Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
BAB SINOPSIS
Pak Yusuf gelisah menanti sarapan pagi daripada isterinya Mak Temah.
Kegelisahannya itu dapat dikesan oleh anak saudaranya Zahar yang
sedang menggergaji kayu di bengkel kayu milik Pak Yusuf. Mak temah
datang membawa dulang berisi air kopi dan dua pinggan bihun. Mak temah
meminta maaf daripada Zahar kerana lewat menghantar sarapan dan
Zahar menyatakan Mak Temah perlu meminta maaf kepada Pak Yusuf
kerana dari tadi menunggu air kopi yang merupakan minuman
kegemarannya setiap pagi. Mak Temah berlalu dengan pesanan daripada
Pak Yusuf supaya menyediakan makan tengah hari dan juga mempelawa
anak buahnya Zahar makan tengah hari bersama mereka. Zahar
mencadangkan supaya rak kasut yang sedang mereka buat ini di siapkan
1
lebih awal supaya masalah ketiadaan tempat meletak kasut di surau dapat
diatasi. Pak Imam pasti sangat gembira dan mengucapkan terima kasih
kepada Pak Yusuf kerana menyiapkan rak kasut lebih awal daripada yang
di minta. Pak Yusuf bukanlah tukang kayu yang berkelulusan tinggi, dia
hanya belajar sendiri untuk menjadi tukang kayu yang mahir. Hasil
tukangannya dapat dijual dengan harga yang murah dan berkualiti. Pak
Yusuf bertanyakan Zahar mengenai permohonan ke IKM namun Zahar
masih lagi menunggu keputusan yang dijangka keluar minggu hadapan.
Zahar menyatakan jika suatu hari dia menjadi seorang tukang kayu yang
mahir dia akan memberitahu orang yang pendorong utama dia berjaya
dalam bidang ini adalah bapa saudaranya Pak Yusuf.
Zahar ke Alor Setar untuk berjumpa dengan Suhaili dengan menaiki bas.
Zahar sengaja datang awal untuk duduk-duduk sambil minum di sebuah
warung. Mereka sengaja berjumpa di Alor Setar supaya tidak di ketahui
oleh orang kampung dan tidak mahu perjumpaan mereka boleh
menimbulkan cerita yang kurang enak. Zahar mundar-mandir di ruang legar
tingkat bawah City Point sementara menuggu kehadiran Suhaili. Ketika
Zahar berdiri di tepi tangga menghadap jalan, kelihatan Suhaili sedang
melintas jalan dan datang ke arahnya. Suhaili yang berpakaian skirt
berwarna merah jambu, kembang berkedut dan baju juga berkedut di
bahagian hadapan cukup menarik hati Zahar. Mereka ke Restoran KFC
yang terletak di sebelah kompleks MPKS. Selepas duduk membuat
pesanan mereka bertanya khabar. Sambil menikmati hidangan Zahar
menyatakan tujuannya berjumpa dengan Suhaili. Zahar memberitahu yang
4
dia telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke IKM. Suhaili
memandang rendah dan mempersoalkan cabaran yang pernah
dilontarkannya kepada Zahar ketika di bangku sekolah dahulu. Zahar
menjelaskan yang dia tidak pernah melupakan cabaran yang pernah
dibuat oleh Suhaili tetapi memberikan alasan bahawa ibunya tidak mampu
untuk menampung pengajiannya. Zahar juga menyatakan walaupun gagal
menyahut cabaran Suhaili dia tetap ingin membuktikan bahawa masih ada
jalan lain untuk berjaya dalam hidup. Suhaili tetap dengan pendiriannya
dan memperlekehkan hasrat Zahar. Suhaili tergesa-gesa membuat
bayaran dan terus meninggalkan Zahar. Zahar berasa curiga dan mengikori
Suhaili tampa pengetahuannya dan mendapati Suhaili menaiki kereta yang
dipandu oleh seorang lelaki tampan yang berusia lingkungan tiga puluhan
dan terus meninggalkan tempat tersebut.
Pak Yusuf menegur sikap zahar yang dari pagi kelihatan muram. Pak Yusuf
cuba bertanya tentang masalah Zahar yang menyebabkan dia bersikap
demikian. Zahar menyembunyikan sebab sebenar dan memberikan alasan
5 yang lain. Mak Temah bertanya Zahar kemana Zahar pergi semalam dan
tidak kelihatan. Zahar menyatakan yang dia ke Alor Setar untuk membeli
barang keperluan sebagai persediaan ke IKM. Pak Yusuf mempelawa
Zahar untuk makan tengah hari di rumahnya.
Zahar ditemani Pak Yusuf pergi ke Sungai Petani dengan menaiki teksi
kepunyaan Pak Usin untuk mendaftar di IKM. Teksi tersebut juga dinaiki
oleh Tauke Lim yang mempunyai hal mustahak di Sungai Petani. Dalam
perjalanan mereka bersembang mengenai masa depan pelajar lulusan ITM
dan IKM. Peluang kerja bagi pelajar lepasan ITM dan IKM dikatakan
mempunyai peluang kerja yang baik dalam sektor kerajaan dan juga
swasta. Ingatan Zahar terimbas kejadian Suhaili dan pemuda kacak di Alor
Setar tempoh hari. Sesampainya di IKM Zahar terus menuju ke tempat
pendaftaran. Setelah selesai mendaftar Zahar kembali mendapatkan Pak
Yusuf. Kelihatan Pak Yusuf sedang duduk di bangku simen dengan
6 seorang lelaki separuh umur, berbadan tegap dan bersongkok. Pak Yusuf
memperkenalkan Zahar kepada Pak Cik Kamil yang sama-sama datang
mendaftarkan anak perempuanya yang bernama Norimi. Ketika Norimi
datang kepada mereka Pak Cik Kamil memperkenalkan Norimi kepada
Zahar dan Pak Yusuf. Mereka berbual seketika dan seterusnya beredar ke
asrama. Setelah mendapatkan kunci bilik Zahar dan Pak Yusuf bergerak ke
asrama. Mereka tertarik dengan beberapa orang pelajar yang sedang
berkerumun di hadapan papan kenyataan. Zahar membaca poster
berkenaan minggu suai kenal pelajar baru yang perlu berkumpul di padang
pada jam 230 petang. Zahar kembali melangkah di ikuti pak Yusuf dengan
persoalan yang bermain di fikirannya mengenai minggu suai kenal tersebut.
Zahar pulang ke kampung pada pagi hari sabtu setelah beberapa minggu
berada di IKM. Zahar berasa pelik dengan suasana kampung setelah mula
melangkah masuk ke kampungnya. Dua tiga orang laju berbasikal menuju
ke rumah Pak Karim. Di sudut halaman rumah Pak Karim yang luas itu
kelihatan orang sedang memasak menggunakan kawah yang besar dan
suasana agak riuh rendah. Zahar terfikir bermacam-macam perkara
walaupun pada hakikatnya dia tidak mahu memikirkan hal keluarga Pak
Karim. Zahar terus melangkah pulang ke rumahnya. Adiknya Zakri
memaklumkan bahawa abang dan emaknya pergi ke rumah pak karim
makan kenduri. Zahar menyalin pakaian dan terus turun untuk ke rumah
Pak Yusuf. Rumah Pak Yusuf lenggan kerana Pak Yusuf dan isnterinya ke
rumah Pak Karim. Zahar masuk kebangsal pertukangan Pak Yusuf melihat
9 keadaan sekeliling yang tidak banyak berubah. Terdapat sebuah almari
pakaian yang sudah berdiri tegak. Dia teringat akan pesanan Cikgu
Baharum bahawa perabut yang bermutu tinggi bukan terletak pada ukiran
yang unik tetapi juga pada kerja yang cermat, teliti, halus dan berseni. Zahir
terbayang suasana kenduri di rumah Pak Karim. Zahar di sapa oleh Pak
Yusuf yang baharu saja tiba di rumah. Pak Yusuf bertanyakan zahar
bilakah dia sampai dan adakah dia pergi ke majlis kenduri di rumah Pak
Karim. Zahar mengatakan yang dia baru sahaja tiba dan segan untuk ke
majlis tersebut. Zahar terbayang bengkel baru yang lebih maju beroperasi
di rumah Pak Yusuf. Lamunan Zahar putus dan dia melihat Mak Temah
berjalan menuju ke arahnya. Mak Temah mengusik Zahar dan bertanyakan
soal Suhaili. Mak Temah mengajak Zahar untuk makan nasi kenduri yang
dibawa pulang dari rumah Pak Karim.
Setiap awal bulan, suasana di pejabat IKM agak sibuk. Zahar dan pelatih-
pelatih berbaris menunggu giliran untuk mengambil wang imbuhan masing-
masing. Setelah menandatanggani baucar, wang imbuhan sebanyak RM
200 yang diterimanya dengan perasaan gembira dan bersyukur. Dengan
wang itulah dia menampung perbelanjaannya di IKM. Setelah mengambil
imbuhan, Zahar segera keluar menuju ke tempat surat. Kelihatan Norimi
dan Habsah sedang melihat sampul-sampul surat yang hampir memenuhi
rak. Habsah menyatakan ada surat untuk Zahar. Norimi bertanyakan
daripada siapa surat tersebut dan Zahar menjelaskan bahawa surat ini
datangnya daripada adiknya di kampung. Norimi tidak berpuas hati dan
merampas surat itu daripada Zahar untuk melihat sampulnya. Norimi
menyatakan surat itu bercop posnya di Shah Alam dan tulisan orang
perempuan sambil melirik senyuman kelat kepada Zahar. Zahar meminta
semula surat itu daripada Norimi dan menafikan dakwaan Norimi itu.
Perbualan mereka terhenti apabila pengetua keluar dari pejabat dan Zahar
10
melangkah pantas menuju ke kelasnya. Zahar membelok ke tandas dan
menatap sampul surat di tanganya. Dengan tidak sabar dia terus membuka
sampul surat dan membacanya. Rupa-rupanya surat itu dikirim oleh suhaili.
Isi surat tersebut menyatakan hasrat Suhaili untuk meleraikan ikatan hati
kerana masing-masing memilih haluan yang berbeza. Suhaili juga
menyatakan rasa hampa dengan jalan yang dipilih oleh Zahar dan
beranggapan haluan yang dipilih oleh Zahar tiada masa depan. Niatnya
untuk membuang air kecil terbantut disitu sahaja dan terus bergegas keluar
dan berlajan pantas masuk semula ke kelasnya. Zahar meneruskan
kerjanya menyiapkan sebuah kerusi. Sementara menunggu cikgu Baharum
datang untuk melihat hasil kerjanya, fikirannya terbawa kembali pada surat
yang diterimanya. Surat itu tidak akan mematahkan semangat, sebaliknya
terus menguatkan tekadnya untuk mencapai cita-citanya .Zahar berazam
untuk membuktikan bahawa dia boleh menjadi manusia yang berjaya
dalam hidup yang penuh pancaroba ini.
Norimi dan Zahar bertengkar mengenai surat yang diterima Zahar tempoh
hari. Dengan rasa tidak puas hati Zahar memberikan surat tersebut untuk di
baca oleh Norimi. Setelah selesai membaca barulah Norimi tahu perkara
sebenar yang di hadapi Zahar. Norimi datang menghampiri Zahar yang
ketika itu sedang berdiri menghadap padang memerhatikan rakannya
bermain bola sepak. Zahar tidak menghiraukan Norimi. Norimi meminta
11
maaf atas sikapnya yang suka mengusik Zahar mengenai surat tersebut.
Zahar berharap agar Norimi berpuas hati dengan ini kandungan surat
tersebut dan meminta Norimi menjadi penawar luka hatinya. Ramli menjerit
memanggil Zahar dari tengah padang dan Maarof berlari-lari anak
menghampiri zahar dan mengajak Zahar dan mengajaknya berlatih
bersama kerana kekurangan pemain.
Bas yang membawa pasukan bola sepak IKM Sungai Petani dan
penyokong-penyokongnya bergerak meninggalkan perkarangan IKM Alor
Setar. Maarof sebagai ketua pasukan memuji Zahar kerana menjaringkan
gol tunggal dalam perlawanan persahabatan tersebut dan meminta rakan-
12 rakan memberikan tepukan kepada Zahar. Zahar dengan rasa rendah diri
menyatakan kejayaan pasukannya bukan hanya bergantung kepada dirinya
seorang tetapi kerjasama semua pemain dan penyokong-penyokong.
Maarof juga meminta semua pemain turun berlatih untuk
memperkemaskan permainan bagi menghadapi perlawanan akan datang.
Enam bulan yang dilalui terasa cukup singkat. Pelatih-pelatih perlu bekerja
keras menjalani latihan yang lebih intensif kerana akan menduduki dua
peperiksaan dalam masa yang singkat. Zahar tidak menghadapi sebarang
masalah. Doa restu daripada ibu dan dorongan daripada Pak Yusuf
membuatkan fikirannya sentiasa tenteram dan bersemangat untuk berjaya
dalam peperiksaan berikutnya. Dalam masa yang sama, ingatannya pada
Suhaili kian luput. Pengalaman pertama semasa menduduki peperiksaan
asas, bayak membantu Zahar dan rakan-rakannya ketika menduduki
peperiksaan peringkat pertengahan. Peperiksaan akhir sijil IKM pula
diadakan selepas tiga minggu peperiksaan peringkat pertengahan. Zahar
dan rakan-rakannya menduduki peperiksaan itu dengan lebih yakin.
17 Seminggu sebelum bermulanya cuti semester ketiga, pelatih-pelatih di
maklumkan mengenai latihan di dalam loji yang diwajibkan kepada mereka.
Zahar yang tidak banyak kerenah dan sanggup di hantar kemana sahaja,
menerima dengan senang hati tawaran latihan di dalam loji di sebuah
kilang perabot di Kemunting, Perak. Begitu juga dengan Ramli, Habsah,
dan Norimi yang mendapat tempat latihan dalam loji pilihan masing-
masing. Satu majlis perpisahan telah diadakan secara sederhana sahaja.
Pengetua berucap memberikan kata-kata nasihat kepada pelatih-pelatih
yang telah tamat kursus mereka. Majlis peperiksaan yang diatur secara
tidak formal pada malam itu berlangsung dalam suasana yang
mengharukan kerana mengenagkan kemesraan yang terjalin selama ini
akan berakhir dengan peperiksaan.
Selama tiga minggu bercuti di kampung, Zahar sibuk dengan kerjanya.
Setelah seminggu membantu ibunya, barulah zahar berpeluang pak Yusuf
pula. Selepas menghabiskan cuti, Zahar ke Taiping untuk menjalani latihan
dalam loji di kilang perabot Usaha Bersatu Sendirian Berhad. Ketua Unit
Personel menyambut ketibaan Zahar dengan mesra. Seterusnya Zahar
18
diperkenalkan kepada Encik Manaf, Penyelia Unit Pengeluaran. Zahar di
bawa ke blok pengeluaran untuk melihat operasi pengeluaran perabot.
Pada waktu rehat tengah hari, Zahar berpeluang berkenalan dan beramah
mesra dengan pekerja kilang. Di situlah Zahar berkenalan dengan Razali
yang mengajaknya tinggal bersama-sama.
Zahar duduk di meja ruang tamu menghirup kopi setelah pulang dari kerja.
Dia teringat rakan-rakannya di kampung dan juga Norimi yang merupakan
kawannya di IKM. Surat tidak sempat untuk di hantar kerana dia tidak ada
perasan untuk menulis surat. Ketika mula menulis, Razali tiba dengan
membawa bungkusan plastik berisi kuih. Zahar berhenti menulis dan
21
menikmati minum petang bersama Razali. Ketika minum bersama, razali
bertanyakn Zahar yang kelihatan muram setelah berjumpa dengan
Penolong Ketua Unit Pemasaran. Pada mulanya Razali ingin merahsiakan
hal tersebut tetapi akhirnya terpaksa menceritakan perkara yang sebenar
kepada Razali.
Setelah berbulan bulan menjalani latihan, Zahar menerima berita gembira
yang dia telah lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan pertengahan
tahun dengan mendapat pangkat satu. Zahar sedar Suhaili cuba berbaik
semula dengannya tetapi dia masih mampu mengelak daripada berselisih
dengan Suhaili. Dia juga tahu Suhaili masih berhasrat untuk menemuinya.
Bukan dia tidak mahu menemui Suhaili, tetapi bagi Zahar tiada gunanya dia
menemui Suhaili untuk berbual kosong kerana hal tersebut hanya akan
mengembalikan kenangan lama. Kenangan lama akan tetap di padamkan
dengan apa jua cara. Dia lebih senang berehat selepas pulang dari kerja.
Jika tidak berjoging atau ke bandar Taiping untuk membeli keperluan,
22
masanya dihabiskan dengan menulis dan membalas surat kawan-
kawannya. Zahar lebih tertarik membaca surat daripada Norimi yang penuh
dengan kata-kata puitis dan ada persoalan yang sukar untuk dijawab.
Pengalaman telah mengajarnya supaya tidak terlalu emosional. Dia tidak
mahu terperangkap dalam sangkar rasa yang boleh menggoyahkan cita-
cita yang belum tercapai. Tempoh enam bulan menemui kesudahannya.
Begitu cepat masa berlalu meninggalkan kenangan manis dan pahit
sepanjang menjalani latihan di dalam loji. Zahar terharu apabila diraikan
dalam satu majlis ringkas yang di adakan untuknya. Selepas majlis itu
berakhir, dia sempat bertemu dengan Suhaili.