Anda di halaman 1dari 3

Forum Week 4

Bincangkan secara ringkas perkara-perkara berikut:

a) Pengurusan persatuan

 Pengurusan persatuan bermula dengan menubuhkan persatuan dengan membentuk


jawatankuasa penaja untuk menentukan tujuan dan matlamat, aktiviti/kegiatan utama,
peraturan-peraturan persatuan dan ahli jawatankuasa penaja.
 Jawatankuasa penaja menulis permohonan rasmi kepada Pengetua/Guru Besar dan
mendapatkan kelulusan penubuhan dan pendaftaran persatuan.
 Pengurusan kewangan juga harus diambil kira supaya segala urusan kewangan
persatuan dapat diurus dengan baik dan sempurna.
 Pengurusan mesyuarat melibatkan mengedaran surat jemputan Mesyuarat Agung
Kelab yang diedarkan sekurang-kurangnya 14 hari sebelum mesyuarat diadakan.
 Pengurusan fail pula merangkumi jenis-jenis fail seperti fail induk persatuan, fail
pengerusi, fail setiausaha, dan fail kewangan (bendahari).

b) Prosedur tetap perkhemahan

 Peringkat prosedur tetap dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu sebelum, semasa dan
selepas.
 Prosedur tetap sebelum perkhemahan
i. Peraturan pelaksanaan perkhemahan - Kebenaran perkhemahan diperolehi
dengan mengemukakan permohonan. Penyertaan murid mestilah disertai oleh
guru-guru pengiring yang dilantik secara bertulis oleh Pengetua/Guru Besar.
ii. Organisasi perkhemahan – dirancang berdasarkan perkara-perkara seperti
penganjur, peserta, saiz kumpulan, syarat, kepimpinan dan jawatankuasa.
 Prosedur tetap semasa perkhemahan
i. Memastikan kesihatan dan kebajikan para peserta sepanjang perkhemahan
terjamin seperti jangkitan penyakit, keracunan makanan, kemudahan asas dan
sistem komunikasi.
ii. Memastikan Jadual Perkhemahan dilaksanakan mengikut perancangan.
iii. Memastikan Prosedur Keselamatan dilaksanakan dan dipatuhi.
iv. Mesyuarat penyelarasan harus dibuat pada akhir aktiviti.
 Prosedur tetap selepas perkhemahan.
i. Pastikan kawasan perkhemahan bersih.
ii. Memohon kebenaran daripada pemilik atau penduduk setempat untuk
meninggalkan kawasan perkhemahan.
iii. Mengadakan analisa bagi menilai semula aktiviti yang dijalankan dan
mengenalpasti kelemahan-kelemahan.
iv. Membentang dan membuat laporan (Aktiviti dan kewangan).
c) Pengurusan hari kokurikulum

 Pengurusan berdasarkan kepada tiga tahap iaitu sebelum aktiviti, semasa aktiviti
dijalankan dan selepas aktiviti.
 Sebelum aktiviti (pra)
i. Penyediaan kertas konsep/kertas kerja yang menekankan ikhtisas,
kemasyarakatan dan penyuburan diri.
ii. Mendapatkan kebenaran/maklumat bertulis dari pihak yang sepatutnya.
iii. Mesyuarat jawatankuasa untuk melantik AJK Kecil, penentuan anggaran
perbelanjaan, tempat aktiviti, penentuan dif jemputan untuk perasmian dan lain
lain.
iv. Raptai
 Semasa aktiviti dijalankan
i. Pentadbiran yang melibatkan urusetia, pendaftaran, pembahagian tugas, jadual
aktiviti, kawalan, pengurusan alatan.
ii. Penyediaan tempat / Mendirikan khemah.
iii. Kawalan dan penjagaan tempat/khemah
iv. Perjalanan program perkhemahan/Aktiviti Hari Kokurikulum
v. Pelaksanaan tugas-tugas AJK mengikut perancangan/senarai tugas ditetapkan.
vi. Bersurai.
 Selepas aktiviti
i. Membersihkan dan mengemaskan alatan/khemah
ii. Memulangkan/menyimpan alatan/khemah
iii. Membuat penyata kewangan
iv. Laporan dan penilaian/postmortem
v. Surat penghargaan/terima kasih kepada yang berkenaan.

d) Penilaian aktiviti kokurikulum

 Aspek-aspek yang dinilai ialah kehadiran, pencapaian, penglibatan dan jawatan


disandang.
 Markah Aspek Kehadiran – markah yang tinggi (50%). Ini bertujuan untuk
menggalakkan pelajar hadir pada setiap aktiviti yang dijalankan.
 Markah Aspek Pencapaian – 20%. Markah ini merupakan pencapaian pelajar dalam
pertandingan di peringkat Sekolah/Zon /Daerah/Negeri /Kebangsaan dan Antarabangsa.
 Markah Aspek Penglibatan – 20%. Markah ini diberikan kepada semua ahli
berdasarkan sumbangan dan komitmen mereka.
 Markah Aspek jawatan Disandang – 10%. Diberikan kepada individu yang
memegang sesuatu jawatan yang tertinggi dalam kegiatan kokurikulum.
 Penilaian kegiatan adalah berdasarkan:
i. Aktiviti pasukan pakaian seragam seperti Kadet remaja Sekolah, Pandu Puteri,
Pengakap, Seni Bela Diri dan sebagainya.
ii. Aktiviti Persatuan/kelab sepeerti Persatuan bahasa Malayu, Kelab Pencinta Alam,
Kelab Seni Lukis dan sebagainya.
iii. Aktiviti Kelab Sukan dan Permainan seperti kelab Olahraga, Kelab Renang, Kelab
Memanah dan sebagainya.

e) Pelancongan Sekolah

 Peraturan-Peraturan Am Yang Patut Diikuti:


i. Peraturan (Melancong) Sekolah 1957 “The Sschools (Tours) Regulation 1957”
ii. Surat Kementerian Pendidikan Malaysia Bil. KP 8592/L bertarikh 12.7.1966.
iii. Bagi yang menggunakan Bas (Bas Sekolah/Bas Pelancong, dan lain-lain)
Kebenaran Pengarah Pengangkutan Jalan hendaklah diperolehi.
 Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang seperti contoh yang
dilampirkan. Borang hendaklah disediakan sendiri oleh pihak sekolah.
 Permohonan bagi Lawatan Dalam Negeri hendaklah dibuat dalam 4 salinan.
 Persetujuan bertulis daripada ibu bapa / penjaga murid hendaklah diperolehi sebelum
lawatan diadakan. Perakuan kebenaran bertulis ibu bapa / penjaga hendaklah mengikut
format.
 Borang permohonan yang telah lengkap diisi harus diserahkan kepada Guru Besar /
Pengetua sekolah 6 minggu sebelum tarikh lawatan.

Anda mungkin juga menyukai