Anda di halaman 1dari 13

Teraju tiga sememangnya sinonim dengan wau, juga dikenali sebagai layang-layang di

negeri-negeri sebelah pantai barat semenanjung. Sebagai permainan masa lapang bagi
kalangan rakyat biasa dan golongan istana. Sejak zaman-berzaman sekitar kurun kelima
belas, wau telah dimainkan oleh orang Melayu. Mereka telah mempercayai ada kaitan di
antara semangat angin dan langit.

Jenis Wau

Berbagai jenis dan bentuk wau telah dicipta. Wau


burung, wau pari, wau katak, wau bayan, wau merak,
wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan,
wau sewah, wau barat dan yang sangat digemari oleh
orang Melayu ialah wau bulan. Rekacorak bermotifkan
awan larat pada kebiasaannya adalah menghiasi
kebanyakan wau yang dihasilkan dengan berwarna-
warni. Kelantan dan Terengganu sehingga kini masih
mengekalkan tradisi pembuatan wau yang menarik,
selain dijadikan untuk permainan ianya juga sebagai
hasil kraftangan dan hiasan dinding.

Wau bulan Galeri Wau

Membuat Wau

Pembuatan sesebuah wau agak rumit dan memakan masa, dari kerja-kerja meraut buluh
untuk dijadikan rangka, mengimbang stabilkan kepak sehingga melekatkan kertas pada
rangka wau tersebut mengambil masa dua minggu untuk siap. Rangka buluh tulang
belakang wau lebih besar daripada kepaknya, kemudian diikat dengan menggunakan
benang mengikut bentuk serta jenisnya.

Rangka yang telah disiapkan akan ditampal dengan tiga lapis kertas nipis dan lutsinar
dengan berlainan warna. Lapisan pertama menggunakan kertas berkilat, lapisan kedua
menggunakan warna yang berbeza dan bercorak awan larat iaitu bercorak pucuk rebung
atau bunga cengkih yang telah ditebuk. Pada lapisan ketiga pula corak berlainan yang telah
ditebuk ditampalkan.

Di bahagian kepala atau muncungnya serta dihujung kiri dan kanan kepak, akan dihiasi
dengan rambu-rambu halus yang berwarna warni menambah cantik lagi rupanya. Busul
akan diregangkan di bahagian belakang tengkuk wau, agar ianya mengeluarkan bunyi
dengung apabila diterbangkan diudara. Busul diperbuat dari daun rembia atau mengkuang
yang telah direndam dan dilurut lalu dibiarkan kering. Ia berbentuk seperti alat memanah.
Tali teraju diikatkan di antara bahu kepak dan tulang belakang sebelah bawah wau bagi
mengimbangi wau - Teraju Tiga.

Cara Bermain

Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang, iaitu seorang akan memegang wau
dan seorang lagi dipanggil juru anjung yang memegang tali. Apabila angin bertiup maka tali
akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah
wau tersebut tinggi di udara. Kilauan cahaya matahari akan menambah cantik lagi wau
yang dihias berwarna-warni.

Di masa kini walaupun wau masih mendapat tempat dikalangan masyarakat Melayu tetapi
layang-layang juga tidak kurangnya telah mendapat perhatian oleh masyarakat tempatan
dan juga antarabangsa. Pelbagai bentuk dan corak layang-layang telah dicipta, ada layang-
layang yang berbentuk orang, kapal berangkai dan ada yang dimainkan dengan
menggunakan dua utas tali. Kebanyakkan pertunjukan wau dan layang-layang masih
mendapat tempat di Malaysia, terutama ketika hari-hari sambutan perayaan atau
pertandingan wau antarabangsa.
Wau
- Cara-Cara Membuat Wau Mula 1-1 Akhir
Bahan-bahan utama untuk membuat wau ialah buluh, benang, kertas,
gam dan pisau raut. Wau mempunyai empat bahagian utama iaitu
kepala, sayap, pinggang dan ekor. Untuk menghasilkan wau yang besar,
menarik dan cantik bukanlah satu kerja yang senang.

Pembuat wau mestilah mempunyai kemahiran, ketekunan dan


kesabaran yang tinggi kerana ianya adalah merupakan kerja yang rumit
terutama pada bahagian sayap dan tulang belakang.

Buluh akan diraut dengan teliti dan halus bagi mendapatkan bentuk
wau yang cantik. Bahagian sayap akan ditimbang dengan menggunakan
jari atau mata pisau supaya menjadi sama timbang di antara sebelah kiri
dan kanan sayap. Bahagian inilah yang akan menentukan supaya ianya
tidak berat sebelah. Semasa meraut ini dari masa ke semasa bilah-bilah
buluh ini akan diliut-liutkan supaya sama lengkungnya di antara kedua-
dua belah kiri dan kanan.

Seterusnya tulang belakang dan bahagian ekor pula akan diraut. Untuk
bahagian ekor buluh akan diraut lebih lembut berbanding dengan
bahagian badan wau. Ini akan mempengaruhi wau untuk menyesuaikan
dengan keadaan angin ketika diterbangkan.

2.Buluh terlebih dahulu dipilih


1.Pokok buluh duri yang bagi mendapatkan yang
selalunya digunakan untuk sederhana tuanya supaya ianya
membuat wau. tidak mudah patah.
3.Buluh terlebih dahulu diukur 4.Buluh dipotong mengikut
dengan ukuran seperti yang ukuran yang dipilih untuk
dikehendaki sebelum ianya dibuat sayap, tulang belakang
dipotong. dan bahagian-bahagian yang
lain.

5.Kemahiran membelah buluh 6.Buluh dibelah dengan teliti


cara lama yang selalunya supaya sama besar dan mudah
dilakukan oleh pembuat wau diraut.
yang mahir dan berpengalaman.

7.Belahan buluh diasingkan 8.Belahan buluh seterusnya


megikut keperluan sama ada dicuci daripada buku buluh.
untuk dibuat sayap atau tulang
belakang.

9.Bahagian tulang belakang 10.Penyediaan tulang belakang


dibelah mengikut ukuran yang supaya lebih sempurna antara
dikehendaki dan bersesuaian bahagian kepala dan bahagian
dengan sayap. ekor

11.Bahagian sayap mestilah 12.Buluh sayap yang telah


sama panjang antara kiri dan diraut terlebih dahulu diukur
kanan menjadi dua bahagian sama
panjang.

13.Bahagian sayap mula diraut 14.Dari semasa ke semasa


dengan pisau yang tajam bagi bahagian sayap diliut-liut untuk
mendapatkan bilah buluh yang mendapatkan bentuk yang
lebih halus dan mudah diliut. sempurna.

15.Bahagian sayap yang telah 16.Bilah buluh di bahagian ekor


siap diraut di timbang dengan juga diliut-liut sebelum ianya
jari atau mata pisau supaya diikat bersama dengan tulang
sama timbang di antara kiri dan belakang.
kanan.
17.Bilah buluh di bahagian ekor 18.Penyediaan dan ikatan
dibentuk bersama-sama dengan bahagian sayap dengan
tulang belakang terlebih dahulu bahagian ekor.
sebelum ianya diikat dengan
benang atau tali.

19.Cara membuat ikatan untuk 20.Bahagian ekor diliut dan


bahagian-bahagian rangka wau. dibentuk supaya sama lekok
seperti yang dikehendaki.

21.Bahagian rangka wau bulan 22.Kerja-kerja mengikat rangka


yang hampir siap. wau bulan iaitu bahagian sayap,
tulang belakang dan bahagian
ekor.

23.Rangka wau kucing yang 24.Kerja-kerja meraut daun


telah siap. ibus untuk dibuat dengung atau
busur wau.
25.Inas, iaitu bahagian hujung 26.Beberapa bilah busur
dengung wau yang digunakan (dengung) wau yang telah siap.
untuk mengikat dan menarik Biasanya busur ini akan
daun ibus supaya menjadi dilekatkan di bahagian leher
tegang bagi mendapatkan bunyi wau.
yang baik dan nyaring.

27.Wau ditimbang terlebih 28.Penyediaan teraju wau


dahulu sebelum dinaikkan (benang yang diikat pada
supaya bahagian kepala dan bahagian leher dan pinggang
sayap menjadi sama timbang. wau) yang sempurna adalah
Ini bagi mengelakkan daripada penting sebelum sesebuah wau
wau menjadi berpusing. itu diterbangkan. Ini akan
mempengaruhi kedudukkan
wau supaya terbang dengan
baik.

29.Wau bulan dan wau kucing 30.Menaikkan wau mestilah


yang telah siap diikat dengan dalam keadaan yang
teraju. bertentangan dengan arah
tiupan angin dan wau mestilah
dalam keadaan tegak.
31.Wau mula diterbangkan ke 32.Imbangan sayap, ekor dan
udara. teraju wau akan menjadi
sesebuah wau itu terbang
dengan sempurna dan terapung-
apung di udara.

33.Di antara peralatan-peralatan


yang digunakan untuk membuat
wau.