Anda di halaman 1dari 5

NAMA : MUHAMMAD SUFI ASYRAF BIN AYAZED

NO MATRIK: D20201093008

1. Apa itu kejurulatihan sukan?

Kejurulatihan sukan adalah satu proses yang telah dirancang untuk membantu atlet

ataupun seseorang individu serta kempulan atlet untuk mempelajari sesuatu kemahiran agar

matlamatnya dapat dicapai.

Selain itu ia juga merupakan proses memotivasi, membimbing dan melatih seseorang

sebagai persiapan untuk hobi sukan, atau sesuatu kerjaya.Sebilangan besar ahli sukan

profesional mempunyai jurulatih untuk membantu mereka berlatih dan bersaing . baigi seorang

atlet,untuk mencapai perkara-perkara hebat dalam sukan,atlet tidak perlu meletakkan badan

dan minda kita melalui program latihan yang luas. Aspek yang paling penting dalam

meningkatkan prestasi sukan adalah berusaha setiap hari untuk menjadi lebih cergas, lebih

pantas, kuat dan lebih tajam daripada sebelumnya.


2. Berikan ciri ciri bagi seorang jurulatih

a) Matlamat Yang Jelas.

Seorang jurulatih perlulah mempunyai matlamat yang jelas dalam melatih seseorang

individu atau sekumpulan atlet agar memudahkan atlet melihat apa yang mereka

hendak capai

b) Berfalsafah Kejayaan.

Jurulatih mempunya pemikiran yang positif dalam mengejar kejayaan. Walaupun

seseorang individu atau sekumpulan atlet mengalami kegagalan, jurulatih perlu

memebriakn kata kata semangat yang akan memberikan kesan positif dalam diri mereka

agar tidak mudah mengalah.

c) Berpengetahuan.

Mempunyai ilmu yang tinggi dalam bidang kejurulatihan amat penting dalam

memastikan apa yang disampaikan kepada atlet bermanfaat dan dapat digunakan

sebaik mungkin sama ada semasa latihan ataupun semasa didalam pertandingan

d) Beretika

Jurulatih yang beretika dapat membimbing serta membentuk sesorang individu menjadi

seorang yang mempunyai sikap moral yang tinggi

e) Komitmen Yang Tinggi.

Seorang jurulatih haruslah sentiasa memberikan serta menunjukkan komitmen yang

tinggi agar seseorang individu itu menjadi lebih bersemangat untuk dilatih seterusnya

dapat meningkatkan prestasi mereka


f) Mewujudkan Keseronokan Dalam Latihan.

Sentiasa mewujudkan keseronokan dalam latihan mengikut waktu yang tepat akan

menambahkan lagi semangat sesorang individu atau sekumpulan atlet untuk berlatih

dengan lebih kuat

g) Bermotivasi

Jurulatih yang bermotivasi tinggi akan mempengaruhi seseorang individu atau

sekempulan atlet untuk lebih cenderung dan lebih jelas menuju matlamat yang telah

dirancang.
3. Berikan 7 peranan seorang jurulatih

a. Pendidik.
Mendidik sesorang individu atau sekumpulan atlet agar menjadi atlet yang Berjaya dan

berilmu

b. Pembimbing Cara.
Jurulatih perlu sentiasa memberikan bimbingan kepada seseorang individu atau

sekumpulan atlet sama ada semasa didalam latihan atau diluar latihan mereka

c. Pendisiplin.
Mendisplinkan sesorang individu ataupun sekumpulan atlet adalah suatu kepentingan bagi

seorang jurulatih agar mereka mempunyai sikap moral yang tinggi sebagai seorang atlet

d. Pekerja Sosial
Jurulatih juga adalah pekerja sosial kerana jurulatih perlu sentiasa bergaul dengan

masyarakat serta sentiasa membantu mereka yang memerlukan pertolongan

e. Pelajar
Jurulatih yang Berjaya, adalah jurulatih yang sentiasa belajar mencari ilmu baru untuk

dikongsi bersama

f. Pengawal Perhubungan Awam (Agen Publisiti)


Jurulatih juga adalah individu yang mempunyai ilmu pengetahuan dalam mengawal

perhubungan awam agar memeudahkan jurulatih mempunyai bantuan dalam melaksankan

latihan mereka, sebagai contoh jurulatih mempunyai hubungan yang baik dengan institusi

sukan negara.

g. Saintis
Sentiasa mengkaji serta meneliti dalam semua aspek latihan dari segi strategi, teknik serta

nutrisi makanan agar perkara perkara ini dapat meningkatkan prestasi sesorang atlet.
4. Berikan 3 gaya seorang jurulatih

a) Gaya perintah

Gaya pereintah adalah sesuatu gaya dimana jurulatih membuat semua keputusan dan

atlet perlu mematuhi segala arahan jurulatih. Hal ini kerana, jurulatih mempunyai

pengetahuan dan pengalaman. Memberi arahan serta tugasan kepada atlet adalah

suatu tanggungjawab seorang jurulatih.

b) Gaya tunduk

Gaya tunduk adalah gaya dimana jurulatih memberikan sedikit kebebasan untuk

seseorang individu membuat keputusan sebanyak mungkin mengikut keselesaan

mereka menjalani latihan.seperti pepatah inggeris mengatakan, “throw-out-the-ball-

and-have-a-good-time approach”. Dalam memberikan kebebesan, jurulatih akan

menyelesaikan masalah disiplin apabila benar benar diperlukan.

c) Gaya koperasi (guru)

Jurulatih akan berwatak seperti seorang guru dan ini dipanggil gaya koperasi dimana

jurulatih akan bekerjasama dan berkongsi keputusan bersama atlet. Selain itu, jurulatih

akan menjadikan seseorangindividu itu supaya menjadi seorang pemimpin disamping

membimbing mereka untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan. hal ini dapat

menjadikan seseorang individu itu dapat belajar untuk membuat keputusan seterusnya

menjadi orang dewasa yang bertanggungjawab.

Anda mungkin juga menyukai