Anda di halaman 1dari 8

1.

0 PENGENALAN

Pidato merupakan salah satu komunikasi lisan. Ilmu pidato adalah salah satu ilmu
kecerdasan minda yang menitikberatkan penghujahan yang bernas melalui minda yang
dilakukan secara langsung kepada audiens. Kehebatan seseorang pengucap bukan dari
segi kedudukannya dalam masyarakat tetapi kehebatan seseorang pengucap akan terselah
oleh pengucapan pidatonya di tengah-tengah masyarakat.

2.0 DEFINISI PIDATO

Pidato adalah suatu ucapan dengan susunan kata yang baik untuk disampaikan kepada
orang banyak. Pidato yang baik dapat memberikan suatu kesan positif bagi orang yang
mendengar pidato tersebut. Menurut Ab. Rahman Ab. Rashid (2002), pidato adalah
pengucapan yang disampaikan secara individu kepada khalayak ramai untuk menghuraikan
dan menjelaskan sesuatu tajuk. Berpidato merupakan aktiviti berkomunikasi secara sehala,
iaitu pemidato akan menjelaskan perkara-perkara tentang sesuatu tajuk dalam masa yang
ditentukan untuk mempengaruhi para pendengar supaya bersetuju dengan apa akan
dipidatokan juga bertujuan menerangkan sesuatu maklumat bagi menyakinkan sekumpulan
pendengar. Secara amnya, pidato ialah satu cabang seni penyampaian mesej secara lisan
yang mengandungi idea, menaakul konsep, menghuraikan dan merumuskannya secara
berkesan. Penyampaian pidato yang berkesan adalah secara bersahaja dalam bentuk
nasihat, peringatan, penegasan, sindiran dan selingan kecindan yang bertujuan untuk
mempengaruhi audien. Oleh itu, masyarakat berpidato perlulah diwujudkan untuk
membudayakan masyarakat yang maju pemikirannya, berani, berdaya saing, bersikap
positif, bermotivasi dan mampu mematahkan hujah negatif bagi menghasilkan idea
pembangunan serta pemodenan bangsa yang positif.

2.01 Konsep Pidato

Pidato ialah syarahan kepada umum, atas tajuk tertentu yang disampaikan oleh seorang
penyampai yang dipanggil “pemidato”. Pidato mengandungi pendahuluan, isi dan penutup.
Berpidato adalah satu seni yang boleh dipelajari dan bukan bakat yang diwarisi. Sentuhan
seni pidato adalah unik tidak seperti seni bahas yang bertujuan menegakkan dan mematikan
hujah lawan. Kemahiran berpidato boleh dipupuk dan diasah melalui proses pembelajaran,
pendedahan dan amalan dengan panduan, dan bimbingan daripada pengucap-pengucap
yang terlatih dalam bidang ini. Secara keseluruhannya, setiap insan berupaya dan
berpotensi menjadi pemidato yang berkaliber sekiranya diberi peluang untuk mengenali
kemahiran tersebut secara lebih sistematik. 2.02 Tujuan Pidato Pidato bertujuan
menyampaikan idea berkenaan sesuatu isu kepada audiens dan dalam masa yang sama
meyakinkan audiens tersebut melalui cara pembawaan pidato. Pidato juga bertujuan untuk
mempengaruhi orang lain agar mengikuti kemahuannya dengan suka rela. Selain itu, pidato
juga memberi suatu pemahaman atau informasi kepada orang lain dan membuat orang lain
senang dengan pidato yang menghibur sehingga orang lain senang dan puas dengan
ucapan yang kita sampaikan. Pemidato mestilah memahami tujuan pidato itu terlebih
dahulu.

3.0 JENIS-JENIS PIDATO

Pidato dapat dibahagikan kepada empat jenis iaitu impromptu, manuskrip, memoriter dan
esktemporanas.

3.01 PIDATO IMPROMPTU (SPONTAN)

Pidato impromtu adalah pidato yang dilakukan secara tiba-tiba, spontan dan tanpa
persiapan sebelumnya. Apabila kita menghadiri sebuah acara pertemuan, tiba-tiba kita
dipanggil untuk menampaikan pidato, maka pidato yang kita lakukan disebut impromtu. Bagi
pemidato yang berpengalaman, impromtu memiliki beberapa kelebihan kerana dapat
mengungkapkan perasaan pembicara yang sebenarnya, kerana pembicara tidak
memikirkan terlebih dahulu pendapat yang disampaikannya. Gagasan dan pendapatnya
disampaikan secara spontan. Tetapi bagi pemidato yang belum mahir atau belum
berpengalaman, kelebihan di atas tidak akan berkesan, bahkan dapat mendatangkan
kerugian seperti mengakibatkan penyampaian tidak lancar, menimbulkan kesimpulan yang
mentah, kerana dasar pengetahuan yang tidak memadai.

3.02 PIDATO MANUSKRIP

Pidato manuskrip adalah pidato dengan naskah. Pemidato membacakan naskah pidato
yang telah dibuat sebelumnya dari awal hingga akhir. Pidato manuskrip lebih kepada
"membacakan pidato" dan bukan "menyampaikan pidato". Pidato manuskrip dilakukan jika
isi yang disampaikan merupakan fakta yang tidak boleh ada kesalahan. Contohnya, ketika
pemidato melaporkan hasil penelitiannya dalam pertemuan ilmiah. Anda perlu
menuliskannya dalam bentuk naskah dan baru kemudian membacakannya. Kelebihan
pidato manuskrip ialah kata-kata dapat dipilih sebaik-baiknya sehingga dapat
menyampaikan erti yang tepat dan pernyataan yang berhemat. Pemidato juga akan fasih
dan yakin untuk berbicara kerana kata-kata sudah disiapkan. Manuskrip juga boleh
diterbitkan atau diperbanyak. Namun demikian, ditinjau dari proses komunikasi, pidato
manuskrip juga membawa kelemahan iaitu komunikasi pendengar akan berkurang kerana
pemidato tidak berbicara langsung kepada pendengar. Pemidato tidak dapat melihat
pendengar dengan baik kerana dia lebih menumpu pada teks pidato, sehingga akan
kehilangan gerak dan bersifat kaku.

3.03 PIDATO MEMORITER

Pidato memoriter ialah pidato yang ditulis dalam banyak naskah dan kemudian dihafal
semua kata oleh pemidato. Pidato jenis ini selalunya adalah untuk menyampaikan nasihat.
Pidato memoriter mempunyai kebaikan iaitu pidato akan berlangsung dengan lebih lancar
sekiranya pemidato menghafal dengan baik. Tetapi, keburukannya ialah pemidato akan
menyampaikan pidato secara mendatar dan tiada intonasi yang menarik perhatian orang
ramai.

3.04 PIDATO ESKTEMPORANAS

Pidato Ekstemporanas ialah pidato yang paling baik dan sering digunakan oleh pemidato
yang berpengalaman dan mahir. Semasa menyampaikan pidato ini, pemidato hanya
menyediakan rangka-rangka isi dan kata kunci pidato sahaja. Pemidato tidak perlu
mengingat atau menghafal setiap kata pidato tersebut. Kelebihan bagi pidato
ekstemporanas ialah komunikasi pendengar dan pemidato menjadi lebih baik kerana
pemidato berbicara secara langsung kepada pendengar. Penyampaian idea adalah fleksibel
untuk diubahsuai dengan keadaan dan berbicara dengan lebih spontan.

4.0 FORMAT MENULIS PIDATO

Berpidato pada dasarnya merupakan kegiatan mengungkapkan fikiran dalam bentuk kata-
kata lisan yang ditujukan kepada orang banyak dalam sebuah forum. Sebelum berpidato,
teks pidato perlu disiapkan dahulu. Format penulisan teks telah ditetapkan iaitu salutasi,
pembuka kata, pendahuluan isi, isi utama serta huraian, kesimpulan dan penutup pidato.
4.01 Salutasi

Salutasi ialah bahagian paling awal dalam pidato. Salutasi dimulakan dengan ucapan salam
kepada para hadirin atau mengucapkan rasa syukur kepada Tuhan. Seterusnya,
menyampaikan kata-kata aluan kepada pengerusi majlis, jemputan kehormat, para hakim,
penganjur majlis dan para hadirin mengikut kesesuaian majilis dan juga mengikut susunan
protokol.

4.02 PEMBUKA KATA

Pembuka kata yang baik dapat menarik perhatian para hadirin dan para hakim. Pemidato
boleh memilih sebuah pantun atau sebuah seloka yang sesuai dengan tajuk. Pemidato juga
boleh menggunakan teknik heuristik dalam pidatonya. Pemidato harus memastikan
pembuka kata yang digunakan segar dan menarik.

4.03 PERMULAAN ISI, TAKRIF DAN PENJELASAN ISI PIDATO

Pemidato memperkenalkan tajuk yang dipilih dan memberikan huraian berkenaan tajuk
tersebut. Takrifan ini penting sebagai asas dan juga sempadan kepada hujah-hujah yang
akan disampaikan.

4.04 ISI UTAMA, HURAIAN DAN CONTOH

Isi utama dalam pidato sangat penting dan harus bernas dan jelas. Setiap isi perlu diikuti
dengan huraian dan bukti yang sahih seperti statistik, kes-kes mahkamah, ilustrasi dan
sebagainya. Semasa menyampaikan isi, seseorang pemidato perlu memberikan perhatian
dari 6 segi pemilihan kata-kata bagi menyampaikan idea-idea dengan lebih berkesan.
Pemidato harus menentukan bahasa yang dapat difahami serta sesuai dengan pola fikir
orang-orang yang hadir. Di samping itu, pemidato perlu menyusun ideanya agar mencapai
kesepaduan, koheren dan pertautan.
4.05 Kesimpulan

Dalam kesimpulan sesebuah pidato, pemidato akan mengulangi idea-idea utama yang
menjadi tunjang kepad keseluruhan pidato. Sebagi pemidato, anda harus menegaskan
pendirian dengan penuh keyakinan.

4.06 Penutup

Pidato perlu ditutup dengan tertib dengan memberikan penghargaan kepada penganjur,
mohon maaf dan mengucapkan terima kasih. Seseorang pemidato harus ingat bahawa dia
menyampaikan hujah dengan lantang tetapi bukan menjerit. Pemidato harus menyimpulkan
segala sesuatu yang telah dibicarakan. Pemidato yang baik perlu memberi ucapan terima
kasih serta penghormatan kepada hadirin dengan nada dan intonasi yang sesuai. Ucapan
syukur dan mengagungkan Tuhan juga boleh sebagai akhir penutup pidato.

5.0 KEMAHIRAN MELAHIRKAN PENDAPAT DALAM PIDATO

Pendapat atau pandangan dalam sesuatu pidato adalah intipati pidato itu sendiri. Oleh itu
kemahiran melahirkan pendapat adalah penting. Ini kerana, pendapat yang baik tetapi tidak
dapat dizahirkan dalam pidato, tidak akan disampai kepada pendengar. Terdapat beberapa
aspek yang perlu dilihat dalam soal kemahiran melahirkan pendapat ini.

a) Pemilihan kata Pemilihan kata yang tepat membolehkan pemidato menyampaikan


pendapat atau pandangannya dengan berkesan. Pemidato harus ketahui bahawa jangan
mengulangi perkataan-perkataan yang sama berulang-ulang kali dan jangan gunakan
perkataan yang terlalu sukar difahami.

b) Pemilihan ayat Ayat yang pendek lebih mudah menyampaikan maklumat yang berkesan
dari ayat yang panjang dan berbelit-belit. Ayat yang terlalu panjang akan menyukarkan
orang ramai untuk memahaminya dan ayat yang berbelit-belit akan menyebabkan orang
menjadi keliru.

c) Penyusunan fakta Pidato harus mempunyai fakta yang jelas dan tepat. Penyusunan fakta
dalam pidato amat penting untuk kefahaman audiens. Jika pendapat yang diberi bukan
merupakan fakta atau agak-agakan sahaja, maka audiens tidak akan yakin terhadap
pendapat yang disampaikan oleh pemidato.
d) Kesepaduan Keseluruhan pidato perlu bersepadu. Ini bermakna pemidato tidak boleh lari
dari tajuk persoalan. Isu yang disampaikan mestilah mempunyai kaitan di bahagian
pengenalan, bahagian isi dan bahagian penutup.

e) Koheran bermakna terdapat perkaitan antara semua fakta yang disampaikan. Pemidato
tidak boleh melompat dari satu fakta ke satu fakta yang lain yang bukan dalam skop yang
sama.

f) Pertautan Pertautan bermakna setiap isi yang disampaikan itu mempunyai fakta dan
setiap fakta pula disertakan dengan bukti beserta contoh. Setiap isi seolah-olah ada
pertalian antara contoh dengan bukti, fakta dan isi.

g) Ringkas dan padat Fakta-fakta yang diberikan perlulah ringkas dan padat. Fakta yang
terlalu umum dan meleret-leret akan mengurangkan kefahaman atau minat pendengar.

6.0 CIRI-CIRI PENYAMPAIAN PIDATO YANG BAIK

Penyampaian yang menarik akan meningkatkan kualiti pidato dan memudahkan usaha
meyakinkan pendengar terhadap tajuk yang cuba diketengahkan dalam pidato tersebut.
Antara aspek penting dalam penyampaian yang baik ialah kelancaran, nada dan intonasi,
kecekapan berbahasa, dan gaya penyampaian.

a) Kelancaran Kelancaran bermakna pemidato menyampaikan pidatonya secara berterusan


tanpa tempoh masa henti yang agak panjang. Tempoh masa henti yang panjang di tengah-
tengah pidato akan memberi gambaran seolah-olah pemidato sudah kehabisan idea. Pidato
yang lancar dan berterusan akan meningkatkan keyakinan pendengar. Kelancaran juga
bermakna pengaliran idea secara berterusan tanpa perlu kerap melihat kepada nota.
Pemidato harus ingat bahawa lancar tidak bermakna laju. Ini kerana pidato yang terlalu laju
akan menimbulkan lebih banyak persoalan kerana pendengar tidak begitu dapat memahami
apa yang ingin disampaikan.

b) Nada dan intonasi merupakan naik turun suara seseorang pemidato semasa
menyampaikan pidato. Nada dan intonasi perlu dikawal dan dipelbagaikan supaya pidato
tidak bersifat mendatar dan membosankan. Harus kita ketahui bahawa nada tinggi dan
bersemangat adalah untuk menarik perhatian. Nada perlahan dan mendayu ialah apabila
ingin merayu dan meminta simpati. Nada sederhana dan mesra apabila memujuk. Manakala
nada tinggi dan lantang apabila ingin meluahkan perasaan atau emosi.
c) Kecekapan berbahasa Kecekapan berbahasa bermakna kemahiran menggunakan istilah
yang tepat dan menguasai tatabahasa yang baik dan ayat-ayat yang tersusun. Bahasa yang
tungganglanggang akan mengelirukan pendengar. Aras bahasa perlulah disesuaikan
dengan sifat umum pendengar. Misalnya, jika berpidato di kalangan kaum nelayan,
penggunaan bahasa haruslah mudah difahami dan bahasa yang sering digunakan. Unsur-
unsur keindahan 10 bahasa perlu diselitkan untuk menarik minat pendengar. Misalnya
penggunaan pantun, bahasa kiasan, peribahasa dan perumpamaan.

d) Gaya penyampaian Gaya penyampaian atau bahasa badan adalah aspek penting dalam
pidato. Pemidato yang hanya berdiri tegak tidak akan menarik minat pendengar. Pemidato
perlu bijak menggunakan gerak tangan, gerak mata dan gerak badan yang diselaraskan
dengan faktafakta tertentu dalam pidatonya. Pemidato tidak boleh kaku semasa
menyampaikan pidato. Namun aksi yang berlebihan atau keterlaluan juga perlu dihindari.
Selain itu, mimik muka juga perlu dijaga. Pemidato perlu senyum apabila memberi fakta
gembira, sedih apabila gundah dan marah apabila sampai peringkat emosi tinggi.
Contohnya, pemidato tidak wajar ketawa gembira apabila menceritakan tentang
kesengsaraan masyarakat.

7.0 IMEJ PEMIDATO YANG MEYAKINKAN

Pemidato yang baik memiliki keyakinan diri yang tinggi yang dapat menarik perhatian
khalayak dan mempengaruhi khalayak yang mendengar pidato yang disampaikan. Ciri-ciri
pemidato yang meyakinkan adalah: 1. Berpengetahuan luas Pengetahuan am yang luas
mengenai topik yang hendak diucapkan memainkan peranan penting yang menyebabkan
kita mahir dalam menyampaikan pidato. Jika kita berpengetahuan luas, kita dapat
melahirkan idea-idea dengan lancar dan bernas. Ilmu yang ada akan memudahkan kita
mengadun isi dan kaitannya dengan isu semasa dan kesesuaian khalayak. 2. Berkeyakinan
tinggi Keyakinan yang ada dalam diri ialah hasil daripada pengalaman yang lalu,
pengetahuan yang mencukupi, kemahiran yang ada dan juga faktor-faktor dalaman serta
luaran yang turut mempengaruhi kecekapan dan keberkesanan kita berpidato. Pemidato
harus berkeyakinan tinggi kerana keyakinan merupakan kunci kepada kejayaan sesuatu
yang kita lakukan. 3. Bersemangat Pemidato harus sentiasa dalam keadaan bersemangat
semasa penyampaian pidato. Sekiranya pemidato tidak bersemangat sudah tentulah
khalayaknya turut tidak bersemangat dan membosankan. Semangat yang ditunjujkkan oleh
pemidato akan menimbulkan dorongan kepada pendengar untuk terus mendengar dan
seterusnya mungubah sikap. 4. Persediaan yang mencukupi Perasaan takut dan kegugupan
wujud apabila penyampai tidak mempunyai persediaan yang mencukupi. Keadaan ini
berlaku mungkin disebabkan oleh pelbagai factor termasuklah menjadi terjun, situasi dan
sebagainya. 5. Memahami konsep kendiri Dengan memahami diri sendiri, kita akan dapat
menyelami lubuk hati khalayak. Sebagaimana kita tidak berminat kepada apa yang
dilakukan oleh pemidato lain, begitulah juga khalayak yang mendengar ucapan kita. Mereka
akan menilai apa yang kita ucapkan dan membuat keputusan sendiri sama ad untuk terus
mendengar atau terus memekakkan telinga.

8.0 KESIMPULAN

Pidato ialah suatu ucapan dengan susunan idea yang baik untuk disampaikan kepada
khalayak. Berpidato ialah keberanian yang jujur, tidak mengenal undur, tidak gentar dengan
orang ramai, tanpa rasa takut dan malu. Pemidato yang baik memiliki perasaan dan
menguasai keadaan. Pidato bertujuan menyampaikan kebenaran dengan pemaparan kuat
dan berpengaruh, cerdas akal, ketenangan, tarikan semangat dan kewibawaan. Pemidato
berkualiti ialah pemidato yang menghidupkan pidatonya di dalam hati, fikiran dan
perasaannya. Pidato bukan kata-kata tanpa makna tetapi pemimpin dalam khalayak yang
dipimpinnya.

Anda mungkin juga menyukai