Anda di halaman 1dari 8

5 cara menjaga kebersihan diri yang paling dasar.

Kebiasaan menjaga kebersihan diri ini juga sebaiknya


diajarkan pada anak sedari kecil, untuk kebaikan di masa depan. Yuk, ikuti kebiasaan dasar ini:

1. Mandi secara teratur. Cuci tubuh dan rambut Anda sesering mungkin. Untuk kita yang tinggal di
negara tropis disarankan mandi sehari sekali, beberapa ada yang melakukannya dua kali dalam sehari.
Keringat yang dihasilkan tubuh bisa menimbulkan kulit mata, sedangkan jika kita dari luar, radikal bebas
dari polusi juga perlu dibersihkan dari tubuh.

2. Menggosok gigi. Setidaknya gosok gigi dua kali dalam sehari. Menyikat meminimalkan akumulasi
bakteri di mulut Anda, yang dapat menyebabkan kerusakan gigi dan penyakit gusi, kata Novey. Flossing
juga membantu menjaga gusi yang kuat dan sehat. Jadi biasakan untuk menggunakan dental floss
setelah menyikat gigi, ya.

3. Memotong kuku. Menjaga agar jari dan kuku Anda tetap terpotong dan dalam kondisi yang baik akan
mencegah masalah seperti kuku yang terinfeksi. Sementara kuku kaki yang kotor bisa menyebabkan
jamur

4. Mencuci tangan. Mencuci tangan sebelum menyiapkan atau makan makanan, setelah pergi ke kamar
mandi, setelah batuk atau bersin, dan setelah menangani sampah, sangat membantu mencegah
penyebaran bakteri dan virus. Simpanlah produk higienis, seperti hand sanitizer berbasis alkohol, yang
akan berguna ketika sabun dan air tidak tersedia.

5. Tidur nyenyak. Istirahat yang cukup kira-kira 8 hingga 10 jam semalam, agar Anda segar dan siap
setiap pagi. Kurang tidur dapat membuat Anda merasa lelah dan dapat membahayakan sistem
kekebalan tubuh Anda.

Cara-Cara Menjaga Kebersihan Alam Sekitar

1. Mulakan Dari Dalam Rumah Sendiri


mulakan berkemas, bersihkan dan buang apa yang tidak perlu di dalam rumah anda.
2. Tingkatkan Keceriaan dan Suasana di Persekitaran Rumah
letakkan sepokok atau beberapa pokok indoor plant di dalam rumah anda
3.Tetapkan dan Amalkan Rutin Penjagaan Kebersihan Secara Berkala
memastikan rumah dan kawasan persekitaran kita sentiasa bersih dan terjaga, kita harus menetapkan
dan mengamalkan beberapa rutin penjagaan kebersihan.
4.Tidak Membuang Sampah Di Merata-Rata Tempat
gunanya tong sampah yang disediakan kerajaan jika kita masih berdegil membuang sampah di atas
jalan, di dalam sungai, di taman-taman permainan dan sebagainya.
5.Elakkan berada di tempat yang persekitaran tidak bersih seperti tempat awam yang ramai orang
sedang merokok, tempat pembinaan dan kawasan yang tercemar. Ia boleh menyebabkan badan kita
tidak sihat dan mudah dijangkiti penyakit.
 DILARANG MEMBUAT SAMBUNGAN LEBIH DARI SATU
JANGAN gunakan plag atau soket yang pecah dan rosak
JANGAN gunakan peralatan yang rosak, wayar yang rosak dan pecah
KESELAMATAN ELEKTRIK
Apabila bekerja menggunakan peralatan elektrik, prihatin terhadap langkah
keselamatan adalah penting. Ini adalah kerana nisbah kematian terhadap kecederaan
adalah tinggi dalam kemalangan elektrik berbanding kemalangan dalam kategori lain.
Kegagalan mematuhi langkah keselamatan akan mengakibatkan kemalangan yang
serius.

•Antara akibat sekiranya bersentuhan dengan elektrik ialah:


1.Kejutan elektrik (electric shock)
- akibat drpd. pengaliran arus elektrik yang berlebihan melalui badan seseorang yang
menyebabkan fungsi tubuh (urat saraf, otot, organ) menjadi tidak normal.
2.Tisu badan terbakar (electrical burns)
-  akibat drpd. pemanasan arus elektrik yang berlebihan.
3.Kebakaran elektrik (elecrical fires)
- akibat drpd. pemanasan berlebihan peralatan elektrik dan bersentuhan dengan bahan-
bahan mudah terbakar.
Punca-punca kemalangan elektrik berlaku :
1.Punca-punca semulajadi
-   kilat
-  banjir
-  gempa bumi
2.Punca-punca drpd tindakan manusia
- kerosakan alat-alat atau perkakasan elektrik pd pendawaian yg  menyebabkan
kebocoran elektrik
-  kekurangan pembumian dan berlaku arus bocor
-  kekurangan pelindung arus berlebihan seperti fius atau pemutus litar
•Kelalaian manusia
-  pemasangan wayar yang salah
-  kegagalan menguji rintangan penebat pada alatan elektrik
-  pendawaian tambahan tanpa kebenaran
-  kegagalan membaiki alat-alat elektrik yang telah rosak
-  membuat modifikasi pd alat-alat elektrik-Kegagalan utk mematuhi segala peraturan
keselamatan semasa menggunakan alat-alat elektrik atau perkakasan elektrik.
-Jarang membaikpulih dan menguji peralatan atau mungkin tiada pengetahuan dalam
membaikpulih dan menguji peralatan.
Panduan Menggunakan Dapur Gas

Apa yang PERLU anda lakukan?

1. Pastikan semua injap peralatan gas ditutup dengan sempurna.

2. Pastikan barang yang mudah terbakar seperti kain dan kertas, dijauhkan daripada api.

3. Sekiranya anda menggunakan dapur bukan automatik, cara yang betul untuk menyalakan dapur adalah dengan
menyalakan mancis, mencucuh api ke pembakaran, kemudian memutar alat kawalan penyalaan.

4. Sentiasa membuka pintu dan tingkap ketika memasak. Pengudaraan yang tidak baik boleh menyebabkan
keracunan karbon monoksida.

5. Sentiasa membersihkan permukaan dapur yang terkena minyak dan tumpahan makanan kerana ia boleh
mengakibatkan kebakaran.

6. Sentiasa memeriksa gas dari semasa ke semasa dan dapatkan perkhidmatan individu kompeten yang diiktiraf
Suruhanjaya Tenaga.

7. Pastikan rumah anda mempunyai pemadam api.

Apa yang TIDAK BOLEH anda lakukan?

1. TIDAK BOLEH tinggalkan masakan tanpa pengawasan.

2. TIDAK BOLEH gunakan Gas Petroleum Cecair (LPG) pada dapur yang direka khas untuk Gas Asli.

3. TIDAK BOLEH lakukan sendiri kerja pengubahsuaian dan penyambungan laluan paip gas.

4. TIDAK BOLEH lakukan kerja penggalian di laluan talian paip gas.

Buka Barisan

Pergerakan ini dilakukan oleh Pengakap yang berada dalam barisan hadapan dan barisan belakang
sahaja. Pengakap dalam barisan tengah tidak melakukan sebarang pergerakkan. Pengakap berada
dalam keadaan sedia. Apabila mendengar hukuman, Pengakap di barisan hadapan bergerak dua
langkah ke hadapan dan pengakap di barisan belakang bergerak dua langkah ke belakang.
Seterusnya hentak kaki kiri disebelah kaki kanan dan akhirnya hentak kaki kanan supaya berada
dalam keadaan sedia semula.

Tutup Barisan

Pergerakan ini dilakukan oleh Pengakap dalam barisan hadapan dan belakang. Pengakap yang
berada di barisan tengah tidak melakukan sebarang pergerakkan. Pengakap berada dalam
kedudukan ’sedia’. Apibila mendengar hukuman tutup barisan, Pengakap di barisan hadapan
bergerak dua langkah ke belakang manakala di barisan belakang bergerak dua langkah ke
hadapan. Seterusnya, hentak kaki kiri disebelah kaki kanan dan akhirnya hentak kaki kanan supaya
berada dalam keadaan sedia semula.

Langkah Ke Sebelah

Hukuman langkah ke sebelah boleh diberikan dalam dua pergerakkan, iaitu langkah ke sebelah
kanan dan langkah ke sebelah kiri. Pengakap berada dalam kedudukan sedia. Apabila mendengar
hukuman langkah ke sebelah kanan,  Pengakap dikehendaki mengangkat dan meletakkan kaki
kanan di sebelah kanan kira-kira 20 inci. Seterusnya, angkat kaki kiri dan hentak di sebelah kaki
kanan supaya dalam kedudukan sedia. Apabila mendengar hukuman langkah ke sebelah kiri,
Pengakap dikehandaki mengangkat dan meletakkan kaki kiri disebelah kiri kira-kira 20 inci.
Seterusnya, angkat kaki kanan dan hentak di sebelah kaki kiri supaya dalam kedudukan sedia.

Paras

Tujuan arahan paras diberikan supaya barisan dibentuk adalah menarik dan senang membuat
pergerakkan. Bentuk paras bergantung kepada jurukawat dan jenis pertandingan yang ingin
dilaksanakan. Empat jenis paras yang boleh diberikan iaitu:-
      Paras ahli tinggi di tengah;

      Paras ahli rendah ditengah;

      Paras ahli tinggi di kiri; dan

      Paras ahli rendah di kiri

Kucing dikenali sebagai kucing bela jinak ialah


mamalia karnivor kecil daripada subspesis Felis silvestris catus. Ia ialah keturunan kucing liar
Afrika, Felis silvestris lybica dan barangkali telah dijinakkan 3,500 tahun dahulu di zaman
Mesir purba di mana ia digunakan untuk menjaga simpanan bijirin daripada tikus dan roden
yang lain. Hari ini, kucing merupakan salah satu binatang belaan rumah yang paling terkenal di
dunia.
Kucing yang keturunannya berdaftar secara rasmi dipanggil kucing baka, kucing baka tulen
atau kucing pertunjukan. Kucing baka tulen adalah kurang daripada satu peratus daripada
keseluruhan populasi kucing; kucing yang mempunyai baka campuran dirujuk sebagai bulu-
panjang bela jinak dan bulu-pendek bela jinak.

Terdapat pelbagai baka kucing domestik, ada yang tidak berbulu ataupun berekor, dan mereka
ada dalam pelbagai warna yang berlainan dan ada juga yang mempunyai banyak warna. Mereka
ialah pemangsa yang mahir dan diketahui bahawa mereka memburu lebih daripada seribu
spesies haiwan lain sebagai makanan. Mereka juga haiwan yang pintar dan ada yang
berkebolehan untuk menggunakan mekanisma ringkas seperti tuil pintu atau tandas manusia.
Mereka berhubung dengan mengiau (“ngiau”), mengeluarkan bunyi ‘purrr’, berdesis dan juga
isyarat anggota. Kucing boleh dikatakan masih baru dijinakkan, oleh itu kucing juga boleh hidup
di kawasan liar dan selalunya mereka akan membentuk satu koloni kecil. Hubungan manusia dan
kucing menyebabkan kucing dipujadalam dongengan dan legenda daripada beberapa bangsa,
contohnya Mesir Purba, Viking dan juga Cina.

Merbok atau Geopelia adalah satu genus kecil


burung merbok yang bersaiz kecil dan berekor panjang. Ia berasal dari Asia Tenggara dan
Australasia dan biasa ditemui di kawasan terbuka dan semak samun. Diet makanannya tertumpu
pada bijiran dan anak benih yang ia temui semasa mencari makanan di atas tanah. Merbok
biasanya bertelur sebanyak dua biji di dalam sarang yang ringkas yang terbuat dari ranting dan
rumput. Bulunya kebanyakan berwarna kelabu-perang dengan satu corak titik atau garis. Merbok
Balam dan merbok Berlian merupakan dua spesies yang biasa dibela dalam kurungan.

Merbok adalah sejenis burung yang jinak dan boleh dipelihara di dalam sangkar terbuka. Suara
burung merbok amat merdu. Di dalam semak atau belukar, kita boleh lihat burung merbok
terbang berdua-duaan. Burung ini sentiasa sahaja berpasangan. Jika seekor burung kita pelihara
dan seekor lagi mati, tidak lama kemudian burung kedua akan mati juga
Lembu atau nama saintifiknya Bos Taurus adalah sejenis mamalia dengan kriteria berdarah panas,
bertulang belakang dan melahirkan anak. Populasi lembu wujud hampir di seluruh negara termasuk
Afrika, Asia, Eropah dan Amerika. Populasi lembu di dunia mencecah 987.51 juta pada tahun 2020.
Negara India muncul sebagai negara yang mempunyai populasi lembu yang tertinggi, kemudian diikuti
Brazil dan United States.

Saiz dan berat lembu bergantung kepada jenis baka. Secara umumnya, lembu mempunyai berat antara
400 hingga 800 kg. Ia terdiri daripada tiga warna iaitu coklat, hitam dan putih. Kebanyakan lembu
memiliki tanduk. Jangka hayatnya adalah antara 12 hingga 20 tahun. Kebiasaannya, lembu dewasa
melahirkan seekor anak lembu pada satu-satu masa.

Lembu adalah haiwan herbivor. Ia hanya memakan rumput dan tumbuh-tumbuhan yang lain. Lembu
pada awalnya mengunyah sedikit makanannya dan kemudian menelan. Makanan itu disimpan di rumen.
Apabila lembu berehat, makanan itu dimuntahkan balik dan dikunyah semula untuk memudahkan
proses pencernaan. Cara pemakanannya yang unik membolehkan lembu mampu memakan rumput
dalam kuantiti yang besar dengan cepat. Sistem pencernaan lembu melibatkan empat bahagian perut
iaitu rumen, reticulum, omasum dan abomasum. Rumen dan reticulum  mempunyai enzim pencernaan
dan membantu proses pengeluaran semula makanan yang belum habis dikunyah. Omasum bertindak
menyerap air dan nutrien dari makanan. Asid hidroklorik dan enzim
Gajah adalah haiwan darat yang terbesar di dunia. Gajah boleh dijumpai di kawasan zoo dan juga
kawasan luar seperti hutan dan padang rumput di mana terdapat banyak tumbuhan. Gajah kini
tergolong dalam kategori haiwan terancam disebabkan berlakunya perburuan gading gajah dan
kerosakan habitat.

Terdapat dua jenis spesies gajah:

1. Gajah Afrika
2. Gajah Asia.

Sesuai dengan namanya, Gajah Afrika wujud di Afrika dan Gajah Asia wujud di Asia. Gajah
Afrika terbahagi kepada dua jenis; gajah savannah dan gajah hutan. Gajah Asia pula terdiri
daripada gajah India, Sumatra, Ceylon dan Bornish. Pelbagai perbezaan wujud antara Gajah
Afrika dan Gajah Asia. Saiz badan Gajah Afrika adalah lebih besar berbanding Gajah Asia.
Kumpulan sosial Gajah Afrika adalah lebih stabil, kompleks dan bersatu berbanding kumpulan
sosial Gajah Asia. Selain itu, dari aspek pemakanan, Gajah Afrika suka memakan makanan
berasaskan daun manakala Gajah Asia memilih rumput sebagai sumber makanan. Gajah Asia
tidak diburu oleh haiwan pemangsa kecuali manusia manakala Gajah Afrika khususnya anak
gajah terdedah kepada risiko serangan singa, buaya , dubuk dan juga manusia.

Gajah adalah haiwan herbivor. Ia memakan tumbuh-tumbuhan seperti ranting, rumput, tumbuhan
kecil, buah-buahan, batang serta akar pokok. Gajah memakan kira-kira 149 hingga 169kg
tumbuh-tumbuhan sehari bagi memenuhi keperluan tenaga seharian. Secara umumnya, gajah
makan di waktu awal pagi dan lewat petang. Aktiviti mencari makanan dipengaruhi oleh faktor
musim. Pada waktu tengahari di musim sejuk, gajah keluar mencari makanan manakala ketika di
musim panas, gajah gemar untuk berehat pada waktu tengahari.

Saiz badan yang besar serta memiliki belalai memberi banyak kelebihan mencari makanan
kepada gajah. Gajah besar mampu mencapai tumbuh-tumbuhan yang lebih tinggi berbanding
gajah kecil yang terbatas pergerakan fizikalnya. Apabila ingin mencapai bahagian tumbuhan
yang berada di kedudukan yang lebih tinggi, gajah cenderung untuk menolak atau merempuh
pokok berkenaan supaya bahagian yang dikehendakinya mudah dicapai. Antara kerosakan lain
yang dilakukan oleh gajah adalah mengupas kulit kayu, mematahkan ranting atau dahan pokok
dan memusingkan batang pokok.

Tenggiling (bahasa Inggeris: Malayan Pangolin) ialah salah satu daripada haiwan yang terdapat
di Malaysia. Nama sainsnya Manis javanica.[2]. [3]

Malaysia merupakan salah satu daripada 12 negara yang telah diiktiraf sebagai kepelbagaian
raya "mega diversity" dari segi bilangan dan kepelbagaian flora dan fauna dengan 15,000 spesies
pokok berbunga yang diketahui, 286 spesies mamalia, lebih 1,500 vertebrat darat, lebih 150,000
spesies invertebrat, lebih 1000 spesies rama-rama dan 12,000 spesies kupu-kupu, dan lebih 4,000
spesies ikan laut.

Tenggiling adalah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam haiwan, bertulang
belakang (vertebrat), kelas Mamalia. Dalam aturan : , tergolong dalam keluarga : . Tenggiling
adalah haiwan berdarah panas, melahirkan anak, menjaga anak, dan mempunyai bulu di badan.

Jantung Tenggiling terdiri daripada 4 kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atrium,
sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikel.

Makanan utama tenggiling ialah semut dan anai-anai.

Biasanya suka berehat dalam lubang-lubang yang terdapat pada bahagian akar pokok yang besar, dan
juga mengorek lubang dalam tanah. tenggiling juga suka bersembunyi dalam semak atau jerami

Selain itu, tenggiling memiliki ciri khusus yaitu menggulung dirinya dengan dengan sisik dan kulitnya
yang keras dan membentuk seperti bola.

Anda mungkin juga menyukai