Anda di halaman 1dari 2

Tabir cahaya dan kegelapan

Allah berfirman:

“Sesiapa yang buta di dunia buta juga di akhirat”. (Surah Bani Israil, ayat 72).

Bukan buta mata yang di kepala tetapi buta mata yang di hati yang menghalang seseorang daripada
melihat cahaya hari akhirat. Firman Allah:

“Bukan matanya yang buta tetapi hatinya yang di dalam dada”. (Surah Hajj, ayat 46).

Hati menjadi buta disebabkan oleh kelalaian, yang membuat seseorang lupa kepada Allah dan lupa
kepada kewajipan mereka, tujuan mereka, ikrar mereka dengan Allah, ketika mereka masih berada
di dalam dunia. Sebab utama kelalaian adalah kejahilam terhadap hakikat (kebenaran) undang-
undang dan peraturan Tuhan. Apa yang menyebabkan seseorang itu berterusan di dalam kejahilam
ialah kegelapan yang menyeluruh menutupi seseorang dari luar dan sepenuhnya menguasai
batinnya. Sebahagian daripada nilai-nilai itu yang mendatangkan kegelapan ialah sifat-sifat angkuh,
sombong, megah, dengki, bakhil, dendam, bohong, mengumpat, fitnah dan lain-lain sifat keji. Sifat-
sifat yang keji itulah yang merendahkan ciptaan Tuhan yang sangat baik sehingga jatuh kepada tahap
yang paling rendah.

Untuk membebaskan seseorang daripada kejahatan itu dia perlu menyucikan dan menyinarkan
cermin hatinya. Penyucian ini dilakukan dengan mendapatkan pengetahuan, dengan beramal
menurut pengetahuan itu, dengan usaha dan keberanian, melawan ego diri, menghapuskan yang
banyak pada diri, mencapai keesaan. Perjuangan ini berterusan sehingga hati menjadi hidup dengan
cahaya keesaan – dan dengan cahaya keesaan itu mata bagi hati yang suci akan melihat hakikat sifat-
sifat Allah di sekeliling dan pada dirinya.

Hanya selepas itu baharu kamu ingat akan kediaman kamu yang sebenar yang darinya kamu datang.
Kemudian kamu akan ada rasa kerinduan dan keinginan untuk kembali kepada rumah kediaman
yang sebenar, dengan pertolongan Yang Maha Mengasihani roh suci pada diri kamu akan menyatu
dengan-Nya.

Bila sifat-sifat kegelapan terangkat cahaya mengambil alih tempatnya dan orang yang memiliki mata
rohani akan melihat. Dia mengenali apa yang dia lihat dengan cahaya nama-nama sifat Ilahiah.
Kemudian dirinya dibanjiri oleh cahaya dan bertukar menjadi cahaya. Cahaya ini masih lagi hijab
menutupi cahaya suci Zat, tetapi masanya akan sampai bila ini juga akan terangkat, yang tinggal
hanya cahaya suci Zat itu sendiri.

Hati mempunyai dua mata, satu yang sempat dan satu lagi yang luas. Dengan mata yang sempat
seseorang boleh melihat kenyataan sifat-sifat dan nama-nama Allah. Penglihatan ini berterusan
sepanjang perkembangan kerohaniannya. Mata yang luas melihat hanya kepada apa yang dijadikan
kelihatan oleh cahaya keesaan dan yang esa. Hanya bila seseorang sampai kepada daerah

www.aburaksa.blogspot.co.id
kehampiran dengan Allah dia akan melihat, di dalam alam penghabisan bagi kenyataan Zat Allah,
Yang Esa dan Mutlak.

Bagi mencapai makam-makam ini ketika masih di dalam dunia, di dalam kehidupan ini kamu
mestilah membersihkan diri kamu daripada sifat-sifat keduniaan, yang ego dan keegoan. Jarak yang
kamu mengembara di dalam kenaikan kamu ke arah makam-makam tersebut bergantung kepada
sejauh mana kamu mengasingkan diri daripada hawa nafsu yang rendah dan ego diri kamu.

Pencapaian kamu kepada matlamat yang kamu inginkan bukanlah seperti barang kebendaan sampai
ke tempat kebendaan. Ia juga bukan ilmu yang membawa seseorang kepada sesuatu yang menjadi
diketahui (daripada tidak tahu), juga bukan pertimbangan yang memperolehi apa yang difikirkan,
bukan juga khayalan yang menyatu dengan apa yang dikhayalkan. Matlamat yang kamu ingin capai
ialah kesedaran tentang ketiadaan (kekosongan) kamu daripada segala sesuatu kecuali Zat Allah.
Pencapaian ini adalah perubahan suasana yang terjadi, bukan perubahan pada sesuatu yang nyata.
Di sana tiada jarak, tiada dekat atau jauh, tiada kesampaian, tiada ukuran, tiada arah, tiada ruang.

Dia Maha Besar, segala puji untuk-Nya. Dia Maha Pengampun. Dia menjadi nyata dalam apa yang
Dia sembunyikan daripada kamu. Dia menyatakan Diri-Nya sebagaimana Dia melabuhkan tirai di
antara Dia dengan kamu. Pengenalan tentang Diri-Nya tersembunyi di dalam ketidakupayaan
mengenali-Nya.

Jika ada di antara kamu yang sampai kepada cahaya yang diterangkan dalam buku ini ketika kamu
masih lagi berada di dalam dunia, buatlah muhasabah (hisab) terhadap diri kamu, buku catatan
kamu tentang amalan kamu. Hanya di bawah cahaya kamu boleh melihat apa yang kamu sudah buat
dan sedang buat; buat kiraan kamu, seimbangkannya. Kamu akan membaca buku catatan kamu di
hadapan Tuhan kamu pada hari pembalasan. Itu adalah muktamad. Kamu tidak ada peluang
mengimbanginya di sana. Jika kamu lakukan di sini ketika kamu masih ada masa, kamu akan
termasuk ke dalam golongan yang diselamatkan. Jika tidak azab dan seksa menjadi bahagian kamu di
akhirat. Hidup ini akan berakhir. Di sana ada azab di dalam kubur, ada hari pembalasan, ada neraka
yang menimbang sehingga kepada dosa yang paling kecil dan kebaikan yang paling kecil. Kemudian
ada jambatan yang lebih halus daripada rambut dan lebih tajam daripada mata pedang,
penghujungnya ialah taman, sementara di bawahnya ialah neraka yang penuh dengan kecelakaan,
penderitaan, semuanya adalah berkekalan apabila kehidupan yang singkat ini berakhir

www.aburaksa.blogspot.co.id

Anda mungkin juga menyukai