ISI KANDUNGAN
KUASA AM
BAB 9 RUMUSAN 48 - 55
BAB 11 RUJUKAN 58
Koleksi Projek : Pendawaian Elektrik 1 Fasa 3
PENAFIAN
Buku panduan ini dihasilkan untuk memberikan pengajaran dan menyalurkan maklumat
umum mengenai subjek yang dibincangkan. Kandungan buku ini bersesuaian bagi pelajar dan
pendawai yang melakukan kerje-kerja pemasangan pendawaian elektrik 1 fasa. Buku ini
mengandungi gambar-gambar yang menarik, tips penting dan nota ringkas yang berguna dan
sesuai bagi pelajar-pelajar dan pendawai.
PRAKATA
Pertama sekali, syukur ke hadrat Ilahi diatas izinNya maka Modul Koleksi Projek:
Pendawaian Elektrik 1 Fasa ini berjaya dihasilkan.
Modul ini adalah digunakan sebagai rujukan bagi pelajar-pelajar Sijil Modular
Kebangsaan Pendawaian Elektrik Domestik, pelajar Sijil Kolej Komuniti dan juga pendawai-
pendawai. Ianya mengandungi nota ringkas, koleksi projek pendawaian elekrik 1 fasa yang
telah dilakukan oleh pelajar-pelajar terdahulu yang lengkap serta tips-tips berguna yang dapat
menambah pemahaman pelajar yang boleh digunakan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran dilakukan. Ianya juga boleh dijadikan rujukan untuk pelajar di masa hadapan.
Terima kasih dan sekalung penghargaan buat tenaga pengajar CIDB, En Md Nasir Bin
Abd Manan, Pengarah KKBP En Sahalani Bin Basar dan pensyarah-pensyarah bagi Sijil
Penyelenggaraan Bangunan di atas pengetahuan dan kemahiran yang dikongsi dan kerjasama
berterusan dalam menyiapkan modul ini.
Sebarang komen dan cadangan adalah dialu-alukan bagi meningkatkan mutu modul
ini di masa hadapan.
BAB 1
AKSESORI PENDAWAIAN
KOTAK FIUS AGIHAN (KFA) DOL STARTER SOKET ALIR KELUAR 13A
SOKET ALIR KELUAR 15A SUIS SATU HALA SUIS DUA HALA
Koleksi Projek : Pendawaian Elektrik 1 Fasa 9
SUIS PERTENGAHAN
BAB 2
AMALAN KESELAMATAN
2.1 TIGA LANGKAH KESELAMATAN:
BAB 3
AMALAN PENDAWAIAN
TIPS :
Berpandukan ukuran pada rajah bentangan DARAB DENGAN
bilangan kabel dari rajah pendawaian.
3. Pasang klip kabel ke papan pendawaian atas garisan lakaran kapur mengikut jarak dari
tempat seperti pada gambarajah litar yang diberi.
TIPS :
Tanda kedudukan klip dengan
kapur pada papan pendawaian
sebelum mendawai.
Jarak antara klip :
Melintang = 5 – 7 cm
Menegak = 7 – 10 cm
Simpang = 2 cm dari pusat.
Aksesori = 2 cm dari tapak.
4. Pasang kabel pada klip dengan dimulakan dari sebelah kiri atau tengah ( mana-mana
simpang) atau dari sebelah kanan mengikut cara termudah.
Rajah menunjukkan pelajar mula memasang kabeb pada klip dari sebelah kiri simpang.
5. Pegang dan tekan kabel yang telah diklip menggunakan tangan kiri. Lurutkan setiap
kabel dengan menggunakan tangan kanan. Ini bagi meluruskan kabel.
6. Kabel yang bersimpang, pastikan kabel tidak dibengkokkan pada sudut tepat
(pengalir kabel akan patah ). Kabel hendaklah melengkuk dan dianggarkan sesuai
iaitu 15mm jejari, supaya tidak merosakkan penebat.
TIPS :
Pendawai perlu faham tujuan penandaan kabel.
Antara kaedah menanda lain adalah dengan menggunakan pita
berwarna, memintal dan sebagainya.
Koleksi Projek : Pendawaian Elektrik 1 Fasa 17
8. Bongkah kayu atau PVK hendaklah dipasang setelah semua pendawaian siap.
Pastikan kabel simpanan diadakan pada setiap penghujung sambungan. Misalnya di
kotak fius agihan, suis ros siling dan seumpamanya.
TIPS :
1. Aksesori yang di pasang dahulu sebelum kabel di klip akan
menyukarkan kerja pemasangan klip seterusnya memberi hasil
pendawaian yang kurang kemas.
2. Lebihan kabel (simpanan)
bertujuanuntukdisambungkepadatamatansuis,
soketdanseumpamanya.
9. Hujung penebat semua kabel dibuang dengan anggaran 20 mm dan pintal hujung
pengalir kabel yang telah dibuang penebatnya menggunakan playar.
TIPS :
Memintal kabel tidak perlu berlebihan kerana akan menyebabkan
hujung kabel terputus atau terlalu tebal.
Koleksi Projek : Pendawaian Elektrik 1 Fasa 18
10. Tentukan kabel yang betul L, N dan E untuk disambungkan ke terminal aksesori dan
ke lubang terminal yang telah ditentukan. Kemudian skru dengan ketat.
AWAS!! : Skru tamatan mesti betul pada pengalir dan bukan pada penebat kerana
pemasangan salah menyebabkan litar tidak berfungsi
11. Tekan dan pusing aksesori itu dengan perlahan ke tapak bongkah kayu atau PVK
sehingga betul-betul rapat dan skru menggunakan pemutar skru.
Koleksi Projek : Pendawaian Elektrik 1 Fasa 19
12. Pengalir yang terkeluar dari lubang terminal hendaklah dipotong supaya kelihatan
kemas dan selamat.
13. Lakukan kerja-kerja pengujian ke atas pemasangan.
14. Masukkan bekalan arus 240 VAC dan fahamkan cara kerja kendalian litar.
TIPS :
Kabel yang dimatikan padalubang terminal seharusnya tidak terlalu panjang
kerana tapak dan suis akan sukar diskru dan tidak terlalu pendek kerana risiko
tamatan kabel tercabut dari lubang terminal.
o Ujian Kekutuban – Uji dengan multimeter (seperti rajah) setiap kutub bersambung
dengan kutub yang betul.
o Ujian Keterusan – Uji dengan multimeter untuk litar sama ada litar pergi ke
tamatan yang betul. Terutama litar kuasa (soket) jejari dan gelang.
TIPS KAEDAH :
1. Matikan bekalan utama.Naikkan MCB & ELCB dan hidupkan suis.
Beban di tanggalkan.
2. Ujipada KFA dengan alat penguji antara kutub bertentangan seperti
E-L, E-N, N-L
PERHATIAN !!
15. Masukkan bekalan arus 240 VAC dan fahamkan cara kerja kendalian litar.
Rajah menunjukkan projek yang telah diuji dan dimasukkan bekalan arus.
Koleksi Projek : Pendawaian Elektrik 1 Fasa 21
1. Rujuk pada gambarajah pendawaian dan bentangan. Potong setiap kabel mengikut
ukuran yang diberikan dan pilih saiz kabel yang betul.
2. Lakar tempat pemasangan konduit pada papan pendawaian dengan menggunakan
kapur dan pembaris, pastikan garisan melintang dan menegak untuk pemasangan.
3. Lakukan kerja-kerja pemotongan pada konduit paip mengikut keperluan
pendawaian.
4. Pasang u-klip atau pelana pada papan pendawaian di atas garisan lakaran kapur di
tempat yang sesuai mengikut gambarajah litar.
5. Pasang konduit paip pada u-klip atau pelaja di tempat pendawaian.
6. Pasang kotak fius agihan lengkap dengan MCB, suis utama dan pemutus litar bocor
ke bumi (ELCB).
7. Pasang pengganding, bongkah PVK dan juga bus jantan.
8. Mulakan kerja-kerja menarik kabel ke dalam konduit dan jika perlu gunakan penarik
kabel.
9. Setiap penghujung kabel hendaklah ditanda untuk mempastikan kabel L, N dan E.
Tanda seperti penebat dipotong serong, tanda X dan lain-lain.
10. Hujung penebat semua kabel dibuang dengan anggaran 20mm.
11. Bongkah kayu atau PVK hendaklah dipasang setelah semua kerja pendawaian siap.
12. Pintal hujung pengalir kabel yang telah dibuang penebatnya menggunakan playar.
13. Tentukan kabel yang betul L, N dan E untuk disambungkan ke terminal aksesori dan
ke lubang terminal yang telah ditentukan. Kemudian skrukan dengan ketat.
14. Membuat kerja-kerja penyambungan kabel ke terminal-terminal suis, pemegang
lampu dan kotak fius agihan.
15. Lakukan kerja-kerja pengujian ke atas pemasangan.
16. Masukkan bekalan 240 VAC dan fahamkan cara kerja serta kendalian litar.
Koleksi Projek : Pendawaian Elektrik 1 Fasa 22
BAB 4
PROJEK 1
Tajuk : Pendawaian untuk litar lampu yang mengandungi 2 lampu yang dikawal oleh 1 suis 1
kutub – sehala (Tempoh Amali : 3 Jam)
PROJEK 2
Tajuk : Pendawaian untuk litar lampu yang mengandungi 2 lampu yang dikawal oleh 2 suis 2
hala dan suis perantaraan dan kotak fius agihan (KFA). (Tempoh Amali : 3 Jam)
PROJEK 3
Tajuk : Pendawaian untuk litar lampu yang mengandungi 4 lampu, 1 kipas siling, 1 suis 2 kutub
1 hala, 2 suis 2 hala, 1 suis perantaraan dan pendawaian permukaan kotak kawalan pengguna
kepada litar kecil akhir. (Tempoh Amali : 4 Jam)