Anda di halaman 1dari 3

Sang Kancil 2

Seronok juga bila membaca cerita kanak-kanak begini. Teringat masa kecil dulu, inilah cerita
dongeng dan turun temurun yang diwarisi dari zaman berzaman. Namun bila difikirkan
kembali, apa yang cuba untuk disampaikan melalui cerita ini?

Jadilah seperti sang kancil yang cerdik tapi tak baik?

Atau jadilah seperti sang gajah yang baik tapi tak cerdik?

“Orang baik tak cerdik akan ditipu, orang yang cerdik tapi tak baik akan menipu”

Jangan jadi sang kancil seperti dalam cerita tadi kerana sang kancil yang cerdik tapi tak baik
telah menipu sang gajah untuk menyelamatkan diri. Juga jangan jadi seperti sang gajah
kerana walaupun baik tapi tak cerdik akan ditipu.

Jadi tiada pilihan lain selain jadi orang yang cerdik dan baik kerana orang yang sebegini tidak
akan ditipu juga tidak menipu. Dan pengakhiran cerita sang kancil dan sang gajah itu
sepatutnya begini.

“Eh, sang kancil, tengah buat apa?” Tanya sang gajah.

“Aku terjatuh dalam lubang yang besar inilah, dah berkali-kali aku cuba untuk keluar tapi tak
berjaya, bagaimana kalau engkau berjaya tolong aku untuk keluar dari sini, aku akan bagi
tebu yang paling besar di dalam hutan rimba ini!” balas sang kancil

A short story is a piece of prose fiction that typically can be read

Setelah segala usaha yang dilakukan adalah sia-sia, sang kancil pun berfikir;

“Macam mana aku nak keluar dari lubang yang sangat dalam ini”
Kemudian Sang Kancil mendapat satu idea yang bernas untuk menyelamatkan diri untuk
keluar dari lubang.

Kemudian sang gajah yang lalu itupun menegur sang kancil;

“Eh sang kancil, tengah buat apa?” Tanya si Gajah.

“Menyelamatkan diri!”

“Dari apa?” Tanya gajah lagi.

“Dari bahaya, cuba tengok atas, langit nak runtuh, dah hitam” Balas sang kancil.

Gajah yang dungu ini pun terus mempercayai sang kancil bulat-bulat.

“Habis tu macam mana nak selamatkan diri?” Tanya si gajah.

“Masuklah sekali dalam lubang ini, kalau langit runtuh pun selamat kita dekat sini”

Tanpa berfikir panjang sang gajah pun terus melompat ke dalam lubang untuk
menyelamatkan dirinya. Kemudian sang kancil pun mengambil kesempatan untuk melompat
di atas badan gajah dan terus keluar dari lubang yang dalam itu.

Setelah lama berfikir namun tiada idea yang bernas untuk sang kancil keluar dari lubang tadi,
namun sang kancil tetap tidak mahu berputus asa.

Dalam kebuntuan mencari idea, sang kancil telah terdengar bunyi tapak kaki yang besar.
“Kalau bunyi tapak kaki macamni, ni tak lain, mesti gajah ni!”

Anda mungkin juga menyukai