Anda di halaman 1dari 1

Pada era yang serba maju ini, remaja terlalu leka dengan masalah obesiti yang kini berada

pada tahap
yang serius di negara kita. Obesiti boleh diklasifikasikan sebagai pengumpulan lemak berlebihan di dalam badan
seseorang. Obesiti dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan.lebih
teruk lagi, obesiti boleh mengganggu atau mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan
menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Apakah punca-punca masalah obesiti dalam kalangan rakyat
Malaysia?

        Antara punca masalah obesiti dalam kalangan rakyat Malaysia ialah faktor genetik atau keturunan. Hal ini
demikian kerana gaya pemakanan keluarga yang tidak sihat serta tidak berkhasiat. Ibu bapa juga terlau
memanjakan anak-anak mereka bagai menatang minyak yang penuh sehingga mengikut telunjuk mereka.
Contoh makanan yang tidak berkhasiat ialah burger, piza dan mi segera. Hal ini telah menyebabkan remaja pada
zaman ini mempunyai masalah obesiti serta telah meningkatkan lagi peratus rakyat malaysiayang mengalami
masalah obesiti. Oleh itu, ibu bapa perlulah mengawasi pemakanan anak-anak supaya tidak mengalami masalah
obesiti.

        Selain itu, kurang bersenam juga merupakan salah satu punca masalah obesiti.  Fenomena ini terjadi
kerana mereka leka dengan hiburan daripada kaca televisyen dan corong-corong radio, lebih selesa tidur malah
sikap mereka sendiri yang malas untuk bersukan atau beriadah. Remaja yang malas juga tidak suka bersukan
mahupun bersosial dengan masyarakat luar. Remaja lebih gemar melakukan aktiviti yang langsung tidak
mendatangkan faedah. Sebagai contoh, remaja kini lebih gemar bersosial melalui media sosial sahaja.  Pendek
kata, jelaslah bahawa remaja yang kurang gemar bersukan dan beriadah telah menyumbang kepada masalah
obesiti yang melanda Malaysia pada alaf baharu ini.

        Seterusnya, punca lain yang menyumbang kepada masalah obesti ialah remaja juga tidak mempraktikkan
amalan pemakanan seimbang. Pada zaman perindustrian ini, terdapat banyak syarikat makanan segera yang
bekalori tinggi serta berlemak tinggi. Ibu bapa yang bekerja senang dan gembira tentang perkembangan
perindustrian makanan segera kerana mereka tidak sempat menyediakan makanan untuk anak-anak lantaran
berkejar-kejar ke tempat kerja. Maka dengan ini ibu bapa hanya memberikan bekalan makanan segera kepada
anak-anak. Dengan ini, ibu bapa lebih mementingkan diri lebih daripada anak-anak malahan juga remaja tidak
mempraktikkan amalan pemakanan seimbang juga termasuk dalam salah satu punca masalah obesiti dalam
kalangan rakyat Malaysia.

        Di samping itu, punca masalah obesiti yang terakhir ialah sikap remaja itu sendiri. Hal ini demikian kerana
sikap remaja yang tiada pendirian serta senang terpengaruh menyebabkan mereka suka mengambil makanan
ringan. Remaja masa kini terlalu mengikut hawa nafsu mereka sendiri. Apabila syarikat makanan segera
mencipta produk baru, mereka akan mengiklankan produk syarikat mereka kepada orang awam. Sebagai contoh
cara mereka terpengaruh adalah daripada iklan-iklan makanan segera yang indah khabar dari rupa. Oleh yang
demikian, sikap remaja masa kini juga merupakan salah satu punca masalah obesiti dalam kalangan rakyat
Malaysia.

        Konklusinya, jelaslah bahawa punca-punca di atas akan menyebabkan rakyat Malaysia mengalami masalah
obesiti.Masalah ini perlu kita bending bersama agar tidak menjadi duri dalam daging,gunting dalam lipatan dan
seterusnya menjayakan hasrat Malaysia sihat dan maju.

Anda mungkin juga menyukai