Anda di halaman 1dari 3

SJK TAMIL LADANG RASAK

JLN METAFASA U16/1A, SEKSYEN U16,


BUKIT SUBANG,40160 SHAH ALAM SELANGOR.

LAPORAN JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT - 2021

Nama Program : Program Jom Baca Bersama untuk 10 Minit

Tarikh : 22 April 2021

Masa : 11.00 pagi – 11.10 pagi

Tempat : SJK Tamil Ladang Rasak

Kod Sekolah : BBD8466

Daerah : Petaling Perdana

Penglibatan Murid : 124 orang

Rasional Program :

Program Jom Baca Bersama untuk 10 Minit/Let’s Read Together For 10 Minutes (LRT)
merupakan Langkah besar-besaran oleh Perpustakaan Awam Negeri-negeri dalam memacu
masyarakat ke arah minat membaca sekali gus menjadikan Perpustakaan Awam Negeri-negeri
di Malaysia relevan dalam kehidupan masyarakat seharian. Program ini dilaksanakan secara
serentak di seluruh negara pada hari Khamis, 22 April 2021, jam 11.00 pagi hingga 11.10 pagi.
Mengambil inspirasi dari konsep Earth Hour, pada hari berkenaan rakyat Malaysia akan
berhenti sebentar dan membaca bersama-sama selama 10 minit. Program ini merupakan
langkah ke arah menjenama inisiatif membaca dengan tujuan menjadikan perpustakaan
sebuah organisasi yang relevan dalam pendidikan selepas waktu persekolahan dan melahirkan
masyarakat generasi muda yang mencintai ilmu, berakhlak mulia, mentaati agama serta
berkemahiran yang tinggi.
Pelaksanaan Program di Peringkat Sekolah :

Sebagai perlaksanaan program di peringkat sekolah kami, SJK Tamil Ladang Rasak, telah
melibatkan semua guru dan murid pra sekolah hingga tahun 6. Sehari sebelum program
semua murid dan guru juga diberi taklimat tentang program ‘Jom Baca Untuk 10 Minit’ ini.
Semua murid dan guru digalakkan untuk membawa buku untuk bacaan masing-masing dan
perpustakaan sekolah juga menyediakan bahan bacaan untuk perlaksaan program ini. Pada
pagi program semua guru dan murid berada di kelas masing-masing untuk perlaksanaan
program ‘Jom Baca Untuk 10 Minit’ ini. Selain itu, bilik guru sekolah juga disediakan dengan
bahan bacaan untuk para guru dan staf sokongan untuk mengikuti bacaan sepanjang program
ini. Program ini dijalankan sampai pukul 11.10 pagi dimana loceng mengakhiri program juga
dibunyikan. Program ini berjaya dilaksanakan seperti yang dirancang. '10 Minutes Read
Together’ atau ‘10 Minit Membaca Bersama’ ini dapat merangsang minat murid untuk menimba
ilmu pengetahuan mengenai pelbagai perkara melalui pembacaan.

Dokumentasi Bergambar : Dilampirkan

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

…………………………………. …………………………………..
BHANU LEEGA A/P ARUMUGAM PARAMESWARY A/P SANGAPULLAY
PENYELARAS PUSAT SUMBER SEKOLAH GURU BESAR
SJK TAMIL LDG RASAK. SJK TAMIL LDG RASAK.
LAPORAN BERGAMBAR PROGRAM JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT
22 APRIL 2021

Anda mungkin juga menyukai