Anda di halaman 1dari 17

TAJUK :

BABMINTON

NAMA: JOHNSON THE ZUN SHERN

KELAS: 5SD
SEJARAH/ ASAL USUL

Badminton telah diperkenalkan pada zaman silam; sukan ini mula dimainkan di Yunani
silam dan Mesir. Di Jepun, sukan berkaitan iaitu Hanetsuki telah dimainkan seawal abad ke-16. Di
kawasan barat, badminton muncul daripada sebuah sukan yang dipanggil battledore and
shuttlecock, yang mana dua atau lebih pemain memukul bulu tangkis di udara menggunakan raket
kecil. Sukan baru ini diperkenalkan pada 1873 di Badminton House, Gloucestershire, yang dimiliki
oleh Duke of Beaufort. Pada waktu itu, sukan itu merujuk kepada

«The Game of Badminton,» dan, nama rasmi sukan ini kemudian menjadi Badminton.

Sehingga 1887 sukan ini dimainkan di England di bawah peraturan yang terdapat di India. Bath
Badminton Club mempiawaikan peraturan dan mengaplikasikan sukan ini dalam versi Inggeris.
Pertubuhan Badminton Antarabangsa yang telah ditubuhkan pada 1934 yang dianggotai Kanada,
Denmark, England, Perancis, Belanda, Ireland, New Zealand, Scotland, dan Wales sebagai anggota
pengasas. India menyertai pertubuhan ini pada 1936. Pertubuhan BWF kini merupakan sebuah
badan badminton antarabangsa dan menguruskan sukan ini secara global.
PERKEMBANGAN

(SEDUNIA DAN DI MALAYSIA)


PERALATAN

 Raket merupakan peralatan yang paling penting untuk pemain badmin-ton. Saiz rangka raket
adalah dikawal oleh undang-undang badminton.

Dalam pemilihan raket yang sesuai untuk digunakan, pemain harus memberi perhatian kepada
faktor berat, keseimbangan, kelenturan dan daya ketahanan. Berat raket antara dari 80 – 100 gm.
Raket yang ringan mudah dihayunkan dengan laju dan mudah dikawal tetapi kurang kekua-tan.
Raket yang seimbang dapat menyeimbangkan di antara kawalan dan kekuatan. Raket yang lebih
melentur memberi kawalan yang baik manakala yang keras memberi lebih kekuatan.

 TALI RAKET

Tali raketTali dipilih berdasarkan kekuatan penolakan, kawalan dan daya ketahanannya. Tali
yang lebih nipis akan memberi kekuatan penolakan dan menghasilkan lebih kekuatan atau lebih
lazim dipaggil lebih ‘tension’. Sebaliknya tali yang lebih tebal memberi lebih kawalan dan daya
keta-hanan.
 Grip Raket

Ketebalan adalah penting untuk memilih grip raket yang sesuai. Tapak tangan yang kecil harus
menggunakan raket dengan grip yang kecil supaya genggaman raket mereka lebih selesa dan
membolehkan mereka membuat pukulan yang baik dan membolehkan pemain mempunyai lebih
kawalan manakala grip yang tebal membolehkan pemain mempunyai lebih kekuatan.

 Bulutangkis

Bulutangkis diperbuat daripada bulu angsa atau itik dan sintetik (plastik). Bulutangkis sintetik adalah
lebih tahan lama tetapi kekurangan sentuhan, penerbangan dan kelajuan yang asli. Bulutangkis bulu
lebih mudah rosak berbanding dengan bulutangkis sintetik tetapi mudah dikawal dengan adalah
kawalan tangan pemain. Bulutangkis mempunyai beberapa kelajuan yang berlainan.

 Kasut
Kasut yang sesuai haruslah ringan, mempunyai grip yang baik, dan mempunyai ‘cushioned
insole’ untuk menyerap tekanan ke atas lutut dan kaki.
GELANGGANG

Gelanggang Ukuran untuk garisan adalah selebar 40mm (1.5”). Tinggi jaring ada lah 1.55m (5’
1”) di tiang dan 1.524m (5’) di tengah-tengah gelang gang

.• Untuk perseorangan dan beregu, kawasan garisan servis pendek dikira ‘luar’ semasa servis.

• Dalam beregu, kawasan antara garisan belakang dan garisan servis beregu adalah ‘luar’ semasa
servis

.• Dalam beregu, kawasan gelanggang 6.10m x 13.40m (20’ x 44’) adalah digunakan manakala
perseorangan ialah 5.18m x 13.40m (17’ x 44’)
KEMAHIRAN ASAS

1. Pengiraan MataMenggunakan sIstem 21 mata (rally point system best of three)


yangdiiktiraf oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

2. Genggaman/ Pegangan Asas (Basic Grips) Terdapat berlainan cara untuk memegang
raket. Genggaman yang tidak baik akan menyebabkan kualiti dan kekuatan pukulan
berkurangan. Pemain harus tahu untuk menukar cara genggaman bergantung
kepada jenis pukulan yang ingin dilakukan.Sekiranya bulutangkis berada di seb-elah
kanan raket, jadi genggaman sebelah kanan digunakan. Manakala jika di bahagian kiri
raket, genggaman sebelah kiri digunakan. Ia bergantung kepada arah bulu tangkis.

3. Servis tinggi menyebabkan bulu tangkis jatuh secara menegak di belakang gelanggang
pihak lawan dan pihak lawan susah melakukan puku-lan agresif. Pertama, beliau
terpaksa bergerak kebelakang. Kedua, beliau perlu mengunakan lebih hayunan
kebelakang dan lebih banyak pergera-kan bahagian tubuh badan untuk menghasilkan
daya yang lebih tinggi. Ketiga, tali raket akan menyentuh bahagian bulu tangkis dahulu
dari ga-bus. Ini akan mengakibatkan kuasa pukulan pihak lawan berkurangan.

Kesalahan-Kesalahan Yang Biasa Dilakukan


• Berdiri terbuka iaitu berdiri terlalu selari dengan sisi garisan atau badan bedepan
secara perpenjuru dengan jarring
.• Badan condong ke belakang dan tidak bawah ke depan
.• Ikut lajak di pendekkan atau diberhentikan secara cepat.
• Condong kedepan semasa membuat servis.
• Memegang bulu tangkis dekat dengan badan

4. Servis Rendah
FASA-FASA KEMAHIRAN
POSISI PEMAIN-PEMAIN
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG

Peraturan dan undang-undang permainan badminton ditetapkan oleh IBF

Undang-Undang Asas

Permainan badminton memerlukan gelanggang, raket dan bulu tangkis. Badminton boleh dimainkan
dengan 2 orang atau 4 orang pemain. Semua lapisan peringkat umur sama ada lelaki atau
perempuan boleh bermain badminton. Badminton juga boleh dimainkan secara suka-suka untuk
mengisi masa lapang atau secara pertandingan. Terdapat acara berpasukan dan individu. Dalam
acara individu iaitu perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita serta bergu campuran.
Piala Thomas/Uber dan Piala Sudirman ialah acara berpasukan.

 Memulakan Permainan

(A) Bagi memulakan satu permainan, undian dibuat terlebih dahulu. Bulu tangkis atau syilling boleh
digunakan dalam undian.

(B) Pemenang boleh memilih untuk memulakan servis, menerima servis atau memilih petak
gelanggang.

(C) Pihak yang kalah, akan menerima pilihan yang berikutnya.

 Sistem Pengiraan Mata

(A) Sistem kiraan mata dalam permainan biasa ialah 21 mata rali the best of three games.

(B) Mata akan diberikan kepada mana-mana pemain yang memenangi rali.

(C) Perbezaan 2 mata diperlukan untuk menang.Jika tidak, permainan diteruskan hingga 29-29.
Pemain/pasangan pertama mencapai mata 30 dikira sebagai pemenang.

(D) Dalam acara perseorangan jika pemain mendapat mata genap servis dilakukan di sebelah kanan
gelanggang pemain dan sebaliknya.

(E) Dalam acara beregu jika mata genap pemain sebelah kanan akan membuat servis dan sebaliknya.
 Masa Rehat

(A) Setelah mana-mana pemain atau pasangan mencapai mata 11, rehat selama 60 saat akan
diberikan.

(B) Rehat antara game selama dua minit diberikan apabila sesuatu game tamat.

 Servis

(A) Tidak boleh melengahkan servis selepas mengayun raket ke belakang.

(B) Pemain yang membuat servis dan menerima servis tidak dibenarkan memijak garisan gelanggang.

(C) Kedua-dua belah kaki sentiasa menyentuh lantai gelanggang dan dalam keadaan tetap.

(D) Bahagian gabus bulu tangkis perlu disentuh dahulu semasa membuat servis.

(E) Bulu tangkis mesti berada di bawah paras pinggang dan batang (shaft) mesti menghala ke bawah
semasa melakukan servis.

(F) Servis dilakukan setelah penerima telah bersedia.

 Servis Semula ( Let )

(A) Penerima belum bersedia dan tidak mencuba.

(B) Pembuat servis dan penerima melakukan kesalahan serentak.

(C) Bulu tangkis melekat dijaring selepas melepasi jaring.


(D) Semasa permainan, gabus pada bulu tangkis tercabut.

(E) Pemain diganggu oleh jurulatih pihak lawan.

(F) Pengadil tidak dapat membuat keputusan.

 Larangan Untuk Pemain

(A) Jangan sengaja melambat-lambatkan permainan.

(B) Jangan sengaja merosak atau mengubahsuai bulu tangkis untuk menukar kelajuan.

(C) Tidak memijak garis semasa membuat servis, menyentuhi jaring atau pemain menyentuh papan
iklan.

(D) Tidak berkelakuan kasar.

(E) Jangan meninggalkan gelanggang tanpa kebenaran pengadil.

 Berlaku Batal Sekiranya

(A) Menyentuh jaring atau tiang dengan anggota badan, raket atau pakaian.

(B) Raket melepasi atas atau bawah jaring dan mengganggu pihak lawan.

(C) Mengganggu pihak lawan dengan laungan kuat atau menggunakan isyarat tangan.

 Perlawanan Perseorangan

(A) Pemain akan membuat servis pertama dari petak servis kanannya. Mata genap di petak kanan
dan kiri bagi mata bilangan ganjil.
(B) Pembuat servis akan membuat servis secara melintang kepada pihak lawan.

(C) Pemain yang menang dalam game pertama akan memulakan servis dalam game berikutnya.

 Perlawanan Beregu

(A) Pada permulaannya, pembuat servis pertama akan membuat servis dari gelanggang servis kanan.

(B) Pasangan bergu yang menang rali akan bertukar petak servis dan lawan kekal dalam petak servis
masing-masing.

(C) Jika pembuat servis itu kalah dalam rali, servis akan diberikan kepada pihak lawan.

(D) Semasa membuat servis, rakan pembuat servis dan rakan penerima servis boleh berdiri di mana-
mana tempat dalam petak tetapi tidak menghalang pandangan pembuat servis dan penerima servis.

(E) Pasangan yang menang ‘game’ itu, akan memulakan ‘game’ berikutnya
Strategi pemain

1. Strategi Menyerang Perseorangan

Semasa pertandingan atau permainan badminton, semua pemain bukan sahaja


mengambil langkah bertahan tetapi pemain mestilah sentiasa peka dengan setiap
gerakan pemain lawan untuk melakukan serangan. Kebijaksanaan pemain mencipta
ruang untuk menyerang amat perlu bagi memastikan pemain atau pasukan lawan tidak
mampu
bertahan dengan baik. Dalam masa bermain, semua pemain perlu bijak mengawal
gelanggang
dengan baik. Pemain perlu bergerak ke tengah gelanggang setelah membuat pukulan untuk
tujuan mengawal gelanggang. Serangan dalam permainan badminton amat penting untuk
mendapatkan mata kemenangan. Strategi serangan yang berkesan mestilah dilakukan oleh
pemain supaya pemain lawan mudah melakukan kesilapan dalam proses membalas balik
dalam serangan balas pukulan semasa perlawanan. Terdapat beberapa teknik menyerang
iaitu
menggunakan pukulan junam (drop), bermain di jaring dan smesy semasa permainan.

2. Strategi Menyerang BEREGU

Permainan beregu memerlukan kesefahaman yang tinggi ketika beraksi di gelanggang.


Permainan beregu memerlukan tindak balas yang lebih pantas dan jangkaan terhadap
apa-apa tindakan pihak lawan. Kerjasama antara pasangan adalah penting semasa
pelaksanaan strategi menyerang dan strategi bertahan. Jika pasangan dalam posisi atau
pukulannya yang lemah, rakannya boleh membantu. Strategi permainan beregu adalah
untuk
menyerang dengan laju. Oleh itu, salah seorang pemain boleh berperanan sebagai
penyerang.
Semasa menyerang, kedudukan pasangan adalah seorang berada di bahagian depan
gelanggang manakala yang seorang lagi berada di belakang gelanggang. Perkara ini dipanggil
sistem depan-belakang (front-back), iaitu sama seperti posisi membuat servis. Pemain di
bahagian hadapan yang dekat dengan jaring lebih berpeluang untuk membuat serangan.
Perkara ini akan memaksa pihak lawan melakukan kesilapan dan memudahkan pasangannya
menyerang. Pemain hadapan juga berada dalam posisi yang mudah untuk mematikan apa-
apa
pukulan tanggung di hadapan (loose returns).

3. Strategi Bertahan Perseorangan

Kemahiran bertahan memerlukan seorang pemain bergerak lebih banyak berbanding


permainan beregu. Penguasaan dan kawalan gelanggang yang kemas merupakan
strategi bertahan yang berkesan. Seseorang pemain yang bertahan hendaklah bergerak
pantas ke arah bulu tangkis. Kepantasan bergerak ini dapat memastikan pemain lebih
bersedia mengawal permainan. Strategi seterusnya, seorang pemain perlu memukul bulu
tangkis serta-merta apabila mendapat peluang. Tindak balas segera ini boleh mengejutkan
dan mengganggu pergerakan pemain lawan. Pemain juga perlu membalas balik pukulan
pihak lawan dengan segera seiring masa yang diambil oleh pihak lawan untuk memulihkan
momentumnya bagi membalas pukulan pemain. Pemain yang bijak menggunakan kuasa,
kelajuan, ketepatan, kecergasan dan jangkaan yang baik akan menyebabkan pihak lawan
melakukan banyak kesilapan ataupun mengalami keletihan. Pemain boleh mengambil
peluang ini untuk memenangi perlawanan tersebut.

4. Strategi Bertahan BEREGU

Strategi bertahan beregu memerlukan pemain melakukan pergerakan yang kemas untuk
memastikan bulu tangkis mudah dikembalikan ke gelanggang lawan. Pemain perlu
bergerak dan segera kembali ke tengah gelanggang untuk bersedia bertahan. Semasa
bertahan, pasangan beregu harus berada di posisi bersebelahan, iaitu seorang di kiri dan
seorang
lagi di kanan gelanggang atau dipanggil formasi pertahanan bersebelahan (side by side).
Sistem
ini menyenangkan setiap pemain untuk bertahan. Kedua-dua pemain perlu
bertanggungjawab
untuk menjaga bahagian setengah gelanggangnya. Apabila pasangan bertukar posisi
daripada

bertahan ke serangan, mereka boleh menukar daripada sistem bersebelahan ke sistem


depan-
belakang dan begitu juga sebaliknya.
Rekod badminton antarabangsa yang dicapai oleh warga negara Malaysia

1. Pemain badminton Malaysia, Tan Boon Heong memegang rekod smash terpantas dengan
kelajuan 421 km/h menggunakan ” Yonex Arcsaber Z-Slash ” di Tokyo, Japan pada 26
September 2009.

2. Dato Lee Chong Wei menduduki tangga teratas dalam ranking pemain badminton lelaki
perseorangan selama 199 minggu berturut-turut, iaitu pada 21 Ogos 2008 hingga 14 Jun
2012. (world ranking no.1)

3.

Anda mungkin juga menyukai