Anda di halaman 1dari 3

Hakikat mengenai hari akhirat khususnya syurga, perlu difahami dan dihayati

oleh setiap muslim bagi mempertingkatkan kefahaman mereka secara dinamik sesuai
dengan perkembangan umur dan tanggungjawab kemasyarakatan di samping
menyokong amanah dakwah ke jalan Allah SWT seterusnya bertindak sebagai
pendorong kepada melakukan kebaikan dan sebagai perisai diri dalam perkembangan
masa dan tempat.
Namun begitu, masyarakat hari ini khususnya di Malaysia kurang mendapat
pendedahan yang luas mengenai persoalan akhirat khususnya syurga dan persiapan
bekalan ke sana. Persoalan ini kurang ditekankan berbanding persoalan lain yang
lebih menjurus kepada dorongan nafsu seperti hiburan dan kebendaan. Ini
menyebabkan mereka hanyut dengan gelombang globalisasi dan tidak mendapat
pandangan alam yang jelas tentang agama terutama persoalan akhirat. Akhirnya, ini
akan menyebabkan penghayatan dan keyakinan diri individu mahupun masyarakat
berkaitan persoalan akhirat adalah pada paras yang minimum dan sangat
membimbangkan. Perkara ini dapat dilihat dengan berleluasanya pelbagai masalah
seperti tidak amanah dan kelalaian individu muslim sama ada dalam bidang politik
dan ekonomi. Bahkan dari sudut cara kehidupan, sosial dan budaya pula, kita dapati
ramai rakyat muslim yang terikut-ikut dengan budaya Barat.

konsep syurga perlu diketengahkan untuk dipersembahkan kepada masyarakat dan


membantu mereka memahami hakikat persoalan syurga dengan lebih jelas supaya
ianya lebih mudah difahami, dihayati dan dihadirkan dalam hati secara berterusan
bagi melahirkan perlaksanaannya secara amali dalam kehidupan harian mereka agar
setiap tindakan dan perlakuan mereka bermanfaat di dunia dan di akhirat.

Fakhr al-Din al-Razi

Nama penuh beliau ialah Abu „Abd Allah Muhammad bin „Umar bin al-Husain bin
al-Hasan al-Taymi al-Bakri al-Tabrastani al-Razi. Lafaz al-Bakri pada nasab beliau
adalah menjelaskan bahawa nasab beliau bersambung sampai kepada khalifah
pertama; saidina Abu Bakar al-Siddiq.

Syurga
Syurga merupakan satu tempat di akhirat yang penuh dengan pelbagai kenikmatan
dan kesenangan yang belum pernah dilihat oleh mata, belum pernah didengar oleh
telinga dan tidak pernah terlintas dalam gambaran manusia. Syurga ini dijanjikan
kepada hamba-hamba Allah SWT yang bertakwa kepadaNya dan beramal soleh
dengan sentiasa melaksanakan segala perintah dan meninggalkan segala
laranganNya. Ia merupakan ganjaran yang kekal selama-lamanya bagi mereka.

Antara nama-nama khas bagi syurga yang diketengahkan oleh penulis berdasarkan
tafsiran al-Razi dalam Mafatih al-Ghayb ialah

al-Firdaus,

lafaz al-firdaus adalah merujuk kepada


taman yang mempunyai pohon kurma dan anggur. Namun, dari sudut istilah, ia
merupakan nama syurga yang dijanjikan kepada orang mukmin dan merupakan
syurga yang tertinggi di antara syurga-syurga. Di samping itu, al-firdaus juga
merupakan istana yang indah di syurga.

’Adn,

‘Adn merupakan salah satu nama syurga yang


bersifat kekal tanpa terdapat sebarang pengurangan. Ia juga merupakan di antara
syurga tertinggi yang dikhususkan bagi orang yang beriman dan beramal soleh.
Namun al-Razi juga ada menyebut bahawa ‘Adn juga merupakan sebuah bandar di
syurga.
al-Na’im,

lafaz al-na‘im membawa


maksud kenikmatan dan ganjaran yang sempurna serta tiada sebarang keaiban
padanya. Kenikmatan sedemikian hanya terdapat di syurga dan tidak berlaku di
dunia yang sementara ini. Al-Na‘im juga merupakan nama-nama syurga berdasarkan
pengertian dan sandaran pada lafaz jannah di samping menggambarkan sifat syurga
itu sendiri yang penuh dengan kenikmatan yang tidak terhitung.

alKhuld,

sepertimana al-Tabari, al-Razi mengatakan


bahawa Jannah al-Khuld itu ialah syurga yang tidak akan terputus kenikmatannya.64
Sementara al-Alusi dan Ibn Kathir pula menyatakan bahawa ia merupakan syurga yang
dijanjikan Allah SWT kepada orang yang bertakwa sebagai balasan dan
ganjaran di atas ketaatan mereka.
Ini menunjukkan bahawa al-Khuld juga merupakan salah satu nama khas
syurga yang bersifat kekal dari segala sudut termasuk sifat dan kenikmatan yang
disediakan.

al-Ma’wa,

al-Ma’wa merupakan nama


syurga yang disediakan bagi golongan yang tinggi martabatnya seperti malaikat,
para shuhada‟ dan orang yang bertaqwa kepada Allah SWT.

al-‘Aliyah,

lafaz ‘aliah merupakan syurga yang tinggi dan


cantik yang terletak pada tempat dan kedudukan yang tinggi. Selain itu, ia juga
menggambarkan bahawa terdapatnya tingkatan-tingkatan di syurga di mana
sebahagiannya lebih tinggi dari yang lain.

Dar al-Salam,

alSalam merupakan salah satu dari nama-nama Allah SWT yang menunjukkan kepada
sifatNya yang kekal dan tidak berubah-ubah. Justeru itu, dar al-Salam pula
merupakan nama salah satu syurga dan kenikmatan yang terdapat di dalamnya
terselamat dari sebarang pengurangan. Penghuninya terselamat dan sejahtera dari
segala bencana dan kesengsaraan seperti mana yang dihadapi oleh ahli neraka.
Selain itu, suasana dar al-Salam juga tidak sunyi dari ucapan salam antara mereka
dan mereka juga mendapat ucapan salam dari Allah SWT dan para malaikat.

Dar al-Muqamah

Dar al-Muqamah merupakan syurga yang


bersifat kekal di mana tiada lagi berlaku perpindahan dari Dar al-Muqamah kerana
ia merupakan tempat yang menjadi idaman setiap individu.

dan Dar al-Qarar. syurga yang kekal

Daripada paparan di atas, dapat dinyatakan bahawa syurga merupakan tempat


ganjaran yang Allah SWT sediakan bagi hamba-hambaNya yang mentaati perintah
dan larangan yang dibawa oleh para nabi dan rasulNya. Di dalamnya terdapat segala
kenikmatan yang tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga
dan tidak pernah terlintas di fikiran manusia. Di samping itu, terdapat beberapa
nama syurga menurut Fakhr al-Din al-Razi, antaranya al-Firdaus, ‟Adn, al-Na’im,
al-Khuld, al-Ma’wa, al-‘Aliyah, Dar al-Salam, Dar al-Muqamah, Dar al-Qarar
yang merupakan nama-nama khas bagi syurga, dan Raudah, Dar al-Akhirah, alHusna dan
al-Ghurfah
yang merupakan lafaz yang digunakan bagi menggambarkan
sifat-sifat syurga. Nama-nama tersebut dinyatakan sama ada secara jelas oleh alRazi
sebagai
nama-nama syurga atau disebut dari aspek unsur-unsur kenikmatan
yang terdapat di syurga dan sifat-sifatnya yang juga berperanan mengukuhkan lagi
keindahan dan kesempurnaan syurga yang dijanjikan kepada orang yang beriman.

KENIKMATAN SYURGA
Urusan ukhrawi, menurut al-Razi, perlu diutamakan dan diberi perhatian berbanding
urusan duniawi. Ini jelas ketika beliau mengupas ayat qul a’unabbi’ukum bi khayr
min dhalikum42 dari Surah Ali ‘Imran (3: 15). Beliau turut membawa ayat lain
sebagai sokongan iaitu wa al-akhirah khayr wa abqa
43 dari Surah al-A‘la (87: 17).
Beliau mengemukakan satu analogi bagi menggambarkan betapa kenikmatan
di akhirat adalah lebih baik berbanding kenikmatan di dunia. Beliau mengatakan
bahawa jika kehidupan dan kenikmatan dunia lebih indah dan lebih luas dari
kenikmatan yang dikecapi ketika berada di dalam perut ibu, maka begitu juga
dengan kenikmatan di akhirat, iaitu ia juga adalah lebih indah dan menarik
berbanding kehidupan di dunia.44 Ini kerana terdapat kemudharatan dan kekurangan
dalam kenikmatan di dunia, sedangkan kenikmatan di akhirat, ia kekal dan bebas
dari sebarang kemudharatan dan kekurangan.45 Berdasarkan hakikat ini, al-Razi
menegaskan bahawa urusan di akhirat adalah lebih utama untuk difikirkan kerana
setiap manusia akan dibangkitkan di akhirat sama ada sebagai ahli syurga atau ahli
neraka dan mereka akan kekal di sana selamanya.

Anda mungkin juga menyukai