Anda di halaman 1dari 4

Kelas : PKA

Mata Pelajaran : Matematik

Tarikh : 11 Mac 2011

Hari : Jumaat

Masa : 10.45 – 11.45 (60 minit)

Bilangan Murid : 5 orang

Kumpulan Lemah (3 orang Slow Learner)

Kumpulan Sederhana (2 orang Slow Learner)

Tajuk : Nombor Bulat

Sub-topik : 2.1 mengenal nombor

Kemahiran : membolehkan murid mengenal nombor 30 - 39

Hasil Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat :

Kumpulan Lemah

1) Mengenal nombor sekurang-kurangnya 7 dari 10 nombor dengan


betul.

2) Membilang nombor sekurang-kurangnya 7 dari 10 nombor dengan


betul mengikut urutan menaik.

Kumpulan Sederhana

1) Mengenal nombor dengan betul.

2) Membilang nombor dengan betul mengikut urutan menaik dan


menurun.

Perentasan kurikulum : Bahasa Melayu, Kemahiran manipulatif, Sains, Bahasa Inggeris

Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah membilang nombor 1 hingga 10 dalam kehidupan
seharian.
Penerapan Nilai : Kerjasama, berhati-hati, bantu-membantu

Unsur Terapi : Motor halus, Pertuturan, sosialisasi, carakerja

Bahan Bantu Mengajar : kad bernombor, bika, warna air, berus warna, botol air,kertas lukisan,
Lembaran kerja.

Langkah Isi Kandungan Aktiviti Catatan


Set Pengulangan topik 1. Murid bersoal-jawab dengan guru Teknik : soal-
Induksi tentang pelajaran semalam. jawab
(5 minit) 2. Murid dikehendaki menulis nombor 1-29 Nilai : tolong-
di papan putih secara bergilir-gilir. menolong
3. Murid di perkenalkan topik pada hari ini.

Langkah Mengenal nombor 1. Murid ditunjukkan nombor dua digit Teknik:


1 bermula dari nombor 30 – 39 dengan Soal-jawab
(30 minit) menggunakan konsep rumah puluh dan KP: Intrapersonal,
rumah sa. Logik matematik
2. Murid dikehendaki menyebut nombor Terapi : carakerja
mengikut arahan guru. Pengamatan,
3. Murid dikehendaki menulis nombor pertuturan
mengikut rumah puluh dan rumah sa BBM : bika,kertas
yang betul di papan putih. lukisan, berus,
4. Kemudian, murid diberikan satu bika warna air, botol
dan sebotol air setiap seorang. air, kad
5. Murid dikehendaki menuangkan air bernombor
mengikut paras yang diberitahu oleh Nilai: berhati-hati,
guru. bantu-membantu
6. Murid diberikan setiap seorang warna air
dan berus warna agar paras air dapat
ditentukan dengan lebih tepat.
7. Murid dikehendaki memasukkan warna
air dan dikacau di dalam bika.
8. Kemudian, murid dikehendaki
menambahkan air mengikut arahan guru
dan memasukkan warna air yang lain ke
dalam bika tersebut.
9. Murid memberitahu warna air yang
terjadi akibat percampuran dua warna.
10. Setelah selesai, murid dikehendaki
menulis nombor diatas kertas lukisan
menggunakan warna air dan berus air.
11. Murid dikehendaki menulis nombor
secara rawak mengikut pelbagai warna
air dan menyebut kembali nombor yang
telah mereka lukis.

Langkah Membilang nombor 1. Murid ditunjukkan konsep mengira KP :


2 secara menaik dan menurun Intrapersonal,
(15 minit) menggunakan helaian kertas bernombor Logik Matematik,
yang dibukukan (30-39). BBM: helaian
2. Murid diberikan helaian kertas yang kertas yang
dibukukan secara individu (30-39). dibukukan
3. Murid dikehendaki membilang helaian Terapi : Motor
kertas bernombor dari hadapan halus, pertuturan
sekiranya membilang secara menaik.
4. Manakala, murid dikehendaki
membilang helaian kertas bernombor
dari belakang sekiranya membilang
secara menurun.
5. Murid diminta memberitahu nombor
yang dibilang apabila guru meminta
murid berhenti pada saat murid sedang
membilang dan menyelak helaian kertas
bernombor sehinga nombor 39.
6. Murid dikehendaki mengisi tempat
kosong dengan nombor yang hilang di
papan putih.
Langkah Latihan pengukuhan 1. Guru mengedarkan lembaran kerja Teknik: latih tubi
3 kepada murid-murid. Terapi : Motor
(10 minit) Kumpulan lemah halus
1. murid dikehendaki mengisi ruang BBM : Lembaran
kosong dengan nombor yang kerja, pensil
bersesuaian dengan membilang secara warna
menaik / menurun
Kumpulan Sederhana
1. murid dikehendaki menyambung
garisan mengikut titik bernombor yang
diberikan.(connecting dot-to-dot)

Penutup Rumusan topik 1. Murid diminta menyebut nombor


(5 minit) mengikut kad bernombor yang
ditunjukkan guru.
2. Murid membilang nombor secara menaik
dan menurun bersama-sama.