkhidmatan yang berkualiti bagi
memastikan kesejahteraan sosial, mengenalpasti beberapa kesan ke atas perubahan dalam hidup
dan mengenalpasti faktor sosial yang memberi kesan keatas masalah sosial dan menghapuskannya
sebelum menjadi masalah besar (Institusi Sosial Malaysia, 2014). Dengan ini dapat dilihat bahawa
pembangunan sosial memainkan peranan penting bagi membina kehidupan yang lebih berkualiti.

Sektor pendidikan merupakan antara kompenan penting dalam pembangunan sosial. Dengan
peningkatan dalam sektor pendidikan dapat melahirkan lebih ramai individu yang berilmu dan
berkemahiran. Pada belanjawan 2008, kerajaan telah memansuhkan yuran sekolah, yuran
peperiksaan dan meluaskan skim pinjaman buku teks bagi memberi peluang kepada semua pelajar
untuk menuntut ilmu diperingkat sekolah rendah dan menengah. Selain itu, dari segi kewangan,
makanan percuma dan kemudahan penginapan atau asrama juga disediakan bagi pelajar-pelajar
yang kurang berkemampuan. Manakala pada peringkat pengajian tinggi pula,tidak semua pelajar
layak untuk meyambung pelajaran mereka terutamanya dia universiti awam. Akan tetapi bagi
pelajar yang kurang berkelayakan tidak akan dipinggirkan kerana kerajaan telah menubuhkan
pusat latihan vokasional. Disamping itu, sektor swasta juga diberikan peranan dalam pembangunan
sosial. Akta Pendidikan Institusi Swasta 1996 dan Garis Panduan Kementerian Pelajaran
membolehkan pendidikan swasta terus berkembang.

Tidak dinafikan bahawa banyak penambahbaikan telah berlaku dalam sektor pendidikan, akan
tetapi masih banyak lagi usaha yang perlu dilaksanakan bagi memastikan rakyat dapat pendidikan
yang lebih bermutu sejajar dengan peredaran zaman dan nilai rakyat Malaysia. Selain itu, bukan
hanya usaha dari segi kewangan dan bantuan sahaja yang perlu dititikberatkan, akan tetapi dari
segi sistem pembelajaran, sistem sekolah pelbagai aliran, pengisian kurikulum dan ko-kurikulum
juga perlu dititikberatkan.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa pada tahun 2008 kerajaan memperuntukkan sebanyak
RM 33,355 juta untuk bidang pendidikan dan latihan berbanding hanya RM 21,517 juta pada tahun
2004 (Utusan, 18 Jan 2017; Kementerian kewangan, 2007). Bagi belanjawan 2021 pula, sektor
pendidikan telah menerima peruntukan terbesar iaitu sebanyak 50.4 bilion atau 15.6 peratus
daripada keseluruhan perbelanjaan kerajaan (Berita harian, 23 November 2020).

Kesimpulannya, disini kita dapat melihat usaha kerajaan dalam menambahbaikan sektor
pendidikan di Malaysia. Ini kerana sektor pendidikan yang baik dan berkesan dapat membantu
dalam mempercepatkan pembangunan dan pertumbuhan sesebuah negara. Selain itu, dapat juga
melahirkan lebih ramai individu yang berpendidikan.

Rujukan

http://jurnalkemanusiaan.utm.my/index.php/kemanusiaan/article/download/192/185

http://journalarticle.ukm.my/1583/1/hasnah09.pdf

www.journals.mindamas.com

Anda mungkin juga menyukai