Anda di halaman 1dari 38

KERTAS KERJA BAITUL JALINAN

RIDZWAN ENTERPRISE
RINGKASAN EKSEKUTIF

Perniagaan berasaskan tanaman integrasi antara jagung dan penternakan ayam kampung telah
didaftarkan pada 31 April 2014 dengan SSM dan nombor pendaftaran NS00268134-P. Alamat
berdaftar di 595, Mukim 16, Kampung Teluk Sungai Dua, 13800 Butterworth, Pulau Pinang.
Perniagaan ini adalah milikan tunggal yang mengetengahkan aktiviti perniagaan seperti jagung
dan penternakan ayam kampung di ladang : Lot 1074, Jalan Pekan Darat, Permatang Tok Jaya,
13800 Butterworth, Pulau Pinang. Perniagaan ayam kampung dan jagung ini akan dipasarkan
secara segar di dalam daerah dan di luar daerah Butterworth terutama di sekitar kawasan
Permatang Pauh secara runcit dan borong. Perniagaan ini juga melibatkan pertanian secara
integrasi di mana ia mengabungkan penanaman jagung dan penternakan ayam kampung di dalam
satu ladang. Ayam kampung dipilih kerana di Pulau Pinang, terutamanya masyarakat cina amat
menggemari ayam kampung berbanding ayam pedaging. Selain itu, ayam kampung kurang
dipelihara oleh penduduk di Pulau Pinang kerana kekangan tanah dan majoritinya menetap di
kawasan taman perumahan. Manakala penanaman jagung pula dipilih kerana jagung mendapat
permintaan yang tinggi disekitar daerah Butterworth seperti pasar tani dan pasar malam serta di
kiosk-kiosk yang berdekatan. Dengan adanya aktiviti perniagaan jagung di daerah Butterworth,
ia dijangka mendapat permintaan yang tinggi kerana pelanggan tidak perlu lagi mendapatkan
jagung dari negeri luar seperti negeri Johor di mana negeri tersebut merupakan pengeluar jagung
terbesar di Malaysia. Selain itu, aktiviti penternakan ayam kampung juga dapat menampung
pasaran ayam kampung di negeri Pulau Pinang di mana ia mampu meningkatkan pendapatan di
dalam perniagaan seperti ini.

1
PENGENALAN

Tanaman utama di dalam ladang ini adalah jagung. Jagung (Zea mays Linn) merupakan sejenis
tanaman singkat masa dari keluarga Poaceae yang popular ditanam diseluruh dunia. Jagung
adalah salah satu tanaman bijirin yang ditanam secara meluas di USA (38% pengeluaran di
dunia) dan beberapa negara pengeluar utama lain adalah seperti China, Brazil, Mexico,
Argentina ,India, Pakistan dan Perancis dengan jumlah pengeluaran negara-negara tersebut
sebanyak 9.8 - 10.0 juta metrik tan setahun. Pokok jagung adalah tanaman yang sangat responsif
dengan keadaan tanah, cuaca, pembajaan, serangan perosak dan penyakit.

Jagung adalah tanaman yang mempunyai batang menegak mempunyai ruas-ruas dan mampu
mencapai ketinggian sehingga 1-3 meter. Terdapat lebih dari 50,000 kultivar jagung diseluruh
dunia dan sebahagian besar daripadanya telah pun dikomersialkan untuk pengeluaran bijirin.
Jagung adalah tanaman semusim yang mempunyai jangka hayat antara 80-150 hari bergantung
kepada kultivar. Daun jagung berwarna hijau yang keluar dari batang yang panjang, urat daun
selari , mempunyai upih dan tumbuh menegak dengan permukaan yang yang licin dan ada yang
berserabut. Jagung mempunyai bunga Jantan dan betina pada satu pokok (monoecious) di mana
bunga jantan di bahagian atas dan bunga betina di bahagian bawah. Pendebungaan kebanyakkan
oleh faktor angin dan serangga. Jambak bunga betina akan kering apabila telah lengkap
pendebungaan. Buah jagung merupakan tongkol buah yang mempunyai empulur dan barisan biji
kernel yang genap sama ada 12 atau 18 baris.

Tanaman jagung di Malaysia adalah untuk tujuan makan segar dan bukan untuk bijirin. Keluasan
tanaman jagung di Malaysia seluas 6,340 hektar dengan penghasilan sebanyak 35,200 metrik tan
pada tahun 2009. Kawasan tanaman utama jagung di Malaysia adalah di Johor (876 ha),
Selangor (542 ha), Pahang (350 ha) dan juga negeri2 seperti Kelantan, Sabah dan Perak. Daerah
Pontian di Johor merupakan kawasan paling luas ditanam jagung sluas 473 ha diikuti Daerah
Kudat (390 ha). Hampir 75% jagung segar untuk kegunaan domestik dan bakinya di eksport ke
Singapura dan Brunei. Terdapat beberapa petani di Pontian yang menanam secara komersial
khusus untuk pasaran ke Singapura.

Jagung ditanam menggunakan biji benih yang telah dirawat dengan racun kulat ( Thiram atau
capstan) dan racun serangga diletakkan 2 biji satu lubang memerlukan sebanyak 20 kg benih

2
sehektar. Bagi kawasan tanah rendah perlu disediakan batas untuk elakkan pokok terendam.
Saliran dan sistem pengairan perlu di sediakan dengan sempurna di ladang jagung. Jarak
tanaman jagung di Malaysia ialah 0.75 m x 0.25 m memberikan sebanyak 40,000 pokok
sehektar. Tanaman padat jagung mampu mencapai sehingga 60,000 pokok sehektar.

Hasil tanaman jagung di Malaysia adalah untuk kegunaan segar dengan dimakan secara merebus,
di bakar atau di kukus untuk dapatkan khasiat kesegarannya. Terdapat juga usahawan yang
meleraikan tongkol jagung untuk dijadukan 'cup corn' yang dicampur dengan majerin, serbuk
perasa dan susu dijual di Hypermarket dengan harga RM 2.00 - RM3.00 satu cawan.

Manakala ternakan yang dipilih di dalam ladang ini adalah ayam kampung. Ayam kampung
merupakan hasil kacukan ayam hutan merah Malaysia dengan ayam tulin luar negara seperti
Barred Plymouth Rock,New hamshire,Austrorp,Brown Leghorn,Cornish,Canton. baka yaam
tulin dari pelbagai negara telah diimport seawal tahun 1950an sebagai usaha menggalakkan
rakyat memelihara ayam sebagai sumber protien yang murah. Nama saintifik bagi ayam
kampung ini ialah Gallus domesticus adalah dari keturunan ayam hutan merah (Gallus gallus)
manakala di sebelah Negara Barat mereka memanggilnya dengan gelaran ayam ternak lepas
(free range chicken) atau ayam organik (organic chicken).

Ayam kampung begitu aktif bergerak dan pergerakan otot yang aktif serta pengambilan makanan
berunsur organik menghasilkan daging yang lazat dan berkhasiat tinggi. Ciri-ciri daging yang
enak dan berprotein tinggi tanpa kolesterol ini menyebabkan harga ayam kampung di pasaran
adalah tinggi berbanding dengan harga ayam daging komersil. Daging ayam kampung ini juga
agak liat, pejal dan manis berbanding dengan ayam daging komersil yang dijual di pasaran.

Antara keistimewaan menjadikan ayam kampung sebagai salah satu perniagaan adalah :

 Ayam kampung mempunyai harga yang tinggi di pasaran.


 Ayam kampung ini boleh dibiakkan atau diternak sepanjang tahun.
 Dagingnya pejal, manis dan berprotein tinggi.
 Ia juga boleh dipelihara secara bebas pada waktu siang tanpa perlu dikawal.
 Sisa-sisa makanan dari rumah atau jagung yang rosak boleh diberikan dan dijadikan
makanan ayam.
 Ibu ayam kampung ini dapat menetaskan telur dengan sendirinya.

3
 Ibu ayam kampung ini boleh mengawal anak-anaknya dari cuaca sejuk, hujan dan
gangguan musuh.

Selain itu, perniagaan ini dipilih kerana jagung dan ayam kampung mendapat permintaan yang
tinggi serta mempunyai pasaran yang luas. Jagung merupakan salah satu perniagaan yang
membawa keuntungan dan mudah ditanam. Manakala ayam kampung pula merupakan ternakan
yang mendapat permintaan ramai di Pulau Pinang kerana dagingnya yang berkualiti dan lazat
selain penjagaannya mudah dan kurang dijangkiti penyakit.

OBJEKTIF KERTAS KERJA

Tujuan kertas kerja ini disediakan adalah untuk membentangkan perancangan perniagaan jagung
dan ayam kampung meliputi aspek pengurusan, pemasaran, pentadbiran dan kewangan syarikat
kepada pihak MARA dan seterusnya memohon pembiayaan berjumlah RM 200 000. Tempoh
pembiayaan adalah selama 5 tahun. Kos pelaburan Projek adalah sebanyak RM 168 977.40 di
mana sebanyak RM 10 000 dibiayai dengan wang pemilik sendiri sementara baki RM 158
977.40 adalah melalui pembiayaan yang dipohon ini.

Pengiraan Pembiayaan :

Nilai Pembiayaan : RM 200 000

Kadar Keuntungan : 5 % setahun

Keuntungan Pembiayaan : RM 200 000 @ 5 % @ 5 tahun

Jumlah Pembiayaan : RM 200 000 + RM 50 000

Bayaran Balik Bulanan : RM 250 000/ 60 bulan

Bayaran Bulanan : RM 4167 sebulan

4
LATAR BELAKANG PERNIAGAAN

Nama Syarikat : Baitul Jalinan Ridzwan Enterprise

Alamat Berdaftar : 595, Mukim 16, Kampung Teluk Sungai Dua, 13800 Butterworth, Pulau
Pinang.

Alamat Operasi : Lot 1074, Jalan Pekan Darat, Permatang Tok Jaya, 13800 Butterworth, Pulau
Pinang.

No. Pendaftaran Syarikat : NS00268134-P

Tarikh Pendaftaran : 31 April 2014

Tarikh Mula Berniaga : 15 Jun 2014

Aktiviti Perniagaan : Menanam, Menternak Dan Memasarkan Jagung Dan Ayam Kampung
Secara Segar

Status Perniagaan : Milikan Tunggal

Modal Awal : RM 168 977.40

Bank Berurusan : Maybank / Sungai Dua

Pemilik : 1

LATAR BELAKANG PEMILIK

Nama : Siti Fatimah Binti Abu Bakar

Jawatan : Pengurus Besar

Alamat Tetap : 595, Mukim 16, Kampung Teluk Sungai Dua, 13800 Butterworth, Pulau Pinang.

No. Telefon : 0125853031

No. Kad Pengenalan : 920502075136

Tarikh Lahir : 2 Mei 1992

Umur : 22 Tahun

5
Bangsa : Melayu

Agama : Islam

Taraf Perkahwinan : Bujang

Kelulusan Akademik : Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains Pertanian Dengan Kepujian

Pengalaman Kerja : 2 Tahun – Kerani Stor Econsave

Pekerjaan Sekarang : Ahli Perniagaan

Kemahiran Dan Kebolehan : Pentadbiran Perniagaan Dan Pengurusan Sumber Manusia

Jawatan Dalam Syarikat : Pemilik Perniagaan

VISI, MISI DAN OBJEKTIF PERNIAGAAN

Visi

Menjana pertumbuhan bidang pertanian bertaraf komersial

Misi

Meningkatkan keluasan pelbagai tanaman dan hasil hiliran pertanian

Objektif perniagaan

1. Meluaskan pasaran jagung dan ayam kampung ke seluruh Malaysia.


2. Menyahut seruan kerajaan untuk menumpu dan meningkatkan hasil pertaniaan

SKOP PERNIAGAAN

Antara aktiviti perniagaan yang dijalankan adalah :

a. Pertanian
b. Pembekal

6
PERKHIDMATAN

Jenis-jenis perniagaan yang ditawarkan adalah seperti berikut :

a. Menanam, menjual dan mengeluarkan hasil pertanian


b. Menternak dan menjual secara hidup.

POTENSI PERNIAGAAN

Memandangkan jagung merupakan salah satu tanaman yang baru mendapat tempat di pasaran
Malaysia, maka potensi untuk memasarkan jagung akan lebih mudah. Jagung semakin mendapat
perhatian rakyat Malaysia kerana jagung telah banyak diinovasikan untuk dijadikan sebagai ais
krim, cup corn, pudding, kek dan sebagainya. Selain itu, ayam kampung pula mula mendapat
perhatian dalam kalangan rakyat Malaysia kerana ayam kampung lebih selamat untuk dimakan
tanpa sebarang suntikan dengan vaksin terutamanya dengan vaksin babi atau ayam diberi
minuman yang dicampur dengan antibiotik atau ubatan yang menyebabkan pengguna di
Malaysia terutamanya umat islam berasa was-was terhadap ayam pedaging.

Pada masa ini walaupun keluasan dan pengeluaran tanaman jagung telah meningkat, ia masih
tidak dapat menampung permintaan tempatan dan dalam negeri. Oleh itu, jagung yang ditanam
akan dapat memenuhi pasaran tempatan dan dalam negeri selain ayam kampung juga diternak
bagi menampung pasaran yang semakin mendapat permintaan dari orang ramai selain ayam
daging.

Kedudukan lokasi perniagaan ini terletak di kawasan perkampungan Permatang Tok Jaya.
Jaraknya dari Bandar Sungai Dua adalah sejauh 10 kilometer. Manakala Bandar Permatang Pauh
dari lokasi perniagaan adalah 20 kilometer di mana terdapat pasar tani terbesar di daerah
Butterworth bagi pasaran jagung dan ayam kampung.

Perniagaan ini baru dimulakan dengan kerja-kerja pembersihan kawasan yang sedang dijalankan
oleh pekerja upahan.

7
CADANGAN PERNIAGAAN

Jenis : penanaman jagung dan penternakan ayam kampung

Jumlah kos : RM 168 977.40

Modal sendiri : RM 10 000

Jumlah modal yang dipohon : 158 977.40

JUSTIFIKASI PROJEK

Faedah Ekonomi

 Kadar pulangan kepada projek ini adalah memuaskan, dimana daripada perkiraan
kadar pulangan dalaman menunjukkan projek ini adalah berdaya maju.
 Titik pulangan modal bagi projek ini dijangkakan dapat diperolehi pada tahun ke 3.
 Pertambahan kepada isipadu perniagaan serta keuntungan tahunan yang berterusan.
 Dengan kualiti yang baik, pasaran harga yang baik akan diperolehi.

MAKLUMAT TEKNIKAL TAPAK

Penanaman jagung dan penternakan ayam kampung ini akan diusahakan oleh Baitul Jannah
Ridzwan Enterprise akan beroperasi di sebuah tanah terbiar seluas 5 hektar yang terletak di
Permatang Tok Jaya, Pulau Pinang. Sila rujuk maklumat tapak projek di bawah :

Lot No : 1074

Luas Kawasan : 4 Hektar

Jenis Geran : Lot Bumiputera

Mukim/Daerah : Permatang Tok Jaya

8
PETA PELAN LOKASI

Loji DARI SUNGAI PETANI


kumbahan
JALAN PEKAN DARAT

Balai Polis
Sungai Puyu Tapak Perniagaan : Lot 1074,
Jalan Pekan Darat,
Permatang Tok Jaya, 13800 Restoran
Butterworth, Pulau Pinang
Masakan
Petronas
Kampung

Balai Bomba Kebun


Sungai Puyu Getah
KE PERMATANG PAUH

JALAN SUNGAI PUYU JALAN SUNGAI DUA

Kedai Baja
dan Racun Nurseri dan rumah tumbuhan
Restoran Nasi Kukus
Ayam Kampung

Peta Pelan Lokasi Penanaman Jagung Dan Penternakan Ayam Kampung

Tapak ini dihubungkan oleh mini tar pada jarak 800 meter daripada jalan raya dan dilengkapi
dengan kemudahan elektrik dan air daripada penempatan berdekatan. Bekalan elektrik 3 fasa
akan disalurkan bagi memenuhi keperluan kemudahan penggunaan elektrik di tapak perniagaan
tersebut. Tapak ini dipilih kerana berjauhan dengan kawasan penempatan penduduk di kawasan
itu kerana bagi mengelakkan berlakunya masalah pencemaran bau dan lalat yang dihasilkan oleh
tinja ayam kampung dan sebagainya di mana ia akan mengganggu ketenteraman penduduk di
kawasan itu. Selain itu, tapak ini juga berdekatan dengan loji kumbahan di mana segala proses
pembuangan dari tapak ini akan disalurkan terus ke loji kumbahan. Oleh itu, sisa pembuangan

9
tidak dibuang ke merata-rata tempat dan kawasan tapak ini akan menjadi lebih bersih dan bebas
pencemaran alam sekitar.

Gambar Tapak Perniagaan Yang Sedia Ada Sebelum Dimajukan.

10
MAKLUMAT TEKNIKAL INFRASTRUKTUR

Penanaman jagung dan penternakan ayam kampung ini akan dijalankan di atas tapak yang
mempunyai keluasan 4 hektar di mana di atas tapak tersebut akan didirikan infrastruktur seperti
pejabat, stor dan reban ayam kampung. Sila rujuk keterangan di bawah :

Reban ayam kampung : 22 meter x 12 meter x 4 meter

Pejabat : 30 meter x 20 meter

Stor simpanan : 20 meter x 20 meter

Kos sewa tapak : RM 1000 sebulan x 12 bulan = RM 12 000 setahun dan perjanjian selama 10
tahun

11
PELAN CADANGAN TAPAK PENANAMAN JAGUNG DAN PENTERNAKAN AYAM
KAMPUNG 477
meter
14m 330 m

20m

22m
14m
20m

10m

90 12m 87m
meter 20m 20m
1.5 m

30m

14 m

14 m 10m

PETUNJUK :

Reban Reban ayam


Reban anak ayam
perindukan dewasa

Pejabat stor Kawasan


tanaman jagung

12
ASPEK PENGURUSAN

Struktur organisasi

Struktur organisasi yang dibentuk oleh perniagaan adalah merangkumi keseluruhan aspek
pengurusan sebagai entity perniagaan dan ianya meliputi beberapa fungsi. Secara
keseluruhannya, struktur organisasi bagi perniagaan adalah seperti di bawah :

BAITUL JALINAN RIDZWAN ENTERPRISE

PENGURUS BESAR

BAHAGIAN
BAHAGIAN TEKNIKAL
BAHAGIAN PEMASARAN PENTADBIRAN DAN
DAN OPERASI
KEWANGAN

PENGURUS

Nama : Siti Fatimah Binti Abu Bakar

Jawatan : Pengurus Besar

Alamat Tetap : 595, Mukim 16, Kampung Teluk Sungai Dua, 13800 Butterworth, Pulau Pinang

No. Telefon : 0125853031

No. Kad Pengenalan : 920502075136

13
BAHAGIAN PEMASARAN

Nama : Hata Ikhwan Bin Zakaria

Jawatan : Pengurus Pemasaran

Alamat Tetap : Tbp 42, Kampung Guar Kepayang, 13500 Kepala Batas, Pulau Pinang.

No. Telefon : 0125853588

No. Kad Pengenalan : 890702075577

BAHAGIAN TEKNIKAL DAN OPERASI

Nama : Mohd Khairul Hafiz Bin Kamarul

Jawatan : Pengurus Teknikal Dan Operasi

Alamat Tetap : No 22, Jalan Sri Indah 1, Taman Sri Indah, 13800 Sungai Dua, Pulau Pinang.

No. Telefon : 0125527094

No. Kad Pengenalan : 850504075681

BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN KEWANGAN

Nama : Musfirah Balkis Binti Mustafa

Jawatan : Pengurus Pentadbiran Dan Kewangan

Alamat Tetap : No 20, Jalan Laksamana 2, Taman Laksamana, Sungai Puyu, 13200, Tasek
Gelugor, Pulau Pinang.

No. Telefon : 0125904939

No. Kad Pengenalan : 901201075824

PEKERJA LADANG

Seramai 6 orang pekerja asing (Indonesia) secara kontrak akan diambil untuk kerja-kerja yang
ditetapkan dalam ladang perniagaan ini.

14
PERLAKSANAAN PENANAMAN JAGUNG

Perlaksanaan kerja –

Kerja awalan penyediaan tapak

Membersih kawasan dan meratakan tapak

Kerja – kerja membajak tanah

Kerja – kerja rotor dan membuat batas

Kerja – kerja membuat parit

Kerja – kerja memasang sistem paip dan sprinkler

Membina stor dan garaj untuk generator / baja

Memasang dan menguji system generator pam air / sprinkler

Proses menanam

15
Meracun rumput

Membaja batas sebelum menanam

Menghidupkan generator pam air / sprinkler

Menanam biji benih

Meracun serangga

Membaja

Pam air / sprinkler harian

Proses pengeluaran hasil

Kerja – kerja pengumpulan buah

16
Kerja – kerja menimbang

Pemasaran

PERLAKSANAAN PENTERNAKAN AYAM KAMPUNG

SISTEM PERUMAHAN

 Reban diperlukan untuk melindungi daripada cuaca buruk dan gangguan musuh. Boleh
dibuat menggunakan ” Sistem Lantai Atas ” atau ” Sistem Lantai Bawah .
 1 ekor ayam memerlukan 1 kaki persegi. Jika 20 ekor ayam, keluasan lantai ialah 20 ekor
kaki persegi. reban seluas 4 kaki x 5 kaki memadai.
 kayu hutan, kayu sayung, buluh , dawai mata punai atau pukat
 gunakan peralatan makan/minum yang murah.

PEMAKANAN AYAM

Terdapat dua (2) jenis makanan iaitu:-

 Makanan komersil/dagangan
 Makanan Ayam Permulaan (Layer Starter Mash)
 Makanan Ayam Membesar (Layer Grower Mash/Pellet)
 Makanan Ayam Penghabisan (Layer Finisher Mash/Pellet)
 Makanan Campuran atau Sisa Makanan
 Lebihan nasi, hampas kelapa, isi kelapa
 Dedak, beras hancur, padi, ubi kayu/keledek
 Ikan baja dan lain-lain

17
PENGURUSAN

Pengurusan anak (1 hari – 4 minggu)

 Pastikan anak ayam mendapatkan suntikan pencegahan penyakit


 Beri makanan bermutu dan minuman secukupnya
 Pastikan ada lampu untuk memberi kepanasan sehingga umur 2 minggu

Peringkat membesar hingga bertelur (4 minggu – 22 minggu)

 Pastikan anak ayam mendapat suntikan pencegahan penyakit


 Boleh dilepaskan pada siang hari
 Makanan campuran atau lebihan sisa makan boleh diberi
 Sediakan sarang bertelur
 Elakkan mengganggu ibu yang sedang mengeram

PEMBIAKAN

 Melibatkan perkahwinan secara tabie/asli


 1 ekor ayam jantan untuk 10 ekor ayam betina
 Dipelihara di dalam reban dengan penyediaan sarang bertelur
 Tempat yang sunyi,kering dan bebas dari gangguan
 Kebiasaan boleh mengeram sehingga 15 biji telur dalam jangkamasa 21 hari.

18
KAWALAN DAN PENCEGAHAN PENYAKIT

Penyakit ayam boleh disebabkan oleh:-

 Warisan
 Pemakanan
 Pengurusan
 Persekitaran
 Jangkitan

Langkah-langkah Pencegahan Penyakit

 Reban sentiasa bersih


 Anak ayam bebas dari penyakit
 Jauh dari ternakan dan haiwan lain
 Pelawat perlu dikawal
 Pencegahan adalah lebih baik dari rawatan
 Semua ayam perlu diberi suntikan pencegahan penyakit
 Ayam yang mati hendaklah ditanam atau dibakar untuk mengelakkan jangkitan kepada
yang sihat.
Program Pencegahan penyakit

 Umur 1 hari – Sampar Ayam “F” (Biasanya telah dibuat ditempat penetasan)
 Umur 3 – 4 minggu – Cacar Puru ayam dan Sampar “F”
 Umur 6 – 8 minggu – Sampar ” S “

19
Tanda-tanda Am Ayam Berpenyakit

 Kurang nafsu makan


 Monyok dan tidak aktif
 Pucat, bersin, keluar hingus dari hidung
 Muka bengkak
 Berak cair atau berdarah
 Gangguan saraf seperti sayap lemah, kaki lemah, kepala berputar dan sebagainya.

JENIS-JENIS PENYAKIT AYAM

 Sampar ayam (ND)


 Penyakit Gumboro (IBD)
 Puru
 Salmonellosis
 Pasteurellosis
 Lain-lain

GAJI DAN GANJARAN

Anggaran Gaji dan Ganjaran pekerja untuk sebulan adalah seperti Jadual 1 di bawah :

JADUAL 1 : ANGGARAN GAJI DAN GANJARAN SEBULAN

JAWATAN GAJI (RM) KWSP (RM) PERKESO JUMLAH (RM)


(RM)
PENGURUS 1500 - - 1500
BESAR
PENGURUS (3) 1200 X 3 = 3600 240 12 3852
PEKERJA 900 X 6 = 5400 - - 5400
LADANG (6)
JUMLAH (RM) 10500 240 12 10 752

20
BELANJA PENGURUSAN

Bagi tujuan pengurusan, perniagaan ini menganggarkan perbelanjaan dalam sebulan mengikut
pelan peningkatan kapasiti perniagaannya adalah seperti jadual 2 di bawah :

Jadual 2 : ANGGARAN BELANJA PENGURUSAN SEBULAN

Bil Jenis perbelanjaan Jumlah (RM)


1 Gaji pengurus/pemilik 5100
2 Gaji pekerja 5400
3 KWSP/ PERKESO 252
4 Sewa Lot Perniagaan 1000
5 Air dan elektrik
- Jagung 900
- Ayam kampung 800
- Pejabat dan stor 300
6 Telefon dan faks 100
7 Alat tulis dan belanja pejabat 100

JUMLAH 13 252

KEWANGAN

21
Berikut merupakan kos pengairan renjis bagi penanaman jagung :

JADUAL 3 : PERBELANJAAN PENGAIRAN RENJIS BAGI TANAMAN JAGUNG

Perkara Bil Unit Harga Jumlah


Bil  ( RM )  ( RM )
1 PVC pipe size 2" class D Bigend 25 btg 20.00         500.00
2 PVC pipe size 1 1/2" class D Bigend 143 btg 15.00      2,145.00
3 PVC Pipe size 3/4 " class D 35 btg 8.00         280.00
4 Reducer Tee 2" x 1 1/2" 18 Unit 2.70           48.60
5 Valve Socket 1 1/2" 36 Unit 0.80           28.80
6 Ball Valve 1 1/2" 18 Unit 12.00         216.00
7 End Cap 1 1/2" 18 Unit 1.00           18.00

8 Equal Tee 2" x 2" x 2" 2 Unit 3.00            6.00


9 PT Socket 3/4" 105 Unit 0.50           52.50
10 Springkler 323 (diameter 40 feet) 105 Unit 5.00         525.00
11 Spring Clip 2" 2 Unit 2.50            5.00
12 Pam Air 3" Diesel 1 set 4500.00      4,500.00
13 Seal tape 1/2 wide 10 roll 0.80            8.00
14 Gum PVC Solvent cement 500 gram 5 tin 15.00           75.00
15 Reducer Tee  1 1/2" x 3/4" 105 unit 1.50         157.50
16 Valve Socket 2" 2 unit 2.50            5.00
17 Ball Valve 2" 4 unit 20.00           80.00
18 Upah pemasangan 400.00
Jumlah      9050.40

Jadual 4 merupakan kos pembangunan bagi pejabat dan stor :

JADUAL 4 : PERBELANJAAN BAGI PEMBINAAN PEJABAT DAN STOR

22
Bil Perkara Jumlah (RM)
1 Pejabat (1) 20 000
2 Stor (1) 15 000
3 Perabot pejabat 1000
Jumlah 36 000

Jadual 5 merupakan kos pembangunan bagi pembinaan reban ayam kampung serta peralatan di
dalam reban :

JADUAL 5 : KOS PEMBINAAN BAGI SATU REBAN DAN PERALATAN

Bil Perkara Jumlah (RM)


1 Kayu reja 1000
2 Atap zink 1200
3 Pagar chaink link 800
4 Peralatan 300
5 Upah 400
Jumlah 3700
Kos bagi kesemua reban : 6 reban X RM 3700 = RM 22 200

KOS PEMBANGUNAN KESELURUHAN

BIL PERKARA Jumlah (RM)


1 Pengairan renjis bagi jagung 9050.40
2 Pembinaan pejabat dan stor 36 000.00
3 Reban ayam kampung 22 200.00
Pemasangan dan pendawaian elektrik 2000
Lori kecil 70 000
Pembangunan tanah 2000
Membajak dan rotor 600
Memagar kawasan 5000
Kereta sorong 1000
komputer 3000
Lain-lain 500
Jumlah keseluruhan 151 350.40

23
KOS PEMBANGUNAN JAGUNG 69 100.40
KOS PEMBANGUNAN AYAM KAMPUNG 82 250.00

KOS PERMULAAN

BIL PERKARA JUMLAH


(RM)
1 Kos pembangunan 151 350.40
2 Benih jagung bagi 3 hektar( 75 kilogram x RM 5.00) 375
3 Anak ayam ( RM 0.50 @ ekor x 6000 ekor x 1 reban ) 3000
4 Induk ayam ( jantan dan betina) RM 2.50 @ ekor x 1000 ekor x 1 reban 2500
5 Lain- lain peralatan 1000
6 Gaji 10 752

168 977.40

KOS PENGELUARAN (3 BULAN)

Bil Perkara Jumlah


(RM)
1 Jagung :
- Benih jagung bagi 3 hektar( 75 kilogram x RM 5.00) 375
- Baja organik 6000
- Baja kimia 1990.50

- Racun rumpai (RM 45 / liter x 3) 135

JUMLAH KOS PENGELUARAN JAGUNG 8500.50


2 Ayam kampung :
- Anak ayam ( RM 0.50 @ ekor x 6000 ekor x 1 reban ) 3000
2500
- Induk ayam ( jantan dan betina) RM 2.50@ ekor x 1000 ekor x 1
reban
12 000
- Makanan ayam
500
- Ubatan dan vaksin

24
JUMLAH KOS PENGELUARAN AYAM KAMPUNG 18 000
JUMLAH KESELURUHAN KOS PENGELUARAN 26 500.50

KOS OPERASI KESELURUHAN

Bil Perkara Jumlah


(RM)
1 Gaji pengurus/pemilik 5100
2 Gaji pekerja 5400
3 KWSP/ PERKESO 252
4 Sewa Lot Perniagaan 1000
5 Bayaran lesen dan cukai 1000
6 Bayaran ansuran lori 18 000
7 Air dan elektrik
- Pejabat dan stor 600
8 Telefon dan faks 300
9 Alat tulis dan belanja pejabat 100
10 Jagung :
- Air dan elektrik 900
- Benih jagung bagi 3 hektar( 75 kilogram x RM 5.00) 375

- Baja organik 6000

- Baja kimia 1990.50


135
- Racun rumpai (RM 45 / liter x 3)
11
Ayam kampung :
800
- Air dan elektrik
3000
- Anak ayam ( RM 0.50 @ ekor x 6000 ekor x 1 reban )
2500
- Induk ayam ( jantan dan betina) RM 2.50@ ekor x 1000 ekor x
12 000
1reban
500
- Makanan ayam
- Ubatan dan vaksin
Jumlah 59 952.50
1. KOS OPERASI JAGUNG 25 276.50
2. KOS OPERASI AYAM KAMPUNG 34 676.00
25
BELANJAWAN

ANGGARAN BELANJAWAN BAGI PENANAMAN JAGUNG

Keluasan tapak penanaman jagung : 333 meter x 90 meter

Kepadatan pokok :

Tapak penanaman jagung

Pengiraan bagi anggaran bilangan kepadatan pokok :

330 meter = 220 batas


1.5 (batas dan longkang)

87 meter = 435 lubang ( 1 batas ada 2 baris )


0.2 (jarak antara lubang )
= 435 lubang x 2
=870 lubang bagi 1 batas

26
220 batas = 870 lubang x 220 batas
= 191400 lubang

Anggaran kepadatan pokok jagung bagi keluasan tapak 333 meter x 90 meter = 191400 pokok

Anggaran pendapatan jagung bagi 50% lubang mempunyai 2 pokok :

191 400 + 191400 = 287 100 tongkol jagung bagi 3 hektar


2

1 hektar = 287 100 ÷ 3 = 95 700 tongkol /hektar

Belanjawan bidang usaha bagi jagung adalah seperti berikut :

Butiran Nilai sehektar (RM) bagi semusim (3


bulan)
Pendapatan :
95 700 tongkol jagung x RM 1.50 143 550

Kos berubah :
Penyediaan tanah 2000
Benih 25 kilogram x RM 5.00 125
Baja organik 2000

27
Bahan kimia :
Supermidophos 500
Carbryl 200
Paraquat 200
Input lain (10%) 100

Racun rumpai (RM 45/ liter) 45

Pekerja ladang (4 orang x RM 900 x 3 bulan) 10 800

JUMLAH KOS BERUBAH : 15 970

Pendapatan tolak kos berubah : 143 550 – 15 970 127 580


Kos tetap :

Gaji pengurus ( 3 orang x RM 1284 x 3 bulan) 11 556


Gaji majikan (RM 1500 x 3 bulan) 4500
Sewa lot perniagaan (RM 1000 x 3 bulan) 3000
Air dan elektrik ( RM 900 X 3 bulan) 2700
Kepelbagaian 1500
Insuran dan cukai ( RM 1000 x 3 bulan) 3000
Bahan api ( RM 1500 x 3 bulan) 4500
bayaran balik pinjaman (RM 4167 x 3 bulan ) 12 501
Sewa jentera ( RM 500 x 3 bulan ) 1500
Susut nilai kenderaan ( lori) 10% setiap tahun 50
Bulanan lori dengan 10 % bunga (RM 1069.40 X 3 3208.30
bulan) 600
Cukai tanah (RM 200 x 3 bulan )
48
JUMLAH KOS TETAP : 615.30
JUMLAH KOS : 127 580 – 48 615.30 = 78 964.70
KEUNTUNGAN YANG DIANGGARKAN : 78 964.70 bagi satu hektar
KEUNTUNGAN YANG DIANGGARKAN BAGI 3 78 964.70 X 3 hektar = 236 894.10

28
HEKTAR

ANGGARAN BELANJAWAN BAGI AYAM KAMPUNG

Keluasan kawasan penternakan ayam kampung : 104 meter x 90 meter

Keluasan reban : 22 meter x 12 meter x 4 meter

Bilangan ayam bagi satu reban : 1000 ekor

: 1000 ekor x 4 reban (ayam dewasa)

= 4000 ekor ayam kampung dewasa

Reban Reban Reban


anak ayam ayam
ayam dewasa dewasa
(6000 (2000 (2000
ekor) ekor) ekor)
29
Reban Reban
Reban
ayam ayam
induk
dewasa dewasa
(1000
(2000 (2000
ekor)
ekor) ekor)

Belanjawan bidang usaha bagi ayam kampung adalah seperti berikut :

Butiran Nilai sehektar (RM) bagi satu pusingan (3


bulan)
Pendapatan :
Purata 1 ekor bersamaan 2 kilogram 160 000
Harga pasaran ayam kampung = RM
10.00/kilogram
8000 Ekor x 2kilogram x RM 10.00 = 160 000

Kos berubah :
Anak ayam ( RM 0.50 @ ekor x 6000 ekor x 1 3000
reban )
Induk ayam jantan dan betina (RM 2.50@ ekor x 2500

30
1000 ekor x 1 reban) 12 000
Makanan 500
Ubatan dan vaksin 5400
Pekerja ladang ( 2 orang x RM 900 x 3 bulan )
11 412
JUMLAH KOS BERUBAH :
Pendapatan tolak kos berubah : 160 000 – 11 412 = 148 588
Kos tetap :

Air dan elektrik ( RM 800 X 3 bulan) 2400


Kepelbagaian 1500

JUMLAH KOS TETAP : 3900


JUMLAH KOS : 148 588 – 3900 = 144 688
KEUNTUNGAN YANG DIANGGARKAN : 144 688

ALIRAN TUNAI

Jagung

Aliran tunai musim 1

Perkara Bulan
1 2 3
Pendapatan
1) Hasil pengeluaran (tongkol ) - - 95 700
2) Jualan (RM 1.50/tongkol) - - 143 550
Jumlah pendapatan (RM) 0 0 143 550
Perbelanjaan (RM)
1) Kos pembangunan 69 100.40 - -
2) Kos operasi 25 276.50 25 276.50 25 276.50
3) Kos pengeluaran 8500.50 - -
Jumlah perbelanjaan (RM) 153 430.40

31
Baki akhir (RM) (9880.40)

Aliran tunai musim 2


Perkara Bulan
1 2 3
Pendapatan (RM) - - 143 550
Baki awal (RM) - - (9880.40)

Jumlah pendapatan (RM) 0 0 133 669.60


Perbelanjaan (RM)
4) Kos pembangunan - - -
5) Kos operasi 25 276.50 25 276.50 25 276.50
6) Kos pengeluaran 8500.50 - -
Jumlah perbelanjaan (RM) 84 330
Baki akhir (RM) 49 339.60

Aliran tunai musim 3

Perkara Bulan
1 2 3
Pendapatan (RM) - - 143 550
Baki awal (RM) - - 49 339.60
Jumlah pendapatan (RM) 0 0 192 889.60
Perbelanjaan (RM)
7) Kos pembangunan - - -
8) Kos operasi 25 276.50 25 276.50 25 276.50
9) Kos pengeluaran 8500.50 - -
Jumlah perbelanjaan (RM) 84 330
Baki akhir (RM) 108 559.60

Aliran tunai musim ke 4

Perkara Bulan
1 2 3
Pendapatan (RM) - - 143 550
Baki awal (RM) - - 108 559.60
Jumlah pendapatan (RM) 0 0 252 109.60

32
Perbelanjaan (RM)
10) Kos pembangunan - - -
11) Kos operasi 25 276.50 25 276.50 25 276.50
12) Kos pengeluaran 8500.50
Jumlah perbelanjaan (RM) 84 330
Baki akhir (RM) 336 439.60

Aliran tunai satu tahun :

Perkara Musim 1 Musim 2 Musim 3 Musim 4 Jumlah


(RM)
Baki awal (RM) - (9943.40) 49 213.60 108 370.60 147 640.80
Pendapatan (RM)
1) Hasil 95 700 95 700 95 700 95 700
pengeluaran
(tongkol) 143 550 143 550 143 550 143 550 574 200
2) Jualan
(RM 1.50/ tongkol)
Jumlah pendapatan 143 550 133 606.60 192 251 920.60 721 840.80
(RM) 763.60
Perbelanjaan (RM)
1) Kos 69 100.40 - - - 69 100.40
pembangunan 75 892.50 75 892.50 75 892.50 75 892.50 303 570
2) Kos operasi 8500.50 8500.50 8500.50 8500.50 34 002
3) Kos pengeluaran
Jumlah perbelanjaan 153 84 393 84 393 84 393 406 672.40
(RM) 493.40
Baki akhir (RM) (9943.40) 49 213.60 108 167 527.60 315 168.40
370.60

33
AYAM KAMPUNG

Aliran tunai satu pusingan

Perkara Bulan
1 2 3
Pendapatan :
Purata 1 ekor bersamaan 2 kilogram - - 16000
Harga pasaran ayam kampung = - - 160 000
RM 10.00/kilogram
8000 Ekor x 2kilogram x RM 10.00 =
RM 160 000
Jumlah pendapatan (RM) 0 0 160 000
Perbelanjaan (RM)
13) Kos pembangunan 82 250 - -
14) Kos operasi 34 676 34 676 34 676
15) Kos pengeluaran 26 500.50 - -
Jumlah perbelanjaan (RM) 212 778.50
Baki akhir (RM) (52 778.50)

Aliran tunai dua pusingan

Perkara Bulan
1 2 3
1. Pendapatan :
Purata 1 ekor bersamaan 2 kilogram - -
Harga pasaran ayam kampung = - - 16000
RM 10.00/kilogram 160 000
8000 Ekor x 2kilogram x RM 10.00 =
RM 160 000

34
2. Baki awal (RM) (52 778.50)
Jumlah pendapatan (RM) 0 0 107 221.50
Perbelanjaan (RM)
16) Kos pembangunan - - -
17) Kos operasi 34 676 34 676 34 676
18) Kos pengeluaran 26 500.50 - -
Jumlah perbelanjaan (RM) 130 528.50
Baki akhir (RM) (23 307)

Aliran tunai tiga pusingan

Perkara Bulan
1 2 3
1. Pendapatan :
Purata 1 ekor bersamaan 2 kilogram - - 16000
Harga pasaran ayam kampung = - - 160 000
RM 10.00/kilogram
8000 Ekor x 2kilogram x RM 10.00 =
RM 160 000
2. Baki awal (RM) (23 307)
Jumlah pendapatan (RM) 0 0 136 793
Perbelanjaan (RM)
19) Kos pembangunan - - -
20) Kos operasi 34 676 34 676 34 676
21) Kos pengeluaran 26 500.50 - -
Jumlah perbelanjaan (RM) 130 528.50
Baki akhir (RM) 6264.50

Aliran tunai empat pusingan

35
Perkara Bulan
1 2 3
1. Pendapatan :
Purata 1 ekor bersamaan 2 kilogram - - 16000
Harga pasaran ayam kampung = - - 160 000
RM 10.00/kilogram
8000 Ekor x 2kilogram x RM 10.00 =
RM 160 000
2. Baki awal (RM) 6264.50
Jumlah pendapatan (RM) 0 0 166 264.50
Perbelanjaan
22) Kos pembangunan - - -
23) Kos operasi 34 676 34 676 34 676
24) Kos pengeluaran 26 500.50 - -
Jumlah perbelanjaan (RM) 130 528.50
Baki akhir (RM) 35 736

Aliran tunai satu tahun :

Perkara Musim 1 Musim 2 Musim 3 Musim 4 Jumlah


(RM)

36
1. Pendapatan : - (52 778.50) (23 307) 6164.50 69 921
Purata 1 ekor bersamaan
2 kilogram 160 000 160 000 160 000 160 000 640 000
Harga pasaran ayam
kampung =
RM 10.00/kilogram
8000 Ekor x 2kilogram
x RM 10.00 =
RM 160 000
Jumlah pendapatan 160 000 107 221.50 136 693 166 164.50 570 079
(RM)
Perbelanjaan (RM)
4) Kos 82 250 - - - 82 250
pembangunan 104 028 104 028 104 028 104 028 416 112
5) Kos operasi 26 500.50 26 500.50 26 500.50 26 500.50 106 002
6) Kos pengeluaran
Jumlah perbelanjaan 212 130 528.50 130 130 528.50 604 364
(RM) 778.50 528.50
Baki akhir (RM) (52 (23 307) 6164.50 35 636 (34 285)
778.50)

KESIMPULAN

Melalui pengiraan aliran tunai bagi kedua-dua tanaman dan ternakan ini, didapati penanaman
jagung membawa keuntungan yang sangat besar manakala penternakan ayam kampung
membawa kepada kerugian.

37
Kerugian pada ayam kampung mungkin disebabkan faktor-faktor kos pembangunan, kos operasi
dan kos pengeluaran yang tinggi pada tahun pertama. Pada tahun kedua, kos ini akan
berkurangan kerana hasil jualan akan dapat menampung kos-kos permulaan ini. Selain itu, pada
tahun kedua, kos makanan ayam kampung akan dapat dikurangkan dengan penggantian makanan
seperti dedak kepada jagung yang telah di tanam bersama sebagai pertanian intergrasi. Jagung
yang rosak dan tidak sesuai dipasarkan akan diberi kepada ayam kampung sebagai menggantikan
makanan yang sedia ada. Oleh itu, kos makanan ayam kampung boleh dikurangkan sekali gus
mengurangkan kos operasi dan kos pengeluaran. Sehubungan itu, keuntungan daripada
penternakan ini boleh dijana sedikit demi sedikit dalam jangka masa tertentu.

Selain itu, dari segi purata berat ayam kampung yang dijual adalah 2 kilogram bagi setiap ekor.
Pada tahun kedua, ayam kampung akan dijual pada 3 kilogram seekor di mana ia akan
meningkatkan hasil jualan dan keuntungan. Ayam kampung ini akan diberi makanan ayam
membesar (Layer Grower Mash) dalam bentuk pellet bagi menambah berat ayam kampung yang
diternak selain makanan tambahan lain bagi menambah berat ayam kampung tersebut.

Tambahan pula, jualan telur ayam kampung akan dijalankan pada tahun akan datang di mana ia
akan meningkatkan pendapatan. Telur ayam kampung mendapat permintaan yang tinggi untuk
digunakan di dalam bidang perubatan, diet harian dan sebagainya.

38

Anda mungkin juga menyukai