Anda di halaman 1dari 6

TEKS PENGACARA MAJLIS

MAJLIS SEMINAR KKBI


ANJURAN JABATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
IPGM KAMPUS PERLIS
27 OKTOBER 2010

1
Mengumumkan, ketibaan Yang Berbahagia Tuan Hj. Othman bin Karim,
Ketua Jabatan, Jabatan Bimbingan dan Kaunseling, IPGM Kampus Perlis.

2
Dari Raub pergi ke Pontian
Terus pula ke Kuala Perlis
Harap semua berikan perhatian
Mohon saya mulakan Majlis.

BismilLahirRahmanirRahim.
Assalamu `alaikum wa RahmatulLahi wa Barakatuh.

Yang Berbahagia
Tn. Hj. Othman bin Karim
Ketua Jabatan, Jabatan Bimbingan Dan Kaunseling
IPGM Kampus Perlis

Yang Dihormati
Para Pensyarah IPG Kampus Perlis

seterusnya Yang Dihormati Ahli Jawatankuasa Pelaksana Seminar KKBI,


Jabatan Bimbingan Dan Kaunseling 2010

Barisan para palajar KPLI Ambilan Januari 2010

Barisan para palajar KPLI Ambilan Jun 2010

hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian.

3
Selamat datang ke :
Majlis Seminar KKBI

4
Melayang serindit di atas permatang
Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang
Awal BismilLah pembuka bicara.

5
Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian,

Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati.

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini,
marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang
akan dibacakan oleh___________________. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada


____________________________ atas bacaan doa itu tadi.

6
Untuk pengetahuan Yang Berbahagia Tn. Hj. Hassan bin Issa, hadirin dan
hadirat sekalian,

Seminar KKBI 2010 ini bukan sekadar sebuah nama. Ianya merupakan
program yang julung-julung kalinya diadakan yang menghimpunkan seluruh
pensyarah dan pelajar KPLI di Jabatan Bimbingan Dan Kaunseling ini.
Antara objektif program ini diadakan adalah
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________

Indah mekar si bunga kiambang


Mekar mewangi di taman larangan
Seminar Budaya KKBI harapannya gemilang
Melahirkan guru cemerlang lagi berketrampilan.

7
Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak berkat ilmu tanpa amalnya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara.

Untuk itu, marilah kita sama-sama mendengar ucapan perasmian Seminar


KKBI 2010.Majlis mempersilakan Yang Berbahagia Tn. Hj. Othman bin
Karim, Ketua Jabatan, Jabatan Bimbingan Dan Kaunseling, IPG Kampus
Perlis untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Setinggi-tingi penghargaan diucapkan kepada Yang Berbahagia Tn. Hj.


Othman bin Karim atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

9
Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian,

Pada hari ini seramai 6 orang pembentang akan membentangkan Kerja


Kursus Berasaskan Ilmu.

Untuk itu, majlis menjemput pembentang pertama iaitu


___________________ untuk membentangkan KKBI yang bertajuk
_____________________________________________________________

10
Terima kasih diucapkan kepada ________________________ di atas
pembentangan beliau sebentar tadi.

Seterusnya majlis menjemput pembentang kedua iaitu


___________________ untuk membentangkan KKBI yang bertajuk
_____________________________________________________________

Terima kasih diucapkan kepada ________________________ di atas


pembentangan beliau sebentar tadi.

Bagi meneruskan majlis, dijemput pembentang ketiga iaitu


___________________ untuk membentangkan KKBI yang bertajuk
_____________________________________________________________

Terima kasih diucapkan kepada ________________________ di atas


pembentangan beliau sebentar tadi.

Seterusnya majlis menjemput pembentang keempat iaitu


___________________ untuk membentangkan KKBI yang bertajuk
_____________________________________________________________

Terima kasih diucapkan kepada ________________________ di atas


pembentangan beliau sebentar tadi.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Dengan berakhirnya pembentangan yang disampaikan oleh pembentang


keempat itu tadi, maka majlis berhenti seketika dan akan disambung pada
jam 11.00 pagi. Majlis memohon kerjasama para hadirin untuk berada di
dewan ini pada jam 10.50 pagi. Terima kasih.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Tanpa melengahkan masa majlis menjemput pembentang kelima iaitu


___________________ untuk membentangkan KKBI yang bertajuk
_____________________________________________________________
Terima kasih diucapkan kepada ________________________ di atas
pembentangan beliau sebentar tadi.

Seterusnya majlis menjemput pembentang keenam iaitu


___________________ untuk membentangkan KKBI yang bertajuk
_____________________________________________________________

Terima kasih diucapkan kepada ________________________ di atas


pembentangan beliau sebentar tadi.

Dengan berakhirnya pembentangan yang disampaikan oleh pembentang


keenam itu tadi, maka berakhirlah majlis Seminr KKBI 2010.

Majlis ingin merakamkan ucapan terima kasih sekali lagi kepada Yang
Berbahagia Tn. Hj. Othman bin Karim di atas kesudian hadir ke Majlis yang
penuh bermakna ini.

Sudah teradat si anak lelaki


Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat.

Dan tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur
dan ucapan terima kasih yang tulus ikhlas buat semua, atas kesudian hadir
ke halaqah ilmu; Seminar KKBI 2010 yang penuh keberkatan ini.

Ucapan terima kasih juga buat semua yang telah menjayakan Seminar KKBI
2010, terutamanya ahli jawatankuasa pelaksana, dan semua pihak yang
terlibat secara langsung mahupun tidak.

Tanam langguna tumbuh kelapa


Terbit bunga pucuknya mati
Budi semua tak kami lupa
Sudah terpaku di dalam hati.
11
Hadirin dan hadirat sekalian,

Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan


Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai di destinasi.

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung Majlis.

12
Dikesempatan ini, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah
dan silap sepanjang mengacarakan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali.

Sekian sahaja, salam hormat, wa bilLahit Taufiq walHidayah wassalamu


`alaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh.

13
Dijemput kepada Yang Berbahagia Tn. Hj. Othman bin Karim diiringi dif-dif
jemputan untuk menikmati sedikit hidangan yang telah disediakan. Dan
dijemput juga kepada semua tetamu untuk turut mengiringi dan menikmati
jamuan yang telah disediakan. Dipersilakan. Majlis bersurai.