Anda di halaman 1dari 6

TAJUK

AMALAN PEMBELAJARAN ABAD 21 PELAJAR MAJOR PENDIDIKAN


SENI VISUAL DALAM PENULISAN RANCANGAN HARIAN KURSUS
PSVK3083 DAN PRKA3012

Nama penyelidik
Zaharah bt Mohamad
Nor Azizah bt Atan
Faridah Anum bt Abdul Wahid
faridah_anum@ipgkik.edu.my

Jabatan Pendidikan Seni Visual


IPG Kampus Ilmu Khas, Cheras

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana amalan Pembelajaran Abad 21(PAK 21) digunakan dalam
penulisan rancangan pengajaran harian(RPH) mata pelajaran Pendidikan Seni Visual (PSV) bagi kursus
PSVK3083 (Pedagogi PSV) dan PRKA3012(Persediaan Pengajaran dan Pembelajaran) . Seramai 15
orang guru pelatih PISMP Ambilan Jun 2016 dari Jabatan Pendidikan Seni Visual telah menghasilan
penulisan rancangan harian PSV sebagai salah satu tugasan dalam kedua-dua kerja kursus bagi semester
1/2018. Reka bentuk kajian ini adalah secara kualitatif iaitu melalui kaedah analisis dokumen dan laporan
bertulis iaitu penulisan Rancangan Pengajaran(RPH). Senarai semak mengandungi bahagian A,B dan C
dengan pengkaji mencacat ada atau tiada elemen PAK 21 digunakan. Data dianalisis menggunakan
kekerapan bilangan dan dilaporkan secara peratus dan min. Dapatan menunjukkan
responden menggunakan min:22.34 atau 74.5% elemen PAK 21. Daripada hasil kajian ini, didapati
responden kurang menggunakan alat dalam kemahiran berfikir( min: 17.6,58.7%) ,mempelbagaikan
strategi dan teknik pengajaran terkini(min: 14.5 48.3%).

Katakunci : Amalan Pedagogi, Pembelajaran Abad 21(PAK 21), Penulisan Rancangan Harian PSV,
kursus PSVK3083(Pedagogi PSV) dan PRKA3012(Persediaan pengajaran dan Pembelajaran)

Abstract

This study aims to observe the practice of Pembelajaran Abad 21 (PAK 21) in the writing of Daily Lesson
Plan (RPV) for subject PSVK3083 (PedagogiPSV) and PRKA3012 (Persediaan Pengajaran dan
Pembelajaran). A set of 15 PISMP trainee teachers June 2016 Intake from Visual Arts Department had
produced the PSV daily lesson plan as one of their assignment in both course work for semester 1/2018.
The framework of this study is qualitatively research through document analysis method and reports from
the Daily Lesson Plan (RPH). The checklist contains parts A, B and C which researchers’ documented
whether the element of PAK 21 is used. The data is analyzed using occurrence number and reported by
percentage and min. The results showed that respondents used min: 22.34 or 74.5% element of PAK 21.
From the results of this study, respondents were using less tools in thinking skills (min: 17.6.58.7%),
diversify the latest teaching strategies and techniques (min: 14.5 48.3%).

Key words: Pedagogical Practice, Pembelajaran Abad 21 (PAK 21), PSV, PSVK3083 (PSV Pedagogy)
and PRKA3012 (Persediaan pengajaran dan Pembelajaran)

1. PENGENALAN

Perkembangan teknologi membawa perubahan dalam pendidikan. Penerimaan pelajar dalam proses
pengajaran dan pembelajaran juga berubah. Teknologi maklumat dan komunikasi dalam pembelajaran
dan pengajaran kini digunakan bagi membangunkan modal insan berteraskan kemahiran abad ke-21
(Dasar Pendidikan Kebangsaan, 2012). Kemahiran abad ke-21 diperlukan bagi menjadi sebahagian
masyarakat dan tenaga kerja abad ke-21. Bagi memenuhi keperluan ini, suatu set kemahiran digelar
kemahiran abad ke-21 dibina. Kementerian Pendidikan Malaysia telah melancarkan inisiatif pembelajaran
abad ke-21 secara rintis pada tahun 2014 dan meluaskan pelaksanaan ke seluruh negara mulai tahun 2015.
Pelaksanaan pengajaran berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum
Standard Sekolah Menengah (KSSM) menjadi penanda aras keberkesanan pendidikan abad ke-21.
Kemahiran abad ke-21 dikatakan satu set kemahiran yang diperlukan untuk murid bersaing di era digital.
Menggabungkan kemahiran abad ke-21 dengan penulisan rancangan harian PSV menjadi salah satu cara
untuk siswa guru mahir dan menguasai konsep PSV.

Sebagai salah sebuah institusi perguruan, Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas (IPGKIK) antara
tangggungjawabnya melatih siswa guru untuk ditempatkan mengajar di sekolah rendah di seluruh
Malaysia. Siswa guru didedahkan dalam aspek pembelajaran kelas abad ke-21 yang berfokus kepada
pembelajaran berpusatkan murid, penggunaan komputer, pembelajaran aktif, pembelajaran kendiri,
mengadakan persekitaran yang kondusif, pembelajaran kolaboratif dan penilaian berasaskan pencapaian.
Salleh, Mohd. Yusof, Raja Ismail dan Mohammed Sani (2007) menyatakan urusan belajar untuk
mengajar adalah sesuatu yang kompleks bagi guru permulaan dan mungkin merupakan proses yang
mengambil masa yang lama. Sehubungan dengan itu, pensyarah memainkan peranan yang penting dari
segi melatih pelajar dengan pedagogi terkini abad ke-21 yang merangkumi pelbagai elemen yang
dibincangkan dalam kajian ini.

Pengajaran abad ke-21(PAK21) adalah proses pembelajaran yang berpusatkan murid berteraskan elemen
komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, kreativiti serta aplikasi nilai murni dan etika. Kurikulum
Kebangsaan dan Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan telah dikaji semula dan dipastikan berupaya
menghasilkan murid yang holistik dan menguasai kemahiran abad ke-21 dalam mendepani cabaran
semasa dan masa hadapan. Perubahan yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan adalah dengan
menyusun semula Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi ke dalam RPT dan
RPH mengikut keupayaan murid semasa pelaksanaan PdP dengan menggunakan pedagogi yang
bersesuaian bagi mencapai objektif pembelajaran(BPK,2018).

Ini ada dinyatakan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas bil.3/1999 : KP (bs) 8591/jilid xv/ (3) – 9 mac 1999
Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran

• Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) : Mengandungi secara ringkas isi pengajaran dan
pembelajaran berdasarkan sukatan pelajaran kebangsaan
• Rancangan Pelajaran Harian (RPH) : Merupakan terjemahan RPT yang mengandungi
maklumat seperti objektif, cara bagaimana hendak mencapai objektif (aktiviti) dan kenyataan
sejauh mana objektif itu tercapai (refleksi)
Dalam semester 1/2018, salah satu kursus teras yang ditawarkan kepada siswa guru semester empat major
PSV adalah PSVK3013 iaitu Pedagogi Pendidikan Seni Visual(PSV) iaitu kandungan yang menekankan
kaedah dan strategi pengajaran PAK21 antaranya:
• Pembelajaran Berasaskan Inkuiri
• Pembelajaran Berasaskan Projek
• Pembelajaran Berasaskan Masalah
• Pendekatan STEM
• Aktiviti PAK21

Kursus PRKA3012 iaitu Persediaan Pengajaran dan Pembelajaran PSV. Kursus ini memfokuskan kepada
perancangan pengajaran dan pembelajaran; pengajaran mikro; pengajaran makro; profesionalisme guru
dan komuniti pembelajaran profesional. Kedua-dua kursus PSVK3083 dan PRKA3012 ini memerlukan
pelajar mahir dalam menghasilkan RPH dan bersedia menjadi guru yang professional(RMK, 2018)

2. PERNYATAAN MASALAH

Pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 memerlukan siswa guru berfikir, merancang, berbincang,
menilai, mereka cipta dan membuat keputusan berlatarkan Model Partnership for 21st Century (2015).
Apa yang menjadi masalah dalam kalangan siswa guru ialah dari segi kefahaman, kemahiran dan
kesediaan mereka untuk mengamalkan input dan kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang
diperlukan pada abad ke 21. Siswa guru perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran abad
ke-21 yang memfokuskan kepada elemen-elemen kemahiran pemikiran kritikal, kemahiran kolaborasi,
kemahiran komunikasi dan kreativiti. Kajian ini ingin meneroka apakah amalan pengajaran abad 21
pelajar major PSV diaplikasikan dalam penulisan rancangan harian PSV bagi kursus major.

3. TINJAUAN LITERATUR

The Partnerships for 21st century skills telah mengemukakan kerangka pembelajaran abad ke-21 untuk
membantu penerapan abad ke-21 menerusi kurikulum. Murid yang berjaya menguasai kurikulum ini
dikatakan mampu menjadi sebahagian masyarakat dan tenaga kerja abad ke-21. Maka, murid bukan
sekadar menguasai pengetahuan kandungan akademik, tetapi berupaya mengaplikasikan pengetahuan dan
kemahiran terhadap tugasan yang diberi. Asas dalam kursus teras perlu disokong oleh kemahiran seperti
(a) kemahiran inovatif dan pembelajaran, (b) kemahiran maklumat, media dan teknologi, dan (c)
kemahiran hidup dan kerjaya (AACTE & the Partnership for 21st Century Skills, 2010).

Kemahiran menggunakan teknologi bukan sekadar kemampuan menggunakan teknologi seperti Google,
Youtube, Twitter, blog dan sebagainya. Murid kini sudah mahir dalam menggunakan segala teknologi
yang ada berikutan mendapat pendedahan dan kemudahan. Tetapi bagaimana seseorang murid tersebut
menggunakan teknologi tersebut untuk mengkaji, menyusun atur, menilai dan mencari maklumat. Murid
kini sememangnya mengetahui bagaimana menggunakan teknologi, tetapi masih terdapat jurang dalam
pengetahuan murid bagaimana mencari maklumat yang tepat dan sah menggunakannya (Frey & Fisher,
2012).

Seterusnya, pengintegrasian teknologi di dalam bilik darjah diperlukan oleh siswa guru. Namun,
pengintegrasian teknologi bagi membina kemahiran abad ke-21 bukan sekadar menggunakan pelbagai
teknologi di dalam PdP. Tetapi bagaimana seseorang siswa guru yang terlibat dalam praktikum
membimbing murid dalam menilai segala maklumat yang diperoleh daripadanya. Selain, boleh menjadi
pendekatan bagi membolehkan siswa guru membina kemahiran abad ke-21 seperti kerjasama, kolaborasi
dan pembelajaran kendiri (Walser, 2008). Oleh itu, keperluan membina kemahiran maklumat, media dan
teknologi di dalam kemahiran abad ke-21 perlu difahami sebetulnya oleh siswa guru. Becta (2010) telah
menyenaraikan kefahaman dan pengetahuan yang diperlukan siswa guru untuk menggunakan teknologi
secara efektif menggunakan teknologi antaranya adalah: 1) mempamerkan kebolehan menggunakan
internet dalam konteks profesional, 2) memahami fungsi teknologi dalam PdP yang efektif, 3)
mempunyai pengetahuan dalam ICT, 4) memahami bagaimana mengenal pasti dan membina kebolehan
ICT murid, dan 5) memahami tanggungjawab untuk melindungi murid dan data mereka.

Terdapat banyak kajian berkenaan dengan PdPc berteraskan pembelajaran abad ke-21. Oleh itu, fokus
utama kajian ini tertumpu kepada amalan pedagogi abad 21 dalam penulisan rancangan harian PSV
mengambil matapelajaran Pendidikan Kesenian sebagai subjek wajib di sekolah. Masyarakat abad ke-21
merupakan masyarakat yang berorientasikan sains dan teknologi serta menggunakan prasarana teknologi
maklumat terkini dalam kehidupan seharian (Zamri & Mohamed Amin 2005). Oleh hal yang demikian,
sektor pendidikan juga turut menerima tempiasnya dalam kemajuan sains dan teknologi.

Selain itu, menerusi kajian Faezah dan Saemah (2011), proses PdPc yang berlaku tanpa mempunyai aspek
kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis akan menyebabkan PdPc tersebut tidak efektif. Walau
bagaimanapun, berfikir secara kreatif dan kritis bergantung juga kepada kecerdasan pelajar tersebut.
Selain itu, PdPc yang berpusatkan guru menyebabkan murid tidak mempunyai kemahiran untuk membuat
keputusan sendiri dan hal ini tidak menggalakkan mereka untuk berfikir secara kreatif dan kritis
(Masyuniza 2013). Berbeza pula dengan pelajar yang mampu berfikir secara kritis dan dapat
menyelesaikan masalah dan menangani cabaran dengan kreatif. Buckley dan Smith (2008), menyatakan
bahawa untuk meningkatkan kemahiran pelajar dalam menyelesaikan masalah, penggunaan simulasi
multimedia semasa proses PdPc perlu ditekankan. Penggunaan ini juga dapat membantu dan menambah
teknik pembelajaran pelajar menjadi lebih menarik.

Kajian oleh Nurul Ain (2013) mendapati bahawa sampel kajiannya mempunyai pemikiran inteventif pada
tahap sederhana tinggi. Menurutnya pelajar tidak berupaya untuk bersikap positif terhadap masalah yang
sukar, mereka tidak dapat menyesuaikan idea dengan keadaan semasa, sukar untuk berfikir pelbagai
kaedah untuk menyelesaikan masalah dan menetapkan matlamat dalam pembelajaran, bermasalah dalam
merancang strategi dalam pembelajaran Kesusasteraan Melayu dan kurang berkeyakinan untuk
menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi. Beliau berpendapat bahawa hal ini kerana pelajar sudah
biasa bergantung kepada guru semasa membuat keputusan dalam aktiviti PdPc di sekolah.

Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk meninjau penguasaan kemahiran Pembelajaran Abad 21(PAK21)
siswa guru dan sejauh mana diaplikasi dalam penulisan Rancangan Pengajaran Harian(RPH) PSV.
Kebanyakan kajian menghuraikan berkenaan tahap PdPc dalam berteraskan kemahiran abad ke-21, tetapi
tidak banyak kajian yang dilakukan untuk mengkaji amalan pedagogi abad 21 dalam penulisan rancangan
harian PSV.

4. OBJEKTIF

4.1 OBJEKTIF KHUSUS

1.Mengenal pasti penguasaan kemahiran pembelajaran abad 21(PAK21) pelajar major


PSV bagi kursus PSVK3083 dan PRKA3012.
2.Mengenal pasti elemen PAK21 yang digunakan dalam penulisan Rancangan
Pengajaran Harian(RPH) bagi kedua-dua kursus.
3.Mengesan elemen PAK21 yang sangat kurang dikuasai dan digunakan oleh pelajar
sewaktu merancang RPH.

4.2 PERSOALAN KAJIAN

1. Bagaimanakah tahap penguasaan kemahiran pembelajaran abad 21(PAK21) pelajar


major PSV bagi kursus PSVK3083 dan PRKA3012?
2.Apakah elemen PAK21 yang digunakan dalam penulisan Rancangan Pengajaran
Harian(RPH) bagi kedua-dua kursus?
3.Apakah elemen PAK21 yang sangat kurang dikuasai dan digunakan oleh pelajar
sewaktu merancang RPH?

5. METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan. Dalam kajian tinjauan pengkaji memilih sekumpulan
subjek daripada populasi sebagai responden kajian, memungut maklumat atau dokumen daripada
responden dan seterusnya menganalisis maklumat berkenaan.

Jadual 1:
Instrumen Pengumpulan Data
Objektif Kajian Instrumen Pengumpulan Data

1. Mengenal pasti penguasaan kemahiran Senarai semak RPH


Pembelajaran Abad21(PAK21) pelajar major PSV Pemerhatian semasa kuliah
bagi kursus PSVK3083 dan PRKA3012.

2. Mengenal pasti elemen PAK21 yang digunakan Senarai semak RPH


dalam penulisan Rancangan Pengajaran Ujian Amali PSVK3083
Harian(RPH) bagi kedua-dua kursus. Kerja kursus tugasan 2 PRKA3012
.

3. Mengesan elemen PAK21 yang sangat kurang Senarai semak RPH


dikuasai dan digunakan oleh pelajar sewaktu Ujian Amali PSVK3083
merancang RPH. Kerja kursus tugasan 2 PRKA3012

Kaedah kajian ini menggunakan set senarai semak mengandungi pilihan “ada digunakan” atau” tiada
digunakan”sebagai kaedah pengumpulan data. 15 elemen daripada item penguasaan kemahiran
pembelajaran abad 21 telah dibahagikan kepada 3 item kecil iaitu kemahiran pembelajaran dan inovasi,
kemahiran maklumat, media dan teknologi dan kemahiran hidup dan kerjaya. Bagi item Elemen
Kemahiran Abad 21 dalam penulisan RPH dan Strategi Pembelajaran Abad Ke 21, terdapat 23 elemen
dicatatkan. Senarai semak digunakan untuk memastikan samada PAK21 digunakan oleh responden atau
tidak. Tringulasi data yang digunakan adalah secara pemerhatian semasa kuliah dan semasa ujian amali
PSVK3083 dijalankan dengan menganalisis dokumen RPH setiap responden sepanjang ujian dijalankan
dan tugasan 2 bagi kerja kursus PRKA yang melibatkan 20 markah. Sebanyak 15 responden terdiri
daripada 13 orang perempuan dan dua orang responden lelaki ambilan Jun 2016.
Data-data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian excel iaitu hasil dapatan kajian
dipersembahkan dalam bentuk min dan peratus bagi setiap pembolehubah yang dikaji. Nilai min
terkumpul digunakan untuk mengenal pasti sejauh mana elemen PAK21 digunakan dalam penulisan RPH
dan dikategorikan kepada lima kecenderungan seperti Jadual 1. Dapatan hasil kajian bagi senarai semak
yang dianalisis untuk menentukan min dan peratus penguasaan. Tahap kecenderungan keputusan sampel
kajian dikategorikan lima tahap iaitu Lemah, Lulus, Kepujian, Cemerlang dan Sangat Cemerlang. Oleh
itu bagi memudahkan proses penganalisisan data menggunakan skor 1 hingga 5 itu dikategorikan kepada
lima kategori seperti jadual 2 di bawah.

Jadual 1
Kecenderungan responden mengikut rubrik

Peratus Kecenderungan Sampel Kajian

0-49 Lemah
50-59 Lulus
60-74 Kepujian
76-89 Cemerlang
90-100 Sangat Cemerlang

Anda mungkin juga menyukai