1. Lazimnya , dalam ujian penulisan Bahasa Melayu adik-adik dikehendaki menulis dua buah
karangan, iaitu soalan satu dan soalan dua.
2. Dalam soalan 1, adik-adik diberi dua tajuk karangan , oleh itu pilihlah salah satu
daripada dua tajuk tersebut sama ada soalan 1 (a) atau soalan 1 (b). Soalan 2 tiada pilihan
dan merupakan soalan wajib.
3. Masa yang diperuntukkan untuk menjawab kedua-dua soalan itu ialah satu jam.
4. Bagi tiap-tiap soalan, panjang karangan mestilah tidak kurang daripada 80 patah
perkataan dan tidak melebihi 120 patah perkataan.
Jenis-Jenis Karangan :
A. Karangan Berformat
1. Jenis Surat Kiriman Rasmi
2. Jenis Surat Kiriman Tidak Rasmi
3. Karangan jenis Ucapan
4. Karangan jenis Syarahan
5. Karangan jenis Dialog / Temuramah / Perbualan / Wawancara
6. Karangan jenis Berita
7. Karangan jenis Catatan Diari
8. Karangan jenis Laporan
9. Karangan jenis Perbahasan
10. Kad Jemputan
Sebelum membuat sesuatu karangan , kita hendaklah memilih dan memahami tajuk atau
kehendak soalan karangan itu. Selepas itu kita fikirkanlah pula tentang :
a) Pengenalan
b) Isi-isi dan
c) Penutup
A. Pengenalan
Setiap karangan mestilah mempunyai pembukaan atau pengenalan. Dalam pengenalan kita
hendaklah memperkenalkan sesuatu perkara atau tajuk yang mungkin pembaca tidak tahu
atau faham. Kita hendaklah menarik perhatiannya supaya ingin membaca karangan itu.
Pengenalan ini dibuat secara ringkas dan am sahaja, memadai tiga atau empat ayat.
Pembukaan karangan yang menarik akan meninggalkan kesan yang positif dan mendalam
pada pemeriksa. Oleh itu pastikanlah terlebih dahulu pembukaan karangan hendaklah
bersih daripada kesalahan tatabahasa atau ejaan.
B. Isi
Isi hendaklah mengikut kehendak tajuk karangan itu. Karangan perlu mempunyai empat
isi. Isi yang lebih tidak mengapa tetapi mungkin menyebabkan kekurangan masa. Isi
hendaklah disusun dengan teratur dan berkait di antara satu dengan lain. Isi-isi itu
dipecahkan dalam perenggan-perenggan. Isi yang utama didahulukan. Sebaik-baiknya satu
isi, satu perenggan kecuali jika isi pendek-pendek dan berkait rapat. Tiap-tiap perenggan
tidak semesti sama panjangnya. Mungkin sesuatu perenggan itu lebih panjang daripada
perenggan yang lain. Ini kerana sesuatu isi utama yang ingin ditekankan oleh murid-murid
biasanya lebih panjang daripada perenggan yang lain. Jaga isinya supaya tidak terkeluar
dari tajuk yang dikehendaki. Elakkan menyertakan isi yang bercanggah dengan tajuk. Isi
karangan hendaklah asli tidak ditiru bulat-bulat dari karangan lain. Untuk mendapat isi yang
baik dan banyak, kita hendaklah banyak membaca surat khabar, majalah-majalah,
makalah-makalah, rencana-rencana, buku-buku cerita, mendengar sesuatu, menyaksikan
sendiri dan dari pengalaman sendiri. Jangan campur adukkan isi. Elakkan daripada menulis
sesuatu isi dalam perenggan yang sama. Catatkan setiap isi sebelum menulis.
Tip
Antara kaedah mencari isi
C. Penutup
Kalau pengenalan dapat mempengaruhi atau menarik minat pembaca untuk mengikuti
karangan tersebut maka penutupnya juga hendaklah memberi suatu kepuasan kepada
pembaca. Penutuplah yang menjadi kesimpulan / rumusan atau akhiran sesuatu karangan.
Dalam penutup digambarkan juga pendapat kita dengan ringkas tentang sesuatu
perbincangan atau tajuk. Elakkan menamatkan karangan secara mengejut atau tergantung.
Oleh itu penutup juga adalah penting dalam tiap-tiap karangan.
Tip
Adalah lebih baik jika adik semua menggariskan perkataan-perkataan yang menjadi kata
kunci dalam soalan itu. Ini mengelakkan karangan daripada terpesong atau terkeluar
daripada tajuk sebenar.
c. Menulis karangan
- Semasa menulis karangan kamu mulakan dengan menulis pendahuluan terlebih dalu satu
perenggan.
- Setiap isi yang dihurai perlu ditulis dalam satu perenggan berserta dengan contohnya.
- Tulislah mengikut urutan rangka yang telah dibuat selain menjaga kekemasan tulisan.
d. Menyemak karangan
- Setelah habis menulis karangan kamu perlu menyemak bagi memastikan jika ada tulisan
anda yang kurang jelas, kesalahan ejaan, tanda baca, penggunaan imbuhan, struktur ayat
yang salah dan aspek tatabahasa yang lain.
- baca berulang kali bagi memastikan ketepatan karangan kamu.
Tip
Kamu digalakkan menulis ayat yang pendek , ringkas dan padat berbanding yang panjang.
Ini kerana ayat yang panjang biasanya terdedah kepada kesalahan tatabahasa.
Biasakan diri kamu mengolah ayat daripada isi yang telah disenaraikan.
Satu perenggan biasanya mengandungi 3, 4 atau 5 ayat sahaja bagi huraian satu isi.
Tahukah kamu ?
Bagaimana hendak menulis dialog dengan baik ?
Di bawah ini adalah contoh yang baik untuk menulis dialog dalam karangan anda.
Mulakan setiap dialog di baris baru. Ini mengelakkan kekeliruan pemeriksa. Lihat contoh :
Contoh A ( dicadangkan )
"Kamu baru pulang ?"
"Baru sebentar tadi." Jawab saya. "Tentu Kamu tertunggu kepulangan saya."
"Memang saya tertunggu-tunggu," luah Jamal , lembut.
Contoh B ( mengelirukan )
"Kamu baru pulang ?" "Baru sebentar tadi." Jawab saya. "Tentu Kamu tertunggu
kepulangan saya." "Memang saya tertunggu-tunggu," luah Jamal , lembut.
A. Pemberian Markah
3. Jadi jumlah markah keseluruhannya ialah 15 + 10 = 25 markah untuk satu soalan
4. Markah penuh diberi untuk satu-satu isi yang dapat disampaikan dengan baik iaitu
pengolahannya menarik dan sangat berkesan.
5. 1 markah diberi untuk satu-satu isi yang pengolahannya kurang menarik.
6. ½ markah pula untuk satu-satu isi yang pengolahannya lemah.
7. Penulisan yang kemas, bersih, teratur serta senang dibaca juga mempengaruhi markah.
8. Pembahagian markah adalah sama banyak bagi kedua-dua soalan tersebut. Adik-adik
mesti menjawab kedua-dua soalan untuk lulus dengan gred yang baik.
* Peringatan
: karangan yang terpesong, markah yang diberi tidak melebihi 5 markah daripada 25
markah. Ini bermakna walau baik sekali pun karangan tersebut , jika terpesong, markah
tertinggi hanyalah 5 markah sahaja.
: isi yang berunsur negatif tidak akan diberi markah. ( ukuran nilai ialah yang berteraskan
budaya Melayu / Islam )
Tahukah kamu ?
Ada markah tambahan (bonus) diberikan untuk karangan yang mempunyai susunan isi dan
jalinan idea yang baik.
Kata aluan dan ucap terima kasih bagi karangan berbentuk surat kiriman dan ucapan
adalah dikira sebagai format.
B. Potong Markah
Tahukah kamu ?:
Kesalahan yang melebihi enam (6) kali bermakna anda tidak mendapat sebarang markah
(0) bagi setiap satu aspek tatabahasa.
Tiada potongan bagi kesalahan ejaan yang berulang.
Potongan keseluruhan bagi tiap-tiap 5 aspek tatabahasa tidak lebih daripada 3 markah.
isi ü
kesalahan ejaan /
kesalahan imbuhan
Tip :
Cara membilang perkataan
Nama khas yang terdiri daripada beberapa patah perkataan dikira sebagai satu perkataan
saja contoh ‘ Bahasa Melayu Tahun Enam ‘
Tahukah kamu ?
Hanya terdapat 29 perkataan sahaja menggunakan ejaan yang disatukan.( contoh keretapi,
jawatankuasa, dan lain-lain )
& KELEMAHAN KARANGAN
· Kesalahan memilih tajuk biasanya berlaku kerana calon tidak memahami apa yang
dikehendaki oleh soalan. Keadaan ini terjadi mungkin calon terburu-buru menyiapkan
karangan. Mereka menulis karangan asalkan siap sahaja.
B] Kekurangan isi
· Oleh sebab kekurangan isi, sesetengah calon menghuraikan isi secara mendatar atau
meleret-leret. Ini juga boleh menyebabkan terjadinya pengulangan isi yang sama. Hal ini
berlaku kerana calon kurang membaca dan terhadnya pengetahuan.
C] Pembahagian perenggan
· Ada calon meletakkan beberapa isi dalam satu perenggan. Ini menyebabkan sesuatu isi
tidak dapat dihurai secara mendalam. Malah ada calon menulis hanya satu perenggan untuk
satu karangan !
· Ada calon yang terus menulis tanpa mencari isi terlebih dahulu. Calon yang tidak
merangka bererti calon tersebut tidak menyusun isi. Ini menyebabkan karangan tidak
kemas dan bercelaru. Ia juga menyebabkan susunan isi tidak berturutan.
· Terdapat juga isi yang sama diulang. Malah ada calon yang menulis sambil mengharapkan
isi datang kemudian ( terlintas di fikiran ).
E] Kesalahan tatabahasa
· Calon perlu tahu , penguasaan bahasa terkini amat penting bagi memastikan karangan
mendapat ‘A’.
· Pada tahap Tahun 6 , sepatutnya masalah kesalahan ejaan tidak lagi timbul. Masih ada
calon yang tidak dapat membezakan antara "pada" dengan "di", "dari" dengan "daripada",
"bila" dengan "apabila" dan pelbagai lagi. Ramai yang tidak menggunakan imbuhan dengan
betul. Lebih malang lagi calon tidak menggunakan imbuhan langsung untuk karangannya.
F] Kesuntukan masa
· Masa membina karangan sangat terhad. Pengurusan masa memainkan peranan penting.
Calon yang tidak peka akan terburu-buru menyiapkan karangan. Ini menyebabkan tiada
masa untuk menyemak kesalahan tatabahasa. Malah nombor soalan pun tidak sempat
ditulis.
· Terdapat kes calon yang cemerlang, hanya menjawab satu soalan sahaja dengan baik dan
mendapat markah penuh. Tetapi tidak menjawab satu soalan lagi. Akibatnya beliau hanya
mendapat 50 % ( ‘C’ ) sahaja.
G] Kesalahan lain
Di bawah ini adalah contoh kesalahan tatabahasa. Ayat di dalam kurungan adalah
pembetulannya.
ÖSelepas mandi Yusri bersarapan , selepas itu dia memakai baju , selepas itu dia pergi ke
sekolah pula dengan menaiki basikal.
R( Selepas mandi , Yusri bersarapan dan memakai baju. Kemudian Yusri pergi ke sekolah
dengan menaiki basikal. )
ÖUjian mata pelajaran Bahasa Melayu itu berlangsung untuk satu jam.
R( Ujian mata pelajaran Bahasa Melayu itu berlangsung selama satu jam.)
nota : kata ganti "dia" ialah kata ganti nama untuk manusia sahaja. Kata ganti nama "ia"
ialah untuk binatang, benda, pokok masalah dan sebagainya.
ÖPokok bunga itu tumbuh dengan subur. Dia dijaga dengan rapi oleh Sani.
R( Pokok bunga itu tumbuh dengan subur. Ia dijaga dengan rapi oleh Sani.)
penjodoh bilangan
Di dan pada
Di dan pada
ÖBila bangun tidur saya mandi dan makan pagi lepas itu pergi ke sekolah
R( Apabila bangun tidur saya mandi dan bersarapan. Kemudian, saya pergi ke sekolah.)
ÖRahman pandai bermain pelbagai alat muzik , gitar , piano dan , dram.
R( Rahman pandai bermain pelbagai alat muzik ; gitar , piano , dan dram.)
ÖJangan bergerak Kalau bergerak kamu akan ditembak ,jerit polis kepada perompak itu.
R( "Jangan bergerak ! Kalau bergerak kamu akan ditembak," ,jerit polis kepada perompak
itu.)
E. Imbuhan
Tidak dapat membezakan antara kata depan dengan.imbuhan "di" dan "ke"
Lain-lain kesalahan
ÖKejayaan Najib membanggakan dan mengembirakan ibu bapanya.
R( Kejayaan Najib membangga dan menggembirakan ibu bapanya.)