Anda di halaman 1dari 2

Minggu Praktikum :2

Tarikh : 11 / 04 / 2022

Tajuk Jurnal : Tidak mengangkat tangan semasa menjawab soalan.

1. Isu Yang Difokuskan

Semasa PdPc sedang dijalankan, masalah tersebut telah diwujudkan semasa aktiviti
soal jawab sedang dijalan. Masalab tersebut semakin serius jika saya tidak menyuruh mereka
mengangkat tangan. Pada hari terakhir minggu ini, saya memerhati hampir semua murid dalam
kelas tidak mengangkat tangan semasa menjawab soalan. Oleh sebab bilangan murid dalam
kelas agak ramai. Jadi, ia akan membawa kesan kehilangan kawalan kelas semasa guru
bertanya soalan.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu)

Masalah ini bertimbul kerana guru tidak tegas dan menekan masalah tersebut terhadap
murid-murid semasa proses PdP dijalankan. Guru tidak membetulkan kesalahan murid
menyebabkan fenomena tersebut menjadi kebiasaan dalam kelas. Dengan ini, murid-murid
kurang berfokus terhadap arahan dan tidak menghormati terhadap guru.

3. Kajian Lampau Terhadap Isu

Wubbels dan Brekelmans (2005) menyebut dalam kajian mereka bahawa persekitaran
pembelajaran bilik darjah adalah melibatkan interpersonal dalam proses pengajaran dan
hubungan positif guru dengan pelajar mampu mempengaruhi pencapaian kognitif dan afektif
pelajar.

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah

Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya
kenal pasti, saya mencadangkan dua alternatif penyelesaian masalah tersebut, antaranya
ialah :

1. Memberi markah tambahan kepada murid yang mematuhi arahan.

2. Menetapkan peraturan iaitu mengangkat tangan semasa murid ingin menjawab soalan.
5. Tempoh masa penyelesaian

1 Minggu

6. Tindakan Susulan

Sebelum bermula pembelajaran dan pemudahcaraan saya, saya akan menetapkan


peraturan dahulu seperti mengangkat tangan sebelum menjawab dan tidak membuat bising
dalam kelas. Peluang diberikan sebanyak 2 kali dan kali yang ketiga saya akan memberi
hukuman seperti memotong markah kumpulan. Selain itu, sesiapa yang berjaya mematuhi
peraturan dan arahan guru pada setiap masa akan mendapat tambahan markah kumpulan atau
hadiah kecil daripada guru.

7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan

13.04.2021

8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan

Masalah tersebut telah menjadi semakin baik dan murid-murid berjaya mematuhi arahan guru.
Semasa aktiviti sedang dijalankan, murid-murid dapat menjaga peraturan kelas dengan baik.
Walaupun masih mempunyai murid yang mberbuat salah, tetapi mereka diberikan masa kepada
untuk berubah. Dengan ini, ia juga dapat membantu kawalan kelas saya dan murid-murid dapat
belajar dalam keadaan yang selesa dan aman.

9. Kesimpulan/Refleksi

Dengan secara keseluruhannya, saya mendapati bahawa cara yang saya gunakan adalah
berkesan. Walaupun mereka masih sedang belajar untuk mematuhi peraturan yang saya
sediakan, tetapi mereka dapat bertindak dan berubah secara lambat. Ini merupakan keadaan
yang baik dan amat gembirakan.

10. Rujukan

Den Brok, P., Brekelmans, M. & Wubbels, T. 2005. Interpersonal teacher behavior and student
outcomes. School Effectiveness and School Improvement.

Anda mungkin juga menyukai