Anda di halaman 1dari 7

Cara mendidik anak autisme

Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN


norlaila@hmetro.com.my

AYAT pendek, mudah dan perkataan disebut satu persatu dengan jelas adalah
asas untuk berkomunikasi dengan semua kanak-kanak, terutama yang
mengalami masalah autisme. Melalui pendekatan betul, kanak-kanak autisme
yang sering dianggap bermasalah sebenarnya boleh belajar dengan baik dan
berdikari.

Selagi kita belum kenal dan tahu mengapa mereka menunjukkan kelakuan ‘pelik’,
jangan cepat memberi label kepada kanak-kanak autisme hanya kerana mereka
dilahirkan begitu.

Mereka bukan pembawa masalah, sebaliknya kehadiran kanak-kanak autisme


sebenarnya memberi peluang kepada kita untuk berfikir lebih kreatif menjaga
dan mendidik golongan ini.

Memang diakui tidak mudah untuk mendekati kanak-kanak autisme kerana


mereka bukan saja tidak pandai bersosial, memiliki kemahiran berkomunikasi
terhad dan lebih suka bermain seorang, malah tidak menghiraukan orang lain
dan seolah-olah ada di dalam dunia sendiri.

Secara fizikalnya mereka sama seperti kanak-kanak normal tetapi berbeza


daripada segi kelakuan kerana individu autisme suka melakukan sesuatu
berulang kali, taksub dengan objek berputar seperti kipas dan gasing, tidak mahu
bertentang mata, tidak suka disentuh, susah bekerjasama dan tidak sabar
menunggu giliran.
Walaupun sesetengah kanak-kanak autisme kurang bertutur, mereka masih
boleh berkomunikasi melalui renungan mata, gerak badan, ekspresi muka dan
penggunaan gambar yang sesuai, kata Perunding Bebas Pendidikan Kanak-kanak
Autisme, Intan Miranti.

Mendidik anak autisme adalah tugas mencabar yang menuntut banyak kesabaran
dan kreativiti. Tidak hairan jika ada ibu bapa berputus asa dan menyerahkan
tugas ini sepenuhnya kepada guru. Namun, tindakan ini kurang tepat kerana ibu
bapa perlu menyambung pendekatan pengajaran yang digunakan guru di rumah.

Individu autisme menunjukkan perlakuan yang sangat berbeza dengan kanak-


kanak normal. Antara ciri utama kanak-kanak autisme ialah:
  Tidak menghiraukan orang lain

  Kelihatan tidak sensitif pada keperluan, perasaan dan pemikiran orang lain

  Tidak mahu bertentang mata atau menunjukkan ekspresi muka apabila


bercakap

  Tidak suka sentuhan (tidak mahu dipeluk atau dipegang)

  Susah bekerjasama, berkongsi atau menunggu giliran

  Lebih suka bermain sendiri

  Tidak berminat dalam permainan yang perlu menggunakan imaginasi

  Lambat bercakap

  Mempunyai masalah bercakap dan memahami percakapan orang

  Tidak boleh berkomunikasi dengan baik

  Bercakap dalam nada pelik seperti menyanyi atau bercakap macam robot

  Sukar memulakan percakapan. Kalau berbual hanya satu pihak (hanya


mereka yang bercakap)

  Mungkin mengulang perkataan sama, tetapi tidak faham maksudnya

  Kanak-kanak autisme dengan sindrom Asperger menggunakan bahasa rasmi


dan bercakap seperti orang dewasa

  Suka melakukan perkara sama (berulang) dan tidak mahu menerima


perubahan. Mereka mudah terganggu jika disuruh melakukan perubahan

  Menunjukkan minat pelik, contohnya terhadap peta, peralatan elektronik


atau roda kereta mainan berpusing dan memutar objek

  Sangat sensitif terhadap rasa, bau dan bunyi yang menyebabkan mereka
menunjukkan perlakuan di luar kawalan

  Mempunyai pergerakan badan yang pelik dan melakukannya berulang-ulang

  Tidak boleh duduk diam

  Menunjukkan keinginannya dengan tangan orang lain (dewasa)


  Suka mengasingkan diri — biasanya kekecewaan ditunjukkan melalui tindak
balas negatif seperti mengamuk, marah-marah, agresif (yang tidak ditujukan
kepada sesiapa) atau perlakuan yang merosakkan seperti mencederakan diri

  Bersikap pasif — tidak faham keadaan semasa dan tidak boleh membezakan
keadaan baik dan buruk

Menurut Intan, daripada ciri di atas, empat kategori memberi kesan kepada
pembelajaran kanak-kanak autisme iaitu:

  Kurang tumpuan kepada persekitaran

  Sering ada dalam dunia sendiri

  Kadangkala pertuturan tidak jelas

  Sering menunjukkan tingkah laku yang menjejaskan pengajaran dan


pembelajaran

“Apabila kanak-kanak mula menunjukkan ‘perangai’, semua yang hendak diajar


tidak sampai. Pendekatan dulu yang menghukum anak tanpa mengambil kira
punca tidak boleh digunakan kerana lama kelamaan mereka akan lali dengan
hukuman. Sebaliknya, fahami apa yang cuba disampaikan anak melalui
perlakuan ditunjukkan.

“Namun pendekatan ini tidak sesuai kerana kita perlu melihat punca kepada
satu-satu perlakuan. Ini penting kerana kanak-kanak ini tidak pandai bergaul
dan sesetengahnya lambat bercakap, jadi mereka tidak tahu bagaimana hendak
memberitahu masalah atau gangguan dihadapi,” katanya ketika bengkel
kesedaran autisme: menangani isu tingkah laku kanak-kanak autisme anjuran
Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Antara sebab anak autisme berkelakuan negatif:

  Badan tidak selesa atau mengalami kesakitan tetapi mereka tidak tahu
bagaimana hendak menyatakannya

  Mengelak membuat kerja (dengan cara menangguh, lari atau ‘buat perangai’)

  Keliru dengan keadaan persekitaran (mengamuk sebab tidak faham dan


cemas)

  Ingin mendapat perhatian guru (kerana tidak pandai berkomunikasi. Kanak-


kanak ini akan menggunakan kemahiran yang ada untuk tarik perhatian)
  Cuba mendekati atau mengenali sesuatu objek

  Cuba ‘mengambil balik’ kuasa (terutama bagi kanak-kanak lebih dewasa)

  ‘Stimming’ — perlakuan merangsang diri sendiri kepada tingkah laku


berulang-ulang tanpa tujuan tertentu. Contohnya, berjalan mundar mandir,
bermain dengan jari, ketawa di luar konteks, menepuk dan lain-lain

Apa yang boleh dilakukan guru?

Keadaan ini yang selalunya membingungkan ibu bapa, penjaga dan guru.
Namun, kata Intan, beberapa strategi boleh dilakukan untuk mengatasi masalah
ini iaitu:

  Mengambil guru tambahan atau sokongan di dalam bilik darjah yang


mengajar kemahiran melalui perbuatan sebelum masalah bermula. Guru akan
duduk bersama pelajar autisme dan membantu mengangkat tangan pelajar
untuk memanggil cikgu. Ini adalah latihan untuk memberitahu pelajar bahawa
itu adalah cara untuk mendapat perhatian guru ketika di dalam bilik darjah.

Guru pula perlu memuji tindakan yang baik itu sebelum bertanyakan masalah
pelajar. Bagaimanapun, proses ini mengambil masa untuk dilihat kesannya.
Untuk lebih cepat, kaedah ini perlu diteruskan di rumah.

  Gunakan cara yang mudah difahami, contohnya gambar untuk berinteraksi


atau susunan jadual. Ajar anak cara sesuai untuk meminta sesuatu dan beri
pinjam barang yang dikehendaki jika mereka gunakan cara hubungan atau
komunikasi yang baik. Jika tidak, dia akan kembali ke cara negatif dengan
mengamuk apabila permintaannya tidak dipenuhi.

  Kenal pasti apa yang anak suka atau tidak. Pada peringkat awal, guna
bantuan visual selama satu hingga dua minggu, mengikut keupayaan kanak-
kanak.

  Gunakan konsep pembayang awal. Kalau mahu menghentikan sesuatu


aktiviti, beri amaran bahawa ia akan ditamatkan dalam masa beberapa minit
supaya kanak-kanak itu bersedia. Jangan berhenti mendadak kerana walaupun
mereka tahu bercakap, kanak-kanak autisme ada masalah kenali konsep masa.

Contohnya ‘lagi lima minit kita akan tutup televisyen’ atau ‘dalam kiraan lima
kita akan berhenti bermain’. Guru perlu mengira penurunan masa dengan terang
supaya kanak-kanak autisme mendengarnya.
  Konsep pembayang awal ini juga memberi peluang kanak-kanak autisme
bersedia untuk peralihan aktiviti. Bagi kanak-kanak normal, kepelbagaian rutin
akan menambah keseronokan, tapi bagi kanak-kanak autisme, perubahan rutin
membuatkan mereka berasa cemas dan gelisah, terutama yang kurang faham
bahasa.

Mereka lebih mudah terima perubahan jika ia sudah dijangka. Jika selepas
tempoh tamat dan kanak-kanak tidak mahu melepaskan barang dipegang, guru
perlu mengambilnya juga kerana jika tidak, kanak-kanak ini tidak akan faham
konsep masa. Pendekatan ini perlu dilakukan secara konsisten sama ada di
sekolah atau rumah. Namun jika mereka terlalu asyik main, jangan gunakan
pendekatan ini kerana ia dianggap sebagai teknik ‘negatif’.

  Ajar anak buat kerja yang boleh dilakukan di rumah. Pastikan kerja
dilakukan ada tujuan atau manfaat, contohnya meminta mereka membantu
mengambil klip baju yang dijemur, kemas bantal atau buku. Jangan biarkan anak
mempunyai terlalu banyak masa lapang.

  Konsep sakit. Ajar anak kenal anggota badan dan sayangkan badan. Ini untuk
mengelak mereka mencederakan diri dan proses ini mungkin ambil masa lama
untuk difahami. Bina hubungan positif dengan pelajar. Kanak-kanak autisme
lebih banyak membuat hubungan mata dan bercakap ketika bermain. Jadi ini
masanya anda memberitahu bahawa mereka perlu sayangkan badan sendiri.

 Beri peluang anak membuat pilihan, terutama dalam aspek kehidupan mereka.
Ini termasuk urutan kerja yang diwajibkan, sama ada pilihan baju, kedai yang
hendak dikunjungi atau aktiviti masa lapang.

“Ibu bapa perlu bertanya dan berbincang dengan guru mengenai pendekatan
digunakan di sekolah supaya ia boleh diteruskan di rumah kerana cara ini
mempercepatkan proses pembelajaran anak autisme,” katanya.

Ciri-ciri autisme

> Tidak menghiraukan orang lain

> Kelihatan tidak sensitif pada keperluan, perasaan dan pemikiran orang lain

> Tidak mahu bertentang mata atau menunjukkan ekspresi muka apabila
bercakap

> Tidak suka sentuhan (tidak mahu dipeluk atau dipegang)


> Susah bekerjasama, berkongsi atau menunggu giliran

> Lebih suka bermain sendiri

> Tidak berminat dalam permainan yang perlu menggunakan imaginasi

> Lambat bercakap

> Mempunyai masalah bercakap dan memahami percakapan orang

> Tidak boleh berkomunikasi dengan baik

> Bercakap dalam nada pelik seperti menyanyi atau bercakap macam robot

> Sukar memulakan percakapan. Kalau berbual hanya satu pihak (hanya mereka
yang bercakap)

> Mungkin mengulang perkataan sama, tetapi tidak faham maksudnya

> Kanak-kanak autisme dengan sindrom Asperger menggunakan bahasa rasmi


dan bercakap seperti orang dewasa

> Suka melakukan perkara sama (berulang) dan tidak mahu menerima
perubahan

> Menunjukkan minat pelik, contohnya terhadap peta, peralatan elektronik atau
roda kereta mainan berpusing dan memutar objek

> Sangat sensitif terhadap rasa, bau dan bunyi yang menyebabkan mereka
menunjukkan perlakuan di luar kawalan

> Mempunyai pergerakan badan yang pelik dan melakukannya berulang-ulang

> Tidak boleh duduk diam

> Menunjukkan keinginannya dengan tangan orang lain (dewasa)

> Suka mengasingkan diri — biasanya kekecewaan ditunjukkan melalui tindak


balas negatif seperti mengamuk, marah-marah, agresif

> Bersikap pasif — tidak faham keadaan semasa dan tidak boleh membezakan
keadaan baik dan buruk
Hasil kajian menunjukkan strategi pembelajaran bahasa (SPB) berasaskan kemahiran
membaca menggunakan sama ada pendekatan, kaedah, dan teknik (a) abjad, (b) sebutan
suku kata dan dan bacaan perkataan bermakna, (c) latih tubi, (d) sifir bahasa, (e) bacaan
berfokus, (f) Visual Audio Kinesthetic Tactile (VAKT), dan (g) rakam dan tayang,
diaplikasikan oleh peserta kajian bagi menyelesaikan masalah penguasaan kemahiran
membaca dalam kalangan murid Pemulihan Khas. Kajian ini telah menyumbang kepada
pendidikan Pemulihan Khas dalam penguasaan kemahiran Bahasa Melayu melalui strategi
pembelajaan bahasa berasaskan kemahiran membaca.

Kemahiran berbahasa meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis.


Kemahiran berbahasa ini merupakan teras kepada penguasaan bahasa baku. Penguasaan
kesemua kemahiran ini amat penting dalam proses pengajaran dan pempelajaran supaya
berjalan dengan lancar dan berkesan. Kemahiran bahasa yang berhubung dengan kemahiran
lisan melibatkan dua komponen asas, iaitu mendengar dan bertutur. Kedua-dua komponen ini
berkait rapat dan saling melengkapi. Kemahiran membaca dan menulis pula merupakan
kemahiran bukan lisan.

Anda mungkin juga menyukai