Anda di halaman 1dari 1

Keseronokan Melakukan Pendidikan Luar

Pada era globalisasi ini, pemantapan sistem pendidikan negara menjadi tonggak utama
memajukan negara. Walaupun banyak teknik pengajaran telah diperkenalkan tetapi Pendidikan
Luar masih memberi kesan yang efektik. Pendidikan Luar merupakan corak pendidikan yang
menggunakan sumber-sumber di luar bilik darjah untuk mencapai Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Media utama pendidikan luar adalah alam sekitar. Pelaksanaan Pendidikan Luar
adalah melalui aktiviti – aktiviti yang dirancang dengan teliti, mempunyai objektif terhadap
tujuan tersebut dan hendaklah dilakukan di alam semula jadi (Neill, 2004). Pengajaran dan
pembelajaran kurikulum dan kokurikulum yang sedia ada untuk mengembangkan domain
psikomotor, kognitif dan afektif. Pendidikan Luar turut mempunyai tujuan untuk memahami alam
luar dari segi kesejajaran ekologi. Pendidikan luar memberi kesedaran kepada murid bagi
menggunakan masa lapang dengan bijak dan berfaedah melalui penglibatan dalam kegiatan
fizikal seperti berkayak, bantu mula, menyelam dan seumpamanya.

Pendidikan luar merupakan ‘stress-free method’ iaitu kita tidak perlu berstres ataupun
memaksa diri kita untuk melibatkan diri dalam pendidikan luar. Hal ini demikian kerana,
pendidikan tetap menyeronokkan pelajar. Bukan setakat keseronokan tetapi, ia akan memberi
manfaat dari segi akademik. Sebgai inthanya, kita boleh menjustifikasi aktiviti kembara. Semasa
melakukan aktiviti kembara pelajar perlu mendaki bukit, merentasi sungai. Keadaan ini akan
melatih pelajar supaya percaya kepada diri sendiiri dan berani mengadapi cabaran dan
rintangan dalam kehidupan mereka. Latihan-latihan ini akan membentuk mereka untuk menjadi
kuat dari segi emosi, jasmani, dan fizikal. Pendidikan luar ini mengubah corak pembelajaran
tradisional di kelas kepada corak pembelajaran di luar kelas supaya pelajar tidak bosan dan
boleh berinteraksi dengan alam sekitar sebenar. Pendidikan luar yang dilihat sebagai jalan
terbaik untuk berekreasi. Pelajar dapat mengurangkan rasa tertekan dengan menyertai aktiviti
fizikal yang mencabar.

Kesimpulannya, pendidikan luar adalah diasaskan kepada unsure-unsur kesenggangan,


rekreasi dan pendidikan serta merupakan pendekatan yang bebas bagi mewujudkan
keseronokkan dan kepuasan melalui aktiviti. Pendidik harus berinisiatif untuk merancang
aktiviti-aktiviti Pendidikan Luar bagi membentuk pelajar yang seimbang dari segi semua aspek
yang yang ditekankan dalam Falsafah Pendidikan Negara,.

Anda mungkin juga menyukai