Anda di halaman 1dari 2

22/04/2021 Bunuh, makan emak

Bunuh, makan emak


April 21, 2021 @ 11:59pm

Foto hiasan.

MADRID: Pihak pendakwaan di Sepanyol menuntut hukuman penjara 15 tahun, terhadap suspek yang bertindak mencekik
ibunya, sebelum mencincang mayat mangsa dan memakannya, dalam kejadian kira-kira dua tahun lalu.

Pendakwa raya menuntut tempoh hukuman itu selepas suspek, Albert SG dibicarakan di mahkamah di Madrid, hari ini atas
pertuduhan membunuh dan menghapuskan mayat.

Berdasarkan kertas pertuduhan, suspek yang juga dikenali sebagai 'Kanibal Ventas', didakwa bertengkar dengan ibunya yang
berusia 69 tahun, di flat didiami mereka di Ventas dalam kejadian pada tahun 2019.

Ketika pergaduhan, Albert mencekik ibunya sebelum mengheret mangsa ke bilik tidurnya.

DISYORKAN UNTUK ANDA


Pembunuh bersiri Nigeria mengaku tidak bersalah
Suspek berang sebab vape
Pakar bedah dipenjara seumur hidup bunuh isteri
Lelaki mabuk cekik, ugut tetak ibu bapa

Suspek kemudiannya menggunakan gergaji dan dua pisau dapur untuk memotong mayat mangsa.

"Suspek juga didakwa memakan mayat mangsa selama 15 hari dan menyimpan beberapa bahagian lain di dalam bekas plastik
dalam peti ais dan sekitar rumahnya," menurut kertas pertuduhan.

Suspek juga meletakkan cebisan mayat ke dalam beg plastik sebelum membuangnya ke tong sampah.

Menurut laporan media tempatan, pegawai polis ketika memberi keterangan di mahkamah, hari ini, berkata mereka memasuki
kediaman Albert sebelum suspek memberitahu dia memakan sebahagian daging ibunya mentah-mentah, manakala bahagian
lain dimasak atau diberikan kepada anjing.

Laporan media sebelum ini menyatakan suspek ditahan pada 23 Februari 2019 selepas polis ke rumahnya, untuk bertanya
mengenai ibunya yang dilaporkan hilang oleh kenalan.

Polis kemudiannya bertanya sama ada mangsa berada di dalam rumah, sebelum suspek memberi jawapan 'ya' dan
membenarkan mereka masuk.

https://www.bharian.com.my/dunia/lain-lain/2021/04/809329/bunuh-makan-emak 1/2
22/04/2021 Bunuh, makan emak
"Kami menemui satu lokasi kejadian jenayah yang amat mengerikan," kata seorang pegawai polis yang enggan dikenali kepada
saluran berita, Telecinco.

Menurut polis, suspek pernah mempunyai masalah ketagihan dadah.

Pihak pendakwa raya meminta mahkamah mengenakan hukuman penjara 15 tahun selain menuntut suspek membayar
$110,000 (RM453,271) sebagai pampasan kepada abangnya. - AFP

https://www.bharian.com.my/dunia/lain-lain/2021/04/809329/bunuh-makan-emak 2/2

Anda mungkin juga menyukai