Anda di halaman 1dari 2

IMPLIKASI TEORI PEMEROLEHAN BAHASA CHOMSKY TERHADAP

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

 Guru haruslah berperanan dalam membantu mereka mempelajari banyak


bahasa. 

 Hal ini boleh dilakukan dengan menyebut perkataan-perkataan dalam


pelbagai bahasa supaya mereka terbiasa dengan perkataan-perkataan
yang selalu mereka dengar. 

 Pada tahap ini, perkembangan kanak-kanak untuk mempelajari bahasa


sangat pesat. 

 Guru boleh menggunakan flash card bagi menunjukkan mereka


perkataan-perkataan baharu. 

 Hal ini perlu dilakukan secara kerap supaya mereka boleh mengingat
kembali perkataan-perkataan yang kita tunjukkan. 

 Selain itu, guru juga boleh menggunakan bahan maujud supaya mereka
boleh melihat dengan jelas apa yang hendak kita cuba tunjukkan kepada
mereka. 

 Guru perlulah menyoal kembali perkataan-perkataan yang sudah diajar


kepada mereka. 

 Hal ini bagi membantu mereka menyimpan perkataan-perkataan yang


sudah mereka ketahui ke dalam memori jangka masa panjang 

 Guru perlu sentiasa memberi peneguhan secara berterusan supaya


kemahiran atau teknik tersebut dapat dikukuhkan dan seterusnya dikekalkan
(Adenan Ayob dan Khairuddin Mohamad, 2012).
 Hal ini dibuktikan melalui kajian yang dijalankan oleh Skinner terhadap
seekor tikus yang mana beliau membuat kesimpulan bahawa tingkah
laku yang disertai dengan pengukuhan akan meningkatkan
kebarangkalian berlakunya tingkah laku yang sama pada masa akan
datang
 Sebagai contoh, sekiranya murid telah mempelajari cara menulis
karangan yang betul, guru perlu memberi murid komen yang positif
setiap kali murid berjaya menulis esei yang betul. Apabila murid
menerima peneguhan yang positif, motivasi intrinsik murid untuk
membaiki kesalahan akan berterusan dan seterusnya murid akan
menguasai kemahiran menulis karangan tersebut.
 Namun begitu, guru perlu bijak membaiki kesalahan murid supaya
motivasi intrinsik murid akan terus meningkat.
 Lee dan Marlene Canter (1976) dalam Adenan Ayob dan Khairuddin
Mohamad (2012) juga menyokong bahawa peneguhan terhadap tingkah
laku yang diingini dan penerimaan murid terhadap akibat daripada
tingkah laku yang ditunjukkan membantu murid mencapai kemajuan diri
sama ada dalam bidang akademik mahupun disiplin diri.

 Guru perlu menekankan penumpuan terhadap aktiviti-aktiviti yang bermakna


dalam proses pengajaran.
 Menurut Noor Aina Dani (2007), golongan interaksionalis menekankan
prinsip penyampaian struktur bahasa bersama-sama dengan
semantiknya.
 Hal ini kerana, murid dapat menggunakan bahasa dengan lancar dan
fasih apabila murid memahami semantik struktur bahasa tersebut.
 Aktiviti yang dijalankan oleh guru amat penting dalam memastikan murid
mendapat kefahaman mengenai apa-apa yang diajarkan oleh guru.
 Guru perlu bijak merangka dan melaksanakan strategi yang bersesuaian
dalam pengajaran supaya murid mendapat kefahaman mengenai tajuk
tersebut selain memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran
tercapai.
 Sebagai contoh, sekiranya guru ingin mengajar murid mengenai
peribahasa, guru boleh mengadakan simulasi atau lakonan yang
berkaitan dengan sesuatu peribahasa supaya murid memahami aspek
semantik peribahasa tersebut.
 Guru boleh melakonkan atau meminta murid sendiri untuk melakonkan
situasi seseorang yang melupakan jasa orang bagi menerangkan
peribahasa ‘seperti kacang lupakan kulit’.