Anda di halaman 1dari 4

PENILAIAN REFLEKSI JU MUDA KBAT

TERHADAP BENGKEL PEMANTAPAN JU MUDA KBAT 2017


ONG ENG SING @ PETER ONG
FARIDAH ANUM BT ABDUL WAHID

Abstrak
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji penilaian refleksi JU (Jurulatih Utama) Muda KBAT (Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi) terhadap kursus pemantapan JU Muda KBAT IPGKIK (Institut Pendidikan Guru
Kampus Ilmu Khas) yang dijalankan pada 25 Februari 2017. Sampel kajian ini terdiri daripada 25 orang
JU muda dari IPGKIK. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan menggunakan kaedah
refleksi dan temubual sebagai instrumen pengumpulan data. Kajian mendapati bahawa kursus
pemantapan JU Muda KBAT adalah penting untuk para JU muda sebagai pendidik pada masa kini dan
juga pada masa hadapan. Selain itu, semua pihak mengatakan bahawa kursus ini telah berjaya
dikendalikan oleh Biro JU Muda IPGKIK untuk semua JU Muda dengan jayanya dan berkesan.

Kata Kunci: Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), Jurulatih Utama Muda (JU Muda), Institut
Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas (IPGKIK)

Abstract
This study was conducted to gauge the reflection of junior trainers towards the course on Higher Order
Thinking Skills which was held on 25 February 2017. The participants of this study comprised 25 junior
trainers from Specialist Teachers Training Institute Kuala Lumpur. This study employed a qualitative
approach using reflections and interviews as the data gathering instruments. The findings of this study
indicated that the participants perceived the course on Higher Order Thinking Skills as vital to all
present and future educators. Besides, all participants unanimously agreed that the course was indeed
conducted successfully.

Key words: Higher Order Thinking Skill (HOTS), Junior trainers, Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu
Khas (IPGKIK)

1. PENGENALAN

2. PERNYATAAN MASALAH
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan beberapa program untuk
meningkatkan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar. Salah satu program tersebut ialah i-THINK di
mana para guru merentas kesemua mata pelajaran merupakan pelaksana program tersebut. Sejajar dengan
usaha KPM ini, maka program i-THINK juga diperkenalkan kepada semua guru pelatih dengan harapan
agar mereka dapat menerapkan kemahiran berfikir dalam mata pelajaran yang diajar di sekolah nanti.
Namun, terdapat pelbagai masalah dihadapi oleh guru pelatih dalam PdP telah dikenal pasti. Antaranya
adalah pembentukan soalan KBAT yang berunsurkan KBAT. Selain itu, guru pelatih kurang jelas tentang
penggunaan peta pemikiran i-THINK dalam PdP. Sehubungan itu, timbulnya satu keperluan untuk
mewujudkan satu barisan Jurulatih Utama (JU) dalam usaha untuk memastikan para pensyarah di Institut
Pendidikan Guru memperoleh pengetahuan dan kemahiran tentang penerapan kemahiran berfikir,
khasnya dalam penerapan dan penggunaan i-THINK dalam pembentukan soalan KBAT dalam pengajaran
dan pembelajaran.

1
3. TINJAUAN LITERATUR

4. OBJEKTIF UMUM
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji penilaian refleksi JU Muda KBAT terhadap kursus pemantapan JU
Muda KBAT yang telah dilaksanakan untuk 25 JU Muda KBAT IPGKIK 2017.

4.1 OBJEKTIF KHUSUS


Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan tahap penilaian refleksi JU Muda KBAT terhadap kursus
pemantapan 25 JU Muda KBAT IPGKIK 2017.

4.2 PERSOALAN KAJIAN


Apakah refleksi JU Muda KBAT terhadap kursus pemantapan JU Muda KBAT?

5. METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini menggunakan kaedah refleksi dan temubual. Borang refleksi dan hasil temuduga yang
dikutip daripada 25 JU Muda KBAT terhadap kursus pemantapan JU Muda. Data dianalisis mengikut
borang refleksi dan hasil temubual untuk mendapatkan tahap penilaian JU Muda KBAT terhadap kursus
pemantapan JU Muda KBAT secara kualitatif.

6. PESERTA KAJIAN
Terdapat 25 peserta kajian telah menghadiri kursus pemantapan JU Muda KBAT. Daripada 25
peserta kajian, 14 adalah peserta perempuan dan 11 adalah peserta lelaki. Semua peserta kajian tidak
pernah menghadiri sebarang kursus tentang penggunaan peta pemikiran i-THINK dan juga pembentukan
soalan berdasarkan KBAT. Peserta kajian terdiri daripada pelajar-pelajar dari PPISMP semester 2, PISMP
semester 2 dan PISMP semester 4.

7. ANALISIS HASIL REFLEKSI

7.1 Fasilitator Kursus pemantapan JU Muda KBAT


Melalui temubual yang dilaksanakan terhadap 25 JU Muda KBAT mengenai peranan fasilitator
kursus ini, hampir semua peserta telah menyatakan fasilitator kursus ini sangat membimbing para JU
Muda KBAT dalam memahami konsep peta iTHINK dan berusaha memberi penjelasan yang lebih lanjut
untuk mendapatkan fakta dengan tepat dan teori yang betul. Selain itu, peserta juga berpersepsi bahawa
fasilitator sentiasa menjawab soalan dengan baik dan setiap persoalan yang dikemukakan direspon sambil
diberi penjelasan yang terperinci. Penerangan yang diberikan tersebut, mengikut peserta kursus,
menunjukkan fasilitator sangat berpengetahuan dalam bidang i-THINK serta sentiasa memastikan peserta
kursus faham tentang peta i-THINK dan juga memahami cara penghasilan soalan KBAT dengan betul.

Sahsiah merupakan satu sikap atau penampilan yang ditonjolkan oleh seseorang. Dalam kajian ini
juga 25 JU Muda KBAT berpendapat bahawa fasilitator JU Muda mempunyai keterampilan yang agak
baik kerana sentiasa memberi kerjasama serta sentiasa peka terhadap masalah yang dihadapi oleh JU
Muda. Selain itu, sikap yang proaktif fasilitator juga penting dalam menarik minat JU Muda untuk
memberi tumpuan atau fokus sepanjang program berlangsung. Sekiranya sesuatu program mempunyai
fasilitator yang berketerampilan dan bijak memainkan peranan dengan sempurna, secara tidak langsung ia
dapat memotivasikan JU Muda dalam mengorak langkah menjadi JU Muda KBAT IPG Kampus Ilmu
Khas.

2
Aspek pengetahuan dan kemahiram mengenai kandungan kursus amat penting pada fasilitator JU
Muda KBAT. Pengetahuan dan kemahiran yang disampaikan oleh fasilitator merupakan tunjang utama
keberkesanan sesuatu kursus. Pencairan maklumat dan kemahiran perlu dimantapkan agar penyebar
luasnya akan lebih memberi kesan jangka masa panjang terhadap kumpulan sasaran. Oleh itu 25 JU Muda
KBAT berpendapat fasilitator amat membantu dalam memberi penerangan kepada mereka sambil
memberi tunjuk ajar dengan sedaya upaya tentang Taksonomi Bloom dalam penyediaan soalan KBAT
mengikut aras yang berlainan dengan efektif. Di samping itu, 25 JU Muda berpandangan bahawa mereka
memahami peta iTHINK dan berkebolehan untuk membina soalan KBAT berdasarkan Taksonomi Bloom.

Teknik penyampaian merupakan bagaimana sesuatu ilmu atau kemahiran disampaikan. Teknik
penyampaian sangatlah penting dalam membantu memahami sesuatu ilmu atau kemahiran. 25 JU Muda
KBAT berpendapat bahawa fasilitator berjaya menyampaikan pengisian program dengan baik serta
sentiasa memantau tugasan JU Muda sepanjang program berlangsung. Selain itu, fasilitator yang dipilih
dapat mewujudkan suasana kolaboratif antara fasilitator dengan peserta bengkel.

7.2 Para Pensyarah Biro JU Muda KBAT Memainkan Peranan Dalam Bengkel Ini
Melalui temubual yang telah dikutip, dapatan mendapati banyak peranan yang dimainkan oleh
pensyarah dalam menjayakan kursus pemantapan JU Muda ini. Antaranya ialah membimbing dan
membantu 25 JU Muda untuk menguasai 8 peta pemikiran dan aplikasi KBAT dalam pembentukan
soalan KBAT dalam pengajaran dan Pembelajaran (P&P). Selain itu, peranan yang amat penting adalah
sebagai penasihat kepada 25 JU Muda jika terdapat masalah atau soalan yang tidak dapat diselesaikan.
Peranan ini penting kerana pensyarah merupakan pakar rujuk tentang keseluruhan kursus seperti
pengurusan, persediaan bahan-bahan, tempat berkursus, pengurusan makanan dan minuman, peralatan,
Information and Communications Technology (ICT) dan sebagainya.

Selain itu, pensyarah juga memainkan peranan sebagai pembimbing kepada 25 JU Muda KBAT
untuk mencapai objektif dengan mengadakan perbincangan tentang cara melaksana atau mengendalikan
bengkel dengan lebih menarik dan berkesan. Peranan utama pensyarah adalah untuk merancang dengan
menghasilkan kertas kerja untuk diluluskan oleh pihak IPGKIK sebelum kursus dikendalikan. Hasil
temubual juga telah mendapati banyak peranan pensyarah dalam merancang, melaksana dan mengurus
kursus sehingga berjaya ke akhir. Oleh itu, pensyarah memainkan banyak peranan sebelum dan selepas
kursus ini. Antaranya adalah mengadakan mesyuarat untuk mengendalikan kursus dengan baik sebelum
tarikh kursus diadakan, menyediakan video dan dokumentasi untuk rujukan, menyediakan sijil kehadiran
untuk semua peserta kursus dan akhir sekali mengadakan perbincangan postmortem selepas kursus ini
untuk penambahbaikan pada masa yang akan datang.

8. RUMUSAN DAN CADANGAN


Kursus pemantapan JU Muda KBAT IPGKIK telah berjaya dikendalikan pada 18 Februari 2017.
Semua JU Muda rasa sangat seronok untuk mengikuti kursus ini. Mereka dapat memperoleh pengetahuan
dan kemahiran yang mantap selepas kursus ini. Mereka memahami segala maklumat yang disampaikan
dalam kursus ini. Mereka boleh mengaplikasikan maklumat yang mereka pelajari untuk membentuk
soalan KBAT. Mereka menyatakan bahawa maklumat dalam bengkel ini adalah bermanfaat dan mereka
akan sentiasa menggunakan peta pemikiran i-THINK dengan betul dalam penyediaan P&P mereka.
Selain itu, mereka berhasrat memperkenalkan peta pemikiran i-THINK kepada rakan-rakan mereka yang
belum tahu menggunakannya dari semasa ke semasa. Mereka menganggap kursus ini adalah penting
untuk mereka sebagai pendidik pada masa hadapan.

Dicadangkan bahawa kursus ini boleh dikendalikan di sekolah-sekolah rendah dan sekolah-
sekolah menengah pada masa hadapan. Selain itu, kursus ini boleh juga dikendalikan di IPG lain di

3
negara kita supaya lebih ramai guru pelatih peka tentang penggunaan peta pemikiran i-THINK yang betul
dan pembentukan soalan KBAT yang cemerlang.

RUJUKAN

Ainon Mohd. & Abdullah Hassan. (2003). Belajar berfikir. Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn.
Bhd.
Chew Fong Peng & Shashipriya Nadaraja. (2015). Pelaksanaan kemahiran berfikir kreatif dan kritis
dalam pengajaran dan pembelajaran komsas di sekolah menengah. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu, 4(2), 10-24.
Hyerle, D. & Yeager, C. (2007). Thinking maps: A Language for Learning. US: Thinking Maps
Incorporated.
Kamarudin Husin & Siti Hajar Abdul. Aziz. (2004). Pedagogi pendidikan. Kuala Lumpur:
Kayazano Enterprise
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
(Pendidikan Prasekolah Hingga Lepas Menengah). Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Martin, M.O., Mullis, I.V.S., Foy, P., & Stanco, G.M. (2012). TIMSS 2011 International Results in
Science. Chestnut Hill, MA: TIMSS & PIRLS International Study Center, Lynch School of
Education, Boston College.
Muhamad Sidek Said. (2013). Aplikasi menggunakan “thinking map‟ dalam program praktikum KPLD
Di Tadika Yayasan Islam Terengganu, Seberang Takir, Kuala Terengganu. Kertas kerja
dibentangkan di Seminar Kajian Tindakan Peringkat Kebangsaan, Tanjung Vista Hotel, Kuala
Terengganu, 23-25 April 2013.
Rajendran, N.S. (2008). Teaching & acquiring hinger order thinking skills teory & practise. Tanjong
Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Pusat Perkembangan Kurikulum. (1999). Penerapan Kemahiran Berfikir dan Strategi Berfikir dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Sains. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Belajar Cara Belajar. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan
Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pusat Perkembangan Kurikulum. (2002). Kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran. Kuala
Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Rafiei Mustapha. (1998). Kajian tentang kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah menengah. Prosiding Seminar Pendidikan
Sempena Jubli Emas MPLB. Accessed on March 2016, 30, from
http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/1998/98_Rafiei.pdf
Robertson, S. I. (1999). Types of thinking. London: Routledge.
Sophia Tan Soo Yee. (2010). Hubungan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dengan pencapaian
matematik dalam kalangan pelajar sekolah menengah daerah Padawan, Sarawak. Tesis Ijazah
Sarjana Pendidikan yang tidak diterbitkan, Universiti Utara Malaysia, Sintok.

Anda mungkin juga menyukai