Anda di halaman 1dari 14

1.

0 Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget

Piaget mengatakan tiap-tiap kanak-kanak mempunyai corak perkembangan


mereka yang bersendirian. Dengan sebab itu, kanak-kanak yang di dalam
sesuatu darjah itu bukan sahaja berlainan peringkat kebolehan mereka tetapi
juga berlainan kecepatan perkembangan kognitif mereka. Piaget berpendapat
bahawa perkembangan kognitif itu berlaku dengan berperingkatperingkat dan
peringkat yang lebih awal adalah mustahak bagi perkembangan peringkat-
peringkat yang berikutnya kerana peringkat-peringkat yang lebih awal itu
menjadi asas bagi perkembangkan yang berikutnya.

Piaget menjelaskan tiga cara kanak-kanak mengetahui sesuatu.


Pertama, melalui interaksi sosial iaitu belajar sesuatu perkara daripada orang
lain. Bahasa, tingkah laku yang sesuai dengan budaya dan idea keagamaan
adalah contoh-contoh pengetahuan yang diperolehi dengan cara sedemikian.
Kedua, melalui pengetahuan fizikal iaitu pengetahuan fizikal tentang sesuatu
benda. Pengetahuan ini diperolehi melalui penerokaan dunia fizikal dan
belajar berkenaan bulatan dan segi empat sama,keras dan lembut, panas dan
sejuk. Konsep-konsep ini tidak dapat dipelajari tanpa pengalaman dengan
persekitaran. Ketiga, melalui logical-matematik yang meliputi konsep nombor,
klasifikasi, masa, hubungan ruang dan keabadian.
1.1 4 Konsep Utama Teori Piaget

Konsep Teori
Piaget

Skema Penyerapan Pengubahsuaian keseimbangan


(Schema) (Assimilation) (Acomondation) (equilibrium)

a) Skema (schema)

Skema adalah struktur kognitif atau mental yang membolehkan individu


mengurus dan menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran. Skema
adalah seperti sebuah kabinet yang menyimpan banyak fail dan setiap fail
mewakili satu skema. Apabila seorang bayi dilahirkan ia mempunyai skema
umum dan semakin bayi itu membesar skema yang diperoleh semakin
meningkat dan skema itu semakin diperhalusi. Skema adalah proses
mencipta, memperhalus, membuat perubahan, menyusun dan mengurus.
Apabila seorang bayi dilahirkan, skema sedia ada pada bayi itu ialah
menghisap susu dan menggenggam. Apa sahaja benda yang dimasukkan ke
mulutnya akan dihisapnya. Seperti puting susu atau jari tangan. Bayi
berkenaan masih belum dapat membezakan yang mana satu akan
mengeluarkan susu atau sebaliknya, kerana hanya ada satu sahaja skema
iaitu menghisap.
b) Penyerapan (assimilation)

Penyerapan merupakan proses kognitif di mana seseorang menyatukan


maklumatmaklumat baru atau pengalaman-pengalaman baru ke dalam
skema yang sedia ada, iaitu penyerapan (fitting) maklumat baru ke dalam
struktur sedia ada. Asimilasi berlaku sepanjang masa kerana manusia
sentiasa melalui pelbagai maklumat dan pengalaman. Keadaan ini boleh
disamakan dengan sebuah belon yang semakin membesar apabila ditiupkan
angin ke dalamnya. Oleh itu, perubahan yang berlaku adalah secara
kuantitatif atau bukan kualitatif.

c) Pengubahsuaian (acomondation)

Akomodasi atau penyesuaian diri dan menghasilkan perubahan kualitatif


serta perkembangan skema (development of schema). Jika maklumat yang
diterima sesuai dengan skema yang ada, maka ia akan diserap ke dalam
skema, sebaliknya jika maklumat itu tidak sesuai, maka maklumat itu akan
ditolak atau diubah atau diubahsuai. Oleh itu, proses penyesuaian diri berlaku
apabila skema yang sedia ada diubah suai untuk digabungkan dengan
maklumat-maklumat atau pengalaman-pengalaman baru. Peningkatan
maklumat dan pengalaman ini meningkatkan tahap skema sedia ada. Proses
ini berlaku secara berterusan sehingga seseorang itu mencapai tahap
pemahaman yang stabil dan mantap bagi satu-satu kemahiran tertentu.

d) Keseimbangan (equilibrium)
Keseimbangan akan tercapai apabila seseorang kanak-kanak
menyeimbangkan proses penyerapan dan pengubahsuaian. Contohnya,
apabila seseorang kanak-kanak menerima maklumat baru, ia akan menyerap
maklumat itu ke dalam skemanya. Sekiranya ia berjaya proses keseimbangan
akan tercapai. Sebaliknya, jika ia tidak dapat diserap, maka maklumat itu
akan diubahsuai melalui pengubahsuaian skema atau mencipta skema yang
baru. Jikalau maklumat baru itu dapat disesuaikan, maka tahap
keseimbangan akan tercapai. Proses ini berlaku secara berterusan bermula
dari bayi sehingga dewasa.

Dari kajian dan pemerhatiannya, Piaget mendapati bahawa


perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berbeza dan berubah melalui
empat peringkat mengikut perubahan umur mereka. Piaget membahagikan
empat peringkat ini sebagai peringkat sensori motor, pra operasi, operasi
konkrit dan operasi formal.

1.2 4 Peringkat Perkembangan Kognitif Jean Piaget

1.2.1 Tahap Sensorimotor (0-2 tahun)

Pada tahap ini, bayi melihat kepada hubungan antara badannya dengan
persekitaran. Kebolehan deria motornya berkembang dari semasa ke
semasa. Bayi tersebut mempelajari tentang dirinya dengan melihat,
menyentuh, dan mendengar di sekelilingnya kemudian menirunya. Kebolehan
untuk meniru tingkah laku dikenali sebagai pembelajaran melalui pemerhatian
(observational learning) (Mussen dan Kagan, 1974). Dalam perkembangan
sensorimotor ini, terdapat enam sub tahap yang dikategorikan dengan melihat
perkembangan kebolehan tertentu pada umur yang tertentu.

a) Dari lahir hingga satu bulan (refleks)

Bayi hanya mampu melakukan gerakan pantulan. Gerakan pantulan yang


diwujudkan lahir melalui tingkah laku pendengaran, penyusunan, gerakan
tangan (genggaman dan sebagainya), penyesuaian, pandangan, pergerakan
mata dan sebagainya. Gerakan ini belum dapat ditentukan perbezaannya.
Sebahagian besar daripada gerakan ini dilakukan ialah untuk keperluan
tertentu atau hanya sebagai gerakan pantulan sahaja.
b) Sebulan hingga empat bulan (reaksi asas sekular)

Peringkat pertama pencapaian untuk penyesuaian dan berlakunya reaksi


sekular. bayi mula mempunyai pengertian tentang bahagian badannya yang
tertentu. Di tahap ini pengalaman memainkan peranan yang penting untuk
pembentukan tingkah laku kanak-kanak. Pengalaman boleh didapati daripada
perkembangan di tahap pertama. dengan itu tingkah laku kanak-kanak pada
tahap kedua ini sudah bergantung kepada andaian sebab musabab yang
tertentu untuk mewujudkan sesuatu situasi baru. Pergerakan sistem sensori
mula diselaraskan dengan sistem pandangan dan gerakan tangan. bila
mendengar sesuatu bunyi, bayi akan menggerakkan kepala dan matanya ke
arah punca sumber bunyi. Contohnya, sekiranya bayi tersebut melakukan
sesuatu tingkah laku yang ganjarannya akan mendapat menyeronokkan atau
menyenangkan, dia akan mengulangi tingkah laku itu lagi.

c) Empat hingga lapan bulan (reaksi sekular kedua)

Di tahap ini bayi mempunyai persediaan untuk membuat pandangan da n


pemerhatian yang lebih. Kebanyakan tingkahlaku bayi dihasilkan daripada
sesuatu proses pem belajaran. Bayi telah dapat melakukan tingkah laku baru
seperti mengambil sesuat u barang lalu menggerakkannya. Di waktu ini, bayi
boleh membuat tanggapan ten tang objek dalam tangannya. Contohnya, bayi
itu sengaja memasukkan barang mainan ke dalam mulut dengan tujuan untuk
mengeta hui atau mengenali barang tersebut.

d) Lapan hingga dua belas bulan ( reaksi kordinasi)

Ia dikatakan sebagai masa pengukuhan di mana keadaan yang wujud


sebelumnya disesuaikan di antara satu sama lain. Pada tahap ini,
perkembangan mental bayi sudah dapat dikatakan sebagai sebagai berada di
tahap perkembangan daya kognitif dan kebolehan mental asas pada bayi.
Bayi sudah mengetahui sebab akibat sesuatu keadaan berlaku. Contohnya,
apabila menggoncangkan sesuatu alat mainan, ia akan berbunyi.
e) Dua belas bulan hingga lapan belas bulan (reaksi sekular ketiga)

Pada ketika ini, penemuan makna baru melalui pengalaman yang dilalui oleh
bayi berlaku secara aktif. hal ini, bayi memerlukan kecepatan untuk
melahirkan keseluruhan rangkaian tingkah laku apabila berada di dalam
sesuatu situasi baru. di tahap ini, bayi memperlihatkan kemajuan yang pesat
berhubung dengan pemahaman sesuatu konsep dan telah mempunyai
konsep yang kukuh tentang sesuatu objek. bayi juga mengalami proses cuba
jaya tetapi dalam keadaan yang mudah. Contohnya, kanak-kanak ini akan
mencuba pelbagai bunyi dan tingkah laku untuk mendapatkan perhatian.

f) Lapan belas bulan hingga dua tahun (penggambaran pemikiran awal)

Berlakunya kombinasi mental di mana kanak-kanak mula mempunyai


keupayaan untuk memahami aktiviti permainan dan fungsi simbolik. Pada
ketika ini, kanak-kanak dapat mengatasi masalah kaedah cuba jaya dan
dapat membezakan jenis-jenis tingkah laku peniruan yang diperhatikan.
kanak-kanak juga telah mengetahui tentang peranan jantina dan fungsi
individu dalam rumahtangga.

1.2.2 Tahap Praoperasi (2-7 tahun)

Menurut Piaget, perkembangan yang paling penting di tahap ini ialah


penggunaan bahasa. Kanak-kanak yang berada di tahap ini mula
menggunakan simbol di dalam permainan, contohnya mengandaikan buku
sebagai kereta apabila ditolak di atas lantai. Namun begitu, dari segi kualiti,
pemikiran kanak-kanak masih lagi di tahap yang rendah berbanding dengan
orang dewasa. Contohnya, pemikiran kanak-kanak adalah egosentrik di
mana, di dunia ini, keseluruhannya dilihat hanya dari perspektif mereka
sahaja.

Piaget juga mengatakan bahawa proses perkembangan kognitif kanak-kanak


menjadi lebih sempurna menerusi tiga kebolehan asas yang berlaku iaitu,
perkembangan kebolehan mental kanak-kanak untuk melakukan tingkah laku
yang ketara seperti kebolehan mengira. Melalui latihan yang diulang-ulang,
rangkaian tingkah laku yang dikukuhkan dan digeneralisasikan sehingga
menjadi skema tingkah laku yang stabil. Hal-hal umum yang betul-betul
difahami oleh individu bagi mewujudkan sesuatu pengukuhan tingkah laku.

Selain itu, Piaget juga mengatakan bahawa operasi yang berlaku mesti
berasaskan pada tiga fenomena mental yang penting iaitu pengamatan,
ingatan dan bayangan. Pengamatan merupakan suatu proses di mana kanak-
kanak memberikan sepenuh perhatian terhadap sesuatu yang dilihat.
Sementara, ingatan pula ialah satu proses pembinaan, pengumpulan dan
pengambilan kembali memori mengenai peristiwa lalu. Manakala, bayangan
merupakan satu proses yang menyebabkan sensasi yang statik, selalunya
pandangan dan pendengaran yang dikumpulkan di bahagian mental.

1.2.3 Tahap Operasi Konkrit (7-11 tahun)

Tahap ketiga Piaget dikenali sebagai tahap operasi konkrit iaitu berlaku
semasa kanak-kanak berusia 7 hingga 11 tahun. Pada tahap ini, kanak-kanak
tidak lagi berfikir secara egosentrik seperti yang berlaku pada tahap
praoperasi. Perasaan ingin tahu menjadikan kanak-kanak pada tahap ini akan
gemar bertanyakan sesuatu yang menarik minat mereka kepada orang yang
lebih dewasa. Berkembangnya semangat inkuiri ini seterusnya menyebabkan
mereka mula menerima pendapat orang lain. Kanak-kanak akan mula belajar
bermain dan bergaul dengan rakan-rakan yang sebaya kerana pada tahap ini
mereka akan mula memasuki zaman persekolahan.

Satu lagi perubahan yang dapat dilihat ialah mereka sedikit demi


sedikit sudah mula memahami unsur-unsur pemikiran logik. Mereka faham
akan konsep-konsep nombor, berat, susunan dan padatan. mereka juga
faham akan konsep pengekalan sesuatu benda atau objek.
Walaubagaimanapun, kanak-kanak pada umur sebegini masih belum
memahami atau menaakul tentang perkara-perkara yang abstrak seperti
konsep kenegaraan, ketuhanan, makna hidup dan sebagainya. Mereka hanya
memahami konsep-konsep yang konkrit atau objektif seperti mengenali
haiwan, tumbuhan dan sebagainya.

2.0 Teori Perkembangan Psikososial Erik Erikson

Teori Erik Erikson tentang perkembangan manusia dikenal dengan teori


perkembangan psiko-sosial. Teori perkembangan psikososial ini adalah salah
satu teori kepribadian terbaik dalam psikologi. Seperti Sigmund Freud,
Erikson percaya bahwa kepribadian berkembang dalam beberapa tingkatan.
Salah satu elemen penting dari teori tingkatan psikososial Erikson adalah
perkembangan persamaan ego. Persamaan ego adalah perasaan sadar yang
kita kembangkan melalui interaksi sosial. Menurut Erikson, perkembangan
ego selalu berubah berdasarkan pengalaman dan informasi baru yang kita
dapatkan dalam berinteraksi dengan orang lain. Erikson juga percaya bahwa
kemampuan memotivasi sikap dan perbuatan dapat membantu
perkembangan menjadi positif, inilah alasan mengapa teori Erikson disebut
sebagai teori perkembangan psikososial.

Erikson memaparkan teorinya melalui konsep polaritas yang


bertingkat/bertahapan. Ada 8 (delapan) tingkatan perkembangan yang akan
dilalui oleh manusia. Menariknya bahwa tingkatan ini bukanlah sebuah
gradualitas. Manusia dapat naik ketingkat berikutnya walau ia tidak tuntas
pada tingkat sebelumnya. Setiap tingkatan dalam teori Erikson berhubungan
dengan kemampuan dalam bidang kehidupan. Jika tingkatannya tertangani
dengan baik, orang itu akan merasa pandai. Jika tingkatan itu tidak tertangani
dengan baik, orang itu akan tampil dengan perasaan tidak selaras.

Dalam setiap tingkat, Erikson percaya setiap orang akan mengalami


konflik/krisis yang merupakan titik balik dalam perkembangan. Erikson
berpendapat, konflik-konflik ini berpusat pada perkembangan kualitas
psikologi atau kegagalan untuk mengembangkan kualitas itu. Selama masa
ini, potensi pertumbuhan pribadi meningkat. Begitu juga dengan potensi
kegagalan.
2.1 Peringkat- Peringkat Perkembangan Psikososial Erik Erikson

Terdapat 8 jenis dalam tahap perkembangan psikososial Erik Erikson, iaitu ;

1. Psikososial tahap 1- percaya lawan tidak percaya          


Tahap pertama teori perkembangan psikososial Erikson adalah di antara
waktu kelahiran sehingga berusia 1 tahun. Ia adalah tahap pertama di dalam
kehidupan.  Oleh kerana bayi sepenuhnya bergantung pada orang lain,
perkembangan rasa percaya yang dibentuk olehnya adalah berasaskan
kepada kepercayaan dan kualiti penjaga kepda bayi tersebut. Oleh kerana
bayi sepenuhnya bergantung pada orang lain, perkembangan rasa percaya
yang dibentuk olehnya adalah berasaskan kepada keupayaan dan kualiti
penjaga kepada bayi tersebut.

Apabila seorang bayi berjaya membangunkan perasaan percaya, dia


akan rasa selamat dan dilindungi di dalam dunia ini. Penjagaan yang tidak
stabil, emosi terganggu dan rasa terasing yang akan menyebabkan bayi yang
dijaga mempunyai perasaan tidak percaya pada persekitarannya. Kegagalan
mengembangkan rasa percaya akan melahirkan perasaan takut dan yakin
bahwa dunia ini tidak tenteram dan tidak dapat diramal dan dipercayai.

2. Psikososial tahap 2-Autonomi lawan keraguan


 Tahap kedua teori perkembangan psikososial Erikson adalah di sepanjang
peringkat awal kanak-kanak dan ia tertumpu pada pembentukan perasaan
keyakinan diri pada kanak-kanak tersebut.  Sama seperti Freud, Erikson juga
percaya latihan ke tandas merupakan bahagian penting dalam proses ini.
Namun alasan yang diberikan oleh Erikson adalah berbeza dengan Freud.
Erikson percaya bahawa pembelajaran untuk mengawal fungsi tubuh
seseorang akan membawa kepada tindak balas terkawal dan kemahuan
untuk berdikari
Kaedah lain yang penting termasuk memberi lebih banyak peluang
kepada kanak-kanak untuk membuat pilihan makanan, permaianan dan
pakaian.  Kanak-kanak yang berjaya melengkapkan tahap ini akan rasa
selamat dan yakin, sementara mereka yang gagal akan mempunyai perasaan
ketidakcukupan dan rasa sangsi.

3. Psikososial tahap 3-inisiatif lawan rasa bersalah


Kanak-kanak pada tahap ini mula berinteraksi dan terdedah kepada
persekitaran. Mereka cuba mengambil banyak inisiatif untuk melakukan
sesuatu yang baru bagi memenuhi naluri ingin tahu mereka. Namun jika ibu
bapa mengkritik atau menggunakan dendaan atau kekerasan terhadap
tingkah laku mereka, ini akan menyebabkan kanak-kanak tadi mempunyai
perasaan bersalah pada diri dan tidak berinsiatif atau takut untuk melakukan
sesuatu aktiviti.

4. Psikososial tahap 4-industri lawan rasa rendah diri (6-12 tahun)


Pada tahap ini kanak-kanak mula memasuki alam persekolahan.   Pada tahap
ini juga, kanak-kanak perlu menguasai kemahiran asas seperti membaca,
menulis dan mengira. Tahap pemikiran mereka mula mencapai operasi
konkrit dan mula berfikiran logik. Mereka melakukan sesuatu dengan penuh
minat, yakin dan tekun.Tanpa bimbingan dan galakan daripda ibu bapa, guru
dan rakan sebaya akan menyukarkan keupayaan, keyakian dan kebolehan
kanak-kanak tersebut untuk berjaya.

5. Psikososial tahap 5 – identity lawan kekeliruan (12-20 tahun)


Pada tahap ini, remeja sama ada remaja awal atau reamaja akahir akan
berusaha mencari identiti dan persepsi terhadap dunia mereka sendiri.
Remaja yang mempunyai identitinya akan mencipta rancangan masa depan
yang memuaskan dan rasa terselamat. Sebaliknya remaja yang gagal akan
memperkembangkan rasa keliruan peranan, hidup yang tidak bermatlamat,
rasa tersisih dan sukar membuat keputusan.
6. Psikososial tahap 6 – kemesraan atau pengasingan diri (20-40 tahun)
 Memerlukan perhubungan bermakna dan kemesraan. Pada peringkat ini,
seseorang dewasa akan mendirikan rumah tangga. Dengan kata lain iaitu
membolehkan orang dewasa akan berkongsi hidup bersama serta mencapai
kemesraan atau kerapatan. Sebaliknya, orang yang masih bujang atau belum
berkahwin akan merasa putus asa atau hidup dalam kekecewaan.

7. Psikososial tahap 7 – generativiti lawan pemusatan (40-65 tahun)


Generativiti merujuk kepada usaha seseorang untuk memberi sumbangan
atau perkhidmatan kepada generasi akan datang. Seseorang dewasa akan
berpuas hati jika dapat membantu anak-anaknya menjadi orang dewasa yang
bertanggungjawab serta berguna kepada masyarakat. Sebaliknya, individu
yang hanya mementingkan diri sendiri dan tidak pernah memberi apa-apa
bantuan kepada orang lain akan berasa kecewa dan kurang berpuas hati
dengan hidupnya. Sebagai akibatnya, proses pemusatan kendiri akan berlaku
pada individu tersebut.

8. Psikososial tahap 8 – kesepaduan lawan putus asa (65 tahun ke atas)


Pada peringkat ini, seseorang dewasa akan melekukan refleksi kendiri. Dia
akan mengingat kembali kejayaan dan kegagalan yang dialaminya pada
peringkat awal. Jika seseorang berpuas hati dengan pencapaiannya pada
peringkat awal, dia akan mencapai rasa kesepaduan. Jika sebaliknya, dia
akan merasakan kegagalan dan hidup dalam berputus asa.
Pembangunan Pendidikan Kanak-Kanak di Negara

Terdapat beberapa program yang telah dibangunkan oleh pihak yang


bertanggungjawab untuk membangunkan pendidikan kanak-kanak di Negara kita ini.
Antara pembangunan yang sedang giat dijalankan sekarang adalah ;

1. LINUS

Program LINUS merupakan salah satu daripada National Key Result Area


(NKRA’s) Kementerian Pelajaran Malaysia. Melalui program ini, kementerian
telah menyasarkan bahawa semua murid yang tiada masalah pembelajaran
berupaya menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira selepas
mengikuti pendidikan tiga tahun di peringkat rendah pada akhir tahun 2012.

Program ini dilaksanakan pada tahun 2010, melibatkan murid Tahun Satu di
sekolah rendah yang merupakan kohort pertama mengikuti program ini. Semua
murid Tahun Satu akan menduduki ujian LINUS Saringan 1 pada awal tahun
untuk menilai tahap penguasaan kemahiran asas literasi dan numerasi mereka.
Murid yang dikenal pasti masih belum mencapai kemahiran asas literasi dan
numerasi, akan diasingkan daripada murid arus perdana (dalam kumpulan tidak
melebihi 30 orang). Mereka akan diajar insentif oleh guru LINUS (guru Bahasa
Malaysia dan guru Matematik Tahap 1) serta dibantu oleh guru pemulihan khas
LINUS dan dilaksanakan dalam waktu Bahasa Malaysia dan waktu Matematik
mengikut peruntukan waktu sedia ada. Murid yang berjaya dipulihkan melalui
program ini, akan meneruskan pembelajaran di aliran perdana.

2. KEMAS

Program pendidikan awal kanak-kanak yang dianjurkan oleh KEMAS dikenali


sebagai Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) merupakan program yang
memberi peluang pendidikan awal bagi kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6
tahun.

Konsep Tabika KEMAS ialah ‘Belajar Melalui Bermain’ yang diselaraskan


dengan sifat semulajadi kanak-kanak iaitu bermain, ingin tahu dan mencuba.
Konsep tersebut kemudiannya diperluaskan kepada menguasai kemahiran 4M
(Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul). Konsep ini bertujuan untuk
memberi peluang dan galakan kepada kanak-kanak menguasai kemahiran asas
dan pengalaman yang akan memudahkan mereka menerima pendidikan formal
di sekolah rendah kelak.

Tambahan lagi, ia juga untuk meningkatkan kecemerlangan potensi individu


kanak-kanak secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Pengetahuan dan
kemahiran kanak-kanak ditingkatkan dengan pemupukan dan pengukuhan
kepada amalan nilai-nilai murni melalui usaha-usaha dan program yang
terancang dan berstruktur. Usaha ini bertujuan melahirkan pewaris cemerlang
negara yang dibimbing dan dididik dalam suasana dan persekitaran yang sihat,
ceria dan selamat di samping kerjasama erat dengan ibu bapa.

3. 1 Murid 1 Sukan
Dasar 1 Murid 1Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-
kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan
yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Justeru dengan
dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai
aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun. Dasar ini adalah selaras dengan
Dasar Sukan Negara untuk membudayakan sukan di kalangan masyarakat
dan hendaklah dimulakan di peringkat sekolah melalui dua strategi iaitu
Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan. Aktiviti sukan di
bawah Sukan Untuk Semua adalah sangat penting dalam membina
kesihatan, sahsiah dan kesejahteraan ke semua murid.

4. Program PERMATA Negara


Permata Negara dilaksanakan sejak 1 Mac 2007 dengan menawarkan
perkhidmatan pengasuhan dan didikan awal untuk kanak-kanak di bawah
umur lima tahun, dan keutamaan diberikan kepada ibu bapa yang
berpendapatan kurang daripada RM1,500 sebulan. Pengasuhan yang
dilaksanakan berbeza dengan taska biasa kerana ibu bapa perlu
memperuntukkan sekurang-kurangya sejam setiap minggu untuk bersama
dengan anak mereka di pusat itu selain melawat pada waktu makan tengah
hari untuk mewujudkan hubungan yang lebih erat antara ibu bapa dan anak.

Kurikulumnya juga digubal berbeza daripada kurikulum asuhan dan


didikan awal kanak-kanak yang lain kerana ia memberi penekanan kepada
pembangunan kanak-kanak secara holistik dalam aspek kemahiran kognitif,
sosio-emosi, komunikasi dan fizikal. Kajian UPSI dan Pusat Penyelidikan
Perkembangan Kanak-kanak Kebangsaan (NCDRC) mendapati 84 peratus
kanak-kanak di Permata Negara mencapai perkembangan emosi yang baik
dan membentuk personaliti yang tenang, stabil, ceria dan berkeyakinan diri.
Kajian itu juga merumuskan bahawa mereka lebih istimewa berbanding
kanak-kanak bukan Permata dengan lebih 80 peratus daripadanya mencapai
kemahiran pra-sains, boleh menggunakan ayat dengan penuh dan betul,
pandai mengurus diri sendiri serta bersifat mesra dan mudah mengikut
arahan.

Anda mungkin juga menyukai