Anda di halaman 1dari 9

PENGAKUAN

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan :

………………………………………………………………………………….

MOHAMMAD AMER FARIS BIN MOHD ASRI

PISMP PENDIDIKAN KHAS SEMESTER 1

i
PENGHARGAAN

Assalamualaikum saya ucapkan kepada yang berusaha pensyarah , Encik


Mohd Zamri Bin Abdullah selaku pembimbing kami dalam mata
pelajaranPerkembangan Kanak-Kanak. Seikhlas kasih saya curahkan kepada yang
berusaha Encik Mohd Zamri kerana telah membantu saya untuk melaksanakan kerja
kursus berasaskan ilmu yang menjurus kepada bidang ini. Sumber-sumber rujukan
yang telah diberikan oleh beliau amat membantu kami dalam memperkembangkan
lagi kerja-kerja kami. Dari itu, jasa baik beliau akan dikenang buat selama-lamanya.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan dan jutaan terima kasih kepada para
pensyarah yang sudi berkoloberasi dengan kami tanpa mengira masa dan keadaan.
Walaupun mereka dihimpit dengan pelbagai tugasan tetapi mereka masih membuka
pintu kepada kami untuk berbincang dan bertukar pendapat antara satu dengan yang
lain. Oleh itu, saya dapat mengambangkan seterusnya memperbaiki kelemahan
yang telah kami lakukan.

Saya berjaya menyiapkan tugasan ini dengan adanya rakan-rakan yang selalu
membantu saya. Segulung rasa kasih dan sayang serta ucapan terima kasih saya
kepada rakan-rakan kerana jasa baik mereka membuahkan hasil yang berkualiti.
Tanpa bantuan daripada mereka semua, belum pasti kerja kursus berasaskan ilmu
ini dapat saya laksanakan dengan jayanya.Saya juga ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada ibu bapa saya yang telah sudi membantu saya menyiapkan
kerja kursus ini dan memberi sokongan kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus
in.Ini kerana, pelbagai idea yang bernas serta bersesuaian telah mereka berikan
kepada saya. Maka dari itu, dapatlah saya menyiapkan kerja kursus ini dengan
jayanya

ii
PENGENALAN

Perkembangan kanak-kanak adalah proses semula jadi terhadap semua


manusia. Ia bermula dengan bayi sehinggalah akhir hayat. Dari bayi, proses itu
bermula dengan berjalan dan bercakap. Di sini ibu bapa yang memainkan peranan
yang penting bagi memastikan perkembangan kanak-kanak itu berjalan dengan baik
dan lancar. Apabila seseirang bayi itu, tidak mengalami proses perkembangan yang
lambat, maka ibu bapa haruslah merujuk kepada doktor di hospital bagi memastikan
perkembangan anak-anaknya itu berjalan dengan lancar selepas itu. Kemudian,
proses itu tidak berhenti begitu sahaja. Ia diteruskan dengan peringkat kanak-kanak,
kemudian peringkat remeja, alam dewasa dan seterusnya alam warga emas.
Perkembangan ini terdiri daripada pelbagai jenis. Antaranya perkembangan fizikal
yang mana boleh dilihat ketika seseorang itu pada peringkat remeja kerana pada
masa itu waktu akil baligh seseorang tersebut. Selain itu, perkembangan kognitif.
Pada perkembangan ini, kognitif ini penting kerana bagi memastikan tahap
kepandaian seseorang pelajar. Contoh perkembangan yang lain ialah perkembangan
sosial, emosi dan bahasa.

Perkembangan secara umumnya dapat didefinisikan sebagai aspek


perubahan yang dihadapi oleh individu yang berubah menurut peredaran masa.
Namun, pelbagai pendapat telah dikemukakan mengenai konsep dan definisi
perkembangan itu sendiri, salah satunya ialah daripada Haliza Hamzah dan Joy N.
Samuel dalam buku Perkembangan Kanak-kanak, yang mengatakan perkembangan
adalah perubahan kualitatif yang tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi dapat
dilihat dari sifat baru yang berlainan dari sifat yang lebih awal. Berbanding Santoock (
2008 ), baginya perkembangan dapat ditafsirkan sebagai perubahan dalam corak
biologi, kognitif dan sosioekonomi individu yang bermula dari peringkat percambahan
sehingga ke akhir hayat. Kesimpulnya, perkembangan dapat diklasifikasikan sebagai
suatu perubahan yang bersifat kualitatif, tersusun, bertahap dan berterusan pada diri
manusia bermula semenjak percambahan sel sehingga ke akhir hayat organisma
hasil dari kombinasi pembelajaran, pengalaman dan kematangan melibatkan aspek-
aspek fizikal, emosi, mental dan sosial.

iii
Di sini terdapat beberapa teori definisi perkembangan kanak-kanak mengikut
beberapa orang tokoh. Antaranya ialah Menurut Arnold Gesell, perkembangan
manusia dipengaruhi oleh faktor kematangan. Arnold Gesell menyatakan bahawa
perkembangan individu mengikut jadual waktu yang tetap, urutan dan pola tertentu.
Kadar perkembangan berbeza bagi setiap individu. Beliau berpendapat bahawa
kanak-kanak perlu diberikan peluang berkembang pada kadar sendiri dan tidak
dipaksa melakukan sesuatu hanya kerana telah mencapai peringkat usia
perkembangan tersebut. Manakala, Menurut Jean Piaget, perkembangan kognitif
dibahagikan kepada empat peringkat, iaitu sensorimotor (lahir hingga 2 tahun), pra
operasi (2-7 tahun), operasi konkrit (7-11 tahun) dan operasi formal (11 tahun ke
atas). Perkembangan kognitif melibatkan proses-proses seperti skema asimilasi,
akomodasi, penyusunan semula dan keseimbangan. Di samping itu, Robert
Havighurst menerangkan konsep tugas dalam teori perkembangannya. Menurut
beliau, pada setiap peringkat perkembangan, manusia ada tugas yang perlu dicapai.
Keupayaan menyempurnakan tugas tersebut dengan jayanya akan membawa
kebahagian kepada individu manakala kegagalan dalam menyempurnakan tugas
tersebut akan menyebabkan individu mengalami masalah dalam tugasan-tugasan
berikutnya. Beliau juga percaya bahawa perkembangan manusia dipengaruhi oleh
persekitarannya, nialai-nilai, norma dan budaya masyarakat.

iv
Refleksi

Mohammad Amer Faris Bin Mohd Asri

920125-03-5023

PISMP Pendidikan Khas Sem 1

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Pertama sekali saya panjatkan kesyukuran pada Yang Maha Esa kerana izin
dan limpah kurnia-Nya dapat saya menyiapkan tugasan kerja kursus ini pada masa
yang telah ditetapkan.setelah bertungkus-lumus dalam proses menghasilkan kerja
kursus ini. Kerja kursus kali ini ialah tentang huraian teori perkembangan kanak-
kanak dengan kaitannya dengan pembangunan pendidikan kanak-kanak.

Pertama sekali, saya telah diberi tugas olehEncik Mohd Zamri Bin Abdullah,
saya berasa tidak faham dan keliru apa tugasan ini dibuat dan bagaimana cara-cara
mebuatnya. Namun begitu, dengan tunjuk ajar oleh Encik Mohd Zamri dan rakan-
rakan di samping para pensyarah yang lain, akhirnya saya mula faham dan seronok
membuat tugasan ini kerana ia melibatkan membuat kaitan teori perkembangan
kanak-kanak dengan pembangunan pendidikan kanak-kanak.

Dengan membuat tugasan yang telah diberikan, saya mendapat ilmu


pengetahuan yang baru mengetahui dengan lebih lanjut tentang sesuatu teori
pekembangan kanak-kanak seperti teori perkembangan kognitif oleh Lev Vygotsky
dan teori perkembangan psikososial oleh Erik Erikson. Di samping itu, saya juga
dapat mendalami apa maksud yang tersurat dan tersirat tentang lebih lanjut dan
mendalam seperti zon perkembangan proksimal dan peringkat-peringkat psikososial
dan lain-lain. Saya boleh membuat kaitan dengan kedua-kedua teori itu dengan

v
pembangunan pendidikan kanak-kanak. Oleh itu, saya telah mendapat pelbagai ilmu
pengetahuan yang baru dan dapat digunakan pada bila-bila masa sahaja.

Selain itu, rumusan yang lain ialah saya mendapat mengetahui dengan lebih
lanjut dan mendalam tentang zon perkembangan proksimal bagi teori Vygotsky dan
peringkat-peringkat psikososial oleh Erikson. Di sini, saya telah membuat 2 teori iaitu
teori perkembangan kognitif oleh Lev Vygotsky dan teori perkembangan psikososial
oleh Erik Erikson. Di sini saya telah membahagikan beberapa bahagian atau petak
untuk membolehkan saya meghubungkaitkan dengan pembangunan pendidikan
kanak-kanak. Setelah itu, saya menghubungkaitkan dengan teori-teori itu dengan
pembangunan pendidikan kanak-kanak dengan memeriksa satu persatu tentang
bahan yang hendak saya analisis dan mencatatnya. Kemudian, saya telah
memasukkan perkataan tersebut ke bahagian yng betul. Kesimpulannya,
menghubungkaitkan ini merupakan aktiviti yang seronok kerana kita perlu
membacanya dengan lebih teliti agar tidak tersalah kait dengan pembangunan
pendidikan kanak-kanak.

Akhir sekali saya telah belajar dengan baik apa itu teori-teori itu dengan lebih
lanjut dan mendalam dan dapat mengetahuinya dengan lebih terperinci. Di samping
itu, saya telah belajar cara-cara membuat hubung kait dengan betul di samping
dapat mengetahi dengan lebih lanjut tentang perkataan-perkataan yang dihubung
kaitkan.

vi
vii
Bibliografi

viii
1) Azlia Abu Bakar. (2005), Psikologi Personaliti Individu, Shah Alam : Karisma
Publications Sdn.Bhd. diakses pada 10 Mac 2012.

2) Berk, H. (1995), Developing Child, Harper Collins College. Diakses pada 8


Mac 2012.

3) Mohd Sharani Ahmad. (2005), Psikologi Kanak-Kanak. Pahang : PTS


Publications. Diakses pada 4 Mac 2012.

4) Hurlock, EB. (1978) Child Development, New York : Mc Graw Hill. Diakses
pada 1 Mac 2012.

5) Kamaruddin Hj. Husin. (1996), Sekolah dan Perkembangan Kanak-Kanak,


Kuala Lumpur : Utusan Publications. Diakses pada 28 Febuari 2012.

6) Haliza Hamzah & Joy N. Samuel, Perkembangan Kanak-kanak Untuk


Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan : Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.
Diakses pada 1 Mac 2012.

ix

Anda mungkin juga menyukai