Anda di halaman 1dari 4

Past year(944/1): Pasaran Faktor dan Agihan

5.1 Permintaan dan 2005:C12


penawaran Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan bagaimana keluk permintaan faktor bagi firma persaingan
faktor sempurna diterbitkan. [10]
pengeluaran
2013:B26
Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan bagaimana keluk permintaan buruh diterbitkan. [10]

2020:B26
Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan bagaimana keluk permintaan faktor pengeluaran
dalam pasaran persaingan sempurna diterbitkan. [10]

2018:B26
(a) Huraikan perbezaan antara:
(i) Keluaran hasil purata (ARP) dengan keluaran fizikal purata (APP) [2]
(ii) Keluaran hasil sut (MRP) dengan keluaran fizikal sut (MPP) [2]
(b) Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan keluk penawaran buruh di pasaran. [6]

2019: B26
(a) Apakah yang dimaksudkan dengan lebihan permintaan buruh dan lebihan penawaran buruh? [2]
(b) Dengan berbantukan gambar rajah, jelaskan bagaimana tingkat upah dan kuantiti buruh
keseimbangan dicapai dalam pasaran persaingan sempurna apabila berlaku lebihan permintaan
buruh dan lebihan penawaran buruh. [8]

2008:B6
Jelaskan tiga faktor yang mengalihkan keluk permintaan buruh ke kanan. [6]

Jawapan:
Peningkatan daya pengeluaran sut buruh
Peningkatan daya pengeluarna sut buruh berlaku melalui latihan dan pengkhususan kerja yang dapat
meningkatkan kecekapan dan kemahiran buruh. Penggunaan teknologi moden menyebabkan buruh dapat
menjalankan pengeluaran dengan cepat dan cekap serta pengurusan yang sistematik. Keadaan ini
menyebabkan daya pengeluaran sut buruh meningkat dan keluk permintaan buruh beralih ke kanan.

Permintaan berkait
Apabila permintaan terhadap barang yang dikelurakan oleh buruh meningkat, maka permintaan terhadap
buruh juga meningkat. Keadaan ni menyebabkan keluk permintaan buruh beralih ke kanan.

Harga input pengganti kepada buruh meningkat


Peningkatan harga mesin menyebabkan input buruh relatif lebih murah. Oleh itu, permintaan terhadap buruh
meningkat dan keluk permintaan buruh beralih ke kanan.

5.2 Upah 2003:B7


Dengan menggunakan gambar rajah, jelaskan bagaimana sesebuah firma menentukan kuantiti buruh yang
5.2.1 Penentuan digunakan untuk memaksimumkan untung. [6]
tingkat upah
2006:C12

1
Past year(944/1): Pasaran Faktor dan Agihan
Terangkan bagaimana sebuah firma pasaran persaingan sempurna mencapai keseimbangan penggunaan
buruh untuk memaksimumkan untung. [10]

2011:B7
Dengan menggunakan gambar rajah, jelaskan bagaimana tingkat upah buruh ditentukan dalam pasaran
persaingan sempurna. [6]

Jawapan:
Andaikan firma berada dalam pasaran persaingan sempurna, maka upah sama kos sut buruh yang ditunjukkan
oleh garis mendatar pada rajah di bawah.

Untuk maksimumkan untung, firma akan meminta buruh pada tingkat kos ust buruh (MCF) sama dengan
hasil keluaran sut (MRP), iaitu pada titik E0 dengan jumlah buruh yang diminta ialah sebanyak L 0 orang.
Apabila MCF > MRP, maka firma akan mengurangkan penggunaan buruh sehingga MCF = MRP.
Apabila MCF < MRP, maka firma akan menambah penggunaan buruh sehingga MCF = MRP.

5.2.2 Kesatuan
sekerja 2008:B7
Huraikan tiga tujuan kesatuan sekerja ditubuhkan. [6]

Jawapan:
Menuntut upah yang tinggi.
Kesatuan sekerja menjalankan perundingan denga majikan untuk memperjuangkan kadar upah yang lebih
tinggi dan faedah sampingan yang lebih baik kepada semua ahli. Faedah sampingan seperti elaun perumaha,
kemudahan kesihatan dan elaun makan dapat meningkatkan kebajikan ahli.

Menuntut tempat kerja yang lebih sesuai.


Kesatuan sekerja akan memastikan majikan menyediakan suasan tempat kerja yang lebih baik bagi menjamin
keselesaan dan keselamatan pekerja. Misalnya, tempat kerja yang bersih, selesa dan berhawa dingin.

Membantu meningkatkan daya pengeluaran buruh.


Kesatuan sekerja akan membantu majikan untuk meningkatkan daya pengeluaran ahli melalui latihan dan
kursus kemahiran yang berkaitan. Keandaan ini akan meningkatkan kecekapan ahli dan kecekapan firma.

2002:B33
Huraikan tiga sebab kesatuan sekerja kurang berkesan dalam usaha meningkatkan upah melalui rundingan
kolektif.

Jawapan:
Kurangnya bilangan ahli
Apabila hanya sebahagian kecil pekerja yang menyertai kesatuan sekerja untuk menjadi ahli, maka kesatuan
sekerja kurang berkesan dalam usaha meningkatkan upah melalui rundingan kolektif.

Kekurangan sumber kewangan kesatuan sekerja


Jika sumber kewangan kesatuan sekerja tidak kukuh, maka kesatuan sekerja tersebut tidak mampu untuk
membiayai kos pekerja-pekerja yang mogok. Oleh itu, pekerja tidak dapat mogok dengan masa yang lebih
lama, maka tindakan itu tidak akan menjejaskan proses pengeluaran majikan.

Keadaan ekonomi meleset


Apabila keadaan ekonomi meleset, kadar pengangguran tinggi, maka adalah mudah bagi pihak majikan
mencari pekerja baru di pasaran. Oleh itu, tuntutan kenaikan upah oleh kesatuan sekerja tidak akan berjaya.
2006:B8
Terangkan tiga cara bagaimana kesatuan sekerja boleh menuntut kenaikan upah yang tinggi untuk ahlinya. [6]

2014:B26
2
Past year(944/1): Pasaran Faktor dan Agihan
Terangkan lima faktor yang mempengaruhi kejayaan kesatuan sekerja dalam menuntut kenaikan upah.
[10]

5.5 Sewa, kadar 2005:B8


bunga, dan Dengan menggunakan contoh berangka, terangkan perbezaan antara perolehan pindahan dengan sewa
untung ekonomi. [6]

Jawapan:
Andaikan tanah mendirikan rumah, sewanya RM1300. Sementara jika tanah itu untuk mendirikan kilang,
sewanya RM2000.
Maka, perolehan pindahan adalah sebanyak ………………………. dan sewa ekonomi adalah sebanyak
………………………………..

2016: B26
(a) Apakah yang dimaksudkan dengan
(i) sewa ekonomi? [2]
(ii) perolehan pindahan? [2]
(b) Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan perbezaan antara sewa ekonomi dengan peroleh
pindahan bagi keluk penawaran faktor yang anjal. [6]

2007:B7
Dengan menggunakan gambar rajah, jelaskan hubungan antara keanjalan penawaran faktor pengeluaran
dengan sewa ekonomi.

Jawapan:
Sewa (RM)
S
D

Kuantiti tanah
Keluk S merupakan keluk penawaran faktor tak anjal sempurna. Apabila keanjalan penawaran faktor tak anjal
sempurna, semua jumlah hasil merupakan sewa ekonomi. Keseimbangan dicapai pada titik E 0 apabila keluk
permintaan faktor bersilang dengan keluk penawaran faktor pada harga P 0 dan kuantiti Q0. Oleh itu, jumlah
hasil 0P0E0Q0 merupakan sewa kuasi.
Sewa (RM)

S
D

Kuantiti tanah
Keluk S merupakan keluk penawaran faktor yang anjal. Apabila keanjalan penawaran faktor adalah anjal, sewa
ekonomi semakin berkurang. Keseimbangan dicapai pada titik E 0 apabila keluk permintaan faktor bersilang
dengan keluk penawaran faktor pada harga P 0 dan kuantiti Q0. Oleh itu, sewa ekonomi ialah AP 0E0. Ini
menunjukkan semakin anjal penawaran faktor, semakin kecil ekonomi.

Apabila penawaran faktor anjal sempurna, sewa kuasi terhapus, iaitu sama denga sifar.

2002:B38
Dengan memberikan contoh, bezakan antara kadar bunga nominal dengan kadar bunga benar. [6]

3
Past year(944/1): Pasaran Faktor dan Agihan
2004:B7
(a) Terangkan maksud kadar bunga.
(b) Dengan memberikan contoh berangka, terangkan perbezaan antara kadar bunga nominal dengan kadar
bunga benar.

2012:B7
(a) Apakah maksud kadar bunga?
(b) Dengan menggunakan contoh, terangkan perbezaan antara kadar bunga nominal dengan kadar bunga
benar.

Jawapan:

Kadar bunga merupakan ganjaran ke atas modal dalam bentuk peratus.


Kadar bunga nominal merupakan kadar bunga yang dikenakan ke atas sejumlah modal yang dipinjam.
Kadar bunga benar merupakan kadar bunga selepas mengammbil kira perubahan tingakt harga umum.

Jika seorang pengusaha membuat pinjaman sebanyak RM10 000 di sebuah bank dengan kadar bunga 8% dan
dalam masa yang sama berlaku kadar inflasi sebanyak 3%. Maka, kadar bunga nominal
adalah ........................................... dan kadar bunga benar adalah ....................................

Anda mungkin juga menyukai