Anda di halaman 1dari 2

JURNAL REFLEKTIF 1

Membina Hubungan Yang Baik Semasa Proses Pengajaran dan Pembelajaran

Masalah
Pada minggu pertama saya berpraktikum di SMK Bandar Baru Sintok, saya di
tugaskan mengajar di kelas 3 Cemerlang dan 4 Dinamik bagi subjek Bahasa Melayu
Komunikasi. Sepanjang minggu pertama saya mengajar di kedua-dua kelas ini, saya dapat
mengenalpasti segelintir murid masih malu-malu untuk berinteraksi dan memberi respon
terhadap pengajaran dan pembelajaran yang saya sampaikan. Masalah ini menyebabkan
proses pengajaran dan pembelajaran sedikit terganggu namun ianya bukanlah masalah
yang besar. Oleh itu, saya terpanggil untuk menyelesaikan masalah ini supaya tidak
memberikan kesan negatif terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran saya
dengan membina hubungan yang baik bersama murid-murid.

Analisis Masalah
Menurut Good dan Brophy (2002), guru yang dihormati dan mesra pelajar dapat
bekerjasama dengan murid-muridnya dalam menjayakan aktiviti di dalam bilik darjah.
Hasilnya aktiviti tersebut akan memberikan kesan yang positif ke atas pencapaian akademik
murid dan konsep kendiri murid dan guru. Murid-murid yang senang berkomunikasi dengan
guru akan dapat meluahkan masalah dan berkongsi pendapat tentang pembelajaran dengan
gurunya. Hal ini secara langsung dapat meningkatkan prestasi akademik mereka.
Peningkatan prestasi murid akan menyumbang kepada peningkatan konsep kendiri mereka .
Sikap yang ditunjukkan oleh murid yang terlibat menyebabkan saya terpaksa menyiasat
masalah yang saya hadapi oleh murid berkenaan. Antara soalan-soalan yang timbul di
dalam pemikiran saya ialah:
- Adakah murid tidak berminat terhadap mata pelajaran yang saya ajar?
- Mangapa murid ini bersikap sedemikian?
- Apakah yang perlu saya lakukan untuk membantu murid ini?
- Bagaimana penglibatan murid ini di dalam kelas sebelum ini?
- Bagaimana penglibatan murid ini di dalam matapelajaran lain?

Daripada tinjauan awal yang saya lakukan melalui temubual dengan guru-guru dan
rakan sekelas yang lain, saya dapat merumuskan bahawa terdapat faktor penyebab kepada
permasalahan ini ialah kurangnya menarik perhatian mereka dengan membina hubungan
yang baik.

Cadangan
Bagi menyelesaikan masalah ini dan sikap murid-murid supaya aktif memberi respon
tanpa rasa malu, saya telah membuat beberapa cadangan yang boleh digunakan bagi
mengatasi masalah ini. Antara cadangan saya ialah:
- Berbual santai bersama mereka di luar waktu kelas dan sebelum pengajaran dan
pembelajaran bermula.
- Melakukan aktiviti yang dapat menarik minat mereka

Tempoh Penyelesaian
Saya akan cuba untuk menyelesaikan masalah ini dalam masa tiga hari
persekolahan, iaitu dari 25 April hingga 27 April 2021.

Tindakan Susulan
Sebagai guru saya bertanggungjawab untuk sentiasa memberikan dorongan serta
tunjuk ajar. Selain itu, saya juga perlu belajar bagaimana cara pengurusan bilik darjah yang
baik dan cara memotivasi murid-murid sebelum memulakan proses pengajaran dan
pembelajaran. Sebagai guru, saya perlu mengetahui latar belakang sosial dan akademik
murid untuk menentukan corak hubungan yang sesuai dengan mereka. Terdapat beberapa
kebaikan menjalinkan hubungan yang positif antara guru dengan murid.
Dari segi kebaikan kepada saya juga, hubungan guru-murid yang baik menaikkan
motivasi dan semangat kepada saya untuk mengajar. Guru yang membina hubungan yang
baik dengan murid-muridnya dapat melicinkan perjalanan pengajaran dan pembelajaran.
Apabila aktiviti pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar, guru akan manjadi semakin
bermotivasi untuk mengajar.

Kesimpulan
Pendekatan yang saya ambil akan menjadikan murid juga lebih senang dikawal.
Hubungan guru-murid yang baik akan membuahkan kerjasama antara guru-murid. Sebagai
contoh, dengan adanya hubungan yang baik, murid akan senang bekerjasama dengan guru
dalam mematuhi peraturan bilik darjah yang telah ditetapkan. Hasilnya, saya dapat
mengurus dan mengawal murid dengan lebih efektif..

Rujukan
Berman, S.(2015). Multiple Intelligences Road To A Quality Classroom. Illinois: I RI/Skylight
Training and Publishing.
Good, B. 2002. Multiple Intelligences: New Horizons. London: Basic Books.

Anda mungkin juga menyukai